Tuesday, November 30, 2010

Nov 30

Selasa - pagi2dah hantar trajet ke bengkel. MP hari ini pengajian Islam/ Moral. Habis 1 ptg.. tumpang Nor Azmi balik ke sekolah. Ambil charade ..balik solat..keluar ke pej Daerah ....pukul 3 ke Pejabat Agama pula. Kadi tak ada... ke sekolah. Tunggu ongumah sampai 4 lebih..sementara tu pekena rojak yang ada kat stor makan2. Ni baru sampai pukul 5 lebih. Siap awal ke masjid malam ni ada kelas pengajian tajwid. Lepas Isyak dekat pukul 9 minum2...balik dah dekat 10 mlm.Tak larat nak buat apa dah..masuk tidur je.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 29, 2010

Nov 29

Isnin - minggu kedua spm..laporan dari pusat sambil bebudak buat soalan matematik 2. Baru lepas matematik 1..ni nak tunggu waktu balik nak gi tengok kereta dihantar kpd mekanik melayu btg kali - Amir. Awal cerita tadi dia nak buat bypass - saluran air ke tangki heater - cuaca malaysia tak perlu heater tu katanya. Pernah dibuat pada kereta naza ria. Lepas sesi pagi balik kkb..ambik trajet hantar mekanik..ptg katanya siap. Bila gi tengok tak boleh buat bypass kena ganti barang. Bawa lagi pagi esok. Kat rumah settle urusan surat panggilan mesy JKKK sampai waktu Isyak.. ke masjid. lepas tu sembang2 sat.. dah minta beli barang makan kat pasar malam. Balik dah dekat 10 mlm..sterika baju sebelum masuk tidur.. nak buat kerja NB ongumah guna sampai lewat mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 28, 2010

Nov 28

Ahad - Sejak awal pagi tadi lepas Subuh...buat kerja mengemas - sisih, susun. sapu.. buang je blum lagi. Teringat ada jemputan kahwin guru sekolah hari ni...buat kad ucapan untuk dbalut bersama hadiah. kad dah siap..balut je blum..kertas pembalut tak ada la pulak. Update kat sini dulu...pukul 11 lebih dah nak keluar makan kenduri. Tk jadi pukul 1 lepas zohor pulak. jadinya pukul.130 baru bergerak. Tetiba nak sampai kat Kalumpang temprature kereta naik mendadak. Berhenti kat stesen minyak Kalumpang..tambah air sampai dekat 9-10 liter air keluar juga.. check punya check ada pipe yg bcor. nabis baik bila tutup cap air tak keluar...dapat la bawa sampai ke rumah. Singgah pekan makan tengahari sebab terlepas makan kenduri. Mcam biasa2 lepas asar rasa ngantuk datang lagi..baring2 sampai 6 lebih. Maghrib kat rumah..isyak kat masjid..ada kuliah pulak. Lepas Isyak ke rumah PKM (Pegawai Khidmat Masyarakat)..bincang2 pasal kerja pasal parti...balik 10.30 mlm. Menghadap NB sekejap check itu ini..dah 12 baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 27, 2010

Nov 27

Sabtu - Lepas Subuh tadi ada kuliah... lepas kuliha ada makan..nasi lemak teh 2 cawan. Lepas tu sembang2 dengan jk msjid...banyak cerita juga keluar tak pernha dengar sebelum ni.Pukul 9 baru balik ke rumah. Tombol pintu rosak, lampu bilik air rosak..nak ganti bulbnya pula rosak terus... 2 rosak terus..pintu almari dapat dibetulkan. Ni nak keluar pulak jam 11 nanti... Gi mana? ntah la!!!Lepas kado hajat..pukul 11 lebih baru dapat bergerak... menuju ke TESCO Rawang sampai 3.30 ptg. Singgah lunch kat kedai makan biasa tu..yang banyak ulam2..yg harga pun murah. Lepas tu terus balik ke rumah. Sampai dah 5 lebih..sementara menunggu gate di buka..mata terlelap sekejap..nasib baik tak kaki tak tekan pedal minyak...terlepas dari pedal brek..kereta dah bergerak nak langgar tembok pagar. Cepat tersedar le sempat hentikan. Lepas asar apa lagi tangkap lentok sampai 6.30 ptg. Bawa ke maghrib.. Isyak di mesjid.Balik menghadap NB sampai masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 26, 2010

Nov 26

Jumaat - pagi ni nak pi hari Pelanggan MDHS.. petang nak jumpa YB Adun btg Kali..pagi pukul 9 dah keluar bincang2 hal nak bawa ke MDHS..hari Pelanggan. Pukul 10.30 ke sana.,semuanya dah diluahkan. Isu utama diketengahkan pasal CF Taman Bukit Buang. Majlis tak dapat settle.. kena rujuk Pej Tanah. Jumpa lagi ADO hari ini..panjang juga cerita... banyak surat2 kena buat. Sampai ke petang bawa ke malam..akhirnya semua surat dah siap. Profil pemaju terkini pun dah dapat.. hantar surat sekali ..senang cerita. Dah pukul 12 mlm..nak masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 25, 2010

Nov 25

Khamis - Hari ketiga dan penamat minggu pertama. Hari isnin baru ada balik. Paper pun 1 sesi je..habis 12.30 Sampai rumah lepas zohor pukul 2 lebih dah keluar ke pejabat daerah jumpa ADO pasal mesy di genting. Sembang2 sampai 4 lebih... singgah minum kat kantin.. pukul 5 baru balik rumah. Lepas asar ni dapat buka sekejap je..sebab lepas ni nak check kereta merah..minyak leaking lagi.. kereta trajet macam air radiator problem lagi. Ongumah balik hari ini...tapi pukul 5 masih kat Tanjung Karang.. bila nak sampai shah alam..nasib baik ambik kat rasa je ...pasti malam sikit.. lepas Isyak ada mesyuarat masjid pula.Tunggu punya tunggu akhir lepas Isyak baru sampai kat rasa.. minta anak la gi ambil ..mesy dah nak mula. Selesai mesy pukul 9 45 ke Tmn Bukit Bujang pula..ada perjumpaan semangat utk pemuda. Seronok juga dengar cerita terkini tentang politik negara. Pukul 11 balik...masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 24, 2010

Nov 24

Rabu - Hari kedua di Batang Kali.. hari ini satu sesi saja..pukul 1.30 dah ada di rumah. Ada sorang budak pompuan cina sejak semalam tak jawab soalan..masuk je dewan terus tidur..sekejap sekejap bangun jawab sikit..pastu tu tidur balik. Rupa dia camni... (blum upload lagi)Lepas zohor ke pejabat daerah nak jumpa ADO..tak ada pula dia. Balik je buat kerja2 menaip ..elok juga boleh siapkan kertas kerja mesy perancangan.. esok boleh serahkan. Bawa sampai ke malam...ingat nak ke masjid ada kuliah khas...hujan pulak lepas maghrib ... selesaikan kerja .. layan cerita ANAK kat Ria..tapi jam 11 dah tak tahan..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 23, 2010

Nov 22

Selasa - SPM bermula hari ini...2 sesi pagi sampai petang. Pukul 7 dah keluar dari rumah..pusatnya ..rahsia. Tengahari balik jap solat pastu gi balik sbelum 2 petang sampai 4.30 ptg. Dah sampai kat rumah ni,rehat2 jap lepas makan. Tok tak tok tek tak sampai nak buat apa-apa sangat dah masuk maghrib. Ke masjid lepas solat ada kuliah tasauf sampai Isyak.. ada makan sikit2 je..balik dah dekat 10 lebih.. akhirnya masuk tidur lepas 11 juga .

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 22, 2010

Nov 22

Isnin - esok baru mula SPM.. hari ni nak kena gi Shah Alam ..awal pagi ni.. katanya kena ada kat JPS sebelum 8 pagi... dah pukul 7 belum keluar dari rumah pun lagi. Sampai ke Shah Alam ngam2 pukup 9..bas belum bertolak lagi. Dari sana ke Damansara rumah Kak Ngah ..ambil peti ais mini yg dipinjam 2-3 tahun lepas. Sebelum zohor dah sampai KKB..tapi tak sempat nak ke masjid..kado hajat. Dari 2 petang, kluar hantar surat TQ kepada agensi yang buat pamerah ahad semalam. Balik singgah kat padang tengok budak2 kemaskan khemah. Sempat la asar kat masjid. Balik 5.30 ke kebun sekejap je..kemas2 semak ..kuitp & kait kelapa. Masuk dah maghrib..lepas tu bari Isyak di masjid. baru nak mula kerja Ameer ajak gi hantar hadiah pemenang rumah Ceria. Sembang, makan ,minum sampai 10 lebih. Balik masuk tidur dah 11 lebih,



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 21, 2010

Nov 21

Ahad - the day has come... hari ini program JKKK akan dijalankan. Lepas Subuh masih dok siapkab bahan pameran. Pukul 8 dah kluar ke padang... sikit lagi touch up pada khemah sebelum angkut barang2 dari balai raya ke khemah urusetia. Lari ke kedai beli plastik sampah.. balik rumah tukar kereta. Dari 9.30 pagi sampai 3.30 ptg berada di padang. Penat dan memenatkan tapi berbaloi rasanya. Walaupun jangkaan 1000 orang yang datang kurang lebih 500 orang.. makanan pun ok ..dan berlebihan. Kira berjaya la. Lepas zohor lepak depan tv tunggu asar.. lepas asar ke rumah x-sm3kbian bertunang kat Taman Rasa Utama. Masuk waktu maghrib masih atas jalanan. Lepas maghrib ..ke isyak.. baru dpt update kat sini. Tengah fikir2 nak buat surat terima kasih kepada agensi yang dtg bagi sokongan program.. tapi badan rasa penat sgt.. mata layu nak tidur..esok kena bangun awal..nak ke Shah Alam hantar ongumah nak ke Pangkor..kursus PK Koku. Sebelum tu dapat selesaikan surat tq kepada yg terlibat dalam program tadi pagi.. masuk tidur pukul 11.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 20, 2010

Nov 20

Sabtu - Dari awal pagi sampai ke lewat petang..sibuk dan memenatkan hari ini. 9 pagi dah bergerak ke Kpg Orang Asli Pertak..redah hutan sampai ke hulu sungai selangor tengok kerosakan jambatan...surau, balai raya, rumah pegawai semua terbiar di dibiarkan rosak. Habis masa kat situ hampir 3 jam. Balik rumah dah masuk zohor..lepas solat gi rumah kenduri di Taman Juta. Balik pukul 3 nak baring2 kejap ada je gangguan. Terkejut bangun dah dekat 5 petang..ada jemputan rumah jiran kenduri tahlil. Lepas tu dalam hujan ke padang lagi tolong pasang khemah yang terbengkalai sebab yang mengurusnya dah pergi ambil lagi 3 di rumah kenduri. Bawa sampai ke maghrib tak sampai2 juga. Lepas ni nak kena ke sana lagi..tengok pula nak tarik sambung letrik. Lepas isyak dari 9 mlm bawa sampai 11.00 baru siap pasang 4 khemah. Blaik dulu sebab nak sediakan bahan pameran bawa sampai 2 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 19, 2010

Nov 19

Jumaat - semalam tak jadi nak pusing taman. Pagi ni baru selesai 2 taman..borang pula tak cukup. Gi Pejabat Saerah hantar surat.. singgah bank tukar duit.. singgah ke sekolah lagi. Nak sekejap je..tapi kerani minta laporan staf tak hadir sepanjang tahun.Balik siap ke masjid untuk solat jumaat... habis terus ke bengkel nak bayar baki RM300.. taukenya tak ada pulak. Pusing sana sini uruskan program ahad nanti bawa ke malam lepas isyak buat mesy tergempar jkkk. yang hadir 7 orang yang sama... tapi yang menolong uruskan padang 3 orang juga. Lepas mesy 11 mlm balik terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 18, 2010

Nov 18

Khamis - masih cuti raya..tapi cuti sekolah pun dah bermula sejak semalam. Hari ini pukl 10 ada sesi taklimat dan penyerahan deposit pembekal juadah untuk program hari ahad nanti. Lepas tu rasanya nak kena ronda keliling taman-taman nak cari rumah ceria untuk dibagi hadiah ahad nanti. Selesai bab 1 dari 10.30 sampai 11.30 pagi. Dari situ bali ke rumah dulu ambik onguman nak gi beli baja . on the way gi ambil kereta merah yang tersadai kat bengkel hampri 3 bulan. Kena tambah lagi RM300..sebab cat bonet. Balik rumah dah 2 lebih... buat kerja cetak mencetak lagi.. lepas asar bersama Tajul ( Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung ) dan Ameer (AJK JKKK) pusing kampung tengok kerosakan untuk dilapor kepada PLB. Cadangan asal ke kpg orang asli Pertak..yang nak dijumpa tak ada pulak...terus ke Kpg Kelapa...dan jalan menghala ke kpg orang asli Buloh Telur. Selesai elok masuk waktu meghrib. Isyak baru ke masjid.. ada kenduri hari ke3..terus ke stesen komuter anak balik dari Serdang. Lepak nak tengok tv tapi terlelap sampai 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 17, 2010

Nov 17

Rabu - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Dari pukul 5.30 pagi ke masjid untuk Subuh sampai 3.30 petang baru balik ke rumah. Lepas subuh siap untuk solat sunat aidil adha pukul 8.30 pagi. Sebagai pengerusi kena la bagi ucapan awal pagi kepada jemaah. Selesau khutbah pukul 9lebib.. layan makan nasi impit & lemang lawan kuah kacang. Lepas tu kat masjid juga tukar pakaian siap untuk acara sembelihan korban dari 10.00 pagi bawa ke waktu zohor. Lepas zohor layan makan sup tulang daging korban. Dah agak selesai smua kerja pukul 3.30 petang baru balik rumah. Lepas mandi manda layan bantal la pulak sampai pukul 6. Baru lepas solat asar teringat kena update kat sini.Lepas ni maghrib bawa ke isyak ..ada kenduri tahlil lagi rumah rakan GPB SMKAP yang menatian ibunya semalam. Balik ke rumah 10 mlm..ada nak jumpa pembekal lembu untuk serahkan duit - 2 ekor RM44750..selesai tanggungjawab untuk kali ni. Lepas ni nak fikir pasal program ahad ni SEHARI BERSAMA JKKK & JAMUAN AIDILADHA". Dalam masa 3 hari ni nak selesaikan urusan hadiah2...urusan penbekal juadah... urusan khemah dalam tangan orang yang boleh dipercayai dll yang berkaitan. Tak nak fikir banyak dah malam ni..daging lembu pun dah banyak makan siang tadi...sekejap tadi kat kenduri tahlil pekena laksa johor pulak..elok masuk tidur je..dah 11 mlm pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 16, 2010

Nov 16

Selasa - Baru masuk bilik sekejap .. pengetua minta print bahan utk mesyuarat nanti. Dari 8 pagi sampai 11 lebih kat dalam bilik mesyuarat la. Dalam slot hal-hal lain terpaksa la cakap sikit pasal layanan pihak pengurusan kepada bestari sepanjang tahun ini. Lepas ni untuk tahun 2011 tak tahu la macam mana pulak layanannya. Balik pun dah 3 lebih..asar kat sekolah terus ambik ongumah kat sekolah... singgah ambil hamper untuk hari ahad ni. Maghrib kat masjid bawa ke isyak..lepas tu ke rumah GPB SMKAP.. ibunya meninggal lewat petang semalam. Pagi nak gi jengok pun tak sempat.. nak singgah masa ke sekolah tapi tak kesampaian... nak keluar masa sekolah pun tak tercapai..tambah pula hujan turun. Selesai majlis pukul 10.00 malam.. masuk tidur 10.30 mlm..cover yang tak selesa tidur malam sebelumnya. Malam raya la pulak.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 15, 2010

15 Nov

Isnin - minggu akhir persekolahan. 2 hari je pun..lepas tu cuti raya qurban sambung cuti panjang. Dengar citer ada taklimat pengawas spm pagi ni kat pusat..tapi tak terima pun call dari ketua atau guru diganti..nak pi ke tak nak pi - itulah persoalannya. tapi sebetulnya ikut surat pukul 9 pagi..silap sendiri tak baca surat batul2. Dari 9 pagi di SMSM sampai 10.30 pagi. On the way balik singgah jumpa Bendahari JKKK.. terserempak pula dengan Doc Yusly.. rupa2nya dia kena stroke 2 tahun lepas...patut lama tak nampak. Cerita2... lepastu bersama Pengerusi jumpa ADO Azura kat Pejabat Daerah. Habis bincang2 sampai 2 ptg. Ambil anak kat sekolah..balik rumah dah pukul 3.. siapkan kerja sikit yg diperlukan segera.. hujan turun lagi. Lepas asar tengah santai sikit,ameer call nak tinjau kawasan untuk laporan upgrade jalan kampung2. Dari 5.30 sampai 6.30 ptg...dapat tengok Kpg Dagang Setia saja. Balik rumah.. siap nak ke masjid hujan lagi...reda hujan baru ke masjid untuk Isyak. lepas tu ada perbincangan bab korban sampai 10 lebih. Balik rumah baru 10.30 tapi semuanya dah masuk tidur...bunyi gate tutup pun tak dengar, bunyi grill pun tak dengar..bunyi tutup kereta pun tak dengar... habisnya tidur luar je semalaman... nasib baik kereta tak dikunci...sampai le 5 pagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 14, 2010

Nov 14

Ahad - Hari ini 1/2 hari di asrama. Ada program Tautan Mesra 1 Asrama...kerja ..ambil gambar dan dokumentasi..buat live broadcast sekali. Dari pukul 8.00 dah sampai ke sekolah hantar ongumah tengok group F1 nak ke KL. Pergi ke asrama set alat..bebudak dah mula buat senaman poco-poco diiukti dengan sukaneka. Dalam pada tu x-smk dtg jadi ke khemah makan..pastu sesi ucapan dan bagi hadiah. Semuanya selesai lepas 1 tgh hari. Balik lepas zohor..gedemum la apa lagi sampai 5 ptg..hujan pulak tu. Bawa sampai ke malam..update blog2... edit gambar2..sampai 11 mlm...masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 13, 2010

Nov 13

Sabtu - baru balik dari kuliah Subuh..pekena nasi lemak sebungkus + teh 2 cawan. Sebelum keluar awal pagi tadi dah kado hajat...ni macam nak sekali lagi.. sihat ke kalau macam ni? lawas semacam je! Hari ni kira-kiranya plan agak pack. Jap lagi cadang nak ke Stadium KKB ada majlis penyerahan lembu korban untuk masjid oleh MB Selangor...pastu ada kenduri kahwin..anak kepada x-smk kat Tmn Arif. Petang belum ada plan tetap..apa lagi kalau bukan ke pulau dudoq...apa lagi .. tidoq!~!!Itu plannya..realitinya lain. Pukul 12 keluar ke rumah kenduri kahwin...singgah ke kedai tu kedai ni...singgah ke sekolah bawa ke pukul 3 ptg..sampai rumah sempat zohor sebelum asar. Baru buka NB nak kemaskini kerja dah 4.30. Lepas Asar keluar pusing taman kutip duit sumbangan masjid.. tak sedar dah pukul 7 mlm. Maghrib kat rumah je..pastu gegas ke masjid patutnya ada kuliah... cancel pulak dah. Lepas Isyak ke rumah kenduri tahlil di Taman Bunga Raya..balik 10 mlm. Tak larat nak buat kerja lain..tengok tv pun tak larat.. lentok depan tv..sampai 12 mlm masuk bilik.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 12, 2010

Nov 12

Jumaat - hari ini lagi la mcm dah cuti gayanya. Ramai yang dah tak datang sekolah. Ada yang dicutikan, ada yang mencuti sendiri. Ni ada program pula kat dewan asrama..majlis restu ilmu T5 & T6... nak kena gi tengok n ambil gambar. Dapatla snap dalam 1/2 jam, bateri pula kong. Balik ke bilik..caj bateri dan caj badan sekali. Pekena kuihtiaw goreng..pastu settle kerja dlm bilik. Ada yang minta tengok thumbdrive kena virus, kena siapkan RPH..tu pun sampai loceng balik dah bunyi baru nak siap. Balik pun terlambat sampai dah masuk waktu zohor. Pukul 2.30 baru sampai kat sekolah nak ambik ongumah baru nak cakap nak gi ambil baju F1 yang ditempah dengan kawan guru dan balik sendiri lepas tu... hairan juga nape tak call je bagi tau!!! Dari situ terus ke balai raya untuk mesyuarat JKKK sampai 5.30 ptg. Anak dari Skudai balik pun tak dapat nak gi ambil kat stesen komuter KKB..balik naik teksi sapu je. Lepas solat asar menghadap NB sampai ke malam... Minit mesyuarat JKKK dah siap menjelang 12 tgh malam...masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 11, 2010

Nov 11

Khamis - kadang-kadang bila banyak sangat nak dibuat sampai tak tahu pulak apa nak dibuat.. mcm skrang ni. Tersusun kerja yang perlu dibereskan tapi tak tahu mana nak dimulakan. Bila dah terdesak baru nak sedar... tapi tetap beres!!! Ni 9.30 nanti dah ada relif 2 waktu...kelas sendiri 1.10 nanti...tapi nampak dari awal lagi bebudak dah berterabuur..kelas2 mcm dilanda garuda. Sepanjang hari ni ada kat bilik, ada 2 pelajar membantu susun2 fail, kemas lemari tingkat,kemas almari...sementara tu boleh tumpu kepada kerja-kerja sendiri yang masih tak selesai2.Pukul 2.00 dah balik ke rumah. Lepas zohor tu..hujan pula mula nak turun..maka tangkap lentok le sampai 5 ptg. Lepas solat keluar ke pekan..ambil hamper sumbangan untuk asrama, ambil cop jkkk & envelope. Masa nak parking depan Fazalina Rest..dah siap disusun meja kerusi kat 2 lot parking space.. apa lagi terpaksa la guna hak sebagai rakyat untuk menegur pekerja bangla kat situ. Nasib baik dia akur..dibagi ruang untuk letak kereta..dia beralah la tu sbb dia tau dia salah kot. Apa pun esok nak kena bangkitkan dalam mesy jkkk dgn mdhs. Selesai kerja kat pekan sampai rumah dah 6 ptg. Tok tek tok tek dah siap nak ke masjid. Ongumah keluar ke masjid kkb ada program Yassin & Hajat sekolah punya. Dek sbb dah janji dengan SU & Bendhaari masjid nak bicang2 sikit lepas maghrib, maka tak la ana ke sana. Lepas Isyak ada pula kenduri kat tmn ampang pecah. Balik rumah dah 10 mlm..Ameer pula datang bincang banyak perkara...tak terasa masa berlalu..masuk tengok dah dekat 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 10, 2010

Nov 10

Rabu - Kembali ke sekolah... selepas berehat 2 hari di Penang. Banyak juga benda baru dapat kat sana.. jumpa kawan lama, dpt ilmu perubatan tradisional, dpt eratkan hubungan rakan2, dan dapat penat juga. Hari ni kat sekolah dan mula fikir pasal kerja2 yang belum selesai dan akan datang lagi. Dari pagi bawa ke petang duduk dalam bilik je..sekali sekala keluar minum / makan kat pantry.Pastu layan 2-3 orang yang datang.. pembekal nak order kamera, x-student hantar pill TF.. pukul 3 dah keluar nak balik..singgah sana sini.3,45 baru sampai rumah. Lepas zohor...makan roti ngan kopi..telan TF sebiji... dah menyahut panggilan alam lagi...lepas asar lelapkan mata jap sampai 6.30 .. siap2 untuk Mghrib..Isyak baru dapat ke masjid. Ongumah dah keluar ke sekolah tengok bebudak berkhemah kat sekolah.. balik dari masjid tengok tv..terasa lapar pulak. Masak oat +sayur+telur+cili api =yamyam... telan TF lagi sebiji.. ada cerita best pulak kat astro prima lepas halimah jongang..jackie chan condor apa tah.. layan sampai jam 12.. ongumah ..tak balik2 lagi. Masuk tidur je le.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 9, 2010

Nov 9

Selasa - hari kedua di Penang... baru lepas Subuh dan mengejar masa untuk update ni. Tel tengah dicaj.. nb tgh dicaj.. nak ikut giliran geng sebilik 2 orang lagi ni..nak mandi..nak kado hajat..nak buat semua dalam 1 jam dari sekarang. Plan hari ni nak ke rumah P.Ramlee, ke Taman Herba..check out...beli pala..dan balik. Bergerak pukul 8 lebih ke Khalel Rest kat Padang Kota Baru. Pekena nasi lemat sebungkus dan tosai sekepint.. tosai tak cukup masam tairunya. Elok pukul 10 sampai ke Rumah P.Ramlee.. baru dapat masuk tengok rumah lama..dulu dah pergi tapi tak masuk pun rumah lama dia kat sebelah bangunan besar. Pukul 11 lebih baru menghala balik ke Teluk Bahang.. Taman Herba. Nak masuk kena bayar... tapi rasanya berbaloi juga tengok pokok-pokok yang ada kat dalam tu. Banyak ilmu juga dapat kat situ - satu2nya pasal 'tunjukbumi'. Rupa2nya sebiji dianya boleh dimakan 3 kali untuk 1x1minggu. Terlebih makan boleh menyebabkan kesan lain pada sendi2. Padanla tak tunjuk langit 2-3 minggu lepas tu. Banyak lagi pokok yang ada kat rumah di KKB khasiatnya.. lepas gi situ baru tau. Rupa2nya halia tu elok dimakan/diminum hari2 untuk awet muda. Ish mcm2 la lagi sampai dah lupa.. silapnya tak sempat nak catat. Kena pi sekali lagi dengan persediaan yang cukup. Habis masa kat situ sampai 1.30 .. balik ke resort untuk siap2 nak balik. Singgah kat Chowrasta Market.. bawa depa pekena haichee (tauhu rendang) dgn ais campur. Banyak dah berubah 'haichee' ni - tauhu pun dah goreng asing, udang pun dah tak ada, raaa cicahnya pun dah lain..tak macam 40 tahun dulu.. yang tak berubah tempat dan kebersihannya (bukan kotor tapi tak ceria). Habis belibelah - jerukm t-shirt 2 helai - pukul 3 dah mula bergerak semula. Singgah maghrib kat RnR Tapah ...pukul 8 teruskan perjalanan dan sampai KKB 9.30 mlm. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali.. tak ada apa-apa tak diingini berlaku. Sampai rumah 10 lebih..masuk tidur 10.30 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 8, 2010

Nov 8

Isnin - melapor dari Pulau Pinang. Perjalanan semalam sampai di Masjid Negeri pukul 5pagi. Lepas solat subuh pergi cari kedai makan sampai ke Batu Uban.. Pelita Rest. sebab lepas tu terus Museum Perang di Batu Maung. Habis masa dekat 2-3 jam. Pukul 11.30 dah ada kat Kek Lok Si Temple. Dapat juga beg kepit yang dicari dengan harga kurang drp RM10.. dan 2 helai baju aircond utk ongumah. Pukul 12.30 cari kedai makan lagi..kali ni singgah kat Nasi Kandar Subaidah di Tanjung Bungah.. dekat dengan apertment TM Resort yang disewa untuk mlm ni. Apartment 2 bilik (blk air dlm) dan ruang tamu.. ada gelas, ada cawan, ada cerek letrik tapi tak ada teh atua kopi. Ni baru lepas segarkan diri dan solat sementara menunggu nak keluar semula jalan2 sampai malam. Apartment TM ada kolam renang, tepi pantai... sesuai untuk keluarga bersantai. Buat masa ini ada keluarga India tengah mandi kolam..mesti kakitangan TM kot. Pukul 4.30 lebih baru bas bergerak ke Marina View ... tempat kapal mewah berlabuh.. tapi kapal tu yang agak kontraversi sikit sbb bawa penumpang ke tengah laut antarabangsa untuk buat maksiat.Tapi dek sebab terlambat sampai...lepak2 je kat padang kota lama sementara cari makan malam kat situ. Kebetulan ada temujanji dengan Hamdi (X-sm3kbian) dan Chee Hock Teik (x-georgetown) yang tidak jumpa lebih 30 tahun. Hamdi sampai untuk sembang sekejap sementara menunggu isteri balik dari kerja seberang feri... Hock Teik sampai dan makan2, sembang sebelum dijoin oleh sorang lagi kelasmate Eng Kee ka apa. Ada ramai yang yang dapat dihubungi tapi belum dapat duduk semeja untuk buka cerita lama. Balik ke apartment dah pukul 9 lebih. Hamdi kata nak datang lagi malam nanti.. tapi dek kerana hujan gamaknya.. atau pun letih dah la kot baru balik kerja..sampai 11 lebih dia tak sampai. Member seblik dah mengadu lapar. Bawala depa berjalan ke kedai makan mamak kat simpang.. berjalan nak dekat 1km..kedai tu tutup...pusing balik ke resort..rest kat resort pula dah tutup. Ada staf kat banyak gerai makan kat sebelah lain ..jalan lagi cari tapi tak jumpa. Sambil duduk2 lepak cari jalan nak cari makan, terpaksa le ana buka mulut tegur sorang staf yang dioff tugas untuk minta tolong hantar ke mana-mana gerai makan. Bersedia pulak dia sbb katanya dah biasa dengan keadaan macam ni. Bila buka cerita dia sebenarnya suami kepada x-smkbian - Salasiah Raja Najamuddin - budak Bukit Frasers. Jadi panjang la lagi cerita sampai melalut ke pukul 12. Balik ke bilik ..geng satu lagi (driver bas) dah tidur diselaknya pintu masuk. Dekat 15-20 minit cuba nak gerakkan..akhirnya dapat masuk. Sementara tu dah pecah ngantuk..sembang2 lagi sikit sebelum masuk tidur 1.30 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 7, 2010

Nov 7

Ahad - pagi ni tak terdaya nak bangun awal.. sejak semalam tak sedap badan... rasa nak demam, sendi2 sakit.. angin dalam badan dah dtg balik. Lepas Subuh tadi masuk tidur semula..ni baru bangun 9.30... kepala masih tak stabil ...deman dah kurang.. nak makan pun rasa tak selera. Tapi badan kena aktif semula sebelum malam ni...rombongan ke Penang bergerak jam 11 mlm.Balik dari zohor di masjid singgah beli dan lepas makan tengahari pekena ubat cap kaki tiga. Kemas itu ini.... terlepas asar sebab perut meragam. Dah tu anak lelaki dari KL minta hantar setesen komuter. Balik baca paper sampai masuk maghrib.. dalam pada tu siap 1 sopy bendera untuk masjid - dipamerkan cadangan jemaah..lepas isyak packing sikit lagi sebelum keluar dari rumah jam 10.30 mlm. Dah pukul 11..baru sorang2 datang..rupa2nya 11.30 baru nak bertolak. Sepanjang perjalanan telelap, terjaga tapi di R&R tak terasa nak buang air atau nak minum/makan.. badan pun dah mula kebah peganan ubat kaki tiga. Laporan seterusnya dari Penang la no!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 6, 2010

Nov 6

Sabtu - trsedar pukul 4 pagi..tidur balik..bila tersedar semula dah pukul 6 pagi.. loceng pengerak bunyi pun tak dengar. Hari ni ada dua pergerakan - kenduri kahwin x-smk di Taman Damai dan ke KL - ada 2 janji - di Low Yat nak tengok kamera & reunion ongumah sek rendah di Kepong. Planning semalam nak round taman settle 2-3 perkara tertangguh. Dapatkan dilakukan hari ini? Jap lagi dah nak ke pasar pulak. Balik dari pasar buat kerja rumah..sidai kain...makan pagi 2 kali hari ni.sebelum gi pasar dan selepas balik pasar. Cadang nak gi rumah kenduri pukul 12.. lalut sampai lepas Zohor. Dari rumah pengantin terus ke Kg Baru. Dapat lelapkan mata sekejap sebelum azan asar mesjid berkumandang. Lepas asar gi Low Yat dengan James .. gi tengok kamera & video cam yang nak dibeli. Balik ke rumah dah maghrib..sampai Isyak..terus ke Kepong, Manjalara. Ada majlis kawan sekolah rendah ongumah nak gi mekah... jumpa sekali cikgu sek rendahnya. Bergerak balik ke KKB 10 lebih...sampai rumah dekat 12mlm..Badan dah seram sejuk... nak demam rasanya ni ..sebab kena hujan kat majlis tadi kot? Masuk bilik..pengsan (tdur le tu).

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 5, 2010

Nov 5




Jumaat - Cuti deepavali.. smalam larangan membakar mercun ditarik balik gamaknya khas untuk kaum India... apa tidaknya ..detik 12 malam berdentum dentam mercun berbunyi di rumah-rumah dalam taman ini. Malah sebelah petang di pekan pun dah mula dibakar mercun.. Apa pihak berkuasa tak buat kerja ke apa? Tak boleh ka di saman atas kesalahan melanggar undang-undang.. atau mungkin diberi kelonggaran khas sebab Malaysia kan dah ada Little India?!? Bukan budaya kaum India membakar mercun... kalau Cina tu ye le nak halau kuasa jahat kononnya!Dah lain kelaku orang India lani. Balik dari masjid lepas Subuh ..lepas sembang2 sampai 8.30 pagi. Tok tek tok tek.. pukul 10 keluar dari rumah menuju ke Melaka.. tapi sbelum tu singgah di UPM ambil anak nak ikut sama. Elok 3.30 sampai di rumah pengantin.. ramai juga x-smk yang datang meraikan kawan sekelas/sesekolah mereka kahwin semula slepas kematian suami.Bergerak balik pukul 4 ptg... singgah GIANT kat MINES sampai 7..hantar anak ke UPM ..singgah solat..terus balik KKB..sampai rumah 10.30 mlm. Buka baju..bedebuk terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 4, 2010

Nov 4

Khamis - Hari ini dah cuti deepavali... cuti ganti sabtu hari tu. Cadang hari ini nak pusing hantar surat ke agensi kerajaan... berkaitan program JKKK. Habis mas 1/2 hari pusing-pusing pejabat. Balik makan tengahari.. lepas solat zohor di masjid, baru nak mula kerja ongumah minta ambil kat sekolah.. ada call pula minta datang ke sekolah. Di sekolah pengetua minta cuba try test PA system baru diterima, penyelia asrama minta ke PPD uruskan dokumen lawatan ke Penang Ahad ni...sampai pukul 5 ptg. Balik solat..rehat...tengok keputusan PRK Galas & Batu Sapi melepasi maghrib. Anak pulak call dia balik mlm ni..lepas isyak ambil kat stesen komuter. Lepas tu lepak depan tv..masuk tidur 10.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 3, 2010

Nov 3


Rabu - Hari ni ADUN KKB buat program makan2 kat sekolah... boleh pulak parti politik masuk ke sekolah..pembangkang pulak tu kat selangor ni. Double standard terus menjadi amalan. Selesai majlis pukul 9.30 pagi ... masa makan2 tu sempat juga ditanya soalan tadi.. jawabnya mudah.. arahan PM dan pekeliling tu untuk dulu2.. skrang dah boleh. Tak sedar lagi sapa pembangkang di negeri Selangor ni. Lepas tu kejar sana kejar sini nak siapkan kerja...last2 terlupa hari ini kena hantar RPH. Loceng balik dah berbunyi baru nak mula buat...tapi tak kisah la sebab untuk 3 hari je. Ongumah nak balik lambat.. so balik dulu dalam 2.30 ptg.. lepas zohor angkat kain, sidai kain..basuh kain sampai masuk Asar. Dari masjid ke sekolah ambik ongumah ..petang tak ada mood nak ke kebun..menghadap NB sekejap je pun sebab dah masuk maghrib.. Isyak di masjid..balik lepak tengok tv .. sambil lelap mata..masuk bilik 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 2, 2010

2 Nov

Selasa - petang ni ada app dgn doktor pakar.. pagi ni kat sekolah lagi buat kerja mcm biasa. Masuk kelas pun macam biasa.. kelaur kelas je luar biasa sikit..sbb belum waktunya dah ada guru lain nak masuk - relif kot. Lepas tu ada jemputan makan2..awal pagi tadi dah pekena 4 keping roti bakar..pukul 9 makan pulak roti jala & nasi dagang kat pantry pejabat..pukul 11.00 tgh sedap lelapkan mata, ada yang jemput makan lagi kat makmal sains... rojak ada, nasi dangang ada, bihun ada, kek ada, agar2 ada, muffin ada,roti jala pun ada. Makan bihun sikit & rojak buah sikit...kek sikit..muffin 3 biji (kecik je). Menjelang pukul 12.30 ongumah minta bawa bebudak cedera main roket (bukan bunga api sambut deepavali) buatan sendiri ..praktis nak masuk pertandingan kot. Pukul 12.45 baru dapat bergerak ke Hosp Sg Buloh.. singgah solat kat Toll.. pukul 2.10 baru berada dalam kawasan hospital. Daftar, tunggu ..3.lebih baru doktor panggil. Spray hidung dan tekak bagi kembang sebab nak masukkan kamera. Dapat la tengok peti suara sendiri dan nampaknya peti suara ni tak mau kerja dengan betul... ada ketikanya dibagi lapisan pelindungnya bergerak..bukan nak bagi suara sedap tapi terus ditutup..tu yang suara putus2..sekejap ada sekejap tak ada. Tak ada ubat cuma disuruh hadiri sesi terapi.. belajar nak bercakap dengan betul. Hidup dah 55 tahun..nak kena belajar bercakap semula. App 29 Disember... next app dgn doktor bulan februari lepas cuti raya cina. Selesai urusan pukul 4...pukul 5 dah sampai ke kkb. Balik lepas asar lepak2 tengok tv..sampai nak masuk maghrib..ke masjid malam ni ada kelas tajwid..lepas isyak pun balik dah pukul 10..tengok tv gak sampai 11 mlm..masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 1, 2010

Nov 1

Isnin - hari pertama bulan baru...perhimpunan pagi ni ada majlis ad hoc.. restu ilmu besar-besaran..melibatkan smua pelajar rendah ke atas. Tak kisah la ..asal bahagia. Sepanjang hari kat dalam bilik selesaikan kerja surat menyurat sambil melayan permintaan itu ini..termasuk makan itu ini. Balik pukul 3 juga..lepas zohor tunggu asar ke mesajid..balik ke kebun 1 jam..6.30 masuk..siap untuk maghrin-isyak di masjid. Lepas Isyak ke rumah Ustaz yang dah lama menjauhi masjid atas alsan kesuntukan masa..tapi selepas perbincangan setuju untuk hadir jadi imam (tetap ikut masa kerja).. tengok la apa jadinya esok esok ni. Balik dah dekat 10 mlm..sikit lagi cetak envelope..esok dah boleh mula hantar surat2 jemputan. Masuk tidur 11.04 minit.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam