Monday, November 30, 2009

Nov 30

Hari Isnin...tak buat apa kat rumah pi la jengok kat sekolah. Hari ini siap buatkan pelan sekolah dengan rebranding kelas-kelas yang ada. Banyak perubahan dibuat, dijangkakan bangunan baru boleh siap sebelum Januari 2010. Ada kelas dah tukar jadi koperasi, bilik MKP, bengkel daha jadi makmal bahasa, galeria, perubahan kolasi kelas pun banyak juga. Jadinya banyak juga la nak kena tukar kat SPS nanti. Tapi tak lama kat sekolah.,,pukul 2.30 dah balik..makan tengah hari terus sambung sikit kali buat pelan terperinci...sampai waktu TIDUR.

Sunday, November 29, 2009

Nov 29

Hari ini rasanya macam boleh relax sikit, kot. Tapi ntah la terlalu awal untuk dibicarakan. Hari ini ada sekor lagi lembu korban...nak pi ke tak nak pi. Itulah persoalannya. Rasa macam nak pi kebun sebelah rumah...nak exercise sikit...nak pi ke tak kan pi...itulah lagi persoalannya. Petang ni ada pasar malam,,,,nak kena pi ka tak payah pi....persoalan lagi. Akhirnya ....korban pi, kebun tak pi, pasar malam pun tak pi. Balik dari mesjid 11.30 pagi.....lepas makan santai-santai sampai malam....santai-santai di sini maknanya browse internet...gitu la adanya.

Saturday, November 28, 2009

Nov 28

Sehari lagi ada kerja korban di mesjid. 2 ekor...dari jam 9 sampai 10.30 settle. Bersiap sedia pula untuk majlis tahlil di rumah ,,,semua famliy kl turun kkb...jemput beberapa orang ahli mesjid...mula 12.00 tgh. Dari KL semua yang ada di Malaysia datang...yang tinggla jauh di perantauan dapat tengok broadcast kat justintv....broadcating succesful...penerimaan kat site penonton tak tahu le pulak. Majlis selesai 3.30 ptg....terasa la penatnya...lepas ni nak TIDUR!!! lagi...all in the family ..the gents only....

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 HIJRAH - 2009 MASEHI....
biasale hari raya pukul 8 dah bergerak ke mesjid untuk solat sunat aidil adha. Selesai dalam jam 9.30 pagi ada jamuan lepas tu di perkarangan mesjid. Mesjid ni mesjid lama dibina pada tahun 1926..pernah ditenggelami banjir besar tahun 1930an...pernah ditinggalkan tak berpenghuni untuk sekian lama...dan dipulihhara pada tahun 1993...masa tu cek la jadi pengerusinya. Tapi sejak 1995 dah lepaskan jawatan tu atas sebab-sebab tertentu. Khutbah pagi ni juga sekali lagi berjaya menitiskan air mata ...sebah khatib pun sebak membacanya. Kisah Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail..setiap kali dibaca masa khutbah pasti akan bergenang air mata. Elok dibuat setiap tahun macam tu. Cuma cek nak cadangkan juga dlaam khutbah raya korban diselitkan juga kafiat daging korban,..bukan yang mengorbankan tapi yang bakal menerima daging korban. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat dengan daging korban. Bukanya apa kekadang ada yang lupa dan bagi budak sekolah boleh jadi revision ...senang masa nak jawab kertas soalan Pendidikan Islam. Lepas balik dari mesjid, ada kerja korban di rumah Sdr Sohor...pi la tangok sat...lama dah tak libatkan diri ..sejak 2005 atas sebab-sebab tertentu kena lupakan aktiviti korban kat kkb..tahun ni dapat buat semula. Tahun 2009....Hari Raya hari Jumaat...keluarga belah KL janji nak kumpul kat KKB esok Sabtu 28/11/09 ...jadi tak perlula bergegas ke KL lepas solat macam selalu. Dapat le daging korban sekilo, ricik limpa,jantung,hati,kelempung dan tulang sebatang. Cukup la nak buat sup. Balik dari kerja korban, setting untuk broadcast event esok....tak dapat nak detect webcam....dah masa untuk ke mesjid lagi...solat Jumaat. Balik dari solat Jumaat, sambung lagi setting, kali ni berjaya. Sampai lewat petang kat sini......menunggu malam.

Thursday, November 26, 2009

Nov 25

Esok raya haji...hari ini belum raya lagi. Dari pagi berada di kebun..bukan kat sebelah rumah tu tapi di Gesir sana. Buat apa lagi..ambil buah rambutan le. Dah terlalu masak dah dekat nak rosak dah buahnya. Tu pun tak ada kudrat nak turunkan semuanya. Dapat le dalam 2 bakul. Ada pula yang offer buah cempedak - sebiji RM2.00 mana nak dapat ..so borong semua 8 biji..tapi dia minta RM12.00 saja..mana nak dapat. Dah tu makan free lagi sebiji...bukan bijinya tapi buah..sebuah? Balik tengahari singgah pula kar rumah Sarina, Penyelia Asrama, ambil buah durian pulak. Dekat 20 biji...RM20 je..mana nak dapat? Tak niat pun nak jual cuma upah orang kutip kat kebun dia. Petangnya kat rumah je le...ni mata tengah ngantuk....lepas makan cempedak 23 ulas (1/2biji,) makan lemang 3 potong, rambutan13 biji , durian 3 ulas - ...pekena pula nasi walaupun tak sampai 3 pinggan...semua ada 3.. sunah tu...tak jadi penyakit kot gitu harapnya.

Wednesday, November 25, 2009

Nov 25

Rabu....tak ada banyak kisah nak disampaikan. Pagi ke pasar ...balik pasar kena sidai kain ...sempat online kejap sebelum ke sekolah. Tengah buat projek FAIL MEJA GPB dengan MANUAL KERJA GPB...tapi ada satu lagi yang belum siap...senarai lengkap peralatan ICT dari tahun 2000 sampai 2009. Tadi ada kurier hantar 2 set PC HP...katanya untuk asrama. Terima je sebab syarikat pembekal akan buat pemasangan kemudian. Cukup time ..5 ptg balik ke rumah....online lagi sampai malam. Gitu la sehari dalam hidupku.

Tuesday, November 24, 2009

Nov 24

Hari ke 4 SPM - subjek Pendidikan Islam & Moral sebelah pagi dan PI 2 sebelah petang. Hari ini 3 orang calon sakin mata...2 pakai spek hitam...jadi untuk langkah keselamatan Pengawas pun pakai spek hitam juga la. Seperti biasa tak ramai yang tunggu sampai habis waktu 2 - 21/2 jam...ramai keluar awal. Petang elesai 3.50 ptg..ke sekolah pula settlekan seperkara dua- ada nak pinjam NB untuk buat jadual waktu....cukup masa untuk itu je..dah jam 5 ptg..opis nak tutup. Cek pun balik...untuk sambung keraj kat rumah sambil santai2 je.

Monday, November 23, 2009

ISNIN 23 Nov

Hari ketiga SPM - subjek Matematik - pagi hingga 12.30 sahaja. Selebihnya waktu habis kat sekolah. Itupun dari 2.30 ptg sampai 5 ptg. Ingin nak buat kerja lain tapi dapat buat kerja lain. Faulty pertama SPS dah dapat...takwim tak boleh print ikut kehendak kita...kena ikut suka dia...macam print screen jadinya. Apa ka jadahnya tu? Jadi untuk penuhi permintaan Pengetua kenalah buat kalendar bulanan 2010 untuk isi takwim ikut jabatan. Masalahnya lepas ni ....bila nak papar takwim keseluruhan tahun 2010. Macam mana???? Malam kat rumah mula nak buat Perancangan Pembestarian 2010-2014..Tu dia kau!!! Dah bersedia dari awal...!!!

Sunday, November 22, 2009

Ahad 22 Nov

Hari cuti...duduk di rumah je...kemas-kemas sikit sana sini sementara tunggu tengah hari. Ada lagi panggilan kenduri kahwin..bekas murid lagi. Yang bertanjak tu pengantin diiringi rakan-rakan sekelas masa dulu. Ada la sikit maklumat tentang mereka di http://www.alumnism3kb.blogspot.com/ Nak juga ambil gambar suami isteri tapi si isteri dah menghilangkan diri...tak sehat kata bapa mertuanya. Gitulah kalau dah kahwin sebulan lalu !!!.Dan masa pun berlalu pergi.....

Saturday, November 21, 2009

Sabtu 21 Nov

Dah mula cuti sekolah...hujan pula turun hampir setiap hari .. petang bawa ke malam...ramai pula dah nak kahwin ..hari ni je ada 3 jemputan - ampang pecah, tanjak & tmn teratai. Semua nak kena pi ka tak payah. Kalau ikut adat yang dijemput mulut wajib tunaikan, yag hantar kad ...lu fikirla sendiri. Ingatkan tak nak le pergi semua kenduri sebab ada kat sekolah dari jam 10.00 sampai 1. lebih. Tapi dek kerana cuaca mengizinkan maka pergi la cek ke rumah pertama (tak ada rekod gambar) - belakang rumah je...terpaksala pergi. Lepas tu ke rumah kedua pulak..bekas pelajar sm3kb. Jumpa sorang dua sm3kbian lagi....macam ni... Lepas tu ke rumah ketiga, juga sm3kbian....yang ni ..... jumpa lagi ramai geng masa sekolah pengantin dulu....ini dia mereka... Balik rumah dah 3 lebih...sempat update blog ni....lepas tu mengantuk menyerang diri sebab perut kekenyangan tak terperi. Apakah ubat yang sesuai sekali - TIDUR!!!

Friday, November 20, 2009

Jumaat 20 Nov

Hari ini tak ada pengawasan SPM...datang ke sekolah pulak la...ada urusan nak diselesaikan. Tetiba dimaklumkan ada mesyuarat JK Asrama jam 9.00 pagi. Jadi semua appoinment lain come n go --kata orang putih kot.

Thursday, November 19, 2009

Khamis Hari 2 SPM

Pagi ni pun sampai petang. Pagi BI 1 & 2...petang Sejarah 2. Seperti yang dijangkakan ramai yang keluar awal untuk kedua2 kertas. Terfikir lagi macam tahun depan...apa sudah jadi dan P&P cikgu kat situ sampai pelajar tak mampu nak cuba jawab. Dalam pada itu ternampak satu lagi objek yang menarik perhatian....guru disiplin sekolah tu pun tak mampu nak halang dah gamaknya. Bukan salah ibu mengandung, salah bapa kot tak pakai kondom!!!

Wednesday, November 18, 2009

18 NOV - hari 1 spm

Hari ni mula SPM..kertas BM & sejarah - pagi sampai petang. Pusat macam tahun lepas pusat sama juga - SMK BBBK. Tak banyak kisah lagi...cuma nampak gaya calon-calon tahun ni sikit lain dengan tahun lepas. Belum apa lagi dah nampak besi hadang tangga pun boleh bengkok. Kat dinding dewan lipat ( pastinya kelas) penuh dengan contengan...kata-kata pun agak berat - membayangkan penulisnya dah terdedah kepada yang tidak elok. Apa pun perjalan lancar - walaupun tak jadi ketua dilantik jadi timbalan ketua...tapi diminta handle semasa peperiksaan on sampai habis - Ketua handle kerja-kerja utama. Relaks sikit..tak perlu pegang kunci almari..tak perlu bergegas ke pusat ujian. Ok juga cara ni. Balik dah petang....malam dah penat. Mata pun dah kuyu...badan pun dah layu....so..TIDUR!

Tuesday, November 17, 2009

Selasa 17 November

Hari Selasa bermula dengan kesibukan mengambil gambar guru-guru untuk dibuat kad pintar tahun 2010. Itupun untuk mengisi ruang yang ada sebelum mesyuarat guru akhir tahun 2009 bermula. Selesai jam 12.30 tgh.....slot pengurusan Sekolah Bestari dipenuhi dengan permintaan kepada guru-guru untuk cuba try SPS masa cuti nanti. Nampaknya ada juga yang telah buat perubahan password lepas tu. Lepas ni nak tackle jadual waktu pula. Sebelum nak serahkan kepada guru yang ditugaskan untuk kerja itu, kenala juga kita mahirkan dulu...lagipun senang nak kontek pembekal perisian....kalau dah sukses nanti, bab pindaan boleh la guru jadual waktu buat.So lepas ini sibuk la hari-hari....siang jaga SPM, malam buat jadual. Tapi apa pun sebelum boleh sentuh jadual, kena update pengguna dulu...ada 4 -5 orang guru baru belum didaftar dalam sistem. One step at a time.....

Monday, November 16, 2009

ISNIN 16 NOV

Semalam Ahad saja je tak blogging....pagi sibuk ke kebun...tghari melayan tetamu kat rumah sampai petang..mlm layan bantal. Pagi ni agak lengang sebab kelas dah tak masuk...bebudak direhatkan. Habis masa kat troubleshoot network. Bersama JTK susun semula network cable sebab ada cable yang tak digunakan diikat sekali oleh syarikat tempoh hari. Evinda pun dibypass je....akses laju le sikit..tapi PC Win98 tak dapat masuk ke SD lama. Tengahari lari sekejap makan sup..yang ruginya lupa ada makan-makan...pukul 9.30 dah pekena mihun goreng telur goreng. Tapi pekena lagi sup dan kuih muih...sebagai lunch. Lepas tu balik ke rumah, lepas solat ke taklimat pengaws SPM. Ptg baru dapat update kat sini...tu pun sebab anak-anak tak online.Malam macam biasa je kot.

Saturday, November 14, 2009

Baru cuti betul...

Sabtu 14 November - betul-betul cuti hari ni. Tak ke mana-mana dari pagi sampai malam. Dah agak malam baru dapat buat sikit persediaan untuk 2010....takwim - tarikh-tarikh cuti ...selesai jam 12.00 mlm....tu je untuk hari ini.

Friday, November 13, 2009

DARI ROSA KE BB RESORT

Hari Jumaat - suasana sejuk di kawasan tanah tinggi - nasib baik pagi tak hujan kalau tak tentu lagi sejuk. Masih di CH hingga tengahari ni...slot untuk KB masih on. Destinasi hari ini ke Bukit Beruntung Golf Resort - Hi -Tea KeSTAF - acara akhir tahun.Dijangkakan jam 12.00 dah boleh beredar...perlu sampai ke sana dalam jam 3.00 ptg. Rupa-rupanya sampai 12.30 tgh....makan pula lagi..dekat jam 1.00 baru nak bergerak...singgah pula kat KEA FARM beli sayur-sayuran. 16 bungkus RM10 jagung 12 tongkol pun RM10. Pecut giler lepas tu..tapi ikut jalan Simpang Pulai...membontoti lori balak. Dia pun bawa laju giler...2 kali tayar terangkat kat selekoh. Kalau terbalik sah akan tersangkut kat situ berjam-jam lagi, Ponnu cek buat aduan kat LPK..apa tah. Nasib baik sampai sat selekoh tajam lori bagi laluan untuk potong....apa jadi lepas tu kat lori tu tak tau le..selamat kot. Singgah kat R&R Tapah...masa dah dekat 3.30 ptg. Pecut lagi sampai kat BB tepat jam 4.30 ptg...member lain dah selesai makan, ada yang dah pi main bowling, ada yang layan anak-anak mandi kolam. Nasib baik makanan masih banyak - nasi briayni ada, bubur caca ada, puding ada, sate pun ada...sempat pau lagi sebelum balik.... bukan apa sebelum sampai kat situ dah dengar desas desus makanan dah habis...ramai sangat yang datang..tempat kecil. Yang ramainya anak-anak...tempat disediakan untuk mak/bapak yang ahli KeSTAF...silap perkiraanla namanya tu. Apa pun semuanya beres sudah....cuma tak ada le gambar nak diambil sebab sampai lambat. Gitu le citernya.

Thursday, November 12, 2009

D ROSA PASSADENA

Hari ke2...pagi ini sarapan bihun goreng ada, nasi goreng ada, mee goreng ada, fish ball goreng ada, kacang sos tin ada, coco crunch ada, fish kek goreng ada, roti ada - mentega, jem terletak atas meja - makanan dimasak ok tapi tak sesuai dengan tekak. Bukannya apa tak pedas langsung. Cili sos ada tapi tak ngam. So...terpaksa bagi cadangan pada tukang masak...letak semangkuk cili (api lagi best) kicap untuk orang-orang yang seselera dengan cek..orang Penang. Slot mula jam 10.30 pagi tapi semalam dengar cerita dah ada ura-ura nak cut short slot sebab nak shopping kat atas sini. Ntah le....banyak sangat program kursus hujung tahun sekadar nak menghabiskan duit rakyat (kerajaan bagi tapi duit kita pembayar cukai!) sebab hujung tahun kalau tak dibelanja kata tak pandai urus. Pulak dah! Malaysia Boleh! Atas permintaan peserta sesi berakhir jam 2.00 ptg selepas rehat tengah hari diabaikan. Maknanya sesi bermula 10.30 pagi dan berakhir 2.00 ptg. Hasilnya - akses ok tapi NB peserta agak terganggu...hanya 3-4 group ikut sekolah yang berjaya hasilkan blog...yang lain katanya akan buat bila balik nanti...katanya. Lepas sesi - makan tengahari - 3.00 ptg bas bawa rombongan besiar-siar. Sesi malam bermula lepas makan-makan steamboat.

Wednesday, November 11, 2009

Dari Rosa Passadena

Bertolak dari KKB jam 11.30 sampai ke Hotel Rosa Passadena jam 4.30 ptg...kira-kira 5 jam perjalanan..tu pun sebab tersekat di jalanan kat Tapah hampir 1/2 jam. Saja je ikut jalan lama -laluan Tapah - sebab perkalan pun lancar je...speed pun taka 60-70 je. Pergi pun ada yang menumpang...KB Bahasa & KB Tek Vokasional...jadi banyak le cerita dalam perjalanan...ada yang tak sedar dah sampai destinasi. Sekarang ada dalam bilik B( (Tingkat 2 Bilik 9)....wireless connection tak ada kat dalam bilik tapi broadband ...cantik....dapat HSPA. Petang ni dan malam ni free...esok baru ada slot jam 10.00 pagi. Sementara nak tunggu makan malam...kami pergi la berjalan-jalan (kami - cek, ponnu cek & anak cek - ponnu cek peserta, anak cek penyibuk- kacau daun). Tak banyak yang nak ditengok- pusing satu pekan dah sampai balik kat hotel...pasar malam pun tak ada - hari pun nak hujan je. Ternampak kedai gunting, jadi singgahlah.

Tuesday, November 10, 2009

Selasa 10 November

Masih kesibukan sebab masalah network ...tetiba je selepas pemasangan alat baru semalam. Awal pagi sediakan bahan untuk lawatan murid thaun 6 SKKKB1...selesai jam 10.00 Terima NB baru Lenovo...tapi kurang puas hari dengan sebab harga tak berbaloi dengan yang dibekalkan. NB macam tahun 2002 - mouse pad tak ada tapi ada biji merah kat tengah kena gentel...DVD ROM external...ketinggalan zaman betul sapa yang uruskan pembelian NB berjumlah beratus buah tu. Hai ntah le...dengan harga macam tu boleh dapat yang lebih canggih...bukan tak bersyukur tapi tak boleh diterima akal. Sampai petang akhirnya marking selesai..markah pun dah siap...anytime boleh bagi kat guru tingktan...hmmmm mana taknya ...balik solat zohor..pi balik...hantar ponnu cek balik pukul 5.00..hantar anak balik UPM kat stesen komuter..pukul 6 pi sekolah balik..pukul 6.45 selesai. Dah boleh bersiap pula untuk ke Cameron esok. Malam ni tidur lega kot...telekung masih di sidaian!!!

Monday, November 9, 2009

Hectic Monday

Hari ini Isnin dah dijangkakan pasti haru biru - kecoh mecoh - sibuk sokmo. Bermula awal pagi urusan mengemaskini sistem markah - diserah kepada yang pakar - dijangka siap tengah hari - dibuatnya kerja lain akhirnya urusan utama ditangguh ke esok. Pihak Rebound datang seperti dijanjikan - habis 4 jam bersama dia untuk check SPS...dalam pada itu GITN datang untuk pasang EXINDA -alat untuk memantau akses internet - tapi lepas depa balik akses jadi slow dan kekadang terputus...tak dapat nak selongkar sebab kena siapkan tanda kertas sivik...markah perlu masuk sebelum ke Cameron hari rabu nanti. Balik sekejap ke rumah, on the way settle hal peribadi - datang balik ke sekolah sampai jam 6.00ptg - kena habiskan marking. Esok pun mungkin macam hari ini dengan beberapa program yang dah menanti. Tengok aje le.

Sunday, November 8, 2009

Perfect Sunday 81109

Hari Ahad yang sempurna...petang semalam diperkenalkan kepada produk susu kambing. Lepas subuh sempat bina blog baru untuk tujuan itu - tengok la kat www.skhigoat.blogspot.com - sempat pergi pasar - balik pasar dapat panggilan telefon untuk temujanji dengan seseorang untuk mendapatkan produk baik punya - agak sulit untuk disebarkan - tetapi sesuai untuk mereka yang ingin menguatkan daya tahan hubungan intim suami isteri- nak tau ??? call le nombor ni 0173159636 - kena cakap bisik-bisik.... -balik dari situ terus pi kenduri kahwin di Dewan Merdeka. Selesai solat zuhur sempat email kekawan pasal susu kambing - dapat panggilan dari pengedar susu kambing - nak hantar bekalan untuk downline baru (pembekal produk sulit tu!!!)- baru nak bergerak dapat call pulak dari seseorang lagi atas temujanji nak pi tengok kebun - UPK nak beli kebun lagi. Layan yang pertama dulu - selesai signup - selesai pula yang kedua - sebelum asar semua dah settle. Oleh sebab kelancaran kerja hari ini ada mood pula nak ke kebun - tebas sikit, kumpul & kupas kelapa yang dah lama gugur ke tanah - ada yang dah tumbuh pucuk. Mungkin terasa lancar sebab tak kedengaran pok pek ponnu cek. Kih kih kih....Malam baru dapat update blog ni.Jap lagi 10.30 nak masuk tidur.

Saturday, November 7, 2009

SABTU 7 NOV

Hari ini pun ada mesyuarat -JK Kurikulum. Ingat dah tak terlibat sebab nama tak ada dalam senarai...tapi akhirnya diperlukan ada dalam JK. Lagipun ada hal yang nak dihighlightkan kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran. Bermula jam 8.30 pagi dan habis 12.00 tgh. Atas sebab dah nak aduan markah akhir tahun tak dapat nak masuk ke sistem...cuba tackle masalah dengan guru ICT Sdr Rosli Jamaluddin. Try punya try..akhirnya berjaya install XP dalam kom sever lama...dah ada connection..dek masa dah sampai jam 5.oo petan..berhentila dulu. Hari Isnin dijangka boleh settle,InsyaAllah.

Friday, November 6, 2009

JUMAAT 6 NOV

Kini sudah kembali ke sekolah. 5 hari tidak berada di sekolah tempat kerja ada tanda-tanda perubahan. Letak duduk barang-barang sudah beralih tapi tak jadi hal. Tumpuan hari ini nak selesaikan beberapa perkara yang masih ketinggalan. Ingatkan esok Sabtu boleh berehat sikit..dah pula ada mesyuarat JK Kurikulum. Alahai...minggu pertama awal bulan orang lain mesti bagi cuti!!! Tapi ialah pula...2 minggu lagi cuti panjang. Masa tu rehatlah lama-lama...itu pun untuk guru-guru lain yang tak ada beban kerja yang berterusan.

Thursday, November 5, 2009

Final Day

Hari akhir di Seri Malaysia. Pagi ini kena wrap up sampai selesai. Lepas tu boleh bergerak balik ke KKB. Kena singgah UPM ambil anak balik cuti - ambil goji kat KL -pesanan pengguna regular kena dilayan.

Wednesday, November 4, 2009

D' Seri Malaysia - Day 3

Hari Rabu dah pun. Hari ini fulltime untuk habiskan slot bina blog - dari pagi sampai malam. Dalam peancangan malam ni kena buat presentation blog yang dah siap. Tengah try nak buat online conferencing dengan En Zahri malam ni tapi signal dari sana nampak macam tak nak hidup je. Lepas minum pagi, dapat maklumat kerja depa tak habis lagi....terpaksa tangguh lagi...sampai jam 10.00 pun masih tak selesai..tangguh jam 2.00 pulak. Akhirnya lepas juga tanggungjawab. Sesi bermula 3.00ptg sampai 5.00 ptg. Akan disambung dan selesaikan malam ini....! Tangguh lagi...terpaksa bagi laluan kepada depa nak siapkan tugasan yang perlu diemel esok. Jadi kebetulan ada gerai-gerai jualan sbelah hotel ni, lepas makan malam bersama rakan-rakan- saja tengok-tengok apa yang dijual. Jumpalah pula gerai buat scanning resdung pakai ubi raja sadong.Jadi cek cuba la try test....Keputusannya hidung cek bebas dari resdung..alhamdulillah. Tu je untuk malam ni.

Tuesday, November 3, 2009

D Seri Malaysia Day 2

Hari kedua di Seri Malaysia,PD. Awal pagi kursus bermula...pengisian membuka akaun email. Berlanjutan hingga rehat tengah hari sebab banyak ilmu selitan diberikan. Matlamat asal tercapai...email akaun peserta dah ada...groups pun dah boleh dibina. Sambil-sambil tu ditunjukkan juga menguruskan email...hantar email, reply, forward dan buat attachment. Sempat juga untuk gunakan feature baru...chatting..tapi dalam konteks ini dikatakan berdiskusi. Hampir semua berjaya sampai ke tahap ini. Selepas rehat, sesi disambung dengan pengenalan kepada blog....tetapi terpaksa ditangguhkan untuk meberi lalau kepada PPK Sukan JPN mengadakan mesyuarat bersama peserta yang menrupakan pengawai unit sukan daerah dan negeri. Dalam pada itu, sempat pula raikan hari ulangtahun kelahiran Sdr.Abd Latifi Abu Bakar yang ke 55...ada kek ice-cream...sodapppppp.
Akhirnya sesi terpaksa ditangguh ke esok hari. Malam ni pula mereka ada bengkel khas. So...jumpa esok la pulak

Monday, November 2, 2009

D' Seri Malaysia - Day `1

Hari Isnin 2 Nov 2009 - ke sekolah untuk selesaikan beberapa perkara sebelum bertolak ke Port Dickson. Soalan Sivik sempat disiapkan untuk diserahkan kepada S/U Peperiksaan, sempat mendaftar 2 orang guru baru - datangnya 26.10.09 - tapi dek sebab pengurusnya tak ada disekolah - hari ini baru didaftar. Pulak tu sorang lagi baru 2 hari daftar - cuti bersalin. Maknanya tahun depan baru jumpa dia. Claim perjalanan untuk Okt pun sempat disiapkan. Pukul 2 petang baru keluar dari rumah...singgah Damansara...pukul 3.30 bergerak ke UPM...pukul 4.00 ptg baru menghala ke PD.
Dalam perjalanan kat Lukut hujan lebat, jalan penuh takungan air, kilat memancar....redah je dengan tabah. 6.30 ptg baru sampai destinasi, alhamdullillah. Dapat bilik nombor 102...tingkat bawah menghadap balai polis. Tempat letak kereta...depan pintu masuk. Malamnya sepatutnya ada slot pertama tapi dek ramai belum sampai ditangguhkan ke esok. Jadi malam ni boleh tidur awal...!

Sunday, November 1, 2009

Nov 1

Semalam 31 Okt...sengaja tak update..cuti la katakan. Tak ke mana pun....browse net dari pagi sampai ponnu cek balik dari Shah Alam. Dalam pada itu terima call dari Gesir kat kebun durian dah gugur. Terkejut juga sebab bulan lepas pi tinjau tak nampak pun bunga ke, putik ke..tetiba dah berguguran buahnya.
Pagi tadi sempat la pi tengok...ada kat 20 biji bersepah jadi busuk, sempat kumpul dalam 10 biji dan jiran yang call pun kumpul dekat 8 biji..tapi dah tak elok la buahnya ..dah lama sangat. Yang peliknya buah tak hilang diambil orang...rupa-rupanya semua buah durian mangkak (mengkar)...isi keras...patut la orang tak pandang. Tapi dek dah datang dari jauh, kumpul la juga bawa balik..buat serawa (pegat kat orang sini). Rambutan pun tengah nak masak..yang dah merah pun ada tapi tinggi tak bawa galah panjang....biasanya bawa tangga 11 kaki sekali. Dapatlah kait yang dekat-dekat...habisnya kat tepi jalan ada bebudak jual beli la 3 ikat dengan pulasan sekali.
Petang ni nak fikirkan persiapan untuk ke PD esok !!!