Friday, October 30, 2009

30 Okt - d'rumah

Dah berada di rumah....berkejar balik kerana kena hantar ponnu cek join group nak ke PSKPP di Shah Alam. Balik sempat rehat kejap sebelum ambil anak pulang dari sekolah...jengok sat tanya pasal surat panggilan ke PD minggu depan. Jawapan mesti tak ada. SMS pada yang menguruskan ..dia kata dah faks selasa lalu dan janji nak faks semula. Selepas solat Jumaat uruskan perkara di pos opis....di kaunter zakat pastu pi mesyuarat khairat kematian. Habis mesyuarat pi balik ke sekolah cari surat...ada pun..difaks pada 29/10/09. Malam ni tidur sorang la...peluk bantal.

Thursday, October 29, 2009

Hari 4 Dynasty


Hari ini masuk hari keempat. ..ada yang dah nak balik juga malam ni...yang jauh-jauh tu... naik kapal trbang ada, naik bas ada...jadi kena ikut tiket la. Yang dekat-dekat tu pula..malam jumaat la katakan. Apa pun perjumpaan kali ini menghasilkan 2 dalam 1 - serampang 2 mata. Latiah SPS berjalan lancar, isu gpb cemerlang pun dapat diselesaikan. Tinggal lagi tindakan susulan kena segerakan. Semoga tahun depan ramai GPB dapat jadi cemerlang !!!

Hari 3 Dynasty

Semalam 28/10/09 (Rabu) agak terlalu sibuk mengisi blog GPB Malaysia sampai terlupa nak update blog sendiri. Pagi tadi ke BTP jumpa Ketua Sektor pasal GC GPB. Hasilnya agak positif. Sebelah petang latihan diteruskan sampai 5 ptg. Sempat pi Low Yat dengan geng nak cari barang tapi tak jumpa kedai. Balik dalam lift serempak dengan Abu Bakar Ellah..sempat Maghrib...terus Isya....turun makan dan masuk dewan semula untuk perbincangan tentang instrumen pemantauan dan dokuman diperlukan GPB. Selesai jam 11 mlm. Sibuk dengan kerja lain terlupa nak tengok blog sampai waktu ni.

Tuesday, October 27, 2009

Hari 2 Dynasty

Baru lepas minum pagi.Sempat bersantai dalam bilik sebelum turun ke BallRoom. Ada kata pukul 8.00 mula ada kata 8.30 mula...suka hati depa la..nak pi pukul 9.00 pun tak ada kisah. Sendiri akan miss session. Pengisian hari ini pindah jadual dari ASZ ke SPS. Sebelah petang sebelum tama sesi, tukang catat telah dihampiri seseorang dari BTP yang berhajat untuk berjumpa dengan wakil GPB. Nampaknya gerakan pertama perjuangan sudah memberi kesan. Perbincangan awal sudah menampakkan isu ini berada dalam perhatian pihak berkenaan. Esok wakil GPB akan ke Bukit Kiara untuk berjumpa dengan Ketua Sektor Pembestarian pula. Malam ni tadi bahan yang nak dibawa telah dibincang dan dipersetujui bersama. Esok baru boleh tahu yang akan berlaku.

Monday, October 26, 2009

Hari 1 Dynasty

Program pack dari pagi sampai petang. Pengisian lebih kepada menyenggara jadual waktu. Dari segi teorinya nampak senang dan mudah tapi realitinya tengok la masa jalan kat sekolah nanti. Lepas sesi latihan yang berakhir jam 5.00 petang sambung pulak sekejap dengan sesi perbincangan GPB SeMalaysia untuk memperjuangkan profesion GPB. Ada la pula tindakan proaktif yang perlu diambil sebelum rombongan berjumpa Pengarah BTP diatur sebelum hari perpisahan Jumaat ni. Petang ni letih benar. Sambil tunggu nak makan malam, update blog ni dulu. Malam ni tidur awal sikit.LETIH MENTAL BILA BERKURSUS MACAM NI!!!
Suasan adi dewan Ballroom ...

Sunday, October 25, 2009

Dari Hotel Dynasty KL

Awal pagi tadi 8.30 pagi dah sampai kat asrama - katanya ada gotong royong besar-besaran - ada reporter SINAR. Tengok tak ada sapa pun....bebudak asrama adala. Terus pi sekolah - kemas bilik, staple soalan...short pula 40 set - satu kelas la tu..kena buat Jumaat petang nanti. Tengah buat kerja NYPD PIBG Sdr Rosli panggil suruh ambil gambar bagi pihak SINAR. Kena la layan...dapatla gambar-gambar ni....

Lepas tu balik dekat 2 jam uruskan hantar email kepada reporter SINAR dengan gambar sekali. Dalam pada tu sempat packing, check kereta...minyak brek pula hampir kosong...nasib baik ada simpan, air ok...semua lain ok. Bukan apa nak berjalan jauh juga..kereta tu dah lama tak bawa jalan jauh...asyik pusing-pusing KKB je...bunyi krok krik ada la sikit-sikit.
Bertolak dari rumah pukul 3.30 ptg...hantar anak kat Kg Baru...check in jam 5.15 ptg. Dapat bilik 2386...tingkat 23 blik 26.Bilik hotel ni besar juga...tapi ruang untuk meletak pakaian agak terhad...apa pun tengok sendiri.. Ini hotelnya..DYNASTY kat Jalan Ipoh KL. Ini pula dalam bilik...Nak kat luas..luas juga la..tapi sesuai untuk 2 orang je....Jalan dari pintu masuk ke ruang tidur je luas...bilik air pun luas..Yang tak bestnya dari tingkat 23 boleh tengok bilik-bilik tingkat bawah..camni....Bila dah nak malam begini la pemandangan KL dari tingkat 23 ...Buat apa kat Dynasty? Ada latihan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)last round kot sebelum penggunaannya awal tahun depan. Malam ni tak ada agenda. Esok pagi baru mula sampai petang. Stay tuned.

Saturday, October 24, 2009

Okt 24

Sabtu ....ada program lagi. Awal pagi ponnu cek dah kena pi Akademi Bomba ada program apa tah...sementara tu cek pula pi asrama. Ada majlis khatam quran, jamuan hari raya (Syawal?Deepavali? Raya Haji?) dan jamuan perpisahan 2009. Kat situ cek dapat test buat justin tv boradcasting. Nampaknya pakai broadband celcom ni berjaya juga. Dapat buktikan pada wakil PIBG fungsi aplikasi ni. Lepas ni boleh mohon beli kamera baik punya sikit...program-program akan datang boleh broadcast. Ada petanda baik....dapat kelulusan. Aktiviti bermula jam 9.00 dan habis 11.30 pg. Last sekali -makan-makan,minum-minum,cerita-cerita,klik klik (ambil gambar le). Makanannya jangan cakap -memang tak boleh cakap-penuh mulut)- sate ada,mee sup ada, mee sup ada, basi briani gam ada, air soya ada, taufu fa ada, lemang ada, kuih muih ada, hadiah pun ada!Selesai semua - selesai siap bungkus bawa balik la tu - pukul 1.30 dah ada kat rumah bersama bekalan yang boleh tahan 3 hari 3 malam. Petang itu - taya dal wow ro !!!

Friday, October 23, 2009

Okt 23

Terlalu sibuk hari ni. Banyak kejutan yang tak diduga. Tugasan yang diterima semalam masih belum selesai. Baru dapat bahan maka perlu siapkan selewat petang hari ini. Dalam pada itu selesaikan urusan dengan syarikat yang membuat kerja baikpulih peralatan ICT, bayaran kena settle sebelum 30 Okt. Minggu depan 25-30 Okt dah kena pi latihan SPS lagi...kat Dynasty KL. Dapat relif lagi....masuk kelas 1D untuk ganti uztazah. Isi masa bincang pasal rukun solat, solat jumaat dan buka cerita telur kambing dan telur unta. Suka je bebudak tu. Thurai nak tau cite ni ke? Nanti jumpa kat mana-mana..boleh diciterkan. Soalan Sivik akhir tahun belum dicetak...kena settle sebelum pergi ahad ni. Lepas Jumaat semua selesai juga akhirnya. Soalan siap direso..esok kena stapler dan paketkan. Bahan perancangan strategik pun dah siap...dengan ppt show untuk pengetua. Balik hari ini jam 6.00 ptg. Bilik masih bersepah...esok kena pi kemaskan.Seminggu tak ada kat sekolah, kalau ada yang datang melawat dan masuk blik server...besar kemaluan cek!!! So malam ni santai-santai...tengok AXN movie je kot.

Thursday, October 22, 2009

Okt 22

Khamis biasanya kerja tak terlalu mendesak...banyak tetap banyak tapi ada yang boleh ditangguh tapi hari ini...tersusun kerja yang perlu disegerakan. Awal pagi dah dapat tugasan khas yang mesti diselesaikan hari ini. dalam pada itu selaingan tetap kena buat - update blog ini, baca emai, bla bla bla. Sekarang ni tengah check beberapa NB yang baru diterima setelah dibaiki....check fizikal NB, Kad Harta Modal dan laporan pergerakan selama 5 tahun lepas. Pada masa yang sama tengah buat powerpoint presentation atas permintaan pengetua. Pukul 12.30 ada pula makan briyani gam...ada la orang belanja sebab dapat tungakan naik JUSA C...dengar khabar banyak juga...boleh beli rumah teres sebiji. Tak apa le rezeki masing-masing...rezeki kita makan free. Dalam pada itu terlupa pula minggu ni jadi guru bertugas..tapi 4 hari je..Selasa-Jumaat...lagipun kat nombor 2. Nasib baik rakan kerjanya orang rajin....3 hari ni tak dapat nak buat apa-apa sangat. Esok kot baru nak tengok buku laporannya. Sebelum balik jam 5.00 petang (ya 5.00 ptg..guru tingkatan 6 balik 3.30 ptg)..sempat pandang email dari MOE. Ada latihan SPS pula tapi suratnya tak sampai lagi. Selepas semak semula latihannya pada 1-5 Nov 2009 kat Dynasty Hotel, KL. Malam ni dari jam 8.30 tadi asyik update blog gpnsde, infobestari, dan berbalas email dengan Pn.Tan VI...baru dapat pengesahan surat tarikh dan lokasi yang sebenar. Kepala pun dah naik pening, mata pun dah naik mengantuk.....bini pun dah nak merengek !!! Malam Jumaat!!!

Wednesday, October 21, 2009

Okt 21

Hari ini dah bermula dengan keadaan tenang. Sempat update 3 blog sekali gus. Capaian pun agak laju selepas diganti switch baru...bukan saja sebab diganti tapi telah disusun semula cable-cable yang berselirat kat cabinet tu. Tengoklah betapa kemas dan tersusunnya cabinet tu sekarang. Dapat juga satu ilmu baru...power cable dengan cable RJ45 tu tak boleh digolong bersama sebab boleh menyebabkan gangguan kelancaran current flow. Hah..lepas ni bolehla check sekali wiring yang dibuat sebelum ini. Apa pun sekejap lagi nak masuk kelas dah. Tak lama lagi akan ada asakan kerja yang perlu disegerakan. Panggilan ke mesyuarat petang ini dah diterima. Apa-apa pun terima je dengan tenang.

Tuesday, October 20, 2009

Okt 20

Maka bermulalah hari-hari biasa selepas cuti beberapa hari. Semalam lagi sudah ada permintaan untuk siapkan satu projek sebelum Jumaat oleh pengetua. Hari ini kena siapkan dua tiga bahan sebelum mesyuarat esok. Kertas soalan Sivik untuk akhir tahun pun belum sedia lagi. Soalan dah ada...cuma belum direso. Jadual pun belum terima sebab minggu lepas tak ada di sekolah. Sekejap lagi 8.50 dah nak masuk kelas...ada pula relif lepas tu sampai So...tengok lah macam mana semuanya boleh beres ke tidak. Baru nak rasa lapang sekejap, tetiba datang Izuan dari BTP dengan pekerja syarikat nak pasang ganti switch yang dah lama tak dengar khabar berita. Dari jam 12.30tgh sistem shut down...tunggu dan tengok depa kerja sampai jam 5.15 ptg baru selesai. Yang baiknya susunan cable kat dalam cabinet lebih kemas dan akses pun lancar semacam je. Tengok la pulak esok macam mana.

Monday, October 19, 2009

Okt 19

Masih bercuti.....sekolah dah ganti cuti ni awal-awal lagi. Walaupun penat sampai rumah agak lewat malam tapi hari ini tak boleh rehat juga. Sekejap lagi dalam pukul 9.00 dah nak kena hantar anak-anak balik kampus. Sorang hantar kat Rawang je sebab jauh sangat nak ke Skudai, Johor. Sorang lagi dengan kawan Sarawak dia nak kena hantar sampai kampus UPM, Sedang. Tapi sebelum tu na pulak kena singgah FRIM Kepong, nak kena ambil gambar pokok-pokok apa tah kat situ. Minggu lepas rombongan mereka dah sampai kat sana tapi ntah camna boleh pulak gambar-gambar yang diambil tak menjadi, katanya la. Ntah-ntah tak ambil kot! Ntah le. Jadi perjalanan hari ini memusingkan amat...mula-mula ke FRIM...lepas tu ke Puduraya...dalam perjalanan warning signal menyala (dah ada tanda-tanda sejak 2 hari lepas - kereta enjut-enjut - ada kata mungkin sebab minyak gear kurang!) - terus ke pusat servis Hyundai kat Jalan Ipoh - melayang RM700.00. Tak kisah janji ada barang dan boleh disiapkan segera...jadi tunggu kat situ 1 jam. Lepas tu pergi balik ke FRIM dan bergegas ke Serdang. Separuh jalan dah nak sampai, kelas batal pulak.Jadi tak payah la nak kejar2. Selesai hantar singgah kat Rawang..tengok perabot lagi...sampai rumah dah masuk 5.00 petang. Malam relax je.!!!

Sunday, October 18, 2009

PANGKOR-TELUK BATIK-SABAK BERNAM-KKB

Bertolak dari Pulau Pangkor pukul 12.45 tgh - sampai di jeti Lumut jam 1.30 tgh. Makan (lunch) singgah pula kedai borong barang laut - ala sotong kering, ikan kering, jajan kering......singgah pulak kat Teluk Batik. Lama juga kat situ. Berkesempatan berkenalan dengan manager satu tempat yang agak baru dan unik. Inilah orangnya.. Tarikan pertama ialah gambar sotong gergasi atas bumbung restoran. Dah dijemput dek managernya masuk percuma untuk tengok-tengok kawasan dia....lagi pun tak ada orang pun. Tempatnya ialah untuk snorkeling dalam kolam air masin dengan habitat marin yang sebenarnya. Ada kolam bela anak penyu... Ada kolam besar air laut dengan ikan-ikan yang jinak...Ada kids hotel dan kawasan untuk camping. Lepas tu dibawa pula ke muzium siput. Sungguh menakjubkan!!! Macam-macam jenis siput ada!!! Caj masik RM2.00 tapi dek dibawa manager...free je le. Kawasan tu dulu cek pernah sampai tapi tak ramai orang. Kedai-kedai pun tak berapa nak ada. Tapi hari ini orang dah ramai. Kedai jualan pelbagai barangan pun dah banyak dibuka. Tapi sayang minat terhadap muzium siput masih tak menggalakkan. Mungkin pihak yang menguruskan muzium tu kena fikirkan program-program untuk tarik minat orang ramai. Muzium tu bentuk rumah tradisional orang Melayu. Semua tingkap ditutup untuk keselamatan siput-siput yang unik kat dalamnya. Pintu masuk terletak di bahagian depan yang kurang dilalui orang. Sekali pandang memang macam rumah tak berpenghuni. Tukang cerita pasal siput namanya Shima....Ada juga satu objek yang unik dalam muzium ni. Biasanya batu karang tenggelam dalam air tapi yang ini .... Dah tu bergerak balik dah dekat pukul 5.30 ptg...singgah pula kat Teluk Rabiah. Tak ada apa pun kat sana....ada satu resort private property. Pusing-pusing je tengok sekejap. Dah tu sampai kat simpang hala ke Ipoh (Bidor) dah tersalah belok terus ke Sabak Bernam. Jadinya terpaksa le ikut Sungai Besar - Sungai Panjang- Tanjung Malim. Singgah makan kat kedai simpang 3. RM41.50 untuk 6 orang makan - 4 nasi goreng, 2 mihun sup, tomyam, daging masak merah & air. Tukang masaknya lelaki...masakannya ok la boleh makan...cara cakap macam orang Kelantan....pakaian tak berapa nak berselera tengok..jadi terfikirla cek sejenak..Kalau tukang masak kedai-kedai makan orang Melayu kita pakai baju kemas-kemas dengan tie, berkasut kulit berstokin, seluar tak kisah le jeans ke, slacks ka tapi kemas, rasanya naik selera makan pelanggan dan pasti ramai akan ulang datang. Kalau kedai makan tayang pompuan seksi pun orang ramai datang, takkan orang lelaki macho & kemas tak boleh tarik perhatian pelanggan. Apa pun jangkaan sampai rumah dalam jam 9 mlm. Memang tetap sekali, alhamdullillah semuanya selamat balik ke destinasi. Sebelum tidur update blog dulu.





Lagi cerita menyusul .....

Saturday, October 17, 2009

Okt 17 - Hari Keluarga

Pagi ini kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pangkor. Cerita menyusul.....

Friday, October 16, 2009

Okt 16

Hari ini Jumaat. Sekolah cuti...ambil cuti khas sempena Deepavali esok. Jadi dok di rumah la hari ni. Lepas solat Jumaat baru gi open house kat Batu 30 Batang Kali. Semalam kawan anak cek dari Sarawak balik ke rumah ni. Dia sama-sama belajar kat UPM. Esok nak pi Family Day kat Pangkor. Petang nanti sampai la pula anak dari UTM,Skudai...pun balik sebab nak pi pangkor. Koyak poket cek !!!

Thursday, October 15, 2009

Okt 15

Hari Anurgerah Ko-kurikulum hari ini. Banyak acara dijalankan..kiraok,rumah hantu,jualan makanan, barangan terpakai, pameran hasil kerja pelajar. Cek buat yang tak payah keluar modal punya - komputer game. Bagi kerja kat budak Briged Bestari. Dapat collection >RM80. Silap sikit miss communication - patutnya RM2.00 sejam...bebudak tu kutip RM1.00 sejam.Kalau tidak dapat le RM160. Apa pun kira okla kan...untung atas angin.

Wednesday, October 14, 2009

Bagi kursus...

Hari ni harinya. Dari 8.00 pagi hingga 12.00 tgh, guru-guru cemerlang Dearah Hulu Selangor akan menerima tips serta panduan membina blog. Bukan itu sahaja mereka juga mulai hari ni sudah memiliki blog sendiri. Samada mereka akan menjadi blogger dengan selalu blogging atau tidak, terserah kepada mereka. Kata omputih "You can take the horse to the water but you can't make the horse drink the water!" So it's up to you,horses !!
!

Sesi berakhir pada jam 12.00. Selepas acara majlis penutup - makan tengahari - check out. Sampai rumah 3 ptg....tidur kepenatan..!!! Malam tidur lagi.

Tuesday, October 13, 2009

Dari Hotel Putra

Hari ini PMR dah habis....3.10 petang. Subjek hari ini Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Bahasa Arab Komunikasi. Bila tengok budak Cina jawab kertas Bahasa Cina mesti ada tulisan Cina dan masa tingkatan 5 diuji lagi benda yang sama. Tapi bila terkenangkan bebudak Melayu kita tak ada pun ujian tulisan jawi. Bila lagi perjuang bahasa nak bangkitkan usul ni di peringkat Parlimen ka, kementerian pelajaran ke...apa-apa la kan!!!

Pukul 5.00 petang bertolak ke Hotel Putra atas undangan PPD untuk memberi sedikit sebanyak ilmu membina blog kepada Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor. Siapakah mereka yang terlibat cek pun tak tahu lagi. Slot yang diberikan pukul 8.00 pagi -12.30 tgh. Esok tau le sapa? Buat masa ni duduk dalam bilik NO 710....macam ni...

Monday, October 12, 2009

Okt 12

Sehari lagi berlalu. Hari ini PMR kertas Matematik 1 & 2. Sebelah petang Sejarah...inilah salah satu insiden gambaran betapa senangnya kertas matematik hari ni.....siapa?bila?di mana? biarlah rahsia !!!

Sunday, October 11, 2009

Okt 11

Terkenang kisah semalam. Antara realiti dengan fantasi...antara untung dengan rugi...antara kebenaran dengan penipuan. Hari ni ada dua panggilan walimatul urus. 2-2 bekas pelajar. Yang satu pergi awal -12.00 tgh dah sampai - di Kompleks Serbaguna KKB. Gambarnya tak ada sebab pengantin tak sampai masa kami sampai. Jurukamera rasmi Cikgu Zul SKAP...kalau dapat hantar sekeping dua kat sini ... gpbbea5061@gmail.com . Lepas makan trus balik rehat...lepas zohor pi pulak yang kat Taman Keruing Rasa...yang ni.. Gambar diambil menggunakan kamera Canon Coolpix 8 megapixels. Dah rasa tak puas hati pulak dengan hasilnya. Lagipun diambil oleh anak bongsu cek yang pompuan tu...guna sebelah tangan je untuk snap. Mungkin kena cari dan beli kamera yang macam Brahym atau Badri punya atau mungkin lebih canggih sikit. Kat sana jumpa la bekas pelajar tahun 2003 geng pengantin perempuan. Petang lepak update blog sampai malam tak buat apa-apa yang menarik.

Saturday, October 10, 2009

Okt 10

Sabtu - pagi ni ada lagi sambungan LDAP - buat perancangan strategik. Bahagian cek tak siap lagi...macam cek kata semalam le..kalau ada mood siap..kalau tidak..!! Nantila hari ini boleh buat kot. Tapi apa yang berlaku sebenarnya? Cek habiskan masa 3 jam buat pelan tu untuk subjek Sivik...dah siap print out..terserah kepada Panitia pula untuk buang-tambah mana yang patut. Bukan apa cek work smart le kan...ada kemudahan...rujuk je kat internet. Tukar sana sini siap le kerja. Macam biasa makan tetap ada - awal pagi makan bihun goreng....rehat kek & karipap..thghari nasi ikan kering,sambal sotong,sayur campur,ayam goreng. Ikhsan PK yang akan mengerjakan haji minggu depan. Balik ngam-ngam jam 2.Lepas zohor bergerak ke kenduri aqiqah cucu cek di Seri Putra Perdana Bangi. Minggu lepas baru ke sana -transit sebelum ke KLIA...minggu ni pi lagi.Selama ni dah berapa tahun depa ada kat situ tak pernah sampai. Biasa le macam tu..elok juga dah sampai minggu lepas (tercari-cari juga rumah) kali ni terus je sampai. Jalan pulak sesak dari KL keluar dan masuk tol Sungai Besi...kat SPutra pun q panjang. Nasib baik cek pakai PlusTaq...jadi vip le masa tu..trus je lorong kosong. Dari rumah situ terus ke Giant Shah Alam...ada urusan sikit tapi akhirnya bernilai RM3K. Tujuan cek ke sana nak tukar satu produk ni yang cek beli bulan lepas kat Rawang. Katanya boleh kurangkan penggunaan letrik 40%. Bil letrik masa tu RM117.00 Kalau ikutkan bulan berikutnya boleh le turun ke RM71...tapi bila sampai bilnya RM171.00 Mak ai..naik RM50. Camne ni...cek call penjual ..dia suruh tukar set. Tu yang menghala ke sana. Selesai urusan sekejap je..pastu anak-anak cek tersangkut kat gerai cuci muka. Ponnu cek sangkut kat gerai AOWA - jual dapur letrik, oven microwave, vacuum dsb. Cek pun singgah dengar celoteh jurujual - pompuan melayu kelantan, cakap slang cina dgn budak lelaki cina fasih bercerita - jurujual la katakan. Daripada tak nak beli apa-apa melayang RM3088 beli dapur letrik macam ni...Selepas cerita-cerita kelebihan oven microwave macam ni...katanya harga RM2888...barang belum ada stok keluaran terbaru bulan depan naik RM3188...tapi sebelum tu cek tengok dia tengok demo vacumm macam ni...harga nya RM2290. Lepas cerita panjang depa keluarkan 3 paket cabutan yang katanya mengandung baucer "thank you", nilai RM50, atau RM500.., ponnu cek yang cabut dapat baucer khas deepavali yang menawarkan hadiah vakum,set utensil macam ni..bernilai RM2388..periok letrik macam ni...bernilai RM388...dan chopper(pengisar) bernilai RM188..dan daftar membership kad bernilai RM300 menjadikan jumlah hadiah RM5546.... dengan membeli dapur bernilai RM3088. Untung ka tak untung..itu lah persoalannya. Dalam benak fikiran cek 'what is the catch' Macam biasa jurujual buat terkejut bila cek dapat baucer tu...call boss dia...confirm betul dan bukan kesilapan...baucer yang ini jurujual pun tak tahu ada dalam paket..surprise la konon. Selepas passing passing handphone...cek pun hulurkan kad kredit untuk swipe jumlah tu..kotak-kotak hadiah pun masuk dalam trolley untuk pindah ke kereta. Dalam rasa tengah untung besar, terasa juga sikit-sikit macam kena tipu. Kalau ada yang pernah alami macam ni atau pernah terkena macam ni...bolehlah bagi komen sikit...biar lega rasa dihati. Kalau untung alhamdullillah...kalau tertipu cek nak buat aduan kat Kem.Pengguna atas teknik menipu ni. Harap-harap tak kena tipu la!