Thursday, June 30, 2011

Jun 30

Khamis - baru terlintas di fikiran ini... blog ini berkaitan tugas sebagai gpb tapi entri selama ni lebih kepada urusan peribadi...I m sori. Mulai hari ni kena sleitkan sikit urusan kerja harian. Baru masuk bilik server... login kehadiran pakai SPS ok... sistem LAN pun ok..akses net pun ok. Jap lagi nak masuk kelas..lepas tu baru boleh buat kerja2 lain..kul 2 ada taklimat aktiviti esok larian 1M...mesy lain tak ada takat ni.. come what may!!!Ni hah nak bagi tau kat sini... kelas ting 6 dah diperkenalkan dgn thinkquest.org ..untuk matapelajaran geografi. Ni kerja tambahan sendiri cari beban..kena dok check sekali sekala perkembangannya. Taklimat dah 2 kali bagi..hasilnya nampak ok setakat ni.Ni hah lagi..pukul 10 pagi tetiba line sangkut..akses terdiam sendiri..dok kena restar router..tapi nasib baik kita pakai broadband..kalau tak sama2 hanyut.Dan hari pun berlalu pergi ...sempat zohor kat surau sekolah. Masa nak balik 3 lebih singgah 2-3 tempat.. ambil gambar signboard asrama..balairaya...sampai rumah dah 4 petang. Rehat jap tunggu asar..tu pun sampai 6 ptg. Lepas asar tunggu maghrib nak berbuka. Ke masjid isyak. Lepas tu duduk jap bincang pasal kenduri kawin rumah anak kariah esok. Sampai rumah 10 mlm..sempat tengak FAirly Legal kat Diva sampai 11 mlm. Masuk tidur lepas tu.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, June 29, 2011

Jun 29

Rabu - pasar malam malam ni.... mesyuarat pun ada tak..ikutkan ada ceramah israk miraj kat masjid kkb mlm ni... come what may!!! AKhirnya smua tak menjadi. Sepatutnya ada mesyuarat PIBG, ada surat jemputan tapi tak perasan mesy pukul 10 pagi..ingat 2 ptg. Dalam pada tu ada relif pukul 11 pagi. Sebelum masuk kelas tu pekena bihun goreng kat pantry... keluar kelas pekena bubur pisang pulak. Pukul 1 lebih baru ada yang bagitua mesy pibg tengah on... lps zohor baru masuk..mesy dah habis..tapi makan baru nak mula..pekena nasi ayam. Lepas tu tak keluar dari bilik mesy ada mesy HEM pulak..itupun dapat call masa tgh solat. SAmbung je la nak buat camne...sampai dekat 5 petang. Sekali la balik ngan anak ..dia ada aktiviti koku. Sampai rumah lepas azar dah 6.30..tunggu maghrib...isyak kat masjid. Pagi tadi dah arrange nak buat perbincangan sikit fasal kenduri kahwin anak jemaah..tapi 2-3 org confirm tak dapat hadir...jadi last minit cancel je. Dpt la balik awal ke rumah. Dari 9.30mlm tu menghadap TVS...tengok program solat hajat di Stadium Melawati sampai 11.30 mlm baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, June 28, 2011

Jun 28

Selasa - Apa ada hari ni?... boleh balik awal untuk baring2 petang? boleh nak uruskan perkara kewangan dgn bank?..come what may!!! So dari awal pagi dok dalam bilik ni je... mula kerja2 menaip. Ada relif pukul 1.10 tapi waktu tu ada mesy jk pengurusan... apa yang ditugaskan buat relif tak peka ka apa? Dah diblok jadual dari 11-2 setiap selasa..masih nak bagi relif.Selesai pukul 2 lebih sikit. Sebelum balik singgah pantry ada nasi..lauk sambal udang n sambal belacan masin. Balik sebelum sampai singgah bank urusan ongumah, singgah rumah bendahari ambil buku bank, turunkan ongumah kat umah pergi bank semula keluarkan duit...terus ke sekolah tunggu anak habis tusyen sampai 4 ptg. Sampai ke rumah ngam2 zohor...masuk asar. Baring jap lepas tu sampai 6 ptg. Sebelum maghrib siapkan notis mesy PASCAP...lepas isyak attend mesy majlis su2 kaw hs... mula pun lewat lagi pukul 10 baru start. Habis dekat 15 ke 12 mlm..pekena mee goreng 2 paket...sampai rumah hampir 12.30 masuk tidurnya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, June 27, 2011

Jun 27

Isnin - Minggu akhir JUn bermula hari ini. 3 hari lagi masuk bulan 7. Yang dirancang bulan september semakin hampir. Setakat lani tak ada apa2 plan kecuali mlm ni ada mesy PKM pukul 8.30 mlm. Ni nak segera kerja2 dokumentasi sblum mesy lagi JKKK minggu depan...sekali nak jumpa calon2 PPRT...pagi ni citenya ada makan2..raikan PK1 pindah dan PK1 baru masuk...PAR pun ada yang pindah dan ada yang masuk balik...tapi tgh puasa lagi hari ni...come what may!!! Jadinya lepas perhimpunan jengok kat temapt jamuan untuk ambil gambar je...pastu duduk dlm bilik. Check itu check ini nak mula kerja surat menyurat pun tak sempat. Masuk kelas ..keluar kelas...zohor seblum balik sebab nak ke Pejabat Daerah ada mesy... on the way balik, ongumah ada kelas petang..so drop tengah jalan je...menapak ke Pej Daerah. Mesy mula 2.30 lebih...selesai 3.30 lebih. Singgah pulak kat kantin ...group Hulu Bernam bincang pasal progrma 1/7..mb turun padang. Kena join dengar je sbb balik nak tumpang Cikgu Sukor. Lepas asar sementara tunggu berbuka layan final MAHARAJA LAWAK. Lepas maghrib keluar ke mesy bersama YB kat PKM. Selesai 10 30 mlm..singgah makan2 minum2 sembang2..pekena kuihtiaw goreng..sampai rumah dekat 11.30. Isyak dulu sebelum masuk tidur dekat 12 juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, June 26, 2011

Jun26

Ahad - pagi ni nak ke Shah Alam..ongumah mesyuarat Keaatuan Guru Melayu Selangor, tak dapat nak ikut gerak gempur kat Sg Tenggi...come what may!!!Pukul 9 keluar rumah ..singah minum kat bkt sentosa depan sekolah..selama ni nampak ramai orang kat situ...tapi itulah makan roti canai kuahnya tak berapa menyelerakan.. ada yang kureng. Air halia dia mmg kick.Sambung perjalanan ke Shah Alam..sampai sebelum 10 pagi. Pusing2 tengok kiosk2 yang disediakan tak ada yang menarik. Sementara ongumah mesy, lepak je kat dalam kereta...baca paper, tidur,,baca paper, tidur sampai pukul 1.30 tgh. Singgah pulak kat SACC.. ada program MARI MEMBACA..ada pameran dan jualan buku. Makan bihun sup kat PKNS...zohor..pusing2 lagi ..window shopping..walaupun tak ada windownya. On the way kat Bkt Beruntung singgah GRAND UNION supermarkat...shopping barang dapur..dan sehelai seluar. Sampai rumah dah 6.30 ptg ..sloat maghrib...tunggu isyak...layan BAKAT TV kat TV2. Nampaknya style kamera shot masih macam tahun 80an..tak ada perubahan langsung. Ni pertandingan pun masih buat style mcm konsert. Tak ada seri langsung... tak guna konsultant kot. Lantak le... lepas tu tukar channel PRIMA ada cerita BELUKAR lakonan Daphne Iking..pengarah dan lakon layar cina punya...padanlah ceritanya pun tak ada langsung unsur islamik.Tak tengok tak boleh komen kan kan kan.... saja je sambil tu strika baju untuk minggu ni...masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, June 25, 2011

Jun 24

Sabtu - baru balik dari solat subuh kat masjid> Ada kuliah subuh , ada makan nasi lemak. Ni nak siap pi Tronoh oastu ke Tanjung Rambutan..dua2 kenduri kahwin. Balik kul brapa?...come what may!!!Keluar dari rumah 9lebih..sampai kat Uni Petronas dekat pukul 1. Makan nasi tambah sekali ..sebab sedap? bukan tapi sbb tak ras apa2...masin tidak, pedas tidak..tak puas rasanya. Bergerak ke lokasi ke2 di Tanjung Rambutan pukul2 lebih..sampai pukul4 ptg. Tak makan nasi dah .pekena bubur caca. Ada hidang khas untuk vegetarian..cuba2 makan..boleh la masuk seketul dua...daging tiruan, ayam tiruan.. sayur campur biasa..tapi masak tak guna bawang... hambar!!! Bergerak balik dah 5 lebih..singgah kat Jalapang rumah kaka sekejap je sbb nak berlabuh di rumah sepupu ongumah kat Meru Valley. Lepas asar tunggu maghrib...bertolak balik ke kkb. Singgah di RnR Tapah.. minum Radix n kacang rebus....singgah untuk ambil minyak..sampai rumah dekat 11 mlm... masuk tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, June 24, 2011

Jun 24

Jumaat - pagi ni ada program Pertemuan Waris dan serah kad penyata,,, ptg ada mesyuarat JKKK..mlm ..come what may!!!Balik mcm biasa ... gi solat jumaat mcm biasa... gi ambik ongumah mcm biasa juga... sampai rumah sbelum 3 ptg..terus siap ke mesy JKKK kat Balai Raya. Hidangan laksa dan kuih muih...selesai kat pukul 6. Ingat dah tak ada apa mlm nya, ada kenduri duduk kerja kat tmn ampang indah. Lepas asar masuk maghrib. Keluar makan ..balik isyak...keluar semula ke rumah kenduri. selesai bincang2, makan2 tak minum pun, semabng2 balik dah 10 lebih. Layan tengok cite anakonda tv pun tak brpa nak elok..masuk tidur dekat 12 mlm juga kadinya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, June 22, 2011

JUn 23

Khamis - ada gangguan nak update blog pakai broadband.. tangguh dulu sebab ada kelas.. lps kelas come what may!!! Puasa hari ni jadi tak perlu selalu keluar bilik cari makan. Lepas kelas duduk dlm bilik dan dapat settle banyak perkara sampai waktu balik. Pukul 2.30 dah balik tapi keluar semula 3 ptg ke pejabat kadi..nak uruskan hal tanah perkuburan nak dibuka semula. Kadi pulak tak ada..lagipun surat makluman baru je masuk fail pej kadi tu. Kira dah bertindak awal sgt kot. Tak kisah la. Balik rumah dah dekat masuk asar.. sempat baca paper jap. Lepas asar tunggu nak berbuka..lepas solat maghrib terus siap ke mesy PKM. Bermula 8.45mlm sampai 10.00 mlm kat situ. Singgah minum jap sampai ke rumah dah dekat 11 mlm..tak tunggu lagi dah terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Jun 22

Rabu - Happy Birthday kepad ongumah...dah 48 tahun dah. Semalam punya program tergendala...harap boleh settle hari ni. Malam ada mesyuarat meluluskan permohonan dari pelbagai pihak.. pukul berapa nak habis..come what may!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, June 21, 2011

Jun 21

Selasa - Sehari lagi nak dilalui tapi hari ini diuji dengan sakit gigi sejak petang samalam. Nak pi doktor jap lagi... cadang nak ke mdhs ptg ni...mlm no palnning..come what may!!!Awal dah dapat relif... tapi sempat cancelkan. 8.30 nak pi klinik gigi..11 pagi ada mesy JK Pengurusan. Cukup time keluar nak pi klinik...tutup pulak hari. Balik ke sekolah...buat kerja apa yang sempat..tak banyak habis masa kat install printer LEXMARK ke nb lama ni. Habis 2-3 jam sampai waktu nak masuk mesy. Mesy selesai 2 ptg.. singgah pantry ada rezeki tomyam. 2.30 balik ..cadang nak ke MDHS ada urusan nak settle ..itupun tunggu Ameer call. Sambil tu siapkan surat2 yang tak sempat buat sebelum ni.. sampai pukul 4.30 tak terima call. Ke sekolah ambil ongumah...sampa rumah 5 lebih. Buat kerja kemas filing lagi sementara maghrib. Isyak di masjid..balik sambung sikit lagi kerja. Tengok Diva movie lagi tapi tak sampai habis..masuk tidur 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, June 20, 2011

Jun 20

Isnin - alhamdulillah masih dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan. Walaupun ada masa lapang sampai 11 pagi sbb tak ada kelas, tapi kemungkinan ada kelas relif sgt tinggi. Setakat ni tak ada beban kerja yang mendesak sgt tapi tengok la nanti..come what may!!! So hari berlalu mcm biasa...masuk kelas 11.10 keluar kelas 1.50 tapi awal sikit la sbb suruh bebudak solat zohor. Lepas tu masuk taklimat program jumaat ni..pukul 2.30 balik rumah. Dapat nak lepak depan tv..sambil pejam2kan mata. Lepas asar susun sutat2..ada pula pelanggan nak beli kelapa. maghrib buka puasa..insyak di masjid terus ke pekan jumpa Ameer ..bincang banyak perkara smpai 10 mlm. Sekali ambil anak balik tusyen singgah beli burger. Ingat nak masuk tidur awal...terlekat pula kat movie diva sampai 12 mlm.. alahai!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, June 19, 2011

Jun 19

Ahad - bqru lepas solat subuh, cikgu sukot ajak ke program gerakgempur di Kpg Soeharto. Sempat la juga nak siap. Bergerak dari rumah 7.30 pagi. Sampai dalam 9 lebih..ngam2 sarapan sampai. Pekena dulu binun goreng.karipap, pai kaya & roti bakar mentega gula.. teh kau punya manis... tahap bahaya..telan 2 biji pil. Ada pula ahli meninggal...jadi sepanjang hari tak buat kerja mcm kat gedansa minggu lepas... habis masa kat rumah jenazah...pusing2 tengok kawasan..balik ke surau solat jenazah. Singgah minum kat gerai sementara tunggu balik markas makan tengah hari. Pukul 2 dah sampai kat rumah. Lepas zohor..masuk bilik la baring2 je... smapai 6 ptg. Lepas asar tunggu maghrib..tunggu isyak...nak sterika baju untuk pakai minggu ni... nak tengok smallville sebelu masuk tidur...come what may!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, June 18, 2011

Jun 18

Sabtu - kat masjid ada karnival, ada jemputan kenduri qiqah di bukit sentosa, jemputan kenduri kahwin di Tmn Arif, ada mesyuarat JPrD petang nanti, mlm free ka? come vwhat may!!! Pagi tengah update blog ni..kena pi pasar ...cari ikan, sayur n buah2an. Balik dari psaar semak berita online sementara nak pi kenduri... 12.30 pi makan kenduri. Makan hebat...mcm2 ada... nasi kenduri,nasi ayam, laksa, rojak buat..pekena kambing golek n ubi kentang..n rojak semangkuk. Sampai rumah sempat untuk zohor..keluar semula ke mesy JPrD di TDBB... tu pun tumpang Ameer. Selesai tu dah dekat 6 ptg. Sempat asar..tunggu maghrib..isyak di masjid. Balik tak ada aktiviti...layan maharaja lawak...masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, June 17, 2011

Jun 17

Jumaat - Sejak semalam ada problem akses internet...rupa2nya pc depan mata ni tak connect RJ45nya....bila pc kehadiran boleh guna...server boleh akses baru tersedar punca masalah. Sebagai peringatan je ni...kena troubleshoot dulu baru buat report. Anyway hari ni karnival kat masjid dah mula... petang ni nak serahkan hamber untuk pertandingan sepak raga timbang... pastu ada mesy dengan bebdudak briged..malam ada mesy lajnah it nun jauh kat bukit beruntung... balik nun tengah malam lagi la...come what may!!!Semua ok dari awal pagi sampai balik. Siap makan2 lagi kat pantry...nasi lemak ada, buah setie abang buah sentul (ada yang bawa dari kampung...pokok yang hampir pupus - dah 20 thn lebih tak rasa buah ni), ada juga habuan dari Mekah - air zam zam kurma dan zaitun... rezeki ada yang buat umrah. Balik solat jumaat di Darul Quran sbb kat masjid kkb pasti jem ..kereta kena parking kat stadium. Lepas solat baring kejap..sampai 3 ptg ke sekolah..mesy Briged.. 3 orang je yg dtg. Bincang2 je la. Balik 4 ptg...lepak depan tv jap sebelum asar...sambung lepak lagi..nak pejam2kan mata je. Lepas maghrib terus ke Bukit Beruntung.. singgah Tmn Kruing rumah YDP...singgah minum teh halia sbelum isyak di surau taman bkt beruntung. Sampai destinas mesy dah 9 lebih... tunggu punya tunggu 10 lebih baru mula mesy. Selesai 12tgh malam...singgah minum2 makan2...sampai rumah 1 lebih...masuk tidur 1.30 pagi


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, June 16, 2011

Jun 16

Khamis - khabarnya smlm gerhana bulan .. bulan mlm tapi pagi..pukul 2-3 pagi gitu..dan sesuatu yang menakjubkan berlaku dalam waktu tu... rahsia tak boleh bagi tau... masih berupa hipotesis belum terbukti lagi. Apa pun hari ni perlu diteruskan .. yang nak difikirkan lani nak siapkan notis mesy untuk minggu depan...ptg ni ada lagi mesyuarat urusan sekolah...malam clear..come what may!! Kelas 2 waktu pertama...nasib baik tak ada relif... dapatlah siapkan apa yang patut. Lepas zohor kat surau sekolah..hantar anak balik sbb ada taklimat pasal Standard 4 ..apa tah...item dalam pencerapan ikut KPI.Bab ni yang buat semak otak sampai teringin nak pencen awal. Tak kisah la...ikut ja kejap...pastu sebelum 5 petang dah siap nak balik. Ongumha tak siap nak balik lagi..sampai 5.30...sampai ke rumah 6 lebih lagi. Maghrib...Isyak...lepak depan tv..layan Fairly Legal, layan KUm Kum...sampai mata tak tahan masuk tidur 11 mlm... mlm jumaat la katakan.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, June 15, 2011

Jun 15

Rabu - Pagi ni lagi skali ke hospital.. jumpa doktor. Sampai 7.30 pagi..tunggu nombor sampai 8.30 ( 1 jam). Masuk unit pemeriksaan jumpa doktor tak lama sangat tunggunya...selesai semua 9.00 ambil ubat dan balik ke sekolah 10 pagi.Habis 2 1/2 jam. Ada habuan makan kat pantry ... pekena itali..indian dish macam apam tapi cicah kari.. kuih 2 biji dan asam jeruk dari cameron. Ni baru nak mengadap kerja. Dah ada memo atas meja nak kena hantar fail Briged kepada HEM..ada nazir nak dtg 24 Jun...come what may!!!Urusan tu dah disettle SU Briged. Maka hari pun berlalu pergi..waktu balik kita balik la. Tapi lepas zohor pi sekolah semula..nak ambil anak bini. Singgah beli cakoi... jamu orang pejabat minum petang...sembang2,makan2,minum2... ingatkan 4.30 boleh balik...tunggu punya tunggu sampai 5.30 baru nak bergerk. Sampai rumah dah 6 lebih.. sempat asar..tunggu maghrib...Isyak di masjid. Ada kuliah pulak... pengerusi pun tak tahu ada kuliah..camne tu? Tak kisah le..lepas tu makan karipap & donut. Balik ke rumah 9 lebih...tengok tv jap..masuk tidur 10.45..tak tahan mata dah.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, June 14, 2011

Jun 14

Selasa - pagi ni pi hospital..mlm ni ada mesy masjid..come what may!!! Balik dari hispital ada relif ..awal dan akhir. Yang awal trlepas le sbb ada kat hospital.. sempat buat kerja sikit..keperluan mesy semalam..masuk relif..masuk taklimat e pangkat. tak ada kaitan pun tapi kena set nb..balik 3.30 ptg. Cukup masa untuk Zohor... sambil tunggu asar lepak dpn tv. Lepas asar tengok ongumah terkial2 buat ABM stail lewat 90an pakai PPT...cadang guna oracle untuk kelas PPU. Dok nak kena buat penerangan pulak lepas ni pada bebudak2 ting 6. tu sebelum boleh aplikasikan program untuk PnP. Habis sejam lebih nak tunjukkan kelebihan guna program ni. Lepas maghrib...isyak di masjid sebab ada mesyuarat lepas tu. Dalam tak nak panjang2 habis pukul 11 lebih juga. Masuk tidur 11.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, June 13, 2011

Jun 13

Isnin - hari pertama sekolah semula. Tumpuan hari ni nak betulkan NB yang rosak dan ext hdd yang problem. Apa pun 1 kelas akhir diambil pelatih upsi... kebtulan ada mesy di ppd 2 ptg nanti...rasanya nak balik awal sikit...come what may!!!Akhirnya kerja menimbum nak tengok nb atau hdd ext pun tak sempat. Waktu akhir ada kelas...balik 12.30...solat..zohor..pi mesyuarat. habis kar 5. ptg. Lepas asar...lepak depan tv je..maghrib..buka puasa..isyak pun tak sempat ke masjid..pweur meragam mcm bulan puasa la juga. Lpeas tu strika baju sambil tengok juvana..nak sambung tengok cerita kt tv3..tak tahan mata..masuk tidur 10.45 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, June 12, 2011

Jun 12

Ahad - hari cuti untuk duduk rumah...tapi saja cari pasal nak join program gerak gempur di Gedangsa pagi ni. Kena bangun awal sebab nak keluar rumah awal.Ptg ni ada jemputan kenduri lagi... makan2 lagi..minggu ni pulak nak kena pi hospital check darah..lwat petang ada mesyuarat....come what may!!!Bergerak dari rumah 7 pagi..singgah hulu bernam rumah ketua cawangan,,dia salin baju...singgah pejabat pkm nak ambil dokumen..singgah bank kat tm...dia nak keluarkan duit tapi kad atm tinggal...akhirnya sampai ke destinasi di Gedangsa pukul 8 lebih. Pekena nasi lemak 1 bungkus. Gerak kerja mula 9.30 pagi. Selesai kerja 12.30..pekena nasi lagi. Balik sampai 1.45 ptg...hantar CITRA ketua cawangan kat rumah dia...dia bawa wira dari hulu bernam. Bersama anak ke rumah kenduri, pekena nasi sikit dan bubur kacang. Balik rumah dah 3 ptg... lepas zohor tunggu asar..tak dpt nak baring2 walaupun mata rasa mcm bengkak sbb mengantuk sgt. Lepas asar ke balai raya tdbb mesyuarat bersama 4 cawangan lain.... 2 lagi tak dtg..mesy tap diteruskan. Selesai urusan 7 mlm. Lepas maghrib..isyak kat masjid..ada kuliah maghrib...ada makan lagi..roti canai pulak dah.. pekena2 keping. Balik dari masjid 10 mlm...layan tengok konsert AF final...masuk tidur 11.39 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, June 11, 2011

Jun 11

Sabtu - hah pagi ni ad mesyuarat agung PPKHS di Kelab Golf KKB...sampai tengahhari. Dah tu menyusun jemputan dari 11 pagi sampai lewat petang. Yang sempat pergi tak sempat..come what may!!! Keluar dari rumah 8.45 anak hantar ke rest house pdg golf. Mesyuarat mula 10 pagi...makan dulu ..dapat jam diding pulak dengan beg isi air cendawan dgn 2 biji kek jem ...satu hancur dilenyek botol air dlm beg sandang. Lepas mesy 1.30 mkn nasi sikit ..sedapla pulak daging masak rendang. Balik terus ke rumah kenduri di Tanjak. Masakan tawar tak rasa apa. Lepas tu ke Kpg Kelapa..kenduri lagi satu. Makan bubur kacang je. lepas tu baru makan ubat..sejak pagi tak telan ubat. Masuk baring2..sampai 5 lebih. Asar tunggu maghrib...isyak di mesjid..balik lepak depan tv layan MTV3, DIVA movie.. sampai 1 pagi lagi...baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, June 10, 2011

Jun 10

Jumaat - mulanya kata ada mesy kat masjid lepas solat Jumaat ..dah ditunda hari ahad pula... tapi apa pun lepas jumaat ada akad nikah..ibubapa pengantin kedua2 kenal..kena la tunggu tengok sat. Kononya hari ni kena bertugas di sekolah berdua - biarlah yang dorang tu pergi pagi....petang tengok la camne. Malam pastinya ada mesyuarat lagi ...balik lewat malam lagi la nampaknya..come what may!!! Pukul 10 ke sekolah la sebab dah tugas kan. Pukul 12 balik..siap ke masjid. Lepas solat jumaat tunggu ingat ada majlis akad nikah, 2.30 makan sbelum masuk mesyuarat program karnival. Selesai 10 mint sebelum azan asar... perut pula meragam. Minta anak dtg ambil..pukul 5 kat rumah..tok tek tok tek dah masuk maghrib. Lepas maghrib bersama ketua cawangan ke batang kali. Singgah kat masjid bb btgk kali ada kuliah maghrib disampaikan oleh ustaz yang tak berkenan di hati (atas kelakuannya yang tak setia dlm perjuangan|pergi pulak ke mesjid sg masin. ada kuliah juga bab akidah. Habis 7.30 baru ke mesyuarat PASKAW. .... selesai hampir 1 pagi...sampai rumah dan masuk tidur dah 1.30 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, June 9, 2011

Jun 9

Khamis - tersusun lagi aktiviti hari ni... tu tak termasuk pasar malam. APa yang ada hari ni - jemputan tahlil lepas isyak, ceramah di Gedangsa...itu malamnya. Siang ni ingat nak ke kem bina semangat tanya pasalsewa dewan n chalet... pastu nak be ikbn tanya pasal sewa bilik..pastu bankin cek JKKK.. Ni baru selesai download program NERO..lepas restart OS jem terus ..NB tak mau reboot. Ada bahan nak diburn pagi ni... penyelesaiannya...come what may!!! Lepas cuba try test kat 2-3 nb/pc masih tak mau baca ext hhd 500g ni, maka sahlah ada problem besar. Dalam pukul 10 ke sekolah cuba nak masukkan bahan dalam pc di sekolah..hdd mmg problem. Nak buat apa lagi? tak la untuk hari..menyerah saja. Terus je ke IKBN ^ kem bina semangat..settle urusan. Singgah bank settle urusan. Ongumah pi klinik gigi..sampai 12 lebih baru settle urusan. Terus ke Btg Kali... singgah bengkel ..tak setttle urusan..ongumah nak bayar duit langsir kat kedai..settle urusan. Balik dah masuk zohor... nak tengok ceritamelayu online pun slow sangat..baik masuk tidur..lagipun hujan dah turun. Bangun 5 lebih... menghadpap PC jap...check itu ini..masuk maghrib...isyak di masjid..lepas tu ada kendurinak sambut menantu...balik dah 10 lebih. Layan tengok tv.. siaran Alhijrah..sampai 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, June 8, 2011

Jun 8

Rabu - sehari lagi perlu dilalui tanpa apa2 perancangan tetap... just come what may!!! Baru lepas Subuh..nak mula kerja dpt berita pokok mata kucing kat kebun sekah semalam..ongumah la sampaikan. Lepas update blog in...lepas sarapan ke kebun clearkan dahan yang sekah...diiukuti kerja2 lain yang biasa dibuat kat kebun..tidak ketinggalan bakar membakar. Buat kerja sampai 11 lebih. Sementara tunggu peluh kering, lunch dulu pastu siap zohor kat masjid. SU dah sms minta dtg pilih warna nak cat tembok mesjid. Lepas zohor siap asingkan bahan nak burn ke CD... software burner pula tak ada. Download sambil tu baring dulu sampai 5 ptg. Tengok download interupted sebab PC proxy anak dah shutdown. Cuba cara lain tak menjadi juga dari asar sampai maghrib. Ke masjid ada kelas tajwid .. lepas isyak ada usrah. Selesai 11 lebih...masuk tidur hampir 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, June 7, 2011

Jun 7

Selasa - planning hari ni ...nak ke Kramat KL...on the way nak singgah bank bayar ansuran kereta...singgah 2 tempat catering - 1 di Rawang, 1 di Selayang. Lepas tu ..come what may!!!Bergerak keluar dari rumah 10 lebih. Tempat singgah yang dijadualkan berjalan lancar. Ke Public Bank..settl e. Ke Rawang Batu 16 jumpa caterer ..settle..offer dia menarik juga. Dengan kos RM11 semua diuruskan.. kerusi meja, pinggan mangkuk, pelayan, hidangan pengantin, hiasan meja..kira cuci tangan.Lepas tu ke Selayang jumpa sorang lagi caterer..settle juga -RM10 je tapi tawaran terhad -tidak semenarik yang tadi - hiasan meja pengantin kena buat sendiri. Kira tak berkenan. Sampai di Kramat dah masuk zohor... tapi makan tengahari di rumah ipar pukul 3 lebih. Seblum masuk asar ke Kpg Baru. Bergerak balik ke kkb 5 lebih sampai sebelum 7 mlm. Lepas Maghrib...Isyak di masjid. Balik 9 lebih lepak depan tv ..masuk tidur 11.00 mlm



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, June 6, 2011

6 Jun

Isnin - masuk minggu kedua cuti sekolah. perancangan awal nak jalan-jalan 3 hari ni tapi tak ada destinasi yang jelas... come what may!!! akhirnya tak ke mana pun. Lepas sarapan selesai urusan kat sini... pukul 11 pagi ke kebun...kupas kelapa 20 biji... naikkan notis jualan kelapa 60 sen sebiji... tambah lagi fotostat. Bukan nak kaya pun cuma nak khidmat masyarakat.Zohor di masjid...balik layan nb lagi...asar di masjid. Balik dah lewat petang... tunggu maghrib je lagi. Isyak di masjid..tak ada program balik awal. Ingat nak masuk tidur awal... tapi dek layan tengok tv..dah mula mana boleh berhenti..akhirnya masuk tidur 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, June 5, 2011

Jun 5

Ahad - Buat masa ni perancangan hari ni O..zero. Rasa macam nak ke kebun sat. Dengarnya ada jemputan kawin lagi x-sm3kbian di padang tembak...pastu ada notis nak dihantar... come what may!!! Nak ke pasar dah beli semalam. Keluar sekejap dari rumah cari paper. Balik baca paper sampai tengah hari. Sementara menunggu zohor layan MAharajaLAwak kat Utube. Tak jadi pi kenduri sebab tak dijemput. Kirim2 jemputan pun tak ada... kat FB pun tak ada. Lepas zohor gi ke ECONSAVE kat batang kali. Singga bengkel nak check kereta ..tutup la pulak. Nak cari barang..barang dah habis.. beli barang rumah je. Balik dah dekat 6 ptg. Lepas asar...dah nak masuk maghrib..Kena ke masjid pulak..depa nak mesyuarat kecil lepas maghrib ni... pasal nak cat tembok je. Lepas isyak terus balik dalam hujan renjai2. Lepak depan tv tengok saluran DIVA movie sampai 11.30 ..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, June 4, 2011

Jun 4

Sabtu - hari ada jemputan kahwin anak x-sm3kbian di Dewan serbaguna...pastu nak ke kl ada seseorang nak jumpa pasal urusan AP...lepas tu come what may!!!Jadinya sepanjang pagi menghadap NB..clear semua email@facebook...download gambar2 reunion dari FB je. Sebelum zohor ke kenduri kawin di Dewan ....Lepas zohor ke KL. Singgah bengkel ..dia nak check dulu tak sanggup tunggu.. singgah Wajuna minta quotation NB..sampai Kg Baru baru masuk asar. Jumpa broker urusan AP kat masjid....singgah minum kat kedai western foot..siap ada kapal dan moto antik. Selesai urusan 5 lebih. Sebelum tu singgah kat rumah kg baru nak ambil anak..rupa2nya dia dah sampai kkb..sia-sia je. Lepas solat asar kat masjid Kpg Baru...lama dah tak masuk masjid ni ..hampir 10 tahun...dah banyak perubahan. Balik terus KKB sampai sebelum azan maghrib. Isyak di masjid....balik free mlm ni layan tengok tv...Jemaah Kolestrol..sampai 12 mlm...masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, June 3, 2011

Jun 3

Jumaat - belum ada planning..dalam benak ni memang banyak benda nak buat,banyak tempat nak pergi..tapi lepas browse net...masa terus berlalu..tunggu nak keluar gi solat jumaat je..come what may!!!Lepak lepak depan tv lepas siap cetak surat menyurat sampai masa ke masjid. Balik dari solat Jumaat..sambung sikit lagi kerja sbelum asar. Ke masjid besar lagi untuk asar. Lepas tu buat ziarah seseorang yang lumpuh dek kemalangan... dah lama insidennya tapi baru dibangkit isu dalam mesy lalu. Nampaknya orangnya pun dah ok. Ziarah bersama 4 orang..wakil masjid & wakil PASKKB. Balik dah 6.30 ptg.. tunggu maghrib...lepas tu isyak..lepas tu ke masjid besar lagi sekali..mesyuarat program Karnival yang akan diadakan 17-19 Jun nanti. Selesai dekat 12 mlm lagi..masuk tidur 12 lebih lagi...aduih!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, June 2, 2011

Jun 2

Khamis - lepas Subuh tadi terus cuba nak selesaikan dokumen hasil meeting semalam. Tak sempat juga sebab pukul 8 dah keluar menuju ke Btg Kali ada Seminar Pemerkasaan Usahawan Peringkat Daerah Negeri Selangor anjunran SUK. Majlis bermula 9 pagi sampai lewat petang. Sampai rumah dah ptg...mandi asar...siap 2 surat dah azan maghrib. Lepas isyak nanti nak ke mesyuarat sat lagi bersama YB untuk serahkan permohonan peruntukan yang dibincangkan semalam. Pukul brapa habis..pukul berapa nak masuk tidur.. come what may!!! Lepas isyak terus pergi ke tempat mesy..dekat 9 mlm. Tak banyak cerita..semua nak balik cepat..urusan selesai ..10.30 dah ada kat rumah. Masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, June 1, 2011

Jun 1

Rabu - Dah bulan Jun dah. MAsih cuti ...hari ni nak Putrajaya ..nak selesai urusan anak balik dr Jepun... nak sambung belajar kena dpt pelepasan JPA dulu... mlm ada mesyuarat...come what may!!! Keluar pukul 8 sampai Putrajaya pukul 10... selesai urusan 11 pagi. Balik ke KKB...singgah sana sini sekejap2 untuk survey harga barang ganti TRAJET. Tak berjaya..orangnya tak ada. Sampai rumah lepas zohor menghadap NB buat surat2 nak bawa ke mesyuarat malam ni. Lepas maghrib sambung lepas Isyak..ngam2 sempat mandi sebelum ke mesyuarat. Ingatkan dah lambat..tak ada orang pun lagi. Mesyuarat caw selesai 10.30 mlm sambung bincang lulus permohonan peruntukan sampai 11.40..pekena nasi lemak ..sampai rumah 12lebih..masuk tidur 12.30 pagi lagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam