Monday, May 31, 2010

Mei 31

Isnin - Tak sempat nak buat kerja rutin. Cuba untuk siapkan bahan clip untuk preview jap lagi, Godek-godek dah pukul 9.00...terus ke PPD bersama pengetua. Sampai kat sana masih meneruskan editing sementara MC berlatih becakap. Sampai waktu preview masih kurang bahan sikit lagi...akhirnya 'potong' bahagian menyusahkan tu. Display satu clip tu tak terang bila dipacarkan...ubah lagi pilih shot yang lain...balik ke sekolah ..ada jamuan untuk yang akan ditukar sekolah. Teringat pula kea serah borang permohonan kelaur negara...ada kurang jadi kena siapkan segera..sebelum balik. Kerani yang menguruskan perkara ni dah tak ada esok..berpindah ke PPD. Selesai semua..sampai rumah dekat jam 3. Lepas zohor sambung kerja lagi masuk ke asar...sampai jam 7.00 .Ke masjid untuk maghrib...bergerak pula ke Tmn Damai..ada mesyuarat untuk bincang pasal nak buka kubur lama...sampai 10.45 mlm. Balik jam 11 lebih ..masuk tidur.

Sunday, May 30, 2010

Mei 30

Ahad - Pukul 5 dah bangun semula untuk ke masjid. Balik dari Subuh tidur balik....cover semalam tidur lambat. Dapat sms lagi minta tolong kerja pindah barang cawangan ke balai raya. Terima puluh 9.lebih dah..tidur belum tercover lagi. Habisnya bangun pukul 11 pagi je. Misi hari ini mesti siapkan set kedua clip tokoh guru..esok pagi ada presentation - review untuk hari guru. tanguh punya tangguh...sampai ke malam tak siap betul sebab tak cukup bahan. Masa habis cari bahan tambahan akat intenet. Lepas hantar anak ke stesen komuter - dia nak bali KL - lepas zohor mata rasa penat..lepak depan tv..antara jaga & tidur.. smapai waktu Asar...ke masjid..balik dah dekat 5.30 ptg- ada buat perbincangan sikit dgn JK baru. Kat rumah mula kerja sikit...sampai Maghrib ke Isyak di masjid lagi. Bali ke rumah dah pukul 10.00...cari punya cari bahan ...sampai pukul 12.00 baru masuk tidur.

Saturday, May 29, 2010

29 mei

Sabtu - Pasar malam lagi ...tapi ana tak dapat pergi pasar malam sebab ada program makan malam di Serendah. Tapi pagi ni ada program lain pulak. Nak ke Temerloh...anak bujang ni dan ada calon, nak pi risik le konon. Tapi kenalnya dah lama...nak ikut adat juga orang sana gamaknya. Ikut je le. Pergerak jam 10.00 pagi ..dalam perjalanan siap 2 clip tokoh guru set pertama - sbb anak yg padu kereta. Sampai ke rumah di Felda Cemoimoi elok-elok waktu makan tengahari. Lepas minum air kepalan pandan...makan nasi berlaukkan pucuk ubi masak lemak. patin masak tempoyak, fatin goreng, pucuk keledek goreng (ikatkan kangkung) dan belimbing jeruk+cili api+bilis - campur ulam daun selom. Memang enak dan boleh dimakan. Buka cerita dengan tuan rumah pasal anak-anak - tidak seperti yang dijangkan - pihak sana pun hendak yang mudah. Apa-apa pun terserah kepada kesediaan keduanya untuk menentukan apa yang terbaik. Senang kata perkara ini tidaklah menyusahkan. Pukul >2 bertolak balik singgha di masjid pekan bentong...sampai rumah 5> sikit. Singgah pasar malam - hujan mula turun lebat sekali. Terima SMS minta tolong pindah barang dari cawangan ke balairaya. Tak dapat nak sertai sebab masih dalam perjalanan jauh. Sempat sentuh sikit untuk set kedua tokoh guru - masih cari bahan dari internet. Lepas Maghrib nak keluar semula ke Serendah - saluran minyak Trajet bocor sikit ...berpunca dari besi klip Is-saver yg dipansang lebih 6 tahun--naik kereta Charade ..ke sana sebab ada Majlis Makan Amal - dgn ongumah dan anak sorang. Makan briani, ayam goreng, daging kurma, papadom dan dalca. Lebih enak makan di felda dari di sini. Lepas makan ada ceramah - Ronnie, Mat Sabu & Nizar. Acara tamat 12 mlm...sampai rumah...solat isyak..dah pukul 1..masuk tidur !!!

Friday, May 28, 2010

Mei 27

Jumaat - letih sungguh pagi ni..tapi bangun tetapi bangun untuk solat subuh. Lepas solat siapk an kerja tak siap semalam.....dah kena pi pasar pula. Sebelum ke pasar kena ke stesen komuter ambil anak balik...11.30 pagi berada di rumah semula...nak bersiap sedia untuk solat Jumaat pula. Balik dari jumaat, pi pulau duduq...pi tidoq la tu..sampai 5.30 ptg. Lepas asar ,hujan tengah lebat tak luar, tak dapat nak buat semakan arah kiblat, baru nak mula kerja, dapat call ada kematian di taman jiran. Selaku S/U JKKK kena la pi jengok. Duduk situ sampai nak masuk Maghrin..terus kemasjid..selaku Pengerusi kena tunjuk contoh..mesti sampai awal. Lepas isyak terus balik sebab tak ada program lagi...tengah update laporan, blog JKKK. Teringat pula kerja-kerja masjid..dokumennya ...teringat pula bahan nak guna hari Isnin. Mata dah letih sgt ni....akan cuba sedaya yang boleh untuk terus buat kerja...esok nak bangun lagi awal drp biasa - 5 pagi - apa pun kalau tak tahan kena la masuk tidur !!!.

Thursday, May 27, 2010

Mei 27

Khamis - malam Jumaat- kata setengah orang, setengah lagi tak kisah pun malam jumaat ka tak. Pagi ni mesti mula kerja buat bahan untuk Hari Guru....dalam pada itu perlu software yang sesuai. Nasib baik ada yang membantu....selesai bab dubbing. Tapi banyak kali conversion kena buat. Sebelum loceng balik..sediakan RPH. Sebab bukan hari Jumaat, tak la tergesa sangat nak balik. Ada la pula urusan sampingan nak diselesaikan. sampai rumah dah pukul 3.30 ptg..ada pula janji kena baiki Water Dispenser (Elken)...tersumbat la tu sabab 7 tahun tak pernah cuci apatah diganti. Dek sebab itu, melayang RM550 untuk gantian alat. Lepas Asar menghadap sekejap NB..tengok apa yang sempat. Masuk Maghrib dah berada di masjid.Malam ni ada mesyurat pemilihan JK...dah dilantik jadi Pengerusi Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah. Lepas isyak..lepas makan minum, pergi pula ziarah penghuni PPRT...balik rumah jam 10.00. Mula buat kerja masjid...laporan yang perlu dihantar...sampai pukul 12.00 mlm...baru masuk tidur...malam jumaat yang memberi erti!!!

Wednesday, May 26, 2010

Mei 26

Rabu - Ni buat kerja yang sempat je...8.30 pagi nak ke SMKAP - mesyuarat hari guru daerah. Apa citernya ...pukul .825 keluar dari sek menuju ke tempat mesyuarat. Sampai depa tengah makan...join makan dulu..ubat pun belum makan...so makan mee goreng..tolak nasi goreng..karipap dan apam pas. Mesyuarat mula jam 9.00 ....sikit maklumat terkini,,,review bahan Isnin 9.00 pagi di PPD....1hb rehearsal 2.30 petang di Darul Quran...real event 2 Jun. Mesyuarat selesai 1.00 tgh...diajak ke tapak event untuk tengok gimik..ana kena berkejar ke rumah tokoh untuk ambil biodata untuk diserahkan kepada ajk program yang nak dihantar cetak petang ni. Singgah ambil kat rumah dia...forostat satu salinan...hantar ke SKAP...singgah kat rumah solat zohor..keluar balik ke sekolah sampai 3.15 ptg. Singgah ambil paspot kat imigresen. Sementsra tunggu masuk asar.....lepak jep...sampai 4.50 ptg..tak boleh lama sebab 5.30 dah aa app. Just nice timing...5,30 keluar ke rumah tokoh..dia pun baru sampai dari tempat kerja....setting, ambil gambar, shooting 2 shot..minum..makan cucuk kodok dan tauhu sumbat..elok 6.55 bergerak balik. Tak sempat nak ke mesjd magrib ni,ada sikit time untuk buat senarai ahli jkk yang lengkap walaupun ada 4 lagi belum bagi. Sebelum masuk Isyak pi mesjid...lepas isyak ada pulak jemputan doa selamat kat kuarters jkr. Habisnya ingat nak balik awal lepas solat...jadi 10 mlm. Start juga habiskan kerja nak hantar notis mesy isnin nanti...pos atau by hand...siap juga tapi dah pukul 11.30mlm. Lambat lagi tidur malam ni....!!!

Tuesday, May 25, 2010

Mei 25

Selasa - Bermula tekanan kerja...kerja-kerja yang menuntut masa dan tenaga. Bekejar ke sana, bekejar ke sini....tambah lagi berurusan dengan orang. Sepanjang pagi cuba mulakan projek tokoh guru. Semalam terima jadual baru..ada sedikit perubahan masa. Hari ni pun ada relif 2 waktu akhir - 12.30-1.50. Bawa bebudak masuk makmal..suruh buat email ka, blog ka,,layan FB ke. Sekejap je dah masa nak balik. Ongumah pula ada mesyuarat panitia...tunggu sampai 3 ptg. Berkejar balik untuk solat sbb 3.30 dah ada janji nak ke rumah tokoh guru ke2. Sampai kat rumah dia 3.45...dia belum balik. Tunggu punya tunggu sampai 5.15..tak timbul2 juga..on the way katanya. Habisnya balik dulu le..lepas minum teh, makan kek dan pastri jem..manis2 semuanya. Balik dah 5.45...kado hajat...6 ptg baru dapat solat asar. Siap pula nak ke Shah Alam.. mesyuarat JK Alumni pertama- bermula 8.00 mlm. Sampai ke Shah Alam elok2 8.00mlm..cari rumah tak jumpa habis masa 30 minit. Masuk ke rumah tempat mesyuarat dah dekat 9.00 mlm. Nasib baik tengah makan (nasi Arab hidangannya)..sampai lagi 2 jk..bekas pelajar juga..jadi ada la teman sembang sambil makan. Mesyuarat dah mula...bior le. Tok tek tok tek sampai 11> baru berhenti mesyuarat ....tu pun sambung sikit lagi cerita-cerita lama - ALUMNI la katakan, kalau tak cite pasal kisah lama tak sah la kan.....keputusan mesyuarat ..kena uruskan biro ICT dan Komunikasi. Bergerak balik dekat 11.30 ...sampai rumah 12.30 pagi. Tidur 1.00 pagi...ambik kau!!!

Monday, May 24, 2010

Mei 24

Isnin - Problem pagi ni.Kehadiran tak boleh nak login. Berkejar cari punca masalah. Server shut down...ups tak function. Selesai masalah buat sementara...direct power supply ke server. Sepanjang hari baut kerja dalam bilik je...kecuali jam 1150 ada relif. Jam 2 bergerak ke Hulu Bernama ..buat shooting dokumetnari tokoh guru kaum India. Selesai dan sampai rumah jam 4 ptg. Lepas asar selesaikan surat2 panggilan mesyuarat JKKK sampai 7. Siap ke mesjid...ada jemaah tabliq. Lepas Isyak mereka ajak minum...sembang2..balik dah 9.30 mlm. Sempat sterika baju...masuk tidur 10.30..awal kan? penat mental agaknya..tidur mati sampa pagi.

Sunday, May 23, 2010

Mei 23

Ahad - lepas Subuh dah keluar...ke kolam ikan ingat adalah orangnya sebab minggu lepas terlepas. Ingatkan dah jadi rutinnya untuk ke sana setiap awal pagi...rupa2nya kena janji dulu. Balik semula ...baca paper, makan..jam 9 keluar semula ke Taman Damai - aktiviti gotong royong balai raya. Saja je cari bahan dan aduan untuk diketengahkan. Balik 12.30 lebih sikit..mandi..solat zohor..keluar lagi ke kenduri rumah Hj Karim. Anaknya Azman (sm3kbian 86) sedang belajar di England buat PHD. Lepas makan -2.30 ptg terus ke rumah kenalan lama- Ariffin yaakob - kena strok tapi cekal hati dan semangat tinggi..dah mampu berjalan dan bawa kereta lagi. Sebagai jiran setaman.ziarahlah juga sebab lama tak jumpa. Dari rumah dia terus ke tanah perkuburan lama di Taman Ampang Indah- survey keadaan sekeliling - tengah rancang nak buka semula tapi kena clear hutan belukar yang semakin menebal. Cuma ke rumah PPRT yang tak dapat sebab tuan rumah tak ada di rumahnya, Lepas tu singgah minum bersama ahli JKKK yang buat lawatan sampai jam 5.30. Sembang bukan sembang kosong tapi merancang untuk aktiviti JKKK - dalam masa terdekat nak buat mesyuarat khas pasal kubur, nak jumpa DO pasal 2 taman tak ada CF. Balik lepas asar...baring sekejap rehatkan mata. Bangun dah jam 7- ke mesjid ada kuliah malam ni. Selesai tugasan seharian jam 9.30 mlm...teringat la pula tak buka NB seharian hari ni..sekali update untuk hari ini sebelum masuk tidur.

Saturday, May 22, 2010

Mei 22

Sabtu - Sekolah lagi....kali ni ganti nak sambung cuti hari Raya bulan 9 nanti....guna jadual hari Isnin...jadi free la pagi ni. nasib baik tak ada relif. Sempat la nak selesaikan kerja yang perlu diselesaikan. Balik pun pukul 12.30. singgah kedai makan ..sampai rumah lepas zohor selesaikan pula minit mesy jkkk. sepatutnya dah siap 3 hari lepas mesy untuk dihantar kepada pejabat daerah. menjelan asar dah siap, tinggal nak cetak. maghrib ke mesjid...ingat ada kuliah rupa2nya tunda malam esok....tunggu la juga sampai Isyak. 9.15 dah sampai kat rumah, ingat nak tengok AF final..dah ada yang booking tengok HallMark. Habisnya menghadap NB le.,,semak email.. semak FB,,,baca akhbar online...tup tup dah 12 tgh malam. Kena masuk tidur dah ni.Esok program dari awal pagi - ambil gambar kolam ikan, gotong royong taman, kenduri, lawat kubut, ziarah orang...sampai petang.InsyaAllah.

Friday, May 21, 2010

Mei 21

Jumaat - Pagi ni rasa segar sikit....pening2 lalat pun dah tak terasa. Dah tahu pun puncanya......tapi biar la rahsia. Lepas cetak laporan kehadiran, pasang surah as-sajda dan yaseen, semak email yang sempat..dah 8.30 pagi. Arrange untuk keluar ...8,45 bergerak ke Pejabat Agama...bantu Muhd Ali urusan bantuan Mualaf. Sampai pukul 9...pegawai semua sedang hadiri sesi bacaan yasin dan tazkirah (kata par yg ada kat kaunter).Tunggu sampai 9.20 baru dapat jumpa. Sdr Mohd Nasir yang mengendalikan unit Pembangunan Insan (Saudara baru). Banyak perkara yant ditanya tak dapat jawab - tujuan bukan apa nak bantu mana yang perlu untuk memastikan pengurusan mualaf lebih berkesan dan tidak membebankan kedua-dua pihak. Akhirnya daripada tak dimaklumkan seblum ni, baru disorongkan borang bantuan untuk anak-anak. Selesai jam 9.50..singgah minum kedai depan jalan ... kuah lontong pun tak boleh nak panaskan (tapi pekat baik punya).. kuih dijual 1 biji 40 sen...mula-mula ambil 3 ingatkan RM1.00 - bila dikata 40 sen..letak balik 2 - padan muka. Lepas tu berkejar balik ke sekolah sebab dah ada yang tunggu nak bincang pasal bahan untuk Hari Guru Daerah - kena siapkan movie tokoh - 3 orang pula tu. Tak lama lepas tu pengetua ajak terus pergi jumpa tokoh-tokoh yang terlibat untuk appoinment nak buat shooting. Bermula dengan rumah tokoh kaum Cina...lepas tu ke SK Tamil..cari maklumat tokoh kaum India..lepas tu ke rumah tokoh kaum Melayu. 3 tokoh guru - 1 Malaysia. Selesai semua ..balik ke sekolah dah 12.40. Sampai rumah dekat 1...legakan diri...dah 1.30. Tak sempat la gamaknya. Zohor je kat rumah. Lepas tu ke sekolah semula ambik ongumah. Semetara tunggu asar, siapkan laporan ziarah minggu lepas. Masak makan malam jam 6...siap ke mesjid untuk Magrib. Lepas tu ke mesjid besar, ada mesyuarat lepas Isyak. Ada kuliah bab tasauf...lama tak dengar kuliah Ust Omar Darul Atiq. Dia pun dah tak sihat betul selepas kemalangan (katanya). Mesyuarat pengurusan jenazah dan tanah perkuburan mula jam 9.30 sampai 11.30. Balik dah dekat 12 ..tidur lambat betul hari ini.

Thursday, May 20, 2010

Mei 20

Khamis - hah tu dia.....tak sempat nak update page ni. pagi di sekolah tak banyak perkara yang terjadi..seperti biasa. Kelas waktu akhir...sblum tu siapkan kerja susun surat dalam fail. Pastu ada pula nb nak ditengok....sebelum tu ada yang minta tengok printer. Lain daripada tu buat kerja macam biasa....tapi blog2 masih belum update. Kepala rasa pening lalat sejak tengah hari. Balik ke rumah ..lepas zohor cari bantal..sampai 5.30 ptg. Lepas asar....dah nak masuk maghrib...ke mesjid la pulak. Balik 9.lebih - ada majlis baca yasin ..ada nasi lemak. Bersantai jap depan tv..jam 10 dah masuk tidur....lalat lebih pening2. Apa punca sebenarnya?

Wednesday, May 19, 2010

Mei 19

Rabu - Pagi ni berkejar lagi ke stesen komuter...appointment anak kat Klinik Gigi Rawang. Baru nak sampai sekolah, dia call app minggu depan. Mak ai...balik sendiri la naik teksi sapu. Seperti biasa hari ni 3 kelas...8,50-10.30 / 11.50-12.30. Dalam pada tu ada relif..tapi bercanggah masa..pulangkan balik. Nak settlekan kerja pindah murid ke kelas...masih ada error...report lagi ke RA...terbantut kerja lagi. Sampai time balik..terus balik. Lepas zohor...settle akaun UPK. Lepas asar....tok tek tok tek...masak makan malam..dah jam 7...siap ke mesjid. Balik jam 9.30 mlm....start kerja JKKK....belum selesai lagi..dah mengantuk sgt..baru 10.30..kena masuk tidur le gamaknya.

Tuesday, May 18, 2010

Mei 18

Selasa - Kalau ikut schdule- macam-macam nak buat hari ni. Sempat selesaikan atau tidak bergantung kepada masa dan keadaan. Haari kelaurga TK belum keluar edaran sebab tunggu senarai ahli drp Bendahari - dah masuk 1 bulan lebih tak dapat-dapat lagi. Senarai nama dah siap cuma nak isikan maklumat je, pun tak settle sampai lani.Berkejar-kejar juga hari ni buat kerja. Masuk relif 2 kali...masuk keluuar...masuk keluar. Ni dok tunggu pengetua nak bagi bahan tambahan untuk PKPSM....dia minta masuk bilik dia dari pagi tadi...pi tengok tak ada pulak dlm bilik....kali kedua ada orang...kali ketiga pun ada orang. Dah time nak balik baru dibagi bahan ..tu pukul 2.30....nak bahan pukul 5 ptg. Dalam pada tu nak berkejar ke pej imigresen...minta pula surat beranak anak bawah 18 tahun nak buat pasport. Yang kat rumah kerja tengah bekejar...printing dah siap, burn CD tak boleh la pulak. Sementelah dah nak kena keluar...hantar surat beranak...terus ke sekolah ambil CDROM dan GL untuk app anak di klinik gigi Rawang. Balik settle kerja 1....keluar hantar ke rumah pengetua sebab dia nak gi mesyuarat esok di Kuala Selangor....tersu ke bengkel baik brake pad dan brake disk. Sambil tunggu makan roti canai telur dan rojak...kira makan malam sekali la tu. Sempat tanya kerja kosong untuk sedara baru...kerja memang ada..jadi nak lagi jumpa 9 mlm ni. Balik rumah dah 7 mlm...sempat mandi..keluar ke mesjid bawa 2 orang anak mualaf tu ..perkenalkan kepada jemaah dan mula mengaji. Ada pulak yang sedia nak mengajar...sampai isyak. Lepas isyak ke kedai roti canai bersama Md Ali (mualaf)...sampai 9.30 tokeh nya tak nampak batang hidung. Md Ali pun macam tak suka nak kerja situ...time kerja 2 ptg-2pg (12 jam)...jangkamasa yang panjang dia kena tinggalkan anak isterinya. Ini bukan soal rindu ke apa..tapi soal risaukan keselamtan anak isteri yang diancam keluarganya sebab menjadi Muslim. Dalam pada tu feedback yang dapat..dia minat dan ada pengalaman dalam kerja-kerja luar - kontrak - supaya lori miliknya boleh digunakan. Dalam pada itu juga, terlintas idea untuk gerak kerja JKKK aktiviti menziarah ni perlu termasuk orang sakit, baru bersalin,kematian (tak kira bangsa) dengan peruntukkan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri. Balik ke rumah elok2 pukul 10mlm...dah tak selera nak sambung kerja yang sedia menunggu - akaun UPK, gambar UPK, minit JKK, laporan JKK...untuk santai2 jamu mata tengok cerita NCSI sampai 11 mlm.

Monday, May 17, 2010

Mei 17

Isnin - hari ni mengajar...semua guru la tu..sbb ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Hari Sabtu kena buat gotong royong ramai guru bersungut..bukan setakat di KKB tapi sampai ke Penang. Ada yg cipta seloka mcm ni : "Ulangtahun PDRM, PM umum PDRM naik gaji, Ulangtahun ATM- PM umum ATM naik gaji, Ulang tahun Hari Guru, PM & MP pakat ramai2 sain Kad gergasi, ucapa Selamat hari Gur - TPM beri cikgu penyapu suruh cikgu gotong royong hari Sabtu." Dari awal waktu aktiviti dah bermula - solat hajat untuk smeua guru (kcuali yang tak solat la) ana sendiri siapkan kerja rutin kat blk server. Acara di padang bermula jam 8.30 pagi sampai 10.00 pagi...nyanyi,doa,ucapan,nyanyi,haidah...habis begitu je. Lepas rehat aktivit pecah dua- lelaki di padang, perepuan di dewan. Lelaki main-main, perempuan kiraok dan peraga fesyen. Sekali lagi tema India. Kalau tak silap ada aktiviti tahun lepas pun tema India..ni mesti JK kat mana-mana orang India. Elok jam 1.00 acara tamat - makan la pulak. Balik singgah check trajeet - brek berbunyi - brake laining habis - brake disk haus. Esok baru boleh betulkan. Sampai rumah ..zohor...asar...maghrib..mula check akaun UPK sampai Isyak. Janji ziarah saudara baru jam 9.00- selesai urusan pertama. urusan susulan perlu dibuat lepas ni. Pukul 10 balik..buat sikit lagi akaun UPK..masuk tidur 11.15mlm.

Sunday, May 16, 2010

Mei 16

Ahad - SELAMAT HARI GURU - kepada semua pendidik, semua peringkat, seluruh negara. Kepada sekolah2 yang bersekolah hari ni..sambutannya hari ni la. Yang lainnya esok. Tapi apa pun walaupun cuti Ahad -program hari ni pack. Pukul 7.30 pagi dah ada temujanji dengan ketua unit upk nak ambil gambar kolan ikan diusahakannya di Pelasari. Bila sampai kat tempatnya tunggu punya tunggu, orangnya tak sampai2. Bila 8.30pg tengok orangnya dah sedia sejak 7.30 pg...silap dengar arahan. Rupa2nya katanya terus masuk ke hujung kolam dari 7.30 smp 8.30pg. Tepat 8.30pg dia dah nak balik. Tangguh he hari lain. Dari situ terus ke pekan ambil gambar kerja2 naiktaraf pasar peladang. Dari situ ke Sg Damar -lawatan JKKK. Sampai awal sempat baca paper. Jam 10 mula bergerak dapatkan maklumat - 6 orang yg datang. Lepas tu nak melawat sorang mualaf di Taman Ampang Pecah...sampai kat rumah - dia ke KL..ada hal mustahak. Tangguh ke 9 mlm. Dah 11 lebih. Siap untuk bergerak ke Serdang pula. On the way singgah makan tgh, singgah TESCO. Jam 2 lebih sampai Serdang. Dari situ terus ke Damansara...ziarah cucu sedara baru. Bergerak balik ke KKB dari 6.30 sampai 7.45 mlm...sempat Maghrib. Lepas Isyak keluar ke rumah mualaf tadi...tak ada yang datang pula. Ingat nak masuk tidur awal sebab letih sgt tapi teringat pula nak kena update blog...sambil tengok keputusan PRK Sibu. Cerita kat TV3 pula menarik...habisnya jam 11.30 baru masuk tidur.

Saturday, May 15, 2010

Mei 15

Sabtu - Nak kata hari sekolah tidak juga..tapi semua kena datang. Ada Gotong Royong perdana sempena hari Guru tapi tak boleh jagi sekolah ganti. Apa pun program yang berjalan, ada satu lagi clip nak siapkan sebelum kerja-kerja pemasangan peralatan untuk mesyuarat alumni. Sementara rendering, cuba test LCD...satu pulak dah rosak. Cadang nak pakai 2 cancel je...tengok kat 1 je la. Mesy mula 10.30 pagi...dapat tayang semua yang dibuat tapi tak ramai nak tengok....sebab tak ramai yang datang awal. Selesai semua 1 lebih. Settle pula hal dengan syarikat wiring sebelum tinggalkan kawasan sekolah, Lepas zohor, dapat tidur - mata letih, kpala pening -sampai 6 ptg. Lepas maghrib ke mesjid...ada pengajian pula...isyak jam 9...dah ada jemputan kenduri ..balik rumah 10mlm. Ni masuk kejap sebelum 11.00 nak masuk tidur.

Friday, May 14, 2010

Mei 14

Jumaat - Pagi di sekolah la kan. Tumpuan hari ni nak habiskan bahan multimedia tambahan untuk esok. Pukul 10.30 terhenti kerja sebab jamuan pelatih UPSI akhir hari ni. Selesai buat RPH, time balik. Lepas Jumaat ada mesyuarat JKKK jam 3 ptg. Selesai mesyuarat jam 5.30 ptg...kat rumah sambung kerja tak selesai..sampai dekat 12 mlm. Tidur lambat malam ni...esok pasti pening kpla.

Thursday, May 13, 2010

Mei 13

Khamis - May 13 1969 peristiwa hitam dalam sejarah negara...ada yang nak provoke bangkitkan kenangan silam dengan mengadakan perhimpunan...yang meluluskan tak fikir ka yang tersirat??? So hari ni masa habis untuk siapkan bahan PKPSM....akhirnya dah sedia untuk print, burn cd dan hantar..esok la. Dalam pada itu ada surat pasal pertandingan multimeidia Jepun. Untuk kerjasama 3 guru ict, buatkan surat edaran dan makluman..siap dah bagi kepada yang berkenaan. Sambil-sambil tu tengah fikir-fikir lagi nak buat bahan untuk sabtu ni. Yang ada pun dah kira cukup..tapi saja nak standby. Akhirnya jam 1.00 masuk kelas sampai 1.50. Lepas tu waktu balik terus balik je...hari ni kena bawa tidur petang...pagi tadi bangun rasa tak puas tidur. Hujan pula turut dengan lebatnya....lagi la sedap tidurnya. Bangun 5.30 ptg...tok tek tok tek dah nak masuk maghrib. Hajat hari nak solat maghrib kat asrama tapi tergendala...perut tak selesa. Maghrib kat rumah je..ke asrama sebelum Isyak. Dapat jemaah dengan bebudak asrama...bagi sikit tazkirah untuk perbaiki amalan harian. Check menu minum malam...mee hailam. Baru nak dibagi rasa..tengok ada ayam...cancel. Anggap sedap je le. Balik rumah dah pukul 10 mlm. Ada 1 jam lagi sebelum masuk tidur untuk mulakan buat movie alumni...kalau sempat.

Wednesday, May 12, 2010

Mei 12

Rabu - Hari ni naik lunyai sejak awal pagi. 1 jam lepas kerja rutin dah mula berkejar sana berkejar sini nak settlekan agenda. Mula-mula hadir taklimat program hari sabtu ni di bilik mesyuarat. Lepas tu sambung pasal mesyuarat alumni...sabtu ni juga. Lepas tu final arrangement untuk program IT. Lepas tu sambil tunggu wakil UNIRAZAK...ada pula interlude...mula-mula wakil JKR nak buat tinjauan pasal peruntukan maintenance semua kawasan sekolah....kena tunjuk bahagian dewan. ..dalam pada tu kena tengok-tengok masalah PC yang tak boleh akses internet bersama guru it......Lepas tupassing kepada JTK...sebab sesi yang dirancang (walau terlewat 1 jam) nak bermula. ...dalam pada itu datang pula tukang pasang astro..konek guru pss sedang kursus untuk tanya dudukletak ..pastu passing pada JTK. Pukul 11.30 lari pula ke dewan untuk bagi taklimat bestari kepada ting bawah sampai 12.00. Lari semula sesi yang hampir tamat. Lepas makan ...dah dekat waktu balik. Selesai kerja sikit lagi..terus bergerak balik..singgah pejabat imigresen lagi. Sampai rumah dekat jam 4...lepas zohor tunggu asar...selesai asar ke sekolah ambil anak koku,..singgah ke asrama. Balik dah jam 6.00 ptg. Macam biasa...update blog2...maghrib.......isyak....TIDUR.

Tuesday, May 11, 2010

Mei 11

Selasa - biasa juga...tak ada apa-apa yang baru. Siap smua yang perlu disiapkan. PKSPM siap, persediaan untuk esok siap, laporan kehadiran siap, serah dokumen siap. Masa terbuang kat PC yang baru diganti HDD...bootup ok tapi akses IE failed. Dah cuba godek itu ini....kena minta JTK buat ghosting PC sebelah. Bawa ketupat daun kelapa yang kena tumbang ahad lalu (upah tak nampak2 pun lagi)....makan dengan orang2 pejabat. Orang lama pejabat masuk semula ke sini..dan 2 orang lama kena pindah keluar. Tak gembira mereka berdua...tapi apakan daya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"...itupun perintah PPD je...yang dipersoalkan PAR kat PPD yang lama tak pula kena pindah. Cukup time...balik...singgah asrama lagi sekali..menu hari ni udang masak lemak, sayur bayam masak lunyai, ikan kembung kukus & kuah asam. Makan ikan dan udang je sebab ketupat dah makan (ganti nasi) ..tahan sampai petang. Balik rumah lepas zohor akses jap tunggu asar...ke kebun..tak lama hujan renyai-renyai. Masuk..mandi..tengok biggest losers sambil makan malam. Lepas isyak buat editing gambar2 lama alumni dan upload gambar2 asrama untuk sm3kbian yg ada kat FB. Semoga terubat rindu dan terupdate dengan keadaan asrama sekarang ni. Baru pukul 10.30...rasanya dah boleh siap sedia untuk masuk tidur,

Monday, May 10, 2010

Mei 10

Isnin - Hari ni awal-awal dah ada program. Sampai jam 7...lepas tu terus sedia untuk bagi taklimat kepada guru tingkatan bab SAP dan intro SPS-kehadiran murid. Seperti biasa tak semua hadir ...yang hadir pun ada tak tepat pada waktu. Tepat 7.30, ana mula tak peduli cukup ke tak cukup korum...masa terhad. Jadinya ok juga selesai 2 bab sekali jalan.. walaupun laju dan ringkas rasanya kalau diberi perhatian boleh dibuat.Tapi macam biasa juga...ana cakap kat depan, ada juga yang sibuk buat taklimat sendiri. Penutupnya ana bagitau kalau ada masalah problem terus jumpa ana atau call,,,atau email,,,atau masuk FB. Laporan pun dah siap. Tak lama lepas tu kontraktor bangunan baru sampai...selesai urusan dengan dia...tapi Bayutronik je tak sampai-sampai. Sejak lepas habis taklimat terus handle aduan yang disampaikan 5 orang guru. Semua bab ahli dalam kelas tak kena. Baru nak buat tambah ahli, sistem pula ada masalah. Buat aduan la pulak dan tunggu sampai aduan dilayan...selagi tak diambil tindakan, tak buat nak proceed dengan kerja tu. Pukul 1.30 ke asrama...pantau minggu ni bertugas. Hari ni pantau makanan...jadi tryla hidang hari ini...ikan goreng kicap (masin yg amat), gulai telur (sedap), pecal sayur dan betik. Ok la kalau nak betul-betul kenyang lebihkan nasi je. Pukul 2.30 ke sekolah ..ambil barang2....on the way singgah pejabat imigresen....ambil borang lagi. Sampai rumah dah pukul 3.00. Solat zohor...scanning lagi majalah tahun 1974..sampai malam. Ni dah nak masuk tidur...dah jam 11.

Sunday, May 9, 2010

Mei 9

Ahad - Kejohanan Merentas Desa MSSM hari ini di Stadium Millanium. Asal awalnya nak buat live broadcast (pengetua yang berhajat sangat sebab SMKKKB pengerusi pelaksana) tapi JK macam tak berminat pun. Mesy JK pun tak dijemput hadir, nama dalam JK pun tak ada. Nak buat liputan pun tak tahu agendanya....blog yang dibina pun nampaknya kena padam je le. Jadinya hari ini tak keluar ke mana-mana. Beli surat khabar pun idak. Lepas ongumha keluar ke semniar KPPK, ana ke kebun..kemas pelepah-pelapah daun kelapa yang ditebang semalam. (Upah menebang???). Banyak sangat, jadi buat yang terdaya dulu...dapat leraikan dauh-daun daru pelapah....pun masih besepah...dapat 4 ikat...hujan mulai turun. Sambil berteduh amyam ketupat...dapat 40 sarung. Kalau dapat esok dibuat ketupat hari selasa boleh bawa ke sekolah. Masuk ke rumah dah pukul 11...panasakan mihun semalam...kira sarapan dan lunch sekali. Asingkan untuk anak, tak nak pulak dia makan....langsung perahib 2 pinggan. Sambil tunggu zohor, tonton tv sekejap,tv tonton ana sekejap. Lepas zohor sidai kain...teruskan usaha mencari paspot...sambil betulkan tombok tangki air. Selesai kedua-duanya. Tangki selamat (nak comform check kemudian hari) dan paspot pun dah jumpa jam 5.45ptg. Esok dah boleh ke pejabat imigresen...gambar dah ada, borang pun dah isi. Sementara tunggu maghrib...update kat sini...pasar malam pun malas nak pergi dah.. lepas isyak buat persediaan untuk esok...seterika baju...dan masuk tidur awal kot.

Saturday, May 8, 2010

Mei 8

Sabtu - Kena order lagi pagi ni. Tetiba je belum bangun dari sejadah, dah order suruh hantar anak ke sekolah...dia nak ke Fraser's Hill. Hajat nak ke kebun pagi ni terbantut. Keluar jam 7>...bebudak baru nak berkumpul. Sementelah dah ada kat sekolah, buat kerja kemas bilik sikit lagi....bagi ruangan kosong untuk orang nak buat kerja minggu depan. Angkut semua ke stor. Singgah pasar beli sayur.....hantar gambar Iqbal...singgah jumpa Tajul pasal surat mesy JKKK...sampai rumah hadap NB. Buat surat kepada 2 bank....buat kerja scanning lagi sementara tunggu time nak gi kenduri kawin di Dewan Merdeka.

Friday, May 7, 2010

Mei 7

Jumaat - macam Jumaat sblum ni...tapi tak sama dengan Jumaat 2 minggu lepas. Kerja hari ini berjalan lancar juga. Apa yang patut dibuat dah dibuat.Paling utama dapat kontek kontraktor bangunan baru dan bayutronik....dua-dua nak dtg hari isnin. Tengok la janji mereka macam mana. Kalau settle urusan ni, kerja-kerja pemasangan rangkaian akan bermula minggu depan. Kalau berjaya juga,bolehla bangunan baru dapat sistem rangkaian.Lepas tu buat RPH...sampai waktu balik. Lepas Jumaat gi mesyuarat UPK...sampai 6 petang. Buat scanning majalah 1980..sambil tu hari ini in contact dengan bekas pelajar 80an kat FB. Ni tengah sambung kerja sampai jam 10. Nak tengok tv sat...TV3 movie..ntah le apa cerita. Kalau tak best...TIDUR.

Thursday, May 6, 2010

Mei 6

Khamis - Kereta tengah hidup enjin...ditinggalkan untuk 20 minit sebab tengah caj hp. Charger kat rumah dah rosak pula dah. Lepas ni tumpu kat kerja-kerja biasa. Tak ada apa yang special tapi nampak gayanya kaedah yang dipakai sejak semalam berbaloi. Bukan kaedah apa...sebelum balik dah tulis apa nak dibuat hari ni ikut priority. Jadi lebih terurus pengursan hariannya sampai ke waktu balik, Banyak masa habis untuk sediakan soalan pertengahan tahun...dah siap reso.,..kena stapler la pulak....pastu packing...pastu buat label sendiri. Dah ready untuk bagi SU Peperiksaan. Lepas kelas 1.10...terus balik. Kat rumah hari ni pun tak tidur. Lepas asar ke kebun sampai 6.30 ptg. Masuk masak oat sambil tonton tv...losers. Lepas isyak buat kerja printing gambar lawatan menteri ke pasar peladang. Esok ada mesy JK UPK ..boleh juga buat modal jualan gambar. Ni bari selesai..dah dekat 11 mlm. Nak kejar sebab bateri NB dah nak habis. Malas nak caj mlm ni. So...logout and sleep.

Wednesday, May 5, 2010

Mei 5

Rabu -Start awal pagi dengan biasa-biasa - laporan kehadrian, kejar KP Sivik sain kertas soalan 1/2thn...settle....jumpa Bendahati TK ...settle urusan....semuanya settle sebelum masuk kelas. Lepas kelas, gi makan sebab terlebih masa nak makan ubat. Nizam GITN datang tengok alat ...capai tak stable...katanya ada upload program baru..mungkin tu sebab ada gangguan. Dia balik 12.lebih. Buat kerja download program flv utk bahan geog...pastu burn kat CD....tak sempat habis masuk kelas lagi. Lepas kelas sambung balik kerja..selesai juga akhirnya. Pastu godek PC server 2000, tak ada audio...godek-godek jadi juga..dah boleh dengar CD. Dah time balik. Hari ni tak cari bantal...sebab masih tercari-cari paspot lama tak jumpa2 lagi. Dah masuk 5 kali cek semua beg...hari ini nak cari yang kat atas loteng pula. Masih tak ada..beg yang dicari pun tak nampak. Terpandang pula tangki air ceme...tutup dengan CD dan plaster tape. Rupa2nya bola dan tangkai rosak. Baru nak mandi, kepala pancoq pula rosak. Dah lama rosaknya tapi bila ada orang luar guna tandas pasti rosaknya jadi teruk. Hari ni kawan anak singgah sementara kat rumah ana. Akhirnya hari ni terus tak boleh pakai lagi...kena ganti. Lepas solat asar...dalam hujan terus ke kedai..beli alat ganti - kepala pancoq dan tangkai boleh tangki. Kepala pancoq dah ok....urusan tangki tangguh dulu...esok-esok. Paspot lama tak jumpa juga. Lepas maghrib selesaikan urusan JKKK....sediakan notis mesyuarat..siap jam 10mlm. Ni masuk sekejap kat sini sebelum masuk tidur,...mata dah lain macam....overlimit dah ni.

Tuesday, May 4, 2010

Mei 4

Selasa - Pagi-pagi dah kena order lagi. Tak cakap awal-awal dari semalam. Ni nak kena hantar anak sorang lagi nak balik Skudai...ada latihan lawn bowling. Kena hantar ke stesen komuter. Sampai juga kat sekolah jam 7 pagi....pecut giler. Hari ni lepas kerja rutin- laporan kehadiran staf - print masuk fail - tergerak pula nak terus kemas bilik. Alas papan yang jadi meja letak monitor server dah selemat ditanggalkan. Letak susun meja kerja pun dah beralih. Sampai waktu balik masih belum kemas betul..sampah sikit-sikit belum dibuang. PC dan monitor nak kena bawa ke stor..baru nampak lapang dan kemas bilik server. Kerja-kerja lain semua terlupa terus - nak call penghulu, nak buat surat notis mesy JKKK, dan susunan kerja lain - semua tertangguh dengan sendirinya. Apa pun ruang untuk letak cabinet baru dah tersedia. 2.30 dah balik rumah. Seperti hari-hari yang lepas bila tak ada aktiviti di luar, makanya aktiviti dalam rumah berlangsung - dari 3 sampai 6 ptg -tidur! Cukup masa untuk solat asar, buat printing sikit, masak makan malam oat rebus peria dan cili api - meleleh air hidung baru terasa puas. Lepas isyak kat sini .....sampai ntah jam berapa. Mata rasa macam nak tidur lagi. Petanda tak berapa baik? Memang badan rasa tak berapa bermaya...tak bersemangat. Dah dekat 3 minggu tak makan nasi....pagi minum susu+nestum. Pukul 10-11 makan berat sikit- mihun/kuehtieu sup sayur...tadi makan sayur campur+telur goreng+bragadil. Sampai rumah roti 3 keping..tidur. Malam oat+sup sayur...sebelum tidur biskut +susu coco...sebab kena makan ubat sebelum masuk tidur...baru esok pagi bacaan glukosa rendah 5-8mmol. Strip yang dibeli 2 minggu lepas pun dah habis (2 botol @RM50 sebotol)...jadi tak dapat nak check.

Monday, May 3, 2010

Mei 3

Isnin - datang lagi...minggu pertama bulan kelima. Masa berlalu dengan cepat...kerja nak buat kekadang tak sempat. Yang perlu didahulu, yang terlupa bila teringat ana terpa. Sambil buat itu ini, datang pula kerja ini itu. Apa pun edaran untuk taklimat minggu depan dah siap untuk diedar..tapi bagi kat orang pejabat...3-4 hari rasanya tak kan settle. Esok nak kena tengok..kalau tak jalan..kena buat sendiri. Dalam pada itu, pandu JTK pasang network cable untuk PC pejabat. Lepas tu pi tengok kerja-kerja pendawaian dengan Ameer JKR...saja je kebetulan dah datang urusan JKKK. Tengah makan Pengetua pesan pula Sabtu ni kena pi sekolah tengok JK MSSM - Merentas Desa nak guna Bilik Mesyuarat. Baru nak kemas bilik server...pindah PC susun atur semula untuk cabinet baru masuk...dah time nak balik. Pukul 2.30 sampai kat rumah...janji dengan pembekal printer nak tengok apa masalah ink tak keluar. Tak lama dia pun sampai...tak lama dia buat selesai...elok macam baru. Ingat nak mula print yang ketinggalan....mata pun tak berapa nak tahan...tarik bantal baring sekejap...sampai 5.30 ptg. Solat asar....cari paspot lama tak jumpa lagi...mula printing...tengok Biggest Losers....solat maghrib...sambung kerja printing dan laminating...solat Isyak..kerja selesai. Ada 5 permohonan lagi untuk gambar masa hari Anugerah bersama Timb Menteri..tapi masalahnya tak kenal orang dengan gambar. Masalah lagi besar ada yang tak ada gambar....camne tu...orang dah order??? Jam di dinding baru menunjukkan jam 9.30 mlm. Masih awal untuk masuk tidur..tapi kepala rasa tak enak...rasanya glukosa dalam darah dah naik...belum makan ubat lagi. Lepas minum koko dan makan biskut 3-4 kepint..baru nak makan ubat..mandi dan masuk tidur.

Sunday, May 2, 2010

Mei 2

Ahad- Cuti seperti biasa. Ingatkan tak perlu keluar dari rumah hari ni...tapi dah nak kena gi Serdang lagi. So jam 7.30 gi kebun sebelah rumah tu..nak keluarkan peluh sikit tapi peliknya suasana tak panas jadi peluh pun tak keluar. Lepas cantas itu ini...dapat 2 pelapah kelapa untuk daunnya diraut jadi lidi.Jiolok kepala tua dapat 10 biji. Sambil tu terkenangkan konsep 1 Malaysia...yang tak kesampaian di taman ni. Jiran Cina sedang adakan majlis anak dia kawin kot. Jumaat malam tu ada makan2. Pagi ni sambut pengantin la kot. Jadi ramailah tetamu datang. Yang menjadi persoalan dalam fikiran ni....dia dengan hal dia...tak ujud suasana kemesraan berjiran. Bukan harapkan nak makan tapi orang kata apa hidup berjiran. Maknanya apa? Konsep kejiranan di taman ni tak ujud. Sama ada jiran Cina maupun jiran India. Bukan apa ana teringat pada suatu hari raya...masa deme baru pindah duduk kat taman ni. Pagi tu ana hantar juadah raya ke rumah jiran Cina tu tapi ditolak..tak mau terima. Jiran India ok la pulak...terima cumanya masa Deepavali tak ada pulak dia nak hantar apa-apa. Maknanya tak pandai berbudi bahasa. Jadinya ana fikir sesuatu perlu dibuat di taman ni supaya kemesraan berjiran tu ujud. Tapi sapa nak buat? Habis kerja raut lidi dapat segengam. Peluh tak keluar juga...memang cuaca tak panas. Masuk dah dekat jam 10.30 pagi...makan, ceplup, mandi...dah hampir 12 tgh. Bergerak ke Serdang.....sampai dah dekat 2.30. Round pekan Sri Serdang...cari kasut boot ...RM40.00 kat kedai kasut di sini. Misi hari ini nak potong rantai ikat basikal untuk dibawa balik basikal tu. Tapi gagal...kena datang skali lagi...bawa spanner pulak. Bergerak balik singgah kat Petronas solat...terus pulang..sampai rumah jam 5.00 ptg. Sampai ke malam tak buat apa sangat..santai2....tengok AIM17..masuk tidur pun 11.30 mlm.

Saturday, May 1, 2010

Mei 1

Sabtu - Dah masuk bulan baru - 4 bulan telah berlalu. Lagi 7 bulan untuk melepasi ranjau-ranjau kehidupan. Nak pencan ke tak pencen...itulah persoalan yang kerap bermain di fikiran. Biola dulu perkara tu. Pagi ni plan nak ke kebun...dah siap teringat pula nak tukar minyak hitam charade. Sebelum tu dah ada order kena gi pasar...pastu nak panggil orang tebang pokok kelapa dan pokok durian di kebun sebelah. Yang tanamnya orang lain..bila dah besar pokok tu membahaya rumah pula. Nak tebang orang lain keluar belanja...sepokok RM100...2 pokok RM200. Selesai tukar minyak...ke pasar...balik dari pasar kena duduk rumah jaga...ongumah bawa anak-anak ke Rawang. Kata nak cari kasut..tak jumpa-jumpa lagi kasut nak gi perkhemahan. So makan tengah hari pun makan oat campur kicap dan cili api potong. Menyelarakan juga....buktinya...puas dan berpeluh. Lepas zohor..cari bantal sampai 6 petang. Lepas tu melanguk TV sampai 11.00 mlm..cerita WATERWORLD kat AXN. Rasanya macam nak masuk tidur...tengok TV2 pun ada cerita lagi.