Monday, August 31, 2009

10 RAMADAHAN - SALAM KEMERDEKAAN

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh :
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta!!???
Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga seperti Cikgu Thurai (Kuala Selangor).
Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga dari fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga dari keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Adeh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25 KG". Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu. Serius nampak baca yek......???!!! hahahahah...ha... ha... ha....!! jgn mare...

DAH. SAMBUNG BUAT KERJA TU.... !!!

Sunday, August 30, 2009

9 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan :
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa air dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Dalam satu seminar mengenai AIR yang mana kebanyakan pesertanya yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun(rujuk http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm). Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata, "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 2 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab, "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya, "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah di skrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya.
Terdedah kepada muzik heavy metal
Air mata air
Sebelum doa
Selepas doa.

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan:
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Sekadar untuk tontonan .... PEMINDAHAN KUBAH MESJID ... realiti atau mistik? Lu fikirla sendiri !
















































Friday, August 28, 2009

7 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

( 28 hb Ogos 2009) Honda sekali lagi membuat kejutan dengan
pengeluaran MPV terbaru syarikat mereka. MPV yang dinamakan SUPERNOVA ini dijangka menjadi pesaing hangat buat Proton EXORA kerana harga jualan yang jauh lebih murah iaitu hanya RM 56,000 dengan jumlah muatan seramai 12 orang atau lebih………tempahan dibuka mulai 31 Ogos 2009.



Thursday, August 27, 2009

6 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN ....
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad.'


Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Wallahualam.

Wednesday, August 26, 2009

5 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa

.

Beberapa lagi bahan makan yang meragukan. Tepuk dada tanya iman ! Jangan tanya Aiman...sbb Aiman tak kisah.

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
سُوۡرَةُ الکَوثَر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ 
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ 
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batupermata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelaki baginda Ibrahim dan bapa saudara baginda Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yang baik kita amalkan selalu.

Monday, August 24, 2009

3 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga : Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Gambar hiasan untuk memberi iktibar kepada yang sudi berfikir.

Sunday, August 23, 2009

2 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
.

Hari Kedua Ramadhan. Tak banyak boleh dikatakan. Sesungguhnya cek sedang berpuasa.

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan al-Mubarak
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama:
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.















Pagi tadi cek sahur jam 5 pagi. Sebelum makan check dulu glukosa dalam badan..orang diabetik kena jaga juga...bacaannya 9.0 ...bawah 10 ok lagi. Sahur makan nasi lauk sardin, sambal belacan(bukan belacan gambar di atas), sayur kacang panjang goreng...bagi cek sedap je. Kalau ada ikan masin pun kira dah ok. Makan epal sebiji, kurma sebiji...telah ubat 2 biji. Dalam jam 8.00 pagi hantar anak balik UPM pulak...balik hari khamis lalu..saja nak mula puasa kat rumah..tapi tak dapat berbuka hari pertama puasa. Pukul 2.30 ptg check lagi glukosa - dah turun ke 5.1..lagi 5 jam nak berbuka ...brapa banyak pula akan turun? Sempat ke time nak berbuka? kalau turun rendah sangat nanti hypogylecemia pulak..boleh pengsan cek...kepala dah rasa pening-pening lalat. InsyaAllah boleh bertahan ... kalau mengadap internet memang tak terasa masa berlalu..
6.30 ptg check sekali lagi glukosa naik jadi 7.1 ..mengapa? cek pun tak tahu..kalau ada sapa-sapa yang faham boleh tolong terangkan...tak makan, tak minum tapi dalam masa 4 jam boleh naik 2...maknanya cek tak perlu risau sangat le...sistem dalam badan dah boleh jaga diri sendiri...berkat Ramadhan.

Friday, August 21, 2009

MAKAN, MAKAN, MAKAN !!!


Bukan apanya...sempena menyambut Ramadhan, Merdeka dan cuti sekolah, semalam jamuan anjuran staf dan hari ini pelajar tingkatan 6 adakan jamuan pulak.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Malam ni tengok anak bulan. Kalau nampak esok puasa, kalau tak nampak lusa puasa.Nampak tak nampak puasa tetap akan tiba..Ya Marhaban Ramadhan al-Mubarak

.

Wednesday, August 19, 2009

Salam Merdeka!


Terlalu awal? Tak kot... sejak hari Isnin perlancanran dah berlangsung...hari ini pertandignan sejak guru pulak...bendera dah dipasang..suasana dah ujud.
Seperti selalu Rabu memang memenatkan...tambah pula kelas-kelas hari ni kena banyak bercakap...kena la dengan tajuknya...demokrasi...jadi straight set...menerangkan dengan penuh semnagat mcm wakil rakyat juga. Lepas kelas akhir dah hampir 2 petang ada pula vendor nak ukur kawasan nak pasang WiFi...pass pada JTK lepas tentukan lokasinya...berkejar balik sekejap untuk solat dan ambil kemera video...dtg semula ke sekolah untuk penggambaran pertandingan sajak sempena Merdeka! hah kan! merdeka lagi...betul la dah sambut sejak 15hb...lagi pun sepanjang minggu depan kan ke cuti...buka sekolah dah lepas 31hb...lagipun sambutan kan ka sampai 16 September. Habis semua kerja dah jam 5.30 ptg...balik buat kerja pindah movie ke HDD NB - Ingat senang nak buat kerja semudah ini...ada orang tu ingat dah ambil terus boleh tayang / burn kat cd...nak juga dibuat suntingan supaya nampak profesional. Kerjanay bermula dari petang lepas solat asar sampai time nak masuk tidur ..11.00 malam. Letak kepala atas bantal ....terus skeruhhhhhh!!!

Tuesday, August 18, 2009

MENJELANG RAMADHAN

Sehari dua lagi masukla kita ke bulan Ramadhan AlMubarak yang penuh keberkatan. Cek na ubah sikit pengisian dalam blogging cek ni bermula hari ini - 18 Ogos 2009
Kalau anda pikir anda masih Islam,bacalah....kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini..kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..Suatu hari pada masa solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun....lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri..daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya
lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah kita mulakan solat Jumaat". Macammana?... Adakah anda rasa lawak dgn cerita ini.Selain
terhibur anda fikirlahlah...
" Lawakkan? dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul
beriman.... "
" Lawakkan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah iman mereka...baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia belum mendirikan solat Jumaat lagi..."
"Lawakkah? ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time Jumaat... tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje... bile time sembahyang raya....."
"Lawakkan? Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat di dalam Al Quran"
"Lawakkan? Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak?... kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH... alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawakkan??? Kenapa gelak.. tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahuaallam.


Posting ini cek dapat dari email Rahim Omar Terima kasih je kat dia tetapi cek buatediting sikit kat 2 tempat :
1. tinggal 20 orang je lepas kena gertak - kalau 20 oang mana boleh dirikan solat Jumaat?
2. 2 orang Taliban(?) kot - sebab tutup muka nampak mata je - berpaling dan meninggalkan Pak Iman lepas suruh Pak Imam mulakan solat ...nampaknua 2 orang ni pun hipokrit juga la!!!
Jadi cek dah cantikkan sikit ceritanya supaya lojik sikit.

Hari ini cek tak buat banyak kerja sangat..lepas 2 waktu kelas cek buat kerja mengemas bilik.Hari ini cek terima tanggungjawab nak henadle urusan PPSMI. Dapat kunci untuk 3 almari besi. Dari situ boleh la cek simpan balik semua khazanah dalam almari kat bilik cek ke almari tu..lapang sikit. Jadi sampai waktu balik cek buat kerja kemas mengemas je. Begitula adanya. Posting ni cek buat dari rumah.

Monday, August 17, 2009

17 Ogos

Isnin - sibuk juga ..tapi tak sesibuk banyak kerja. Dilantik jadi pengawas IT ujian Permatapintar UKM saringan 2 - dari 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Bukan buat apa sangat - pastikan akses internet ok untuk bebeudak yang dipilih dapat jawab soalan IQ - rujuk www.smkkkb.blogspot.com
Semalam sengaja tak buat blogging ...pagi-pagi ponnu cek dah khutbah..tak buat kerja ..asyik mengadap pc..bukannya buat kerja kosong..cek tengah check akaun UPK..kalau sempat nak bagi balik pada bendahari.Tapi dah kena sound...??? cek keluar je gi pasar...singgah mesjid nak ambil anak balik program smart solat...nampak le rombongan kahwin waheeda&Akil ...tapi tak teringat pulak nak bergambar...orang tgh ramai..jam dah 11.30 ..nak kejar ke tapak pasar ..ada taklimat untuk peniaga--apalagi ambil gambar le kerja cek. Ptg baru star balik mengadap buku akaun sampai malam...dah selesai. Masuk tidur pun awal sikit.
Hari ni..lepas sesi ujian..dapat duduk sekejap je dalam bilik..tak sempat buat banyak kerja..cikhu suhaini minta transfer gambar khemah integrasi & sambutan merdeka (awal pagi tadi)...tengok dah 2 petang. Perjumpaan dengan Cyberkids & Briged on juga. Habis 3.30 ptg..balik lepas solat..rasa penatlah pulak..hujan pula turun agak lebat..suasana dingin ..sesuai untuk beradu. Malam baru dapat buat kerja ni semula...hingga esok..daaa

Saturday, August 15, 2009

Sabtu - ganti

Hari ni skolah ganti - ganti cuti deepavali nanti...19 oktober. Bulan oktober banyak cuti...september cuti raya 1 minggu...okt cuti lagi tapi bebudk PMR tak cuti sangat kot...lepas tu depa dah mula periksa. Tapi itulah Malaysiaku..banyak makan, banyak cuti, banyak kerja, banyak le citer!
Ramai yang tak datang hari ni...ramai yang pergi perkhemahan, ada yang pergi progam kat mesjid, ada guru yang sibuk gi mana ntah...jadi yang tinggal tu pesta wayang pagi ni...sebelum rehat tayang kat depa BEE STORY,lepas rehat TRANSFORMER...tak sempat nak habis dah waktu balik...bebudak bukan kira...cukup time balik. Dalam pada tu cek sempat minta ahli Briged bersihkan makmal. Selesai satu bab. Bab hiasan tangguh hari lain sebab yang pompuannya tak datang. Kumpuk semua kerta lama dapat kolek RM36.00 untuk tabung BB. Ok la tu sebagai permulaan.
Malam ni ada kenduri rumah Hj Manap. Kena la jenguk juga walaupun makan belum tentu lahap. Tapi tengok la dulu apa menunya ye????

Friday, August 14, 2009

Friday O Friday

Hari ni kecoh ...dalam minda je...apa taknya. Sebelum pergi ke sekolah minda dah diset rutin...login kehadiran..masuk bilik..set pc.nb...ambil kunci buka makmal bestari...buka lock bilik server ikut luar...duduk buat kerja. Tapi hari ini..login kehadiran...pengetua blok bagi makluman seperkara dua...masuk bilik pengetua..komplen tak dapat log in IE...cuba buat setting..cikgu ICTL dah datang minta kunci...habis kerja-kerja rutin jadi tak rutin. Pengetua minta buat sesuatu ...ambil masa 2-3 waktu..sempat berhenti minum kopi, roti cicah bubur durian ...sambung buat kerja itu ini..tengok dah jam 12.00 tgh. Sempat tulis buku rekod dan hantar..teringat pula esok ada sekolah ganti...buat penat minda je!!!
Petangnya...jam 3 - meeting dengan pengawas untuk program PERMATA Isnin nanti..terus ke meeting Khairat Kematian...selesai 5 lebih...sampai rumah 6 ptg. Malam ni nak sediakan untuk esok pulak...ada operasi bersih makmal, nak buat tayangan video untuk pelajar (yang tak ramai di sekolah) nak cari bahan tusyen..nak tidur !!!

Thursday, August 13, 2009

Thursday 13th

Dah hari khamis....dah 3 jam cuba nak masuk semula ke portal ssqs ...nak print sample borang guru & murid ..tapi asyik page cannot be displayed....cek faham pasal apa sebab tu cek tak kisah sangat...take my own sweet time..tak tak se tension member2 yang baru nak key in hari ni. mesti jem teruk punya.

Wednesday, August 12, 2009

Hampir terlupa ...

Dek kerana tertumpu perhatian kepada kepada kerja-kerja mengemaskini data SSQS dan PPICT yang tutp pada 14 Ogos...cek hampir terlupa nak blogging. Nasib baik kerja selesai masih awal 10.30 mlm - sempat juga buat sikit catatan. Semua dah selesai mlm ni, esok boleh bagi perhatian kepada kerja-kerja lain pula. Tersusn kerja tak siap-siap masih menunggu giliran. Siang tadi biasa le Hari Rabu kelas banyak...tak sempat nak buat apa. Balik ke rumah hari ini nasib baik...satu line boleh masuk 2 pc..semalam line boleh masuk tapi IE tak boleh capai...nape? ntah tak kuas cek nakcheck...pakai broadband walaupun slow lagi paedah.

Tuesday, August 11, 2009

Selasa 11 Ogos

Hari ini tenang juga. Kelas 2 waktu - 1 waktu diambil oleh ustazah nak cover silibus. Waktu-waktu lain buat kerja yang sepatutnya. Buka blog gpbnsde nampak komen dari Khairul Nizam- bekas gpb Kuala Selangor. Peringatan darinya membolehkan cek masukkan data SSQS online. Cek punya dah selesai. Pengetua punya kena semak balik maklumat- eso boleh cek settlekan. Balik jam 3.30 En Zahri call nak buat mesyuarat hari khamis ni.Agak tergesa juga tapi rasanya tak ada yang terlibat program lain kot. Cek ok je. So update blog sekali lagi dan email kepada semua. yang pantas menjawab - Thurai dan Brahym...yang lain ? Ntah le belum buka baca kot. Tak macam cek kat sini - hari-hari mesti mau buka tengok - baru komunikasi tak putus. Dalam pada itu dah selesai login data SSQS pelajar. Tu la cek dah kata kalau , dah cek ingat le login id tu kodsekolah+r dah lama settle benda ni. Kesian pulak kat penyelaras makmal yang tak sempat buat online...tinggal 2 hari lagi. Kalau esok atau lusa depa tengok blog cek ni, depa pun sempat buat rasanya.

Monday, August 10, 2009

Ogos 10 - Isnin

Menggu kedua bulan Ogos. 10 hari lagi puasa. Itu citer kemudian. Hari ini tak banyak masalah...semua kerja berjalan lancar. Dalam pada itu masih ada juga kerja yang tak dapat nak mulakan walaupun dah lama tertangguh. Cuba je le mana yang boleh.

Sunday, August 9, 2009

Ahad - diKL

Lepas ke market kkb beli barangan dapur untuk seminggu, cek pi KL. Kat KL ni kat Kampung Baru, rumah kakak ponnu cek ada di sana. Adala 3-4 sedara mara berkumpul makan tengahari. Bahaya untuk orang-orang macam cek ni....sebab? sebab ramai-ramai makan, buka cite...makan tambah 2 kali. Bahaya tu...makan ubat lepastu 2 biji pun blum pasti glukos dalam darah boleh turun. Tawakal je le. Kat KL ni dapat juga test line broadband ...memang ok HSPA ...confirm kat KKB tak dapat line laju. Hari tu cek dah complain kat Celcom...kena terima hakikat - celcom punya iklan memang menipu - indah khabar dari rupa,kata kat mana-mana pun boleh dapat..hatta kat luar negara!!! dalam negara pun tak luas liputan. 2. masa beli jurujual kata nak tukar package RM98 - RM68, call je celcom center, bila dah call memangla dapat cakap tapi untuk tukar-tuakr ni kena pi kat center - kat Selayang le tu kot? - ni yang buat cek bengang - sekali lagi nak menyusahkan pelanggan. Macam biasa - Celcom ke, Maxis ke - sama je peel nya..bila nak duit kita boleh je pakai sms - siap ditolak duit dari kredit phone, bila bab lain macam ni, kita kena turun mengadap depan. Kalau center tu sebelah rumah ke, dalam kawasan KKB ke, boleh le juga nak uruskan. Ni dah le jauh, minyak lagi, parking lagi, masa le ...depa tak fikirkan ke masalah orang. Banggang kot???

Saturday, August 8, 2009

Sabtu 080809

Cantik nombor tu....ada sapa yang dha beli??? Hari ini ada kursus dalaman (LDAP) tajuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang melibatkan semua guru mata pelajaran kecuali PJK dan Sivik. Jadinya cek tak terlibat nak buat JSU ni sebab sivik tak ada peperiksaan....tak terlepas. Cek masih ikut sama...tapi buat kerja ni la..update blog.

Friday, August 7, 2009

TERLEWAT SEHARI

Hari ni dah Jumaat semalam malam Jumaat..malam sunat bagi yang berkenaan. Biasanya cek buat update sebelum masuk tidur. Ntah ngapa dari jam 8 malam hingga ke 10.15 mlm line ok je. Tetiba ada gangguan talian...tak dapat nak buka internet..itu yang guna broadband Celcom penipu tu. Switch kepada Pc guna talian streamyx..tak dapat nak log in pun. Dah try shut down system 2 kali tapi masih tak dapat nak log in...jadinya tak dapat le nak blogging. Pengalaman menjadi pengajaran. Mulai hari ini di setiap awal pagi, cek akan key in dulu tajuk dan update bila ada kelapangan. Itu je caranya nak ajar teknologi...kita tipu sikit bukan sapa tau.
Anyway semalam pun tak banyak peristiwa....yang satu tu dah masuk www.smkkkb.blogspot.com pasal H1N1. The rest of the day spent my time dalam bilik server untuk settlekan mana yang sempat kerja-kerja yang boleh dibereskan. Dalam pada itu adala juga interupsi (gangguan le tu) tapi tak le yang menyusahkan sangat - ada pelajar nak burn CD projek LK nak guna makmal, sebagai GPB yang prihatin cek bagila masa sekejap untuk depa. - pastu AJK Cybekids buat update dalam portal, bantu la mana yang boleh, pastu KB Kemanusiaan minta check NB dan LCd - kena la tolong, tu ponnu cek, kalau tak malam jumaat miss o o o ...pastu ada guru minta print doc color ..pastu time balik. Cek pun balik tidur!!!
Untuk hari ini ...hari masih muda - awal lagi nak cerita apa-apa sebab pagi lagi. Hari Jumaat masa tak panjang -12.30 dah nak balik....jadi sempatlah buat apa yang sempat dibuat - buku rekod, semak email dan masuk relif. Kelas untuk direlif kelas agama so cek jadi ustaz la pagi ni...ajar le bebusak tu sikit-sikit bab tajwid. Kira ok juga le bebudak 1D lelaki ..tau juga depa huruf-huruf asas dan boleh baca fatihah. Kira ok la tak le risau sangat. Bab ibadah dan lain-lain tu depa belajar le pelan-pelan dengan ustazah depa. Jadi sampai masa, cek balik le...ptg nak online sampai malam tapi rupa-rupa line streamyx memang bermasalah di KL/Selangor sejak semalam. Dapatlah siapkan CD koleksi tarian yang bebudak sertai dalam pertandingan bulan-bulan lepas (dah lama depa tunggu CD ni - akhirnya siap juga). Malamnya pula movie kat AXN dan TV3 boleh tonton belaka.Masuk tidur 12.00 mlm sebab cerita King Kong (TV3) bersambung lepas news...esok ada kursus pulak.

Wednesday, August 5, 2009

Hari ni CUTI

Bukan sebab H1N1 tau. Cek ambil cuti rehat hari ini sebab bawa anak cek pi cek gigi kat hospital gigi Rawang. Lepas tu pi hantaq di kar UPM. Balik dah tgh hari. Sekali ni cek ambil cuti cek rasa lapang dada. Kalau sebelum ni dalam 30 tahun perkhidmatan cek ambil cuti atas sebab-sebab terdesak tapi dengan hari berat memikirkan kerja kat sekolah. Hari ini lain pulak. Dah rasa macam seronok pulak nak siap-siap pencen. Fuh!!! tengok la macam mana...tahun depan boleh le buat persediaan kot.
Ponnu cek hantaq sms kat ada student ting 1 asrama lagi ..positive H1N1. Dah tu macam mana...cek tak tau cerita lanjut dan tindakan lanjut.Esok baru tau gamaknya. CUTI ka tak CUTI!!!

Tuesday, August 4, 2009

Hari ini pun okay

Selasa 4 Ogos...walaupun pagi bersedia untuk kelas di dewan sebab guna LCD...ingatkan ada yang nak observe...tapi selebihnya ok je sebab tak ada relif.Sempatla nak selesaikan 2 surat yang datang - i. survey pc ict/ictl ii. surat pangguilan pegawai penilai lupus aset - dua-dua selesai tinggal bagi kerani poskan. Dalam pada itu datang pula kaji selidik dari BTP hal bestari. Dah separuh diisi sambung Khamis la pulak..esok cek ambil cuti.

Monday, August 3, 2009

LAIN SIKIT HARI INI

Selama 2 hari cek tak blogging. Bukan apa saja je...nak tenangkan fikiran lepas kepenatan juga la membantu jiran sebelah rumah ni buat kenduri kahwin anak dia. Semuanya berjalan lancar.
hari ini awal pagi dah buat penggambaran koir sekolah dapat tempat ke 4...seluruh negeri selangor..bangga habis..tahun depan mungkin boleh dapat nombor 3 pulak kan.Macam biasa lepas kelas (1 waktu) dapat 2 kelas relif waktu akhir. Mulai esok setiap hari Isnin dan Selasa, Khamis dan Jumaat cek nak tulis siap-siap kat papan putih tu nak buat kerja pengurusan sekolah bestari...bagi depa faham sikit. Hari ini surat ke BTP pasal pelupusan yang tertangguh sejak 2 bulan lepas dah settle. Sempat pula buat edaran kepada semua guru pasal penggunaan ICT di sekolah untuk update PPICT online. Esok baru nak edarkan.Lain daripada, perjumpaan Cyberkids dan Briged Bestari tetap dijalankan 2-3ptg. Balik pun awal, semua kerja beres. Dapat ke kebun keluarkan peluh petang tadi. Malam ni ponnu cek nak minta exercise keluarkan peluh pulak...so cek logout duluuuuuuu!!!