Thursday, December 31, 2009

Dis 31

Khamis -- hari akhir 2009. Seperti dijadualkan pukul 7.30 dah bergerak ke sekolah. Dah ibu bapa sampai lebih awal. Tanpa lengah terus setup peralatan untuk tayangan. Kira ngam-ngam masa sempat tayang semua yang dirancanglan...sampai ke watuk taklimat. Nak buat live broadcast wifi ada problem. Bila dtengok AP terusik dek orang-orang buat kerja mengecat. Semua selesai jam 10 pagi ...lepas ambil gambar siapkan kerja dalam bilik server sampai 2.30 petang. Singgah makan tengahari kat kedai. Sempat rehat sambil tengok Cucu Betong...lepas tu ongumah ana ajak pi Btg Kali - ambil spek baru, beli kain langsir....tok tek tok tek dah masuk Maghrib..blaik dah jam 8.00 mlm. Malam ni cerita best-best....ada gerhana bulan pukul 1 pagi.....tengok la camna...boleh bertahan ke idak...atau gerhana depan tv je.

Wednesday, December 30, 2009

Dis 30

Rabu - ada hajat nak ke sekolah tapi ada kerja nak disiapkan. Tumpuan hari ini menghasilkan beberapa (6 ) bahan multimedia untuk persembahan esok. Semuanya format .avi / mpeg. Masalah sikit sampai lani NB ni tak boleh play mpeg format. Mungkin petang sikit kena pi tengok dewan...check peralatan..dan pastinya esok kena keluar awal untuk persediaan sebelum ibu bapa sampai. So....bemula 8 pagi sampai 11.00 mlm dapat siapkan 5 movie clip berkaitan sekolah. Jadi la...bukan banyak masa sangat pun yang ada esok...ada ucapan-ucapan lagi, urusan bayaran lagi, tayangan pun masa antara ibu bapa daftar sambil tunggu acara bermula. Nak tidur awal sikit malam ni...tadi tak sempat nak pi tengok keadaan di dewan...esok kena sampai jam 7.30 pagi.

Tuesday, December 29, 2009

29 Dis

Selasa - mesyuarat JK HEM pulak hari ini. Dari 9.00 sampai 12.00 ... lepas tu terus balik....ada pojek nak kena buat. Apa? Bahan untuk presentation 31 Dis nanti...masa pendaftaran pelajar Ting 1. Masalahnya ...software nak buat movie pula tak ada dalam sistem. Nak kena download lagi. Malam ni sampai esok kena bagi tumpuan untuk ni je. Harap berjalan lancar.

Monday, December 28, 2009

28 Dis

Isnin - seawal pagi dah ke sekolah..mesyuarat guru kali pertama...tapi sebelum tu ada makan-makan dulu...mesy. tamat 12.30...makan tgh pulak. 4 jam dalam mesyuarat..perkara biasa je..tak ada yang luar biasa. Balik dah 2.30 ptg...menghadap nb..walaupun mengantuk...sambil-sambil tengok tv....cerita legenda...cucu betang...sampai malam.

Sunday, December 27, 2009

Dis 27

Ahad - masih dalam mood cuti. Ada yang dalam mood mengawan... lebih-lebih lagi yang baru lepas kahwin. Hari ini ada lagi satu jemputan - bekas pelajar SM3KB juga tapi jauh nun kat Kuang Rawang. Jadi program hari ini 11.00 pagi bertolak ke sana. Dari situ ke UPM Serdang hantar anak daftar sem 2, singgah kat Kg Baru. Itu perancangan...kita merancang Tuhan menentukan. InsyaAllah boleh berjalan lancar dan balik KKB lewat petang. Malam ni mula show pertama Raja Lawak musim ke 4 - kena ikuti lagi tahun ni tambahan anak sedara dapat masuk.. kumpulan MAMU...yang badan besar tu anak buah ana, yang sorang lagi dahi jendul kawan sekampung dan seUSM dia. Kedua-duanya lulusan U - kedua-duanya bidang Seni (teater ke apa?) Tengok lah macam mana orang U berlawak - ada isi tak tak? ada mesej ke tak? tapi yang lebih penting boleh diterima penonton ke tak? Kita tengok la nanti. Bergerak dari jam 11.30 pagi...cari tempat pengantin pun ada sikit problem juga...tapi akhirnya sampai..sebaik pengantin sampai. Tu pengantin semalam ...Ni pengantin hari iniDi situ sampai pukul 1.30..terus ke Serdang...terbabas jalan juga sampai Shah alam...tapi dapat juga pintas sampai UPM dalam 3.30 petang. Selesai angkut barang ke bilik...nak singgah kat Kg Baru..terbabas ikut MRR2 pulak...tapi sampai juga dalam 4.30 ptg. Sejam lepas tu ke Damansara tapi singgah pulak kat IKEA...nak cari penyangkut baju...habis masa >1 jam benda tak dapat. Dalam perjalanan ke rumah kakak ipar ana ternampak lori ni ..... dulu iklan kat papan tanda...lepas tu skrin LCD sebesar bangunan...kini lori pula ada skrin LCD...lepas ni apa pulak yang di fikirkan. Lepas Maghrib, keluar makan kat Uptown Damansara...jumpa pulak makan ni .. tauhu inti rojak dibakar...boleh tahan sedapnya. Tauhu kering??? halal ke tidak tak tau le!!! Dekat jam 10 baru bergerak balik sampai rumah pukul 11.00 malam. Terlepas nak tengok MERLIN...baru teringat la pulak...Raja Lawank startnya minggu depan 4 Jan..jadi belum terlepas lagi le...Dek kepenatan ...apa lagi TIDUR le !!!



Saturday, December 26, 2009

Dis 26

Sabtu.....hari berlalu seperti biasa. Tak ada kejutan, tak ada yang spesial. Semak berita yang ketinggalan 3-4 hari ini online - penarikbeca.com, husim lempuyang, kuda ranggi, chedet..dsb. sampai tengah hari..ke Kalumpang lagi bekas murid kahwin ... Ipul & Emy ..nama penuh tak pastu sebab kad jemputan dah misplace. Balik dari makan nasi minyak ...tidur la pulak sampai 6ptg. Ongumah ana bawa anak-anak pi Ktg Kali.. cari apa tah. Lepas maghrib menghadap TV...berita bas terlanggar tebing..10 penumpang mati....dll..tengok sehati berdansa...calon favorite kalah..tapi ana tak undi pun !...teringat tak update kat sini. Lepas ni masuk tidur....mata dah berair...mengantuk lagi....penyakit ke?

Friday, December 25, 2009

Cuti X-mas

Dis 25 - biasa le cuti bagi semua. Yang sambaut dan yang tak sambut...nak sambut sama atau tak nak sambut sama...tepuk dada tanya iman. Kelegaan terasa hari ini sebab bebanan telah terangkat untuk seketika. Lepas online untuk tengok apa-apa yang patut, terus ke kebun untuk tengok juga apa-apa yang patut. Dapat le pisang rastali setandan, kemas kawasan bagi clear batu-batan yang bersepah-sepah. Pukul 11.00 dah masuk...sebab hari jumaat nak siap ke mesjid la pula. Lepas Jumaat tengah online blackout pulak....kali kedua dalam bulan ni. Atas sifat sabar maka kesempatan diambil untuk TIDUR...bangun pukul 5.30 pun masih belum ada letrik....sampai pukul 6.00 ptg. Dari petang sampai malam tak buat apa sangat...online, tengok tv sampai 2.00 pagi...ada ke cerita HEROES ditayang jam 1.00 pagi...menyeksakan betul TV3 ni.

Thursday, December 24, 2009

Dis 24

Akhirnya ....beban kerja selsai...beban baru pulak menunggu !!!Rasanya pagi ni tension lagi kot. Nak kejar macam-macam...nak print set 2 pagi ni, reslut PMR keluar hari ini...ingat nak cari bahan untuk blog sekolah....ingat nak buat live boradcast...dah anak ana nak balik kampus ..ambil kunci bilik...start belajar Isnin nanti Dalam pada tu, pagi-pagi dah ada memo atas meja...paip dapur air tak keluar. Lepas Subuh tadi dok bega benda tu sampai jam 8.00. Resolusi - beli kepala pai baisa je...habis ceirta.So come what may ..yang mana sempat didulukan. Kalau timingnya tepat itu should be like thia -- 8.30 print out -- 10.00 result PMR -- 11.30 ke Rawang terus ke UPM -- 3.00 petang balik tidur!!!Itu sekadar perancangan saja. Realitinya...alhamdullillah....bahan siap, gambar dapat, broadcast pun sempat...lepas zohor ke Serdang, sampai Rawang dapat call tak boleh daftar hari ni...singgah GIANT beli barang-barang...habis >300 rial....petang sampai malam lepak depan tv...malam jumaat banyak channel cerita menarik.

Wednesday, December 23, 2009

Dis 23

Hari ini ada pembentangan...wah macam orang business besar-besar...cuma orang lain bentang ada hasil, ana bentang dapat pening. Tak kisah le.. Bermula jam 8.30 pagi sampai lewat petang...pembetulan sempat dibuat di sana sana pada buku pengurusan yang nak dicetak hari ini. Bermula jam 11.00 dah mula nak cetak, printer-printer buat hal...selalu macam tu..bila terdesak ada saja yang ganggu. Sempat cetak sampai 50 ms..try 3 printer brother tapi print out tak elok. Last-last ada printer baru ...cuba try pakai le..memang cantik. Tapi dalam dok godek nak instal peinter baru, dah dekat jam 5.00. Orang pejabat bukan kira...cukup time balik le. Tapi sempat selesaikan print untuk set 1 - Pengurusan Strategik 2010...tinggal mukasurat akhir sebab kena update sikit data. Lepas tu senarai 4 nama staf pulak ada yang tercicir...termasuk nama ana sendiri. Untuk set 2- Tugas Staf pun dah siap. Esok pagi kena print dan serah kepada orang pejabat selesaikan masalah...nak riso & bind untuk edaran hari Isnin. Tidur jam 12.30.

Tuesday, December 22, 2009

Dis 22

Sedang kesuntukan masa.....kena sambung kerja semalam. Hari ini nak print 2-3 salinan..esok depa nak mesyuarat. jadi lepas Subuh terus mengadap NB...ingat boleh settle by 10 tapi banya editing nak buat buat. Lepas Zohor settle satu bab. Ke sekolah ambil satu lagi 'dummy' Panduan Tugas Staf. Yang ini tak rumit sangat ..cuma yang melambatkan bila setting yang sama...nak betulkan bahagian tu yang makan masa sikit. Berlarutan kerja sampai 1.30 betul betul settle. Pla asal nak cetak 15 copy untuk mesyuarat pengurusan tapi ana cadangkan ditayangkan saja sambil semak untuk pembetulan. Bukan apa mengikut perkiraan ana..kalau print makan belanja ..110ms/2=55 helai kertas x20 set =1100 helai kertas /400 kertas 1 ream = 2 ream kertasx RM10.90 = RM21.80 x 2 set = RM43.60 belum masuk kos riso mungkin capai RM50.00 untuk menghasilkan 2 set buku panduan ini. Terfikir pula ana kalau nak dibuat untuk 100 orang guru makan kos RM8720.00..banyak tu. Esok ana nak bagi facts n figures ni kepada mereka, kalau nak dengar la. Sebagai sekolah bestari, sepatutnya tk banyak guna kertas. Setakat buat 20 set untuk rujukan pihak pengurusan dan pelawat...letak satu kat bilik guru, satu kat bilik pengurusan, senarai AJK ditampal terus kat papan kenyataan..dan paling penting ada folder online untuk reference guru..kalau nak guna mana-mana bahagian printout je. kan jimat tu? Dah lanjut 1.30 pagi...kerja pun dah siap..terkini dah masukkan bahan pembestarian sekali. Boleh TIDUR NYENYAK sikit.

Monday, December 21, 2009

Dis 21

Isnin - nak kena ke sekolah hari ini. Buku Pengurusan 2010 perlu disettle. Ada bahan yang belum dimasukkan. Sebelum ke sekolah, ke stesen komuter hantar anak lelaki balik KL. Lepas tu terus ke sekolah dan mula kerja - susun atur dan edit sedikit sebanyak....tapi bila ditengok balik banyak nak kena edit. Sampai pukul 2.30 dah tak tahan..balik makan dan sambung kerja kat rumah ...ingat boleh selesai sebelum tengah malam...rupa-rupanya carta-carta kena buat semula..tak boleh pakai cut n paster sebab format berlainan. Dah selalu macam ni....setting orang lain buat dalam fail bersepah-sepah...dah jadi tak teratur baru diserah kepada ana untuk selesaikan..dalam masa 24 jam. Tapi itulah trill dalam kerja ni. kalau ana kata tak nak baut atau tak tau nak buat....agaknya apa akan jadi ye. Tak kisah la..ni sebahagian daripada kerja ....hasil kerja tangan ana juga jadi akhirnya. So be it...!!!Dah lewat 2.30 pagi baru rasa nak masuk tidur...bahan baru 1/2 siap. Esok pagi kena sambung, petang kena cetak. Noktah.

Sunday, December 20, 2009

Dis 20

Ahad - hari ni ada 2 jemputan kahwin. Satu selah taman, satu di Jelapang, Ipoh. Nampak gayanya 2-2 kena pi. Yang dekat itu jiran, yang jauh itu sedara. Sebelum semua itu, kena pergi pasar dulu - cari suratkhabar semestinya Mingguan Malaysia sebab ada artikel-artikel tertentu yang ana follow spt Dr.Asri, Dr Ridzuan Tee, Awang, Kring-kring dan beberapa lagi ulasan politik negara yang seronok dibaca untuk dibuat perbandingan dengan berita-berita online. Hari-hari biasa I'm sori, tak baca beli sangat. Sempat juga belikan hadiah untuk yang dekat je. Bagi sejadah dan kad ucapan ....hajat hati tu biarla digunapakai selalu dan pahalanya berterusan. itu yang ana belajar dulu-dulu dari orang-orang alim. Tapi ongumah ana tidak sependapat begitu. Tak kisah la tu. Bukan masalah besar. Ingat yang jauh nak cari masa dalam perjalanan nanti. Pukul 11.30 dah pi kenduri kat Taman Tanjak...pukul 12.00 dah bertolak ke Jelapang pulak. Berhenti kat dua tiga pasaraya nak cari hadiah, boleh pulak habis benda yang dicari. Akhirnya sampai kat rumah pengantin jam 3.30 ptg (cerita lagi kat http://tv4s.blogspot.com/ )Hulur pitis je le nampaknya.Masa sampai tu caterer dah nak angkat semua makanan tapi sempat diletakkan balik untuk ana sekeluarga makan. Mungkin boleh jadi iktibar kepada bakal-bakal pengantin, sediakan bekas-bekas makanan untuk dipindahkan bila dah habis waktu ikut kontrak. Caterer tu nak ambil alat-alat dia je....makanan yang masih ada dia bagi tuan rumah. jadi kalau ada sedara mara rakan tolan yang terlewat sampai, boleh lagi dijamah hidangan yang ada. Dari rumah pengantin singgah pulak kat rumah kakak yang berhampiran sampai jam 5.00 petang. Bertolak ke KKB ...singgah kat gerai buah-buhaan antara Tapah-Bidor kat tepi jalan....milik orang Melayu yang nampak berjaya. Lepas tu singgah di Slim untuk solat dan makan di I Love U Corner, TM. Makanannya kalau dari 5 bintang - boleh bagi 3 je, tempatnya tepi jalan, suasananya agak bingit sebab ada kiraok corner. Selama ana duduk makan tokey dia je yang banyak kali dok melalak lagu-lagu klasik. Bagi ana tak kisah la nak ada kiraok tu tapi tak perlu la pasang kuat-kuat sampai bingit telinga. Tempat yang bukan besar sangat....pelanggan datang nak makan dan sembang-sembang pun terganggu rasanya. Hampa nak melalak nak syok sendiri pun pelan-pelan sudah le. Lain kali rasanya ana takkan pi lagi kat situ. Dari situ terus balik, sampai rumah 10.30 malam dan terus TIDUR!!!

Saturday, December 19, 2009

Dis 19

Sabtu....tak menentu. Belum ada planning apa-apa. Awal pagi ni dah ready nak masuk kebun sejam dua....Hujan turun renyai-renyai. Dalam cuaca separa sejuk, peluh pun tak nak keluar. Mood nak kerjakan kebun pun tak berapa nak ada. Tapi sempatlah juga bawa pisang setandan, raut batang daun kelapa buat penyapu (salah satu perusahaan yang akan dibuka lepas pencen nanti..he he) dan cangkul mencangkul sana sini. Masuk dah jam 9 lebih. Lepas tu mengadak NB sampai ke malam,,,nak siapkan 2 perkara - Fail Meja GPB dan JK ICT 2010. Tinggal 20% je lagi sebab bahan rujukan ada kat sekolah. So...sambil Sehati Berdansa-Merlin-ModelMe-Kerana Lidahnya dan akhir sekali menlangut kat Hallmark...masuk tidur 1.30 pagi. Ana ingat ongumah ana tengok peksa kertas rupanya dah lelap awal-awal lagi.

Friday, December 18, 2009

1 Muharam 1431H

Jumaat 18 Disember 2009 - sekali lagi kita berpeluang bertemu 1 Muharam pada hari Jumaat. Ada yang mengatakan Kiamat tidak akan berlaku kecuali pada hari Jummat 1 Muharam. Ni bukan dakwah tanpa permit tapi yang pernah didengar dulu-dulu. Apa pun hari ni cuti untuk semua. Jadi ana(dah tukar dari cek) pun cuti la betul-betul...bangun Subuh,,,lepas tu tangkap lintok sampai jam 10.00..ongumah ana pun (dah tukar dari ponnu) pun sama-sama penat.. adala sempat sikit bercucuk tanam. Jap lagi dah nak pi solat Jumaat. Petang ni nak cuba siapkan kerja-kerja sekolah - bahan untuk pembentangan GPB dalam mesyuarat guru nanti belum settle. Anak-anak semua dah balik kecuali yang kat Jepun dan Skudai je. So....itu lah kisahnya.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Khamis 17 dIS - duduk rumah sorang-sorang sampai petang...ponnu cek dah di mesy kat UPSI. Rasa hati macam nak pi sekolah tapi cuaca kat luar agak lembab...nampak macam nak hujan. Tapi apa pun tengok la dulu. Ni tengah siap sedia nak sambut Maal Hijrah 1431...esok 18 Dis. Seperti biasa bagi yang biasa tapi ramai juga yang tak dibiasakan...sambutan Maal Hijrah ada amalannya. Ada baiknya ditunggu atas sejadah saat akhir waktu asar untuk dibaca doa ini...dan saat masuk waktu Maghrib (selepas azan ..ada kata lepas solat Maghrib?) dibaca pula doa ini...
Nak besarkan klik pada gambar tu. Amalan setahun sekali...kalau terlepas peluang rugi la...takut tak dapat lagi peluang ni tahun depan. Ni bukan nak bagi ceramah agama nanti kena minta permit dulu tapi sekadar ingat mengingati seperti yang dimaksudkan dalam surah Al-Asr.
SELAMAT TINGGAL HIJRAH 1430...MARHABAN HIJRAH 1431.

Wednesday, December 16, 2009

16 Dis

Finally....merdeka kepada calon SPM dan lega bagi guru pengawas macam cek ni. Hari ini hari akhir...pagi kerta menservis otomobil dan petang ERT 2. Tak ramai calon - 24 pagi 19 petang. Sebulan dua lagi dapat le upah mengawas tu...tak banyak sangat sebab tugas 8 hari je..adale dalam 1/2 ribu je. Kalau jadi ketua boleh capai ribu-ribu bagi yang dapat pusat jauh dari rumah. So petang ni baru balik...dapat update sebelum nak buat kerja lain sampai malam. Nampaknya pointer pelawat hari ini macam luar biasa je...tak pernah la pulak sampai ribu-ribu yang tengok. Mesti ada yang tak kena ni..!

Tuesday, December 15, 2009

Dis 15

Selasa - pagi ni tak sempat nak pi kebun. Jap lagi nak gi Rawang....nak cari kain untuk pakaian sekolah anak yang sorang tu...tahun depan ting 2. Sementara nak keluar ni, buatla update kat blog ni sambil tinjau-tinjau berita semasa dan email masuk. Dalam pada itu setting pulak untuk buat broadcasting 3 Jan nanti masa pendaftaran asrama...rujuk http://asramasm3kb.blogspot.com Pukul 9.30 ke stesen komuter KKB menuju ke Rawang. Kat Rawang singgah le tandas dalam kawasan stesen ...kena bayar la pulak..walaupun 20 sen .. (dulu free) tapi keadaan macam free...berbau, pintu berconteng macam ni ..(bahagian yang tidak patut dilihat telah dikelabuasapkan..dan ini ..
Bila ditanya rupa-rupanya tauke (yang dapat kontrak) tu orang KTM juga. Kalau dah tak terjaga buat apa diswastakan. Pusing-pusing Rawang - beli kain, pi Mydin...selesai 1.45...dari Rawang ke KKB ambil masa 30 mint...sampai ke rumah 3 ptg. Petang ni rasanya nak rehat-rehat je..cuaca macam nak hujan....kalau tidak ke kebun la pulak!!!

Monday, December 14, 2009

Dis 14

Isnin....masih cuti tapi hati masih ingat kat sekolah. Bukan apa ada kerja yang terlintas nak buat di sekolah...tapi bila dah berada di sana lain kerja pula yang dibuat. Tak kisah la....teringat buat le. So..pagi ni awal-awal lagi lagi (pukul 7.30 awal le tu) dah ke kebun...target sampai jam 9.00..pastu nak ke sekolah. Masuk terlebih 15 minit...sarapan...sementara tunggu peluh kering..buka net jap. Update fotopages kursus yang dijalankan ...boleh tengok kat http://fasilitator.fotopages.com . Sempat upload 2 sesi - Pangkor & Cameron. Tengok jam dah 10.30 pagi. Dalam pada tu ada pulak yang telepon nak jumpa..elok sangatla tu. Kalau tak kerana tu,...rasanya dah malas pulak nak keluar rumah. Elok jam 11.00 gi le jumpa insan tu...bukan apanya dia nak pakai wang .. business kecik-kecik - ada barang nak keluar dari kilang nak gi hantar ke UPSI- katanya. Kalau ada berlebihan bolehla nak bantu...tapi nak buatcamne...duit kat bank tu memang banyak..tapi orang lain punya. Hak sendiri cukup-cukup untuk bayar hutang. Lepas tu terus ke sekolah...seperti yang dikatakan tadi....hajat hati nak kemaskini butiran peralatan ICT...bahan untuk dirujuk tak ada pulak. Habisnya ada pulak minta senarai guru untuk 2010...jadi siapkan yang itu....sambil-sambil selesaikan beberapa operasi online. jam 2 dah balik ke rumah. Dalam cuaca panas 2-3 hari ni,tetiba hujan lebat..siap angin kencang...tapi tak lama 40 minit je...kini dah senyap sunyi semula...ni mesti tempias hujan ribut dari mana-mana ni. Kira duduk kat KKB (kiri kanan bukit) terselamat la sikit dari kena hujan pantai timur. Tetapi yang merungsingkan sekarang ni masalah gempa bumi. Kesannya dah terasa kat Malaysia n. Ikut anggaran 100 tahun lagi, seluruh Malaysia akan terkesan dengan gempa bumi. Yang dikuatirkan ampangan selangor tu....maka akan berulang la sejarah...Kuala Kubu tenggelam tahun 2083. Taman Ampang Pecah akan jadi lepas tu Taman 2 Kali Ampang Pecah la pulak!!!

Sunday, December 13, 2009

13 Dis

Ahad yang sepi...dari pagi sampai petang tak ke mana ppergi. Sebelah pagi ke kebun kemas semak samun. Sempat naik basikal ke kedai beli paper....balik baca paper dah sampai waktu kunch. Lepas zohor, semak email dah masuk asar. Lepas solat ke kebun semula bakar semak samun....ada pondok orang sebelah dah tumbang dekat 6 bulan tak di ambil tahu. Ada kesempatan tengah kering ni, bakar je ...api marak semacam risau juga disambar pokok lain, jadi hal pulak. Tapi nampak ok..api tak merebak, settle masalah semak tu..takut je Si Lengkar buat rumah kat situ. Esok boleh kemaskan terus kawasan tu. Anak-anak yang balik hari Jumaat lalu dah balik semula ke KL...lapang sikit. Maka tinggallah kami berdua laki bini...honeymoon kat rumah le 2-3 malam ni.

Saturday, December 12, 2009

Dis 12

Sabtu - waasil balik asal....balik ke KKB intu rutin biasa. Hari ini ada jemputan kenduri kahwin anak kawan dari di taman perumahan sebelah. Dek keletihan lepas subuh tadi tangkap lintuk sekejap...ingat nak ke kebun ...terjaga jam 10...matahari dah memancar-mancar. Buat masa ni standby nak makan kenduri je..kenduri di Dewan Merdeka KKB...haisan dalam dewan cantik sekali...betul-betul macam Raja Sehari
...tapi sayang DEWAN MERDEKA KKB tak dijaga dengan baik....ramai orang luar datang ke majlis ni nampak sangat macam ada sabotaj Majlis Daerah Hulu Selangor...gambar Pak Lah masih ada...apa tak diakui ke Najib sebagai PM...gambar MB Selagor dan Sultan Selangor pun tak ada...semuanya tak diiktiraf kot??? Kebersihan jangan cakap la...tengok sendiri....


Petang ni tengok la apa planning....untuk habis 1 hari ini. Lepas tidur petang...ke kebun la exercise...malam macam ni le...melangut depan tv...sampai waktu TIDUR.

Friday, December 11, 2009

Final day D'Purnama

Hari ni Jumaat dah...pagi masih di Pangkor. Sesi kursus utama dah selesai cuma peserta je ada sesi perbincangan lanjut sampai majlis penutup jam 9.30 pagi. Check out dalam jam 11.30 ....insyaAllah sampai tanah besar jam 12 lebih. Cadangan asal nak singgah rumah bekas murid X-SM3KBian di Simpang Pulai...dia pulak nak ke Teluk Intan. Cadangan asal daripada ni nak pergi ke BNO di Sungai Besar...jadi balik ni nak singgah ke tidak belum dipastikan. Teringat pula kat Thurai..esok reception kat Sepang...hari ni dia ada kat mana ye? Kalau ada di Kuala Selangor boleh juga singgah jumpa dia. Buat masa ni tengah relax2...tunggu masa nak beredar dari Purnama Beach Resort ni. Kalau resort ni dekat pantai lain ceritanya...boleh juga jalan2 ambil angin ka, exercise ke. Ni sikit pemandangan tepi pantai Teluk Nipah...berjalan petang semalam...
Kini jam 10.00 ..berada dalam sesi majlis penutup kursus....Semuanya selesai jam 10.30 pagi. Lepas minum terus bersiap untuk pulang...tak ada makan tengahhari. Pukul 11.00 pagi dah bergerak ke jeti....dalam pukul 11.30 dah ada kat tanah besar....orang Pangkor kata semenanjung juga. Dari Lumut menghala ke Sungai Besar....sempat berhenti lunch...tujuan ke sana nak cari kain kat ARKED MAN...tutup la pulak..hari Jumaat. Dapat call dari anak di KL kata nak ke KKB....tukarla plan...terus menghala ke KL...hari masih awal...tak duduk lama terus balik ke KKB...sampai baru masuk waktu Maghrib. Keluar semula makan malam...balik tengok tv sambil tv balik sebab mata dah tak tahan ..terus masuk TIDUR.

Thursday, December 10, 2009

Day 2 D'Purnama



Hari kedua...sesi berjalan dari 8.30 hingga 5.30 petang. Pada asalnya 2 slot je...10.30 sampai 4.30. Yang ditunggu tak tiba...tarik ke 8.30 - 12.30. Yang ditunggu tak juga tiba...extend sampai 3.30..akhir jadi 3 slot. Kira cukup-cukup masa je...kalau lebih lama lagi kena detail la pulak semua bahagian blog. Keseluruhan 90% mencapai objektif. Ada le sorang dua yang lambat nak ikut sebab masalah NB dan line - pagi laju petang salju. Anyway semua berjalan lancar.Persertanya...




Wednesday, December 9, 2009

LANGSUNG DARI D PURNAMA PANGKOR

9 disember 2009 - Pagi tadi di KKB....SPM paper Perdagangan. Selesai jam 12.00 tgh. 12.30 bergerak ke Pulau Pangkor. Sampai Lumut - Feri 4.00 ptg. Sampai Purnama Beach Resort 5.00 ptg. Dapat chalet DELUXE 035...ada TV.astro (tak perlu bawa remote atau kad astro macam kat Bayu Beach Rseort)...bilik air con..katil queen bed dan single bed....kelengkapan macam hotel. Wifi...free kat lobby(?) dan kawasan berhampiran....password :0125854797) Ada sikit kureng....bilik agak panas sebab besar juga tapi air cond kecik, semut api pun ada...tapi biasale buat aduan dapat le spray. Resort ni kat Pantai Nipah...dekat kawasan scuba diving kat Pangkor ni...letaknya dalam sikit dari jalan utama...tapi kemudahan semua ada...cuma tak macam resort lain buka pintu nampak pantai...yang ni jalan-jalan dulu baru nampak pantai.
Resort nya ..... Chalet nya..Dekuxe 035... Keadaan dalam chaletnya.

Tuesday, December 8, 2009

8 Dis

Hari ini ada mesyuarat JK Asrama. Bermula jam 8.30 pagi (dengan makan-makan - menu pelbagai sampai tak termakan - soto ada, cucur udang ada, roti jala ada, sup tulang ada, bihun sup ada, karipap ada, kuih ketayap(?) pun ada). Mesyuarat lebih kepada bincang nak pilih penghuni asrama 2010. Semua berjalan lancar sampai 12.30 tgh. Perut pun dah kenyang...sebelum balik berkesempatan jumpa e-sm3kbian tahun 1988-1992 - dari Sarawak- Peter Tay. Keterangan lanjut di http://alumnism3kb.blogspot.com . Balik kejap ke rumah, dah ada yang panggil ke sekolah - surat khabar lama - ada orang pejabat nak tolak kertas lama. Lepas tu settlekan sikit lagi kerja inventori. Dalam pada itu akses internet hang..restart semua (masih berlaku selepas lama juga bertahan). Petang balik terasa ngantuk (letih kekenyangan kot). Mungkin dapat tidur awal malam ni..tapi nak tengok pula 'SO YOU THINK YOU CAN DANCE" habisnya 11 mlm. Tengok la camne!!!

Monday, December 7, 2009

8 Disember

Hari Isnin..bersantai-santai. Tak ada apa yang nak digesa. Dalam jam 10 pagi ke sekolah..tak sampai 1 jam Sdr Vincent dari Genting ajak minum kat kedai. Dia menunggu anaknya ambil ujian untuk masuk ke MRSM. Lepak kat kedai kek makan laksi...sedar-sedar dah pukul 12.00tgh. Balik ke sekolah sempat juga siapkan list peralatan ICT sekolah (complete set - bestari, ppsmi, am) dan siapkan KEWPA untuk harta modal 2009. Ingatkan dah settle, rupa-rupanya ada 2 lagi - ICT dan KDP belum masuk kira. Tak kisah la esok-esok (maknanya lain kali). Rasa macam nak siapkan tapi dah jam 3.30 ptg...solat belum....makan dah 5 jam lalu. Kat rumah lepas asar ke kebun la pulak...exercise. Malam pun tak ada program khusus....jadi santai-santai je.

Sunday, December 6, 2009

6 Disember

Ahad yang memenatkan. Seawal pagi bangun pukul 6.15 pagi pun dah terasa tak cukup tidur. Semalam tidur jam 12.30 tg malam sebab apa lagi ...nonton tv le. Lepas subuh sempat lelapkan mata sekejap (deakt 1 jam lebih) bangun dah siap nak ke KL...Kg Baru. Tugasan hari ni mengemas rumah lama peninggalan orang tua ponnu cek yang didiaami oleh saudara terdekat tapi dah lama tak dikemas. Sampai dalam jam 11.30 pagi terus mula kerja..salin tikar getah, angkat alih ubah posisi perabot dan bersihkan kotoran pada dinding dan habuk yang bertahun-tahun bertempek kat situ. Berhenti makan tgh hari dah pukul 2.30 ptg...sambung lagi sampai maghrib....kira selesai semasa azan magrib. Bertolak balik ke KKB dari jam 8.30 singgah kat TESCO Selayang...sampai rumah jam 11.30 malam. Penat betul ni..tapi dek kerana dah biasa...kena update blog ni dulu sebelum boleh TIDUR.....

Saturday, December 5, 2009

5 Dis

Pagi ni buat updating awal sikit...tapi ntah kenapa ada error message setiap kali buka blog page...tapi tekan F5 dia ok la. Kat GPBNSDE dah update ucapan untuk Thurai. Nak pergi jauh sangat. Minggu depan kat Sepang pula tapi malam. Alamat tak dapat sertai le...rasa gembira dari jauh je le. Hari ni program sendiri pun banyak juga. Nak pi Proton City....nak pi kebun...tapi belah petang sikit. Pagi ni rasa macam nak pi kebun sebelah rumah tu...rasa je. Akhirnya ke kebun juga dari 9 pagi sampai 1.00 tgh. Kemas-kemas, bakar sampah sarap, kupas kelapa, minum air kelapa, bakar ubi kayu...habis masa 4 jam. Lepas zohor kebun lagi satu...ambil rambutan dan cempedak. Singgah kat Proton City ambil tikar getah kat apartment ponnu cek (beli atas nama sendiri...saja je nak ambil kemudahan pinjaman beli rumah - bagi sewa timbul masalah - kini kosong. Balik dah maghrib...sampai sekarang masih netting....sebelum masuk tidur.

Friday, December 4, 2009

4 Disember

Hari ini subjek PSV2 - 3 jam. Macam biasa calon kat pusat yang dijaga pelbagai kerenah. Ada yang datang lewat....bawa pencil sahaja. Kertas soalan yang dibagi lebih awal tak dibaca pun. Tak buat persediaan la tu. Ada juga yang baru nak tengok soalan...nasib baik dibawa. Pagi pula hujan sampai habis waktu pep. Ada juga 3-4 orang calon sampai saat akhir masih mewarna..tebal pulak tu. Alamatnya tak kering le untuk dibungkus. Tapi ketua ni lain sikit...nak bungkus juga...dialas kertas je...nasib le masa buka nanti melekat-lekat le kertas lukisan tu. Tengahari dah ada kat rumah. Lepas solat jumaat ke sekolah sekejap selesaikan urusan nak buat bendera sekolah dan kulit buku pengruusan. Settle tinggal nak touchup je. Malam ni rasanya free kot...macam biasa la netting je.

Thursday, December 3, 2009

3 Disember

Pagi ni tak kemana....housekeeping NB baru...transfer semua doc dari NB lama ke NB baru...selesai dalam 4 jam. Lepas makan tgh...pelik rasanya...minggu ni patutnya kena pi hospital buat checkup...minggu ni la banyak pula makannya. Makin berselara makan...sebenarnya perut rasa makin lapar tak tentu hala. Lepas zohor baru temankan ponnu cek ke sekolah...hari ni bebudak semalam tu ambil kertas geog. Dalam pada itu pemasangan PC baru untuk asrama oleh syarikat pembekal selesai jam 4.00 ptg. Dalam pada itu Pengetua minta buat draf BENDERA SEKOLAH...ya bendera sekolah yang dah lama tak ada ..tak la lama sangat dalam 20 tahun tak ada bendera. Ada satu helai tahun 70an ...dijumpai tahun lepas 2008 dah hilang tahun 2009. Jadi selaras dengan perubahan yang nak dibuat tahun 2010 - VISI baru, MISI baru, PIAGAM baru, semuanya nak baru belaka ...jadi bendera sekolah pun nak baru. Semalam pun permintaan buat kulit buku perancangan strategik pun tak dapat lagi. Baru sempat buat kemas data sikit, dah time balik. Malam ni baru dapat selesaikan dua-dua kerja sekali harung. Lepas ni nak tengok CHUCK...pastu TIDUR! Esok ada jaga SPM lagi...PSV kertas 2. So..DA DA untuk hari ini.

Wednesday, December 2, 2009

Dis 2

Pagi tadi sampai petang SPM kertas Sains 1 & 2 (pagi) dan PSV 1 (ptg). Kedua-dua sesi calon berlumba-lumba nak keluar awal...dulu masa kami ambil periksa berlumba-lumba nak minta kertas tambahan...tapi budak sekarang lain pot. Tak kisah la....lulus ke tak lulus zaman sekarang bukan kisah sangat kot. Ramai juga lulusan U yang tak ada kerja...dah tu camne? Balik petang tadi terus tangkap leleh sampai 6ptg. Lepas Isyak ni ponnu cek ajak teman pi asrama..ada diskusi dengan anak didik dia..esok paper Geografi manusia. Last tip untuk depa gamaknya. Dari pemerhatian cek, tak semua bagi tumpuan (13 semuanya - 4-5 je yang nampak serius bagi perhatian. Ada yang nampak macam tak suka je...ada yang mcm tak kisah). Biasa le kan ...bukan atas kemahuan sendiri mana nak bagi komitmen. Petang tadi juga dapat berita dari PPD Sabak Bernam..kursus bina blog akan diadakan di Purnama Beach Pangkor 9-11 Disember. Yang tinggalkan pesan namanya Farihan...ingatkan macam Farihan KISAS...so hantar le SMs tanya kabar. Bila dia call balik rupanya pompuan...ada juga ye Farihan (L) dan (P). Lain kali kena tengok nama penuh bin ke binti. Biasala Nurizan pun ada bin dan binti....Nooraini pun gitu...dulu kat sekolah ni laki bini nama Nooraini. Tapi yang laki dah meninggalkan ..accident...vespa dia langgar lori masa balik dari Shah Alam ke KKB. Bininya dah kahwin semula..dengan x-boyfriend kat kampung asalnya...yang bujang terlajak dengar khabarnya. Tak kisah le asalkan bahagia. Ni sampai pukul berapa nak duduk kat sini tak tau le lagi...cek tak kisah janji boleh netting. ..pakai broadband..NB baru...saja je nak cuba try test. ....Cau Cin Cau.!!!

Tuesday, December 1, 2009

Disember already

Dah masuk bulan Disember..akhir bulan tahun 2009. Rasanya tak banyak perubahan yang berlaku...ya la dari segi kekayaan. Tapi apapun alhamdullillah tak la seteruk mana sangat. Tahun 2010 nanti tak tau le pulak....dengan ekonomi yang tak menentu....gaji pun pun kena tempiasnya. Anyway kena usaha cara lain juga untuk perbaiki diri. Kena libatkan dalam bisnes yang tak pakai modal besar....ada ka? Hari ni pun ke sekolah juga buat kerja yang tak berbayar. Tapi rezeki datang dalam bentuk lain la pulak kan. Tak sakit demam sampai perlu bayar jumpa doktor, kereta tak meragam sampai kena bayar pada mekanik. Hutang piutang pun sikit-sikit boleh dibayar, bil-bil pun semua dapat dibereskan, tak la sampai nak kena potong semuanya. Kira boleh bertahan la lagi. Tapikan....tak lama macam ni...hujung minggu ni nak ke KL- minyak kereta kena isi mau habis RM80.00 (pakai kad kredit je - bayar RM4.00 sebulan). Minggu depan pulak ponnu cek dah ajak pi D'Muara Sg Hj Dorani. Kena spare juga duitnya belanja makan minum. Akhir-akhir bulan ni nak siapkan peralatan anak sekolah, bayar yuran kolej dll. Tak pa kad kredit ada....kad plastik yang selama ni jadi penyelamat. Itulah putaran ekonomi persendirian cek....keluar pagi balik petang...dapat gaji bayar hutang. Itulah seronoknya kehidupan...dulu, kini dan selamanya.