Saturday, July 31, 2010

Julai 31

Sabtu - Wedding Anniversary 27 thn. program pack hari ni bawa sampai ke esok. Baru balik dari masjid - ada kuliah Subuh - kena update hari ni juga sebab malam ni tak ada di kKB. Pagi ni nanti jam 10 kat Sungai Inki - reunion x-sm3kbian 78-80. 12.30 tgh kenduri kahwin kat Taman Ampang Indah... lepas zohor nak ke D'Muara Resort Sungai Besar. Dari pukul 9.30 keluar rumah.. tunggu nak cari tempat kumpul.. dekat 1.30 baru jumpa. Yang seronoknya bekas2 pelajar la sebab jumpa kawan-kawan lama. Ada yang masak2, yg lain sembang - dekat 1.30 baru makan. Selesai makan bergerak balik ... 2.30 ptg baru dapat gi kenduri kahwin di Dewan Serbaguna KKB. Dari situ terus ke Sungai Besar - D'Muara Resort. Bermalam kat sana tapi tak buat apa sangat pun. Broadband pulak slow... tengok tv je le.... pas2 tidir.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Friday, July 30, 2010

Julai 30

Jumaat - hari ni terima cerita yang mengejutkan. Semalam ada insiden di sekolah.. hari ini masuk paper SINAR - kes histeria.. bukan 1-2 orang tapi melibatkan ramai. Cuma tak le seramai 60 orang seperti yang diberitakan - sensasi je tu. Maka terdengar la pelbagai versi cerita.. sebab tak ada disekolah hari khamis semalam.. dapat le bertanya pelbagai pihak. Yang terlibat secara langsung atau yang terkena sipi2. Apa pun cerita ni akan dimuatkan dalam majalha MISTERI tak lama lagi. Konon puncanya insiden semalam kerana MUNGKIR JANJI - manusia dgn jin - promo je ni. So kerja dieruskan seperti biaaa cuma keadaan agak lengang. Pelajar asrama semua dibenarkan balik petang semalam.. hari ini unoffilcial cuti - pelajar lain dibenarkan tak hadir - kuatir histeria akan berulang. Lepas selesai kerja rutin, ke kantin jap untuk minum dan kumpul cerita. Sambung lagi kerja2 sebelum balik. Seperti biasa lepas solat jumaat, ambil ongumah, balik tidur - tak tahu kenapa sejak pagi bawa ke tengahari - tersenggok masa khutbah - hingga kuliah maghrib - asyik tasa nak tidur je. Lepas Isyak nak buka net pun tak larat - tengok tv pun tak selesa - masuk tidur je sebelum jam 11.00 mlm. Esok banyak program menanti.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Thursday, July 29, 2010

Julai 29

Khamis - Baru balik dari Shah Alam. Kelaur tadi 6.45 pagi..bersama TOk $ dan S/U JKKK KKB tunggu kat masjid sampai 7.45 baru bas sampai. Elok sampai kat SUK 9.30.... sarapan dan sesi taklimat bermula. bergerak dari satu unit ke satu unit ... sempat juga untuk setengah jam melepaskan buku di hati kpd YB Safari... tapi ada isu yg tidak dapat dia jawab. Lepas makan tengahari ingat dah nak balik ... gi pulak I-city.. bukannya apa.. taklimat pasal TAWAS-YAWAS. Selesai 4.30 ptg.. bertolak balik sampai KKB 6ptg. Singgah pasar malam...balik sempat asar sebelum jam 7. Lepas maghrib ke masjid .. yassin dan nak sampai makluamat kepada jemaah. Bukan kah masjid juga pusat informasi untuk rakyat? Tak salah la kan. Selesai satu tugasan. Lepas isyak balik... update blog.. semak email..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Wednesday, July 28, 2010

Julai 28

Rabu - hari ni kena gi PKG KgSoeharto - jauh tu... claim tak seberapa (teksi je sebab taklimat)..dengar khabar makan minum pun tak ada. Tengok la dulu,,, nak call PKG sini tanya duduk cerita. Kalau semua nak free... sorry la nak pergi. Tapi keadaan berubah bila kaki ini melangkah keluar dari kawasan sekolah pukul 11.30 pagi. Balik ke rumah dulu... kado hajat.. .pukul 12.30 singgah ke hospital lawat JK Alumni masuk ward. Azan zohor berkumandang baru bergerak ke taklimat di PKG Soeharto.. gi juga akhirnya sebab memikirkan tanggungjawab dan tugas... lagi pun sempat juga edarkan business kad. Elok sampai 2.30 ptg..baru nak mula. Sesi selesai 4 ptg. Lepas minum petang.. bergerak balik ..sampai rumah 6 lebih. Lepas asar baring kejap 20 minit .. lelapkan mata je..dah tu Siap2... maghrib.. isyak di masjid .. terus ke balai raya mesyuarat caw pulak. Selesai 12.00 lebih ... tok tek tok tek 12.30 masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Tuesday, July 27, 2010

Julai 27

Selasa - Dari pagi ni sampai balik harap tak ada gangguan. Tengah berharap ada juga yang hantar relif pukul 11.10 nanti. Kelas 9.50-11.10. Sebelum tu selesai apa yang sempat tapi gangguan talian pulak. Tengah hantar STS pasal guru pindah masuk tapi SPS tak boleh nak betulkan. Mula-mula nak masuk STS .. layout baru la katakan.. mengelirukan awalnya. Dah dapat masuk tak dapat hantar pula. Dari 10 pagi...sampai nak balik tak lepas juga... biar je sampai esok. Dalam pada tak ada kerja - bukan tak ada tapi tak mendesak perlunya - balik pukul 3 juga. Tak sempat nak baring2... balik masuk kado hajat habis 45 minit.. lepas zohor..dah siap untuk asar di masjid pulak. Tak ada program, tak ada cerita, balik awal ... cuaca terang.. maka ke kebun bakar sampah. Masuk dekat 7 malam... rehat makan mee goreng sebagai dinner...ke masjid ada kuliah maghrib. Lepas Isyak ada makan2 sikit - karipap & donut- sampai ruah 10 mlm. Sempat check email sebelum masuk tidur 10.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Monday, July 26, 2010

Julai 26

Isnin - Pagi ni sepatutnya ada perhimpunan tapi sejak awal pagi hujan sudah turun. Sejuk semacam... lepas mandi mengigil badan... ingat nak demam ke apa..tapi ok je. Renyai-renyai jadi perhimpunan batal .Dapat tumpukan kepada kerja sebelum masuk relif 11.10 .. itu cari kelas habis 25 minit... masih belum fasih kedudukan kelas sebab berubah dan berterabur. Register lagi satu affiliate program... bawa sampai ke petang...sampai ke malam. Terlupa malam ni Nisfu Syaaban. Jadi buat maghrib kat rumah, mcm biasa, untuk ongumah lepas buka puasa. Sampai kat masjid baru semua tertanya2.... semua kat masjid, yg tua terlupa..yg muda tak ingat. Tapi buat juga lepas tanya pendapat jemaah.. lepas Isyak janji buat. InsyaAllah diterimaNya doa kami ini. Balik 9.45 mlm .. update blog... nak masuk tidur awal malam ni. .. tapi ada kerja nak siapkan pulak.
Jangan lupa jengok2 la kat ..
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Sunday, July 25, 2010

Julai 24-25

Sabtu - hari ni tak sempat nak update on time sebab pukl 6.30 pagi dah bergerak ke stesten komuter kkb untuk ke Menara MCA di Ampang. Untuk apa? menghadiri Basic Training Course (BTC) Ads4Bucks. Elok sampai jam 9.00 pagi sesi baru nak bermula. Kira ok la first time hadir, tak la pula sampai down semangat macam masa attend Kopi Merah atau Zhulian dulu. Penyampainya Jutawan muda Zulfaizal..buat business ni 9 bulan je... skarang kaut untung lagi melalui bukunya senaskah RM50.00.. tapi tu la yang sedihnya ...dia jutawan, hadiah sorang satu buku pun tak nak bagi... diskaun ke ok juga. Yang datang belum ada income masuk macam dia... tapi nak kata apa kan...hak dia. Pack pengisian hari ini...berhenti rehat pukul 10.30 tak ada minum...pukul 11.30 baru makan karipa & donut & teh o. Ok la tukan. Makan tengah hari pukul.2.30. Ada dapat nasi ayam + tonyam... nasib baik ada telur telur goreng sebutir... tom yam tak sentuh..jadi makan nasi telur je. Sesi berjalan sampai 6.00 petang. Bergerak balik dari 6.30 ptg.. sampai rawang masuk maghrib. Jangkaannya boleh sampai sebelum maghrib habis kat kkb... komuter Rawang-KKB pula tak jalan ikut waktu..pukul 8.10 baru nak bergerak. Drivernya berhenti rehat kot... makan ke..solat ke... sbb perjalanan dia sampai ke Tanjung Malim. Nasib baik perjalanan lancar.. dpt juga solat maghrib kat stesen kkb. Balik ke rumah bersiap pula nak ke mesyuarat rotong royong di surau desa taman bukit bujang. Kat situ pun dari 9.30 mlm sampai 11.30 mlm. Singgah minum RADIX... balik rumah 12.30 baru masuk tidur. Pinggang terasa sakit pula..sebab RADIX ke? Ada orang kata minuman2 dalam paket yang ada tongkat ali tak elok diminum sebab tongkat ali tak diambil airnya tapi dikisar terus akarnya.... jadi akan meninggalkan residue dalam buah pinggang. Betul ke? Apa pun nasib baik ada KAD BIO ENERGY... sakit pinggang pun dah lega. Kalau sesiapa nak cuba try test ... gi kat sini... http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/


Ahad - hari ini tak ada program. Mulanya ong pompuan deret rumah ni nak buat pot-luck kemudian tak jadi. Apa pun lepas balik Subuh.. check net.. update blog.. gi pasar. Balik jumpa prospek Indon.. ingat boleh buka kaki di Surabaya tapi tak menjadi. Tengahari lepas makan baring sampai 4.30 ptg. Asar dimasjid.. balik buat printing sample business card. Lepas maghrib ke masjid - ada kuliah - lepas Isyak tak ada apa. Sembang sikit lepas isyak tu dengan Ustaz pasal kenduri arwah... dibangkitkan isu takut termakan duit anak yatim. Budaya makan2 lepas majlis tahlil pada hari pertama kematian dah cuba nak diubah tapi tak berjaya. Kali ini mungkin nak kena step-in - jumpa tuan rumah dan terus cadangkan sesuatu - bukan apa 1.nya tak nak susahkan tuan rumah yang dalam kesedihan untuk menyediakan juadah, 2nya biasanya masa makan2 tu la banyak cerita2 keluar- gelak ketawa -3.nya takut termakan hak anak yatim (bab ni kena hurai dan fahamkan lagi). Balik kul 10.00 ..tok tek tok tek..11.30 baru masuk tidur.

Friday, July 23, 2010

Julai 23

Jumaat - Gi sekolah, balik sekolah....kerja selesai dalam waktunya. Lepas solat ambil ongumah kat sekolah....lepas asar kat masjid ke kebun ... daun2 kering senang nak bakar... sampai 7 mlm..lepas maghrib kat rumah..ke masjid ada kuliah pula.Lepas Isyak >9mlm ada jemputan kenduri ...balik dah 10.30 mlm..perut meragam semacam..makan bubur pulut hitam + buah limau=????. Lani dah 11> kena masuk tidur..esok nak ke KL awal pagi naik komuter.

Kalau nak cuba2 jana income sambil bernetting...tengok la kat http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Thursday, July 22, 2010

Julai 22

Khamis -


Ni jumpa kat FB... saja je nak relakskan minda. Hari ini pun berlalu tanpa gangguan. Semua kerja yang perlu dah siap dibuat....yang tak siap masih ada. Lepas kelas ..waktu akhir hari ini..terus balik. Tak terasa pulak nak baring2...jadi start buat kertas kerja untuk masjid. Tertinggal pula bahan kat sekolah... lepas asar kat masjid..keluar balik ke kedai beli barang...terus ke sekolah ambil dokumen2 rujukan. Sampai maghrib sambung kerja sementara tunggu ongumah buka puasa..ingat nak jemaah lagi..masa pun berlalu ..berkejar pula ke masjid ada majlis bacaan Yassin - sampai je orang dah habis baca...nampak pula ada bungkusan atas meja... tolong aturkan atas meja kalau tidak diserbunya dek bebudak & jemaah pun sama (budaya dulu la)... pun ada yang angkut sebungkus sekali kalau tak diuraikan awal. Lepas isyak sambung sikit lagi kertas kerja minta peruntukan untuk program JKKK. ...tengok dah 11.30 mlm...masuk tidur lewat malam ni.

Wednesday, July 21, 2010

Julai 21

Rabu - Kelas hari lepas 11 pagi ..lepas tu lat stu waktu ada relif sampai waktu balik. Tak ada masalah sangat .. masa dihabiskan untuk edit logo JUBLI EMAS.. masa nak balik sempat print contoh utk S/U. Balik dalam pukul 3 juga...lepas zohor barig jap...diganggu talipon agen ads4bucks. Dah pukul 4 lebih...siap2 nak ke masjid teringat pula kena ambil anak kat sekolah. Sampai sekolah masuk asar... solat dulu kat surau...lepas asar ada program lawat ahli kariah yang sakit. Sempat buat semuanya... sebelum 6 dah ada kat rumah. Tebang pisang setandan..bakar sampah sikit2... bersihakan kebun adal kadar...masuk dah jam 7. Makan malam..solat asar jemaah kat rumah..ke masjid ..lepas Isyak ada mesyuarat. Habis 11 mlam.. balik terus tidur. Tak sempat nak online hari ni..NB pun tak keluar dari beg.

Tuesday, July 20, 2010

20 Julai

Selasa - Hari ni macam hari2 biasa. Tiada desakan, tiada asakan. Buat kerja sambil lalu. Dari pagi - masuk kelas - keluar kelas - buat apa yang sempat - dah sampai waktu balik - lepas 3 ptg juga hari ni. Lepas zohor.. buat penyusunan fail lagi...asar di masjid..5.30 ziarah rumah balu kematian suami di Tmn Damai - atas nama JKKK bersama Tajul & Ameer & HjH Faridah & Hj Naini. Selesai di situ 6.30 ptg. Balik dah dekat 7 mlm.. sikit lagi buat persiapan fail..gi Isyak kat masjid.Sepatutnya ada kuliah tapi silap perkiraan. tak ada ustaznya.. nasi lemak dah order, nasib baik 20 je...RM20.00 je..habis dimakan jemaah yang ada sebelum masuk isyak. Lepas isyak duduk jap kat luar masjid ...kempen ADs4bucks. Pukul 10 dah ada kat rumah...check akaun ads4bucks...dah ada 60USD dalam ewallet (=RM240).Masuk tidur sebelum 11.

Monday, July 19, 2010

Julai 19

Isnin - Perhimpunan pagi ada sikit kejutan - ada majlis kempen sopan santun, kejutan bukan sebab apa..sebab tak tahu pun ada program.. nampak belon je tetiba.. budak Briged pun tak dtg cari kerja.. kenalah ambil gambar sendiri. Ada relif satu waktu 11.10 nanti. Tengah buat kerja dtg pen editor METRO - e-sm3kbian - Mazlan Ohkom, Bincang sikit pasal JUBLI EMAS - sebut Jubli Emas teringat kerja-kerja yang masih tergendala - nak edit logo sambutan. Tengah buat keraj tu teringat kerja JKKK tak siap - minit, surat menyurat. Tengah buat kerja JKKK teringat kerja MAHAP - surat mohon bantuan - plan dah siap. Begitulah putaran kerja hidup ini. Anyway ..semua berjalan lancar... dah jumpa.. dah bincang.. dah masuk kelas relif. Baru keluar kelas, ahli JKKK dtg jumpa cerita pasal nak buat surat tuntutan.. sampai waktu nak balik. Balik dah pukul 3 ptg... lepas zohor tak sempat nak buka NB..dah masuk asar...ke masjid. Lepas asar ambil gambar lagi - projek baiki longkang, kwasan lapang dibuang tong sampah oleh MDHS, pokok-pokok nak minta trim. Sampai rumah dah 6 ptg.. perut rasa lapar -- jamah roti, buah duku, rambutan - saja je makan yang manis-manis sebab nak makan ubat lepas tu. Sejam lepas tu dapat pulak hidangan kuehtiau sup. Lepas tu buat kerja susun surat2,,,masuk maghrib kat rumah je... lepas tu baru ke masjid untuk ISyak. Lepas Isyak ada perbincangan 4 orang pasal tanah perkuburan yang nak dibuka semula. Balik dah 10 mlm.. siap-siap masuk tidur 10.45 mlm.

Sunday, July 18, 2010

Julai 18

Ahad - Berada di luar kawasan sepanjang hari. Keluar dari rumah 9.00 pagi....sampai rumah pengantin elok2 dekat waktu nak makan sorok-sorok... kata orang la. Lepas tu mula tugas .. wakil tuan rumah sambut tetamu. Masa pengantin sampai buat live broadcast... ada anak buah kat Australia nak tengok majlis pernikahan sepupu dia. Sampai ke petang masih di rumah pengantin. Hujan mula turu lewat 4 petang.. Lepas asar disambung pula majlis doa selamat qiqdah cucu tuan rumah.. hidangan kambing panggang. Dari gombak ke Serdang - UPM - hantar barang anak kat sana- bergerak balik sampai ke rumah 10 lebih... terus tidur.

Saturday, July 17, 2010

Julai 17

Sabtu - Baru balik dari kuliah Subuh. Tengah nak siap ke Shah Alam... majlis akad nikah anak sedara. Dari situ juga petang ni ke mesyuarat alumni. Bergerak dari rumah pukul 8 lebih ... sampai Shah Alam rombongan dah masuk dlaam rumah.. dah khutbah kahwin.. tapi sempat juga la bersama2 ikut akad nikah. Lepas tu makan ringan pukul 11 pagi... bertamdang di surau Seksyen 10.. rumah dua tingkat dijadikan surau... anugerah PKNS kepada penduduk di situ. Sambil tunggu pengantin bersiap.. sempat kempan Ads4Bucks... sempat hantar email bahan presentation kepada guru IT (ditugaskan untuk buat persembahan esok)..ngam2 masa yang ada.. bergerak semula ke rumah pengantin perempuan... selesai semuanya hampir 2 ptg. Singgah solat kat surau tu semula.. terus ke mesyuarat alumni. Habis 5.30 .. sampai rumah 6.30 ptg. Terasa ngantuk la pula..lepas maghrib baring kejap sebelum ke masjid untuk Isyak... kenduri tahlil.. balik rumah 10.30. Tak apa buat dah..siap2 nak tidur sebelum 11 mlm.

Friday, July 16, 2010

Julai 16

Jumaat - Berrmula pagi Jumaat - penghulu segala hari - dalam suasan hening. Tiada peristiwa sejarah berlaku pada malam jumaat walaupun bibit2nya ada terasa - penangan tracajus - minuman kesihatan baru dijumpai. pagi ni tersusun kerja-kerja yang sama penting target datenya... tapi yang lebih memeningkan 'agung' dalam bank semakin menipis... senipis kulit bawang. Semalam dibom dengan tuntutan untuk bayar yuran u anak-anak. Tengah fikir camne nak cari jumlah yang dikehendaki. hari-hari punya belanja pun nak kena kira2 juga. Apa pun Subuh Jumaat pada sujud sajda - hanya padaNYA doa dipanjatkan. Maka hari pun berlalu... balik dari solat Jumaat. ke mesyuarat UPKKKB... dari 3 - 4.30 ptg. Singgah masjid untuk asar, balik rumah dekat jam 6.. pintu berkunci la pulak. Tunggu je sambil akses net. Siap untuk maghrib ... lepas Isyak balik terus ke rumah .. tak ada program... masuk tidur pun awal..10.30 .... maka terjadi apa yang akan terjadi... test power traca jus... memang mujarab.. power habis.

Thursday, July 15, 2010

15 Julai

Khamis - Pagi ni berada di hospital KKB dari 7.20 pagi sampai 11.30 pagi. Semalam ambil darah... hari ni jumpa doktor.. keputusan ok..darah 6.8.. kecing ok..buah pinggang ok... mungkin berkat telan pil minyak ikan kot. Sembang2 dengan sorang tua... rupa2nya pernah kerja kat Fraser's Hill... kenal dengan orang2 yang kenal di atas sana. Ajak minum lepas selesai urusan.. hantar balik ke Taman Teratai. Balik ke sekolah.. sedia untuk masuk kelas 1.10 nanti dan nak bergerak balik awal sebab nak terus pergi ke mesyuarat JKKK di Taman Bukit Bujang.

Wednesday, July 14, 2010

Julai 14

Rabu - Dari rumah terus ke stesen komuter.. hantar anak dia nak ke klinik gigi rawang... duit belanjar 90rm. Dari situ terus ke hospital kkb bagi darah dan air kencing ... sblum keluar rumah check darah 4.9 ... minum air 2 teguk je seblum kluar dari rumah. Lepas darah diambil,, check naik 6.8. Esok nak kena tanya doktor apa cite? tak makan tak minum manis pun naik juga. Selesai 830 pagi, dtg ke sekolah...log in kehadiran... berjalan ke Akademi bomba ada majlis untuk dirakamkan. Makan bihun & mee sepeket (jadi 2 peket la)... majlis habis pukul11 dihidang pulak makan nasi.. tak sentuh pun nasinya.. makan jelatah timun, udang dan kentang goereng ikan bilis.. berat juga tu...jap lagi check lagi sekali darahnya. Naik ke 12.9 ... Dah sampai ke sekolah ngam2 dekat waktu nak masuk kelas... keluar dari kelas sempat buat kerja sikit.. pukul 2 ada mesyuarat asrama pulak... sampai 3 lebih.. makan lagi .. cucur udang, mee sup.. maka cucur udang...tak banyak 20 ketul je.. terus balik untuk solat
zohor... lepas asar ambil anak kat sekolah .. koku sebelum tu kulur 10rm... singgah kedai baiki dekoder 70rm, beli remote 10rm... sampai rumah dah 6 lebih..strika baju nak pakai gi masjid... mandi dan masuk maghrib. kat masjid masa spare buat kerja jkkk... ada pulak nak ajak sembang.. gagah juga siapkan sebelum azan isyak. Lepas Isyak ada usrah sekali gus perbincangan ringkas .. bawa le 12 mlm. Untuk kesekian kali dah bagi pandangan tentang pengurusan pas cawangan ampang pecah... tindakan susulan tak nampak2 pun. Malam ni diluahkan segalanya sekali lagi... tengoklah camne.. terus nak dibuat mesyuarat 28 Julai nanti.Sampai rumah dah 12 lebih..terus masuk tidur.

Tuesday, July 13, 2010

Julai 13

Selasa - hari ni pun tak kesoh2 sangat. Dapat relif 2 waktu hujung .... kelas 2 waktu tengah2. Nak mula sentih sps dah tak sempat pulak., Dapat surat suruh gi kursus sqss khamis ni... clash dengan mesy jkkk.. minta rosli jam yg pergi. Kerja-kerja macam biasa berjalan lancar. Cukup time nak balik, pembekal hantar vest & cap JKKK. Kempen ads4bucks...dia kempen MYRewards TnG... masuk 180..dia masuk 210.. terima tunai 30..kira settle. Hari ni daftar 2 member...satu tu lewat register sebab tunggu orang sana masukkan kredit. Lepas zohor...kado hajat ..terlepas nak asar kat masjid... buat kat rumah je.. Hujan pun mula turun. Kena kupas kelapa... 3 biji lepas kupas kena siatkan... luka 2 liang kat jari. Maghrib kat mesjid... lepas isyak singgah kedai bincang pasal mesy khamis nanti. Balik rumah dah 10.30 mlm.. dah usnyi sepi dalam rumah..decoder ASTRO belum dibetulkan lagi. Lepas tengok2 blog .. masuk tidur walaupun tak berapa mengantuk.

Monday, July 12, 2010

Julai 12

Isnin - Semua kembali normal hari ini... masa berlalu tanpa sebarang kecoh kecah... kerja pun dibuat tak tergesa2.. esok2 tak tahu la pulak. Hari ini bantu 2-3 orang guru untuk urusakan SAP, guna makmal. Selain waktu diisi dengan diskusi online dengan gpbnsde.... JPN beri komen pasal SSQS. Lepas sekolah 2.30ptg dah balik...singgah2 lagi..3 ptg baru sampai rumah. Lepas zohor sempat baring sekejap...jap je..3.45-4.30. Ke masjid...balik....semak email...makan malam...maghrib di masjid...ajar BI kat bebudak yang dtg berjemaah...lepas Isyak..balik. Dalam masa 1 jam ni..update blog...tapi menguap dah kerap...maknanya mau masuk tidur.

Sunday, July 11, 2010

Julai 11



Ahad- Satu yang yang amat sibuk walaupun cuti. Lepas subuh berjemaah di masjid, sempat prepare buku aturcara untuk bengkel isra mikraj. Print sample berwarna... terus ke sekolah .. perlu ambil beberapa peralatan dan cetakan. Balik hantar dulu bahan... terus ke pekan semula .. jumpa agen ads4bucks dari KL nak buka meja depan pasar. Selesai settle down ... lari pula ke Tmn Bukit Bujang.. ada gotong royong. Buat kerja sikti2..ambil gambar sikit2...makan sikit2.. ke pekan semula... pulangkan meja kerusi pinjam dari Isa. On the way singgah masjid tengok persiapan akhir... ada juga bahan yang tinggal di rumah.. balik pulak.. pergi balik.. balik lagi siap untuk zohor sekali. Lepas zohor bengkel bermula... semuanya ok alhamdulillah berjalan lancar... cuma sijil tak cukup..nak print printer dibawa..ink tak cukup.. balik print kat rumah. Pergi semula ke masjid sampai habis acara... solat asar... balik kat rumah letirk tak ada. Pukul 6.45 baru letrik ada balik.. strika baju nak pakai ke masjid.. maghrib..kuliah...Isyak...minum..sembang sikit2.. pukul 10 dah ada kat rumah Update blog2....masuk tidur. Esok adalah satu hari yang lain ceritanya.

Saturday, July 10, 2010

Julai 10


Sabtu - Pagi ni lepas Subuh ada kuliah Feqah - bab larangan orang berjunub. Macam biasa lepas kuliah makan nasi lemak, kuih seri muka, teh tarik... bedal semacam je... balik makan ubat. Lepas ni nak ke rumah ketua kampung...tengok2 apa yang patut.. tapi sebelum tu nak cari hadiah konsian ahli jkk untuk pengantin. Dalam pukul 12.00 nak gi Kepong pula..kenduri kahwin anak pengetua. Semuanya berjalan lancar. Dari kepong ke Greenwood Gombak rumah ipar yang akan langsung perkahwinan anaknya minggu depan. bertolak dari gombak 5.30 ptg .. sampai ke kkb elok2 nak masuk maghrib. Lepas maghrib bersama jk sediakan fail untuk program esok. Hadiah ongumah tolong balutkan. Sijil pun dah diprint. Tinggal seperkara dua je esok baru boleh buat. Apa pun masuk tidur sebelum 11 mlm. Cerita kata tv pun tak menarik..ASTRO dah 4 hari rosak decordernya... belum hantar ke kedai.. panggil datang ke rumah tak sampai2 lagi.

Friday, July 9, 2010

Julai 9

Jumaat - Pasar malam lagi petang ni ..tapi seblum tu perut dah kenyang sebab ada mesyuarat JK Khiarat Kematian- biasanya mee muar, kuih muih - pasti full punya. Hari ni pun berlalu dengan pantas ... cukup time balik... gi solat Jumaat- selesai - gi ambil ongumah kat sekolah - sampai rumah siap keluar semula gi mesyuarat kat rumah setiausaha Khairat Kematian - dekat sekolah juga rumahnya. Selesai agak awal hari ini... 4.00 petang dah over.. makan seperti yang dijangkakan. Sampai rumah sempat lagi ke masjid untuk asar. Lepas asar terus ke masjid besar untuk tengok2 dan ambil hari ketua kampung/pengerusi jkkk kahwinkan anaknya. Ambil 2-3 snap gambar...duduk belakang imam tetiba diminta isi borang... jadi saksi. Ana tak kisah ... pastu dihulur RM dalam tangan. Selesai semuanya lepas 5.30 ptg..singgah Pasar malam beli makan untuk ongumah dan anak sorang - laksa, bihun sup dan jagung. Ana dah kenyang.. lagipun malam ni ada makan lagi. Masuk waktu ke masjid untuk Maghrib... hujan turun lebat lagi.. ada kuliah lepas tu. Sempat bincang dengan Us Nizam - fasi untuk program Ahad nanti. Lepas Isyak ke rumah ketua kampung - tahlil dan doa selamat - hidangan sup tulang lembu. Makan semangkuk dan seketul... balik perut rasa tak selesa... nasib baik semangkuk. Rasanya lepas ni tengok je le dan jamu mata. Balik dah pukul 10.30... nak pantau2 web pun tak larat dah..jadinya masuk tidur je.

Thursday, July 8, 2010

Julai 8

Khamis- pagi ni nampaknya macam hari-hari biasa. Awal pagi sikit kecoh ada guru tak dapat login kehadiran. Kesian PC tu..on 24jam.. jadi restart je untuk refrexh memori.. ok la pulak. Kelas hari ni hujung sekali... jadi kalau tak ada relif boleh settle kerja-kerja lain. Lepas kelas pukul 1.50 ada banyak aduan pulak dah.. lcd tak nyala la, lcd blurr la, powerpoint kat blk mesyuarat rosak le (baru diganti tu)... pass semua kepada JTK. Habisnya balik pukul 3 lebih juga. Lepas zohor tak dapat nalk baring... kena siapkan profil kampung untuk ketua kampung... nak hari ni juga... tgh buat datang jiran minta tolong bayar bill online .. takut kena potong bekalan. Settle smuanya ... lepas asar terpaksa baring sekejap sampai 7... siap ke Surau Taman Bukit Bujang - majlis biasa - yassin dan doa selamat - program JKKK Ampang Pecah. Balik ke rumah dekat 10 mlm.... tok tek tok tek...masuk tidur 10.45.... malam jumaat berlalu sudah.

Wednesday, July 7, 2010

Julai 7

Rabu - pagi ni siapkan kerja-kerja yang teringat nak buat je... banyak lagi yang tak ingat. Sempat update blog2, isi semula data SPPICTS - siap print dan fail sekali. Masuk kelas 11.50 -12.30 - sambung lagi kerja cetak mencetak bahan. Kontek syarikat sistem rangkaian - dah 3 minggu senyap je macam tak nak buat kerja. Balik sampai rumah 3 lebih..tak sempat nak baring2...ke sekolah semula ambil ongumha & anak - kokurikulum. Lepas asar terpaksa baring sekejap sbb negantuk sangat .. sampai 7 ...siap ke masjid. Sejak semalam buat kelas BI utk bebudak yang dtg ke masjid - malam ni 2 orang je sebab hujan dari petang sampai ke malam. Lepas Isyak terus balik ke rumah... awal 9.20 ..sempat semak email, mesej2... dpt call ada usrah pulak... sori la nak keluar semula ..dah 10mlm .. katilpun dah gamit-gamit. seblum 11 dah masuk tidur.

Tuesday, July 6, 2010

Julai 6

Selasa - Sehari lagi datang .. alhamdulillah masih bernafas segar .. diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Hari ini berlalu bukan begitu sahaja sebab kejar masa untuk siapkan kerja. Dapat 2 relif hari ini.. awal dan tengah. Mula2nya 2 waktu sebelum masuk kelas sebenar 2 waktu = 4waktu straight. Komplin la sikit kan... tukar jadi 2 berasingan. Masuk situ .. keluar ..masuk lagi .. keluar .. tak lama masuk lagi... macam ni mana nak siap kerja. Belah pagi godek2 sikit printer yang ada ni..dah buat hal. Cari ganti buat sementara. Selesai kerja printing. Keluar dari kelas...sempat tengok2 apa yang patut.... yang tak patut tak tengok la. Habisnya pukul 3 lebih baru dapat tinggalkan kawasan sekolah..singgah Pusat Zakat hantar surat..sampai ke rumah 3.30. Lepas solat baru nak menghadap NB sambung kerja2 sikit, dapat call dari sekolah orang kementerian datang pasal makmal komputer dalam pembinaan. Berkejar balik ke sekolah ..sampai 5 lebih. Balik pulak... solat asar ..siap untuk ke masjid. Lepas maghrib start malam ni buat kelas BI untuk bebudak yang dtg ke masjid.Lepas isyak dapat laporan kes dah lama berlaku.. orang tak sihat otak mengendap rumah ustaz... siang hari pulak tu....kaki mencuri - basikal bertukar ganti, hp - jual murah2, dipukul orang dan memukul orang dan macam2 lagi - tentang orang yang sama. Gi jumpa abangnya .. dapat cakap dengan maknya.. semua cakap report polis je. Jadinya bersama Pengerusi dan Imam masjid, ke balai la kami pada pukul 10 mlm. Lepas buat report IO (Investigation Officer kot) panggil untuk ambil statement. Sebelum tu uztaz yang kena intai pun dah buat report tapi tak ambil statement pula. Habisnya dekat 11.30 mlm. Habis semua maklumat pelapor direkodkan... soal nak mengneal suspek, nak minta kerjasama kesan suspek tak timbul pun. Alih-alih IO tu nak jumpa la pelapor malam tu..dah dekat 12 mlm. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan tindakan segera kot. Apa pun dapat masuk tidur ketika jam nak berdetik 12 tengah malam.

Monday, July 5, 2010

Julai 5

Isnin - Pagi-pagipi sekolah... 7.40 ada acara di padang tapi terpaksa tinggalkan untuk ziarah kematian di Gesir. Sampai 8.30 pagi ... jenazah sedang diuruskan oleh keluarga... siap dikebumikan dekat 11.30. On the way singgah gerai makan... bertemu dengan x-xm3kbian- Amin Iyeeni - sebenarnya dia ada bersama di Melaka dulu tapi tak ditegurnya. Dah tersurat jumpa kat situ pula... dia pun tinggal di gedangsa... bawa anak ke klinik desa Kg Serigala. Sebelum 1 dah sampai kat sekolah sebab ada mesyuarat Tabung Kebajikan. Balik sampai kat rumah 3.30 ptg dah. Sempat lelapkan mata yang letih ni 20 minit... ke masjid solat asar. Cuaca terang hari ini,, dah tak hujan lagi..makanya ke kebun jap.. tupun tak lama sebab dah jam 6..mesti masuk sebelum 7. sempat le bakar daun2 kering. Siap ke masjid untuk maghrib sampai Isyak. ...balik dari masjid baring jap kat katil..terlelap sampai 10.45...terus masuk tidur.

Sunday, July 4, 2010

Julai 4

Ahad - Subuh di Ayer Keroh... dek sebab semalam acara habis agak lewat.. bebudak pun naik lewat..makanya bangun pun lewat la/ Habisnya cikgu je 3 orang bersubuh...pastu tu pelan2 baru bebdudak nak masuk, Kena slot bagi kuliah Subuh... dah disetkan bagi juga la walaupun kehadiran tak punuh. Sekejap je pun sebab fasi dah nak bawa ke acara lain.. lepaskan je. Mana orang nak suka dengafr bab2 berat .. lebih gemar kepada main2. Tengah sarapan Mistura (x-sm3kb) datang ..sembag2. Masuk dewan bebduka tengah sambung slot motivasi diri... dah nak siap untuk balik jam 12 nanti. On the way nak singgah rumah orang kahwin...bekas pengetua smkkkb Pn.Khadisah. Lepas tu singgah pula kat Kg Baru..solat rehat - hantar anak sorang tu ke stesen komuter Putra. Sampai ke KKB dah masuk Maghtib. Isyak baru ke masjid... terus ke sekoah pula untuk tunggu sorang lagi anak yang ke Melaka tapi naik bas bersama rombongan. Sementara tu singgah kat pasar ... ada gerai dibuka waktu malam kat situ.. kempen Ads4bucks. Nampak 1 bas dah sampai ... terus ke sekolah ..tupa2nya yang lagi satu pemandu bawa slow. Tunggu lagi sampai 10.30. Balik rumah dah dekat 11 mlam.. masuk tidur. Ingat tak penat ke?

Saturday, July 3, 2010

Julai 3

Sabtu - melaporkan dari Ayer Keroh,Melaka. Tapi sebelum tu...selepas Subuh..bersiap untuk bergerak ke program motovasi pelajar di Ayer Keroh Country Resort. On the way singgah kat Batu Caves ambil 6 kad bio energy...janji 9.30 ..sampai tepat 9.30 pagi..tap yang ditunggu sampai pukul 10 pagi, Sambung perjalanan sampai ke destinasi 12.30. Pelajar tengah bersiap sedia untuk kembara. Berjalan cari klu ntah apa-apa dari resort sampai zoo..pusing balik. Ana naik kereta je tengok2...ambil gambar.... beli barang2...habis 2 hari punya komisyen ads4bucks. Balik dari situ singgah makan....masuk bilik...solat ..keluar semula. Pi Mydin...tengok mall dia besar dah...majula katakan... sempat beli barang2 untuk program masjid ahad nanti. Ni kat dalam bilik ...tunggu nak pi makan malam. Lepas makan malam, baru nak masuk ke Dewan hang Jebat..program diteruskan.. sesi musahabah diri...diikuti dengan acara persembahan kumpulan. .. kena buat rakaman la apa lagi. Sebelum naik sempat buat promo ads4bucks kepada fasilitator..kanuselor Aziz dari UPSI, Naik tidur lepas jam 12..

Friday, July 2, 2010

Julai 2

Jumaat - Sehari lagi hampir berlalu pergi. Kerja-kerja beres...hari pun pendek...hari Jumaat. Kerja rutin ... yang lama siapkan rekod mengajar. Dalam pada tu tolong buat itu ini untuk orang itu ini.....sorang lagi daftar Ads4bucks..ngam2 waktu nak balik selesai. Tapi waktu tu juga la pihak Resort Teluk Batik nak hantar sebutharga... itu pun lepas komplin kat manager terus. Tunggu faks masuk .. balik sampai rumah 1 tgh. Sempat mandi je... ke masjid Darul Quran. Dari situ terus ke sekolah ambil ongumah. Balik ke rumah teirngat dokumen tak siap nak gi mhds. Siapkan sebelum keluar rumah 3/15 ptg. Tunggu punya tunggu, rupa2nya dah ada tunggu kat dalam sorang JK. Pengerusi tak sampai2...YDP pun tak ada. Akhirnya sain sendiri surat ..dan serah kepada unit berkenaan. Pi sekolah pulak ambil LCD & NB untuk program esok. Sampai rumah 5 lebih .solat asar...susun surat dalam fail..rupa2nya berterabur.. dah masuk Maghrib. Kat masjid agak sunyi..ramai jemaah regular tak hadir..ada program2 sendiri la tu. Lepas maghrib ada rezeki lagi..pulut kuning lagi...jadila daripada angin je.Balik ke rumah bawa 2 paket..makan 1.2 je..dah banyak sgt makan pulut. Gi semula Isyak...balik awal malam ni. Sempat check akaun ads...ada 60 lebih dalam ewallet (RM240)...mata dah tak larat..ada surat2 nak dibuat untuk JKKK dan Mahap...ni penagan pulut kuning la kot..mengantuk sangat.Masuk tidur je le...ntah2 ada rezeki lagi..

Thursday, July 1, 2010

Julai 1

Khamis - Hari ni macam hari2 biasa. Ketenangan terasa sebab tak ada gangguan untuk siapkan kerja. Banyak perkara dapat settle sebelum balik -ususan MAHAP selesai, urusan JKKK selesai, urusan sekolah pun selesai. Sebelum balik sepatutnya ada mesy Briged ..tu yang tak selesai. Perkara yang melibatkan orang lain biasanya tak berapa nak berjalan lancar. Hari ni dapat daftar 3 ahli baru Ads4Bucks. Sampai ke rumah 3.30 ptg...sempat daftar sorang sebelum jam 4... dah masyukkkk..tapi sikit je. Asar di masjid..hujan lagi petang. Ada pula yang sedekah pulut kuning. Pekana sepaket bawa balik 3 paket. Sediakan dokumen tambahan JKKK untuk bincang malam ni lepas Isyak. Kat masjid, lepas Maghrib Yassin..lepas Isyak makan. Rezeki rimau kata orang... sorang tu bagi pulut kuning + air mineral, sorang lagi bag pulut kuning, sorang lagi bagi pulut kunig dalam pinggan, ada epal, ada air kotak.... tak rezeki rimau namanya. Dah tu berlebih la pulak. Dapat bawa balik 5-6 bungkus ..bukan untuk makan sendiri.. panjangkan sedekah ke jiran-jiran. Dah tu sebelum masuk tidur, ongumah minta tengok nak buat aturcara raikan ppd bersara Isnin nanti. Jam 11 dah pengchan.