Friday, December 31, 2010

Dis 31

Jumaat - pagi ni nak singgah sekolah jep..ambil gambar pendaftaran pelajar ting 1... lepas tu pukul 9 ke PPK check stok tutup tahun... dapat ?? masuyyk... makan pun 2 kali... selesai pukul 11.40. Sempat baring tenghari sebelum gi solat jumaat. Dapat sms ada ahli kariah meninggal di tmn ampang indah. Petang ni lepas asar nak kebumi..kalau ada kesempatan boleh juga iring sampai ke kubur. Tapi kat luar nampak mcm nak hujan... come what may!!!Balik dari masjid kat pukul 3 ... hujan tak turun2 juga. Sementara tunggu masuk waktu asar,layan tengok tv jap. Lepas asar di masjid ingatkan nak ziarah, rupa2nya jenazah dah dikebumikan jam 3 tadi. Balik rumah, layan tengok tv lagi sampai maghrib. Waktu Isyak di masjid..terus ke majlis tahlil - Arwah Ramlah bt Salamah yg tinggal di Taman Ampang Indah.. isteri kepada Sdr Rosli penden Bomba. Balik dah 10 lebih...layan tengok tv lagi.. ONG BAK 1 & 2. Lepas 12 mlm dah tak tahan mata..tak habis tengok .. 1.30 masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 30, 2010

Dis 30

Khamis - mesyuarat lagi...unit kokurikulum pulak..nb pun ongumah guna.. jadi melanguk aje le dari 8.30 sampai 12.30... tak dpt nak buat apa. patutnya 1.30 dah boleh balik..tunggu ongumah sampai 3.30. Sampai rumah 4 lebih... layan panggilan dari sekolah.. sempat solat zohor sebelum masuk asar. Bukan diminta tapi keadaan memaksa begitu. Lepas tu layan tengok2 nak baik 2 nb pulak dah bermasalah sampai ke malam. Isyak baru ke masjid sebab lepas tu ada mesyuarat khas d masjid kkb... kempen anti-zina malam esok. Balik rumah dah 10 lebih... nak tengok tv pun tak larat.. nak layan nb pun tak ada mood.. masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 29, 2010

Dis 29

Rabu - hari ni app di hospital Sg Buloh - speech teraphy - the only solution to my vocal cord problem. Tetapi yg hairannya sejak balik dari genting..tekak sakit pasal sejuk.. suara ok sikit hari tu. 2-3 hari ni pun ok gak..sekali sekala je ada gangguan... bila keletihan suara pun letih nak keluar, kot. Kelaur dari rumah pukul 9,..sampai hosp tetpat 10.30.Tunggu tak lama terus didatangi doktor pakar Rozila ..tanya itu ini..test itu ini...set app bulan 1 lagi. Balik dah 12 lebih..baring sampai jam 2. Lepas tu meenghadap NB sampai lewat petang sambil2 tengok tv. Lepas maghrib ke masjid untuk Isyak. Balik NB occupied.. tengok tv ..terlelap depan tv..masuk bilik pukul 12..bebudak memekan lagi main gitar kat kebun. Call polis untuk kali ke4..polis suruh JKKK bertinaak sendiri..jumpa mak bapak bagi nasihat.Ada ka mcm tu? Nak jaga hubungan baik dengan masyarakat.. kerja polis la buat rondaan, bagi nasihat..tak dengar kata tangkap je. Kata nak benteras jenayah... sapa yang menjawab panggilan tu memang tak fikir panjang. Akhirnya lepas 30 minit kereta peronda datang..terus bebudak bersurai ..tapi kedengaran bunyi2 tak puasa hati. Pukul 1 lebih baru telelap mata.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 28, 2010

Dis 28

Selasa - Mesyurat lagi hari ni... kurikulum pulak. Dari 8.30 pagi sampai break pukul 10 pagi...biasala perkara rutin. Lepas makan2 berkejar jap ke pejabat JKR jumpa Jurutera sampai 11.30..cari pegawai JPS tak ada sorang pun kat pejabat. Balik ke mesyuarat.. bagi sepatah dua kata berkaitan bestari sebelum mesyuarat berakhir pukul 1. Berkumpul kat kedai Seri Melayu bersama Ameer,Anuar&Rashidi (ARK Dev) sebelum ke pejabat Pegawai Daerah..app pukul 3 sampai pukul 2. Tak ada gangguan boleh segera selesai masalah. Respond baik drp DO..terus ke site di Taman Bukit Bujang.. tengok keadaan bersama SO. Settle semuanya pukul 3.30 ptg..ambil ongumah kat sekolah. Lepas zohor tunggu asar..lepas tu ke btg kali ambil barang dipesan - bateri nb, charger, keyboard usb dan CD. Balik pukul 6.30..relaxs sebelum maghrib..hujan dah mula turun. Ke masjid untuk Isyak .. ada kuliah Us Omar..sambil minum lepas tu sambung sembang sampai 11 mlm...balik masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 27, 2010

Dis 27

Isnin - Hari ni mesyuarat guru 1/2011...sedang bermesyaurat lani..habis mesyuarat pukul 1 lebih... tunggu ongumah selesaikan perbincangan bawa kepada 3 ptg. Lepas zohor nak ke btg Kali .. cari bateri nb..tapi sebab orangnya dah ada di KL..minta dia belika aje. lepas asar lepak tengok tv sampai maghrib...isyak di masjid..ada pulak geng tabliq jamu makan nasi lauk ayam kari+cili api.Makan dalam dulang terasa pulak terlebih makan. Lepas tu ke mesy cawangan ..ada makan lagi tapi tak le nak makan banyak sgt...balik dah 12 mlm..terus masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 26, 2010

Dis 26

Ahad - minggu akhir bulan akhir 2010 - esok dah mula sibuk dengan mesyuarat urusan sekolah. Untuk hari ini, ada jemputan kahwin nun di Ipoh sana. Anak bekas guru sm3kb dulu..tapi belum tau lagi apa jadinya.. come what may!!!Keluar ke pasar/kedai antara 9-10 pagi. Baru nak buka Nb, dah keluar pulak ke sekolah.. ada majls reunion 92 kat dewan. Minum2,makan2,sembang2..kiraok 1 lagu...bawa ke pukul 4 ptg..baru balik... pertemuan yang lebih bermakna drp yang seblum2nya. Antaranya sampai maghrib layan cerita Casper... dah 2-3 kali disiarkan tapi hari ni baru dapat tengok sepenuhnya. Maghrib.... isyak di masjid..ada kuliah juga..tapi lepas tu terus balik. Nak buat apa tak tau...tak ada mood..duduk depan nb pun tak ada mood...tengok tv jap..pukul 11 masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 25, 2010

Dis 25

Sabtu - baru balik dari kuliah Subuh. baru nak buka cerita, dah diminta balik ..singgah beli makanan.. elok juga kalau tidak pasti melalut sampai 9 pagi kot. Hari ni Krismas untuk yang merayakannya. Hari ni ada jemputan kahwin di Dewan Merdeka.. ongumha masih ada lagi briefing kat TM. Hujan masih renyai2 kat luar sana. Rasa macam malas nak keluar dah hari ni. Nak buat kerja-kerja dlm rumah je.. kain baju nak kena basuh - sidai. Anak-anak katanya ada program masing-masing - sorang gi kerja, sorang gi belajar moto - gi sendiri la kot ye - semua dah boleh pandu sendiri.Apa pun.. come what may!!! Dapat habiskan kerja pengkeranian je.. basuh baju pun tak buat sbb hujan tak ada tempat nak sidai. Kereta dua2 keluar... akhirnya kenduri pun tak dapat nak pi. Belah petang rasa nak baring2.. sambil layan cerita hindustan... baru nak lelap dpt berita ada ornag Johor nak datang... balas lawatan la gitu. Lepas asar ke kedai beli barang rumah sikit..bawa ke maghrib. Tengah solat depa sampai ...minum2, makan2, sembang2...lepas isyak bawa pulak di makan di Gamelan - lamanya tunggu pesanan sampai pukul 10 baru dapat makan. Balik pun dah dekat 11 mlm... leyan tv sekejap.Tak jadi la nak ke kenduri marhaban di Tanjak. Kita merancang Tuhan menentukan... terlepas 2 kenduri hari ni. Sebelum 12 mlm..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 24, 2010

Dis 24

Jumaat - tengah memikir apa nak buat bila hari ini. Ada la nak jumpa DO tapi tak set time lagi..pagi ke petang. Come what may!!! Sementara tu dok rumah je menghadap NB ni. Elok dalam pukul 11 ada call dari sekolah - penyelia asrama minta tolong install program. 12.30 ambil anak balik dari kedai dobi - kerja kat situ - Jumaat kat masjid DArul Quran. 2.30 dah keluar semula - anak gi kerja semula, app dengan DO petang ni. Seblum 3 petang dah ada kat Pej Tanah/Daerah. Wakil ARK sampai.. minum2, makan2, sembang2 kat kantin sebelum jumpa DO. Dah tak ada pulak dia, buat app je - cari pegawai2 tanah semua tak ada - adakah budaya kerja Hari Jumaat macam tu.. jam dah 3.30 petang, tak ada sorang pun lelaki kat pejabat - alasan solat Jumaat ke? Habisnya ke pejabat ADO PLB - bincang 1-2 perkara sbelum bergerak untuk jumpa semula pegawai pembangunan MDHS. DAri 4.30 sampai 5.30 baru dapat solusi masalah - kena jumpa Jurutera Daerah JKR pula. Set hari Selasa depan.. dapat ke tak dapat - come what may!!! Balik rumah dah 6 lebih...lepas maghrib ke masjid.. lepas isyak kenduri rumah jiran sebelah. Selesai >10 mlm.. sembang2 lagi luar rumah - isu bas kilang, isu JKP & isu politik negeri. Masuk dah 11 lebih... adjust catatan perjumpaan petang tadi bawa ke 12.30... bebudak memekak lagi kat kebun. Call lagi bilik gerakan..kali ke4 rasanya. Kata pegawainya tak ada kereta nak datang..minta pegawai kat ipd datang. Datang ke idak tak tahu le pulak..pukul 1 dah telelap mata.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 23, 2010

Dis 23

Khamis - hari ni ada 1 app dgn Jabatan Pembanguna MDHS... pastu nak hantar maklumat ahli PeBT..lepas tu belum ada plan... come what may!!!! Sebelah pagi ni tak ke mana lagi sbb app tak set ..call kawan tu tak berjawan. Akhirnya pukul 3 baru nak jumpa. Smabil2 buat kerja kat NB ni...duduk bangun buang sampah... buang kompos...sampai masuk waktu zohor.. gi masjid kot2 boleh terserempak dengan ketua kampung.. ada duit yang nak diberi. Pukul 2 dah keluar dari rumah..nampak le 2-3 pelajar sekolah berpakaian lengkap... tak tahu apa sebabnya - settlekan 2-3 perkara - hantar anak ke tempat kerja.. singgah kedai beli kunci rumah (dah rosak lebih 1 bulan tak diganti).. singgah hantar data ahli PeBT...singgah sekolah ambil CD.. pekena mee 2 pinggan.. baru kelaur ke Galeri Seni & Bahasa jumpa pegawai Jabatan Pembangunan MDHS. Balik elok2 nak masuk waktu asar...ke masjid lagi ..tak jumpa juga. Balik dari masjid, ke kebun sekejap..1/2 jam je..tak ada mmod sebab daun2 basah nak bakar tak boleh. Pukul 6 dah masuk... sejukkan badan.. keringkan peluh (ada peluh ka?).. masuk Maghrib.. baru dapat tahu PMR keluar hari ni. Masa kat sekolah tadi pun tak perasan langsung walaupun ada 2-3 ibubapa berurusan di pejabat. Waktu Isyak baru ke masjid sebab lepas tu ada mesyuarat JK. Sebelum tu pekena mee lagi 2 mangkok (kecil je). Lepas mesy..sembang sikit melalut sampai 11.40 mlm. Balik dah nak 12 mlm baru masuk tidur.




http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 22, 2010

Dis 22

Selasa - another busy day.. planning hari ni. Jap ni ke MDHS lepas tu PDHS lepas tu PEh PKM..urusan PeBT (Pergerskan Belia Tempatan) nak buat program untuk belia dengan kerjasama ECOKID.. ntah dapat ke idak..come what may!!! 8.30 dah keluar menuju ke MDHS. Selepas menanti 15-20 mint sbb SU punya ada urusan dalaman, masuk bincang2 tetnag perkara berkaitan taman dan isu CF. Lain pulak versi yang diterima berhubung :1. penubuhan JKP - gabungan 7 taman diwakili stiap taman oleh pengerusi Persatuan Penduduk Taman.
ii. CF - utk rumah dan bukan untuk projek keseluruhan boleh dikeluarkan dengan akujanji penduduk tak akan mengadu kepada MDHS sekiranya ada maslaah bernangkit kemudian hari.
iii. Isu bengkel bas di kawasan taman - tidak apa bas besar masuk keluar kawasan taman, tak apa buat bengkel dalam kawasan taman, tak ada untuk letak brapa banyak bas pun dalam kawasan taman - cuma akan disiasat jika ada berlaku pencerobohan di tanah reserve JPS... kalau ada kebenaran pun kira tak apa!!! SU memberi rasional tanpa melihat keadaan sebenar tetapi sekadar membandingkan secara umum ..cth kawasan terbiar diguna untuk menanam pokok digambarkan sebagai kawasan tanaman sayur besar-besaran sampai lori keluar masuk .. jadi bas pun boleh. Ni yang susah kalau bercakap tak pandang belakang!!!
Selesai urusan dengan SU, ke pejabat daerah pulak. ADO tak ada... DO mesyuarat. Jam dah pukul 11 lebih, baik ke pejabat PKM jumpa pengerusi PeBT. Dalam pada tu Harun dari ACO-KID datang nak bagi kertas kerja program PeBT. Sambil minum2, makan2, smebang2, datang pulak Anuar dari ARK (perancangan awal nak jumpa DO bersama2). Bincang punya bincang.. dari hal PeBT beralih kepada hal TDBB.. bawa kepada jam 3.00 petang... hari Jumaat baru nak jumpa DO bila semua dokumen ada di tangan. Balik lepas solat baring sekejap.. bangun solat asar hujan lagi kat luar... kemas2 kerja hasil perbincangan tadi bawa ke maghrib... isyak di masjid.. balik tengok tv..mata pun tak larat dah lagi..masuk tidur 11.15 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 21, 2010

Dis 21

Selasa - no big plans for today... free buat masa ni. Rasa macam nak ke sekolah tapi ada surat2 nak diedarkan. Rasa macam nak ke kebun... kat luar masih hujan. Apa pun ..come what may!!! Menghadap NB daripada lepas Subuh tadi. Semak email.. keluar sekejap hantar surat edaran masjid..masuk balik. Keluar lagi jumpa AMeer kat pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di pekan KKB. Bincang2 pasla JKKK. Datang pula pengerusi PeBT (Pegerakan Belia Tempatan) ada peruntukan RM20K nak buat program untuk belia.. Minta tolong carikan ahli untuk JK dia. Rekomen anak sorang ni baru lepas belajar.. belum ada kerja pun. Dah nak selesai bab ni esok. Balik ke rumah dah 5 lebih. Tok tek tok tek...dah masuk maghrib.Lari ke masjid sebab ada kuliah sepatutnya tapi tengok lengang je. Salah set tarikh lagi. Lepas Isyak bincang lagi dengan Ameer & En Razali - pakar bidang hartatanah... sampao 11 lebih Singgah balai raya bukit bujang tengok site... ARK nak sewa buat pejabat. Balik rumah jam 12 lebih sikit. Studi MOU projek Bukit Bujang sampai 1 ..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 20, 2010

Dis 20

Isnin - schedule hari ini berkejar2 la pulak. Awal pagi ni ada app dgn ADO... 11.00 pagi ada paper sampai 12.30.. sambung lagi 2 ptg sampai 4.30 ptg..last paper. ARK Dev pun nak jumpa hari ni..sempat ke idak? come what may!!! Pukul 8 dah keluar dari rumah... sementara tunggu ADO sampai sempat siapkan laporan Kpg Sg Damar.. tepat 8.30 masuk bilik ADO PLB.. bincang2 .. smua dicadangkan diterima. keluar dah 9.30. Nak balik masa singkat je... terus ke SMSM. Sementara tunggu exam mula 11.15, dapat juga siapkan surat2 resignation ahli jkkk. Selesai exam..balik sekejap..gi balik jam 1.45 sampai habis exam 4.00 ptg. Balik memerapkan kat rumah je sbb kat luar hujan. Hajat nak ke kebun belum kesampaian. Bawa ke maghrib... isyak kat masjid..lepas tu NB digunapakai... tengok tv je le..sampai 12 mlm .masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 19, 2010

Dis 19

Ahad - Tak ada perancangan untuk hari ini. Tak ada kenduri. Tak ada mesyuarat. Tak ada kerja luar... cuma nak ke pasar. Tapi kalau lepas ni ada yang ajak pi mana-mana tak tau le pulak. Come what may!!! Lepas Subuh..update blog.. gi pasar pukul 10 .. balik menghadap NB buat laporan untuk ADO esok nak jumpa dia. Zohor di masjid..balik mata tak tahan..baring petang sampai jam 6...baring2??? Lepas maghrib sambung lagi sikit kerja ...Isyak di masjid..balik sambung lagi...masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 18, 2010

Dis 18

Sabtu - Tanpa dirancang tanpa diduga..semalam teringat ada sambutan hari alam sekitar di bukit beruntung.. teringat pula projek jkkk boleh bagi anak yg tak ada kerja lagi ni untuk uruskan.. call sana call sini...baru dapat jemputan pulak..nak gi la jap ni. Mulanya jam 8... jam 9 boleh la sampai kot.. bab ucapan2 tu tak yah ..nak tengok bahan2nya je. Selain drp tu ada 2 kenduri hari ni...Tmn Ampang Pecah (ajk masjid) dan taman juta (bekas guru sm3kb).Kedua2 kena pergi.. sempat ke? Come what may!!! Bergerak ke program di Bukit Beruntung pukul 8.30.. singgah kat Taman Damai.. sempat juga bincang projek dengan bekas tok penghulu yang usahakan tanaman di kawasan lapang taman tu. Nak bangunkan nursery bawah JKKK. Oukul 9.30 baru menuju ke padang lokasi program.. ucapan dah bermula. Tak kisah pun bukan nak dengar ucapan sangat pun.. Disambut dan diletakkan kat khemah vip.. sambil dengar ucpaan yang kemudian2nya sambil nikmati nasi lemak. Habis masa kat situ sampai 11 lebih. Balik rumah siap untuk ke rumah kenduri...mula2 di Tmn Ampang Pecah..selesai. Pastu ke Taman Juta.. bertembung dengan kawan lama Cikgu Fuad.. bekas Institut Bahasa (senior 1 tahun).. bekas guru di sm3kb tahun 78-80. SAtu-satu khemah kenduri kahwin yang selesa rasanya..walaupun meja tempat duduk sikit sempit tapi ok..khemahnya tinggi tak terasa panas... makanan diletak 3-4 tempat bentuk kereta sorong... tak le jem tampat ambil makanan. Pukul 2.30 dah balik ke rumah.. baring jap sebelum zohor..bangun zohor kul 3..pastu baring balik sampai 6 ptg. Cover dah balik yang tak cukup tidur. Lepas Maghrib baru ke masjid.. rupa2nya ada kuliah ... lepas Isyak ada kenduri tahlil di Tmn Tanjak. Balik 10 lebih... duduk depat nb..tak sedar dah 12 mlm. Masuk tidur je...

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 17, 2010

Dis 17

Jumaat - hari ni nak gi Gemas,NS.Buat apa? katanya nak menaguk ikan sawah...ntah la..sorang nak pompuan dah gi kerja sementara kat kedai dobi di pekan kkb. Balik nanti bawa kereta sendiri kot.. charade...masa tu kami kat gemas la ..boleh ke? Well apa nak dikato...come what may!!!cPukul 9.30 keluar dari rumah. Bawa pelan2 je tak lebih 90km... sampai kat rumah Kampung Ulu Ladang di Gemas pukul 1.30. Orang belum habis solat Jumaat lagi. Rumah sapa? lupa pulak nak habaq mai... rumah Ustaz Yusry pensyarah Darul Quran dan penyampai kuliah di MAHAP. Isteri dia guru di SM3KB.. kira kenal 2 2 belah le. Masa sampai Us belum balik..tunggu dia untuk makan tengah hari. Hidangan simple tapi menyelerakan.. kari ikan, sotong kicap, kailan goreng, sambal tumis, ikan goreng. Makan bertambah nasi. Lepas tu tengok2 apa yang ada kat belakang rumah... ayam belanda adam ayam hutan ada, ayam gajah pun ada tapi dah tak ada .. smua dah kena makan... burung unta ada ..dibeli dari kecik, rusa ada dah jinak pun.. kambing ada... mcm zoo la lebih kurang.. tapi smuanya dibela untuk dimakan. Lepas tu bergerak ke sawah padi yang terletak agak jauh juga dari rumah. Asal tujuan nak gi menaguk ikan tapi apakan daya ikan dah kurang... kalau dulu katanya banyaknya ikan kena kuak ikan baru nampak air. Musim menuai baru selesai.. masa tu la suasan meriah kat situ.. ikan main pakai kutip je yang tersesat dalam lopak2 air. Tapi lepas 2-3 minggu ni tinggal anak2 ikan je. Jadi hajat tak kesampaian le. Balik semula ke rumah Us. minum petang ..mee goreng ..kena betul dengan tekak ni.. ala goreng mamak tapi basah. Pukul 7 sebelum masuk maghrib..bergerak untuk pulang dalam hujan lebat.. kena balik juga .. nak kena singgah Kg Baru ambil anak lelaki nak balik KKB.. lagi pulak anak pompuan tinggal kat rumah sorang2. Singgah pulak kat MCD ada pesanan minta beli burger... sampai rumah 12.30 lebih. Bebudak memekak lagi kat kebun..call lagi bilik gerakan tapi jawab sambil lewa lagi..mungkin yang bertugas hari selasa lalu... masuk tidur lepas jam 1..lagi !!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 16, 2010

Dis 16

Khamis - Sains Sukan...ada juga bebudak kat sek ni ambil kertas tu...tapi tak sampai 1 jam ramai dah siap keluar dewan. Selesai 12.45..sampai rumah dalm hujan lebat pukul 1.30. Tunggu panggilan dari ADO tak sampai2...sambil buat kerja depan NB ni sampai masuk Maghrib..hujan masih turun. Ke masjid ..basa Yassin..makn bubur ashura. pulut kuning & nasi lemak..rezeki rimau lagi. Lepas Isyak nak Bukit Bujang ..tahlil kawan kematian anak kemalangan.. baru tingktan 2.. bekerja mlm di stesen minyak.. kena langgar kereta..meninggal. Sempat bincang sikit dengan Ameer pasal urusan JKKK..balik dah 10 lebih.Check email..11 lebih masuk tidur..bebudak memakak lagi kat kebun. Buat laporan polis sekali lagi..kali ni baru ada tindakan..12.30 kereta peronda datang..bebudak dah belah..macam tau je report dibuat. Masuk tidur dekat jam 1... lagi!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 15, 2010

Dis 15

Rabu - rasa tak enak kembali lagi...2-3 hari tidur lambat bangun awal...belum dapat cover balik sebab petang2 pun kerja luar rumah... nak terlelap pun sebelum masuk maghrib (kalau sempat) mcm semalam. Hari ni pun habis 12 tgh... petang ni cadanga nak jumpa ADO pasal AJK baru JKKK..kalau dia ada di pejabat..come what may!!! Balik ke rumah dari btg kali dah 1.30... lepas zohor buat apa yang patut..sambil cuba kontek ADO tapi tak berjawab..bawa ke pukul 3. Ada member minta tolong uruskan pembelian borang tender online.. bawa ke asar...settle semua urusan 5.30 ptg. Baru tau sudah juga nak masuk tender kalau jadi kontraktor. Tak tahu mana silapnya. Kerajaan macam tak nampak penindasan yang berlaku kepada kontraktor2 kecil yang baru nak try berniaga. E-tender dikatankan memudahkan urusan dan telus tapi lebih menguntungkan 1-2 pihak saja - pihak penyedia sistem -ALPHA TECN..dan mungkin SUK sendiri dapat komisyen (bab ni belum pasti..tengah siasat). Untuk membolehkan seseorang akses muatturun borang tender..kena jadi ahli bayar RM100 utk 1 tahun. Kalau 1000 dah dpt RM100K kalau 10 000 kontraktor..dpt brapa ye? Itu baru jadi ahli.. nak muat turun borang tender yang berjumlah lebih 50ms..kena bayar lagi RM100 untuk satu kerja. Kalau nak try 5 job..RM500. Dapat kerja belum pasti lagi..tapi RM100ke 500 ke dah lesap. Kalau syarikat besar yang ada modal besar tak jadi masalah.. yang difikirkan sekarang ni syarikat2 kecil yang baru nak berjinak2 untuk masuk bidang ni. Tak kan naya namanya. Sebab tu asyik2 syarikat yang sama je dapat .. .bukan 1 tapi lebih drp 2 kerja. Kerajaan kena adil..fikirkan juga golongan Melayu yang nak bergiat dlm bidang ni. Mudah je... cth kerja bersih kawasan.. KKB ada 3 zon. Kalau satu job RM30K sebulan = RM90K sebulan. Bagi je kat 1 main con yang ada modal... kalau ada 10 kontraktor kecil bagi la sorang sikit = dpt la RM10K sorang ...duit merasa, kerja pun ada ... nak buat sendir ke... nak pakai pekerja ke..terserah janji ikut perjanjian tender. Tak le orang nak marah sangat..semua haepi je. Susah sgt ke nak fikir benda mcm tu orang2 yang duduk kat atas kerusi empuk tu? yang ada kuasa sementara tu? baru le telus namanya...adil namanya. Takut tak masyukkkkk kot? Anyway... rasa hati ni dah disampaikan kpd MB melalui aduan online. Tengok je apa jadi.. come what may!!! Maghrib kat masjid AP... terus ke masjid KKB ada cermah Dato Ismail Kamus... habis 9 mlm. Jumpa Termizi bincang sikit pasal tanah Bukit Bujang. Balik dah dekat 10 mlm. Pekena oat sebab tak sempat nak ambil makanan di masjid... masuk tidur 10.45 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 14, 2010

Dis 14

Selasa - Sepatutnya off hari ini..tapi agenda pertemuan dgn MB Selangor dibatalkan...tak ingat pulak mileage hari ini dah masuk ke belum..RM21 juga tu..tapi tak kisah..come what may!!! Ingatkan hari ini sampai petang... rupa2nya sampai 12 tgh je. Dapatla nak buat operaso balai raya..sms kpd smua JK JKK minta datang 3 ptg nanti. Selesai tugas..ambil minyak..singgah pos offic..sampai rumah dah 2 lebih. Sempat zohor tak sempat rehat dah nak pukul 3..ke balai raya. 6 orang smua hadir..kemas bilik gerakan, clearkan ruang blik sebelah...bersihkan sekitar balai.. sampai 5 ptg lebih. Balik rumah solat asar..hajat nak ke kebun pun tak sempat..baring sekejap dlm 10 minit seblum 7 mlm. Lepas maghrib ke masjid ada pengajian tajwid. Hampir 10 mlm baru balik...tak daya nak menunggu depan tv..masuk tidur 10.30 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 13, 2010

Dis 13

Isnin - Pagi ni bangun cerah betul mata. Dah puas tidur kot.. sempat le ke masjid untuk Subuh. Balik macam biasa siap2 untuk sehari lagi di pusat peperiksaan.... subjek Pertanian pagi dan lukisan petang. Lani petang sebab tu kena masuk sini kalau tidak pasti tersenguk2 tidur. Sesi pagi tadi dah berlalu dari 8 sampai 12. Gi sana sini...cerita sana cerita sini..dapat makan nangka sekeping sambil dapat cerita pekerja dikerah kerja 10 jam sehari - 8 sampai 5.. adaka patut? Nanti la ada masa nak tinjau2 web yang sesuai untuk ketengahkan masalah depa ni..apa pun buat masa ni come what may!!!Habis sesi 1 pukul 12 tgh hari...balik rumah dulu kado hajat..solat zohor. Datang semula untuk sesi 2 ptg sampai 5 ptg. Kat rumah lepas asar tak sempat dah nak baring2...buat sikit cetakan surat2...Isyak baru ke masjid..lepas tu buat perbincangan sikit dengan Ameer pasal JKKK. Balik dah 10 lebih. Buat kerja insatll printer kat NB anak lalut sampai 12 mlm. Masuk tidur mata tak nak lelap..perut rasa lapar bebudak melalak kat kebun sejak 2 malam lepas. Sebelum ni tak kisah mata pejam je..mlm ni rasa terganggu pulak. Buat laporan ..call bilik gerakan ipd..habis cerita. Pekena nestum segelas dgn susu....masuk terus lelap mata.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 12, 2010

Dis 12

Ahad - 2 jemputan kenduri hari ini...1 tanjak, 1 damai. Dua-dua nak kena pi ka? Kalau ikutkan hati nak sangat pi tolong2 yang kat tanjak tapi badan masih tak sihat betul...pi makan je la kot. Come what may!!Ongumah dah keluar ke asrama nak bincang2 ngan bebudak nak periksa esok ni sunjek geog....jadi dari 8 sampai 12 baca berita semak email...print bahan untuk papan kenyataan masjid. Kul 12 siap nak gi makan kenduri..mula2 di Taman Damai..pastu di Taman Tanjak. Makan sikit2....tak la rasa kenyang sangat. Lepas solat zohor..baring sampai 5.30 petang. Nak keluar ke tak nak keluar ..itulah persoalan...Tok tek tok tek dah dekat nak masuk maghrib..siap awal sikit gi masjid petang ni..tak tau pula nak kuliah maghrib. Lepas isyak minum secawan teh dan 3 keping kek teman Ustaz sebelum balik ke rumah. NB tak diguna oleh sesiapa..siap la sudah Minit Mesyuarat kali ke 9..dah boleh hantar kepada penghulu esok. Dalam pada tu tengok jam dah 12 lebih...masuk tidur kat pukul 1 juga la..mata tak ngantuk pun..mana taknya...malam sebelum tu dah tidur awal..petang tidur lagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 11, 2010

Dis 11

Sabtu - hari ini pun program pack juga. Pagi ni nak ke kem sekali lagi sambungan yang semalam...patut habis 5 petang tapi nak calo waktu makan tengahari. Nak gi ambil TRAJET... nak gi Templer Park...kalau sempat lewat petang nak ke Resort Hulu Bernam.Tengok la dulu..come what may!!! Pukul 8 dah keluar dari rumah. Sempat beli barang dapur untuk masak nasi ayam kat India lori sayur. Sampai kat kem sarapan mee goreng + 1biji telur masak. Sesi bermula lepas 9 pagi - panduan beri ceramah/pidato. Berhenti minum sekejap pastu sambung bengkel latihan bagi ceramah. Selesai solat Zohor dulu baru makan tengahari. Bila sesi akhir nak mula pukul2 ptg, ana dah angkat kaki. Patutnya Trajet siap dibaiki 2.30 ptg tapi tak dpt q dari mekanik. Sempat juga barig kejap sampai 3.45. Gi ambil trajet kat btg kali terus ke Templer Golf Resort sebab dah janji nak dtg ke reunion 86-87. Sampai pukul 5 lebih...sempat la sembang2, makan2..(minum tak sempat)..sampai 6 lebih baru bergerak pulang. Sampai rumah dah Maghrib...lepas Isyak baring2 terus tidur depan TV...sambung tidur kat bilik 12mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 10, 2010

Dis 10

Jumaat - pagi ni ada lawatan rombongan dari IAB ke sekolah. Nak gi ke tak..bahan multimedia dah suruh cikgu lain buatkan. Nak tengok jengok juga ka.. ni nak siapkan sikit lagi bahan untuk mesyuarat JKKK petang ni. Badan masih rasa tak sedap badan. Tengoklah camne..come what may!!! Akhirnya ongumha buka mulut bila nak bergerak ke asrama. Maka bergerak la ana ke sana pukul 8.30 di dewan asrama. Dah ada 2 orang drp mereka sampai awal.. bawa sembang2 sikit melalut sampai isu kopi kluang..kopi brew yg yang dikatakan sedap..dan akhirnya rahsia kopi pun terjawab...kopi+gandum+berley+tempurung kelapa (yang jadi penyebab kopi ada lapisan minyak). Cikgu Rosli pun dah ada untuk setting...presentation pun dah ok..cuma PA System yg problem. lari ke sekolah ambil set yang baru diterima.. pasang ok...gi makan bersama tetamu yang dah lama duduk makan sambil tunggu Q setting dah siap sedia. Majlis bermula 9 lebih..semua berjalan lancar..sampai waktu makan tengahari..dapat berita nak mesy JKKK kat balai raya Kpg Orang Asli Pertak tak dibenarkan oleh Pengarahnya...buat panggilan & SMS tukar venue ke Ampang Pecah. Lepas makan balik dekat pukul 1. Lepas solat ambil ongumha kat sekolah..tertonggok sorang2 kat garaj sebab semua pintu masuk pejabat ditutup masa rehat 12.30 tadi sampai 2.30. Dari situ terus ke Balai Raya Ampang Pecah untuk mesy...ada gangguan laluan pulak...mesy mula pun dekat jam 4. Selesai 5 lebih..balik siap2 kan diri..lepas Isyak baru ke kem bina semangat untuk proram SPIES. Habis bab pertama ..balik 12.30...masuk tidur dekat pukul 1.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 9, 2010

Dis 9

Khamis - Masih di Awana...bangun solat mcm biasa...pukul 7.30 turun srapan..8.30 masuk bilik bengkel..sambung bincang2 lagi. Sesi selesai....dapat sijil...makan2..balik. On the way balik, singgah kat bengkel..trajet tak siap dibaiki barang ganti tak ngam...mekanik tgh tunggu barang ganti ganti... tak siap untuk 1-2 hari ni. Esok di tutup kedai..Sabtu baru boleh ambil gamaknya. Teruk juga mcm ni..esok sampai Ahad banyak program dekat2..juah dan dekat. Tapi nak buat camne? Come what may! Sementara tu ke pusat peperiksaan SPM semula untuk tugasan hari ni sampai 4.30 petang. Balik kkb tumpang ketua pengawas. Lepas asar badan rasa tak sihat...sejuk tukar ke panas..jadi sream sejuk..baring jap sementara ongumah & anak2 ke Kalumpang..cari tukang jahit. Bangun 6.30 lebih..siap untuk Maghrib..tapi Isyak ke masjid..lepas tu ada jemputan kenduri masuk rumah. Balik pukul 10 menghadapt NB update itu ini..sampai 12 mlm juga masuk tidurnya. Makin tak sihat le badan ni.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 8, 2010

Dis 8



Rabu - pagi ni nak naik genting...ada seminar anjuran MDHS di Awana.Pukul 8 hantar Trajet ke bengkel.Sampai ke Awana 8 lebih... start bengkel sampa lewat petang. Naik asar dah 6.30 lebih...turun makan malam..sambung lagi bengkel sampai 10 lebih. Lepak2 kat blik lain sampai 12 mlm...naik tidur dah lebih 12 mlm



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 7, 2010

Dis 7

Selasa - CUTI AWAL MUHARAM.. tak ada sekolah... tak ada periksa....tak ada kerja??? mana boleh tak ada kerja. Lepas Subuh terus menghadap fail-fail...housekeeping la katakan sampai sarapan pukul 9 pagi. Waduh tak terasa masa berlalu..tinggal 1 jam lagi dah nak ke KL pulak hari ini. Ingatkan boleh bergerak pukul 10 rupa2nya 12 tgh baru keluar dari rumah..terus ke Kramat...makan2, minum2, sembang2.... balik kkb sampai rumah dah 7.30 mlm. Bergegas lepas maghrib ke masjid ada pengajian tajwid.. lepas tu ke rumah kenduri tahlil. Selesai semua dari 10.30 lebih. kena buat sikit bahan utk serah esok kepada penyelia asrama untuk tayangan hari Jumaat. Entah le cukup ke idak..masa pun dah semakin larut...mata pun dah melaluk...dekat 12 mlm lagi masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 6, 2010

Dis 6

Isnin - patutnya hari ini off... tapi sebab dah balik semalam pergi juga la pagi ni jada SPM...ganti hari Rabu nanti nak ke Awana. 2 sesi.. masa sesi 10 pagi bawa trajet tukar tayar sampai 12 tgh. singgah bengek lagi air masih bocor...lepas sesi 12.30 tengok semula rupa2nya ada lagi yang lubang kat pipe lain pulak. Kena hantar semula...rabu nanti boleh tinggal dan ambil hari Khamis...turun dari Awana. Sesi petang terus sambung hari ni tak balik rumah ...lagipun kertas habis 3.30 ptg. ke pekan selesaikan urusan dengan bendahari jkkk...ni tengah tunggu Ameer JKKK nak settle satu lagi urusan sbelum Maghrib. Kat taman ni ada kematian lagi...lorong sebelahan je...ada kenduri la malam nanti. Balik dah dekat 10 mlm..tunggu Ameer nak bicnag sikit urusan JKKK..masuk rumah dah 11 mlm. Nak buat kerja kat NB,,ongumah guna...layan keyboard kejap..kejap2 pun tengok jam dah 12mlm.Masuk tidur lagi sedap.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 5, 2010

Dis 5

Ahad - dari UTM Skudai.... bermalam di sini selepas menghadiri kenduri di Taman Biru, pasir Gudang...di mana? di tempat yang tak diduga. Keluar dari tempat penginapan pukul 9 lebih... singgah di Kluang cari kopi railway station yang famous tu. Minum kopi makan roti bakar, nasi lemak 70sen. Bergerak balik singggah Organik Farm... singgah Petronas solat..tayar pula kempis. Ada paku angin keluar sikit2.. boleh tahan 2-3 jam..jadi kena singgah 2-3 kali stesen minyak untuk pump angin. Akhir sampai juga kat rumah pukul 7.30 mlm. Siap2 solat ...lepas Isyak masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 4, 2010

Dis 4

Sabtu - baru balik dari kuliah Subuh.. pekena mihun goreng.. bawa balik 3 bungkus estra. Ramai ikuti kuliah tapi tak ramai nak duduk makan bersama. Ni nak siap2 pulak nak bertolak ke Skudai Johor..ambil anak yang dah selesai pengajian. Bergerak dari rumah pukul 9 lebih....sampai dekat 5 petang..lama juga kan sebab tak pandu laju..tak lebih 80 km. Saja je nak tengok temperatur naik ke tak..selepas diganti pipe baru yang bocor. Setakat lani tak ada perubahan nyata...kira ok la. Lepas 'check-in' kat tempat penginapan bilik anak di sini, manda manda..keluar menuju ke rumah keluarga angkat ..ada kenduri sempena anaknya berkhatan..singgah di Jusco..sampai kat rumah tu pukul 9..elok orang baru nak baca doa. Maknanya tak lama la tunggunya dah dapat makan..nasi tomato, daging kicap pedas, pajeri nenas & kuih muih. Selesai makan2..smebang2..pukul 12 baru masuk balik ke 'bilik' dan terus tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 3, 2010

Dis 3

Jumaat - Lepas Subuh tadi menghadap NB ..siapkan kerja sikit sebelum nak keluar pukul 9 nanti. Ada perjumpaan ketua2 kampung nak settle pasal program kat genting..jadi ke tak jadi... akhirnya tak jadi sebab semua kata duit peruntukan bulan 11-12 dah digunakan. Elok la cam tu. Lepas tu bincang pula dengan kontraktor projek Taman Bukit Bujang...sampai 12.30 Banyak perkara dibincang..punca masalah.. penyelesaian masalah. Lepas solat Jumaat..hantar dokumen kepada ADO..sebelum ke Pejabat agama hantar dokumen. Pergi pulak ke bengkel Charles kat KKB Road tapi dia tak ada.. masih belum dpt resit bayaran dan head yang ditukar hari tu. Dah orangnya tak ada...balik je..singgah kat sekolah ambil keyboard..sampai du rumah dah 5 lebih. Semnetara tunggu masuk Maghrib buat kerja2 menaip sikit.. ada kuliah pulak kat masjid mlm ni..lepas Isyak terus balik.. tak ada makan2 mlm ni.. tapi sempat siapkan surat kpd untuk MDHS minta review balik bagi CF..itupun sampai 12 lebih baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 2, 2010

Dis 2

Khamis - sibuk juga hari ini. Awal pagi sebelum ke pusat dah minta izin sampai lambat sebab ada app dengan Tn Kadi pukul 8 pagi . Baru nak pergi dpt call tangguh pukul 11 jadi terus je ke SMSM. Pukiul 10.45 keluar semula..Seelsai 2-3 perkara berkaitan kubur, tanah dan solat jumaat. Balik ke rumah ..lepas zohor berkejar semula ke SMSM. Habis pukkul 3.30..ambil trajet..terus ke Pej Daerah jumpa ADO pulak. Ambil pula ongumah ...teringat member kat Btg Kali..tumpang dia pi ambil kereta merah kat bengkel. Sampai rumah 6 lebih...siap Maghrib ke Isyak..tak dpt ke masjid..perut meragam tak tentu pasal. Pukul 9 di masjid jamek ..ada mesy lagi. Balik 11 lebih..terus tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 1, 2010

Dis 1

Rabu - bula akhir tahun 2010 dah mula hari ini. Ada yang kata duit bonus 500 dah masuk akaun.. blm check pun lagi. Apa pun biar lah dulu kat situ. SPM hari ni pukul 10 dah free.. terus gi pejabat agama..kadi pulak tak ada. Balik buat apa-apa yang patut sebelum 1..pukul 2 ada paper lagi. Balik pun tak sempat nak buat apa sangat..baru nak relax ada yg datang nak bincang sesuatu. Lepas solat zohor berkejar semula ke SMSM. Habis pukul 4.30 petang. Elok nak balik hujan turun lebat sgt.. tengoj trajet belum siap..barang ganti dah sampai. balik rumah sampai 5 lebih..buat kerja surat meyurat sampai ke lewat malam... pukul 11 masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam