Wednesday, March 31, 2010

Mac 31

Rabu - Hari akhir bulan 3...esok dah bulan 4....8 bulan lagi bebas dari bebanan. Hari ni pun kerja-kerja berjalan lancar. Tangan bergerak sana sini...PC on untuk baca-baca, NB on untuk kerja-kerja. Dapatlah siapkan draft untuk dokumen JKKK. Email yang dihantar kepada semua ahli Majlis, cuma 3 yang berbalas - Santokh Singh, Wahab dan Law...OK Daerah pun balas tapi dengan kata-kata yang meragukan- mcm tak suka. Ana tak kisah...janji depa guna ICT untuk perhubungan. Masuk kelas macam biasa- keluar kelas pun macam biasa...tak lama lepas keluar kelas, pengetua minta buat tugasan..save file cctv ke PC. Pun tak ada masalah..lepas masuk kelas semula, keluar kelas..terus settle perkara tu. Cuma satu lagi diminta pantau jaga keluar awal pagi...yang tu belum dapat buat....time untuk balik..jadi balik la kan. James hantar printer epson....pasang2 ambil masa..sukses. Lepas zohor tunggu asar...siap sikit lagi kerja JKKK. Hujan mula turun dengan lebatnya. Hajat hati nak ke sekolah semula...nak singgah kedai beli roti biskut. Dah masuk online, dapat mesej dari BTP pasal contest thinkquest trus uruskan yang itu pula. Bawa ke malam...cuba pula login kat PPICT ...dapat pulak update 3-4 item..sambil2 tengok Halimah J...sampai masuk tidur 10.30 mlm.

Tuesday, March 30, 2010

Mac 30

Selasa -hari yang tenang tanpa tekanan. Dari pagi sampai ke sekolah dapat selesaikan beberapa perkara yang dirancang dan mendatang. Dapat siapkan separuh urusan filing untuk Tabung kebajikan...dapat buat kerja scanning majalah 1980. Dalam pada itu dapat selesaikan pinjaman NB oleh 2 orang guru...dapat selesaikan masalah guru tak boleh log in kehadiran..untuk kali ke3nya. Cuma masa dekat dah nak balik pengetua minta tengok nak review capture CCTV...macamana nak buatnya. No problem..baca sikit manual....cuba try test..ok dapat apa yang diminta. Dalam nak balik jam 2 ..jadi jam 3 juga. Dah tu hujan lebat hari ini sampai petang. Dalam masa jam 4-7....buat apa yang patut macam selalu...hari ni kucing sekor meninggal...sakit tua...jadi kena la tanam. Lepas tengok tv sambil makan malam..bihun goreng...masuk maghrib tunggu isyak....baru dapat update blog ni. Tapi time dah dekat jam 10.00..jap lagi masuk TIDUR!!!

Monday, March 29, 2010

Mac 29

Isnin - Pasar Malam time...hari ni kerja lebih teratur sebab dah shortlisted apa nak kena buat...urusan sekolah dan urusan luar. Di samping selesaikan kerja rutin, dapat kemaskan data Briged. Pun masih ada juga yang tak dapat nak siapkan sebab ada perkara belum dapat disahkan. Sampai waktu balik...lepas loceng bunyi...ingat boleh terus balik...kena tunggu ongumah lagi..jumpa bebudak T6..katanya 10 minit..macam biasa..tapi sampai 3 ptg baru sampai rumah. Selesai urusan diri - khado hajat...solat zohor...tunggu asar....buang sampah, buang kompos, angkat kain, sidai kain....baru dapat menghadap NB. Pasar malam pun sebenarnya malas nak pergi, tapi dek permintaan nak jagung, gagah juga pergi ..beli jagung je. Balik sempat tengok biggest losers... lepas maghrib ..isyak..menghadap nb..tumpuan kerja jkkk. 11 mlm tidur.

Sunday, March 28, 2010

Mac 28

Ahad - 2 jemputan kenduri hari ini - satu di Banting, satu di Rasa. Jam 8 dah kena pi pasar..beli sayur, ayam sepotong, air soya, paper, telor, bawang....anak-anak balik rumah..banyak benda nak di masak....sedangkan ada 2 tempat kenduri..makan free.Tak nak...malas nak ikut. Tak kisah le. Pukul 9.30 bertolak ke Banting rumah Cikgu Halim..anak dia kawin..sampai sana elok makan tegnahari..12.30. Jemputan pun belum ramai betul. Nasi Briyani ..dan lauk pauknya..sesap..rugi sapa tak pi. Desert..bubur pulut hitam & kuih seri muka. Delicious wak cakap lu.....Sebelum 1.00 angkat kaki nak balik ke Rasa pulak. Singgah kat the Stor Banting..nak cari alat makeup anak pompuan ni nanti ada pementasan apa tah. Habis kat sejam ....sampai Rasa ngam 3 ptg rumah mantan kaunselor Cikgu Fauzi..anak dia kawin..bekas SM3KBian juga. Perut masih kenyang. Tak makan nasi. Lauk special...lain daripada menu rumah kenduri...ikan keli goreng cili...nenas masak air...tapi yang diusik pecal......tak la berat sangat makan pecal..cuma kuahnya agak pekat dan manis. Desert...tapai dan bubur kacang...tapai ana tak makan...bubur tak sempat nak usik..dah nak balik. Dekat jam 4.00.....sempat zohor kat rumah. Lepas tu tunggu Azar..pastu hujan..tak yah ke kebun. Dapat update blog2 yang ada...sampai ke malam. Sterika baju....terus TIDUR.

Mac 28

Ahad - 2 jemputan kenduri hari ini - satu di Banting, satu di Rasa.

Saturday, March 27, 2010

Mac 27

Sabtu - Ingat nak berehat (tidur balik lepas Subuh) sebab semalam tidur lewat....tapi dah pulak nak kena ikut ongumah ada sesi perbincangan dengan guru sekolah luar - berempat je. Jadi lani ada kat sekolah la ..nunggu yang 3 lagi belum sampai. Pukul 9 baru depa sampai, Ana buat kerja ana la..scanning dan editing gambar dari majalah 79. Sesi depa habis pukul 12.30...elok la ada hidangan ringkas disediakan..bawa sendiri bayar sendiri..tak ada claim2 dah lani, dapat isikan perut yang kelaparan. Balik rumah dah 1.30 ..lepas solat...dapat juga tidur dekat 4 jam ...sampai hp bunyi anak lelaki ana dah sampai kat stesen komuter. Kena pi ambil la apa lagi. Lepas tu sampai malam...santai2...sebab lepas Isyak ada jemputan jiran nak buat mesy letak kerja majlis kahwin & tunag anak dia - 10 & 11 April nanti. Yang 10 tu akad nikah dan tunang 2 kali (petang 1, malam 1) - ambik kau...anak pompuan ramai...cukup umur je bagi kahwin. Sesi tu habis jam 10 mlm. Tengok CD yang dibeli masa Kempen semalam tu sampai 11.30 ...pastu TIDUR.

Friday, March 26, 2010

Mac 26

Jumaat - datang lagi. Syukur kerana masih bernafas untuk menikmati kurniaan Allah yang tidak ternilai hingga ke hari ini. Hari ni ntah ngape macam tak ada mood nak kerja sangat...tapi kerja tetap kerja..cuma kurang semangat nak buat utama. Sambil buat kerja rutin, buat kerja scanning majalah sekolah yang lama...1979 untuk blog alumni sampai waktu balik. Seperti biasa Jumaat - lepas solat berada di rumah je....santai-santai sampai malam. Lepas Isyak ana ke stadium KKB...Kempen Selamatkan Malaysia...gi dengar je. Suka nak tengok suasana kat situ...sambutannya menggalakkan..penuh stadium..bukan tepi stadium tapi atas padang stadium. Aura Anwar Ibrahim masih kuat. Ana suka tengok reaksi sesetengah orang ada kat situ. Ada golongan tua yang bersemangat nak tengok Anwar...apatah lagi masa berucap. Semua beri perhatian. Gerai-geria juala pun banyak juga..luar dan dalam Stadium...macam pesta. Selesai acara jam 12.30.....balik TIDUR.

Thursday, March 25, 2010

Mac 25

Khamis - Gaji time...hari ini gaji masuk setelah 11/2 bulan menanti. Tapi apa pun masuk hari ni, esok dah habis....bayar hutang piutang...Keluar pagi balik petang dapat gaji bayar hutang. Silap besarnya kenapa berhutang. Kalau tak banyak hutang tak la menanggung beban berterusan. Tapi apa nak buat taik kambing bulat-bulat. Kerja kena dibuat macam biasa. Habiskan kerja rutin dan yang mendatang. Jumpa pelajar itu dan ini. Settle masalah itu dan ini...sampai waktu masuk kelas. Antaranya pula dari 10.30-11.50 masuk kelas relif pulak. Dapat la jumpa bebudak kelas tu untuk ambil gambar mereka. Lepas kelas ada mesy ringkas pasal nak diadakan Majlis Anugerha Cermerlang Akademik - 10 April nanti. Selesai pun awal 3 ptg siap semuanya. Singgah post office ambil roadtax kereta Charade RM20 je ..tapi insurannya naik 100%. Dulu RM90...hari ni naik RM190. Dah tu tak cover kemalangan..cuma kebakaran dan kecurian. Apa la nak jadi dengan orang2 atas ni. Fikirkan tembolok sendiri je kot ataupun ini cara lain kerajaan kutip cukai tak disedari ..tak payah bentang kat Parlimen...arahkan Bank Negera keluarkan peraturan syarikat insuran kutip duit bagi depa. BAGUIH betul....penyangak siang hari!!! Dah le malam baca berita MP Hulu Selangor meninggal. 60 hari lagi ada pilihanraya kecil kat Hulu Selangor...meriah la nanti. Banyak duit bertaburan...banyak projek berjalan lancar. Itupun kalau ada yang nak ambil peluang la. Masalah negara yang difikirkan malam ni sebelum TIDUR.

Wednesday, March 24, 2010

Mac 24

Rabu - Ramai mengeluh gaji masuk lambat....ikut jadual 25hb. tapi ramai dah terasa kesempitannya sebab bulan lepas dapat gaji awal...tentu belanja tak ingat dunia kot? Hari ni masuk kelas macam biasa - minggu-minggu sebelum ni ada aktiviti hari Rabu, sebelum cuti ada ujian pencapaian, minggu lepas cuti.....hari ni back to class. Sebelum masuk kelas macam biasa sempat selesaikan masalah2 ringan....termasuk persediaan nak masuk kelas. Lepas waktu balik terus balik..tapi lepas tu keluar balik ..tukar absorber Trajet ...habis RM800 - depan belakang. Selesai lewat petang...balik ke rumah,,ongumah gi lawatan bawa budak T6 ke Instana Budaya, Balai Seni Lukis Negara...jumpa sm3kbian Zubaidah Samat (SPM 2001 - 0123595582 bedsamat@yahoo.com - www.artgallery.gov.my ) Malam baru balik. Kat rumah ni macam biasa je...sidai kain, angkat kain, lipat kain, buang kompos, siram pokok, tengok tv..makan apa yang ada....masuk TIDUR jam 11.00..titik

Tuesday, March 23, 2010

Mac 23

Selasa - Sehari lagi untuk dilalui....hari ni buat kerja slow2 je. Stage 1 - selesaikan urusan UNIRAZAK - edar surat, bincang, kirim faks. Lepas ni tunggu confirmation dan urusakan dokumen perjalanan. Stage 2 - temuramah calon PHD UKM - Fariza Khalis - sampai bersama suami jam 10 pagi. Lepas minum sesi bermula jam 10.30 - selesai jam 12.00 - >1 jam berlalu tanpa disedari. Dapat pula email minta data hari ini...mana nak dapat. Prepare dokumen...selesai..serah kepada PK. Esok la sambung kalau dapat. Tiba time balik...loceng dah bunyi...jadi balik je le. Kat rumah ...lepas kerja-kerja biasa - sidai kain, buang sampah, itu ini...ada mood pula nak update blog alumni di http://alumnism3kb.blogspot.com ....sampai malam sambil belek-belek majalah 1981-82. Tapi tidur tetap jam 11 mlm.

Monday, March 22, 2010

Mac 22

Isnin - Pagi yang mengantuk sikit....semalam tidur dekat pukul 2..sampai rumah dari airport pun dah pukul 1lebih, Kalau tidak kerana membantu sahabat yang keretanya tak boleh nak start...tersadai 2 jam di LCCT...jam 11 patutnya dah ada kat KKB. Kena pula dah lama tak hujan, semalam hujan lebat hampir seluruh Selangor kot. Keletihan 3 hari di Sabah belum habis lagi, hari ni dah ke sekolah. Masih boleh bertahan.....kerja rutin dah selesai. Skarang tengah tunggu seseorang yang janji nak buat termuduga- thesis PHDnya. Jadi rasanya nak lelapkan mata sekejap...nanti dia sampai dah nak kena layan. Oh tidak....baru dapat berita dia dah postpone ke esok. Jadi bolehlah siapkan kerja-kerja lain. Sehari berlalu begitu sahaja....tumpuan kepada satu surat dari UNIRAZAK....sediakan dokumen awal terima pelawaan sertai Program Sehari Bersama UNIRAZAK. Sampai waktu balik siap dokumen..untuk difaks dan edaran kepada guru terlibat. Cukup time..balik ..ingat dapat tidur tapi buat itu buat ini ..tengok dah petang. Malam pun tak ada ummppph nak buat apa...keletihan masih terasa gamaknya. Jam 11 juga masuk tidur.

Sunday, March 21, 2010

Mac 21

Ahad - Hari ni nak berlepas balik. Sekaran bari jam 6.00 pagi..tapi dah bersiap sedai nak check out dari tempat pengianapan ni walaupun flight nanti jam 6.30 ptg. Setengah hari ni ada di jalanan....hopping places....tapi bila sampai masanya dah tukar program pulak. Sala sorang driver van ada kematian di kampung...jadi dia nak cepat. Habisnya tak jadi la berhenti kat kaki Kinabalu... Tapi dalam perjalanan dapat peluang tengok dengan jelas puncak Kinabalu yang sukar dilihat pada waktu-waktu biasa.Terus ke airport letak barangKena caj RM3.00 sejam..6-8 jam kena RM8.00 satu beg. Dari situ van hantar ke Gaya Street..mcam Petaling Street lebih kurang tapi specailnya kat sini selain barangan biasa..anak anjing pun ada dijual...daging ular pun ada...tiada halangan..tiada larangan. Untuk makluman je..harga barang di sini murah daripada di Pasar Filipina. Habis masa kat situ sampai 2 lebih. Azman datang bawa beli ikan kering kat kedai kenalan dia...terus dibawa pusing bandar KK....dapat naik tengok Bangunan Yayasan Selangor, UMS,....jam 4 lebih check in kat airport. Sempat lagi nak bawa gi makan kat terpi laut tak jauh dari airport. Lani jam 6 lebih..kat airport tunggu nak naik pesawat AK5125. Penerbangan ikut jadual....6.30 berlepas. Keadaan di udara berubah-ubah - sebab 'fly' waktu matahari terbenam. Dapat tengok 2 suasanan yang berlainan. Dari Sabah keadaan makin gelap (6.30 ptg)...diufuk nampak sinaran matahari oren berlapis biru dan hitam - macam warna pilihan dalam NB - sunset - cantik sekali. Yang tak sedapnya masa nak landing cuaca atas Semenanjung dah berawan tebal ...bawah rupanya dah hujan. Sama macam balik dari Sarawak tahun lepas - ada sikit keadaan menyeramkan - merisaukan. Anyway pilot memang cekap dan tahu kerja dia..pesawat selamat mendarat tanpa gangguan. Check out dari terminal jam 9.30 mlm...selepas hantar anak kat Kg Baru.,,dijangka boleh sampai KKB jam 11.00 mlm. Ada cukup masa untuk rehat secukupnya sebelum bangun ke sekolah esok segar bugar...harapannya.

Saturday, March 20, 2010

Mac 20

Sabtu - Hari Ke-2 . Seawal 5 pagi sudah masuk waktu Subuh...pukul 6 dah terang benderang..orang kat Semenanjung masih berdengkur ..baru nak masuk Subuh. Apa pun nak bersedia jam 8...rombongan nak bergerak ke rumah pengantin....sesi akad nikah. Satu tradisi kat Ranau ni, pengantin diarak keliling pekan, kereta dihias ..mcm orang Cina kahwin. Mungkin sebab origin Cina tu masih kuat. Seronok juga tu...orang kampung tau kita kahwin...satu cara hebahan juga.
Program ikut jadual. Jam 8 rombongan bergerak ke rumah pengantin perempuan. Dalam pukul 9-10, acara akad nikah pun selesai. Kumpulan perarakan pengantin pun bermula dari 12.00 sampai 2.00ptg...pusing pekan,,,kampung sanak sedara pengantin perempuan...lepas makan balik ke chalet. Jam 4.00 ptg Ajmain bawa ke Poring - kawasan kolam air panas. Tengok-tengok,ambil gambar je. Dari situ singgah rumah Ajmain..tepi sawah padi...nampak banjaran Kinabalu. memang nyaman dan selesa. Dari situ pergi balik ke rumah pengantin. Malam ni ada acara potong kek. Selesai potong kek, balik la ana ke chalet. Sembang punya sembang, dari jam 9 sampai 11...tak sedar banyak perkara yang keluar. Sepanjang hari ni ada 3 perkara yang dipelajari -
1. Di Ranau Sabah kalau nak beli dusun buah2an, jangan sesekali bertanya ada tak nak jual dusun sbb dusun ni etnik di Ranau ni....sepatutnya disebut kebun.
2. Terima kasih dalam bahasa Dusun - pussykau ? (mcm pelik kan?)
3. Pengakuan yang dibuat oleh bekas pelajar Sabah yang , diIslamkan beberamai-ramai tanpa pengajaran susulan (pada umur 13 tahun) - dihantar bersekolah di Semenanjung...mereka terpaksa belajar sendiri-sendiri ketika tinggal di asrama. Namun dari 0 mereka dapat juga memahami amalan Islam dari kawan-kawan dan bapa kawan2 ketika balik bercuti di rumah keluarga angkat.
Inilah lebihnya berjumpa dengan yang dah lama terpisah, makanya terkeluarlah cerita-cerita yang menjadi rahsia pada ketika dahulu.
Dah dekat 12 mlm...TIDUR DULU!!!

Friday, March 19, 2010

Mac 19

Jumaat - melapor dari LCCT. Bangun pukul 4.00 pagi...bersiap sedia..keluar dari rumah 4.45 pagi ..sampai LCCT 5.45 pagi.Sempat solat Subh berjemaah di surau airport..dapat sujud tilawah...imam kampung. Flight 8.00 pagi delayed 8.30. Jarang-jarang naik flight..jadi tak tahu jalan urus di sini. bagi yang biasa , relax je bertolak dari rumah 5 pagi, sampai 6.30 pagi sempat solat Subuh....check in...sempat pi makan lagi. Tapi Ana tak kisah. Ada masa lapang nak update kat sini.
Sesi 2 - mendarat di KK jam 10.45 pagi. X-sm3kbian Azman sedang tunggu nak bawa ke rumahnya di Kampung Lembising. Dapat le jumpa anak bini dia ...dengan dia pun dah 29 tahun tak pernah bertemu muka. Kini masih di rumahnya tunggu tuan rumah balik dari mesjid. Ana kan musafir...buat jamak je kat rumah ni. Lepas ni nak bergerak ke Ranau... tempat pengantin. Tempat tingglnya blum pasti rupanya.
Sesi 3- lepas sembang-sembang kisah lama, tengok2 gambar lama, bergerak ke port kumpulan semuanya grup yang datang ke Sabah ni di Marina Court. 2 jam lebih dari KK nak sampai ke Ranau. Singgah jap kat Kundangsang, beli keropok ubi kayu sira gula merah...sedap...perut tgh lapar. Dalam pukul 6 sampai kat tempat menginap..chalet macam rest house. OK gak dalam nya...tv ada, air panas ada, sabun ada, air ada. Malam ni punya program majlis berinai. Saja je nak tengok adat orang Dusun di Ranau ni. Lepas Maghrib 6.30 ptg...dan isyak 7.30 mlm..jam 8.00 nsnti ke rumah pengantin.

Thursday, March 18, 2010

Mac 18

Khamis - Lepas ke pasar, terus datang ke sekolah. Appoinment dengan RA - SPS sampai 1.30 tgh. Fasinya dari SMK Bangi / Cyberjaya...Maz !Patut le Musa Bangi tak rajin nak masuk gmail chat....sebab ada yang lebih sedap memandang di depan mata. Tak pe la rezeki masing-masing. Apa pun dekat 4 jam dapat settle 5-6 modul SPS. Balik pukul 2..makan..solat..tidur jap..ingat jam 4 nak keluar ..terlajak sampai asar.Lepas asar dah dekat 5.30 baru bergerak ke Serdang.Untuk mengelak jem,ana cuba la masuk jalan-jalan yang sepatutnya tetapi banyak simpang siur dengan salah tanda jalan...melalut sampai ke mana-mana..habis masa 2 jam atas jalan..sampai kampus upm 8.30 mlm. Bukan nak lama pun kat sana..hantar barang je..pas tu nak keluar pusing lagi 2-3 kali baru jumpa pintu keluar. Sejak awal hantar anak daftar kat sana dah dapat rasa tak selesa...sampai lani pun nak masuk nak keluar tak pernah nya dapat lurus sekali jalan. Sampai KG Baru ..tidur sini malam ni...pukul 10 mlm....makan-makan dah 11 lebih. Esok nak bangun 4 pagi...nak bergerak ke LCCT sebelum Subuh...check in 7 pagi...nak ke SABAH.

Wednesday, March 17, 2010

Mac 17

Rabu - Hari ni pun ada 2 appointment - 1 jam 9.00 nanti bersama SESAMA - Persatuan Seni dan Sastera Malaysia - ada jemputan Ahad ni untuk sesi Dialog Sambutan 80 Tahun KKB pada 20 mac nanti. Masa tu Ana ada kat Sabah...jadi saja je nak jumpa dia bincang sikit apa tujuan sesi dialog tu. Pukul 2 pulak nanati nak ke Kebun UPK di Sg Jang..ambil gambar untuk buat kulit buku Laporan Mesyuarat pada 10 April nanti. Dalam pada tu nak kena pi sekolah, print surat menyurat JKKK. LEGA..akhirnya semua perancangan hari ini berjalan lancar. Jumpan SESAMA..settle..ke sekolah printout surat2..settle...lawat kebun sg jang...settle...perbetulkan surat2...settle...serah kepada pengerusi JKKK...settle...hantar gambar2 untuk buku laporan UPK...settle...tengah update apa yang patut...pasni siap nak tidur je ni !!!

Tuesday, March 16, 2010

Mac 16

Selasa - hari ini tumpu perhatian kepada kerja-kerja JKKK yang diambil alih sejak semalam. Banyak juga yang dah settle..dari pagi sampai petang. Dapat pula keluar ke kebun dari jam 8.00-9.00 pagi. Tak boleh nak tumpu perhatian..dapat banyak idea untuk JKKK. Jadi berhenti kerja kat kebun..masuk sambung kerja depan NB. Sampai masuk waktu zohor....bersiap pula nak ke mesyuarat UPKKKB dari jam 3.00 - 4.30 ptg. Balik ongumah ke TM..check gigi- sampai 7.30 mlm baru balik. Jadi seharian hari ni- kerja, kerja, kerja...sampai masuk tidur 11 mlm.

Monday, March 15, 2010

Mac 15

Isnin - Hari ni dah mula cuti seminggu. Nasib baik tak ada orang nak jumpa...yang dah set pun tak call up....Ra confim batal..mungkin datang hari Khamis. Calon PHD UKM pun tak call semula untuk confirm buat temuramah...Bayutirnik confirm sampai bangunan baru siap. Jadi sepanjang hari memerap kat rumah je. Malam ni je ada mesy JKKK ..9.30 mlm. Sebelum tu ada banyak masa nak update blog..sambil tengok sesi Parlimen live kat RTM1. Sampai ke petang bawa ke malam...menghadap nb dan tv je. Hujan kat keluar pun tak henti-henti dari awal petang sampai ke malam. Lepas Isyak ke Balai Raya Tmn Bukit Bujang - mesyuarat pertama JKKK Ampang Pecah...nak ambil alih tugas selaku Setiausaha. Habis pukul 12.30....mak ai...mesyuarat isu negara tu!!!!

Sunday, March 14, 2010

Mac 14




Ahad - Kenduri day .. Hari ni ada dua jemputan. Mulai 1.320 berada di Taman Pesara, anak Cikgu Raja Karim - Raja Khairun Nisa Tak dapat nak ambil gambar bersama pasangan sebab bergegas pula ke Kg Soeharto. Bekas pelajar SM3KB juga kedua2nya. Di sana ongumah jumpa rakan sekelas tahun 1979,,anak murid ana juga la tu. Yang baju merah tu Nurizan Wahab dan adik dia Nordin Wahab (1980). Yang berkahwin tu rupa2nya adik dia Norsuhaila Wahab. Selama bersekolah dia tak cerita cakap pun kakaknya sm3kbian. Masa dalam perjalanan ke Kg Soeharto tu ada satu perkara yang berlaku.
Ada satu isu negara yang nak dibawa ketengah. Kalau di jalan raya, kereta bomba, polis atau ambulan , kita sedia maklum kena beri laluan. Sejak bila kereta berlampu kuning mendapat keistimewaan ini. Tadi semasa di trafic light Tanjung Malim ada satu van berlampu kuning ..hon hon minta beri laluan. Kereta apa? Kereta bawa keranda orang India. Berlagak betul ..ingat dengan lampu kuning tu dia istimewa ka apa. Bukan nak ke mana pun..tergesa-gesa semacam je..Ana tak bagi laluan pun..tu yang bising menghon2. Lepas trafik light ana bagi je dia potong ..sami yang duduk depan tu jeling semacam...ana peduli apa...tak sampai 1 km ana nampak kereta tu nerhenti tepi jalan ..buat apa tau? ambil pokok pisang !!! Ni tengah nak tanya-tanya sapa yang tahu - jpj ka, pdrm ka, nak jawab persoalan ana ni. Sampai ke Kg Soeharto dah dekat jam .230 ptg. Habis makan-makan, sembang-sembang, ana pun bergerak balik ke rumah..sampai 4.15 ptg...ngam-ngam masa nak solat zohor...tunggu sekejap solat asar. Baru nak menghadap NB, kena hantar anak ke stesen komuter. Dari petang tu sampai malam tengok TV je...sampai TIDUR.

Saturday, March 13, 2010

Mac 13

Sabtu - Kesakitan semakin kurang terasa. Baru makan 4 biji makjun Perak...belum try makjun Kedah. Apa pun memang ada kelainannya. Hari ni pula banyak program ni...mulai jam 12 - ke kenduri kahwin di Rasa...terus ke kenduri kahwin di Cheras...lepas tu ke Kg Baru (atau terus ke Klang)...ada kenduri tahlil. Semalam ada orang call cakap ana ada hantar borang selidik pasal susu apa tah. Katanya ada menag hadiah saguhati voucher nilai RM300 ..depa ada kat TESCO Klang. So kebetulan dah nak turun KL, ana confim akan pi sana hari ni. Tengok la apa hasilnya. 12.30 keluar dari rumah menghala ke rumah pertama di Rasa...Ini la pengantinnya Dekat jam 1.15, bergerak ke KL. Hajat nak ke Cheras tapi dek trafik jem...pukul 3 masih ada kat Jaln Ipoh...makanya tak jadi le ke Cheras. Pasti jalan jem..sampai kat rumah kenduri jam 4 ptg..orang dah nak berkemas..lagipun kenduri dibuat di balai raya..tentu tak boleh lewat2..kalau buat kat rumah sampaio jam 5 pun masih ada belen makanan untuk dijamah. Jadinya ana terus je ke Kg Baru..sempat juga baring 1-2 jam sebelum asar. Lepas asar ada tahlil pula. Selesai bab tu dah pukul 7 mlm. Pergi juga ke TESCO Klang. Nak dapat susu !!!. Sampai ke sana dah jam 8.30 mlm. Bergegas ke gerai yang dimaksudkan. Tak nampak pun susunya..yang ada TV je tayang ladang ternak lembu. Dibagi bornag suruh isi untuk dapatkan baucer RM300 - buat SPA. Mak ai!!! satu lagi marketing strategi nak kenakan pengguna. Lepas beri sepatah dua kata kat salesman di situ. ana pun blah...pergi beli belah kat TESCO...habis RM352.00 - carik kad je. Balik sampai rumah 12.30 mlm..tidur 1.00 pagi !!!

Friday, March 12, 2010

Mac 12

Jumaat - Hari ini pula ada program jam 7.30 pagi. Bukan program ana tapi diminta tolong handle alat ICT oleh ongumah ana. Sampai 9 pagi.... tapi sebab tak fokus dalam inhouse ni, boleh la update kat sini, semak email dan apa yang boleh dibuat kat bilik mesyuarat ni. Selesai tu duduk kat dalam bilik pulak. Nak kena siapkan semua kerja rutin...esp Buku Rekod Mengajar sebelum 12.30. 2-3 hari ni dah mula sakit belakang (sakit pinggang?) ..tak pasti yang mana satu yang betul. Apa pun lepas bangun dari duduk tak boleh nak tegakkan badan...terasa cucuk-cucuk kat belakang bahagian bawah badan. Kalau berbaring pun tak boleh mengiring ke kanan..sekali sekali terasa sakit kat tempat yang sama tak semena-mena. Lepas solat Jumaat nak kena pi mesyurat lagi..kali ni JK Pelaksana Kejohanan Merentas Desa Peirngkat Kebangsaan. Hulu Selangor jadi tuan rumah kejohanan, SM3KB jadi pengerugi pelaksana. Sebelum pi tu telan 2 biji makjun kuat...buatan Tanjung Piandang,Perak. Nak cerita sikit pasal makjun ni.Rasanya susah nak dapat kat kedai-kedai biasa. Stok yang ada ni pun ana beli masa kat Tangkak tahun 2005 dulu..masa anak ketiga ana belajar kat matrikulasi Tangkak. Ana beli 2 paket. Biasanya dijual kat gerai-gerai tepi jalan atau kedai makan yang tak hebat2 mana pun. Pernah ana makan 4 biji tahun 1990an dulu...ok je sekali makan. Tu sebab ana simpan stok sikit in case sakit lagi. Jadi pun menjadi....sakit dah mula mendatang. Sebelum keluar tu ana telan 2 biji je. Sebelum nak balik mesy. ada la cerita2 dengan kawan sorang tu...ana nak pesan kalau dia balik Taiping ke, minta belikan majun tu lagi. Rupa2nya dia sedang makan majun lagi special dari Kedah dan orang yang menjualnya ana cukup kenal. Jadi on the way balik tu singgah la ana jumap orang tu, beli la 1 botol. Malam lepas makan ana telan 2 bji lagi makjun yang baki tu. Belum cuba lagi makjun Kedah ni. Kesakitan pun dah mula reda. Pukul 11 masuk tidur sebab nak tengok tv pun dah tak larat....asyik terlelap je.

Thursday, March 11, 2010

Mac 11

Khamis - Tak sempat nak update semalam...masukkan tarikh je...sebab apa...awal pagi buat kerja biasa. Sampai pukul 10.30, PK minta buat liputan penyampaian keputusan SPM. Habis masa kat situ la..sampai 12.45 ada pulak orang datang nak check barang yang diterima minggu lalu sampai lepas waktu sekolah. Terus balik...dapat juga tidur sampai 4.30 ptg bawa ke malam. Nak tengok CHUCK ..AXN tak ada siaran pula sejak dari petang..tak tau kenapa. Akhirnya jam 11 mlm..TIDUR...ongumah tengah buat kerja untuk presentation esok.

Wednesday, March 10, 2010

Mac 10

Rabu - Ada satu tugasan baru yang kena settel hari ini..jadinya tak berpeluang nak duduk lama kat dalam bilik untuk baut kerja2 lain. Apa dia....ni hah surat edaran kepada ibubapa pasal SMS Sekolah. Semalam dah siap draft...dah hantar untuk diriso...pagi ni tengok dah siap. Jadi buat kerja stapling..800 keping...lepas 1 jam kena masuk kelas - baru separuh siap. Teringat la pula kat PAR...minta tolong la kenanya. Nasib baik minggu bebudak exam....boleh la juga buat kerja kat NB...siap kan surat-surat serahan dan akuan terima. Lepas 2 waktu ..singgah kat kantin...jumpa 2-3 guru minta update email.....sambil makan kueh tiuw sup sayur & telur je ...RM3.00. ...Masa tu la dapat tahu ada inhouse pukul 2...siap ada makan jam 12.30tgh....bagi ana tak ada hujan tak ada ribut tetiba je cakap ada program..sori nak pi...surat tak terima ...hari ni buat hari ni tau...dah tu nak masuk kelas semula la pulak .Lepas kelas 12.30 sambung klip surat edaran ...tak cukup 30 helai. Nasib baik PAR keluar dari pejabat. Suami dah tunggu kat luar tapi nak juga dia riso lagi 30 tu. Lepas stapler, susun ikut kelas,...elok bunyi loceng balik. Sempat juga serahkan semua dokumen kepada PKHEM. Terserah pada dia nak edarkan kepada penyelaras tingkaan - guru tingkatan - murid. Baru nak bergerak balik, ongumah kata ada mesy dia pulak..Ana pun blah la dulu. Kat rumah tengok nasi semalam ada....apa lagi goreng la je. Kena pulak nasi tu masak lembik sikit....lepas tumis sambal terlebih air pula...jadi la bubur goreng..tapo boleh makan. Anak ana ni makan tambah kali kedua kira ok la tu. Bukan boleh nak tanya sedap ke idak...tengok reaksi dia cukup la. Ni baru balik pi ambik ongumah...cabut keluar dari mesy. ..dah boring kat sorang guru yang ada dalam mesyuarat tu. Ana tak kisah. Lepas ni tengok SIONG....sambil baring2...sampai malam.

Tuesday, March 9, 2010

Mac 9

Selasa - hari ni bebudak sekolah tengah hadapi ujian pencapaian. Ana dalam bilik ni je...baru teringat Jumaat ni nak edarkan surat siaran kepada ibu bapa pasal SMSSekolah. So draft surat....minta Pengetua sign...hantar riso. Harap Khamis ni siap untuk bagi kepada Penyelaras Tingkatan..untuk edaran hari Jumaat. Selesai satu bab. Lani ni nak fikir pasal Kad Harta Modal PC tahun 2008 & 2009...rasa macam dah buat...tapi cari dalam fail tak ada pulak. Ambil masa juga nak semak dan buat semula. Dalam pada tu teringat ThinkQuest....print tawaan projek untuk bagi kepada cikgu yang berkenaan ..yang tak pernah buka laman ni sejak dibagi taklimat dulu. Hari ni pula panas semacam.....macam minggu lepas. Nak kata tak makan, pagi tadi dah makan 4 keping roti...ubat 1 biji. vitamin 1 biji, saw palmetto 1 biji. Baru jap tadi 1 gelas cococino dan 5 keping biskut. Kira ok la tu.

Monday, March 8, 2010

Mac 8

Isnin - Log in kehadiran jam 7.20 ..terus ke makmal bestar...siap sedia on PC untuk taklimat pengurusan SAP kepada guru tingkatan...10 orang tak datang. Bab ni yang boring..kena ulang tayang...kalau depa sanggup mai jumpa ana. Yang lain tu nampak macam faham. Selesai sesi tu...duduk dalam bilik nak settlekan kerja-kerja yang tak pernah habis. Tengah buat satu kerja terserempak dengan kerja lagi satu yang juga perlu diselesaikan sebab kalau tak selesaikan kerja yang kedua tak selesai juga kerja yang pertama...dan seterusnya. Bila dah sampai waktu nak balik, kerja siap ke tak siap...tinggalkan je. Balik lewat pun bukan dapat apa...kerja boleh sambung esok. Kalau siapkan semua tak ada kerja pula esok!!!. Ingatkan paling lewat pukul 2.15 dah boleh bergerak balik, ongumah pula ada temujanji dengan student..katanya 15 minit..tunggu punya tunggu, habis baca 5 muka surat Readers Digest, tak keluar juga. Tunggu sampai pukul 3 - bergerak ke pasar cari sayur sikit, dan beli roti...baru sampai pasar, ongumha telpon dah siap nak balik...giliran dia la pula tunggu. Dalam 3.30 ada kat BSN pulak..anak kat Serdang nak guna duit...buat transfer..sampai rumah pukul 4.00. Solat...tengok Siong...hujan turun kat luar...masuk net jap...malam macam biasa...lepak depan tv...So You Say You Can Dance...jam 11.00 ..TIDUR.

Sunday, March 7, 2010

Mac 7

Ahad - Le Tour d Langkawi - last stop di KKB hari ini. Kawasan pekan pasti dah ditutup sesak sbb kena tutup jalan..habis tu nak buat apa...gi kebun la. Dapat juga hasil sikit - belimbing buluh ada, jambu air ada, raut dauh kelapa dapat penyapu 1 ikat, kelapa muda pun ada. Masuk jam 11..makam tengahari...sampai petang tengok tv sambil-sambil pantau net. Pukul 5.30 ke rumah Termizi ...ada bbq ..dia masuk rumah baru..landscape dia buat sendiri. Malam ..menghadap Raja Lawak final ,,walaupun MAMU dah out minggu lepas. Mata pun dah letih semacam...TIDUR je.

Saturday, March 6, 2010

Mac 6

Jumaat 5 Mac- Sekali lagi dek kesibukan keterlaluan sampai terlupa nak masuk ke sini. Bukannya ...tengah tumpu pada menghasilkan bahan untuk persembahan pagi Sabtu ni. Maklumat baru diterima...nak siapkan ppt...dah tu data tak lengkap..kena cari dan siapkan data sikit..dari awal pagi sampai waktu balik...buku rekod mengajar untuk minggu ni pun dibuat masa dekat nak balik..nasib baik masuk waktu zohor 1 lebih...kira sempatla selesaikan semuanya. Lepas jumaat sambung lagi sikit ..malam pula tumpu kat bahan penulisan...tengok tv ..tidur.
Sabtu - Pagi ni ada Mesyuarat Agung PIBG....bergerak dari rumah jam 7.45 ...dah ramai yang ada di sana. Kecoh sikit bila dah lebih jam 8 sepatutnya dah mula multimedia presentation tapi guru yang mengurusnya tersadai kat Kerling dek hujan lebat. Mau tak mau ana yang kena handle - apa orang kata - the show must go on. Tak kisah sebab nak buat live pun tak boleh sebab tak ada capaian yang bagus kat dalam dewan tu (buat kat Dewan Hj Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, KKB). Besar, sejuk dan selesa tapi tapi ada capaian. Bila dah mula sesi..dah selesai ppt ucapan pengetua baru guru berkenaan sampai. Ana serahkan kepada dia lepas tu sbb ana boleh ambil gambar semasa mesyuarat - sampai selesai. Pukul 1.30 dah ada di rumah - terus buat kerja update blog dan post gambar kat http://gpbbea5061.fotopages.com (tengok la ye) sampai malam. Rehat sambil tengok cerekarama dan tidur.

Thursday, March 4, 2010

Mac 4

Khamis - Pagi ni ras tak puas tidur...sebab? semalam balik pukul 11.30 mlm. Usrah?..lebih pada mesyuarat untuk adakan aktiviti zon....oleh JKKK. Mak ai....dah nak dilantik jadi SU JKKK Ampang Pecah...maka sibuk lagi menyibuklah jadinya. APa pun hari ini terperap kat bilik yang dah tak sejuk sejak bulan 6 tahun lepas. Sempat buat semakan dan update beberapa perkara tentang profil staf. Kebetulan ada staf (kaunselor) baru sampai - daftar dalam SPS & SMSSekolah...ternampak pula STS ..close semua report sebelum ni...buat report susulan dan baru. Buat semua-semuanya sampai wakti masuk kelas..1.10-1.50. Habis kelas terus balik rumah. Ingat nak baring2 tapi tak rasa mengantuk pula...goreng telur makan dengan roti (itulah lunch ana), masuk kain dalam mesin, angkat kain tersidai semalam, sidai kain baru, bersihkan bilik, kemaskan wiring telepon....dah nak masuk asar pulak. Update kat sini...jap lagi tengok SIONG...sambil boleh lelap sikit2 kot...sampai malam.

Wednesday, March 3, 2010

Mac 3

Rabu - Hari ini lagi sekali ada program di awal pagi. Program sambutan MaulidurRasul...bersekali dengan penerapan nilai murni (bukan Islam). Kali ni sebab urusan lain nak dibuat, serahkan bab ambil gambar kepada ahli briged. Ana tumpukan pada kerja-kerja kemas bilik untuk simpan barangan yang diterima semalam dengan bantuan ahli briged juga. Alang-alang dah buat kerja kemas mengemas, terus kemas stor bestari yang selama ni penuh dengan kotak-kotak. Selesai satu bab. Lepas ni dah boleh panggil pegawai pelupusan mai tengok. Elok selesai kerja...rehat 1/2 jam....minum, makan biskut...masuk kelas la pulak sampai 12.30. Lepas tu baru nak attend kepada email dari RA...time untuk balik. Pukul 2.30 dah ada kat rumah...sidai kain yang tersadai sejak semalam......terus menghadap NB ni...buat sikit lagi bahan untuk Sabtu ni,,,,pukul 5.00 petang hujan pun turun dengan lebatnya. Malam ni ad program lagi... usrah dan kenduri isteri sahabat baru lepas bersara jad Pengetua. Pukul berapa nak habis ntah le...tidur lambat skit la malam ni gamaknya.

Tuesday, March 2, 2010

Mac 2

Selasa - Mak AI...hari ni pun tak sangka sibuk semacam. Sampai je kat sekolah...pukul 8 dah ada meeting dengan pengetua..bincang pasal printer dan PC bilik guru. Dalam pada tu dapat tugasan sediakan bahan multimedia untuk mesyuarat agung pibg Sabtu ni. Lepas print kehadiran untuk minggu lepas dan semalam...mula cari bahan untuk ubahsuai movie yang sedia ada. Mengambil masa juga mencari 2-3 gambar orang penting yang selama ni tak dititikberatkan semasa dia ada seperti YDP PIBG tahun 2008...rupa-rupanya tak banyak gambar dia diambil...cari punya cari dapat juga satu..tapi habis 1 jam kat situ je....tetiba dah waktu untuk ke sesi taklimat peperiksaan....rupa2nya ada taklimat mesy agung pibg dulu...dll..dalam pada tu ada lori hanatar barang untuk ganti sistem rangkaian ...dari MOE. Surverynya buat bulan 6 tahun lalu..barang baru sampai hari ...bukan sikit..berkotak-kotak...berpalang-palang..ada almari lagi. Dah nak cari tempat letak sebelum teknician syarikat datang..ntah bila pulak tu. Dah le tak makan tengahari...berkejar sana sini...India hantar barang tu nak cari pasal pulak. Lepas diturunkan barang, kita baru nak kenal pasti di mana nak letak barang...dia tak mahu tolong angkat lepas diturunkan dari lori. Kena sembur sedas baru nak tunjuk baik. Terkejut juga sapa yang tak pernha tengok ana naik hangin. Selesai semuanya dah 3.30 ptg. Balik lepas zohor..masuk asar...dah menghadap NB ni. Nak kena siapkan 2-3 lagi movie sebelum buat presentation semasa ucapan pengetua sabtu nanti. Sampai ke malam la buat kerja ni.....

Monday, March 1, 2010

Mac 1

Isnin - Hari pertama bulan ketiga..sudah mulai sibuk. Awal pagi ada perhimpunan khas...kaunselor sekolah bersara. Biasa le....ambil gambar peristiwa dari mula sampai akhir. Lepas tu buat kerja kat dalam bilik....sambil GITN check router yang dikatakan rosak. Minggu lepas dah ada teknician datang..tukar router...dijangkakan rosak..tapi masalah masih ujud. Kali ni yang pakar datang..sekali tengok dia tau router memang rosak tapi bukan seperti yang dijangkan...rupa2nya salah label. HQ kata A...jadi dia check dan tukar yang A ...sebenarnya yang rosaknya B...B ni dalam rekod HQ ialah A. Faham ?? Tak faham tak pe...bukan masalah negara pun. Lepas tu sempat buat tuntutan ke BTP minggu lepas....dah sampai waktu balik. Pukul 3 kena pi Rest House KKB ada majlis lagi untuk yang bersara. Dari awal dah dibagitau makanannya chicken chop...dari awal ana tak bayar untuk makan-makan. Ke sana untuk ambil gambar dan raikan kawan-kawan. Selesai kat situ 5.30....teringat tak update blog ni. Nasib baik anak dah kena ban bukan internet....Mak dia yang bankan sbb minggu depan dah ada ujian bulanan. Dan rasanya sampai malam tak buat kerja lain selain menghadap TV.