Sunday, October 31, 2010

Okt 31

Ahad - tak ada rancangan untuk hari ini..asalnya nak ke Seremban..anak x-sm3kbian kahwin tapi sampai lani tak dapat alamatnya...lagipun penat masih terasa...kerja pun banyak lagi nak settel sebelum due date. Jadni menghadap NB dari 8.00 pagi sampai 12.00 tgh.. berhenti sekejap sbb kena pergi pasar. Selesai juga urusan surat menyurat untuk program JKKK tinggal nak diposkan je. Dari Zohor bawa ke Asar..Bawa sampai ke petang.. nak baring pun tak sempat...keinginannya pun tak sangat.. cuma dapat lelapkan sekejap sebelum maghrib. Lepas Isyak ada kenduri..balik dah dekat 10 mlm. Siapkan sikit je lagi surat..masuk tidur 11 mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, October 30, 2010

30 okt

Sabtu - lepas Subuh tadi ada kuliah...lepas kuliah ada makan.. makan mihun goreng dan kuih ..rasa mcm tepung talam salut kelapa ..nampak mcm apam batik...sedap je sbb manis..pekena dengan teh. Balik basuh baju..sidai baju. Ongumah dah ke sekolah ada program anjuran dia untuk pengerusi & Setiausaha persatuan/kelab ... ala bab menguruskan persatuan biar lancar sikit perjalanan tahun depan. Pukul 9 nanti ada jemputan khatam quran di taman sebelah tapi hujan pula turun dengan lebatnya. Kereta tak ada.. payung pun tak ada... tgh tunggu hujan reda kalau awal boleh gagah pergi tapi kalau dah lambat sangat gi makan kenduri je le tengah hari nanti. Pukul 12.30 gi kenduri sorang2 je.. balik ke masjid untuk zohor. Lepas tu tengah buat kerja menaip minit, ongumah balik dari sekolah.. nak juga pergi ke reunion di Kelab Golf Templer .. main bowling. Sampai sana 3 lebih... makan2, sembang2...main2...sampai 7 mlm. Lepas maghrib bergerak balik ..singgah TESCO...singgah makan kat Btg Kali..sampai rumah 10.45 mlm. Ngantuk semcm je..baring dulu...pukul 1.lebih baru solat Isyak.. sambung tidur sampai pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, October 29, 2010

Okt 29

Jumaat - Hari ni nak ke Dewan Serbaguna pula.. ada taklimat MicroCredit Kerajaan Negeri Selangor. 8.30 nanti nak keluar..kena habiskan kerja dulu RPH takut tak sempat balik nanti. Siap juga sebelum keluar 8.45 pagi. Sampai sana minum dulu sambil sembang2 dengan ADO PLB. Taklimat mula 9.30 dan selesai 10.30. Lepas ni ada rombongan ketua kampung ke Shah Alam..ana tak terlibat jadi balik ke sekolah la. Selesaikan sikit lagi kerja2 sebelum time balik. Lepas jumaat ambik ongumah kat sekolah..sampai rumah tidur sampai 5.00ptg. Sementara tunggu maghrib, settle surat menyurat JKKK .. kat masjid ada kuliah Maghrib...Lepas isyak sembang2 sambil minum sementara tunggu hujan reda. Dah pulul 10..reda tak reda redah juga la..lepak tengok tv sbelum masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, October 28, 2010

Okt 28

Khamis - Hari ni masa habis di Perpustakaan Syed Mahsyor... Kempen Membaca ..terlibat dalam persembahan perngkisahan. Apa nak dikisahkan belum tau lagi...audiennya sapa pun tak tau. Dapat surat hari Selasa..minta fakskan surat rasmi ke sekolah pun tak ada. Redah je Sampai di sana 9 lebih... bila ditanya kepada urusetia pun tak ada yang boleh bagi kata putus kecuali yang sorang.. itupun masih serah2 pandai sendiri. Habis masa dekat 2 jam duduk2 sambil minum pagi bersama wakil -wakil mukim lain - btg kali & ulu yam. Jumpa pula dengan X SM3KBian tahun 1959maka dapat maklumat sikit tentang pelajar batch pertama smk tahun itu. Kemudian dapat pula cerita versi lain pasal buaya putih ampang pecah... boleh jadi modal untuk disampaikan nanti. Akhirnya pukul 11 baru nak mula sesi bercerita ni dengan audien murid sekolah yang ambil bhagian dalam acara-acara yang diadakan pagi ni dan DO yang akan merasmikan penutup program. Lepas lunch ..dah pukul 1..balik rumah dulu.. kado hajat,,solat zohor..ke sekolah semula ambik ongumah. Hari awal sikit sebab nak ke Hospital sungai Buloh nak jumpa pakar ENT. Pukul 3 keluar dari rumah, sampai tol Sg Buloh dah masuk asar.. solat dulu sebab masa balik nanti pasti tak sempat. Sambil tunggu doc pakar minum2 dulu sambil sembang2 dgn Nazli -xsm3kbian 1986- yang telah buat temujanji luar waktu ni. Lepas 5 oetang doktor datang..cerita pasal Transfer Factor sebelum masuk kepada tujuan asal petemuan. App diset pada 2 Nov petang untuk scan - suspect tirod dtg balik. Selesai cerita ceriti,dekat 6 ptg baru bergerak balik KKB..sampai 7.45. Sempat maghrib dan terus ke masjid untuk Isyak dan mesyuarat JK. Balik 10.45..masuk tidur 11 mlm...malam jumaat la pulak!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, October 27, 2010

Okt 27

Rabu - Hari ini ada satu relif kat Ting 6 = bangunan baru .tapi pukul 10.30 nanti. Dari awal pagi kat dalam bilik je. Hari ni selesai urusan penyediaan kertas soalan akhir tahun..dibantu pelajar untuk staplekan.. dah diserahkan kepada JK Peperiksan. Perancangan Strategik Asrama pun dah selesai.. menunggu lagi untuk diselesaikan beberapa kerja melibatkan JKKK & Masjid. Khamis nak mesyuarat.. ada borang2 nak disediakan... nak buat fail rujukan tak bawa.. Sambil tu layan FB sebab pertukaran tarikh jamuan akhir asrama tunda 14hb. Mata mengantuk lagi...ada yang kurang dalam badan ni.. susu kambing dah minum.. pil vitamin dah ambil...tidur tak cukup kot.Semalam pukul 12..bangun 5.15pagi. Gamaknya le kan. Time masuk relif..cari kelas tak jumpa, jumpa mihun sup kat bilik guru blok ting 6 tu..pekena 1 mangkuk. Gi kelas dah ada gurunya. Balik ke bilik sementara nak masuk kelas sendiri. Habis sekolah ingat nak balik awal... pukul 4 baru dapat keluar. Zohor kat surau sekolah..sampai rumah dah masuk asar. Nak menghadap NB pun tak larat..baring jap pukul 6.. bangun dah siap ke masjid sampai Isyak. Bincang sikit pasal mesy esok dengan SU & Bendahari. Balik dah pukul 10 mlm. Masuk tidur 11 lebih juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, October 26, 2010

Okt 26

Selasa - Hari ni belum ada aktiviti spesifik. Nak sedia untuk mesy JKKK malam ni sambil santai2. Belum pun habis cakap teringat pula petang ni ada taklimat program solat hajat, restu ilmu & graduasi. Tak jadi la nak baring2. Baru masuk kelas 1 waktu, ada permintaan untuk ambil gambar pegawai Yayasan Selangor dtg jumpa pelajar. Seblum tu pekena mee bandung, teman pengetua layan pegawai YS (2-2 pompuan). Selesai kerja tu dah dekat 11 pagi. Selesai juga 2-3 task yang disetkan hari ni sebelum loceng balik.. tapi tu la kena masuk blik mesyuarat la pulak. Ingat bleh habis awal.. lari solat zohor pun dah 3.30 ptg..masa tu le mesy pun tamat. Singgah bank sbelum sampai rumah.. lepas asar maghrib..lepas maghrib Isyak..lepas Isyak pi pulak mesyuarat JKKK untuk program 21 Nov. Singgah minum jap..balik dah 11.30..masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, October 25, 2010

25 Okt

Isnin - kena bangun mcm biasa 5.00 pagi.. cukup tidur ke tak cukup tidur ke bangun tetap bangun. Kalau tak ada kerja mendatang boleh juga lelapkan mata skejap. Relif dah dapat awal pagi..tapi jam 12.30 nanti. Gangguna letrik jumaat petang masih belum settle.. tapi pelik pula line yang sama hidup cuma line almari server je tak hidup2. Buat shortcut je..ok pulak..semua mcm biasa...cumanya nak kena daftar semula kehadiran guru dalam sistem. Habis dekat 1 jam buat kerja tu. Dalam pada tu ada yang datang minta itu ini - pelan sekolah la, PC untuk bangunan baru le..tapi kerja tadi pun dah nak selesai ..tak le ganggu sangat. Ni baru lepas makan2... nak mula lelapkan mata. Pun tak dapat nak juga..ada saja kerja nak dibuat. Sampai ke waktu balik.. ingat boleh balik awal..pukul 3 juga sampai ke rumah. Lepas zohor kena juga baring..cover yang tak cukup tidur..sampai 6 ptg. Lepas maghrib-isyak tak boleh nak buat apa..nb ongumah pakai..check nb anak yang tak dapat akses IE.Masuk tidur dah 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, October 24, 2010

24 Okt - dari Aqua Inn Perlis

Ahad - Dah pukul 11... ada di bengkal kereta lagi...kali ni confirm alternator rosak. Tadi lepas Subuh jalan2 keliling sungai... makan pagi kat gerai..pekena nasi kandaq Perlis... tak ada le hebat sangat..cuma nasinya nasi minyak. Lepas siap2 ambil gambar nak mula bertolak ke Padang Besar..van tak boleh nak start lagi. Lepa tolak eniin ok tapi sistem semua kong. Cari bengkel tu yang dikesan alnator risak. Tengah tunggu spare part dan kerja2 menggnati ..kos RM990- Kia Preggio (van sewa la bukan van sendiri)..semalam dah melayang RM250 ganti bateri. Ni tengah tunggu 3 jam untuk dibaiki...sempat la nak update blog ni. Elok pukul 4 semuanya selesai dipasang. Bertolak juga ke Padang Besar tak nak ada yang terkilan datang jauh2, cancel kerja malam - gagah juga pi jejak kaki kat situ walaupun tak lama. Hari ni tak ramai pun orang kat situ... tuju terus ke gerai yang yang dibeli, pukul 6 dah bergerak nak balik..singgah masjid solat..6.30 baru betul-betul menghala pulang. Singgah makan & solat di RnR Semanggol..tu pukul 8.30 mlm ..dekat pukul 10 baru bertolak semula terus sampai KKB pukul 1.30 pagi. Tok tek tok tek pukul 2 baru masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, October 23, 2010

23 Okt

Sabtu - pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah... ahli rombongan yang lain dah sedia menunggu untuk bergerak ke Perlis. Teringat pula BB tak bawa... minta hantar balik sekejap .,cari2 tak ingat letak kat mana. Dalam kereta check beg rupa2nya dah awal lagi dimasukkan. Dalam perjalanan singgah di Tapah untuk minum pagi. Sambung perjalanan sampai RnR Gurun lega2 urat.. sempat kutip buah mahogani (tunjuk langit).Sabtu - pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah... ahli rombongan yang lain dah sedia menunggu untuk bergerak ke Perlis. Teringat pula BB tak bawa... minta hantar balik sekejap .,cari2 tak ingat letak kat mana. Dalam kereta check beg rupa2nya dah awal lagi dimasukkan. Dalam perjalanan singgah di Tapah untuk minum pagi. Sambung perjalanan sampai RnR Gurun lega2 urat.. sempat kutip buah mahogani (tunjuk langit).Van buat hal sikit..tak mau nak start... tunggu sampai sejuk baru boleh sambung perjalanan. Terus ke canglung sblum sampai ke Kangar.. check in kat chalet pukul 1.30 ..rest kejap keluar makan tengahari sebelum ke Museum Kayang. Sambil tu ikut driver ke bengel check van..ruap2nya kena tukar bateri. Selesai dah dekat 6.30 petang.. terus ke Kuala Perlis untuk makan malam. Sampai ke chalet pukul 9.. santai2 sebelum masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, October 22, 2010

Okt 22

Jumaat - Setakat lani tak ada apa perancangan untuk hari ni... cuma nak fikir camne nak settle pasal kereta. Tok tek tok tek dah masa nak balik.. buku rekod siap pada masanya. Pukul 3 sebelum ambik ongumah gi settle bayaran 1K...harap charade boleh berjalan smeula minggu depan. Balik dari sekolah..siap sikit2 dulu nak gi perlis esok.. mghrib di masjid..ada pulak kuliah..curi keluar gi ziarah mualaf kat kpg kelapa..beri sumbangan JKKK.. balik ke masjid.Lepas Isyak packing sikit lagi sambil tengok tv..tak tahan masuk tidur 10.30 mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, October 21, 2010

Okt 21

Khamis - Lepas sekolah hari ini ada lagi siri taklimat.. nak kena siapkan 2-3 kerja hari ini juga..Boston Consultant Group (BCG) minta data, ongumah minta lengkapkan silde presentation.. clip blum download. Tengah buat kerja dapat relif pulak tak timenya agak awal juga la... sesuai untuk gi makan sekali, Jadi kerja jalan spt biasa.. kemas masih dlm proses. Lepas sekolah ada taklimat.. selesai 4.30 ptg. Pergi singgah tengok kereta charade kat bengkel... kira punya kira nak kena ganti head (enjin) nak kena keluar duit lagi RM900. Kena balik fikir dulu mana nak pusing duit. Bil2 blum bayar.... bank2 blum bayar....gaji blum masuk. Balik hari ni pun kejar asar-maghrib. Badan rasa letih semula.. sebab duduk dalam taklimat tu kot. Lepas Isyak baring2 tengok tv.. jk nak gi lawatan dtg rumah lagi..nak settle pasal ke Perlis Sabtu ni. Daripada 40 orang perancangan awal..jadi 25...akhirnya tinggal 10.. pergi tetap pergi sebab penginapan dah booking, van dah berbayar. Sambil baca Selangorkini...tengok tv...masuk tidur 11 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, October 20, 2010

Okt 20

Rabu - Bangun badan rasa segar la sikit.. sebab tempelan tu ke. Kena la cuba try lagi 2-3 hari untuk lebih yakin. Awal pagi dah dipanggil untuk taklimat ..diperkenalkan konsep 5S.. mula-mula kepada golognan pengurusan lepas tu staf sokongan.. smlm kat asrama.. kerja menanti.. nak kena buat poster makluman bukan 4 dah tapi dah jadi 40 puluh. 3/4 hari habis kat sisih,susnn,sapu,seragam & sentiasa amal 5S).. baru selesai ssish sikit2, susun semulam sambil sapu2 je. Sebelum balik terima call dari BGC pasal peralatan ICT.. dia minta makluman hari ini juga..sorry le... dah nak balik..benda pun tak buat lagi.Esok pagi baru nak sentuh kalau sempat.. Lepas solat jam 3 bawa Trajet pi Batang Kali check semula allignment.. kaedah lama pakai kayu pengukur dan tape je. Ada orang kata lebih baik daripada pakai komputer. Selesai kat situ jam 4.30 ptg. Ambik ongumah dah 5 lebih.. kluar semula jumpa Hasnon kat bangunan UMNO.. urusan topup. Lepas asar...masuk Maghrib.. Isyak di masjid.. lepas tu ziarah penghuni PPRT..sumbangan JKKK.. balik dah 9.30 mlm. Ada jemputan usrah pun tak dapat nak pergi.. konon ada kerja nak buat.. baru buka NB dah minta urut2 kaki pulak sampai 11 mlm..akhirnya tutup NB masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, October 19, 2010

Okt 19

Selasa - Baaru jengah muka kat pejabat dah ada relif waktu pertama pulak tu... lantak le..ada masa lagi sebelum loceng 7.30 berbunyi..pastu bebudak beratur di pasang... masukkan tinggal 20-30 minit je lagi.Bila nak masuk gurunya pulak dah ada dlm kelas. Tak lama lepas tu kena masuk kelas sendiri pulak.Lepas kelas tolong penyelia asrama buatkan pelan asrama untuk mesyuarat petang ni. Itu sikit ini sikit selesai 2-3 kerja. Loceng balik..terus balik dulu..perut meragam semacam..satu tabiat yg menghairankan. Pagi tadi dah kado hajat.... tengah hari nak lagi.. kalau tak 3 hari pun boleh tahan tak melepas. Pukul 3 pi sekolah semula.. ada pembekal pintu gerbang nak lencana sekolah.. 3.30 ke asrama mesyuarat JK sampai 6.00ptg. Balik dah 6.30.. sempat asar sebelum maghrib. Isyak kat masjid....lepas tu ada jumpa geng nak ke Perlis di kedai makan Tmn Bukit Bujang... makan2, minum2, sembang2..sampai 11 ..dapat satu barang.. dah lama tau benda ni tapi baru nak cuba.. bahan tarik toksik dlm badan dari bawah kaki. Balik tampal sebelum masuk tidur...ongumah satu set. Esok pagi baru tau kesannya.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, October 18, 2010

Okt 18

Isnin - Masuk je bilik kena kemas dulu sebab Jumaat lalu ganti meja tapi tak setting lagi. Baru siap set PC2 yang ada atas meja ni.. lps ini baru nak adjust benda2 lain. Belum akhir lagi...baru selesai bab 2, bab3,4,5 blum settle lagi kat dalam bilik ni. Hari ni tak ada kelas ganti jadi habiskan masa dalam dlm bilik...1 jam bagi meja pakai skirt.. skirting le tu tapi sebab kain tak cukup..meja makin besar... bagi pakai baju kurung je..lipat jauh-jauh...cukup astu meja. Balik keluar awal sikit sebab ada appointment dengan Pengarah Kolej Komuniti HS urusan lawatan ke Perlis, projek alor lempah dsb. Pukul 3 dah ada di sana..selesai perbincangan pukul 4.00 dah ada di Pejabat Daerah..Pen DO pula tak ada. Ambik ongumah terus balik. Mata rasa macam mengantuk nak baring2 lepas asar tapi dah 6.30 ptg pasti tak puas punya..hadap NB jap ..maghrib - Isyak pun kat rumah je..badan rasa tak bermaya..mood hilang ..ingat nak tidur. Sempat sterika baju...tengok JLLirik..sambil mata terlelap depan tv..terbangun dah 11.30..baru masuk bilik.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, October 17, 2010

Okt 17

Ahad - sebab dah masuk hari ahad..elok buat posting baru sekali jalan. Pagi ni nanti dah nak bergerak ke Taiping...balik ntah malam sangat kot. Bergerak kluar dari rumah 9.30 pagi... singgah rumah x-sm3kbian yang berkahwin hari ni dalam kawasan taman ni juga.. lepas tu terus ke Taiping. Sampai tepat jam 12 tapi cari rumah masuk salah lorong ..terus ke taman-taman.. pusing satu round. Redah masuk mana jalan yang dirasakan betul..masuk lorong ni..masuk lorong tu ternampak rumah pengantin. Lepas makan2, sembang2 dekat pukul 2 ke Kamunting rumah x-sm3kbian - Rosli-Norizah -suami isteri x - duduk makan2, sembangs..pukul 4 bergerak keluar dari situ. Ikut jalan lama.. ke Kuala Kangsar cari member smk lama Cikgu Arof - dah 3-4 tahun tak jumpa, setiap kali singgah dia tak ada di rumah. Kali ni pun dia baru keluar.. tinggalkan business kad je bingkai tingkap rumah dia. Dah dekat 6 petang singgah lagi kat Taman Canning Ipoh... rumah Norseha x-sm3kbian juga. Makan2, sembang2.. rupanya yang suami dia ada ikatan saudara (2 pupu) dengan isteri adik ipar kakak ana...maknanya kami ni berkupu2 la!!! Keluar dari rumah tu dah pukul 6.30, singgah di RnR Tapah sempat buat maghrib-isyak... teruskan perjalanan dan sampai ke rumah 9.30 mlm. Tak buat apa lagi ..siap-siap 10.30 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, October 16, 2010

Okt 16

Sabtu - sepatutnya dah dalam perjalanan ke Taiping... nak berkunjung ke Kuala Sepetang. Tapi pukul 9 tadi terima call dari kakak di penang lani berada di KL bersama anak menantu yang baru lepas kawin kat Terengganu 16 Sept lalu nak mai KKB. Kena lah terima tetamu maka tertangguh sekejap plan awal nak bergerak pukul 10 pagi tadi. ke pasar ... dan masih menunggu hingga 1 belum sampai.. depa pi ziarah kawan anak sedara meninggal kat Kajang.. dah tu tersangkut kat highway Sg Buloh.. ada accident. Depa sampai dah dekat pukul 1 lebih....masa pun dah lewat cancel je nak ke Kuala Sepetang. Lepas zohor..masuk ke baringan dari 3.30 sampai 6.30 ptg.. kalau tak kerana perut lapar dalam tidur... mau terlajak sampai maghrib. Lepas tu sampai ke malam kemas2 bilik ni..(nampak macam tak kemas juga).. sambil2 tengok tv.. sampai 12 mlm..masuk tidur.... tapi mata tak ngantuk pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, October 15, 2010

15 Okt

Jumaat - pagi ni pun pekena sepaket susu kambing Hi-Goat.. nak tengok kesannya ..lapar boleh tahan tak? Pukul 9 lebih pekena kuitiuw goreng kat kantin. Masuk ke blik siapkan kerja sambil2 tolong orang pejabat alih2 perabot lama sbb nak masuk peraboh baru..pekena pula mee goreng kat belakang pejabat (orang pejabat goreng)...ada meja kerani yng dikeluarkan bawa masuk bilik server ganti meja yang ada... tengok dah dekat nak balik..sampat masukkan meja je. Susunnya belum lagi... balik...gi solat jumaat.. balik singgah sekolah..makan donut ...sebelum ke mesyuarat khiarat. Selesai 4 lebih tumpang oengerusi (kebetulan tinggal di Pdg Golf) ke Rest House KKB untuk jamuan MKP. Makan berlambak2..lebih...kiraok 1 lagu .. sblum bergerak balik ke rumah. Siap2 ke masjid.. lepas Isyak jumpa ahli JKKK bincang pasal bas ke Perlis.. set nak jumpa pengarah Kolej Komuniti hari Isnin. Balik rumah...lepaks tengok tv sambil lelapkan mata..masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, October 14, 2010

14 Okt

Khamis - Pagi ni bangun ringan sikit kepala walaupun masa nak bangun tu masih rasa tak puas tidur... tapi tak la pulak rasa mengantuk sangat. Mood nak kerja pun ada macam biasa. Dapat settlekan banyak juga perkara... sambil diskusi dgn geng gpbnsde pasal kepuasan schoolnet... kat fb pun sekali sekala.. sampai waktu balik lepas kelas jam 1.10. Cadang keluar awal ..kena singgah bengkel tengok kereta charade..mcm dah tenat gaya bunyinya. Puncanya bukan apa..gasket rosak sbb radiator kosong.. overhaul sudah..bocor pulak..pastu cakap kat mekanik bunyi tak sedap.. ni dah masuk minggu ke 3 tak siap juga.. last2 katanya nak ganti barang mahal sgt..beli enjin murah sikit..murah2 pun takkan 100 -2..mesti 1000-2, tak mampu dah nak belanja untuk itu semua.Tengok lah camne nanti. Dah sampai bengkel pulak tutup, mekanik kerja luar..balik je dulu..baring2 seblum dia call kalau dia ada kat bengkel nanti..sampai pukul petang senyap je. Maghrib sampai Isyak di masjid.. ada baca yassin mlm ni kan.. balik tengok tv ningsun..masuk tidur 11 mlm... pekena susu kambing sepeket.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, October 13, 2010

Okt 13

Rabu - Petang ni ada mesyuarat JKKK.. pasti agak memenatkan. Pagi ni sekali lagi rasa mcm tak cukuop tidur... ada yang tak kena dengan badan ni gamaknya.. something missing... kena order balik susu kambing. Hari ini ada kelas relif satu.. bila nak masuk gurunya pulak dah ada dalam kelas. Masuk kelas sendiri pukul 11.10 rupa2nya 11.50 .. 2-3 kali pusing jadinya. Sebaik loceng balik berbunyi dah bergerak balik.. ambil fail2 terus ke tempat mesyuarat. Tak ada orang..sampai 2.45 baru buka balai raya.. 3 lebih baru mula tu pun 7 orang hadir, 4 proksi termasuk bendahari.. teruskan juga.. mana ada korum dlm jkkk ni. Selesai 5.30 ptg.. ambil ongumah.. balik solat asar.. ke maghrib .. sambil2 settle minit mesy tadi.. isyak di masjid.. balik tengok tv sambil kerja.. pekena susu kambing sepaket.. masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, October 12, 2010

Okt 12

Selasa - hari ni segar sikit dah... dalam tengah siapkan bahan untuk mesy esok.. ada pulak bebudak sek rendah melawat sekolah..program lepas UPSR deme le tu. Lepas buat presentation.. ambil gambar...masuk balik buat kerja.. sampai bawa ke petang ..waktu balik. Sampai rumah 3.30 juga.. lepas zohor terus ke masjid untuk asar.. masa berjalan pantas benar. Jumpa ahli masjid.. rancang nak berbasikal petang ni.. exercise 5.30 ptg.. sebelum tu sempat siram pokok. Balik 6 lebih.. ke kebun main api jap..masuk dah nak siap untuk Maghrib.. Isyak di masjid mlm ni..balik menghadap TV la pulak.. kalau menghadap NB mesti lajak sampai 11 lebih...10.30 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, October 11, 2010

11 Okt

Isnin - Sepatutnya hari ini dah minta cuti tenpa rekod... ada sesi dialog dengan MB Selangor. Semalam dapat call ditangguhkan 23 Nov pulak. Jadi pagi ni dalam ngantuk2 pi la sekolah... terlelap juga sekejap tadi.. bilik air cond.. kerusi empuk.. tapi tak ada tayangan macam semalam. Terlelap sekejap je.. dah ada gangguan. Masuk kelas telif pun terlelap sekejap sampai guru seterusnya masuk.. masa tu bedudak tengah exam trial SPM. Sempat solat zohor awal..balik nanti boleh terus baring2. Tu pun balik dah 3.30 ..baring juga sampai 5.15 ptg... nak buat kerja depan Nb pun tak ada mood.. nak keluar kebun pun tak larat.. basuh baju je kat luar rumah sebab mesin tak mau jalan... sampai 6 lebih..baring2 lagi depan tv tunggu maghrib..sampai isyak..masih tak ada mood nak buka nb.. tengok tv jap terus masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, October 10, 2010

Okt 10

Ahad - pagi ni masih di KT. Ada satu dua tempat lagi nak gi sebelum bertolak balik ke KKB. Pagi sarapan dihantar ke bilik... nasi goreng telur goreng mata kerbau. Kluar mula lawatan 9 pagi.. tempat pertama kompleks planetarium... tengok wayang cara tidur.. cerita pun pasal langit & cakerawala..bilik air cond ..kerusi empuk..memang sedap kalau lena2. Past ke tempat buat tembaga & kain batik. Satu rumah kediaman yang dijadikan industri kecil menghasilkan barang tembaga dan kain batik biasa ni. Sempat bercerita dengan sorang pekerja tua kat situ.. mengeluh nasib perusahaan kat situ yang akan diambil oleh kerajaan... jadi semua yang ada di sekelilingnya akan lenyap tidak lama lagi. Maknanya kalau datang lagi tahun depan industri kecil ni dah tak ujud lagi di situ. Di mana silapnya? Dia pun tak tau.. ana lagi tak tau. Tapi apa yang kami tau... TAK ADIL!!! kepada orang Melayu di negeri Melayu yang diperlakukan sedemikian. Selesai dari situ balik ke hotel untuk check out. Pukul 1 lebih baru bergerak ..pergi pulak ka Losong cari kepok lekor.. makan2, minum2 kat situ...dalam perjalanan singgah di masjid terapung (Masjid Maziah) utk solat sebelum ke kompleks Batik Arfa ..memang besar dan hebat kejayaan pemiliknya. Bertolak balik dari situ dah masuk asar... singgah pulak makan tengah hari belum lagi. Kedai tepi jalan kat Dungun. Ada pulak penjual sata...tapi satanya tak sesedap yang dijual di SUA RASA TV9. Sambung perjalanan... sampai R&R Gambang 8.30 mlm.. solat je.. singgah pulak kat R&R Temerloh dah dekat 10mlm untuk makan pulak.... apa da? habis masa lagi kat situ. Sambung perjalanan sampai KKB tepat 12.30 pagi.. dalam sepanjang perjalanan yang mengecutkan juga... driver pandu laju... rapat dengan kereta depan... selekoh tajam pun laju semacam... tapi kalau pandu perlahan pukul 2 baru sampai kot. Sampai rumah dah jam 1 ..spt biasa..pengsan!!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, October 9, 2010

Okt 9

Sabtu - melaporkan dari Hotel Seri Hoover, Kuala Terengganu. Singgah Subuh di masjid Ruslia..akhirnya tercapai juga hajat yang dah lama tersimpan. Sarapan di jalanan.. singgah pulak kat dataran..ada tandas eklusif.. bayar RM2 dapat sabun untuk mandi. Frist stop... Museum Terengganu.. bayaran masuk RM5. Pernah sampai kat situ 2 tahun lepas... dan sekarang keadaan masih mcm tu juga.. besar agam makin pudar dan masih tak ada aktiviti menarik orang ramai untuk ke sana. Dari situ singgah ke taman tamadun Islam..tapi tak ikur serta..ganti tidur .. lepas 1 jam terus check in kat hotal ini..bilik 111. Bilik berharga RM100 dengan 2 kingsize bed..budget betul langsir pun tak ada sebab bilik ni macam MINT hotel kat Cheras tu..tak ada tingkap.. keliling dinding batu.. tapi kawasan bilik agak lapang tapi tak ada la minuman free... air dlm flask je.. budget hotel la katakan...itupun sponosred penuh. Ni tengah rehat lama sikit..makan tengahari pun dalam bilik. Pukul 4 keluar semula..ke Pasar Payang... ada pulak SUE RASA kat Dataran Warisan.. tak lama pun kat situ.. pukul 6 ke Batu Buruk..santai2 tepi pantai, duit makan dihulurkan sorang RM10.. pandai2 le bebduak tu nak makan menu pilihan sendiri. Pukul 8 balik ke hotel... terus pendsan atas katil... bangun pukul 10..30 untuk solat. Spt dijanji x-smkbian yg ada di KT ajak keluar makan.. balik 12 mlm..

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, October 8, 2010

Okt 8

Jumaat - pukul ll malam ni akan bertolak ke Trengganu.. rombongan bebudak asrama. Pagi kat skolah je le...tak ke mana-mana dah. Selesai kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Lepas solat ambil ongumah.. terus ke mesyuarat UPK sampai 5.30 ptg. Siap2 barang nak pergi KT sampai lepas maghrib... ke masjid untuk isyak..ada kuliah maghrib pulak. Lepas Isyak ke rumah arwah untuk tahlil.. tengah sembang dalam pukul 10.00 dpt call bas dah sedia nak bergerak. Ikut jadual jam 11... bergegas balik..capai beg terus ke sekolah.. memang semua dah bersedia.. bertolak pukul 10.45 mlm. Dalam perjalanan asyik ditayang cd vidoe ..layan sampai pagi... tak tidur nyenyak pun.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, October 7, 2010

Okt 7

Khamis - Hari ni pun minta keluar juga... kali ni nak gi jamuan raya PLB.. sambil tu hantar ongumah ke PPD,, singgah kedai bendahari JKKK settle hal sikit pasal asrama.. terus ke Pejabat Daerah. Dari 9 pagi sampai 12.lebih.. dah nak balik dah pukuil 10.30 .. ada pluang pulak (dicabar pegawai PLB untuk bersemuka dengan DO).bercerita panjang tentang banyak hal dengan Pegawai Daerah yang turun makan lambat sikit waktu tu. Banyak perkara diperolehi - termasuk menilai pendirian DO masa kini. cerita projek pindah race cousre ke Bukit Tagar... kisah dimaki hamun semasa bertugas dengan SPR... dan mcm lagi. Balik ke sekolah settle lagi perkara yang perlu disettlekan.. keluar nak balik 3 ptg..tunggu ongumah sampai 3.30.. pastu suruh balik dulu ada kerja tak selesai. Lepas zohor..dah nak masuk asar.. berkejar ambil ongumah di sekolah..terus turun kat masjid untuk asar.. balik tumpang kawan. Tengah makan2 buah dukong, SU masjid datang nak cycling ke stadium millinium... pukul 6 dah balik ke rumah. Melangut jap tengok tv..sambil tunggu Maghrib.. lepas tu ke masjid Isyak dan sekali lagi ke rumah arwah untuk tahlil malam kedua. Balik pukul 10 juga..tengok tv lagi..sebab NB ongumah guna buat kerja...masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, October 6, 2010

Okt 6

Rabu - Pagi ni nak gi lawat kali terakhir rakan semesjid yang meninggal petang semalam. Minta keluar jam 9.00 terus ke masjid... selesai urusan di kubur dalam 11.00 pagi. Balik ke sekolah..selesaikan kerja-kerja mana yang boleh sampai lalut jam 3.30 ptg. Sempat zohor sambung asar. Rasa pulak hati ke kebun sekejap sampai 6.30 ptg. Siap untuk maghrib..ke masjid untuk Isyak dan terus ke rumah awawah untuk bacaan yassin &tahlil. Balik dah 10 mlm..tak rasa nak buat apa lagi..masuk tidur awal sikit.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, October 5, 2010

Okt 5

Selasa - Separuh hari di hospital. Lepas hantar ongumah terus ke hospital KKB. Hajat awal nak bagi darah je dulu.. esok baru nak jumpa doktor.. dah terkena tarikh app hari ni...tunggu al juga sampai dekat > jam 11 baru selesai berurusan. Balik ke sekolah sempat buat kerja sikit.. hantar gambar makmal komputer tak siap kpd MOE. baru nak tengok2 email ..dah time balik. Elok sampai di rumah dlaam 3.30 ptg dpt call bilal masjid meninggal... kat jamuan hari raya anjuran pejabat daerah (arwah kerja kat situ pun - baru 51 thn.. rupa pun masih muda) Asar di masjid..lepas tu terus barada di rumah arwah..tunggu jenazah... baca yassin & tahlil... uruskan pasal tempat mandi mayat dari masjid. Balik dah jam 7... siap untuk Maghrib..Isyak kat masjid.. ni baru balik..baru dpt nak tengok2 kerja yang nak diselesaikan.Pukul 10.30 dah masuk tidur. Sejak tidur awal ni..pagi pagi jam 3 kekadang 4 terjaga2 pulak..rasa dah lama tidur...tapi pastu tidur balik. Yang penting bila bangun 5 pagi tak terasa tak cukup tidur dah .. kira segar sampai petang.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, October 4, 2010

Okt 4

Isnin - hari ni ambil curi rehat sebab berada di Seri Malaysia Genting menghadiri Seminar Kepenggunaan anjuran Kem Pengguna KKB. Lepas hantar ongumah ke sekolah terus ke Genting.. sampai time sarapan..terus masuk ke dewan seminar. Selesai acara pukul 12...makan tengahari.. naik ke bilik ..kado hajat..solat Zohor... 1.30 check out. Sampai sekolah elok time untuk balik..singgah 2-3 tempat selesaikan urusan..sampai rumah elok2 time nak sedia untuk Asar di masjid. Lepas asar sempat ke kebun 1-2 jam...lepas maghrib..Isyak baru ke masjid. Tak ada aktiviti mlm ni jadi balik awal ..tapi pukul 10 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, October 3, 2010

Okt 3

Ahad - plans for today.. pagi ni tak ke mana... tengahari ada jemputan wlaimatul urus... pukul 3 nak check ini kat Seri Malaysia Genting... 6 ptg turun semula.. mlm ni kat masjid ada solat hajat & baca yassin. Pagi tak kemana... keluar beli paper, duduk bawah pokok di kebun baca paper sampai 11 pagi. Siap untuk ke jemputan kenduri anak bekas jiran dah pindah ke taman sebelah. Berkejar ke masjid untuk zohor .. ada hal sikit dgn S/U... tak datang pulak dia..kirim kat bendahari. Pukul 2.30 ptg naik ke genting check in... duduk dalam bilik sampai waktu minum petang. .. dekat 5 baru turun kkb..lepas asar siapkan sikit lagi urusan JKKK.. ke masjid untuk maghrib sampai selesai program solat hajat. Makan2, sembang2...pukul 10 baru balik rumah bersama bekalan roti canai & kuih2 yang banyak berlebiham.
tidur..11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, October 2, 2010

Okt 2

Sabtu - yang dirancang tak jadi, yang dibatal jadi pergi. Hari ini banyak program undangan .. dari kl..kkb sampai ke Penang. Di KL sedara sebelah ongumah, di KKB rakan sekerja, di Penang sedara dekat sangat. Pilihan utama ialah ke Penang.. dah bersiap sedia pun..beg dah masuk kereta tetiba ada tanda2 kebocoran pada bekas tangki spare radiator. Minggu lepas dah melayang 50 tampal dengan gam kuat...hari ini dah bocor semula. Memang nak ganti pun tapi minggu lepas pack sangat tak sempat nak bawa pi tukar. Habisnya jam dah 10 pagi, spare part masih dlm perjalanan dari Rawang. Ke Penang dibatalkan. Sementara tunggu tu pi dulu kat aktiviti di asrama - solat hajar, khatam quran dan jamuan raya. Sempat la sampai waktu makan.. tengok ja apa-apa yang patut, klik sana klik sini..pergi pula ke bengkel untuk tukar benda yang rosak. Panggilan di Damansara, KL program aqiqah cucu sedara... ongumah tak bagi respond pun nak pergi ke idak. Dah nak masuk waktu zohor.. petang ni ada pluang nak tidur sekejap kot... ada banyak perkara nak disettelkan hal JKKK - kertas kerja lawatan, panggil mesy khas raya dll. Dapat la lelapkan mata.. bukan sat tapi dekat 3 jam. Bangun 5.30..lepas asar ke kebun kejap ..masuk jam 7 ..dah maghrib...pekena 4 keping capati buatan sendiri (ongumah buat le)..ke masjid untuk Isyak..lupa pulak ada kuliah maghrib hari ni. Lepas solat ke rumah SU makan bersama ustaz. Ada dua jemputan lain tak sempat nak ikut serta - kenduri tahlil dan jamuan raya. Balik dah 10 lebih..selesaikan surat2 projek MAHAP.. boleh poskan isnin nanti. Masuk tidur 12 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, October 1, 2010

Okt 1

Jumaat - hari baru di bulan baru..jatuh hari Jumaat... penghulu segala hari. Buat kerja, masuk kelas, ada jamuan ...time balik. Lepas solat Jumaat selesaikan urusan gantung banner program solat hajat di masjid, ke pusat zakat urusan permohonan tak lengkap (minta penyata bank masjid),.. ke Gesir tengok tanah ada orang nak jual..,ada sepupu ongumah nak beli. Cantik juga tanahnya..pokok buah2an dah besar2, ada sungai kecil mengalir....air masih bersih.nak jual >1ekar RM50K. Pastu tengok satu lagi agak semak, tanah berbukit, tak nampak pokok buah2an yg ditanam..2 ekar RM35K... ada berminat nak beli.. komisyen bagi 5% cukup le. Balik dah dekat maghrib... ke masjid untuk Isyak..ingatkan ada jemputan jamuan raya..rupa2nya esok malam. Balik siapkan surat MAHAP dan JKKK untuk esok... dah tu 11 mlm nak masuk tidur. Esok nak ke Penang.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam