Thursday, September 30, 2010

Sept 30

Khamis - masih di KL - Hotel First Business Inn. Bangun macam biasa..lepas solat tak pasti nak buat apa...lepak2 tunggu sarapan dampai. Dapat bihun -ada sikit rasa pelik..tapi balun sampai habis juga cuma tak ada minuman panas... kepuasan kurang terasa. Pukul 8.30 dah check out..bawa bebudak ke stadium semula untuk setup demo pagi ini. Singgah gerai makan sebelah Istana Budaya.. pekena kopi o panas dan roti telur bawang. Pastu teman ongumha tunggu kakak ia ambil untuk ke satu lokasi urusan keluarga. Jam 10 ana balik ke stadium.. tunggu sesi penutup pertandingan. Sempat juga buat siaran langsung sekali lagi. Selesai semuanya pukul 12.00.. makan tak dapat pun hari ini. Dari Titiwangsan ke stesen komuter Jelatek ambil anak2 (termasuk anak Jepun) .. nak berlabuh di Kramat rumah kakak upar sementara menunggu petang. Pukul 6.30 ptg bergerak ke KLIA.. singgah solat di Petronas.. check in settle, pukul 10 kedua mereka dah masuk ke balai berlepas. Balik ke KKB...sampai rumah dah jam >12 mkm. Terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 29, 2010

Sept 29

Rabu - hari ini pasar malam .. tapi tak dapat pergi sebab akan berada di KL.. pertandingan robotik ... buat liputan. Kalau tak ke mana pun paaar malam bukan pilihan utama pun. Pagi ni nak siap untuk ke KL... update pun dari rumah je. Dah ada kat rumah kena la buat kerja rumah.. basuh kain (masuk mesin je), angkat kain, sidai kain.. seblum ke KL, ambil anak kat stesen komuter dulu yg gi KL semalam. Pukul 11.30 ke Taman Tasik Titiwangsa - Stadium Sepak Takraw. Sampai group tengah prepare.. penilaian mula pukul 2 lebih. Sempat juga buat broadcast tapi sekejap je. Ada yang pesan jgn tunjuk sangat nanti orang lain ciplak rekaan sekolah buat. Tak kisah la.. betul ke tak betul kata dia. Selesai semua dah 5.30 ptg. Mlm ni bertandang di Fisrt Business Inn di Jalan Hj Eusoff belakang Grand Season. Bilik nombor 106... buka tingkap nampak bungkusan sampah sarap, minta pinjam strika pun tak ada.. kalau nak terika baju esok pagi je ada,malam housekeeping gtak kerja tu pun housekeeping yang buat pastu bayar..Selama lebih 11 tahun menginap di hotel ni baru sekali jumpa hotel yg caj untuk strika baju. Nak call guest relation pun tak berjawab...tak kerja malam kot. Makan malam disediakan oleh rombongan.. nasi putih kobis air dan sup ayam. Tengahari tadi sedap juga.. nasi kari ikan kembung dan ayam goreng..Karinya sedap..kalau ada sambal lagi sedap. Jadi malam ni tak buat apa .. relax2 dalam bilik..!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 28, 2010

Sept 28

Selasa - Rombongan kumpulan robotik ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan bertolak ke KL pagi ni. Jap lagi nak ambil gambar2... esok baru ana pergi ke sana untuk buat liputn. Hari ni kena settle urusan hari ni dulu. Hari ni ada kerja, ada kelas, ada relif.. kerja bahagian pagi dah selesai.. ambil gambar rombongan yang bertolak ke KL. Pastu siapkan SKT sebab nak hantar borang prestasi.. selesai. Masuk kelas keluar kelas...dah waktu balik. Kena segera balik hantar anak, solat zohor..gi balik untuk mesyuarat JK Asrama. Habis 4.30 ptg.. singgah kedai... balik solat asar.. baru nak buka NB.. angkat kain di ampaian,, sidai kain yang dah 1 hari tak bersidai.. pergi ke Rest House KKB ambil sepupu ongumah (nazir dari KL dtg KKB pantau LUNIS di sek rendah) dtg ke rumah untuk makan malam dengan kekawan. Layan sampai 8.45 mlm. Pastu semak email...masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 27, 2010

Sept 27

Isnin - Penat tak habis lagi... ke sekolah macam biasa. Kekadang rasa macam nak ambil cuti rehat.. mcm ramai cikgu lain buat -- ambil sampai 2 hari sambung lepas cuti biasa.boleh ke? Dan hari ini pun berbalu pergi tanpa menanti. Sepanjang hari di sekolah, siapkan mana-mana yang boleh tapi masih ada yang tak siap juga. Sambung kerja kat rumah.. pun masa masih tak mencukupi. Balik pukul 3... belum sempat mula kerja dah masuk asar.. sempat ke masjid tapi hujan dah mula turun lebat juga.. sampai air sungai kubu naik tinggi. Hujan bawa sampai ke malam. Maghrib- Isyak di masjid.. hujan masih turun. Kat rumah lepas 10 mlm baru dapat mula nak siapkan minit mesy JKKK.. pukul 11.30 dah masuk tidur.. hajat pun tak kesampaian sebab keletihan yang amat sangat.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sept 26 - Hari Ini & Semalam

Isnin - bukan nama lagu tapi catatan semalam tak sempat nak buat sebab sepanjang hari berada di jalanan.
Ahad - bergerak keluar dari rumah jam 8.30 pagi ,, terus tuju ke Pej Imigesen Pusat Damansara urusan paspot anak yang belajar kat Jepun (bersama sorang kawan dari Jepun). Janji siap 1 jam tidak ditepati sebab walaupun Ahad ramai yang berurusan pada hari ini. Akhirnya selesai dari 10 pagi sampai 12.30 tgh (31/2jam).Dari situ ke rumah kenduri kahwin kawan anak ni yang sama belajar di Jepun.. cari rumah pun dah dekat 1 jam.Kat situ budak Jepun ni jumpa ramai kekawan dia yang turut datang dari sana untuk raikan kawan mereka kahwin di Malaysia. Selesai makan dan bergerak pula ke rumah kakak ipar di Damansara Utama..on the way singgah zohor di Petronas..hujan pula turun dengan lebatnya.Sampai di sana dah masuk asar... lepak2 sambil minum2 makan2 sembang2 jamu budak jepun dengan goreng pisang dan kuih tradisional.. seronok dia rasa smua yang dibagi. Dekat 5.30 pi pulak ke Keramat jumpakan anak ni dengan atok mereka yang dah lama tak jumpa.. Maghrib kat situ. Bergerak pula ke Kampung Baru jumpakan pula dengan mak dan pak sedara... Isyak pun dah masuk.. selesai bab tu dulu.. dah tak makan2 sgt... dah ingat nak pulang KKB je. Sebelum 9 bergerak balik ke KKB..sampai dalam 10.30 mlm. Ingatkan boleh la masuk tisur terus, ada pula mekanik tengah kerjakan kereta charade yang baru dioverhaul.. kataknya kipas radiator pulak rosak... parking pula betul2 depan gate nak masuk. Sambil deme buat kerja..tangkap lintok dlm kereta sekejap lepaskan lelah.. sampai 11 suku baru ok. Tok tek tok tek..masuk tidur 11.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 25, 2010

Sept 25

Sabtu - hari yang akan memenatkan sudah tiba. Dari pagi ni- lepas subuh ada kuliah - tapi tak duduk sampai habis, dah bekejar ke sekolah. Sambutan JUBLI EMAS - pagi ada aktiviti, petang ada acara, malam ada persembahan masa makan2. Ni tengah bertungkus lumus siapkan bahan presentation untuk malam ni. Dalam pada tu bebudak Briged nak adakan tayangan video cerita A-Team... dah tu ada nak buka makmal buat cyber-cafe main game...tapi nak uruskannya tak nampak lagi batang hidung. Untuk malam ni juga nak siapkan beberapa keping CD / DVD untuk dibuat jualan. Penat lagi memenatkan. Menjelang 12 tgh bahan settle, tayangan ada 15 orang je... buat di makmal sebab kunci bilik mesyuarat tak ada.. orang pejabat tak datang, kunci sedia ada pun ntah ke mana. Dalam kejar-kejar ambil gambar, akhirnya selesai bab pertama jam 1.00 Nak balil kereta tak ada.. tunggu pulak mekanik pinjamkan kereta...pukul 3 baru dia datang. Hantar ongumah balik... kerja pulak ke Dewan.. nak tengok persiapan untuk presentation. Yang nak bagi pinjam LCD pulak tak nampak2 batag hidung.. bila dicall rupa2nya terlupa la pulak..tunggu sampai 6.30 tak tiba2. Pi pulak ke sekolah ambil LCD dan extension wire.. test sekejap..kira ok la ..boleh la nak ditayang. Balik untum maghrib dan siap.. pi balik ke Dewan dah 8 lebih. Memang dah agak..tak cukup alat nak sambung LCD (nasib baik ada yang jenis power sikit). Akhirnya tayang berjaya dilaksanakan sampai akhir acara. Makan2, minum2, sembang2, ambil2 gambar... balik pukul 11.30 mlm. Anak dari Jepun dan sorang kawan dia dah sampai ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat. Tidur..12 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 24, 2010

Sept 24

Jumaat - tetap datang lagi saban minggu. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih ada ruang dan detik dipinjamkan untuk meneruskan kehidupan. Dalam waktu yang singkat ni - 7.30 sampai 12.30 - 5 jam je banyak perkara nak dibuat...banyak perkara juga nak kena tangguhkan. Yang dulu didulukan, yang kemudian dok di belakang. Settle seperkara dua sebelum waktu balik - solat Jumaat - balik singgah ambil ongumah.. singgah kedai..kat rumah ingat nak baring sejam dua.. tak dapat pulak sebab kena buat panggilan dan ada panggilan. ASTRO nak buat rakaman 'destinasi ke destinasi' Ahad ni di masjid. Dah masuk waktu asar, lepas asar nak ambil anak kat stesen komuter. Sebelum jam 7 siap satu bahan - PIBG untuk esok. Lepas Isyak ada mesyuarat JK masjid - habis pukul 10.30 mlm. Balik siapkan satu lagi bahan -ALUMNI sebelum masuk tidur jam 12.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 23, 2010

Sept 23

Khamis - hari akhir di Ilham Resort Port Dickson. .. khabarnya gaji dah masuk kat bank.. bulan belum cukup. Baru lepas solat subuh .. sementara nak turun sarapan, sempatlah kemaskan blog ni. Slot pagi ni bermula 8.30 pagi.. membuat rumusan atas apa yang dibincangkan semalam. Majlis penutup bermula 11 pagi... lepas tu minum dan makan tengahhari sekali - nasi goreng, ayam goreng, seri muka dan keladi goreng... makan keladi & seri muka je le. Bergerak balik ke KKB dah 12.30 tgh.. singgah rumah Cikgu Azhar(Sg Pusu) di Selayang .. sebelum tu singgah makan rojak & cendol kat kawasan perumahan tu... tumpang solat sekali.. minum, makan, sembang.. bergerak semula dalam 3.30 ptg. Berhenti di rumah Cikgu Rosli... minum, makan, sembang sementara tunggu ongumah datang ambil. Dah jam 6 ptg.. tok tek tok tek,, siap ke masjid .. ada beberapa perkara diselesaikan. Lepas Isyak balik terus... tengok Durja Ningsun.. drama seram kat TV3.. cerita agak biasa tapi tekniknya bagus.. meremang juga bulu2 yang ada sekali sekala. Masuk tidur 10.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 22, 2010

sept 22

Rabu - melapor daru PD... bangun 5.30 pagi siap sedia untuk Subuh.. ambil perhatian kepada yang akan menginap di Ilham Resort.. kat bilik 4111(3) ni tandasnya rosak. Lepas kado hajat dan diflush, smua harta karun timbul sama... susah jadinya..terpaksa tangguhkan dulu hajat tu. Ada masa sikit untuk update blog ni sebelum turut sarapan. Agenda pagi ni.. belum dipastikan sebab ada yang nak minta mulakan sesi mesyuarat, ada yang nak minta ikuti sesi pendedahan program. Tengok la apa hsilmnya nanti. Lepas sarapan, mula 8.30 sesi mesyuarat bermula untuk bincang pelbagai perkara (rujuk http://gpbnsde.blogspot.com ) sampai waktu makan tengahari. Lepas pukul 2 semua peserta kursus berkumpul dalam dewan untuk sesi pendedahan kolorasi online dan live@online oleh Syarikat Microsoft. Lepas minum petang sambung sikit lagi slot untuk GPB untuk U-buntu on CD oleh guru ICT SMKKKB. Selesai dah dekat 6.30 ptg baru naik ke bilik, dah turun semula untuk jamuan Hari Raya (makan malam la tu)... mengah perut jadinya. Slot malam disampaikan oleh Timb Pengarah Selangor pun tak mampu turun.. mengantuk.. tertidur atas sofa.. terbangun 10.30 mlm... menghadap NB .. nak buat bahan Sabtu nanti, tengok TV sampai 2pagi baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 21, 2010

Sept 21

Selasa - Pagi ni Program Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan Jamuan Hari Raya Perdana. Bermula 8 pagi ..acara di padang selesai jam 9.30 pagi. Apa lagi kerjanya.. ambil gambar le tapi waktu ni la bateri nak habis... terpaksa guna NB untuk rekoding. Lepas acara padang, acara jamuan raya. Para jemputan di bawa ke dewan untuk jamuan lepada majis tapi terus dengan program jamuan raya. Sementara tu group men rendah beraya di padang. Keseluruhannya program ni berjaya tetapi objektifnya tak tercapai sebab... tujuan utama nak beri peluang dilatih / diajar bebudak untuk jumpa guru2 ke, pekerja ke..minta maaf atas kesilapan yang dibuat.. macam dibuat kepada ibubapa di rumah... kalau ada nak hulur singgit dua boleh juga meriahkan suasana.. supaya bebduak Cina dna India pun faham amalan Hari Raya itu. Yang terjadi ... malan2, sembang2.. dan nyani2 je. Mungkin tahun depan kalau ada lagi boleh dibaiki. Pukul 1 lebih baru bertolak ke Port Dickson. Sampai ke PNB Ilham Resort dah pukul 3 lebih. Check in... gi dewan .. sesi taklimat dah nak habis.. minum petang..naik bilik untuk solat. Bantu Rosli burn CD bahan untuk malam ni... dah turun makan malam. Lepas Maghrib-Isyak ada sesi mesyuarat GPB-KUTV-JPN. Group ICT ada sesi sendiri. Selesai semua dah 11 lebih... masuk tidur 12 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 20, 2010

Sept 20

Isnin - Mula sekolah hari ini. Awal2 lagi dah sibuk nak siapkan bahan untuk mesy JKKK 2 ptg nanti. Dapat pula relif... dapat surat kursus di PD esok-khamis... uruskan transport.. bas disediakan tapi ada program besar pulak esok kat sekolah. Kerja diteruskan macam biasa sampai waktu nak balik...ada pulak kes polis melibatkan PC sekolah. Butirannya tak boleh bagitau tapi PC diambil polis untuk bahan bukti. Tak dapat nak uruskan isu ni sebab ada mesyuarat JKKK pulak petang ni. Dari sekolah hantar anak balik dulu terus ke tempat mesyuarat. Dari 3 ptg sampai 5.30 ptg (rujuk www.jatikap.blogspot.com )terus ke bengkel kereta. Kereta charade belum siap dibaiki, baiki pulak Trajet punya tangki spare radiator.. kena RN50. Buat sementara je tu dah order untuk ganti lain. Balik dah 6.30 ptg... siap2 .. solat maghrib..isyak.. packing untuk kursus esok...check email..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 19, 2010

Sept 19

Ahad - sudah balik ke KKB dengan selamatnya,alhamdulillah. Pagi ni dah hantar naak ke stesen komuter... balik KL. Banyak kerja nak settle hari ni - hal JKKK, hal kereta- dan hal-hal lain. Balik dari pasar, singgah ke bengkel nak tengok chardae dah siap ke belum,, bengkel pula tutup .. kat rumah sambil2 tu menghadap NB kejap, sidai kain kejap, baca paper- tengok tv.. sampai waktu makan lunch. Lepas tu ingat nak tidur.. tertengok cerita best pulak kat Astro Ria... layan pulak sampai lewat petang... strika baju sampai ke malam.. sampai masuk tidur 11 mlm... hal jkk tak settle, hal kereta tak settle, cuma hal2 lain dah separuh settle (tak semua baju disidai, tak semua paper dibaca!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 18, 2010

Sept 18

Sabtu - masih di KT. Hari ini majlis perkahwinannya pula. Pagi ni nak ziarah rumah mak mentua Ust Zurinawati.... kampung berhampiran Taman Tamadun Islam. Pukul 11.00 berkejar balik ke hotel sebab 12.30 dah nak bergerak ke rumah pangantin pompuan. Semua dah siap dibagi tau pulak rombongan akan bergerak pukul 1.00 pulak sebab ada urusan protokol.. temenggong nak dtg ke rumah pengantin. Lepas tu tangguh lagi pukul 1.45.. nak berkumpul belum nak bergerak lagi.. kali ni kawasan tu keputusan air dan bekalan letrik. Pengantin kena bersiap kat hotel je. Jam 2 lebih baru boleh bergerak rombongan ke rumah pengantin.. selesai acara renis2 9ana tak renjis pun..baca doa sikit depan pengantin..turun), makan2... sembang2. Pukul 3 lebih ana bergerak balik ke KKKB. Sampai RnR tukar pemandu..tu baru 10 lebih tu..mata dah berair semacam,,epamdnagan pun dah lain macam je...sekali tu mmg terlelap sekajap tapi terasa kereta dah ketengah jalan... tu yang tukat bagi anak bawa. Sampai rumah 1.30 pagi..terus tidur .. sempat juga sekejap lempiaskan hajat.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 17, 2010

Sept 17 - Dari Primula Beach Resort,Trengganu

Jumaat - Melaporkan dari Batu Buruk Trengganu....nasib baik line ok kat sini pakai Broadband Celcom.,, laju sgt. Plan untuk hari ini sementara menunggu malam - jalan2 pusing2 pekan KT sambil ziarah rumah keluarga angkat anak yang pernah belajar 3 tahun di KT ni. Agenda utama malam ni lepas maghrib.. akad nikah anak sedara minta ana jadi saksi... kena melawa la sikit. Sementara tu sebelah siangnya jalan2 - lepas ziarah rumah keluarga angkat anak tadi, ke rumah jiran tempat tinggal dia dulu. Menjelang masuk waktu solat balik ke hotel rehat2... lepas jamak zohor-asar ke tempat makan tengah hari di Batu Buruk Beach Resort lagi..tempat makan semalam. Dari situ ke Pasar Payang - cari keropok sikit dan beli kerepek sagu.. belum pernah jumapa sebelum ni.. buat buah tangan untuk orang pejabat nanti. Ada 2-3 jam lagi sebelum masuk Maghrib.. santai2 dalam bilik. Lepas jamak maghrib-isyak, bersiap untuk bergerak ke rumah pengantin di Kg ??? .. dengan 12 buah kereta diirngi polis trafik dari hotel sampai ke rumah pengantin.. malam ni jadi VIP.. ada polis escort.Kebetulan Ust Zurinawati balik kpg suami dia di KT pun kena berhenti tepi jalan untuk bagi laluan kepada konvoi pengantin. Hah gempak gitu! Perjalanan ambil masa 30 minit untuk sampai ke rumah pengantin yang terletak di hujung kampung berkenaan dalam keadaan hujan gerimis. Rumah agamnya kurang diterangi lampu2 yang gemerlapan - sekadar lampu di khemah makan dan sebiji spot light. Majlis akad nikah pun berlangsung dengan selamatnya walaupun ada satu dua perkara yang kurang ... sistem PAnya tak diurus dengab baik, jurunikah pun imam 72 tahun.. acaranya pun ringkas dan mengelirukan. Lepas khutbah diberi sepatah dua kata kepada pengantin lelaki dan terus dinikahkan. Sebagai saksi ana pun tak bersedia - tangan tak dipegang, istigfar tak ada- terus dinikahkan. Biasanya dibuat testing dulu rupa2nya betul2 dengan sekali lafaz. Selesailah sudah... terus pengantin baca taklik. Lepas tu makan2, gambar2...balik ke hotel.. terus tidur pukul 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 16, 2010

Sept 16

Khamis - Selamat Hari Malaysia la pulak! Hari ini nak berangkat ke Kuala Terenggau selama 3-4 hari. Update dari sana nanti. Mula perjalanan 9.30 pagi.. melalui Genting.. perjalanan yang tidak ada apa-apa yang menarik. Singgah di Kemaman - rumah x-sm3kbian - Salmah Abdullah... masuk waktu asar. Bergerak semula dan 7.30 sampai di tempat makan malam - Batu Buruk Beach Resort. Lepas makan2, sembang2.. check in kat Primula Beach Resort - Bilik 906. pemandangan yang cantik - tak nampak sangat le malam gelap. Dek keletihan yang teramat sangat.. tidur seawal 11.00 mlm selepas sedikit waming up dalam kesejakan air cond hotel ini.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 15, 2010

Sept 15

Rabu - Sekolah masih cuti... banyak urusan nak settle pagi... esok sampai Ahad dah berada di Kuala Terengganu. Balik dari Subuh di masjid.. terus buat updagtes sikit. Lepas sarapan keluar dari rumah untuk settlekan beberapa urusan termasuk bayar insuran yang akan expire 19hb nanti, ambil roadtax yang akan mati tarikh yang sama, urusan citibank... selesai dekat 12 tgh. Balik bersiap untuk ke KL - mula2 rumah mak pak sedara di Keramat.. kemudian ke Damansara rumah kakak ipar... pastu ke UPM hantar anak. Dah pulak nak beli barang perkhemahan..pusing balik ke Giant di Mines.. hantar barang kat kampus UPM.,. solat maghrib di masjid UPM..hantar pulak ke stesen komuter. Dia nak pi KL Sentral tunggu kawan dari Sarawak touchdown 8.30 mlm..kemudian dia akan bermalam di rumah abang kawan dia sampai Ahad depan. On the way singgah makan di Rawang - kedai Al-Madinah (mamak punya).. pekena tosai 1, capati 1, kopi Radix. Sampai rumah 10 lebih... check darah..mai ai 19.9. Telan ubat 2 biji... baring dulu.. bangun semula 12.30 untuk solat Isyak. Masuk tidur jam 1.00 pagi dengan hajat yang tidak kesampaian.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 14, 2010

Sept 14

Selasa - masih cuti sekolah... mood raya? ada sikit2 kot sebab semalam dapat mula hari 1 puasa 6... hari ini dah mula tapi bergantng kepada keadaan juga. Balik dari Subuh..menghadap NB sekejap - 2 jam je. Tengah buat kerja rasa mengantuk pulak.. baring le sekejap. Ada call dari PKG pasal SSQS..call BTP pasal SSQS. Bawa kereta pi bengkel.. ingat sikit punya kes... takat check radiator tapi... habisnya kena overhaul enjin... gasket terbakar... piston ring bunyi kuat. Tinggal kat bengkel Charles di KKB Road.. tempat biasa hantar kereta untuk dibaiki. Nak melayang lagi 1K. Sebelum pi Zohor ada x-sm3kbian dtg beraya... lepas balik Zohor ada lagi group lain dah sampai. Sementara asar tengok tv... terima surat tuntutan CItibank. Settle urusan surat menyurat .. esok kena siap semua.. lusa dah nak ke KT. Bawa sampai petang... berbuka...dan Isyak di masjid. Balik dari masjid ziarah Khir (jiran lama kini di Taman Tanjak) - yang masih tak sihat betul - masalah jantung dan saluran darah. Dari jam 10 tengok tv lagi...bawa ke 11.30 mlm masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 13, 2010

Sept 13

Isnin - apa plan hari ni... duduk rumah je.sejak bangun 5 pagi tadi hujan dah mula turun. Sempat sahur sikit dengan roti & mentega... nak mula puasa 6. Hari pun berlalu pergi dengan tak ada aktiviti menarik hari ini. Ongumah ajak gi pasar.. hari ini ada yang janji nak datang beraya... x-sm3kbians. Tolong tengok2kan hal maualaf yang anaknya masuk wad... pinjam kereta merah masih ada pada dia. Dah masuk 3 hari masuk wad. Elok hari ini nak gi lawat dah discharge. Selesai bab tu.. balik baring2 sekjap. Tengah sedap berdengkur.. Md ALi datnag pulangkan kereta. Bila dipulangkan kereta baru ada cerita... masalah radiator bocor. Rancangan nak ke KL rupa2nya tergendala sebab kereta mogok tengah jalan. Lepas baiki sikit tukar rubber stoper.. anak dia masuk wad. Nak kena hantar ke bengkel check radiator lepas zohor nanti. Dah bengkel pula tutup.. bengkel milik orang India.. pun cuti raya.. sebab pekerja dia orang Pakistan kot. Dah tak ada apa nak buat lepak depan TV.. sambil layan bebudak beraya... sampai waktu Asar. Lepas asar masih ada tetamu.. bawa ke Maghrib..berbuka dengan nasi impit kuah kacang je. Isyak di masjid... balik layan cerita Momok ada lagi tetamu datang sampai pukul 11 baru depa balik. Masih depan tv sampai 12 mlm baru masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 12, 2010

Sept 12

Ahad - Hari Raya ketiga. Hari ini akan bertolak ke Triang, Pahang untuk iringi pengantin anak ahli kariah. Bertolak dari rumah 7 pagi... sampai di Felda Purun, Triang 10 lebih... lepas minum, makan pulut dgn perut lembu maska lemak cili api..majlis akad dimulakan. Selesai semua - makan sampai pengantin masuk rumah - 12 lebih. Tinggalkan majlis untuk bergerak ke Tasik Bera.. saja nak tengok suasana kat sana. Tak berapa menarik perhatian sangat... bergerak pula ke Felda Cemoi rumah bakal menantu la kiranya kalau tak ada aral melintnag tahun depan ni. Duduk makan2, sembang2, angkut apa yang patut bawa balik - rambutan sikit, ulam selom sikit, kuih muih sikit - siap pokok halia bara sekali - mula perjalanan balik KKB 5 lebih. Kereta pun dah banyak juga di lebihraya tapi masih ok.. perjalan cuma agak perlahan sebab hujan. Sampai rumah dekat 9 mlm... tengok tv sat cerita KECUH BETUL..lakonan Nabil Raja Lawak..masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 11, 2010

Sept 11

Sabtu - Hari Raya kedua...hajat hati nak mula puasa 6 tapi godaan terlalu kuat. Nak bangun bersahur pun rasa liat sungguh... dah bangun cari2 makanan pun tak ada yang boleh dimakan segera... habisnya tangguh buat haru pertama ni. Lepas Subuh di masjid, sempat update blog (sebelum line dibolot lagi)... sementara menanti jam 9 untuk ke Gesir. Betandangn di sana sampai 2.30 ptg..selepas selesai makan tangah hari - nasi berlauk masak tempoyak, inkan goreng, sambal sotong, pucuk ubi cicah sambal tempoyak - tambah 2 kali tapi sikit je. Singgah TF .. sampai rumah dekat pukul 4 - keletihan mata lagi..baring jap..terjaga ddek panggilan x sm3kbian pukul 4.40... ada yang nak dtg beraya. Selesau solat asar.. mereka sampai - Mazlan Ohkom bersama Nizar Nazir... panjang juga cerita kisah-kisah lama... rahsia2 terpendam pun terkluar hari ni.Satu kisah yg agak memeranjatkan seseorang yang tidak disangka melakukan kerja-kerja mengendap di sarama puteri.. sanggup berkelah atas loteng selama hari... nantila bila berjumpa dengan insan tersebut ...hendak juga disahkan cerita ini. Maghrib sampai Isyak di masjid.. naik basikal sbb kereta diberi pinjam kepada rakan mualaf yang berhajat utuk berjumpa ibunya sempena raya ini. Balik dari masjid dah ada tetamu kat rumah...kemudian bebudak taman pula dtg beraya. Menjelang 11 mlm dah siap masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 10, 2010

Sept 10 - SELAMAT HARI RAYA

JUMAAT- bangun macam biasa untuk Subuh. Lepas tu sempat lagi final touch untuk persediaan solat sunat aidil fitri. Mimbar baru lepas dicat nak ditolak ke tengah sikit sebab ada jemaah kata khatib agak ke tepi sangat. Tolak sorang2...sebab yang lain dah balik. Hujan pun turun lebat renyai silih berganti. Balik minum kopi tunjuk langit (tapi masih tak tunjuk2 pun)..jamah sikit wajib yang ada atas meja... terus siap untuk ke masjid semula. Sampai dah 8lebih..sempat juga takbir satu round. Seblum mendirikan solat, kenala bagi ucapan sikit..pengerusi la katakan. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampai selesai khutbah. Tengok pula JK kira kutipan.. dapat RM820> sikit...ana genapkan jadi 830. Suit tabung RM155 = RM985. Balik makan2 sikit.. anak2 beraya macam biasa.. tak ada syadunya...jadi rutin tahunan je...tak kisah la selagi boleh buat. Lepas tu dah bergerak untuk ke KL..singgah rumah jiran yang dah bertahun2 tak dapat singgah (selang 9 rumah je..hari2 lalu lalang depan rumah) Bukan apa kekadang tu pintu rumah bertutup, kekadang tuan rumah tak ada di rumah. Hari ini ada peluang...anak2 dia pun ada sama..jadi singgah la. Sampai ke Kramat (rumah Kak Long ongumah) dekat 12... lepas makan2, bergerak pula untuk tunaikan solat Jumaat... Madrasah cum masjid dekat Bangunan Pejabat Agama Gombak. Selesai ...jam 2.30 bergerak pula ke Selayang..rumah besan kakak ipar. Teringat pula tertinggal beg karung dalamnya ada dompet. Dari situ inkatkan nak ke Kepong pastu terus balik KKB tapi terpaksa ke Kramat semula. Elok masuk waktu asar, bergerak ke Kepong -rumah x-pengetua yg baru ditukar keluar. Mencari rumah habis dekat 1/2 jam..pusing2 punya pusing terjumpa stesen PETRONAS- singgah buang air terus solat Asar. Lepas tu senang je dapat cari rumah. Dihidangkan laksa Johor - makan dengan spegati. Keluar dari situ 6.30..sampai semula ke Kramat wakttu azan Maghrib. Jam 8 mulakan perjalanan balik ke KKB dan sampai rumah jam 9.15... mengantuk sangat..baring dulu..pukul 10.45 baru bangun semula solat Isyak...lepas tu tidur balik sampai pagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 9, 2010

Sept 9

Khamis - Esok Raya ...hari buat persiapan akhir..ada ke persiapan? Sekolah dalam cuti lagi. Balik dari Subuh di masjid ingat nak kemaskan file2 atau pindah naik gambar2 ke dalam blog tetapi line dibolot anak-anak. Jadinya buat kerja kemas persiapan di masjid je. Sempat juga baring sekejap .. seblum Zohor...lepas Asar tengok2 jap email dan berita online. Berbuka di masjid untuk hari akhir, tetapi tak ada korum yang biasa... Ada 2 orang dari KL (cicit pewakaf masjid) bawa nasi sendiri. Bersama 2 orang lagi (sorang tak pernah datang berbuka kat masjid) dan sorang OKU (yg selalu berbuka di masjid)...berbuka la kami dengan kurma dan teh tarik. Hj yang selalu azan maghrib pun tak datang untuk azan terpaksala ana azankan walaupun dah lepas 10 masuk waktu... skali jadi imam dapatlah mulakan takbir raya. Balik siap untuk Isyak... lepas Isyak bergerak takbir rumah ke rumah. Dipecah kepada 4 kumpulan...1 kumpulan 6 rumah. Bebudak tak ikut kumpulan kami sebeb tak pergi ke rumah2 yang hulur duit raya lumayan. Deme join masa kat 2 ruamah je elok waktu nak makan lepas tu hilang ntah ke mana. Bebudak skarang.. tak boleh diajar. Last sekali pukul 10.45 baru sampai rumah ana... 11.15 selesai. Untung juga ada x-imam dari Batu Gajah... dialah pimpinan dari mula sampai habis. Dek mata tak tahan..dan fikirkan esok Subuh dan banyak nak bergerak...masuk tidur je le..itupun dah dekat 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 8, 2010

Sept 8

Rabu - Happy Birthday to ME !! he he. Hidup diteruskan ... lepas Subuh ke pasar .. habis 264 ... bahan untuk buat pulut kuning buar berbuka di masjid.. buat doa selamatla sikit2. Antara tengahari tu ingat nak baring2... tengah potong daging bebudak nak buat bahan 25 Sept dtg... ngam2 sampai masuk zohor.. pergi balik pergi balik masjid sampai ke malam.. masih pergi balik pergi balik..sampai balik terus pukul 11 lebih... masuk tidur jam 12.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 7, 2010

Sept 7

Selasa - Aduh...semalaman tidur hp vibrate... pukul 1 tak terjaga..terbabas sampai waktu nak aahur...Hari dilalui seperti hari hari biasa. Tak ada apa kelaianan ... kerja-kerja beres mana patut..tapi kerja kat rumah masih belum mula.. nak kemas bilik.. tertangguh tangguh. Ada kerja-kerja urusan jkkk & masjid yang segera diperlukan. Sampai bawa ke malam pun macam hari-hari biasa.Masuk tidur pun macam biasa... time pun biasa-biasa.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 6, 2010

Sept 6

Isnin - Cuti dah bermula... bangun jam 1.30 pagi..mandi..siap ke masjid. Pagi ni ustaz lambat sikit..2.30 baru mula solat malam sampai 3.30..balik ke rumah sambung tidur. Bangun sahur macam biasa 5 pg...ke masjid Subuh.. baring2 sampai 9.00 pagi. Dah bersiap nak bawa anak2 ke Tanjung Malim.... cari apa tah? Keluar pukul 10.15 ... sempat gunting rambut smabil tunggu deme membeli belah... sampai 12.30. Bergegas siapkan surat mohon sumbangan jamuan raya untuk cawangan... ke masjid zohor.. balik ke pekan tukar minyak trajet.. tukar bateri..singgah farmasi beli strip..singgah kedai hardware beli barang2 tambahan kerja mengecat. Tak sempat nak asar di masjid. Buat sorang kat rumah..rasa mata nak lelap tapi hati nak check berita terkini... kahirnya sampai masuk iftor. Ke masjid just on time... balik siap bawa anak2 ke masjif untuk tarawih. Lepas tarawih cari barang2 untuk hadiah nak ziarah anak kariah kemalangan..bersama Pengerusi JKKK dan Ameer. Jam 1050 balik ..terus masuk tidur dengan hajat di hati nak bangun jam 1 nanti.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 5, 2010

Sept 5

Ahad - qiam lagi malam ni...tak terlepas dah sebab tidur dlm kereta depan masjid.. 12.30 ..tidur2 ayam sebab sekajp je dah 1.30... ustaz pula datang lambat sikit. Pagi ni buat sunat tasbih. Peliknya dulu kalau buat solat tasbih ni rasa lama sangat nak habis.. tapi kali ni rasa sekajap je dah habis.. 4 rakaat pulak tu. Lepas Sahur ke masjid semula untuk Subuh..balik dari subuh terus berlabuh..sampai 11 pagi. Baru balik dari pasar dah nak siap gi Zohor pulak. lepas Zohor baru dapat baca paper hari ni...sementaara tunggu asar. Asar di masjid... dapat berita kematian sedara kenalan kariah ampang pecah di Kpg Kelapa... anak sedara nazir masjid besar KKB.. jengok jap bersama pengerusi JKKK. Balik dah dekat ptg... siap2 untuk berbuka la pulak. Ke masjid semula..berbuka.. balik...pi balik untuk Isyak & Tarawih. Malam ini Khatam Quran.. buat 8 je jadi imam..selesai semua 10 lebih. Tumpang jiran sbb kereta ongumah bawa anak2 balik dulu... siap2 untuk tidur....dan siap2 sekali..!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 4, 2010

Ogos 4

Sabtu - No plans for today yet. Bangun spt biasa.. sahur.. ke masjid untuk Subuh.. ada kuliah Us M Yusri. Lepas kuliah ada soal jawab sikit -sikit pasal masalah solat oleh sorang mualaf.. berlanjutan kepada perkara-perkara lain termauk isu solat 2 imam - tarawih dan witir. Hukumnya tak haram pun.. boleh cuma elakkan untuk tidak timbul fitnah mcm skearang ni. Balik rumah 8 lebih ..ingat nak baring2 sebelum tinjau Ameer buat kerja lagi kat masjid nanti... sementara tu prepare surat aduan tak puas hati kepada MDHS.. belum hantar lagi.. bagi tempoh sampai Selasa.. kot2 ada ucapan terima kasih esok2 ni. Sebelum keluar untuk Zohor sempat baring sampai 11 lebih...ke masjid awal sikit ..tengok kerja-kerja pembaikan pendawaian.. lepas Zohor lanjut sampai azar di masjid. Lepas asar ke stesen komuter ambil anak sorng lagi balik dari Skudai... singgah kedai beli sikit barang2 pesanan. Pergi tengok kebun sat... kerja buat kerja juga le bukan tengok2 je... akhirnya badan berpeluh, seluar baju pun naik miang... terpaksa mandi sebelum kem asjid untuk berbuka. Hari ini masalah lama kembali lagi... sepanjang jemaah solat, ana kat dalam bilik air.. kado hajat. Solat sorang2 je..tapi dapat pahala berjamaah juga kot? Balik dari masjid.. masuk lagi sambung sedas lagi. Ke masjid untuk Isyak & tarawih..lepas 8 balik hantar anak2 & ongumah.. siapkan kertas kerja masjid sampai 12.00. Pergi ke masjid untuk qiamullail.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 3, 2010

Sept 3

Jumaat - Ramdhan 24... aktiviti di sekolah pack lagi tapi tak semua terlibat. Ting 1&2 - Islam Khamtam Quran, Cina buat tanglong, India buat kolaj...ana snap gambar. Tu yang buat rasa sibuk nak kejar sana sini. Dah dapat snap sikit2 sana sini.. habiskan masa dalam bilik siapkan kerja. Balik.. lepas Jumaat ambil ongumah... ke Serdang la pulak. Target time - 3-6 saja. Nak elak jem ikut ulu yam....keluar kat jalan Ampang jem 1 jam lebih. Sampai kampus UPM 6 lebih ... solat kat masjid UPM hampir 7 mlm. kereta dibawa anak ambil barang2. Lepas solat tunggu punya tunggu kereta tak sampai2 .. sampai masuk maghrib. berbuka dengan 2 teguk air paip... solat maghrib..kereta tak sampai2 juga. Ada juadah disediak kat masjid tapi malas nak berjalan masuk..luas sangat kawasannya...rupa2nya diparking kat tempat lain. Bergerak balik ... sampai KKB singgah Taman Bukit Bujang sebab dah janji nak serahkan wang moreh. Masuk rumah dah 10 lebih... lepas solat Isyak dan Tarawih terus masuk tidur..itupun dah 11 lebih. Tak daya lagi nak bangun 1.00 pagi untuk qiam di masjid...buat kat rumah saja..3-4.. pastu tidur balik.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 2, 2010

Sept 2 ... Sept 1?

Rabu 1- dek memikirkan undangan untuk buat kiraan stok di PPKHS pagi semalam sampai nak update kat sini pun terlupa terus. Sungguh tak diduga.. sejak masuk jam 7.00 pagi.. buat itu ini sementara menanti jam 9 pagi, bersama Cikgu Saaey ke LPP sebab hari ini tutup stok. Sebagai juruodit kena kira stok yang tinggal. Tak la lama sangat... dapat RM50. Rezeki nak datang bukan boleh duga. Lepas tu urusan kerja di sekolah samapi waktu balik..tepat 1.50. Sampai di rumah masukkan surat ke dalam envelope dah sampai 3 ptg.Baru nak letak kepala...ada call dair MHDS.. nak hantar banner dan surat jemputan ke majlis 2/09.. pulak dah. Asalnya kita ni diajak bincang sebab nak guna masjid je..tak pulak masuk AJK ke apa..ni nak kena hantar surat pulak kepada peserta yang dipilih mendapat bantuan.. yang jauh kat Kerling pun kena juga. Transport Majlis ada buat apa.. kebajikan orang2 tua lebih 80 tahun sapa nak uruskan. Kacau ni.. tapi terima je dulu dan hantar mana yang sempat.. Imam pun tolong settle perkara ni. Terpaksa pula awal ke masjid sebab nak gantung banner. Lepas asar urus [asal surat2 tu pulak sampai bawa jam 6. Balik kejap untuk siap2 berbuka kat masjid.. hari ni ramai juga yg datang.. orang KL pun ada sekali.. cicit pewakaf masjid tu> Kononnya cerita semalam ada yang sponsor makan nasi berlaukkan kari daging dan ulam cicah sambal.. tapi pembekal tak hantar nasi..kari dicicah dek roti canai masa moreh.. jadinya diganti nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api. Lepas maghrib balik..siap keluar semula untuk tarawih.. lepas 8 hantar onumah balik..keluar semula ke masjid..bincang2 pasal JKKK.. balik lagi ambil persalinan sebab nak tidur di masjid .. ada qiamullail. Pukul 11.30 cuba2 nak tidur..bebudak ramai sibuk nak qiamullalil tapi memekak dalam masjid. Terlepas sekejap je..alarm 12.30 berbunyi. Pukul 1 baru bangun betul sebab dah nampak orang mula datang.. ada la kat 10-15 orang. Solat bermula 1.30 masa tu bebudak nak tidur...kena la sound sekali nak ikut ikut tak nak ada ana kisah? Selesai 2.30 pagi..balik ke rumah 3 pagi.. tidur semula.
Khamis 2- tidur sekejap je rasanya dah bangun sahur jam 5... terus Subuh di masjid..Hari kedua bulan 9...bonus 500 dah masuk akain.. hari 23 puasa....lailatulqadr masih dicari.Sementara tu seblum menjelang malam, pagi ni macam biasa tapi petang pack dengan mesyuarat - taklimat Hari Kokurikulum & Jamuan Hari Raya Perdana... sambung pula mesyurat Jubli Emas..lepas ni ke masjid acara MDHS..mlm berbuka di sekolah..tarawih di Taman Damai..fuh penat den. Masuk tidur lepas 11 mlm...hajat nak bangun jam 1.00 ..dah set alarm, dah terjaga tapi tak terbangun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam