Friday, July 31, 2009

d muara 1 dari blog brahym ks

Jumaat yang menekankan

Bukan salah sesiapa...sudah lumrah alam gamaknya. Kerja datang bertalu-talu yang perlu disiapkan segera. Peralatan letronik bukan boleh dipecayai sangat, bila diperlukan kerja segera ada saja yang tergendala. Agaknya Pc pun tertekan ...manataknya...jemari yang menekan tak tunggu masa...nak cepat je..tertekan tekan le kawan - akhirnya 'hang'. Yang tertekan perasan, kita manusia yang jahil ni. saja je curi masa buat update sememntara menunggu rendering movie...bila nak guna? petang ni jam 3.00. Cek dok kena tunggu kat rumah pengantin waktu tu. Kena siapkan juga SEKARANG...walaupun dah injury time untuk ke mesjid. Semoga mendapat pertolongan ALLAH...amin.

Thursday, July 30, 2009

CUBAAN

Malam Jumaat

Baru lepas tengok keliwon...keranda terbang...makin hari makin merapu cerita-cerita tu. Kan lebih baik difilemkan koleksi cerita-cerita rakyat untuk tontonan bebudak zaman sekarang. Bior le....gamaknya ye.
Hari ini telah berlalu. Hari esok menanti selalu. Sepanjang hari ini dapat bereskan beberapa tugasan - terancang dan mendatang. Tugasan yang terancang - maklumat keperluan tambahan makmal sains dan makmal komputer siap difakskan ke jabatan. Bahan pengetua untuk mesyuarat petang siap difotostat. MDEC call sebab butiran untuk APICTA tak lengkap pun sempat diselesaikan sebelum balik jam 5 petang. Dapat hadir mesyuarat dan senarai untuk pencerapan siap dicetak. GITN pun dah ganti semua router dan oulium. Tengah siapkan jadual makmal untuk bulan Ogos dan mendatang - bahan multimedia untuk majlis pertemuan waris asrama esok. 2 dah siap, lagi 2 kena edit semula. Mantan pengetua minta tolong buat dokumentari untuk permohonan DG54...dah setkan hari sabtu pagi. Petang sabtu tu dah kena jadi jurucakap peminangan orang sebelah rumah. Maknanya kerja tak pernah siap kan? Terima aje la...Allah akan bereskan segalanya. Dah tutup mata pun nanti kena pula jawab di sana...ntah-ntah lagi berat tanggungannya, kan?

Wednesday, July 29, 2009

Rabu 29 Julai

Pasar Malam.....itu kemudian cerita..apa pun dah lama tak hujan tetiba pagi ni hujan sbb tulah Sultan Selangor..ada ceritanya tau.. tapi bukan buat masa ni. Kalau ada yang berminat nak tau boleh cek ceritakan kemudian. Hari Rabu seperti biasa...dengan perut yang rasa tak sedap ni ditambah kelas yang berderet, ada pula aktiviti asrama pukul 2.00 ptg...MAKA bertambahle peningnya nanti. Apa pun tengok dulu keadaan...fikirkan yang belum pasti kan tak elok untuk kesihatan. Apa yang datang terima dengan rela dan senang hati...boleh buat buat tak boleh buat tak usah buat..itu prinsip hidup cek. Dalam pada tu pengetua minta cek ikut serta mesyuarat petang esok. Sebelum tu kena siapkan borang yang draft dah disediakan. Sebelum habis sebut pisang, borang tu dah siap.
Jadi masa pun berlalu. Masuk kelas seperti biasa walaupun ada pengumuman majlis di asrama akan bermula jam 1.10 tgh. Dapat satu akal....ada sorang pelajar asrama nak jadi ahli briged (lepas kempen semalam la tu), jadi trus minta dia jadi jurugambar. Cek pi la lambat sikit...lepas kelas dah pukul 1.50....tok tek tok tek..dah 2 lebih...sampai asrama semua tengah dok makan....terlepas lah cek nak dengar ucapan-ucpaan (?) ..betul ke ni? Lepas makan layan pulak ponnu cek nak guna makmal...tup tup tak terlaksana...ahli tak mai sebab dah masuk ke kelas tambahan pulak. Cek pun calo sebelum 3.30 ptg. Lepas zohor ingat nak lelapkan mata tapi dah mula sentuh nb..siapkan Vitae Curiculum. Draftnya dah siap. Lepas ni sapa nak buat VC boleh upahkan cek je...tak mahal ..RM150 kalau nak isi borang Guru Cemerlang pun upahnya cuma RM100. Buat karangan untuk borang tu RM100 je. Tak payah susah-susah fikir nak jadi guru cemerlang. prepare le untuk tahun depan.Jangan gopoh-gopoh..tahun ni ambil PTK dulu....nak silibus dia pun cek boleh sediakan...RM??? je. Minta maaf le ye. Cek letak harga untuk perkhidmatan yang cek nak tawarkan sebab 25 tahun cek bergelumang dengan IT, tak banyak peluang cek nak buat duit sisipan. Ni baru nampak ada peluang...bukan apa nak bantu kekawan berjaya. Kalau dapat jadi Guru Cemerlang cek tumpang syukur, bahagian cek dapat sekali, depa dapat tiap-tiap bulan. Betul tak?
So okay la...sekian untuk hari ini.

Tuesday, July 28, 2009

Selasa 28 Julai

Hari dah larut malam. Mata dah berair...mengantuk teramat sangat. Letak kepala mesti tidur punya. Tapi cek nak kena minum susu dulu n mandi sebelum tidur. .....Pagi tadi semua urusan berjalan lancar...masuk kelas macam biasa,,,,GITN datang check alat ...beres 1/3jam..sempat juga masuk kelas relif - satu pukul 8.10 dapat slip pukul 8.30..tgh buat kerja penting....maknanya ? bypass!..satu lagi 1.10 masuk lepas selesai urusan dengan GITN. Kempen bebudak kelas tu..4SIT masuk Briged bestari...walaupun dah berkali-kali cakap, depa tak faham juga apa perlunya depa dari kelas IT jadi ahli Briged. Budak-budak la katakan. Balik rumah pun awal sikit hari ini. Ingat dah tak ada apa nak dibuat, tak ada tempat nak dipergi..boleh le lelapkan mata tapi..... dah nak kena pi Rawang pulak dah.Kena ambil spek anak yang dibuat pada minggu lepas. Pukul 3.30 ptg keluar ...pusing sana singgah sini...balik dah jam 6.30. Malam tu pulak lepas isyak pi pula ambil anak dari UPM (ambil kat stesan komuter KKB je...kalau kena pi Serdang penchan cek!) depa kena balik sebab kes babi kat kampus...dapat cuti awal 1 minggu. Sebelum tidur ...dah mengantuk sangat...dapat siapkan sikit lagi Vitae Curiculum.....naik ke atas semula !

Monday, July 27, 2009

ISNIN 27 JULAI

Hari ini tenang aje. Tak ada gesa-gesa. Semua berjalan lancar. Kerja tertangguh tetap tertangguh, yang tak dijangka siap semuanya. Masuk kelas pun relax je. Bukan tak mengajar tau tapi dah prepare nak buat apa...kira cukup2 masa je. Hari ini baru dapat pi kantin sekejap...makan kuih dan kuihtiaw bandung. Kalau ikut yang lain-lain, habis masa bersembang. Lepas siap 1-2 kerja mendatang, masuk kelas relif pula sampai 1.50. Lepas tu terus ke perjumpaan Cyberkids. Dalam masa yang sama lari pulak ke perjumpaan JK Asrama. Sebelum jam 3.00 petang dah selesai..makan dulu apa yang ada..lari balik ke Cyberkids. Habis cerita 3.30 ptg. Balik rumah habis cerita.

Sunday, July 26, 2009

HARGA AYAM NAIK LAGI

Pagi ni sempat cek pi market nak beli ayam. Terkejut juga cek tengok harga ayam dah naik RM7.00 sekilo. Lama juga tak beli ayam. Last sekali cek pi beli masa harga RM5.80..banyak juga naiknya. Tapi tak ada yang bising-bising pun. Hairan juga!!!
Tadi cek pi UPM nak lawat anak cek kat sana. Dah sampai tak dapat nak masuk sampai ke hostel sebab tak ada surat. Dah pulak! Kononnya semua siswa-siswi baru telah dimaklumkan masa suaikenal, kalau parent nak melawat pihak security kena keluarkan surat kebenaran 2-3 hari sebelum tarikh lawatan. Dah pulak? Kalau emergency tengah malam, macam mana??? Sapa nak jawab! Cek ingat nak kena komplen sikit kat pengetua hostel tu. Selain daripada catatan peristiwa yang mengecewakan ini, tak ada la cerita lain selain tak ada yang lain.

Saturday, July 25, 2009

SABTU - kerja lagi

Sabtu 25hb.....kalau minggu lepas menjalankan kursus, minggu ni ada mesyuarat la pulak. Semalam Jumaat tak sempat nak buat posting..sebab? Awal pagi menyelesaikan pelbagai urusan sampai ke malam. Kat rumah guna broadband sangkut-sangkut tup tup blackout!! Dah jam 1.50 masih dalam mesyuarat....taklimat...taklimat...taklimat. Semuanya ilmu belaka. Terima aje le. Selesai jam 2.30 ptg...tok tek tok tek sampai rumah 3 lebih. Lepas Zohor pergi pulak ke Rawang check mata dan buat spek untuk anak bongsu ni pulak. Tok tek tok tek....balik rumah pukul 7.00 malam - sempat lagi asar. Mata terasa penat betul...mengantuk le tu. Tapi nak tidur awal pun tak boleh juga....login ke APICTA - nominate satu penyertaan...bukan diminta bahan cuma cadang nama. Selesai dah bab tu. Lepas blogging ni, nak log out dah ....nak baring-baring tengok cerita TUAH KEMBALI....daa

Thursday, July 23, 2009

Khamis 23 - Gaji !!!

Dengar khabar gaji dah masuk hari ini. Semua kakitangan kerajaan tentu senyum lebar tapi berapa lama boleh tahan senyuman tu. Bukannya apa kakitangan kerajaan ni kan bak kata pepetah...keluar pagi balik petang,dapat gaji bayar hutang...he he jangan mare !!!
Pagi tadi ni cek pi hospital check darah..dah tertangguh lebih 1 bulan. Appointment bulan Jun lalu tapi dek sebab banyak minggu keluar je....mana sempat nak pi. Hari ni pun sebab lepas check sugar dalam darah bawah 10, tu yang gagah juga pi. Sebelum makan tadi -masa nak keluar ke sekolah - cek check 7.3 je, lepas pihak hospital check - 8.0. Doktor (pompuan India budak lagi) kata tinggi - dia banding dengan 4 bulan lepas 6.8. Kalau cek pi la lepas balik duduk kat hotel, lagi terkejut tenuk doktor tu. Tak kisah la tu, nak tipu doktor pun maknanya tipu diri sendiri juga kan. Selesai urusan kat hospital dah pukul 11.00 pagi.
Balik ke sekolah tak banyak yang boleh dibuat. Tengok email ada satu yang boleh dkongsi bersama GPB lain, cek pun upload kat dalam blog - pasal APICTA. Esok cek nak kena buat dan hantar sebelum 26 pulak dah.
Petang ni nak hantar Trajet tukar bateri. Sebelum tu nak pi dengar ceramah jaga badan pesakit diabetis.

Wednesday, July 22, 2009

Selasa-Rabu -D'Muara

Seperti yang dijangkakan selama 2 hari berada di Sg Besar memang tak dapat nak update ..2 hari duduk kat D'Muara - Dorani Bayu Resort. Bagus juga tempatnya. Betul-betul kat tepi laut. Chaletnya atas laut lagi tapi masa air pasang je. Bila air surut, atas pasir je. Akses ada tapi kat lobbynya aje. Kat dalam tempat mesyuarat tak sampai. Pakai broadband pun takat EDGE je..slow yang amat. Sesekali rasa menyesal pula beli tapi tak boleh dimenafaatkan. Tapi sesekali fikir kot nak kena juga pakai bila mesyuarat/ kursus kat tempat yang boleh akses HSPA punya. Ni yang tengah fikir tak habis lagi.
Bila sampai kat SMK Sg Besar memang boleh akses tapi tak ada masa pulak. Asyik makan, jalan, makan bila nak dapat update dengan tenang. Lagipun NB tak ada...nak menebeng hak orang lain pun payah. Depa pun tak bawa masuk tempat mesyuarat. Jadi cek banyak bersabar je. Akhirnya balik juga ke rumah. Kena sabar lagi sebab dekat pukul 9 baru dapat sentuh PC. Dah tu jiran jemput pula nak 'duduk kerja' hari walimatul urus minggu depan. Jengok la kejap - kejap-kejap pun 1 jam lebih. Kena baca buat tahlil dan baca doa pulak dah! Boleh je!
Sebelum masuk tidur sempat la ketuk sikit keyboard ni. Tu pun tak boleh lama-lama sebab ponnu cek dah ajak masuk ******,

Monday, July 20, 2009

ISNIN KEPENATAN

Awal pagi Isnin ni dah mula penat kerja - fizikal. Biasanya mengadap PC penat mata. Bukannya apa sebelum peserta latihan pendaftaran online yang berlangsung di sekolah ini sampai, terpaksala tengok makmal tu kemas -kemaskan sikit. Ingatkan macam biasa je...sapu sikit-sikit boleh settle. Dek kerana air cond tak hidup (rosakla tu), cek try la buka pintu dan tingkap nako bagi masuk angin sikit. Angkat je blind yang ada (langsir plastik dipanggil blinds, mak oi..banyaknya taik burung sepanjang tebing tingkap. Tak kata la ..dah masuk 9 tahun tak pernah buka tingkap. Sempat la juga bersihkan pakai tolak dengan bulu ayam. Pastu pinjam vakum pengetua sedut yang baki tapi takkan boleh bersih selagi tak buat operasi pembersihan. Siaplah Briged Bestari...kerja hampala lepas ni. Vakum lantai kena kutip sekali kertas tisu, cebisan kertas dan paling tak seronok tengok pembalut gula-gula. Ni kerja bebudak ke cikgu ke tak tau la nak kata. Memangla makan dalam makmal tak dibenarkan, tapi takat gula-gula tak kisah la sangat tapi jangan la pula pembalutnya disepah-sepahkan! Ni buat cek bengang ni. Berpeluh cek tau bersihkan makmal tu. Kiranya belum buat pembersihan mutlak sebab dah ada yang tunggu kat luar. Tup-tup dalam keadaan panas tak selesa dengan ramainya peserta sampai 48 orang, cek cadangkan buat kat bilik mesyuarat je. Settle satu perkara. Pastu urus pula pasal networking ...ada NB yang Wifi tak hidup....so cek bagi depa pakai cable...nasib baik ada switch lebih...cable pun ada lebih...selesai masalah. Semua orang suka hati. Latihan dapat dijalankan dengan jayanya. Rujuk www.smkkkb.blogspot.com Lepas tu berkejar ke kelas pula. lepas kelas masuk bilik server, connection tak brapa cantik hari ni sebab ramai pengguna online gamaknya. Tengok dah ada lagi relif jam 12.30-1.50 - pukul 2 ada meeting dengan cyberkids & Briged Bestari. Minggu ini ada tugas pula kat asrama. Penat...penat...lebih penat lagi naik ke otak sebab broadband yang dibeli semalam tak berfungsi seperti yang diharapkan. Beli yang laju tapi lebih perlahan dari dialup kat rumah. Diselang seli dengan troubleshoot dan komplain kat kedai, dengan lari pula nak masuk relif, nasib baik dah ada guru ganti ambil alih kelas tu....balik ke kerja yang tak siap. Tup tup dah pukul 2. Gi pula layan bebudak Cyberkids. Janji dengan Briged tak hadir pula hampa ya! Pengerusi pun tak berapa nak minat kot. Justin dan Dylon aje yang ada. Sempat juga suruh depa kumpul surat khabar lama boleh buat jual isi tabung BB. Habis 3.30 ptg baru terima surat untuk ke Sg Besar. Dah bertembung pula dengan ponnu cek ..dia pun nak kena pi kursus 3 hari..tapi tak le bermalam. Cek bermalam kat Kuala Selangor - satu malam je. Dah pulak dimintanya nak bawa NB cek ni.. Cek nak pakai apa...mati kutu cek tak ada NB nanti. Tapi dek tak nak bising ... bagi aje le. Dah habiskan malam ni pindah bahan ke Ext.HDD untuk dibawa esok. Bahan pun dok kena check balik dua tiga kali..takut tercicir pula...kalau cicir cirit cek !!! Dah selesai pun....tinggalkan packing je lagi. Esok tak boleh nak blogging ...sampai malam Rabu la kot jumpa lagi. Da !!!

Sunday, July 19, 2009

Low Yatt here I come

Hari ni Ahad. Ikut perancangan awal nak pi UPM jengok anak yang baru masuk 2 minggu lalu. Tapi dek sebab dia terlibat dengan aktiviti lain, cancel je. So buat plan 2 - hantar keropok yang dibeli di KT untu beras di KL terus ke Low Yatt cari modem broadband. Perancangan ikut jadual...semua berjalan lancar. Bertolak jam 9.00 pagi sampai KL <>11 pagi....terus ke LY. Dapat offer baik punya - modem jenis ARCATEL RM299 - RM280 - RM270. Final price RM270. Registration semua siap sekali...bulanan nak ambil RM68 sebulan dek sebab teruja sangat dengan tawaran yang diterima,dah balik baru perasan ambil RM98 sebulan. Tak kisah la tu try dulu sebulan dua, kalau tak larat nak bayar tukar ke prepaid je. Tujuan beli pun sebab susah sangat nak akses bila keluar dari kawasan untuk mesyuarat / kursus. Dah tu singgah rumah ipar duai dapat la pula bawa balik ikan patin dan talapia dan daging kambing dipanggnag. Rezeki rimua tu !!! Sampai ke rumah jam 4.00 ptg. The rest of the story is the same for the day...holiday!

Saturday, July 18, 2009

Sabtu - kerja juga

Pagi Sabtu ...jam 8.00 pagi sudah berada di sekolah. LDAP - kursus EduWebTV dan ThinkQuest sekali jalan sampai 2.00 ptg. Dalam masa yang singkat apa yang dapat disampaikan sekadar pendedahan tapi untuk EduWebTV ramai juga cikgu-cikgu yang faham. Tak nak guna tu ..hanya Allah yang tahu. Sebelum balik ada la pula makan lunchnya. Ada tetamu pulak dari JAPEIM bagi slot minta sumbangan potong gaji. Masa nak makan tu PK ajak la tetamu tu makan sekali. Tengok atas meja ada le 4-5 pinggan lauk bertutup plastik. Ingatkan hidangan memang untuk tetamu cumanya nasi tak ada, pinggan makan pun tak ada, gelas minuman pun tak ada. Tak kisah la tu PK pun bergegasla cari benda-benda yang tak ada tu....jadi la ada. Duduk kami bertiga PK, tetamu dan cek nak mula makan. Buka aje tengok lauk - dalca sayur, sayur turi lembik, sup ntah apa, tauhu sambal tawar ...orang lain semua makan ayam masak lemak, ikan masak apa tah, sayur campur, ulam & sambal belacan - buah tembikai. Hairan jadinya.... Rupa-rupanya hidangan itu untuk guru-guru India yang vegetarian. Patutla semuanya masakan ala India. Sempat la juga PK ambilkan ikan letak kat hidangan. Lepas tu Cikgu Aziz tolong ambilkan sambil belacan...kow punya pedas. Baru la terbuka selera.
Sampai ke rumah 3.00 petang terasa penatnya....tidur mati sampai 6 petang. Malam ni boleh overtime !!!. baru selesai buat montaj sekolah ....montaj pelancaran belum ada idea. Minta kekawan bagi idea pun tak ada respond pun. Apa pun hari ini dah sampai ke penghujung ....esok la pula bercerita.

Friday, July 17, 2009

FRIDAY 17th

Pagi tadi kerja-kerja berjalan lancar. Tiada gesaan, tiada tekanan. Sedikit sebanyak buat persediaan awal untuk LDAP esok. Update blog sikit, semak email sikit, tau tau dah pukul 12.30 pagi. Yang menyenangkan hati sebab tidak ada relif. Relif buat cek terganggu fikiran. Dapat juga settle urusan buat baju korporat untuk GPB Negeri Selangor. Balik pun fikiran tak serabut. Pi solat Jumaat pun tenang. Balik dari solat, terus siap pi mesyuarat UPK KKB sampai pukul 5.20. Pun masih tenang...makan mee kari pun senang (sedap). Tak sentuh pun pulut bubur durian.
Malam yang tenang ni pun sempat update blog ini. Sebelum ni dah selesai update www.up3kbhs.blogspot.com .Lepas ni nak bagi perhatian kepada montaj sekolah (buat semula) dan montaj pelancaran blog GPBNSDE. Setakat sekarang belum ada idea. Dah terdesak esok esok jadi lah tu !!!

Laporan dari KT

Teman berada di Kuala Terengganu pada 14 (bertolak jam 3.00 ptg -sampai 11.00 mlm) hingga 16 Julai lalu. Dalam perjalanan teman dapat satu idea. Mulai posting ini teman nak tukar gantidiri teman kepada cek. Cek orang Penang bukan orang Perak. Selama berada di Hotel Seri Malaysia, cek memang nak hantar posting tapi kecewa. Kat HSM memang ada line, percuma tapi yang peliknya banyak benda tak boleh nak buat. Buka laman boleh, tapi nak log in mula-mula problem lepas tu boleh tapi tak boleh boleh nak hantar posting. Buka email tak boleh nak reply - baca je. Dah dekat nak balik boleh nampak lancar sikit ...dengar sinar.fm pun ok.
Itulah kisah di Hotel Seri Malaysia. Ok ya..ada yang tertanya buat apa cek kat KT. Cek menghadiri Konvo anak lelaki cek kat Universiti Malaysia Terengganu. Semuanya selesai dengan lancar pada 15 Julai. Pada waktu tu jugalah pasukan pemantau datang kat sekolah.
Ni cek nak bagi tips kepada sesiapa yang pergi ke Terengganu nak cari keropok atau nak makan-makan.
Kalau nak beli keropok, orang sana kata kat Losong banyak dijual di tepi-tepi jalan. kat pasarnya tak payah le gi..dah le tak banyak, mahal pulak tu....1/5kg siap bungkus RM8.00 (1kg RM16.00? - mahal tu!). Kat tepi jalan boleh beli keropok lekor je tapi lani dah kemas sikit...siap bungkus pakai kertas berjenama pengeluarnya (iklan le tu). jadi kalau nak beli keropok kering, beli kat Pasar Payang. Harga saingan hebat dari RM14.00 sekilo sampai RM7.00 sekilo ikut jenis ikan. Keropok sotong dan undang boleh dapat Rm14.00 sekilo (3 paket 1/2 kilo RM20.00) - bahagian bawah pasar. Kat atas pasar harga lain sikit. Nasihat cek pusing habis kedai minta harga kurang (paling rendah RM7.00 sekilo) sebab saingan hebat kat situ. Tu pada keropok.
Yang menarik perhatian cek masa kat Pasar Payang tu ada jualan buah binjai. Buahnya besar juga. Tapi cek tak tertarik nak beli sebab kat KKB pun ada satu lagi pokok (yang tinggal kot?) yang dah mengeluarkan buahnya 2 kali tahun ini. Pokok orang bukan pokok cek tapi boleh diambil percuma...bertaburan je gi kutip.Cek dah kutip berkarung-karung bagi kat teman-teman.
Satu lagi buah yang dah lama cek tak tengok...buah setoi (kata orang Penang) nanti cek tunjukkan gambar buah tu. Kalau masak betul (kuning pekat warnanya) isi dia manis dan gebu. Tapi yang kat KT ni, depa ambil yang separa masak...masam dan bergetah...depa lebih suka buat masak lemak. Lani pokoknya memang susah nak jumpa. 10 tahun dulu kat KKB ada sepokok tapi dah ditebang untuk pembangunan...mana bangunannya?
Lepas tu cek nak bagi tau, kalau nak makan sotong celup tepung, udang celup tepung, ketam celup tepung dan apa-apa lagi celup tepung, cari la kedai makan dekat dengan lapangan terbang. Murah pun murah dan berbaloi-baloi.

Tuesday, July 14, 2009

SELASA 14 JULAI

Hari ini teman nak kisahkan dari awal sampai teman balik apa kerja yang teman buat sepanjang hari ini. Teman masuk bilik (bilik server) pukul 7.30 pagi. Teman buka semua PC dan NB untuk check 1. sistem kehadiran - ok, 2. sistem rangkaian - ok kecuali bilik guru, 3. Akses internet - PC Linux - ok, WiFi - ok, PC 98 - pun ok. Dalam pada itu teman terima 2 surat - i. pemantauan Task Force ke sekolah bestari, ii) maklumbalas peralatan ICT Kaypi. Dan yang menaikkan tekanan darah teman, dah ada kelas relif - 2 pulak tu - 11.50 & 1.10. Bukan teman tak suka relif tapi masa teman tergadai untuk siapkan kerja-kerja yang masih menunggu. Tau apa kerja yang teman tak siap lagi - i. montaj untuk mesyuarat di Sg besar, ii. Klip video kebudayaan, iii. update portal Cyberkids, iv. Kemaskini fail Briged bestari, v) ...., vi) ... ? nak teman teruskan?
Dalam pada itu teman terima call dari KUTV bertanyakan masalah untuk pergi ke Hulu Langat pada 16/07/09. Dalam pada itu diminta salinan Instrumen Pemantauan - jadi teman pun cetak dan tunggu dia datang ambil. Masalah penyertaan teman dalam TASK FORCE kira settle sebab 3 orang pergi pun cukup. Dalam pada itu teman respond surat kedua - siap diisi, pengetua sain, teman kena uruskan penghantarannya. Terima surat hari ini 14/07 tarikh tutup esok 15/07...begitu la kerja pihak atasan. Tapi teman cool je sebab teman dah makan ubat. Lepas tu teman siapkan notis makmal bestari ditutup pada 20-21 Julai untuk urusan pendaftaran peperiksaan online. Lepas tu teman lari pula untuk pindahkan bahan ppt yang teman buat untuk taklimat petang ni oleh pengetua ke PC pengetua. Kalau teman tak jumpa bagi tau, takkan terperasannya. Dalam pada itu teman semak email. Dari BTP - tiada. Yang gpb gmail - pelajar teman dah mula hantar tugasan melalui email. Dalam pada tu teman kena kemas bilik server ni,kot kot TASK FORCE yang akan datang esok nak jengok masuk kat sini.
Dah dekat waktu teman nak masuk kelas pula. Ni kelas ikut jadual teman. Teman tak kisah. lagi pun hari ini tengah ujian pencapaian 2 - teman boleh buat kerja kat dalam kelas tu. Begini lah hidup teman dalam masa 1 jam sahaja.
Lepas kelas ni teman kena briefing PKHEM bab pemantauan esok sebab pengetua tak ada, pk tak ada, JTK tak ada, penolong teman belum ada, teman pun tak ada.

Monday, July 13, 2009

Seksa pagi petang malam

Hari ni tertekan sikit tapi tak merunsingkan. Bukan sebab kerja tapi sebab talian. Kat sekolah talian ok tapi masih banyak kerja tergendala tak dapat siapkan. Balik dah dekat pukul 6 ptg...sempat buat kerja yang Pengetua minta sebab nak guna esok selepas mesyuarat petang tadi. Tengah buat update portal Cyberkids tetiba hang. Ntah kenapa ptg ni elok je line masuk via PC (home network)..tapi tengah rancak tetiba NB hang. Akses failed je. Jalan mudah..tutup je. Cuba kat PC pulak...masuk talian lancar, masuk IE tersekat-sekat dan nak sign in untuk update blog, boleh macam tak baca. Nasib baik teman ni cerdik sikit, cuba masuk cara belakang. Ni yang dapat update ni.
Hari ni kan hari Isnin?!? Black Monday kot!

Sunday, July 12, 2009

AHAD - KISAH POCONG

Hari Ahad - petang yang sunyi....jiran sebelah datang untuk buat appointment perkahwinan anak perempuannya pada 31 Julai -2 Ogos 2009. Dah minta jadi saksi nikah...tu tak best walaupun perkara baru ..jadi saksi ni...yang lebih menarik sejak sebulan dua ni kisah pocong tersebar kat taman ni. Tapi teman tak tau hal pun...kiranya cerita bermula selepas sorang penduduk dalam taman ni meninggal dunia 3 bulan lepas....kononnya dia ada memakai sebab bersuamikan yang muda. Apa yang berlaku selepas tu teman tak ambil pot. Tapi rupanya khabar pocong ni merayau waktu malam dah lama berlaku. Siap ada anak jiran jemput 'arwah' ni masuk rumahnya sebab tertonggok depan rumahnya. Selebihnya ada orang nampak di beberapa tempat taman ni dan taman bersebelahan seawal jam 11 malam dan selewat 3-4 pagi. Teman pernah juga balik ke rumah lepas 12mlm tapi tak jumpa lagi. Bukan nak cakap besar tapi teringin juga nak tengok sendiri....kot-kot boleh berkenalan dengan lebih rapat. Teman kata tak perlu risau sebab pocong ni bukan ada tangan dan kaki...semua bahagian badan kena balut kain kapan...agaknya kot. Lagi pun teman rasa ni sikit sebanyak pengaruh cerita-cerita seram kat TV. Dah lama juga tak dengar cerita-cerita macam ni..tapi kebelakangan ni ada mula timbul semula. Kat UTM pun ada. Kat FRIM pun ada. Kat mana-mana lagi yang ada sila maklumkan kat teman. Lepas ni kita boleh panggil GHOSTBUSTER Malaysia tangkap semuanya.

Ni cerita benar Brahym. The moral of the story,musa...LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

Saturday, July 11, 2009

Sabtu 11 Julai

Di Simpang Pulai ....urusan keluarga....check out www.tv4s.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

JUMAAT - PENGHULU SEGALA HARI

Hari ini tak banyak sangat desakan kerja...it comes and go...yang tertangguh tertangguh juga bukan sebab apa...kerja melibatkan orang lain. Hari ini Hari Penyerahan Kad Laporan Pelajar bermula 8.00 pagi. Ramailah ibubapa yang datang (rujuk www.smkkkb.blogspot.com). Gambar-gambar hari ini diambil oleh ahli Briged Bestari. Awal-awal pagi Justin dah datang serah diri. Jadi tak perlu la naik turun tangga, ke hulu ke hilir nak klik klik...dah boleh diharap budak ynag sorang ni. Sampai habis penuh kad memori digunakannya...dan gambarnya pun boleh tahan juga. Tak la penuh dengan budak-budak India macam lepas-lepas. Dalam pada itu dapat pula jumpa bebudak Cyberkids latih sikit untuk present hari Isnin nanti. Dapat juga kontek GPB Selangor untuk confirm tempahan baju cuma tak berbalas Saemah, Farihan dan Azhar (ganti Shima). Tak apa le bilangan yang ada dah boleh buat tempahan. Bayaran online pun dah mula masuk. TAPI yang merisaukan pembekal macam tak serius nak buat. Tinggal seminggu je lagi...anyway dia pro kot ..2-3 hari boleh siap. Memang lapang hari ni...sampai malam tak ada kerja yang mendesak. Boleh ka teman mendesak untuk buat kerja malam!?!

Thursday, July 9, 2009

Khamis 9 Julai

Sepanjang hari ini dari pagi sampai balik..hari ini balik awal...lepas bunyi loceng 1.50 dah balik...sebab tak ada perancangan apa-apa untuk hari ini...walaupun pada saat akhir dapat sms kata ada mesyuarat panitia sivik. Teman tak boleh nak layan sebab tidak ada maklumat awal untuk persediaan. Pukul berapa dan di mana pun tak dibagi tau. Nak pergi camna? Teman kan orang sibuk ... pagi teman sempat buat filing sikit - manual kerja GPB - cuba nak masuk SSQS tak dapat login pula...pukul 11. lebih baru PKG bagi tau dah ok. Tengok PPICT - kena buat kiraan itu ini...dapat juga masuk sikit sebagai permulaan. Antara tu pegawai yayasan selangor datang, teman kena ambil gambar - blog dah update - tengok le kat www.asramasm3kb.blogspot.com -gambar je belum upload.
Dah sampai kat rumah....ni la kerja teman !!!

Wednesday, July 8, 2009

RABU 8 JULAI

Semalam merupakan malam yang mengecewakan. Sekembali dari sekolah, cuba untuk sambung catatan semalam namun kecelakaan tidak diduga. Cubaan untuk masuk ke blog ini tergendala kerana entah mengapa tak boleh langsung lancar IE. Pada kiraan teman ISP ada problem (streamyx la tu) tapi peliknya kat PC boleh pula log in dan lancar IE. Peliknya lagi tak mahu pulak bagi sign in kat blog mana-mana pun. Tak ke mengecewakan. Ni ada cerita pasal koniciwa Jepun...tunggu buku diterbitkan 10 tahun lagi. Jadi semalam buatla kerja-kerja mengedit video clip. Siap clip special punya...selawat sambut pengantin. Kalau nak beli orderla..boleh pasang masa nak kahwin nanti.
Hari ini seperti Rabu-rabu biasa - kelas 3 sekali....antara 7.30-8.50 sempat semak email dan balas mana yang patut...ternampak pula folder PPICT...print out a copy prosidur membuat aduan kerosakan online pakai TST. Tak tak lupa terus, esok-esok teman muatnaik kat gogoglegroups gpb.Kontek helpdesk..rupa-rupanya Shima yang jawab. Bukan Shima Sg Pusu tapi Shima BTP...suaranya tak berubah....maksud teman..dia tak pindah tempat kerja lagi...macam teman dah 31 tahun kat sini. Lepas keluar kelas...sambung kerja terhenti dan cuba nak kemaskan fail-fail yang ada..tengok jam dah pukul 11.10 - loceng pun berbunyi...masuk la ke kelas semula teman. Habis pukul 12.30...baru nak buat kopi...minum..dan check blog untuk update blog KBK...& asrama....masuk kelas semula sampai waktu balik. Sempat teman balik ke rumah ...kado hajat..solat johor(kata org jawa) dan kembali ke sekolah. Di dewan ada ceramah alam sekitar anjuran Kelab Geografi (tengok je http://www.kbksm3kb.blogspot.com) teman juga nak godek PA system sebab yang ada semua tak boleh nak digunakan.Teman tolong je sebab dah diminta tolong. Sambil tu berlari ke bilik mesyuarat untuk mesyuarat jk asrama ke 6 (tengok je http://www.asramasm3kb.blogspor.com ) Semuanya selesai jam 5.15 petang.
Peliknya hari ini line clear je. Sebelum masuk tidur ni, teman sempat siapkan video clip ceramah tadi ..tengah upload ke blog...dan update blog ni. Jadi the morale of the story.. MALAM INI MALAM YANG MENGGEMBIRAKAN ....!!!!Maknanya?????hmmmmmm. TAPI AWAS ESOK SEDANG MENANTI....GOD'S WILLING!

Tuesday, July 7, 2009

Tuesday 7 Julai

Sehari lagi telah berlalu. Semalaman semalam menyiapkan tapak dan testing untuk live broadcast perkahwinan anak sedara yang akan berlangsung di Simpang Pulai Sabtu ini (www.tv4s.blogspot.com). Sebelum tidur jam 11.30 mlm sempat siapkan jadual penggunaan Makmal untuk bulan Julai. Baru siap print untuk edaran. Tapi untuk individu kenalah download dan print sendiri dari sm3kbian@googlegroups.com Latihan dah diberi kepada guru-guru, tinggal sekarang kena rajin-rajin berlatih & gunakan. Kalau tak digunakan tak guna le kan. Mana Budaya Bestarinya kalau semua nak diprint (paperless la katakan). SAYANGI ALAM SEKITAR.
Hari ini kembali seperti biasa - masuk kelas, update blog, semak email, pantau makmal dll. Petang ni dah ada booking nak guna makmal, 2.30 petang. Relief kelas ada satu - 11.10-11.50 Kelas 5SI - subjek tak tau - itupun terpaksa buat tak kisah. Walaupun dah berkali-kali bagi tau GPB ni ada kerja-kerja yang mendatang (tak diduga - spt GITN nak check peralatan, tetiba line problem, troubleshoot masalah connection - masalah WIFI tak dapat nak dikesan lagi ni - buat housekeeping server dll), tapi masih ada yang tak faham ke apa?

Monday, July 6, 2009

Monday 6th July

Pagi ni ingat dapat selesaikan urusan ck@school masa perhimpunan. Tapi persediaan yang seperti yang diharapkan. Teman tangguhkan minggu depan. Pukul 2 nanti ada meeting..boleh sediakan bebudak tu. Hari ini dapat jumpa dengan wakil Rebound Asia yang uruskan SPS - Nor Akmal Sulaiman - yang telah datang sejak 1 Julai lalu. Setelah berbincang sikit sebanyak, dah mula dia jalankan kerja - cari guru untuk dapatkan maklumat, export maklumat ke SPS dan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukannya. Teman buat kerja teman la.

PENGALAMAN YANG BARU

Hari Sabtu lalu, lepas teman jalankan kursus untuk gur-guru SKKKB2, teman kena pergi ke Damansara Utama. Pada malam tu ada majlis akad nikah anak sedara teman. Teman nak kongsi pengalaman membuat perjalanan dari KKB ke Damansara Utama - bukan memandu kereta macam biasa tapi menaiki bas.
Teman keluar dari rumah pukul 3.00 petang. Teman berjalan dari rumah ke simpang jalan besar sebab dalam taman perumahan bas tak masuk. Tak kira la tu..jalan sekejap je. Di simpang jalan tu teman tunggu la kot ada teksi sapu ke, ada orang yang kenal teman boleh tumpangkan ke...tapi hampa. Dari 10 buah kereta yang lalu semua pemamdu pompuan. Masa tu ada kenduri kahwin kat Taman Ampang Indah. Teman pun dah terlupa pasal tu...tak dapat nak pergi pun. 3.20 ptg bas MARA LINER pun lalu dengan laju. Teman sempat angkat tangan sekali bagi isyarat. Driver bas pun beam lampu sekali bagi isyarat. Dalam laju-laju tu pun bas berhenti ambil teman. bayar 70 sen ke stesen bas KKB. Turun bas naik bas ke Rawang pula (Metro). Tambang RM3.00. Perjalanan bolehlah tahan ..slownya. Driver siap bersembang dengan kawan-kawan sambil memandu. Tak la bahaya sangat. Kalau berlanggar pun tak le sampai bas boleh terbalik.
Sampai di Rawang, teman tengok orang turun kat simpang (tak sampai stesen pun) ...senang melintas ke stesen komuter, teman pun ikut je. Sampai ke stesen, komuter dah sedia menunggu. Dek sebab teman pakau touch'n'go tak payah le teman beli tiket. Dalam pukul 4.30 ptg komuter bergerak ke KL Sentral. Sesampai kat KL Sentral teman cari bas ke Damansara. Lepas melilau nak cari maklumat, teman tanya le orang yang ada kat situ. Dalam masih mendapatkan maklumat, pukul 5.10 ptg bas U82 pun sampai. Teman tengok elok je penumpang beratur tapi ada juga yang pakai menyelit - berebut la tu takut tak dapat tempat duduk. Teman pun turut menyelit. Dapat le tempat duduk. Dalam bas tu teman nak cerita bagi pelik sikit, tak macam bas biasa. Tempat duduk 80% selari dan 20 peratus melintang di bahagian belakang - bertingkat lagi. Yang selari pun bertingkat juga. Masalahnya .....masalah ke? ....bila ada kaum hawa yang berdiri(bergayut) di depan, mata sapa yang duduk bersetentang dengan bahagian yang menerujakan(?) - lu fikirlah sendiri. Sebab tu le kot ramai yang suka naik bas - selain murah - tiket RM2.00 dari KL Sental ke One Utama. Akhir nya teman sampai ke tempat yang dituju pukul 6.00 petang lepas tercepat turun bas dan tersesat pilih jalan dan terpaksa tunggu anak buah teman datang ambil. Pengalaman hebat buat teman.
Hari Ahad dari pagi hingga larut teman berada di rumah kenduri yang sama. Biasa la rumah orang kenduri. Rumah pula depan jalan raya. Sebelah jalan ditutup untuk khemah, sebelah lagi jadi laluan kenderaan. Dalam keadaa sibuk macam tu pun ada pemandu yang nak tunjuk lagak - nak pecut tak menentu. Jadi dengan sukarela teman la jadi trafikman selain jadi cameraman dan penyambut tetamu. Majlis berjalan lancar dari 12.oo tgh hingga 4 petang. Tapi yang tak seronoknya ada kes yangberlaku. Ini teman bagi tau sebagai peringatan kepada rombongan kahwin tak kira di mana-mana anda berada. Dalam orang sibuk-sibuk meraikan pengantin dalam rumah, kereta pengantin yang dipenuhi barang-barang hantaran dan sedikit sebanyak barang kemas, telah diceroboh (nilai kecurian RM20 000). Tiada tanda pecah tingkat. Tiada tanda kena umpil. Tempat kunci saja ada tanda dibuka dengan paksa. Maknanya pencurinya mesti sindiket yang terlatih - mampu membuka pintu kereta dengan menggunakan kunci khas. Malang sekali sebab kereta tidak dikunci pakai remote. Jadi alarm tak berfungsi.
The Moral of the Story - JANGAN TERLALU YAKIN DENGAN KESELAMATAN DALAM NEGARA MALAYSIA YANG AMAN DAMAI INI!!! JANGAN TINGGALKAN KERETA YANG ADA BARANG BERHARGA DALAMNYA TANPA PENGAWASAN !!!

Friday, July 3, 2009

MALAM YANG MENGEMBIRAKAN

Malam ini sudah berada di rumah. Dapat la online lama sikit tanpa gangguan line. Satu perkara yang pelik juga dah berlaku. Dah agak berbulan-bulan juga cuba nak buat connection pada 2 pc guna 1 line streamyx. Sekali berjaya lepas tu berkali-kali gagal. Entah kenapa petang ni ok je..lancar semacam. Anak godek PC, bapa godek NB.
Balik dari kursus, petang sempat berlabuh 2 jam dan log on sampai kini. Sempat le update beberapa blog yang ada. Yang penting dapat sediakan bahan untuk mengendalikan kursus EduWebTV esok untuk guru-guru SKKKB. Semuanya lancar.
Petang esok (tak kira pukul berapa habis kursus) kena lari ke Damansara - anak buah nak nikah malam tu. Bukan nak jadi kadi nikah ke, wali ke, tapi biasala jadi lelaki kamera (cameraman). Untuk malam ni nak tonton tv..ada cerita-cerita menarik kat AXN dan TV3. Itula ceritanya.

Thursday, July 2, 2009

Semalam Yang Kecewa

Malam ini baru line clear sikit....clear maknanya tak ada gangguan. Baru boleh boleh update. Semalam dari petang line ada masalah...mungkin masalah kat server BTPN ni. Jadi tak banyak online dapat dibuat. Sejak pagi tadi line ok sampai waktu ni. Kursus yang dihadiri dah masuk hari ketiga....benda yang diajar masih RED HAT. Orang nak belajar SUSE. Dari jawapan yang diberikan oleh fasilitator bila ditanya bila nak mula SUSE - "sama je" dia kata - maka sahih lagi benar sampai habis kursus SUSIE tak akan disentuh. So sentuh Topi Merah je. Tadi lepas minum sempat bergambar beramai-ramai...tengok le sendiri bini-bini yang tak percaya pada laki...bukti memang kami berada di BTPN Selangor.