Tuesday, August 31, 2010

Ogos 31

Selasa - MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! merdeka ka?Lepas Subuh di masjid...balik dekat 8 pagi..hantar anak ke stesen komuter.... singgah kat pasar beli ikan & sayur...baru sampai dari pasar dapat call.. nak jengok lagi insiden rumah dihempap pokok di Kg Paya Dalam,KKB sampai 11.00 pagi. Teringat bebudak tadarus nak ke Shah Alam... gi tengok kat stesen bas dah tak ada.. dah pergi la tu. Singgah pula kat masjid tengok Ameer JKR buat berubahan - kakikan mimbar, tambah lampu,ubah itu ubah ini... dekat 12 balik dulu... pasang lampu lip lap baru beli tadi..sebelum jam 1 ..siap untuk Zohor di masjid..2.30 ptg balik dan sempat baring sampai 4 ptg. Asar di masjid lagi.. kerja pun tak siap lagi..hujan turun lagi..setiap petang hujan turun lebat pulak tu. Lepas bentang sejadah dengan keadaan saf yang baru..teringat pula nak ke asrama jam 5.30. Lepas 6 baru bergerak ..sampai di asrama acara belum mula.. 6.45 baru nak mula. Sempat sembang dengan pengetua ...tak ada acara apa sangat pun.. serah envelope kepada wakil pelajar Yayasan Selangor..lepas tu berbuka.. maghrib.. tazkirah oleh Rohaizad..tarawih. Sebelum witir.. ana dah minta diri.. malam ni rancang nak giammulail kat masjid baru tutup dengan witir. Ongumah bagi mesej nak ke bank malam ni juga..settle juga hal tu. Sebelum masuk tidur, update kat sini, tengoj2 berita semasa dan check email ... dah nak masuk tidur.. jam 12.30 dah nak bangun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 30, 2010

Ogos 30

Isnin - Esok cuti lagi... MERDEKA!Tapi hari ni kena teruskan ... cuti ke tak cuti kehidupan ini sama saja. So seharian di sekolah diteruskan bermula dengan sesi sambutan kemerdekaan peringkat sekolah dari 7.30 sampai 8.30 pagi. Lepas tu kelas2 macam biasa... ana tumpukan kepada pengisian SSQS tapi line mmg hancur.. PKG datang pantau sebab entry tek lengkap.. biar ditengok sendiri line susah nak masuk... nasib baik baru lepas log kat STS... lepas 1/2 jam mencuba, dia pun giveup terus blah... nak report terus kat BTP...sampai nak balik pun masih tak boleh nak masukkan data. Lepas sekolah balik agak awal maka sempat juga baring sekejap..sebelum ke masjid untuk asar. Hujan lebat lagi....tadarus sehelai ...sembang lagi sementara nak balik rumah.. bawa bubur lambuk.. 7 mlm keluar semula berbuka di masjid... lepas maghrib ke masjid lagi untuk tarawih. Lepas tarawih tak tadarus pun hari ini balik awal teus masuk tidur dekat 11 mlm. Terbangun pukul 3.....



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 29, 2010

Ogos 29

Ahad - Hari ni Pasar Malam ada, Pasar Ramdhan pun ada... tapi ada kukisah? Tak pernah pergi pun untuk beli makanan yang tak kan habis dimakan. Rezeki dah termaktub berada di masjid. lepas Subuh .. sembang2 sambil siak pasang bendera kat tiang pagar masjid...Balik dari masjid dah dekat 8.30 cuba2 nak buat SSQS tapi mata pula macam nak tidur..bawa tidur sampai 12 lebih.. siap ke masjid untuk Zohor. Lepas tu tak tau nak buat apa.. sbb NB & line dibolot anak anak. Tok tek tok tek..gi solat asar pula...tadarus..hujan turun lebat pulak ..ambil bubur..balik..buat dokuen JKKK mana yang sempat..berbuka & maghrib di masjid..hari ni tak ramai yg iftor (sbb pasar malam ke sbb hujan tak tau la nak kata)..berbuka dengan korma ke kurma (buah atau lauk) dan bubur lambuk & kuih 2 biji. Balik siap untuk ke masjid semula.. isyak & tarawih...jemaah pun tak ramai malam ni..10.30 menapak separuh jalan sebab anak bawa balik kereta lepas buat 8 rakaat tadi. Kat rumah terpaksa guna kuasa veto ... potong sambung sebab kena hantar email kpd MDHS..hantar senarai penerima sumbangan 2hb nanti. Akhirnya masuk tidur 11.45 mlm juga.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 28, 2010

Ogos 28

Sabtu - Pagi ni ada kuliah Subuh, jadi balik pun lewat sikit... lepas selesai seperkara dua dengan Bendahari, Pengerusi JKKK dan ahli jemaah. Di rumah nak buat kerja manaip tak dapat sebab ongumah pakai. Sempat update blog.. tetiba ada call ajak ke Kg Paya Dalam,.. ada pokok tumbang hempap rumah.. nak minta tolong ambilkan gambar olh JKKK KKB. Gambar dalam kepala pokok melintang atas rumah.. bila sampai dahan2 pokok durian tua jatuh atas bumbung.. memang ada kerosaka juga tapi tak la seperti dibayangkan tadi. Puncany petang semalam angin puting beliung lalu kat situ. Lepas ambil gambar singgah rumah penghuni single - dah berumur dan kurang upaya- tapi tinggal sorang2. Dah ada satu assignmrnt. Balik singgah masjid... datang Cikgu Aziz minta buat draft tiket dan banner hubli emas... dah ada 2 assignment. Sebelum balik ke asrama bawa tukang besi untuk buat sangkat PA system dan grill pondok jaga asarama. Sambil tu dah ada lori minta tolong ambilkan 6 keping zing pagar semengtara perojek asaram. Balik nak mulakan assignment, tengok NB sedang digunakan. Assignment 2 minta anak uruskan... assignment tangguh malam ni. Baring2 kejap tapi tak lama .. ada je gangguan.. sampai waktu asar. Draft tiket dan banner siap untuk diserahkan. Lepas asar bersama iman cari warga emas di kampung kelapa dan pasangan mualaf (tak dapat ambil gambar sebab yg lelaki tak berbaju, yg pompuan berkemban) untuk urusan khamis nanti. Balik rumah dah 6 lebih...siap2 untuk berbuka di masjid.. ingat boleh balik lepas solat Maghrib... betulkan jam timer untuk azan..sampai masuk Isyak. Tok Tek tok tek sampai lepas tarawih baru balik rumah. Tak tadaris pun hari ini. Siapkan assignment 1 , masuk tisur 12.50 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 27, 2010

Ogos 27

Jumaat -Hari ini cuti Nuzul Quran ... negeri lain tak tau le cuti ke idak. Lepas Subuh ... pagi sujud sajadah..habis lambat sikit. Dek sebab dah cuti ada juga masa sikit nak sembang2 dengan jemaah yang tak mau pulang awal... sampai matahari memancar memanah tubuh. Kat rumah ingat nak siapkan SSQS.. ongumah ajak gi sekolah ambil baarang2...duduk kat sana sampai 12 tgh. Balik.. siap ke masjid solat Jumaat. Lpeas tu pukul 3 patutnya nak buat ziarah.. tuan rumah pula tak ada di rumah. Dapat le baring sekejap... tu pun ada gangguan sekali sekala. Lepas asar ambil anak kat stesen komuter. Berbuka di masjid dengan pelbagai juadah.. memang kenyang betul..sempat pula bersembang dengan cicit pemilik masjid. Lepas maghrib balik jap untuk siap Isyak & Tarawaih pula. Moreh simple je - kuih karipap dan donat. Tadarus 1/2 jam balik 11 mlm...buat baucar bayaran untuk masjid sebelum masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 26, 2010

Ogos 26

Khamis - Hari ni pun berbuka kat luar lagi..kekurangan tidur masih terasa.. jap lagi boleh nap kejap kot.Pengisian SSQS dah nak kena mula buat... minggu depan dah 30hb.. esok dah cuti. Dengar citer tak boleh dibuat kat rumah...ntah le. Dah log ini ke site tu tapi sempat buat 1 entry saja.. dah diganggu kerja lain .. pengetua ajak tengok bangunan baru nak pasang lencana sekolah... kena call pembekal ..selesai sudah bab tu..masuk bilik ada kerja lain menanti... tok tek tok tek dah waktu balik..tapi tak boleh balik ada mesyuarat jk jubli emas ..hantar nak balik rumah.. singgah kat asrama on the way ke sekolah semula.. settle pasal pemasangan PA system.. pukul 3 baru masuk ke mesyuarat. Dah dapat call dari MDHS nak bincang pasal majlis 2hb nanti. 4.30 dah bergerak ke sana.. 5 ptg selesai..ke sekolah semula ambil ongumah..mesy kat situ pun baru tamat...sampai rumah dekat 6..siap2 ke rumah Hj Soin Ketua unit Peladang KKB ada majlis berbuka. Sampai orang tengah baca doa tahlil..25 minit lepas tu berbuka.. nasib baik tak ada gangguan kesihatan.. maintain sampai lepas solat Maghrib... dari situ terus ke masjid untuk Isyak & Tarawih. Tak tunggu untuk tadarus sebab penat sangat (mengantuk sebenarnya). Tinjau2 TV sebelum masuk tidur jam 11.00 mlm



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 25, 2010

Ogos 25

Rabu - 'A comeback' telah berlaku di sekolah ni. haari ini Pengetua pengganti mula betugas.. bukan baru lagi sebab tahun lepas pindah keluar, tahun ni masuk balik. Ana tak kisah sapa pun jadi pengetua.. kerja tetap macam biasa. Habisnya sepanjang hari memerap kat dalam bilik ni.. melayan 2-3 aduan staf pasal connection, layan pembekal nak pasang pa kat asrama,, sampai waktu balik. Keluar awal sikit sebab dalam perancangan jam 4 nak ke MDHS. Elok pukul 3 dapat call meeting cancel. Dapat le baring2 sekajap sebelum asar. Ke masjid untuk asar, lepas tu tadarus, ambil bubur lambuk, hantar bubur balik rumah.. gi balik ke masjid. Berbuka dimasjid anjuran PAS Cawangan Ampang Pecah.. makan karipap, koci dan agar-agar je. Menu utama nasi ayam.. makan lepas Mghrib.. ana tak makan la..terus balik siap nak Isyak dan tarawih di asrama. Just on time.. sampai je masuk waktu... selesai semua 9.30 mlm...bebudak nak gi minum malam pintu pun tak buka lagi sebab terawal datang.Buat perbincangan dengan JK penghun baru untuk persiapan aktiviti tahun depan.Jam 10 singgah kat Balai Raya Ampang Pecah pula,, ada mesy Hari Raya ..selesai 11,30 malam. Balik terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 24, 2010

Ogos 24

Selasa - Sebelum melangkah keluar dari rumah, dapat berita kenalan lama meninggal dunia. Kak Ani isteri Pak Ya satay, pernah berkerja di asrama SM3KB dari tahun 70an sampai 90an. Pindah ke sekolah lain dan menghidap penyakit kencing manis. Kononnya dah lama masuk wad. Tak sempat la pulak nak jengok ,, hantar wakil je atas nama JKKK. Hari ni pun berlalu seperti biasa..tak ada apa yang luar biasa. Sekolah dilepaskan lebih awal hari ni sebab ada majlis antara pengetua-guru - sesi perpisahan. Ana dah ada program lain kat luar, so skip je bab tu, Lepas solat tak sempat nak buat apa lagi dah bergerak ke Rumah Rehat KKB untuk sesi dialog Blueprint Perancangan Negeri Selangor 2011-2013. Selesai jam 6 petang tunggu waktu berbuka ,,, biasa je makananya.. korma, agar2, karipap, limau, nasi, ikan sardin masak cili, sayur kobis campur, kailan, kacang campur ayam dan tomyam. Tak le ana makan semuanya... ratah ikan & sayur je. Balik maghrib kat rumah.. ke masjid untuk tarawih.. mata memang dah letih sangat.. 4 hari dah tak dapat tidur petang.Tadarus pun semak bacaan bebudak ...pastu balik..masuk tidur 11 mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 23, 2010

Ogos 23

Isnin - Hari ini banyak event la pulak. Awal pagi ni ada perhimpunan - khusus untuk meraikan pengetua yang kena tukar sekolah. Petang ni Sultan Selangor datang ke masjid KKB untuk iftar tetapi ana ada program di asrama - majlis iftar juga. Jadi hari pun berlalu seperti biasa... terlelap tidur buat seketika, melayan email kekawan di group gpb.. ada juga maklumat baru dibincangkan. Sampai waktu balik lanjut sampai 3 ptg... nak tidur pun tak sempat sebab ke masjid awal sikit.. masih dibaiki sikit lagi. Sebelum solat Bendahari serahkan dokumen.. betul nak letak jawatan. Lepas asar tadarus... bincang minta sorang AJK pikul tugas bendahari.. tak menolak dia.. elok sangat la. Hari ni ada bubur lambuk..balik bersiap nak ke asrama. Dari 6.30 di asrama lepas berbuka balik ke rumah...maghrib...ke masjid semula. Lepas tarawih, tengok2 bebudak bertadarus sampai 10.00 mlm. Sambung lagi bertadarus dengan dewasa pula... balik rumah 11 mlm. Buat surat yg diperlukan segera untuk masjid.. masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 22, 2010

Ogos 22

Ahad - Hari ni tak banyak event - lepas subuh baring kejap..jam 9 ke pasar... balik pasar ke mesjid tengok kerja2 baiki speaker...sampai masuk Zohor.. lepas zOhor masih tengok2 lagi..balik salin untuk Asar... tadarus.. hari ni pun tak ada bubur lambuk..tukang masak tak sihat. Nasib baik ada bekalan semalam... berbuka dengan lambuk juga le. Malam ni nak imamkan solat tadarus sebab buat 8 je..lepas tu ada mesyuarat JK. Semua berjalan lancar.. solat selesai 9.40 mlm.. lepas moreh mesyuarat mula. Pada mulanya ok tapi bila pusing bagi peluang JK bercakap ada sorang ahli tak puas hati dengan pengurusan pembekalan moreh yang dikuasai Bendahari. Bila dirasakan isu dah nak settle, tetiba Bendahari naik hangin... ni kali pertama ana tengok orang yang dikatakan panas baran. Dia hilang pertimbangan dengan tetiba... menaikkan suara, menetup lantai, nak letak jawatan terus...dan cakap benda yang selama ni dirahsiakan (pasal anaknya). Akhirnya dapat dikawal oleh jk lain dan dia terus balik. Sebelum ni pun ramai juga yang dah kena penangan dia ni. Habisnya mesyuarat diteruskan tanpa banyak cerita lagi dan berakhir 11.10 mlm. Ana pun menapak balik dari masjid ke rumah... sampai 11.30 terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 21, 2010

Ogos 21

Sabtu - sekolah la pulak hari ni..ganti nak cuti deepavali.. apa la ni?Apa pun kena pi juga la kan. Buat je kerja yang boleh dibuat.. masuk kelas relif 1 - bagi tazkirah kat bebudak tu... tak sempat habis kerja dah 12.30 .. nak balik... habiskan juga kerja sikit lagi.. dah 1.30 baru bergerak balik. Lepas Zohor keluar ke kedai.. singgah ke sekolah ambil power cable lupan ka masukkan ke dalam beg. Elok nak masuk kereta, pak guard datang mengadu ada budak pompuan dari luar masuk ke surau, pastu budak lelaki dari asrama pula masuk ke surau. Dah mengandu kena la pi tengok sat. Takat tu je cerita boleh bagi.. yang lain confidential.Balik gi asar kat masjid... hari ni bubur lambuk ada kumpulan lain yang buatkan... kerjasama beberapa pihak.. jadi agak terhad bekalan. Ambil untuk makan 4 orang anak beranak je. Lepas maghrib ...ke masjid untuk tawarih.. lepas tadarus baru balik. Dapat buat 2 bahan cetakan... dah diajak masuk tidur.. itupun dah 11 mlm. Yang lain tak boleh cerita.. confidential.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 20, 2010

Ogos 20

Jumaat - Kali kedua berpuasa di bulan Ramadhan. Dah agak sampai je sistem kehadiran down... tulis atas kertas je le. Bila dicheck semula server rupa-rupanya cable dicucuk salah lubang. Up balik pukul 7.40.. habis masa dekat 1 jam untuk enter smula guru2 yg hadir. Lega dah selesai... dah pukul 10.00 pagi...tok tek tok tek dah nak balik 12.30. Lepas Jumaat macam biasa dok nak kena ambik ongumah dari sekolah... menghadap kerja sementara tunggu asar... lepas asar ambil anak pulak kat stesen komuter..pastu ziarah 2 ahli kariah yang uzur- lepas operation. Balik rumah dah dekat nak maghrib... berbuka.. maghrib.. terus ke masjid. Malam ni nak buat pengumuman 5 perkara. Lepas tarawih.. tadarus..pastu balik tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 19, 2010

Ogos 19

Khamis - Berita yg sah telah disampaikan... petukaran tetap akan berlaku.. yang baru masuk akan keluar, yang dah keluar akan masuk balik. Tak pernah berlaku dalam sejarah sekolah ini lagi selama 32 tahun ana di sini. Satu kesilapan yang pernah berlaku tahun 90 apabila seorang pengetua bukan Melayu masuk ke sekolah ini... pertama kali dan kali terakhir rasanya... sampai waktu ini la.. akan datang tak tahu la pulak.. MCA pun dah tuntut macam-macam sekarang ni.. jadi tak mustahil SM3KB berpengetuakan bukan Melayu. Tak kisah le 3 tahun lagi dah nak pencen. Hari banyak kerja tengok2 orang kerja. Rebund Asia datang train 2 guru buat jadual waktu. Kaypi datang nak tengok peralatan rosak. Pembekal sistem rangkaian ...datang settle kerja yang tertangguh dekat 1 tahun dah.Last-last minit yang agak mendesak. Time nak balik,, kerja depa siap.. kena sian menyain, buat panggllan dan akhirnya selesai tapi tima nak balik tu juga la connection failed. Balik solat dtg sekolah semula... sampai 4 lebih tak dpt nak cari puncanya.. tinggalkan dulu.. pastinya esok tak boleh log in kehadiran. connection ke server ip 37 failed? esok pagi je settlekan. Balik terus ke masjid untuk asar.. tadarus... ambil bubur..sekejap duduk menghadap NB dah waktu berbuka. Tarawih d rumah lagi... lepas tu ke masjid sat... tengok moreh ... mee goreng, karipada & pulasan.Pukul 10 ke mesyuarat JKKK di balai raya sampai 11. 30, Balik terus tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 18, 2010

Ogos 18

Rabu - buat kerja luar sepanjang hari ni. Jalankan pendedahan SPS kepada guru-guru terpilih ... tu pun ada yang tak datang. Bermula 8.00 pagi sampai 1.30 ..selesai apa yang perlu dibuat. Sementara tu dapat maklumat muktamad pertukaran pengetua. Balik sampai awal sikit..2.45 ingat nak baring2.. dah nak gi MDHS pulak ada bincang sikit pasal majlis yang nak dibuat. sinnggah kedai.. kejar balik sebab ada janji lagi satu lepas asar di masjid. Lepas asar tadarus.. hantar surat kat Taman Damai... sampai balik rumah dah 6.30 ptg.. tok tek tok tek dah masuk waktu berbuka. Hari ketiga tarawih di rumah.... selesai baru ke masjid.. moreh dan tadarus. Balik dah 11.30.. nak buat apa pun dah tak tahu.. kalai start buat pasti sampai lewat melebihi 12 mlm.. so masuk je tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 17, 2010

Ogos 17

Selasa - Hari ni pun tenang dan damai... yg pastinya mengantuk giler sbb pukul 4.30 pagi dikejutkan oleh jeritan ongumah.. bukan dirasuk tapi ada orang nak cuba buka gate .. nak mencuri la. Dengar jeritan tu, orang sbelah rumah 3 pintu pun boleh dengar... larila kawan tu. Maknanya dah tak selamat lagi kawasan perumahan ni. Kebelakangan ni baju di sidaian pun ada yang hilang.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kathttp://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 16, 2010

Ogos 16

Isnin - ia datang lagi dan lagi tanpa henti...dan kehadirannya dirasakan semakin rapat antara minggu ke minggu. Sepanjang hari tak ada gangguan sangat.. ada trial PMR .. kena relif satu kelas 10.50-11.10. Sementara tu siap buat edaran dan edar sekali kepada guru yg terlibat sesi latihan SPS esok. Sampai waktu balik tengah siapkan kerja sikit .. edaran juga..JKKKK untuk jabatan2.. dah siap ada pula lagi yang tertinggal.. buat di rumah je. Balik dah 3.30.. mcm biasa hajat nak baring.. tapi sebab dah buka tengok email.. news.. dah 4 30.. siap ke masjid untuk asar. Lepas asar tak tunggu tadarus sebab ongumah kata nak gi pasar ramadhan. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. rupa2nya suruh pergi sendiri.. nak beli air soya & mertabak je. Layan je la. Lepas berbuka.. maghrib dan isyak dan tarawih di rumah je... dgn anak bini kata orang. Lepas kena gi juga ke masjid.. tengok2 keadaan.. tunggu tadarus. Balik dah 11 lebih.. tok tek tok tek masuk tidur dekat 12 juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kathttp://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 15, 2010

Ogos 15

Ahad - hari minggu yang senyap sunyi sepi. Ramai yang tidur balik lepas subuh, tapi lebih ramai yang tidur balik lepas sahur. Yang hairannya orang Cina dan India pun sama-sama senyap.. sbb kereta ke moto ke.. tak lalu lalang depan rumah. Tu sebab sunyi sepi. Balik dari Subuh, tgh cuba nak settle problem NB anak ni.. tak leh nak akses IE... connect to streamyx & local network ok tapi yg pasti 'jungle' tak sama.. banyak kali try sistem baca ip setting router juga 192.168... .Sepatutnya ip streamyx 60.50.106.101 Nak install kaspersky pun problem.. dah install AVG.. tengah scan virus. Ni dah pukul 11.30.. baru bangun dari baring2 jap pukul 10.30 tadi. Jap lagi nak kena ke Serdang la pulak. Sebelum bergerak dok nak kena betulkan nb sampai dekat 2.30 ptg. Tak lama kat sana.. hantar.. singgah pasar raya beli barang keperluan...balik... tu pun sampai rumah 7 mlm. Siap untuk iftar... ke masjid tarawih.. tadarus.. balik 11lebih. Baca paper sebelum masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 14, 2010

Ogos 14

Sabtu - Bangun macam biasa.. sahur 5.15 pagi.. Subuh di masjid..ada kuliah subuh bab puasa. Balik mata mengantuk tapi gagah juga tak layan sebab nak sambung kerja lagi.. ada satu kerja yg perlu diselesaikan segera..tapi tak jumpa2 draftnya... dah tu paper untuk cetak pula habis. Kena pula gi pasar.. singgah pos office..pos surat dan beli stem lagi. Balik.. baru nak sambung kerja, ada panggilan ke masjid urusan speaker tak selesai lagi. Tak lama pun ... dalam 1130 dah di rumah semula. Masih menghadap NB untuk buat surat2 permohonan sumbangan sampai tak perasan dah masuk Zohor.... kat rumah je. Lepas zohor baring sampai 4 ptg. Asar... tadarus.. ambil bubur.. hantar sebungkus ke rumah x-jiran yang tengah sakit.. baru keluar hospital.Sementara tunggu iftar, layan kat sini. Try lagi hari ni, kalau boleh kontrol ..esok2 boleh berbuka di masjid.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 13, 2010

Ogos 13

Jumaat - pagi ni terlewat sikit je bangun.. biasa 5 pagi..hari ni 5.20 pagi.. sbb alarm pda ni silent mode. Nasib baik terjaga dek gegarannya. Dah tu hujan turun lebat pulak.. hujan rahmat pagi jumaat. Lepas sahur .. perut meragam lagi.. tak sempat subuh di masjid.. tapi sujud sajadah buat sendiri kat rumah. Yang pasti mata hari ni tak brapa nak sihat... mengantuk keterlaluan. Dalam blik air-con ni mmg sesuai untuk 'take a nap'. Tapi sekejap je... selesai kerja mana yang patut sebelum time balik. Lepas Jumaat ambil ongumah kat sekolah. Lepas asar di masjid..tadarus.. bawa balik bubur lambuk ..untuk jiran sebungkus (sebab sebungkus je yang tinggal) untuk sendiri masuk tipuware. Sementara tunggu berbuka buat kerja2 jkkk..surat kepada yb2 minta sumbangan. Elok masuk waktu berbuka.. berkejar ke stesen komuter ambil anak dari Serdang. Timing ok.. hari ini perut tak meragam.. dapat le ke mesjid awal mcm biasa..untuk tarawih. Malam ni ada task baru.. tak dpt terus tutup 8 rakaat.. kena jaga disilin bebudak. Malam ni tak ramai macam biasa sebab hujan agak lebat ... lepas selesai bebudak makan, baru sambung tutup 8 dan witir,, bersama SU. Tadarus sampai 11 mlm. Sambung kerja sikit lagi..sampai 12.30 mlm Nak masuk tidur pintu berkunci pulak...ikut sunah Nabi jangan ganggu orang tidur..makannya tidur kat luar je.. bukan luar rumah, luar bilik je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 12, 2010

Ogos 12

Khamis - Subuh di masjid.. sbelum balik kena uruskan pengeluaran wang oleh bendahari - nasib baik tak lama... masih on time untuk ke sekolah. Kerja masih tetangguh sbb ada incoming task - check PA kat asram, prepare sesi takliamat utk Kajian Kepuasan Pengguna SPS. Jam 2 ada taklimat lagi. Jam 2.45 .. singgah kedai.. sampai 3 lebih juga. Lepas zohor nak baring masih tak sempat.. buat notis utk masjid .. Saf 8 rakaat. Asar di masjid, tadarus, ambil bubur lambuk hantar ke rumah muaalaf.. sampai rumah jam 6. ptg. NB diguna dek anak.. cari bahan kot.. guna masa baring2 sementara tunggu iftar. Seperti biasa masih ada gangguan perut...8 lebih baru maghrib.. pastu terus ke masjid untuk isyak dan tarawih. Masalah bebudak bising masih berlaku..esok kena buat pengumuman lagi minta kerjasama jemaah untuk pantau.Tadarus lagi sampai 11 mlm. Balik terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 11, 2010

ogos 11 -MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK


Rabu - hari pertama puasa. Rutin masih macam biasa setakat pagi ni. Ada kelas 11.50 nanti. Sementara tu cuba siapkan kerja-kerja yang mula menimbun - SSQS tutup 30 Ogos, tamabah pulak lagi penilaian SPS tutup 16 ogos... kalau sorang je tak pe la, ni melibatkan ramai guru.. isinya sorang la.. sbbb yg lain tak guna pun SPS. Maka berlalu la hari ni... sehingga pukul 2 ada mesyuarat JK Asrama.. habis 3.30 ptg. Hajat nak balik awal untuk baring2 sementara iftar tak kesampaian. Tok tek tok tek dah masuk asar... ke masjid ..tengok kerja masak bubur lambuk.. tengok je orang lain yang buat. Lepas solat, tadarus sekejap berempat je... bubur lambuk pun dah siap berbungkus. Bawa balik untuk berbuka.. ambil lebih sikit bagi jiran2. Dalam masa 45 minit selesai buat tuntutan JKKK.. mlm ni nak serah kepada Ameer (AJK) untuk serahkan kepada PLB. Kalau lulus ada le RM5K untuk JKKK. Satu lagi hajat tak kesampaian.. nak iftar di masjid tapi perut tak mengizinkan. Lepas berbuka dengan air dan kurma (buah kurma bukan lauk kurma tau!) .. ragam baisa datang semula. Apa dia? Biarlah rahsia.. tak elok nak cerita pun... melibatkan perut dan saluranya. Isyak di masjid... sekali lagi buat pengumuman sementelah jemaah sedang ramai. Tarawih buat lapan je.. kali ni ramai juga ikut buat solat sunat witir.. semalam sorang je ikut sbb makluman tak sampai. Lepas tu urusan dengan Ameer pasal tuntutan kerja letrik... nak gi balik ke masjid untuk tadarus pun rasa malas .. dah 10 mlm. Sempat siap surat penghargaan penyumbang dan baucer bayaran pembekal kerja letrik, siap draft tuntutan nak buat program jamuan hari raya. yang menunggu nak dibuat pun banyak lagi. Sikit2 le.. lama-lama tak habis2 juga. Masuk tidur seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 10, 2010

ogos 10

Selasa -
MARHABAN YA RAMADHAN...Esok puasa..hari macam biasa. Tak ada relif cuma kelas 2 waktu. Terima email dari BTP .. ada kerja lagi yang nak siapkan sebelum 18 Ogos. Hak sendiri dah selesai, tinggal hak yg lain-lain blum pusing2 lagi. Satu lagi nak kejar masa SSQS.. hak sendiri dah selesai, tinggal hak lain2 blum sempat nak pusing2. Masa pun berlalu pergi.. dengan kerja2 yang tak pernah habis2. Pukul 1.30 ke asrama ada makan2... makan beradab.. bersama mentor mentee. Habis 2.30 ptg.. balik rumah 3.00 ptg.... tok tek tok tek..pukul 4... mata rasa berat baring kejap seblum masuk asar...bangun dah 5 ptg..lepas asar tok tek tok tek...dah nak masuk maghrib. Jemaah di rumah sementara tunggu pengistiharan mula puasa. Ke masjid Isyak dan tarawih. Masjid buat 20 tapi cuba nak bawa perubahan buat 8 dan ajak yang ramai lagi balik lepas 8 untuk bersama buat witir. Nampaknya tak berapa nak ikut...tak sedar atau segnaja tak mau ikut tak tahu la pulak. Ada yang lebih rela duduk2 kat belakang, ada yang balik terus. Ana tak kisah.. amalan masing2. Lepas witir, selesaikan urusan JKKK lagi,, pasal mohon pertuntukan... kena buat semula surat menyurat.Pergi balik ke masjid.. kot2 ada tahlil... tadarus..pun tak ada. Rezeki makan bubur kacang durian je ada... balik rumah masuk tidur sebelum 11 mlm. Tutup buku untuk hari ini.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 9, 2010

Ogos 9

Isnin - Pagi ni ada pelancaran bulan kemerdekaan dan PSS masa perhimpunan. Budak briged pulak tak dtg sekolah... penat perkhemahan semalam kot. jadinya balik asal jadi kameraman.Ana tidak kisah. Kerja-kerja rutin terus macam biasa.. kerja saamping banyak yg tersangut lagi. Apa pun buat yang termampu. Hari ni juga ada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidamtan Cemerlang.. mula 2 ptg di Akademi Bomba. Lepas kelas relif 11.10 .. bincang2 pasal mengisi markah lagi.. balik 12.30 tgh. Singgah kat masjid, ada kontaktor yg buat kerja betulkan lampu2... sangkut kat situ sampai nak masuk waktu Zohor. Tapi nak kena balik juga.. bersihkan diri sblum zohor. Pastu ke majlis APC. Dari 2.30 sampai 4.00 ptg..minum2 makan2 sembang2 .. tumpang kawan balik rumah sampai rumah 5 ptg. Lepas asar buat kerja luar rumah... siram pokok, sidai kain baju, bagi makan kucing dan kura2 2 ekor... tak sempat nak tengok nb pun.. dah siap untuk maghrib. Seblum ke masjid untuk Isyak, sempat print notis untuk papan kenyataan masjid. Lepas Isyak ingat dapat balik awal, bincang pula lagi pada speaker masjid dgn kontraktor sampai 10.00 mlm. Balik dah dekat 10.30mlm... masuk tidur 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://www.tinyurl/pmalam

Sunday, August 8, 2010

Ogos 8

Ahad - bangun macam biasa 5 pagi.. takut ramai yang guna tandas awam kat Bkt Lagong ni. rupa2nya ramai yang tidur terus. Siap awal tunggu masuk Subuh... tunggu lagi untuk bebudak peserta berkumpul.. 6 lebih baru solat. Satu lagi perkara biasa. Lepas Subuh, sarapan roti canao 2 keping sorang. Aktiviti hari ini melibatkan air dan halangan. Dari 9 pagi sampai 12.30... makan tengahari pun lepas majlis penutup..deka 2.30 ptg. Tok tek tok tek...pukul 4 baru bertolak balik ke KKB. Sampai rumah dah 6 ptg. Ada tetamu dtg... nasib baik tak terlajak asar..semuanya kat rumah hari ni.. adas, maghrib ke isyak. Tak larat dah nak berjaga lewat... pukul 10 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://www.tinyurl/pmalam

Saturday, August 7, 2010

Ogos 7

Sabtu - Dari bukit Lagong melaporkan. Awal pagi macam biasa dah bangun .. tapi tak macam biasa mandi pagi air sejuk kat tandas tempat orang. Yang penting tak ada gangguan... solat subuh pun jadi imam kepada bebduak berkhemah kat lagong ni. Sebelum mata hari terbit dari drive balik ke KKB... terus ke masjid. pukul 8.30 tak ada orang lagi.. lepas 9 pagi baru sorang2 datang... ramai la juga. Makanan pun ramai... ramia yang bagi.. nasi lemaj ada, bihun sup ada... bihun goreng pun ada. 12.30 balik kejap ..terus ke rumah kenduri.. mantan pengetua kat taman pesara. Dah selesai semuanya... makan sudah. mandi sudah.. solat pun sudah... tidur je blum..matanya dari pagi tadi nak pejam je. Lepas asar ni nak ke Bukit Lagong smula. Lepas soat asar...5.30 ptg bergerak ke Bkt Lagong..sampai sebelum maghrib. Malam ni makan lambat sikit - katanya bbq - nasi goreng ada, ayam panggang ada, nugger ayam ada, anjing panas ada,, nasib baik syur kolslow pun ada.. dapat le ana makan nasi sikit dan syur koslow tu.. ayam tak makan.. anjing panas lagi tak sentuh. Lepas tu ada lagi buah durian, duku langsat, pulasan dan rambutan. Sempat makan 2 ulas je.. dah tak lain badan.. berhenti terus... makan ubat je. Mlm ni persembahanan pelajar. Mula pun 10 mlm.. selesaunya dekat 12 mlm. Sebelum masuk tidur sembang ringan2 ..tak sedar dah dekat 1.. masuk tidur.. pengsan lagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://www.tinyurl/pmalam

Friday, August 6, 2010

Ogos 6

Jumaat - hari ni? Sesak nafas gamaknya. Yang dalam planning - nak lari ke Pejabat Agama sat .. lepas jumaat mesyuarat JKKK, pastu gi perkhemahan RIMUP kat gombak (terlepas kenduri duduk kerja malam ni). Semua berjalan lancar.... mesyuarat pun ok.. habis pun awal sikt..5,30. Lepas asar ..615 keluar ke Bukit Lagong. Sampai dah masuk Maghrib... makan malam kat situ. Sementara tunggu bebudak buat aktiviti berkumpul semasa rakan sambil nikmati durin dan KFC (depa le yang makan). Program mlm jalan masuk hutan.. 12 - 3. Tak tahan den...masuk khemah baring terus lelap sampai pagi... dalam kepanansan pun lena juga...tapi ternyata tidur tak puas..

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://www.tinyurl/pmalam

Thursday, August 5, 2010

Ogos 5

Khamis - Hari ini pun macam hari2 biasa juga. Buat kerja luar bilik sikit.. gi check bangunan baru .. nak masuk networking .. akhirnya putuskan pakai wifi je... jauh sangat takut tak cukup fibre optik. Kela waktu akhir.. bebudak baru lepas ujian penialain 2.. ada paper bahasa arab, cina 7 tamil.. bawa je bebduak ke astaka.. bagi peluang nak solat zohor. Baliknya ..tetap >3 .. lepas zohor sempat siap ke masjid asar. Bersama teknician JKR dapat kontrak baiki lampu/kipas masjid .. tengok2 apa yang dah dibuat. Sampai awal sikit kat rumah.. hantar bulk sms kpd jkkk untuk program malam ni. Maghrib di surau Taman Damai.. ada baca yassin & tahlil bersama JKKK.. selesai 9.30 mlm. Lepas makan - gado2 (org sini panggil pecal), bincang sikit dengan pengerusi-ameer pasal surat2 mohon peruntukan. Berkejar pula ke masjid besar untuk jumpa Nazir. Urusan tandatangan surat sokongan naiktaraf masjid ampang pecah - selesai. Lepas ni surat ke JAIS pula.. pastu JKR..pastu dah boleh keluar surat minta bantuan. Balik rumah 10.30 mlm. Ingat nak masuk tidur je sebab mata letih betul.. dah menghadap pula kemaskini kertas kerja .. lanjut sampai 11.30. Letih lagi la esoknya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Wednesday, August 4, 2010

Ogos 3 & 4

Selasa - Miss lagi satu hari... awal pagi dah keluar dari rumah menuju ke Damasara Heights... tumpang kereta Cikgu Ssemah. Untuk apa? Kursus pendek Intel Propject Based Learning. Keluar dari rumah 6.45 menuju ke toll Bukit Beruntung... sampai destinasi 8.30 pagi. Tempat agak susah nak masuk keluar..tight security... masuk tandas pun nak kena kad keluar masuk.. berkunci lagi. Kursus kat tingkat 14 ..semua belik bertutup rapat... surau kat tingkat 4 - tempat letak kereta..biasa la kat mana-mana shopping kompleks pun macam tu... ni pejabat swasta. Selesai kursus 5.00 ptg... sampai rumah 6.30 ptg. Tok tek tok tek..maghrib sampai Isyak... lepas isyak bincang sikit dengan Ameer pasal surat JKKK. Balik buat kerja mencetak..selesai 11.30 masuk tidur.

Rabu - Pagi ni dah kena pusing keliling sekolah .. nak cari guru untuk bawa pelajar tengok wayang Toy Story 3 Rabu depan. Terserempak dgn PAR.. hulur slip relif - 2 kelas 8.50 & 11.10 Lepas tu 11.50 ada kelas sendiri. Selesai semuanya. Jam 2 ada taklimat lagi kat bilik guru.. aktiviti tersusun hari sabtu nanti - perkhemahan RIMUP ada, Kem Rabbani ada, mesyuarat guru PPU ada, program motivasi pelajar Islam ada, motivasi pelajar bukan Islam ada, kabbadi pun ada. Jadinya hari Sabtu ni sekolah ganti cuti raya dipenuhi aktiviti... tak masuk kira yang akan ponteng nanti. Tu yang kat sekolah.. yang kat luar .. gotong royong kat masjid ada, kat surau ada, jemputan kenduri pun ada siang ada malam pun ada. Kira pack betul program. Pukul 3.30 baru bergerak balik ke rumah... menghadap kerja lagi ... ada pulak tetamu dari Jabatan Kesenian Negara - KeKWa - hantar notis Masjid Ampang Pecah dipilih bangunan warisan.... sampai terlajak asar pukul 6.. dah siap untuk maghrib pulak. Isyak kat masjid sebab ada perbincangan AJK pasal Sabtu ni punya program dan selit2 sikit hal lain. Dari situ dah pukul 10.. gi pulak kat balai raya ada usrah... balik 11.45 baru tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Monday, August 2, 2010

ogos 2

Isnin - Nampak gaya macam hari-hari biasa- sudah tidak ada kejutan lagi. Budak berhimpun di padang, guru berhimpun di bilik mesyuarat - taklimat pasal peperiksaan, cuti ganti raya..bla bla bla. Kerja-kerja pun buat macam biasa .. apa yang boleh dibuat buat... masuk kelas relif 1 pukul 11.10... dapat pula surat kursus pendek di Intel esok... lepas tu sambung buat kerja..dah time nak balik.Kena balik awal dari biasa - 2.30 sebab 3.30 ada sesi kat UPK.. taklimat kepada peniaga pasar Ramadhan. Kat situ sampai 4.30, balik selesaikan notis mesy JKKK. Lpeas maghrib kat rumah, ke masjid untuk Isyak.. lepas tu ke rumah En Md Ali bersama JK Naiktarah masjid.. makan nasi pula dah.. lepas bincang selesai dekat 10 mlm.. ada jajan pula. Rezeki. Sampai rumah settle urusan surat menyurat yang dibincangkan tadi. Masuk tidur dekat 10.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

Sunday, August 1, 2010

Ogos 1

Ahad - pagi masih di D Muara. Jalan2 cari makan...sampai 12 check out. Gi pekan Sungi Besar - Arked Man - makan. Ada insiden kecil kat gerai makan. Sekor anak monyet - siap pakai baju & pampers - terlepas dari tuannya. Riuh rendah pekerja resotran - monyet masuk dalam kedai. Boleh ka bela monyek? bertolak balik KKB 3.00 ptg.. singgah kat masjid solat - sampai KKB 5.30 ptg. Anak sulung bawa kereta charade tinggl kat stesen komuter - dia balik KL - kunci pula tak ada. Patutnya satu pintu tak dikunci. Jadi balik ambil kunci..pi balik ambil kereta. Sementara tunggu nak siap gi maghrib...update blog dulu.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/