Sunday, January 31, 2010

Jann 31

Ahad - Hari akhir Januari. Esok dah masuk bulan 2. Esok citer esok la ye..hari ini punya citer ada yang mengetjutkan. harii ni dah plan nak ke sekolah sampai tengah hari...tapi baru nak langkah keluar ongumah cakap nak pi KL pulak. So pergi juga la selesaikan kerja yang perlu diutamakan..pasang nama plate garaj TK. LEpas print penyata akaun khairat, sempat la hantar ke rumah S/Unya. Dapat berita hari ini ada 2 kematian - sorang tak berapa nak kenal tapi sorang lagi memang kenal sangat..selalu dia lintas depan rumah....last tegur dia minggu lepas kat kedai makan. Dah sampai masa dia kan..nak buat camne. Singgah pasar ..balik nak bersiap ke KL. Ingatkan nak hantar nak balik sekali,,rupa2nya dia cuti Isnin -esok hari wilayah. Jadi pergi berdua je...bukan nak buat apa sangat pun....nak pi ambik collage batu permata dari myanmar...nak buat jual la tu...bukan ana tapi ongumah ana. Ada yang besar, ada yang kecik..harga pun boleh tahan ..murah >200 dari frame. Tak kisah le....sampai pukul 3.30 ptg..lepas asar dah dekat 6.30 petang baru bergerak balik. Sampi jam 8mlm..sempat le Maghrib terus tunggu Isyak terus tunggu Raja Lawak..terus tunggu Merlin...terus TIDUR.

Saturday, January 30, 2010

Jan 30

Sabtu - Taipusam hari ni...semua cuti..sekitar taman perumahan pun senyap sunyi...nampak gayanya anak-anak termasuk mak bapa pun bangun lewat. Lepas Subuh, ana ke kebun..tu yang tau senyap sunyi tu. Ya le pulak kan..cuti umum. Jadi kat sini pun ana nak senyap sunyi je le...

Friday, January 29, 2010

Jan 29

Jumaat - Kelas waktu pertama 7.30 pagi...nasib baik 40 minit je....tok tek tok tek, sok sek sok sek...dah habis waktu. Lepas tu berkejar siapkan jadual untuk bagi taklimat minggu depan...sempat siapkan edaran, pengetua sign,fotostat dan edarkan. Sempat juga proses dan serahkan NB & LCD kepada sorang Ketua Bidang dulu. Lepas tu tolong ongumah set LCD untuk mesyuarat panitia geog daerah petang nanti. Dan tinggal sikit masa untuk siapkan dan hantar buku rekod mengejar...dan loceng balik pun berbunyi. Ingat dah habis untuk hari ni...belum lagi. Lepas Jumaat..pergi balik ke sekolah jadi jurugambar mesyuarat guru geog....lari pulak ke satu lagi mesyuarat di rumah pengerusi PeladangNita...ambil gambar juga la. Lepas tu singgah rumah ketua unit upk...bincang pasal urusan khairat kematian pula. Masih di sekolah lepas tu. tutup PC yang mana perlu, anak sulong caldah samai stesen komuter KKB. Pergi ambil dia terus balik rumah.... jam 5.30 ptg. Lepas asar lepak depan PC dan mlm ni tengok TV sambil buat Penyata Khairat Kematian...tolong S/U nya...bukan percuma tau. Esok Taipusam...rehat je kot kat rumah.

Thursday, January 28, 2010

Jan 28

Khamis - Alhamdullillah...semuanya berjalan lancar. Awai-awai tadi selelsaikan urusan permohonan GPB Cemerlang...mohon je...layak ka ...dapat ke tak..tawakal je. Lepas tu bereskan kerja rutin tertangguh 2 hari...ngam-ngam sampai masa untuk masuk kels..1.10-1.50. Sebab jam 2 ada mesyuarat, ajak bebudak kelas tu jemaah zohor. Dapat juga depa belajar sikit fasal solat berjemaah. Ada yang tanya solat boleh pakai spek hitam ke? Bukan soalan lawak..tapi ingin kepastian. Yang penting dia berani tanya. Lepas solat..bergerak ke dewan asrama untuk mesyuarat jk asrama...sebelum tu makan la dulu kan. Selesai mesy dah 4.30, tunggu anak habis latihan sukan.....5.30 baru sampai rumah. Tengah relax2..tunggu Maghrib......patutnya ada program kat asrama malam ni..baca Yassin dan solat hajat....kat mesjid ada ceramah pasal kalimah Allah...yang mana nak pergi ...??? Tawakal je le.

Wednesday, January 27, 2010

Jan 27

Rabu - Fuh...sibuk giler hari ni. Awal pagi berkejar ambil gambar 2 budak PMR cemerlang untuk dipapar di papan kenyataan. Sambil tunggu Timb Menteri sampai..buat yang mana sempat kerja rutin. Sebelum tu ada pulak ceramah keselamatan oleh YDP PIBG - Pen KPD HS..ambil gambar la kerja ana..apa lagi. Selesai 8.10 ...tok tek tok tek ..dah 9.40 pg..Timb Menteri sampai..terus lawat kawasan asrama bangunan terbengkalai...ramai yang datang..TV3, RTM, pemberita Utusan,Sinar dan tidak ketinggalan langau2 pengiring YB. Lantak le.. tu urusan mereka. Ada kat lokasi sampai 11.30..terus lari ke bilik mesyuarat...sediakan presentation ringkas..tapi depa tak nak tengok pun...depa nak bincang terus pasal isu utama. Ana tak kisah...lagi senang kerja...ambil gambar sana sini...tetamu balik - ana makan je tapi sayang hidangan tak menarik - macorani goreng keras - ramai tak makan.Lepas baru nak semak borang GC..dah pukul 12.45..bergegas balik..untuk solat zohor..pastu nak kena pi PKG Kalumpang..ada mesyuarat. Kat sana sampai 4.30..tak banyak kerja lain yang boleh dibuat. Sampai rumah dah 5.30 ptg....baru nak semak balik borang GC..bateri NB pun habis..terlupa la pulak bawa balik charger. ALamatnya..malam ni update blog ni je la...lepas tu TIDUR awal.

Tuesday, January 26, 2010

Jan 26

Selasa - Fuh! hari ini pun sibuk giler...banyak kerja rutin tak dapat settle. Masuk je sempat online kejsp tapi line tak berap clear...takat nak diskusi dgn gpb neg selangor tu boleh la...tak lama lepas tu ada sesi thinkquest budak ting 6..lokasi beralih sebab ada acara lain kat bilik mesyuarat. Biasala bila tukar tempat banyak masalah berbangkit....LCD mobile tak fungsi...line internet wifi tak lancar.....lepas tu dapat berita Timb Menteri Pelajaran nak datang pasal isu bangunan asrama tak siap. Kena la pulak penuhi permintaan pengetua untuk buat 2-3 benda segera...spt kad keselamatan, poster visi, misi. Dalam pada tu datang pula pembekal - order kalender Khairat - terus minta buatkan papan tanda visi misi untuk 2-3 tempat. Ambil masa juga tunjuk tempat....bincang. Tengok dah jam 1.30...sempat bantu sikit untuk poster sementara...dah waktu balik. Balik pun untuk solat je..terus kembali ke sekolah..dah pukul 3 lebih. Sempat untuk kemaskini minit mesyuarat semalam- kira selesai satu bab. Tapi tengok jam dah 5 ptg...kena balik lagi..takkan nak tidur kat sekolah pulak kan! Agak keletihan...tak banyak rasanya boleh dibuat malam ni. Tidur awal rasanya!

Monday, January 25, 2010

Jan 25

Isnin - Yea gaji ....tapi boleh tengok sekejap je angkanya ...tak sampai malam nanti dah tinggl beberapa hinggit je...macam biasa...keluar pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang. Apa pun life must go on. Pagi Isnin ni awal -awal lagi dah ada mesyuarat...selesai 8.40. Tengah sediakan dokumen susulan lepas mesyuarat. Dah tu ada pulak 3 orang pelatih Uitm daftar diri. Selesai register dalam sistem kehadiran. Baru nak mula buat kerja, ada pegawai Yayasan Selangor pulak datang..kena la pi ambil gambar. Lepas tu terus update blog. Sempat selesai sebelum pergi pula ke asrama untuk sesi terima mentee sambil makan tengahhari. Pukul 2.30 balik rumah...ingat nak tidur sat tapi tak sempat dah pukul 4 lebij ..tunggu asar je..sambil online bayar bil. Lepas solat, ke kebun kejap keluarkan peluh....malam menghadap tv sampai 11mlm...masuk tidur.

Sunday, January 24, 2010

Jan 24

Ahad - cuti macam biasa...tak ada plan macam biasa. Lepas Subuh tadi terus update blog sekolah..asrama ..ada program suaikenal. Semalam petang ada game dah update...malam pula ada persembahan...buat live broadcast...ambil video shot. Ni tengah editnt...ada cubaan upload ke YOUTUBE. Size besar sangat...converter pun tak mambantu. Kalau format .avi sizenya 1.27G...tukar ke movie clip 269M...ambil masa 5 jam lebij untuk upload. Still trying. Jap lagi nak pi kenduri kahwin...rumah Datuk terkaya di KKB buat zaman ni. Pengantinnya x-sm3kbian.

Saturday, January 23, 2010

Jan 23

Sabtu - hari sekolah...ganti hari Khamis cuti tahun baru cina. Tapi tak le pulak ikut jadual penuh...sampai 12.30 je, Exercise hari ni boleh tahan juga...7.30pagi taklimat program mentor mentee asrama...berjalan sana berjalan sini keluar juga peluh. Nasib baik sebelum keluar pagi tadi pekena 2 biji roti bun kacang merah. Ada la juga tenaganya. Lepas tu bergerak banyak ..cari itu cari ini,cari orang tu, cari orang ni. Sempat juga siapkan dokumen untuk mesyuarat Isnin nanti....sebelum masuk ke kelas 11.50 sampai 12.30. Ni belum balik lagi, kemas sikit sana sini, ada guru pulangkan Note Book...check pula bahan-bahan....teringat pulak nak update kat sini. Balik jap lagi kena singgah kedai makan tengah hari.......

Friday, January 22, 2010

Jan 22

Jumaat - smuanya ok...bangun pagi ok, sampai sekolah ok, kerja pun ok. Tak ada apa nak celoteh hari ni..macam tak ada mood...sebab tak ada yang menarik. Dah petang baru dapat nak online...kat sekolah tdai sudahkan kerja-kerja biasa...lagipun 12.30 dah balik. Nampaknya sampai malam pun tak ada apa sangat nak dibuat. Apa pun nak semak borang GPB Cemerlang....nak pohon juga tahun ni. Apa pun tengok le.

Thursday, January 21, 2010

21 Jan

Khamis - masih seperti biasa tidak ada yang luar biasa. Cuma dalam sibuk (tak le sibuk sangat) buat kerja ada call suruh ambil gambar. Ada rombongan dari SMAT KKB (guru dan pelajar T6) melawat sekolah. Kerja-kerja rutin berjalan lancar. Tambahan kerja hari ni, setting 1 PC untuk urusan peperiksaan. Setakat setting ok...bab guna ni yang runsing sebab melibatkan ramai guru.... tak tahu tak nak cakap tak tau...jadinya disalahkan sistem. Sekarang hari tengah hujan, tengah mesyuarat JK Peperiksaan....

Wednesday, January 20, 2010

Jan 20

Ha tu dia...hari ni sibuk semacam sampai taksempat nak buka blog ni awal pagi. Bukan apa seawal 7.30 pagi dah berada dalam bilik mesyuarat...sepatutnya terus nak buat thinkquest untuk ting 6, tapi ada pulak taklimat pasal rumah sukan...dan sedikit update dari Pengetua untuk semua guru - hasil feedback mesyuarat panitia BI semalam. Pukul 8.10 baru dapat mula - jadi hanya 40 minit - 10 minit tunggu bebudak masuk & persediaan NB-LCD. Anyway selesai satu bab tapi kena buat followup Rabu depan. Lepas tu duduk kat bilik sever - masa kerja rutin dan check semula tagging NB PPSMI - untuk laporan mesyuarat hari Isnin nanti. By that time dah masuk waktu zohor - lepas tu terus ke mesyuarat agung Tabung Kebajikan. Berjalan lancar juga - selesai dalam 25 minit je. Yang panas tahun ni - bidding untuk garaj. Tertinggi RM50.00 dan terrendah RM20.00. Semua ni bukan sebab apa...ada ahli cadang dinaikkan dari RM15.00 ke RM20 tapi ahli tolak...hah bila buka untuk tender macam ni...ada yang terpaksa mengalah sebab tak sanggup bayar lebih dari RM20.00 Tak apa le..income TK tahun ni pasti meningkat..dividen 2010 pun pasti naik. Lepas mesyuarat 2.45 dah balik ke rumah..tidur sampai 6 petang. Bangun jadi segar ..nak update blog ni pun laju je idea datang. Lepas ni rasanya tak ada event lagi selain tengok tv dan masuk tidur.Itulah adanya.

Tuesday, January 19, 2010

Jan 19

Selasa - Bermula hari ini dengan ketenangan - tiada deskaan kerja, tiada bebanan mendatang -belum lagi kot. Bukanya apa hari ini rasanya free untuk selesaikan kerja kat dalam bilik ni. Budak tingkatan 1 ada program kat asrama - maknanya kelas tak payah masuk. Nak buat persediaan untuk mesyuarat esok dan Isnin nanti. Urusan dengan Rebound Asia akan melibatkan guru jadual waktu. Semua kerja selesai hari ini...untuk hari ini je. In between sempat kemas surat-surat yang belum difailkan. Keaj rutin berjalan lancar..selesai macam biasa. Lepas jam 2 - ke mesyuarat panitia sivik...lepas tu lari pula ke mesyuarat panitia BI...sempat bagitau 2-3 perkara untuk tindakan guru BI. Tetapi seperti biasa tak kan ada tindaka susulan macam tahun-tahun lepas juga....masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Cara P&P yang sedia ada bagi mereka sudah memadai. Kaedah baru tak kan nak dicuba..lebih-lebih lagi yang tak berapa nak berkenan dengan ICT- alasan leceh, lambat, masa habis kat berjalan ke makmal, nak siapkan pc dan dan dan. Yang kasihan ialah pelajar tak berpeluang nak belajar cara luar biasa sekali sekala. Ana tak kisah! Mesyuarat semua selesai jam 4.00..install ONE NOTE kat 2 PC. Ada pulak yang mengadu printer rosak. Dah belek-belek sampai jam 5 ..tak berjaya lagi. Lepas tu tengok -jadi mandor - pekerja Indon & Bangla - baiki bumbung garaj kereta Tabung Kebajikan - semalam melayang 10-11 keping ditiup angin. Esok nak mesyuarat....silap-silap bangkit dalam agenda. Selesai jam 6....setting mesej kat program kehadiran...balik sampairumah 6.45 ptg. Lepas asar...tunggu maghrib update blog ni..malam ni tak nak buka lagi dah sampai esok pulak.

Monday, January 18, 2010

Jan 18

Isnin - Perjalanan hidup seperti biasa - bangun pi sekolah balik. Tapi pagi ni ada pelatih UPSI 11 orang sampai.jadi ada slot bagi taklimat sikit kat depa. Bau nak mula kerja wakil Rebound Asia datang nak buat pindah data. Sambil tu siapkan kerja-kerja yang tetangguh..sedar-sedar dah 10 pagi. Selesai kerja kat bilik server je hari ni. Lepas Zohor kat sekolah ingatkan ada mesyuarat panitia BI...rupanya dah tangguh...bagus betul perangai ..ada perubaan tak bagi tau. Balik le ana hantar anak ...melepas....pi balik sekolah. Sementara tunggu ongumah, buat restore PC yang tak nampak administrator...reinstall program kehadiran...ngam-ngam siap sebelum 5 ptg. Terus balik..singgah beli roti - nak diet makan roti je banyak. Masa-masa selebihnya tengok la macam mana - baring2 ke, pergi kebun ke, tenung NB ke, update blog ke......

Sunday, January 17, 2010

Jan 17

Ahad - Walaupun cuti bangun tetap awal...set jam 5.30 tapi bangunnya 6.00 pagi seiring laungan azan Subuh. Lepas wirid jam sudah 7.15 pagi..terus menghadap NB..untuk update blog sekolah dan check facebook...ada kes yang perlu diselesaikan. Pukul 9 lebih ke pasar, ongumah kata nak ke KL hari ni...lepas masak memasak bawa bekalan. Ni tengah tunggu selesai masak..dah pukul 12...pukul berapa nak bergerak ..ntah le. Akhirnya bergerak juga jam 12.30..sampai 1.30 kat Keramat untuk makan tengah hari. Menjelang asar ada kat Kampung Baru...elok azan Maghrib dah sampai KKB. Alhamdulillah semua berjalan lancar...selamat pergi dan selamat kembali. Malam ni tengok Raja Lawak - 1 TV/ Merlin -1 TV...sambil sterika baju..lepas tu tidur.

Saturday, January 16, 2010

Jan 16

Sabtu - sekali lagi sabtu kena kerja. Ada 3 aktiviti jalan sekali dalam hari ni. Pembersihan dan keceriaan kelas - ana tak terlibat. Kursus LDAP bermula 8.30 -terlibat tapi masuk lambat sikit. Sebelum tu kendalikan mesyuarat Briged Bestari...nasib baik ramai yang datang. Selesai la sudah bab tu. Sekarang masih kat dalam kursus...selesai jam 12.30 tgh. Terus balik ke rumah...tidur keletihan sampai 5.30 ptg. Sementara Maghrib,kemas fail-fail kat rumah -kat rumah pun ada filing system juga tau - sampai jam 10.00 mlm. Lepas update ni nak masuk tidur..12.00mlm

Friday, January 15, 2010

Jan 15

Jumaat - Jadual penuh hari ni. Seawal 8.10 dah mula sesi training One Note..sampai 9.30. Dari situ terus ke Makmal TM untuk mesyuarat panaitai ICTL...ngam-ngam habis 10.30.Ingat nak terus masuk ke dewan, kp paksa pi kantin untuk makan. Kebetulan hari ni ongumah buat bekal kuihtiau goreng....pun tak sempat nak makan. Dek dijemput ia-ia, makanya ikutla juga. Tak makan apa pun - bragedil 2 biji dan sayur pucuk paku masak lemak dan taugeh goreng. Betul ni tak makan nasi pun. Tengah makan kaunselor panggil masuk dewan. Bagi taklimat sikit pada budak Ting 1 dari 10.45 sampai 11.50...masuk ke bilik server sempat buat buku rekod mengajar dan log harian GPB. Dah bunyi loceng balik. Ni baru balik dari mesjid...nak siap pi mesy UPK pulak. Semuanya lancar...selesai 6.00 ptg. Sampai malam tak buat apa yang serius...santai-santai depan tv..dan update blog ni je. Malam ni tidur 12 malam kot sebab tengok movie TV3.

Thursday, January 14, 2010

Jan 14

Khamis - hari ini birthday anak sulung ana...Syed Hidayat..dah 25 thn dia hari ni. Dia ada di KL kerja kat Prudential Insurance. Kat sekolah macam biasa cuma hari ni ada wakil syarikat Rebound Asia kat nak datang settle urusan SPS. Semalam dia di Sg Besar , nak datang petang.....sapa nak tunggu sampai 5-6 petang. Depa kerja lewat boleh claim overtime...kita kat sekolah ni nak claim apa. Ni tengah tunggu dia....kelas pukul 11.50 pun bebudak masuk dewan PMD tak habis lagi. Yang tengah dok fikiaq ni nak buat mesyuarat JK Pembestarian....dokumen tak siap lagi. Harap hari ni boleh settle.1.50 nanti ada mesyuarat panitia MUET T6...dipanggil sebab ada agenda Pengurusan Sekolah Bestari...macam mesy JK Kurikulum dulu. Nasib baik tak ramai ahli - 5 orang je. Jadi dapat le diselitkan 3 perkara bestari - thinkquest.org, marksheet dan one note - persediaan untuk GC dan Resume pelajar. Jadi panitia minta sesi training - OneNote esok pagi dan thinkquest hari Rabu 20/1/2010. Selesai jam 3.30 ptg. Balik sempat tangkap leleh sampai 6.30 ptg...kepenatan pukan dek kerja seharian tapi ditekan semalam. Malam ingat nak buat kerja lain, tersangkut dengan kerja lain. Ongumah nak siapkan tuntutan tanda kertas ...godek printer dekat 1/2 jam...ikut suka dia je nak hidup...akhirnya selesai juga. Jam 11.00 dah masuk todir...tanpa gangguan.

Wednesday, January 13, 2010

Jan 13

Rabu - hari ini mungkin tak setenang semalam. Awal-awal lagi dah dapat relif..tapi tak la ganggu rutin kerja harian. Dapat juga selesaikan satu kerja - ambil gambar budak 1S - dah tu nampak sangat bebudak tu mengantuk (pelajar asrama selalu camtu) So bagi nasihat sikit...nak jaga kesihatan. Kalau dapat diamalkan bagus buat depa. Waktu selebihnya tengah tackle apa yang boleh sementara tunggu 11.50 masuk kelas. Ikut jadual hari ni jam 2 ada mesyuarat panitai PSK. Tetapi selepas bertanya sana, berlari sini...rupa-rupanya Ketua Panitia tak keluarkan surat..jadi tak ada mesyuarat. Makanya ana balik la dulu sebab ongumah ana tengah mesyuarat. Tak lama..lepas makan pisang goreng dan minum teh herba...pergi balik ke sekolah. Ambik dan hantar ongumah, ana terus ke rumah Bendaari serahkan buku akaun...hari jumaat ni ada mesyuarat AJK. Lepas solat asar kelaur kejap ke kebun panaskan badan...jam 6.35 dah masuk tengok Balqis sementara peluh kering. Malam ni rasanya tak tertekan sangat....mungkin menekan je!!!

Tuesday, January 12, 2010

Jan 12

Selasa - satu hari lagi berlalu pergi. Pi sekolah balik sekolah..kat sekolah macam biasa je..buat apa yang perlu..sempat diskusi online dgn Thurai, Brahmy,Musa (sekali sekala)...topik - thinkquest. Masuk kelas keluar kelas...bebudak ada ,mesy unit uniform..ana ingat nak buat mesyuarat Briged...dah lewat pulak..terus loceng balik. Ongumah pulak ada mesy panitia..tunggu sampai pukul 3. Lepas zohor settlekan akaun sampa masuk maghrib..esok dah boleh hantar kepada Bendahari..dah boleh collect upah. Lepas ni tengok tv je le..sampai masuk tidur. Habis satu hari...esok ada lagi ? InsyaAllah.

Monday, January 11, 2010

Jan 11

Isnin - pagi ni bangun segar ...walaupun tidur jam 12.mlm selepas AJL...bukan sengaja nak tunggu result AJL tapi sambil semak akaun UPK KKB (ana sekali lagi adalah juruodit). Tak siap tapi dah selesai checking. Malam ni baru buat akaunnya. Dapat keluar dari rumah sebelum 7 pagi...sampai pun agak awal. Seperti biasa sesampai kat dalam bilik ni dah mula kena kerja...tak sama dengan sesetengah guru ...sampai je ke kantin dulu. Tak kisah la itu rutin harian masing-masing. Macam biasa pagi Isnin ada perhimpunan...tapi tak ada event menarik. Lepas tu buat kerja sendiri ...baru dapat jalankan scanner lama HP ...siap scan bahan yang diperlukan agak segera. Lepas tu macam biasa ..check email...check laporan JTK. check itu check ni...sampai masa nak masuk kelas.Rupa-rupanya bebudak form 1 dalam dewan...PMD. Tak ada makluman tak ada jadual....tergerak hari nak pi tengok...nasib baik ada budak bengali sorang dari kelas 1D...tu yang boleh tau depa ada kat situ. Hari ni dibenarkan semua balik 1.10 sebab ada mesy JK Kurikulum. Ana tak terli bat sebab nama tak ada dalam senarai JK. Tapi S/U kata Pengetua suruh datang..ada agenda Pengurusan Sekolah Bestari. Pengetua pun ada jengok bagi tau minta datang. Jadi sempat ana balik hantar anak dan solat...terus bergegas balik ke sekolah. Sampai habis mesyuarat agenda akhir tu dilupakan atau terlupa (tak kisah dah)...jadi balik la ana tak kesampainan lagi bab sekolah bestari untuk dibawa ke mesyuarat panitia minggu ni. Tak kuasa lagi nak ingatkan ...agenda bestari memang bukan agenda utama..sekadar tempelan. Ada tak ada tak jadi hal. Dari petang sambil hadap tv, cuba settlekan akaun UPK tapi tak boleh siap..ada sikit komplikasi. Jam pun dah 10 lebih...baik ana masuk tidur.

Sunday, January 10, 2010

Jan 10

Ahad - dalam ketenangan ada keserabutan. Yang ditunggu belum diterima, yang tak dijangka telah meminta. Apa citer? Masalah kewangan le...apa lagi. Bandanya ada tapi belum sampai ke tangan....tapi nak kena belanja tak boleh ditunggu lagi. Tapi ...what the heck, just face the fact. Berserah kepada Allah...semuanya akan berjalan lancar. Sempat ke kebun sampai jam 9.30...pi pulak market dah dekat 10.30 pg...hari ni ongumah nak buat laksa. Cari apa yang ada je ..ikan ada, salad ada, bawang ada, nenas ada, daun kalsum ada..daun pudina tak ada,bunga kantan tak ada. Nasib baik teringat ada pokok kantan tepi sungai...balik terus pi cari ..dapat 2 kuntum..satu kembang satu kuncup. Maka lengkap la bahan untuk buat laksa..kecuali pudina. Lepas makan, solat zohor, lepak depan tv...terlelap la pulak. Bangun dah 5.30 ptg. On the way hantar anak balik stesen komuter, dapat ambil buku akaun Unit Peladang Kecil, KKb (UPKKKB) untuk diodit. Itu pun tak sempat nak tengok dulu sebab buat kerja kemas mengemas sampai lepas Isyak..sambil tengok tv sambil check entry. Tidur pun jam 12 tgh.

Saturday, January 9, 2010

Jan 9

Sabtu - Sepatutnya ada mesyuarat jk kurikulum hari ini. tetapi dek sebab PM nak turun ke Hulu Selangor - program apanya? JUARA ??? macam SEMARAK dulu le masa Dr Mahathir. Lokasi pertama Selangor... Y?Y tu Why Kenapa? Perancangan nak tawan semula Selangor la tu. What ever la. Yang pastinya program ni anjuran UMNO...sebab tu warna merah semuanya. Disediakan bas lagi untuk angkut sapa-sapa yang nak pergi...persoalannya duit sapa digunakan untuk program ni...sponsor? syarikat? parti? atau duit kerajaan (duit rakyat la tu). What ever la? So hari ni hajat hati nak kemas stor kat sekolah tu...dan buat kerja-kerja sikit tapi ongumah dah bagi arahan kemas bilik sendiri untuk dimasukkan almari. Bukannya apa- bilik anak-anak dah dipasang dengan wardrobe baru...dari hujung ke hujung, jadi almari lama tu masuk bilik ana le....sempit ke tak sempit...what ever la. Ni tengah buat apa yang patut..sambil update blog ni..pastu tengok la apa yang boleh dibuat untuk habiskan hari Sabtu yang sunyi ni.

Friday, January 8, 2010

Jan 8

Jumaat - Hari ini macam biasa. Bangun 5.30 cukup-cukup masa untuk sampai di sekolah seblum 7.15. Buat kerja macam biasa, tambah 2-3 tugas tambahan...bukan beratpun ....boleh dijadikan satu item dalam tugas GPB. Bantu guru pasang LCD adalah tugas GPB item...pakar rujuk (kita dirujuk untuk bantuan)....dan guru minta tunjuk nak beli topup online via maybank2u pun dikira latih guru...kira ok la tu. Pagi ni ada perhimpunan sebab Isnin lalu hujan waktu pagi. Kesempatan yang ada terus jalankan tugas sebagai penrekod perisitiwa - ambil gambar sekitar tapak perhimpunan, dapat juga gambar grup Ketua Tingkatan dan grup pelajar cemerlang PMR 2009. Kira selesai dah satu kerja. Akhirnya tanpa disedari dah pukul 12.30. Balik je terus - biasala jumaat. Balik dari masjid ke Mesyuarat JK KHairat Kematian...habis pukul 4.30...sempat jamah juadah yang disediakan - serawa pisang, seri muka & apam. Ada juga mee kari tapi dek sebab ada ayam, ana tak sentuh...sejak dapat tau pasal ayam diberi makan enzim babi...rasa loya tu masih terasa...dari situ terus ke stesen komuter...along balik (anak lelaki yang sulung). Petang sampai malam rasa macam nak rehat ..tengok tv. Mata ni macam tak boleh nak angkat...nak TIDUR le tu.

Thursday, January 7, 2010

Jan 7

Khamis - malam Jumaat ..yang tidak membawa apa-apa makna sebab telekung masih tersidai di jemuran !!! Selesai semua kerja ikut perancangan....sempat mesyuarat JK Tabung Kebajikan - satu badan khas untuk membantu staf yang jadi ahli. Tahun ni masuk 29 tahun...ana masih kekal menjadi S/U tabung ini. Mesyuarat Agung 20hb Jan. Selesai bab mesyuarat. Balik jam 2.00 ptg...sempat sidai jain, basuk (masuk mesin je) 2 longgok kain..pasti sidai sekali. Sementara tunggu tukang nak baiki almari sampai sempat lelap sekejap..nak online anak pulak guna net...tu le kerjanya ...dari waktu balik sekolah sampai malam dia pakai. Saja je bagi laluan....hari ni relaxs je sikit. Ongumah balik 4.30...orang ditunggu sampai 5.00..habis can nak tidur. Lepas asar menghadap NB buat editing gambar kelas yang diambil pagi tadi. Dapat settle 3 kelas...sampai lani ni 11.00 mlm sambil tengok jJangan Tegur...& Chuck. Dah tu...nak masuk TIDUR la !!!

Wednesday, January 6, 2010

Jan 6

Rabu - hari ni pun bangun 5.30 pagi...sempatla sampai kat sekolah sebelum 7.20pagi. Semuanya berjalan lancar - sistem la tu. Sambil-sambil kemaskini kerja buat fail & buku rekod - datang pula orang telekom tengok kerosaka line...sempat dia keluar...ana masuk kelas. Lepas kelas settle 2-3 perkara sebab balik lepas bunyi loceng..2 ptg. Singgah makan laksa & cendol tepi jalan...sampai rumah hadap NB sampai malam. Cerita malam ni tak ada sangat yang menarik. Pukul 10.30 dah masuk tidur.

Tuesday, January 5, 2010

Jan 5

Selasa -Tak sempat nak buat update - tangguh dulu sampai semuanya selesai. Sepanjang hari buat kerja pengurusan - masuk kelas - keluar kelas - sambung kerja. Ongumah pula ada mesyuarat jam 2.30 ptg - makan dulu sampai 3.30 ptg baru mula..ana pun balik rumah dulu. Lepas zohor pi balik kat sekolah, dah masuk waktu asar...tak sempat nak habiskan kerja...ingat balik nak sambung. Dari pukul 5 singgah kedai jahit wanita(?), katanya nak hantar kain je tapi tunggu sampai 5.35...ramai pelanggan kat kedai tu...kena ambil nombor kot?Sampai rumah dah 6 lebih...sempat solat asar..tengok tv jap dah masuk Maghrib...tengok tv jap dah masuk Isyak (terlepas Cucu Betong petang tadi ..kena tengok malam). Lepas tu goreng telur untuk ongumah makan dengan roti...rupa-rupanya dah pukul 10.00 mlm. Bersiapkan diri untuk tidur je jadinya..tak sempat nak buka NB pun.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama...

Isnin 4 Dis - Hari pertama...bukan Malam pertama....persekolahan. Seperti tahun-tahun lepas hari pertama memang sibuk..orang lain le. Bagi Ana kerka seperti biasa sebab masa cuti pun masih kerja. Makanya hari ni pun sekadar menyiapkan kerja-kerja pembersihan dan rutin harian...check itu check ini....buat persediaan nak masuk kelas hari pertama...jumpa budak-budak baru. Lani dah dapat maklumat satu kelas nak siapkan senarainya pula...sampai waktu balik. Apa lagi sambung kat rumah je le sebab esok masuk 1 lagi kelas baru...dapat data baru..buat kerja yang sama lagi. Sambil tu kemaskini Buku Rekod Mengajar sebelum Jumaat. 2 jam tadi bagi masa audit akuan Khairat Kematian KKB...diambilnya semalam..esok dah boleh kembalikan...S/U nak sebelum mesyuarat JK Jumaat nanti. Dah selesaipun. Malam ni sambung sikit lagi kerja yang tertangguh dan boleh tidur awal.

Sunday, January 3, 2010

Daftar penghuni asrama

Ahad 3 Jan - 5.30 pagi dah bangun....kalau tidak memang tak sempat nak sampai kat asrama jam 7.30 pagi. Bukan apa kalau bangun pukul 6, mandi manda dah pukul 6.30....nak wirid lagi, mengaji lagi, biasanya 45 minit. So pagi ini timing ok...lagi pun nak sedia untuk esok Isnin mula sekolah. Kena sampai 7 pagi....hari pertama pasti kecoh sikit. Sampai ke asrama hujan renyai-renyai..tengok Pak Hassan dah ada....lega la sikit...cuma perlu setup untuk multimedia je. Jam 8.00 dah mula tayang....dah testing boradcasting...berjaya semuanya. Hari ni kat asrama dapat pula broadband hijau (biasanya merah)...maknanya lancar le. Selesai urusan dalam pukul 10.30 dah ke sekolah hantar peralatan PA semula. Sempat juga kemas bilik server - simpan tak perlu perlu dalam stor, susunatur meja kerja.......tak sedar dah pukul 2.00...dah ada call suruh balik makan...lagipun nak hantar anak ke stesen komuter - balik Serdang. Selesai semua tu...lepas zohor -sterika baju dan seluar - memang ana buat sendiri, ikut sunah nabi. Kalau ongumah nak tolong sekali sekala ana biarkan le. Lepas asar menghadap NB ni ...untuk update 2-3 blog esp blog asrama. Ni tengah buat 3-4 kerja sekali jalan.

Saturday, January 2, 2010

Jemputan lagi..

Sabtu 2 Dis - Hari ini ada 2 jemputan kenduri kahwin - satu jiran sebelah taman, satu bekas pelajar SM3KB di Rasa Tambahan. Makanya kena pergi dua-dua sekali. Tapi sebelum tu ada macam kira jemputan la juga - ke asrama untuk merakam proses memperkemas dan membersih kawasan asrama (tujuan dokumentasi) sebab pendaftarannya esok. Tapi sebelum tu kena pi pasar dulu - barang dalam lemari ais (kata orang Indo - peti ais la tu) dah kehabisan...buka tak ada langsung cuma tak cukup lengkap. Makanya..perancangan hari ini, jap lagi pukul 8 pi pasar- terus ke asrama - pukul 11 balik untuk siap pi kenduri -petang kena pi sekolah nak kemas bilik pula. Perancangan je Allah yang menentukan. Namun semuanya berjalan lancar...alhamdulillah. Sempat ke pasar...singgah ke asrama...dapat petik daun geti..buat sayur lomak pun sodap. Keluar semula ...ke asrama..baru ada pelajar 3-4 orang...cikgunya tak ada...dah dekat 10> baru PKHEM sampai. Kena pulak standby peralatan PA. Tak ada kepastian warden sempat tak tempah PA System dengan PAk Hassan - pembekal tetap PA .Tak sempat nak ke sekolah ongumah call sebab keluar tak bagi tau. Balik ke rumah siap untuk pi kenduri di Taman Ampang Indah - Siti Hajar bt Rosli - Rosli bin Kamaruddin - PK SKAP. Tak ada gambar sebab pengantin tengah tepng tawar atas pelamat masa ana sampai...lagipun dia bukan SM3KBian. Dari situ ke rumah Mohd Rashidi bin Ramdan di Rasa Tambahan. Balik lepas zohor keluar ke sekolah ambil peralatan PA ..singgah kedai. Petang sampai malam - buat semula movie clip intro asrama pulak. Selesai >11 mlm ...tidur lewat la pulak .esok nak bangun awal - 5.30 pagi tau!!!

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Jan 1 - Jumaat, kesempatan diambil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 Masehi, walaupun bukan tahun Islam tapi sudah diterima semua sebagai penanda masa, makanya tidak salah kan? Apa pun hari ni cuti lagi, tahun 2009 banyak perisitwa sejarah berlaku hari jumaat, makanya cuti buat semua pekerja awam dan swasta. Yang berniaga cuti mereka ISA - ikut suka aku. Tak usah nak tanya pasal azam. Buat ana prinsip hidup ana :WHAT THE HECK! JUST FACE THE FACT". Merancang tu ada la tapi kejayaan belum pasti, makanya terima aje apa yang diberikan. Kalau sukses bersyukur, kalau idak redha aje. Ni tengah plan nak ke sekolah - setting untuk kehadiran staf perlu dibuat dengan masuknya tahun baru....tapi sedang berbelah bagi. Rasa malas pun ada....bukan apa masa tak cukup nanti...jam 12 dah bergegas balik untuk ke masjid pula. Apa pun ...bior je le. Lepas sarapan dah mula dengar pok pek.... angkat kaki ke sekolah. Sempat update kalender untuk sistem kehadiran staf...dah jam 12.20 bergegas balik untuk ke masjid. Lepas Jumaat balik ke sekolah lagi...nak install program kehadiran kat PC baru..selesai 1. Lagi 1 tak ada connection - troubleshoot didapati NIC problem - PC baru tu. Nak kena report Isnin nanti. Godek-goedek sah pukul 5.30 petang. Balik lepas solat asar sempat ke kebun jap - sebab ada lori Indah Water datang sedut kat belakang rumah - pekerjanya dah kenduri kelapa muda kat kebuh sebelah. Tak lama pun sempat jolok kelapa tua - dapat dalam 30 biji - sambil tu buang bahan kompos - tu le kerja ana hari-hari - tak pagi , petang. Hari ni 2 kali - pagi tadi dan petang. Banyak bahan makanan buangan - dijadikan baja kompos. Biasanya ditanam tapi 2-3 menjak ni ana campakkan je kat tempat sampah dan dibakar- jadi juga baja - hitam lagi. Masuk semula sebelum Maghrib...sampai malam menghadap TV sampai terlelap...11.30 TIDUR!