Wednesday, June 30, 2010

Jun 30

Rabu - Rasa macam sibuk pulak pagi ni tapi tak sibuk sangat pun. Agak tergesa-gesa sikit sebab guru2 komplen tak dapat masukkan markah dalam sistem. Selesaikan dalam masa 15 minit tapi terlanjur masa nak masuk kelas relif. Baru nak settle masalah pertama. minta pula set sharing printer. Akhirnya semua berjalan lancar walaupun ada guru yang ngomel kena buat kat satu tempat. Nak buat camna...fibre optik cable ada problem..bukan sebarang orang boleh betulkan. Lepas tu berkejar nak masuk kelas..tapi terawal la pulok. Sebelum tu ada fire drill sebelum masuk kelas semula. Selesai mengajar.settle urusan JKKK pula... jam 2 ada mesyuara Panitia Sivik...lama juga sampai 3 lebih. Tugasan diterima.. aturkan lawatan ke Lumut. Sampai rumah 3.45, zohor...ke masjid untuk asar. Hujan lagi petang ni, ada pula masalah lama membiak - longkang berhampiran masjid dah jadi teruk rosaknya. Dek sebab hujan, cerita ceriti dengan 2-3 jemaah yang tak dapat balik. Hujan reda sikit...balik rumah dah jam 6.00 Sempat sediakan bahan untuk perbincangan malam ni... dah masuk waktu Maghrib. Lepas maghrib bincang pasal program Israk Miraj.. nak buat 11 Julai 2010 ..tengok www.mahaphs.blogspot.com Tengah counter check hasil perbincangan untuk murnikan sebelum diedar kepada semua AJK. Kena masuk tidur jam 11 sbb petang tak dapat baring2.

Tuesday, June 29, 2010

Jun 29

Selasa -Pasar Malammmmm!!!! kalau tak hujan...sekarang petang2 selalu hujan. Apa pun kerja pagi kena settel dulu. Tak banyak cerita hari ini..macam hari-hari biasa. Yang luar biasa sikit hari ni dapat daftar sorang lagi kat ads4bucks. Dapatla sikit lagi income. Balik patutnya macam biasa juga..tapi dek tunggu ongumah pukul 3.30 baru sampai ke rumah. Tak dapat le nak baring2..sebab lepas zohor..check akaun..terus ke masjid untuk asar. Balik hujan tgh renyai..keluar ke pasar malam..beli makanan biasa je. 6.30 dah makan malam...ke masjid untuk Maghrib sampai Isyak (sempat kempen Kad Bio Energy). Ada yang tanya dah untung ke buat bisness kad tu..kalau dicongak2...modal 840 dahm balik...untuk bersih 3.6. Sekarang dapat group development ncentive - oeriding 5%. Boleh la..doa Allah dah makbulkan. Dapat satu business yang mudah dan menguntungkan. Setakat ni le...Sampai rumah awal malam ni..9.15..masih asal untuk kemaskini kerja2 MAHAP & JKKKK sampai 10.30 malam kot. Baju belum strika untuk esok..esok punya hal la tu. Sekian untuk malam ni.

Monday, June 28, 2010

Jun 28

Isnin - hari yang sunyi dan sepi tapi aman dan damai hanya sanya berpunca daripada peristiwa semalam. Hari berlalu dengan begitu pantas...banyak kerja belum dapat selesai tapi dah sampai waktu balik. Yang beres dibereskan..yang tak siap ditangguhkan. Apa pun hari ni daftar 2 member kat Ads4Bucks. Balik 2.30 ptg...lepas zohor baring jap ..bangun 4 ptg siap ke masjid. Hujan lebat turun lagi..hajat ke kebun terbantut lagi. Balik rumah dah 6 lebih..kemas kertas2 surat menyurat yang masih dalam perancangan..dah masuk Maghrib. Sampai Isyak tak ada aktiviti ..balik awal sikit..sebelum 9.30. Buat pulak kerja pindahkan gambar dari kamera..terunggak sejak Khamis lalu. Ni baru dapat online...nak tengok2 apa yang patut ..nak masuk tidur awal..masih sunyi dan sepi.

Sunday, June 27, 2010

Jun 27

Ahad - Lepas Subuh dalam pukul 7.30, anak beranak 4 orang ke Taman Millinium. Kononnya ada program riadah bersama pas cawangan ampang pecah, Sampai tak ada sapa pun kecuali pekerja MDHS buat kerja bersihkan peninggalan sampah aktiviti semalam. Sarapan la dulu roti canai. Masih tak ada orang...tapi lepas tu nun di sebelah sana ada la nampak kereta 2-3 biji. Beralih tempat ..tengok bukan orang kita..orang lain, Dekat 8.00 baru nampak satu keluarga sampai...jalan2 pusing taisk...pun tak habis..pusing balik.Dah dekat jam 8.30 baru nampak sorang lagi. Ni salah timing ke apa? Janji jam 7-10 masa sesuai untuk execise...atau 9-12 kot. Ntha le..tapi jam 9.00 ana dah bergerak balik,,nak siap untuk ke Selayang Mall pulak..nak bowling. Seblum ke Salyang Mall singgah kat TESCO Rawang...beli biskut kucing lagi.Pastu makan tengahari kat kedai makan best tu...masakan kampung...pelbagai ulam ada, pelbagai sambal ada...kira terlebih makan sudah hari ni. Sampai kat Selayang Mall dah masuk Zohor..solat dulu sebelum ke ally. Main 3 game....bahu dah rasa lenguh ni ..nasib baik dah ada bio energy kad...tampal je kat belakang..esok pagi tengok hasilnya. Setakat sekarang ni selepas 2 hari minum air bio energy..suara dah nak kembali normal. Subuh tadi pun dah boleh azan sebab tak ada orang nak azankan. Kat situ sampai 5.30..keputusan game tak tahu...pastinya bukan no 1-3. Smapai rumah 6.50 ptg..lepas asar siap ke masjid ....ada kuliah lagi malam ni. Lepas kuliah makan bubur durian dicicah roti. Balik rumah dah 10.30 ...sempat tengok2 yang penting je seblum masuk tidur...

Saturday, June 26, 2010

Jun 26

Sabtu - Hari ini orang cuti tapi dok kena pi mesyuarat la pulak. Balik dari masjid..ada kuliah subuh. Sebelum mesyuarat mula..makan dulu..Mesyuarat selesai 11 lebih...ada penerangan insuran oleh CUEPACS. Dah tu ongumah kena siapkan NKRA...sambil ana kat dalam bilik cari bahan. Ada 3 sm3kbian datang...2 local sorang dari Sabah. Balik dah 2> siap nak gi lawat kpg orang asli. Datang pula teknician baiki mesin air. Tinggal je kat sapa yang ada kat rumah. 3.30 dah masuk ke kpg orang asli di Buluh Telur. Banyak la pula aduan. Singgah minum on the way balik..sampai rumah 5.30 ptg. Lepas asar rasa ngantuk sangat..baring jap sebelum 7 mlm. Ke masjid maghrib..lepas isyak kenduri letak kerja rumah Ketua Kampung. Selesai semuanya dah 10 30..baru nak prepare bahan ads4bucks..dah 11.30 mlm. Layan le juga sampai 12 kot. Pastu nak masuk tidur.

Friday, June 25, 2010

Jun 25

Jumaat - Sepanjang hari berjalan lancar. Sejak awal pagi masuk bilik tak keluar2 sampai balik..menyelesaikan kerja-kerja rutin terutama sekali buku rekod mengajar. Siap sebelum locewng balik berbunyi. Antaranya sempat daftar 4 orang kat ads4bucks. Modal dah balik...tinggal nak kumpul untung je. Lepas Jumaat patutnya ada lawat kampung orang asli tapi dek hujan lebat sbelum tu.tangguh esok petang pulak. Tak boleh rehat pun...kena pi sekolah juga ada mesyuarat pibg-alumi utk JUBLI EMAS. Habis kat situ dampai 5.30 ptg....lepas asar..siap ke masjid Maghrib. Ada kuliah pula...lepas Isyak berama ustaz penceramah minum kat kedai...tak makan apa pun yang berat..roti bakar je. Minum tu biasala takkan tak minum pulak kan. Balik 10.30 mlm..seblum masuk tidur..kena baca berita terkini dan update beberapa blog.

Thursday, June 24, 2010

Jun 24

Khamis - Macam biasa...sampai ke sekolah tumpu pada kerja. Hari ni tak terima relif..lega sikit. Banyak aduan diterima...keyboard rosak la,nak masuk makmal le, dapat dilayan dengan baik sebab tak ada gangguan..JTK pulak MC. Dari jam 10.30 layan Ads4buck.... daftar.. bincang.. signup.. dan dapat hasil...modal permulaan dah dapat balik. Internet pulak down sejak 12.oo tgh..dah nak balik baru adu kat GITN...elok nak balik kena troubleshoot pula..3.00 baru nak keluar dari sekolah..sampai rumah dah 3.30..lepas zohor..dah nak masuk asar..ke mesjid..lepas asar layan pulak jemaah tabligh dari Pakistan..dijamu teh pakistan + susu tepung...kaw punya ..makan bersama badam & kacang kuda. Balik 6 lebih..singgah kedai tanya harga cerek letrik dan vacuum cleaner untuk masjid. Sampai rumah 6.45..sempat mandi siap ke masjid semula. Majlis bacaan yassin... lepas Isyak ke rumah ahli jemaah baru masuk rumah baru..kenduri masuk rumah la tu. Balik ke rumah 10.00. Sempat update sebelum masuk tidur..baru lepas hujan lebat.

Wednesday, June 23, 2010

Jun 23

Rabu - Segar pulak bangun pagi ni...rasanya tidur tak berapa cukup. Sekali lagi...tup-tup minta hantar anak ke stesen komuter....berkejar lagi..bukan apa nak rebut tempat letak kereta. Ongumah tak pe la lewat camna pun tempat parking dah ada. Tapi tak pa..petang ni tak ada program..boleh baring2. baru siap kerja2 rutin,pi la ke pejabat ,terus slip relif...2 waktu berasing pulak tu...1 seblum masuk kelas sebenar jam 11.10 sampai 12.30. Sebenarnya bukan tak nak masuk kelas relif tapi mengganggu ketenteraman dan momentum kerja nak yang diselesaikan. Tu je....kesannya kerja perlu buat akan terjejas sekejap sebab bila dah berhenti nak sambung balik...susah sikit...sbb dah mula buat kerja lain.
Tok tek tok tek separuh hari dah berlalu..tunggu masa loceng balik berbunyi.Harap tak ada gangguan kat rumah nanti..Sampai pukul 2.30...lepas solat dah jam 3...baru lelap mata 20 minit ada call....ajk jkkk nak tukar dokumen. Sambung tidur...hujan turun lebat pula tu...anak pulak call dah siap nak balik dari koku...minta ongumah ambilkan..sebab masih belum balik ke rumah. Baru nak siap ke masjid, wakil talbigh pulak datang...senang je..cakap nak gi masjid..pendek cerita...siap untuk Asar di masjid. Dapat kain serban satu..hadiah jemaah. Tengah nak borak, anak sorang lagi balik dari KL. Sebelum masuk maghrib nak settle dokumen untuk mesyuarat masjid malam ni. Datang pula dresser kucing...2-3 ekor kena injek vasin...kena juga tengok apa yang patut. Akhirnya siap juga. Tunggu nak gi masjid je ni...Mesyuarat mula 7.50 ....perkara dibincang tepat pada tajuk dapat habis sewaktu dengan masuk Isyak. Hasil perbincangan kena tengok kat www.mahaphs.blogspot.com .Lepas Isyak, minum dan makan kuih karipap dan apam pas, sembang dengan baki JK melalut sampai 10.30 mlm. Balik ke rumah dah dekat 11..tak buat apa dah...masuk tidur je.

Tuesday, June 22, 2010

Jun 22

Selasa - Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran (bukan hari jadi?) kepada ongumah ana. Dah bagi hadiah kenang2an sblum gi sekolah. Sampai je dah ada relif ...2 waktu akhir pulak tu. Pagi ni nak settle urusan sekolah - borang prestasi untuk program baru tu. Lepas ni masuk kelas 2 waktu ...belum siap bahannya lagi. 2-3 kerja lain sedang menunggu untuk disiapkan segera. Ni yang boleh buat stress ni!!!!Apa pun ana tak kisah..take it easy.Kerja tetap diteruskan. Buat itu buat ini..masuk kelas keluar kelas..masuk lagi keluar lagi..dah waktu balik. Ongumah ada mesyuarat Jk PSS..lepas bincang2 ngan ahli jkkk pasal surat menyurat...sampai dekat jam 3. Balik dulu ...anak pun tinggal sebab tak tunggu kat kereta. Pi balik sekolah..sempat print sikit bahan...jam 4 lebih on the way balik singgah minum radix..makan kuih kocok.Sampai rumah dah 5.00..lelapkan mata jap. bangun dah 6 ptg...cukup masa untuk asar dan siapkan laporan jkkk untuk diserahkan malam nanti....dah masuk maghrib. Kat masjid ada kuliah...lari ke masjid besar jumpa nazir minta sain dokuman...lari balik ke masjid sendiri..ongumah sms nak bahan dalam kereta untuk buat kerja..lari balik ke rumah pulak...pi balik ke masjid sampai Isyak. Lepas isyak dah 9.30 mlm...sembang (bincang sebenarnya) dengan 2-3 ahli jkkk..mesyuarat tak rasmi...sampai ke rumah dah 10 lebih. Bergegas update blog MAHAP...tak sedar dah 11.30 mlm. Tapi tak pulak rasa mengantuk sangat. Pukul 1.30 pagi di'ganggu'....layannnnnnn.

Monday, June 21, 2010

Jun 21

Isnin - hari ini dah mula bebanan kerja. Hari pertama dah ada benda baru nak dibuat. Awal pagi dah ada taklimat oleh Pengetua - pasal SIP - School Improvement program. Guru-guru akan dinilai untuk diberi ranking..kalau 7 kena sack...Kalau sekolah cemerlang..ada hadiah.Pagi ni kena bawa anak ke hospital - pening kepala- padahnya mengadap NB 2 sehari 3 hari turut. Habis masa kat situ 2 1/2jam...dari 8 sampai 10.30. Lani tengah siapkan kerja-kerja yang perlu diutamakan. Tengah buat kerja perut meragam....jadi pi la kado hajat. Tengah sedap air pulak tak ada !!!. Dengan rasa tak malu2 lagi -kebetulan aci tukang cuci tandas tengah bersihkan ruangan tandas guna getah panjag dari sumber lain - mintala dia hulurkan sekejap getah paip. Pengalaman pertama dalam sejarah hidup 54 tahun..betul bukan bohong. Pengalaman masa sekolah rendah ada la..tapi lagi teruk keadaanya. Maleh nak cerita. So....kerja tak siap dah time balik. Ada mesyuarat pula petang ni lepas sekolah..JK HEM. Kena balik hantar anak ...dapat sambung sikit lagi hajat tak tercapai. Legaaaa!!!. Datang balik ke sekolah untuk mesyuarat sambil semak-semak Minit JKKK. Habis pukul 4.15 ptg...singgah imigresen..sampai rumah dah 5.30 ptg. Lepas asar, siapkan senarai tempahan vest dan email terus...lepas tu lupa nak attach doc. Lepas Maghrib cari Us Nasa nak settle pasal minit masjid...tak jumpa juga..dah 4 hari mencari. Balik ke masjid untuk Isyak...lepas Isyak ke stesen komuter anbil anak balik dari Kelantan. Makan malam - oat sayur pisang abu masak lemak (semalam punya) dan ratah ikan talapia (free punya). Lepas makan dah tak tahan..badan rasa tak sihat...tekak perit, mcm nak selsema...terus masuk tidur 10.30 mlm.

Sunday, June 20, 2010

Jun 20

Ahad - Melapor dari Shah Alam. Bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi, kini berada di Komplaks Belia dan Kebudayaan Selangor - teman ongumah hadir mesyuarat Kesatuan Guru2 Melayu Selangor je - kita kat luar je layan diri. Nasib baik boleh belah awal....ada yang bantu dapatkan elaun cepat...jadi balik pun cepatla. Dari Shah Alam ke Gombak rumah kakak ipar..ambil ikan tilapia dan mangga muda. Singgah makan kat restoran At-Takwa Taman Melewar..sampai rumah dah lebih 3 ptg. Lepas zohor ingat nak tidur jap..ada pulak cerita Sunan Jati ???. Pejam celik pejam celik....dah masuk Asar. Ke masjid sembang dengan pelatih Darul Quran..balik dah 5.30 ptg...hari nak hujan...tak plan nak ke kebun....tengah fikir pasal dokumen nak guna malam ni. Tengah buat kerja tu, ada pengadu pasal alat rosak dulu sebab letrik overload. Sebelum keluar Maghrib...angkut bahan-bahan mesyuarat JKK dalam kereta. Lepas Isyak terus ke balai raya ampang pecah ....dari jam 9.15 mlm....ukur vest untuk ahli oleh pembekal....mesyuarat mula dah 10 lebih...habisnya 12.00 tengah malam. Masuk tidur 12.30.

Saturday, June 19, 2010

Jun 19

Sabtu - Hah...hari ini baru sibuk sikit. Hari ni ada mesyuarat di Rumah Rehat KKB dari 9pagi- 1 tgh (habis 4 jam kat situ) - tengahari hari ada 2 rumah kenduri - sebelah menyebelah lorong je - petang free lagi - malam ada kuliah kat masjid. Itulah plan hari ini...tengok la apa jadi. Pukul 9.00 pagi dah sampai kat rest house...daftar diri dapat tuala, 1 gelas palstik air minuman,2 jenis kuih kering. Mesyuarat bermula ikut jadual - ucapan dan hadiah cemerlang akademik anak ahli. Selesai semua 12.45..sampai rumah dah jam 1..solat zohor dulu pastu ke rumah kenduri..lepas 1 1 lagi...jadi 2 rumah. Jamah sikit lauk-pauk je nasi tak usik pun. Dari situ ke pekan pulak ...sampai ke rumah dalam pukul 3.00...tidur nak lelapkan mata kejap ...bangun dekat pukul 6...jap apa tu? Lepas asar siap ke masjid untuk Maghrib..lepas maghrib ada kuliah. Penyampainya Us Hamzah Yaacob dari Darul Quran- tasauf bab hati. Balik rumah dah pukul 10.00. Perut rasa lapar pulak..masak sup air sayur + oat = kenyang juga. Dalam pukul 11 dah masuk tidur....pengsan lagi sampai pagi.

Friday, June 18, 2010

Jun 18


Jumaat - Penghulu Segala Hari datang lagi untuk minggu 3 bulan Jun ini. Hari ini dah 5 Rejab...tak lama lagi Syaaban dah tu Ramadhan..dah tu Raya la kan. Program hari ini masih kosong. Tak ada temu janji, tak ada aktivti khusus..esok memang ya..agak sibuk.Dalam pada tak ada aktiviti, sebalah petang pulak tetiba ada urusan berbangkit. Lepas Jumaat, pergi jumpa YDP MDHS bersama 2 lagi JK JKKK...(tukang ambil gamabr tak ada dalam gambar le ye!)settle beberapa urusan yang tak dapat dipastikan oleh pegawai bawahan. Dari situ dah 4.30 ptg..singgah minum kat pekan ...menjelang 5.30 ptg ke rumah sorang ahli kariah yang 'merajuk' dari menyertai NGO sebab katanya tak pernah ada kesan yang boleh dibanggakan. Isunya kampung tradisi yang didiaminya tak dihiraukan oleh MDHS...awalnya dikatakan kampung itu sibawa kendalian JKR tapi dah bertahun2 tak dijaga - longkang dah ditutupi rumout yang panjang. Balik ke rumah 6.45..sempat asar sebelum siap ke masjid untuk Maghrib. Lepas Isyak ada kenduri tahlil..rumah kenduri kahwin esok. Dari situ ke balai raya...memantau je sebab ada mesyuarat kat situ Ahad nanti. Balik ke rumah 10.30 mlm...tv3 cerita LARA CROFT pula...layan jap sebelum masuk tidur. Dalam jap2 pun pukul 12 l
ebih baru masuk tidur.

Thursday, June 17, 2010

Jun 17

Khamis - Semalam layan FB - tengok gambar-gambar x-sm3kbian punya Hi-Tea terus lanjut sampai 12 mlm..baru masuk tidur. pagi ni bangun macam biasa juga 5.15...Subuh di masjid. Nanti dalam 10-11 pagi pasti ngantuk....kalau tak ada gangguan boleh tangkap leleh...leleh sampai 1.00 tgh. Bangun terus ke masjid untuk zohor...balik sementara tunggu Asar...tengok tv sambil leleh lagi sampai jam 4.00. Lepas asar dah 5.30 lebih..badan rasa tak berapa segar...gagah juga ke kebun jap...raut lidi je sampai jam 7.00.Bersiap untuk maghrib..malam ni ada baca yasin.Balik 9.30 mlm dah..cari data untuk Ketua kampung nak serah pada Penghulu esok..problem la pulak..rujuk web MDHS dan Pej Daerah semua tak ada. Ni dah jam 11....mata dah minta ditutup...malam jumaat pulak ni...melepas lagi ke?

Wednesday, June 16, 2010

Jun 16

Rabu - Hari ni balik KKB. Bangun macam biasa solat Subuh jam 5.00 pagi (6 waktu tempatan)...lepas tu dah siap nak semuanya. Kereta datang ambil jam 7.45 pagi ke Airport Polonia...ngam-ngam waktunya. Checkin dan clearance ...9.30 pagi dah terbang. Pernerbangan pun lancar, alhamdulillah, mendarat jam 11.30 pagi. Ambil barang keluar dari KLIA dah dekat 1 tgh. Lunch di R&R Dengkil...sampai Kpg Baru dlm 2.30 ptg. Lepas zohor dapat lelapkan mata sampai Asar sebelum bergerak balik ke KKB..singgah pun ka TESCO Rawang, makan malam kat Btg Kali..sampai rumah 9.30 mlm. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. perjalanan pergi dan balik selamat tanpa sebarang halangan. Tengah merancang nak pi semula ke Medan kali ini untuk urusan perniagaan la pulak. Tunggu je ceritanya nanti. Nak masuk tidur walaupun tak berapa mengantuk lagi. Lepas update ni, nak tengok2 berita sat sebelum masuk tidur...dan terbacalah ana kisah ini dari blog Kuda Ranggi ....

NASA SAHKAN KEMUNGKINAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tuesday, June 15, 2010

Jun 15






Selasa - Peluang akhir untuk putar-putar pekan Medan. Esok dah nak balik ke KKB.Keluar dari rumah pukul 11 pagi...terus tuju ke Medan Mall / Central. Dapat beli topi dan sulam wording "TV4S". Round2 jumpa pula vest - beli 1 dan sulam lagi TV4S = habis 100ribu. Dah tu anak pulak nak vest,70ribu lagi. Selesai kat situ sampai 2.30 ptg. Belah petang sikit ke toko kek lapis - Zulaikha. Bukan jual kek saja tapi macam2 jajan ada. Ni je gambar yang dapat .. lepas klik 2-3 kali tengok ada papantanda tak dibenarkan ambil gambar.Dari situ round pulak ke USU - Uni. Sumatera Utara. Persekitaran yang agak luar biasa. Dalam kawasan universiti ada perumahan. kawalan nampak macam longgar....orang awam boleh keluar masuk macam tu je. Student lepak2 tepi jalan ..couple2...duduk2 tebing jalan...dah masuk maghrib pun tak dengar azan. Balik ke rumah kat jam 8 mlm (waktu tempatan). Malam ni tak ke mana dah. Kira rehat esok nak berangkat pulang.

Monday, June 14, 2010

Jun 14














Jun 13(Ahad) - Semalam tak sempat nak update sebab jam 6 pagi waktu tempatan sudah keluar menghala ke Danau Toba. Perjalanan 4 jam yang tidak memenatkan sangat sebab melihat permandangan kampung-kampung orang Batak sambil mendengar omongan supir. Satu perniagaan orang sini yang tak ada di Malaysia ialah iklan ucapan dibuat daripada susunan bunga plastik untuk disewakan seperti ini...Sampai di Parapat jam lewat 11 pagi...carter bot besar tapi naiknya 7 orang saja untuk ke Pulau Samosir,,,pulau dihuni orang Batak Toba. Untuk sampai ke pulau ambil masa 45 minit..sambil melalui kawasan batu gambaran gadis dengan anjing yang terjun dalam danau toba dek putus cinta tapi tersangkut di batu lalu dinamakan Batu Gantung. Kemudian menyusuri tasik ke Tuk Tuk kawasan resort yang diusahkan orang Jerman....dikatakan pompuan Batak tempatan ramai yang kawin orang barat..tentu ada sebabnya ..Kalau nak tau kena baca buku yang akan diterbitkan nanti. Dari situ terus berlabuh di Somasir.....kawasan pariwisata tinggalan kaum Batak...naik sampai ke muzium batak. Dalam perjalanan banyak jualan2 sovenir. Tips dari orang tempatan...harga di sini kena potong 50% sebelum beli. Perkataan Batak itu sendiri bermakna Banyak Taktik...orang sini banyak cara nak menipu..antaranya tak ada duit tukar, offer murah tapi bila masuk kedai jadi lain..dsb. Oleh kerana sampai ke Parapat dah baru pukul 1.30..terus je perjalanan ke Brastagi. Satu lagi cerita Brastagi bermakna Beras Tak Ada Lagi..sebab kawasan yang dilalui memang tak ada sawah padi...yang ada ladang sayuran, cengkeh, kopi dan herba lain spt kulit kayu manis. Singgah juga di Piso-piso - air terjun agak tinggi tapi airnya keluar dari batu...itu yang uniknya. Dalam perjalanan dapat lagi dua cerita...pasal orang Batak dan orang Aceh. Lelaki batak tak kerja, yang kerja semua pompuan (baca buku nanti), cerita menantu pompuan tak boleh tinggal serumah dengan mentua lelaki, cerita orang aceh wayar letrik disangka penyidai kain dan cerita kotak ajaib. Sampai di Brastagi dalam 6 petang...beli buah dan sayur je. Kawasan macam Cameron Highlands tapi kotor penuh taik kuda. Lepas makan malam dikedai yang menghidangkan ikan keras dan sejuk (hidangan siang punya)..terus balik ke Medan. Sampai rumah sudah jam 9.00 mlm. Satu rekod sebab sbelum ini perjalan macam tu mungkin ambil masa 12 jam....1. sebab supirnya muda..potong kenderaan menyelit2 je, 2, masa balik tak macet (trafik jam). Tidur jam10 waktu tempatan.

13 Jun (Senin) - Hari ini program dah berubah. Awalnya hari ini ke Brastagi..tapi sebab semalam dah sampai di sana, makanya hari ini bersantai-santai di villa saja. Tapi ada perancangan nak ke pekan semula untuk cari lagi barang2 yang belum cukup...tapi jalan2 sendiri ..naik becak atau teksi. Akhirnya ana dgn ipar je yang jalan sebelah pagi naik becak. Pada mulanya nak ke Pajak Central..bayar RM15 000. Udah sampai depannya, lencung pula ke Petisah ..kawasan jualan macam Pasar di Terengganu. Pusing-pusing survey sebelum petang nanti dilawati ibu2 (ongumah & anak2). Jualan pakaian di sini memnag murah dan pelbagai fesyen baru. Harga buka RM175 ribu...bia dikurangkan kepada 75ribu saja. Lewat jam 12..kami pulang ke villa untuk makan tengahari. Lepas zohor keluar semula naik 3 becak - 2 orang 1 becak =RM45ribu...pergi balik RM90ribu. Kali ini sempat beli kopiah spesial yang tak ada dijual di Malaysia. Sampai 5.30 ptg..tak banyak yang dapat dibeli...baju tak ada saiz, barang dicari tak jumpa. Begitulah adanya..sekurang-kurangnya dah tahu harga barangan di sini. Malam lepas Maghrib ada yang belanja makan..pecel lele...apa dia? Makan nasi Uduh (lemak) berlaukkan ikan keli goreng....dan juadah sampingan ..udang goreng cili, tempe goreng, sayur campur (rasa tomyam tapi bukan tomyam), ulam timun & salad. Selesai makan balik ke villa salin baju pakai T-shirt, keluar lagi ronda-ronda tengok night-live. Tukang becak bawa ke tempat-tempat yg digemari pelancong Medan . Ada 3 kategori yang boleh dipilih - yang muda belia bersidai di tepi jalan, yang separuh umur berkumpul depan diksotiq dan 'buahadam' -pondan sepanjang jalan di kawasan berasingan. Balik jam 10 lebih....sembang-sembang dekat 11 baru masuk tidur. Esok satu hari lagi ....

Saturday, June 12, 2010

Jun 12

Sabtu - hari ke2 di Medan. Sejak awal pagi berbelanja di Pasar Ikan Lama ..bukan beli ikan tapi beli kain,baju dsb. Habis masa kat situ dekat 3 jam...makan tengah hari di Restoran Garuda...6 orang makn 281ribu...sebelum tu serempak dengan Cikgu Aziz & Faridah (dtg juga ke Medan dengan tour group). Lepas makan jumpa lagi di Garuda. Lepas makan..balik solat..sambung lagi ke Central pula...sampai dekat 6 ptg. Lepas maghrib keluar pula pusing-pusing pekan Medan...tak apa sangat nak ditengok...balik makan malam dan masuk tidur awal ..sini 10 mlm ...sana dah 11 malam.

Friday, June 11, 2010

Jun 11

Jumaat - Pagi ni masih ke masjid untuk Subuh. Balik dari masjid dah bersiap2 nak ke KL dulu...hantar anak ke hentian putrajaya..dia ke Kelantan rumah kawan.Dari situ kami ke Kpg Baru...ambil anak sulung nak hantar ke KLIA. Sebelum tu ke Al-Rashi Bank keluarkan duit yang lama terperap kat situ. Dekat 1/2 jam ..tukar kad kononnya kad surat..tak dapat keluarkan duit...tetiba dibagi tau kad diblock sebab lama tak aktif. Akhir dapat juga...keluarkan pun tak banyak RM500 je. Pastu cari cari money changer...bank bagi rate RM367 -1 juta rupiah...cari mc dapat RM365-1 juta....jadi tukar RM402 dapat 1,100.000.00 rupiah. 1 juta tu...kalau dapat settle hutang piutang dengan 1 juta tu senang hidup lepas ni..tapi apa kan daya...rupiah bukan ringgit. Lepas jam 11 bergerak ke Kramat ambil kakak ipar dan beras (baca bearras)...jadi kami ber6 ke KLIA untuk penerbangan ke Medan jam 3 ptg. Penerbangan lancar walaupun awan mendung dan sekali sekala pesawat (wah cakap Indon dah ni!!!) goyang kena air pocket. Bertolak jam 3.00 petang waktu Malaysia dan mendarat airport Polonia jam 3,00 petang waktu Medan. Kini berada di rumah sorang lagi kakak ipar yang bekerja di konsulat tapi rumahnya di Villa Polonia. Petang sikit gi jalan-jalan ...dapat tengok beberapa perkara baru....syarikat telekomunikasi banyak sangat, kenderaan di jalanraya sibuk sangat(banyak dan bising hon-hon), kebersihan makan dan kehalalan makanan tidak terjamin sangat dan banyak lagi..nanti tengok gambar-gambar kat sini. Malam ni lepas makan ..bersantai2 je..esok baru nak mulakan perjalanan sebenar - pusing-pusing kota Medan.

Thursday, June 10, 2010

Jun 10

Khamis -Malam ni....ditunggu2 bukan sebab malam Jumaat ke apa!...malam ni lepas Maghrib ada mesyuarat agung masjid. Perlantikan dah dibuat 27 Mei lalu..malam ni ana buat mesyuarat agung dan penyerahan dokumen. Bukan apa...pengerusi lama tak sempat nak bagi ucapan ...pengerusi baru pun tak sempat nak sampaikan plan untuk tahun ini....dah tu penyata kewangan pun tak dibentangkan...malam ni segalanya akan didedahkan kepada jemaah. Sementara tu hari berlalu begitu saja. Lepas ni nak kena gi sekolah...ongumah pula PTK jam 11.00 pagi, Sementara dari 10-12 sempat sediakan dokumen mohon bantuan sumbangan untuk masjid - draft je. Balik singgah kedai ambil hadiah..sampai rumah ngam2 je salin pakaian untuk ke masjid...zohor dan hantar hadiah2. Sblum asar baring 1 jam...lepas asar sikit lagi sediakan sekrip untuk malam ni. Pukul 7 dah ke masjid untuk sediakan bahan mesyuarat. Mesyuarat mula 7.45 mlm..dalam tak ada suara pun kena pengerusikan mesyuarat...tak ramai yang datang awal...dah separuh jalan baru tambah sikit ...lepas isyak lagi ramai tapi tak melebihi 60 orang...makan disediakan untuk 60 orang pun berlebih. Berpeluang bersembang dengan orang yang dikenali tapi tak kenal betul...rupa2nya kaki sembang juga dan banyak perkara dia tahu..bab tanah dan berkaitan. Tengok jam dah 10.30 baru nak beredar pulang. Malam ini juga nak kena update blog - sendiri & masjid punya. Mata dah tak tahan nak tidur..11.30 boleh masuk tidur kot....cuba la!!!!

Wednesday, June 9, 2010

Jun 09

Rabu - Pagi ni PTK - tapi pukul 11 nanti. Balik dari Suboh tadi, blackout lagi kat taman ini. Nak buat apa pun tak tau...baring jap 1 jam.Bangun masih blum ada power supply...nak strika baju pun tak dapat. Cari-cari ada la selai baju yang dah lama tak pakai.Sarung je ..sebab nak ke sekolah awal sikit. Nak caj bateri kamera, caj NB....masih ada masa sblum 11 pagi. Sampai kat sekolah dekat 10.00 pagi. Check email, FB sambil caj2 yang patut. Elok pukul 10,50 nak masuk dewan, calon dah mula nak jawab...mak ai....depa start awal ka? Tapi ana tak kisah. 30 minit siap jawapan dah keluar. Soalan bab pembestarian sekolah - kebanyakan berkaitan kerja harian...kalau tak buat memang tak tahu..20% lagi bab P&P tapi berkaitan multimedia. Kira boleh jawab la...lulus ka idak tak tahu la. Kita yakin lulus, orang atas ada plan lain kot..mana tau kan!. Selesai PTK, balik le ke rumah....dah tak tahu apa nak buat sementara lunch. Zohor kat masjid...balik ..baring sampai 4ptg...gi solat Asar...balik...tunggu Maghrib...lepas maghrib dapat ajak 2-3 jemaah lama mulakan rawi / marhaban sementara tunggu Isyak. Lepas Isyak balik rumah..jam 11 masuk tidur. Hari ni kira semuanya beres ....tunggu malam esok je lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Jun 08

Selasa - Sebaik balik dari masjid lepas Suboh, sempat menghadap NB untuk update blog. Pukul 9 keluar ke pasar..hari ini menu laksa untuk makan tengah hari. Balik dari pasar sempat kemaskini dokumen untuk JKKK dan MAHAP sampai masuk Zohor. Balik dari masjid, ongumah bawa anak-anak ke kedai set rambut (dulu orang pompuan pergi kedai set rambut bukan kedai gunting rambut - sbb buat rambut kerinting pakai penutup macam space ship mcm tu...)Sementara tu ana tidur buat 1 jam...dikejutkan oleh deringan hp...xsm3kbian minta lagi lama sekolah untuk reunion Sabtu ni. Terus send by email...dah nak masuk waktu asar. Mandi terus ke masjid...lepas asar pun tak ada apa nak buat..balik je kat rumah. Cuaca agak mendung...jadi ke kebun keluarkan peluh badan. Kurang lebih sejam..hujan pun renyai2...masuk siap untuk maghrib pula...sampai Isyak..balik menghadap NB lagi seblum masuk tidur. Banyak juga kerja yang siap hari ini - notis mesy.jkkk siap, edar notis 1/2 siap, sijil perlantikan jk masjid siap - esok pagi nak duduk PKT -tak siap!!!!

Monday, June 7, 2010

Jun 07



Isnin - hari ini tak sekolah tapi pi juga sekolah sekejap2. Balik dari Subuh...baring sekejap. Pukul 8.30 singgah pasar on the way hantar ongumah ke sekolah - bertugas hari ini. Ana balik singgah kedai tempah hadiah dan cop untuk JK lama masjid. Sampai rumah siang ikan, rendam air asama..masuk lemari ais. (peti ais le tu). Dah dekat jam 11.00...sempat update blog ni. Pastu dah bergerak keluar ke sekolah ambil ongumah...singgah bank...kedai...kedai ..sampai rumah 2.30 ptg. Sama macam hari persekolahan. Lepas zohor buat printing sijil MAHAP nak guna Khamis ni. Dah masuk Asar...ke masjid samapi 5.30..hujan renyai-renyai lagi. Kemaskini faili2, baca berita sikit...sampai waktu Maghrib. Malam ni pun tak ada aktiviti kat masjid..masa berlalu bergitu saja...check vakum boleh guna ka idak....nampak macam ok tapi nape tak ada yang nak bersihkan carpet ruang solat? Lepas Isyak ada jemputan lagi ...di No3, 1B Taman Tanjak...duduk kerja hari langsung 12 Jun 2010 (Sabtu ni) - waktu tu ana dah ada di Medan..insyaAllah. Balik ke rumah 10 mlm...tak rasa macam nak buat apa-apa...jadinya terus TIDUR!!!B

Sunday, June 6, 2010

Jun 05

Ahad - Lepas Subuh balik tangan kosong..hari ini tak ada kuliah tapi kat masjid besar ada...tak sempat nak pergi. Terus balik....kena pergi pasar la pulak. Balik dari pasar..kena kupas kepala...ngam2 dekat pukul 12 tgh. Sempat le ke rumah kenduri tahlil rumah tauke gas HJ Mat Aris di Taman Ampang Indah. Ambil gambar orang lain je...gambar sendiri tak dapat...Terus ke masjid untuk zohor..balik ambil anak bersantai rumah kawan dia di TAI. Dah siap pukul 3.00 keluar ke KL. Singgah di Kg Baru untuk asar..ke Kramat nak ziarah orang tak sihat...dah sampai orang tak sihat dah pergi Kuantan. Habis masa kat tu dekat 1jam lebih...bincang sikit pasal hal anak...makan pun boleh tahan manis2 semuanya. Maghrib dah ada kat rumah ipar di Kramat ni juga...terus bersiap untuk ke masjid Bandar Manjalara...ada kenduri kahwin kat dewan masjid tu. Dari 8.30 sampai 9.30...makan2 je...balik ke KKB. Mengantuk bukan main...tahan juga sampai rumah dekat 11.mlm ...baring sekejap ...Isyak pun belum tunaikan lagi. Bangun semula dah 11.45mlm...mandi..solat..terus tidur.

Saturday, June 5, 2010

Jun 05

Sabtu - Cuti sekolah dah bermula...tapi sibuk tetap sama. Pagi ni lepas Subuh ada kuliah ...kisah Nabi tapi hari ini bab puteri dan menantu Nabi. Lepas kuliah makan nasi lemak daun pisang. Tehnya memang rasa macam teh dulu-dulu...sedap tapi racun buatku...tapi minum 2 cawan je. Lepas tu tengok2 kerosakan kat masjid untuk mohon bantuan. Balik dah 8 lebih..berbekalkan 2 bungkus nasi lemak kuliah dan 2 dibeli. Buat sikit updating blog sebelum keluar ke kebun..cuaca pun agak mendung...tak hujan dan tak panas. Masuk dari kebun..siap untuk ke majlis kenduri kahwin di taman sebelah. Lepas zohor kat masjid dah pesan-pesan kat Imam malam ni ana tak ada sebab nak ke KL. Balik bersiap-siap nak ke KL..mlm ni ada jemputan kahwin. Semua dah siap lawa-lawa, dah masuk kereta tengok kad jemputannya esok malam. Mak ai....cancel je..salin pakaian ...tangkap lentok. Bangun jam 4 ..siap untuk asar di masjid. Hujan renyai-renyai petang ni...habisnya masa duduk depan NB..buat housekeeping - kerja-keraja yang perlu dibereskan...dah masuk Maghrib pulak. Lepas Isyak ada jemputan 'duduk kerja' di Jln 22 TAP. Balik ke rumah 10 mlm...nak tengok tv pun tak larat...nak buka NB pun tak ada mood...habisnya masuk tidur.

Friday, June 4, 2010

Jun 04

Jumaat - kesejukan semalam berterusan pagi ni..bukan sebab cuaca tapi sebab air-con dalam bilik ni. Kerja-kerja yang dirancang sedang berjalan lancar. Ada relif tapi ada guru lain sedia teruskan dalam kelas yang dia ada sebelum ini. Dapat juga selesaikan kerja sebelum balik. Tepat 12.30 dah siap untuk balik....Hari ini sempat ke mesjid besar - Masjid Al-Rahmah KKB le tu - Masa nak balik terserempak Hj Karim bawa pisang banyak lebih - minta sepalastik nak buat cucuq kodok. Lepas Jumaat ambil ongumah ..hampir 3 ptg ada appoinment nak ke Majlis Daerah -MDHS - urusan aduan kes-kes yang berbangkit. Elok masuk asar singgah kat masjid....balik rumah dah pukul 5.30 ptg. Menghadap kerja yang tertinggal...dah masuk Maghrib. Lepas maghirb jamu cucuq kodok yang dijanjikan. Lepas Isyak ada jemputan tahlil di Taman Tanjak.Esoknya ada kenduri kawin la pulak. Balik dah 10 mlm...tak sanggup nak berjaga lama..sebelum 11 dah masuk tidur.

Thursday, June 3, 2010

Jun 03

Khamis - Ketenangan di awal pagi. Semua kerja berjalan lancar....sehingga lah 2 jam lepas masuk bilik sampai slip relif - waktunya sebelum waktu kelas sebenar - 12.30-1.50 berada dalam kelas. Tak kisah pun - pelajar tengah periksa. Semak kertas jawapan bebudak pun dah selesai- markah pun dah selesai. Tengok-tengok je apa yang patut ditengok. Dalam pada itu Khairul GITN datang check set dia..syarikat Bayutronik datang nak pasang alat-alat dia....minta JTK tengok2kan. Lepas waktu sekolah ada jamuan pulak untuk 3 staf yang dipindahkan dan sorang yang baru masuk. Habis siap semuanya 2.30 ptg. Singgah pula bengkel kereta - tukar hose minyak yang koyak hari tu, tukar minyak, balancing & alignment. Selesai dekat jam 4..kat rumah dah ada teknician mesin air...air sejuk tak sejuk...temorstat rosak..kena order la pulak sampai hari Isnin. Lepas zohor terus masuk Asar. Lepas tu tengah buat susunan semula fail JKK, Ketua Kampung datang ajak ambil gambar longkang besar roboh di taman sebelah. Berkejar ke tempat kejadian.....ambil gambar...jumpa kontraktor...minta tipas buat aduan. Balik dah nak siap untuk maghrib. Ongumah dan anak-anak dah keluar...buka puasa kat luar la pulok. Lepas maghrib baca Yassin & tahlil..ada yang nak pergi Umrah minggu depan. Juadah - nasi lemak & nasi tomato. Lepas Isyak nak balik Ketua Kampung adu lagi pasal longkang dekat masjid pula tersumbat..bila hujan air naik. Tengah bercerita tetiba hujan turun...boleh dengar dari jauh sebelah barat...sempat lari ke kereta sebelum sampai di tempat kami berbincang..tapi tak lebat pun ..orang tua2 kata "hujan kejar mak mentua" - kenapa? jangan tanya ana..ana tak kisah. Balik sempat buat aduan untuk kes pertama...yang lain tangguh esok pagi. Petang nak ke pejabat MDHS untuk settle kes2 yang ada. Masuk tidur 11 mlm...teman sekatil dah tidur le pulok...maka berlalulah malam jumaat seperti hujan tadi berlalu...terlolap sampai pagi.

Wednesday, June 2, 2010

Jun 02

Rabu - harap semua berjalan lancar hari ni. Awal pagi dah dapat relif lagi tapi 1 kelas ...tak kisah la sebab bebudak tengah periksa...sempat juga tanda kertas 2 kelas ni..satu dah settle..dah boleh masukkan ke dalam SAP. Buka tengok tak siap lagi..tanya guru yang berkenaan katanya betul update...ada program baru pulak dah. Kena bagi kat guru tingkatan je habis cerita. Lepas masuk buat apa yang boleh kat dalam bilik sejuk ni, masuk kelas keluar kelas...balik pukul 12.30. Pukul 2 nak ke Darul Quran..sambutan Hari Guru Peringkat Daerah. Hati lega sebab tugasan dah serahkan kepada guru sekolah sentosa yang uruskan slot robotik. Makanya ana duduk je kat belakang..ingat nak buat broadcast...line pula tak ada...jadi tengok je le. Bila sampai slot perkenalkan tokoh...montage tak keluar...lewat 2-3 minit. Flow pun tak lancar seperti yang diharapkan. Rasanya dah berkali-kali dibagitau supaya satukan clip movie tu ...lain pula jadinya. Pengajaran besar :JANGAN HARAPKAN ORANG UNTUK BUAT KERJA KITA!!!. Selesai acara jam 4.30 ptg. Lepas asar ingatkan nak baring..dah mula buat kerja dgn NB ni..print surat mohon peruntukan...sampai nak masuk Maghrib. Kat mesjid dapat berita kenalan lama meninggal dunia pagi tadi. Ada yg hantar mesej tapi tak terima..tengok kemudiannya line phone O. Dah pukul 8.30 baru masuk mesej tu. Bila dah terima berita ni, terus cadangkan jemaah buat tahlil.Tak ramai bila bab-bab ni...solat maghrib ada kat 20 orang...yang tinggal 7 orang je. Tak kisah la kan...janji dah buat. Lepas Isyak ke rumah pengerusi cawangan pulak ada mesyuarat..mula 9.30 mlm tapi mula betul2 jam 10 mlm..berlarutan sampai 12.00mlm. Balik tidur lewat lagi hari ni. Harap esok boleh rehat belah petang.

Tuesday, June 1, 2010

Jun 01

Selasa - pagi-pagi dah menyentak perasaan. Hari ni ada banyak temujanji...awal pagi dah kena relif. Kerja rutin semalam pun dah tertangguh...hari ni pun nampaknya terganggu lagi. Pukul 9-10 ada syarikat nak jumpa pasal pemasangan sistem rangkaia..Waktu tu juga ada kelas...jadual dah bertukar pula dah. Ingat pagi ni nak preview kat sekolah dulu..tapi dah macam ni punya gangguan...lantak le. Petang ni saja tunjukkan. Masuk relif...keluar dah ada yang menunggu nak jumpa. Pasal kerja-kerja pemasangan sistem rangkaian...kejar masuk kelas semula...2 waktu...sambung lagi bincang sampai terlepas pandang waktu dah 1>. Cadang nak balik 12.30 sbb kena ke Darul Quran jam 1.00....habisnya pukul 1.30 sampai rumah. Lepas solat....lengah-lengah sampai 2.30 baru masuk ke dewan. Belum start rehearsal...ramai lagi belum sampai. Bahan pindahkan ke NB group buat gimik robotik..selesai kerja. Esok tengok je le. Habisnya 4 lebih..sampai rumah jam 5. Dapat call pasal blackout ...tv meletup la pelbagai. Sampai-sampai je jiran sebelah datang mengadu TVnya pun meletup...sebelah sorang lagi...dan sebelah lagi...habis satu baris TV meletup sebelum blackout. Meletup bukan macam bom..tapi berasap berdesus. Tak lama TNB baiki kerosakan...buka TV elok je...semua tv elok. Dah rancang nak buat tuntutan kat TNB. Sementara maghrib...print out bahan untuk mesyuarat malam ni...jk baru masjid Ampang Pecah. Ngam2 siap printout - dah berkejar ke masjid. Lepas maghrib buat mesyuarat ...ngam2 masuk Isyak, mesyuarat selesai. Macam mana pun balik ke rumah 10 mlm juga. Kemaskini kat sini...lepas ni nak kemaskini blog JKKK dan Masjid sebelum boleh masuk tidur.