Sunday, July 31, 2011

Jul 31

Ahad .. masih di Penang. Ada 5-6 rumah lagi nak bagu kad jemputan kawin anak- nak cari rumah makcik2 pulak .Hari ni Anniversary perkahwinan ke 28.... lewat petang nak bertolak balik ke KKB. Esok dijangkakan 1 Ramadhan..mlm ni tarawih mlm pertama..terlepas peluang la nampaknya.. come what may!!! Keluar dari rumah sbelum 10 pagi.. singgah banyak tempat. Mula2 rumah saudara dlm kampung Syed ni juga. Pastu ke Kaunter Hall...pastu ke Kpg Sheh Madar...pastu ke rumah kampung sendiri. Rezeki.. buah rambutat lebat berbuah sampai terlebih merah. Ada yang sedang mencantas dahan.. dpt la bawa balik seplastik beg hitam. Sedihnya adik sendiri tak bagi masuk dalam rumah pesakan yang didiami tapi mcm tak ada orang.Family problem tak elok dedah kat sini. Pastu singgah rumah jiran lama.. kira kawan & mcm sedara juga. Ajar tusyen bahasa inggeris kat anak2 dia orang.. meninggalkan sejarah sbb mmg garang sgt masa tu. Baru dpt cite sampai lani bebudak tu masih gerun nak jumpa.. tak tau le gerun ke geram. Ke2 nya dah berjaya dlam kehidupan... pegang jawatan tinggi lagi. Lepas tu singgah pula kat Zoo Road... rumah sepupu dan bekas guru sekolah rendah. Ni semua ni jumpa2 bukan tujuan apa.. tapi nak menjemput kenduri kahwin anak nanti. Datang tak datang bukan persoalan. Singgah makan tengah hari kat astaka depan stadium Pulau Pinang. Tu pun dah 2.30 ptg.Balik ke rumah kakak dah 3.30 ptg Lepas zohor seblum masuk asar bergerak dari rumah singgah kat Penang Road beli jeruk buah. Sempat jumpa x-am3kbian bagi kad jemputan. Bertolak balik via feri atas jalan dari 5.30 ptg ...singgah maghrib di RnR Sg Perak. On the way dengar pengistiharan puasa esok, singgah di RnR Tapah utk makan. Teruskan perjalan ..sampai KKB seblum 11 mlm. Tak tahan badan dah terus masuk tidur je.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Jul 30

Sabtu - hari ni bertolak ke Penang.. urusan keluarga. Tapi sebelum tu kena pi asrama ada program pertamuan waris.... pukul brapa boleh selesai... come what may!!Sebelum 8.30 pagi pi asrama.. tak ada sapa lagi... sebelum tu ke sekolah ambil LCD. Pasang LCD NB tak ada..bahan pun tak siap. Semalam dpt sms kata bahan rosak kena virus...tapi PKHEM nak tayang juga. Lepas pasang semua..NB pun dah dapat...majlis bermula. Snap gambar 5-6 keping, pi sarapan sorang2. Lepas tu keluar majlis. Singgah tukar minyak hitam kereta... singgah kedai... itu ini itu ini - pukul 11 lebih baru bergerak keluar dari rumah menghala ke utara, Singgah di Jelapang rumah kakak1 pukul 2.30 ptg. Pukul 3.30 bergerak semula ke menuju ke Penang. Singgah di Kuala Kangsar cari Aroff..tak jumpa orangnya..tinggalkan kad saja. Sampai di Penang terus ke rumah kakak 2 dlm 6.30 ptg. Lepas minum2 makan2 sembang2 ..lepas isyak ke Bayan Bary rumah kakak 3.Minum2,makan2,sembang2... balik ke rumah hampir 12 mlm. Nak online kat sini tapi tak boleh masuk... capaian ada cuma tak boleh buka IE...tok tek tok tek...12 lebih juga baru tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 29, 2011

Jul 29

Jumaat - Sejak awal pagi sebelum Subuh hujan turun lebat sekali. Nak sambung tidur memang tak pernah jadi kenyataan... bukan untuk hari ni. Nasib baik masa nak sampai ke sekolah hujan dah reda tapi masih renyai2. Kehadiran ok... LAN ok... Akses pun ok. Speedtest DL - 3.4, UL-1.0. Ni katanya ada makan tom yam hari ni... special punya dimasak PAR pejabat..mantan tukang masak asrama tahun 80an. Katanya petang ni nak jumpa YDP MDHS... come what may!!! Jadi hari pun berlalu pergi diisi dengan aktiviti sendiri. masuk kelas... keluar kelas makan tomyam...ada kelas relif pula waktu akhir tapi cari kelas tak jumpa.. dah waktu balik. Lepas Jumaat, pi jumpa YDP ..selesai urusan. Balik ke rumah dah 5 lebih... ingat nak keluar balik tapi anak 1 dah bawa kereta keluar. Malam lepas Isyak tak ada kuliah jadi balik awal sikit.. ajak AMeer keTaman Damai settle urusan dengan Bendahari jkKK... balik gantung banner ramadhan PASCAP.. sampai balik ke rumah 11 lebih. Buat itu ini...pukul 12 juga masuk tidurnya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 28, 2011

Jul 28

Khamis -Waktu pertama dah ada kelas... sbelum tu check sistem.. kehadiran ok, lan ok tapi internet connection down..kena restart router..ok. Lepas kelas cari pantry.. ada bawa karipap frozen nak try prmote... ada juga order dlm 10 paket.Pukul 11 masuk kelas lagi.. pastu 2 ptg ada mesy asrama, mlm ada mesy PKM...come what may!!! Selepas masuk kelas keluar kelas....lepas solat zohor... terus ke asrama untuk mesyuarat. Makan dulu hidangan soto.. mesy tamat sebelum 4 ptg. Singgah di sekolah sebelum balik... akhirnya sampai ke rumah 5 ptg juga. Lepas asar .. lepak depan TV sambil pejam2 mata sampai masuk maghrib. Pukul 8 keluar semula ke mesy bersama di pejabat khidmat masyarakat -- bincang pasal program ramadhan dan raya nanti. Selesai bincang sambung kat kedai minum2.. balik 10.30 mlm. Lepas isyak...masuk tidur 11 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 27, 2011

Jul 27

Rabu - pagi ni masuk bilik sekejap je..dapat catat sistem running ok smuanya.. pastu keluar semula ke hospital. Ongumah nak buat checking dalam badan...s.ambil tu boleh ambil ubat topup. Dari pukul 8 selesai jumpa dalam 9.30.. sampai balik kat sekolah 10 pagi. Ada kelas 10.30 pagi.. bebudak ujian pencapaian 2. Lepas kelas ni baru dapat login update kat sini. Lepas 2 ptg ada mesy staf, malam ada mesy PASTI... come what !!!Lepas kelas duduk dlm bilik je...jawab surat PPD minta maklumat school broadband..buat minit PASCAP. Solat zohor dulu sebelum masuk mesy. Ada makan pulak dah..bihun sup. Mesyuarat mula 2.30 ptg sampai 5 ptg. Sampai ke rumah 5.30 ptg.. lepas asar teringat nak semak minit...print..siap untuk edaran.Lepas maghrib terus ke mesy PASTI.. tak ramai yang dtg untuk mesy awal.. lepas Isyak dgn 4 orang yang ada.. mesy la juga sebab dah datang. Selesai mesy 10 lebih... tapi terserempak dengan bahan frozen - ayam organik ,ayam kampung organik ,karipap - boleh jadi agen tak rasmi nanti. Balik rumah seblum 11... masuk tidur lepas 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 26, 2011

Jul 26

Selasa - Sistem berjalan lancar - kehadiran ok, LAN ok, akses sejak semalam agak slow..pagi ni speedtest DL 3.2 UL 1.1... camne tu? Kira2nya hari ini ada 2-3 mesy...mana satu nak pergi..come what may!!!Terima juga relif walaupun dema tau ada mesy JK pengurusan pagi ni... bukan apa banyak bahan dokumen nak sediakan .. kena bagi balik slip relif. Masuk mesyurat 11 pagi .... habisnya 3 ptg (4 jam). Terus balik je lepas tu. Sampai rumah lepas zohor bawa baring kejap.. sampai 5 lebih. Lepas asar buat kerja sikit semak kemaskini dokumen JKKK..sampai maghrib. Nak masuk isyak ke masjid ada kuliah maghrib ...lepas tu makan minum sikit. Balik rumah sebelum 10 mlm tapi menghadap depan NB siapkan kerja sampai 12 lebih baru masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 25, 2011

Jul 25

Isnin - Semua sistem masih ok..untuk seterusnya hari ini...come what may!!!Ada perancangan awal petang nanti tapi tengok keadaan. Dapat relif 2 waktu akhir.. perancangan tergendala sikit. Selesaikan kerja2 yang boleh diselesaikan.. tetiba ada mesy khas asrama jam 10 pagi. Habis 2 jam kat situ.. sampai waktu nak masuk relif ada guru pelatih dlm kelas...selamat!!! Perancangan awal bleh diteruskan. Bergerak ke Shah Alam berjumpa dengan orang2 tertentu di SUK. Dari 3 ptg ...bincang2 sampai 4 lebih.. hasilnya blum menyakinkan. Bergerak balik lepas minum2,makan2.... sampai rumah 6 lebih. Lepas asar...masuk maghrib... isyak di masjid tapi ada kelas tajwid dulu. Lepas isyak ada kenduri jiran setaman...balik rumah 10 mlm...masuk tidur seblum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 24, 2011

Jul 24

Ahad - sepatutnya berehatla hari ni kan cuti. Tapi pagi ni jap lagi nak gotong royong kat masjid kkb. Pastu ongumah ajak pi kenduri di Sg Choh.. sambut Ramadhan..pastu ada temujanji dengan tuanrumah nak disewa...pastu come what may!!!!Dekat pukul 9 baru dpt keluar dari rumah ke masjid KKB... tolong cat pintu pagar je..lepas makan balik dah dekat 12. Janji nak keluar ke kenduri 12.30 tapi tunggu adik Eja nak bincang pasal rumah nak disewa..tunggu punya tunggu sampai 2.30 baru depa sampai. Selesaikan cepat2, hujan pulak mula turun... terus ke Sg Choh ..makan mcm2 - daging salai masak lemak, nagka lemak, tauhu kicap kot, ikan patin + nasi impit kuah kacang. Balik sebelum azan asar berkumandang... tapi singgah dulu kat Rawang cari durian dijual 1 plastik beg RM15... pilih sendiri tapi mesti boleh ikat. Dapat la 6-7 biji satu beg. Balik ngam2 pukul 5 ptg.. baring sekejap sebut 10 minit.. terjaga ngam2 10 minit.. dikejutkan oleh kehadiran Ameer. Lepas kado hajat dah dekat 6 petang. Baru selesai asar, dah keluar menuju Gedangsa dgn YDP.. ada urusan sikit kat sana... singgah masjid gedangsa maghrib-isyak....selesai urusan 12 mlm lebih. Sampai rumah 1 lebih baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 23, 2011

Jul 23

Sabtu - tadi keluar awal dari rumah menuju ke Masjid Negeri Shah Alam. Ada konvensyen pengurusan masjid dan penyampaian sumbangan moreh kpd masjid & surau oleh MB Selangor. Bergerak dari rumah 7.30 pagi.. tumpang nazir masjid ar-rahimah. Singgah sarapan di Bukit Sentosa - pekena roti canai & susu kambing. Sampai ke destinai lepas 9 pagi. Majlis dah bermula - nazir masjid as-salam pucong perdana cerita pengurusan masjid dia. Lepas tu Dr Hassan Ali bagi ucpatama... disambung Dr Zulkifli (pendakwah bebas) bagi bayan tips nak imarahkan masjid.Tepat 12 tgh MB sampai bagi ucapan hulur sumbangan. Pukul 1 tamat...pi makan. Lauk simple tapi sedap - ayam goreng rempah, terung masak lemak, ikan masin, ulam sambal belacan. Air lagi sedap - air asam boi - rahsianya pun bocor - bukan pakai jus asam boi tapi biji asam boi direbus tambah sirap. Memang melegakan kalau dibuat minuman berbuka puasa tak lama lagi. Lepas makan solat zohor...pukul 2 bergerak balik. Singgah di NSK Rawang...sampai rumah dekat 5 ptg. Baru lepas asar... teringat nak masuk kat sini sbb malam ni nak pi Makan Amal di SMDHK...sampai pukul berapa..come what may!!!Pukul 8.30 mlm ke SMDHK. Duduk semeja dengan YB Lau Weng San... orang lain pandang semacam je... ramai sgt kenalan. Saja je penuhi jemputan. Makanan sajian CT Caterer Bkt Beruntung.. sama mcm pembekal makan amal dulu. Menunya lain sikit kot... udang goreng kering, ayam kicap sambal, isi ikan goreng, dalca, nasi briani & puding..buah tak ada. Bagus juga presentation sbb nampak diurus oleh alumni sendiri - ada bunga api, ada slot appreciation kepada mantan guru...tapi pukul 10 lebih dah chow.. banyak lagi persembahan tak ada kaitan...lepas isyak masuk tidur 11 lebih juga.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 22, 2011

Jul 22

Jumaat - masih ok pagi ni.. sistem ok smuanya..alhamdulillah. Ni lepas kelas 8.50 nak bekejar ke Pejabat Daerah ada urusan sikit... pasal sewa dewan dan pasal projek perumahan TDBB...orang KL pun nak turun. Khabarnya susah nak jumpa Pegawai Daerah sbb ramai dah booking.. minggu depan dia tak ada....dapat ke nak jumpa... come what may!!!Jadi lepas kelas pukul 9.30 pagi terus ke pejabat daerah. Surat kebenaran dah dapat awal2 tadi. Tunggu nak sorang lagi dari KL... masuk jumpa DO 11 pagi. Tak dpt settle urusan tapi dpt serahkan borang sewa dewan dan hulur sekali kad jemputan. Bali ke sekolah dekat 12.30...ngam2 waktu balik. Lepas solat jumaat terus ke Galeri Seni jumpa Jurutera MDHS pasal CF... pi pulak ke MDHS ambil CF yang dah siap. BERJAYA juga akhirnya isu ini diselesaikan tapi tak dapat nak ambil yg original sbb kena bayar RM2K lebih. Tuu urusan kontraktor projek...minggu depan bayar dapat la CF tu. Balik dah 5 lebih... sementara tunggu maghrib prepara draft banner untuk digantung di TDBB... email kepada James sekali nametag... kot2 boleh siap esok..boleh ambil masa pi Shah Alam.Isyak di masjid.... ada kuliah tapi lepas kuliah tak ada makan2 sbb ada kenduri. Tak dapat nak ikut sama sbb dah janji nak settlekan urusan pasal terima cek2 yg dipohon bulan mei-jun. Buat itu ini sebelum masuk tidur 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 21, 2011

Jul 21

Khamis - masuk bilik awal 20 minit...sistem pun ok smuanya. Masuk kelas pun awal 5 minit sbb set LCD & nb.. tak bawa pulak ext.wire. Selesai kelas 8.50... dekat 9.30 ke arsama ..ada mesy penyelia asrama...pergi buat apa?..tlg pasang lcd... ambil gambar. Dpt la makan pagi bihun + mee goreng+ 2 biji kuih. Pukul 11 kena balik ..ada kelas sampai 12.30. Ni baru keluar kelas teringat pulak tak update lagi. Lepas ni...come what may!!! Lepas sekolah balik terus.. anak tusyen..ongumah sibuk kemas bilik sbb dah kena pindah. Pilih nak ajar Ting 6 kenalah tinggalkan jawatan PK Koku. Lepas zohor keluar semula, singgah tengok kerja-kerja potong rumput kat rumah nak disewa belakang asrama sampai 4 lebih. Singgah pulak kedai makan pekena laicikang sementara anak makan nasi. Sampai kat rumah 5 lebih.. lepas asar kemas2 surat dlm fail... esok nak jumpa DO. Mula buat blog baru untuk jkkk guna webs.com untuk pertandingan anjuran kerajaan negeri... sampai ke maghrib. Isyak di masjid.. tak ada rezeki mlm ni. Balik 9.30 mlm.. lepak depan tv sampai masuk tidur 11 lebih

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 20, 2011

Jul 20

Rabu - macam-macam ada hari ni tapi tak tau apa dia!!! Sistem pagi ni ok je...nak buat speed test tak jalan pulak. Setakat lani ni tak ada program tetap sampai malam... cuma petang ni ada gotong royong sempena kempen kebersihan.. come what may!!!Zohor dah selesai jadi tak gesa sgt nak balik uumah. Sepanjang pagi tadi ada program apa tah..unggul sahsiah ke apa.. semua murid terlibat..ada ceramah, ada senamrobik, ada masak2...sampai 12.30tgh. Tunggu sampai petang... habis gotong royong pukul 5 lebih baru balik. Sementara tunggu maghrib...ada orang dtg jumpa..asar pun 6.30 lebih. Terus sampai maghrib...isyak di masjid ada kelas tajwid. Balik rumah dekat 10mlm. Lepas depan tv sampai 11 lebih masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 19, 2011

Jul 19

Selasa - masuk bilik pagi ni mcm biasa... sistem running ok..kehadiran ok, LAN ok, akses net pun ok. Ada mesyuarat pengurusan ka.. banyak isu nak dibawa... come what may!!!akhirnya mesy tak ada pengetua tak ada... ni yang susah ni.. tak ada empowerment...mesti tunggu kepala juga... akibatnya kerja tak boleh jalan. Jadi habiskan masa kat dlm bilik ni sampai waktu balik. Sempat pergi jumpa pegawai mdhs pasal CF, sempat singgah bank keluarkan duit... pusing balik ke sekolah ambil ongumah. Dah sampai rumah dah dekat 4 ptg. Keluar lagi hantar buku akaun kpd bendahari jkkk.. ke sekolah ambil anak lepas tusyen. Sebelum masuk asar baring2 atas katil terlelap sampai 5.30 ptg. Lepas solat asar nak bawa ke maghrih, susun dokumen untuk mesy mlm ni. Lepas maghrib terus ke balairaya. panggilan mesy 8.15 sampai 8.30 masih ada yang tak sampai2. Mula mesy, 8.35 mlm, habis pun awal sebelum 10 mlm. Balik rumah ... lepas isyak sempat nak semak CD yang diterima.. kandunganya SULIT. Masuk tidur lepas 11 mlm tapi tak sampai 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 18, 2011

Jul 18

Isnin - Minggu 3 bulan Julai ni...hari ni sistem masih ok - kehadiran, lan & akses net. Perhimpunan hari ini ambil gambar pelancaran Kempen Kebersihan anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan. Baru lepas perhimpunan terserempak dengan PPD baru (dah sebulan kat KKB ni tapi baru nampak rupa harini ) sebab datang pun nak daftar isteri bertugas kat SM3KB. Timbul isu dah... kekosongan jawatan Ketua Bidang Bahasa (yg asal naik jadi guru Ting 6) dah diganti secara dalaman.. yg mendaftar dengar khabarnya akan duduk post tu. Adakah tak lama lagi isu akan berbangkit lagi bila PK Koku pun datang dari luar sedangkan yang memangku jawatan sekarang dah selesa. Lantak la tu urusan pengurusan. Kerja nak difikirkan hari ni dan esok2nya.. mesy mlm ni, mesy esok malam, jumpa Do, jumpa Kadi, jumpa YDP MDHS... come what may!!!Dah confirm DO tak free hari ni... set Rabu nanti. hari berlalu tanpa gangguan. Kerja-kerja berjalan lancar. Lepas perhimpunan habis masa lagi upload gambar2 event Sabtu & pagi ni. Tup-tup dah nak balik.Solat zohor dulu... Ongumah tak respond nak balik tak..anak ada tusyen. Terus ke Pejabat Daerah nak uruskan sewaan dewan. Lepas tu balik rumah... baru nak settledown anak call tusyen batal. Keluar lagi ambil depa kat sekolah. Buat itu buat ini... dokumen utk mesy mlm ni..selesai semuanya. Lepas asar keluar lagi jumpa orang - bendahari jkkk, singgah bukit bujang, bendahari upkkkb (hantar buku akaun), pastu tunggu ketua kampung nak sain dokumen. Jap pastu dah masuk maghrib...berbuka puasa..lepas solat keluar lagi ke mesyuarat di PKM. Janji dengan ketua cawangan nak tumpang..tunggu ditempat biasa...tak sampai2. Call dia dah sampai kat pejabat. Anak 3 hantar anak 1 pi tusyen.. nasib baik dah balik. Jadi anak 2 hantar ke tempat mesy. Selesai mesy 11 lebih... sampai rumah dan masuk tidur (lepas solat isyak) dekat 12 mlm jugak.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 17, 2011

Jul 17

Ahad - lepas subuh dah sibuk pagi ni.. hantar anak 3 ke stesen komuter... singga pasar... singgahi masjid ada gotong royong. Memandangkan agak lama kat masjid ni call minta anak 1 bawa basikal dan bawa balik kereta dengan bahan belian dari pasar. Balik dah hampri 12 tgh... ingat nak ke Rawang ada jemputan kenduri2 tak jadi la pulak... sementara tunggu masuk zohor bawa baring dulu sampai 2.30 ptg. Lepas solat sediakan dokumen untuk mesy penilai pemohonan peruntukan..esok mesy dgn YB pulak. Lepas asar ke balai raya ...sampai 6.50ptg. Singgah minum - pekenan nasi lemak * air barli... balik rumah dah nak masuk maghrib... terus sampai Isyak. Sambung siap semak akaun...sebelum 10 selesai. Ni tgh tengok No Ordinary People TV3...lps ni JGN TIDUR LAGI...masuk tidur 12 mlm nampak nya..come what may!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 16, 2011

Jul 16

Sabtu - aduh mata mengantuk sangat. Lepas subuh baring2 sampai dekat 9 pagi. Teringat ada perkhemahan PBSM kat padang sekolah, janji nak ambil gambar. Ongumah pula nak ke Kalumnpang... singgah la kejap snap 3-4 gambar. Terus ke Kalumpang.. terus ke Tanjung Malim.. terus ke Bukit Beruntung. Singgah makan laksa tepi jalan lepas masjid bukti sentosa. Katanya laksa penang tapi tak rasa penang pun.. tak cukup masam. Pekena cendol kosong (tak ada gula - bukan tak ada cendol). Balik sampai rumah dah dekat 3 ptg. Nak mula buat kerja semakan akaun UPK... dah nak pi semula ambil gambar PBSM... nak apa lagi..come what may!!!Sampai acara dah selesai.. sbb dah sampai ambil je gambar group.Balik sambung buat akaun sampai ke malam. Lepas maghrib..isyak di masjid..ada kenduri pulak. Balik dah 10 lebih. Mengadap lagi semak akaun...sampai 1 lebih la juga..tinggal 3 bulan je lagi dah tak tahan..masuk tidur dulu.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Jul 15

Jumaat - Aduhai... NB problem mula petang smlm...pagi ni buat kerja reinstall OS..terus tak ingat nak update blog sendiri. Sementara tunggu selesai install kena masuk kelas pulak. Lepas kelas singgah makan laksa. Dah selerai install kat Pellette, try pulak kat Acer. Dalam pada tu kerana minta tengok NB dia.. sama je masalah...sistem OS asyik reboot sendiri. Dah time balik... acer dah selesai tapi tak run test lagi. Lepas Jumaat ... ambil ongumah.. balik rumah..keluar semula ke mesy UPK. Habisnya 5 lebih... Lepas asar siap nak ke Shah Alam. Keluar 6.30 ptg, singgah maghrib di RnR Elina..sampai rumah Datuk Seri Hakim Borhan, mantan Datuk Bandar KL,,, kini pengerusi Alumni SM3KB. Lepas makan mesy mula..habis 10.30 mlm. Beredar balik..sampai rumah .. isyak..masuk tidur 5 minit ke 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 14, 2011

Jul 14

Khamis - kelas 2 waktu pertama dan 11.10 nanti. Sistem nampaknya semua ok. Buat speedtest: DL 3.3 UL:905... biasala pagi mmg laju. Rasanya hari ni tak dapat nak buat benda lain...masuk kelas keluar kelas sampai balik. Ongumah ada mesy kat Serendah ... bawa kereta sendiri.. nak balik nanti lepas sekolah..come what may!!! Masa waktu balik, tusyen pun tak ada.. call teksi sapu (sapa lagi ketua kampung merangkap pengerui JKKK). Lepas zohor ingatkan nak baring2.. ajak Ameer ke rumah tinggal kemas barang2 kat situ. Dapat la t-shirt selai dua, baju korporat 3-4 lai.. ada juga untuk dibagi ahli jkkk 6-7 orang. Balik dah petang... lepas asar..kemas2 tunggu maghrib..lepak depan tv. Terlupa pulak ada program kat asrama. Ada yang call suruh ambil makan lebih banyak sebab kehadiran tak penuh. Bergegas ke asrama ikuti aktovoto solat hajat & yaasin (tapi terlepas sudah)..dpt dengar tazkirah & solat isyak. Lepas tu minu,2..sembang2, terlupa pulak anak dah lepas tusyen 10 mlm. Bawa di balik... masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 13, 2011

Jul 13

Rabu - sistem ok pagi ni....speedtest kemudian sikit la check..selalu awal pagi mmg lancar. Ikut jadual baru ada 1 kelas 8.50 nanti... tu pun upsi dah ambil. Nak selesaikan kerja2 dokumentasi... come what may!!! Ada relif 2 waktu awal... nak masuk dah ada gutunya.. waktu kedua ada kelas sendiri... pun dibagi relif. Sepanjang hari kat dlm bilik buat kerja... makan2 kat pantry.. ada buat lempeng dan jemput kelapa cicah kari n sadin. Makan sikit alas perut. Ada pulak minta tindakan segera buat surat... selesai sudah. Nak pi solat zohor singgah tengok kat pantry..ada roti canai...selesai kat situ. Dah 2 lebih... ongumah n anak tak balik ada koku. Balik lepas zohor baring sekejap dah diganggu panggilan. Ada orang KL nak turun ke tapak projek pukul 4lebih. Keluar 4.15 tumpang Ameer... habis masa kat situ sampai 7 mlm. Pekena bihun goreng dulu. Lepas maghrib..isyak kat masjid ada kelas tajwid. Lepas tu ada usrah pulak ...lanjut sampai 11 mlm. Masuk tidur dah 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 12, 2011

Jul 12

Selasa - baru masuk bilik. Sistem smua ok.. kehadiran, LAN dan akses ok. Buat speedtest DL-3.5m UL 1.0m .. kira lajulah awal pagi ni. Hari ni tak ada kelas.. tapi percayalah jap lagi sampai le slip relif.. pukul 11 ada mesy JK Pengurusan, pukul 2 sambung mesy panitia sivik... come what may!!!Mmg ....pun tak sempat habis karang dah ada 2 waktu pertama... kelas 2M. Keluar kelas masuk ke bilik server tak keluar2 dah kecuali gi makan mee pukul 9 lebih. Masuk balik bilik buat kerja mcm biasa. Lepas zohor pekena nasi sambal bacang, lemak tempoyak baik punya pedas. Dah tu ada mesy panitia sivik dari 2 sampai 3.30ptg. Sementara tunggu anak keluar kelas tusyen pusing pekan.. singgah bank... pos surat.. ambil balik 4 ptg. Lepas asar buat keluar lagi ke kedai tukang jahit hantar kain buat baju melayu..kat kedai cina hebat malaysia ni...tukang jahit melayu kat kkb ni mana ada...yang pompuan ada la tapi tak biasa bagi tempahan. Sampai ke rumah dah 6.30 lebih..lepak depan tv nak lelapkan mata...lepas maghrib...masuk isyak.. lepak lagi depan tv tengok CHUCK kat AXN. Masuk tidur sbelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 11, 2011

Jul 11

Isnin - dah minggu ke 3 Julai. 2 hari lepas tak sentuh langsung kerja2 luar.. ni pagi ni pusing2 otak mana kerja nak dulukan. Masuk bilik pagi ni mcm biasa, aircond ok,,, system pun ok..kahadiran berfungsi, LAN ok,,akses pun ok...cuma pc server 2003 ni slow sikit.. kena delete cache & temp files. Hari ni jadual baru... kelas ada 1 kat hujung hari tapi dah diambil pelatih upsi. Ni tunggu slip relif ntah brapa nak terima ..come what may!!! Tadi pun baru dapat jadual baru lagi... ada perubahan sikit..kelas hari ni tolak ke hari Rabu.. jadi hari ni tak ada kelas. Terima slip relif pukul 8.50 kelas 1 S.. ganti kelas agama. Dpt bagi tazkirah sikit kat bebudak kelas tu. Habis masa hari ni upload gambar 2 event - PERASA & perhimpunan hari ni...sampai waktu nak balik. Kerja2 lain semua tertangguh. On the way balik singgah pej Agama.. settle urusan anak tapi belum selesai urusan tanah kubur.. set hari rabu pula nak jumpa kadhi. Sampai rumah keluar balik ambil anak kelas tambahan..singgah kedai belik kepala paip ganti yang patah pagi tadi... beli sabun basuh baju n roti. Sampai rumah sblum asar... lepak depan tv sambil terlelap sekejap..ingat sekejap tengok dah 5.30 ptg. Lepas asar tunggu maghrib buka puasa... isyak di masjid. Balik lepak depan tv lagi sebelum masuk tidur sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 10, 2011

Jul 10

Ahad - realks sikit hari ni...walaupun otak berpusing dok piqiak apa nak buat dulu.. Dah ada yang mengajak pi tengok kebun kat gesir...come what may!!! Keluar dari rumah sebelumn 9.30. Sampai kat kebun tak buat apa pun..tengok2 je dalam 1/2 jam. Singgah rumah keluarga angkat ongumah.. kedua orang tuanya dah meninggal.. saja je jengok sedara2 lain yang tinggal. Dah situ singgah kat RIAMODA cari kain utk majlis kawin anak nanti. Balik sampai rumah dah 2 lebih. Mata tak tertahan sgt..lepas zohor baring2 depan tv.. terlena sampai 6 lebih. Tok tek tok tek...asar seblum masuk maghrib...lepas maghrib ke masjid ada kuliha maghrib. Lepas Isyak terus balik.. mlm ni tak ada makan2... strika baju sambil tengok smallville..sambung Jgn Tidur lagi..masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 9, 2011

Jul 9

Sabtu - pagi ni orang lain sedang enak bersantai di rumah, warga sm3kb sedang berada dlm program LADAP = PERASA. Mula 8 pagi sm[ai pukul berapa..come what may!!! Nasib baik ada ada nb n line. Sambil update cvlog sekolah dapat juga pantau secara langsung kegiatan BESIH di KL... tak payah nak ikut dalam aktiviti PERASA. Tapi nampaknya program ni menarik juga..lain drp yang biasa diikuti selama 32 tahun berkhidmat. APa pu terpaksa juga jadi kameraman, sekali sekali jadi hakim aktiviti yang dijlnkan PERASA. Lepas sarapan...program jalan...lepas rehat kudapan..sambung lagi. Berhenti zohor n makan, 2.30 masuk semula..masuk dewan je..buat kat dewan asrama je...sampai 5.lebiih baru selesai. Sampai rumah dah 6 lebih. Nasib baik 2 anak lelaki sedia ke KLIA ambil anak sorang lagi balik dari Aust. Lepas asar, baring sekajp sampai 8 mlm..Lepas maghrib ni nak tunggu Isyak..lepas ni nak lepak dpn tv je..letih semcm je rasanya...sebelum masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 8, 2011

Jul 8

Jumaat - masuk bilik hari ni layan kerja lain sampai terlupa nak checkin kat sini. Rutin mcm biasa... masa habis menyiapkan RPH... bahan untuk pnp..latihan, senarai nama kelas.. waktu masuk kelas..masuk..keluar sempat makan maggi kat pantry sebelum balik. Tersasar 20 minit pasang speaker kat meja staf pejabat. Balik dah lepas 1pm.. siap ke masjid. Lepas jumaat balik ke rumah dulu salin pakaian... pergi pulak ke mesy Jk asrama..dari 3 ptg sampai ni hah 6 lebih. Baru lepas asar..tunggu maghrib. nak gi isyak di masjid sbb su kata nak bicang2 sikit pasal ramadan ni. Come what may!!! Lepas kuliah...minum2..makan nasi lemak pulak dah...lepas tu baru nak bincang2..habisya pukul 11 lebioh baru balik.. kepenatan sgt terasa..terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 7, 2011

Julai 7

Khamis - seperti selalu..masuk bilik ni 7 lebih...log in kehadiran sps ok..LAN ok..akses pun ok. Check email sepintas lalu dulu sbb nak masuk kelas 7.30 ni.. sempat buat speedtest - DL3.0 UL 1.0. Rutin nak lapor nanti kat tak buat kerja pulak kan... ikut perancangan lepas sekolah ni nak jumpa DO, Kadi.. bawa ke malam mesyuarat di Btg Kali..come what may!!!Lepas keluar kelas 8.50.. buat apa yang boleh sementara tak ada gangguan. Sempat bincang pasal SPS dengan guru jadual waktu & pengetua..bagi je id admin sps... kata nak cuba masuk data. Tunggu sampai waktu balik... hantar ongumah..terus ke Pejabat Tanah. Tak kesempatan jumpa DO dia sibuk kat mesjid Bukit Sentosa..Sultan nak turun esok. Dapat jumpa ADO AZura.. dapat juga bincang beberapa isu. Singgah minum kat cafetaria ...sampai 4.30 ptg. Balik dah dekat 5 .. lepas asar..buka nb nak buat laporan untuk mesy mlm ni..hang pulak dia. Lepas Isyak gi ke mesyuarat PASKAw.... mlm ni pun selesai lebih 1 pagi. Sampai rumah masuk tidur dekat 1.30 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 6, 2011

Julai 6

Rabu - pagi ni kehadiran dlm SPS ok, LAN ok, akses pun ok. Nak buat speedtest, tak boleh konek masuk.. baca email aduan SPS kat RA dah tutup meja, terus ke BTP. Alamat tak selesai la masalah nanti kot...come what may!!! Setakat ni tak ada kelas ganti.. dptla selesaikan kerja. Lepas makan nasi lemak kat pantry.. ke Pusat akses tengok aduan switch rosak. Betul pun..minta JTK buka nak hantar ke bilik serer. Lepas tu duduk kat dlm bilik sampai waktu nak balik. Ke asrama ada program mentor mentee &
makan nasi.Lepas tu masuk bilik semula sampai pukul 5 ptg. Singgah rumah imam ambil borang..selesai satu bab. Esok nak jumpa kadi pulak. Sampai rumah dekat 6 ptg.. teringat pulak ada janji nak bawa lori angkat barang ke btg kali. Lepas asar ke balai raya KKB..tunggu lori sampai 1 jam. Dekat nak masuk maghrib baru sampai..hujan pulak tu. Dapat 2 biji buah bacang..banyak kat atas pokok sebelah balai raya..wakaf punya kot. Balik maghrib..masuk isyak... terus ke mesy pascap. Selesai 11 lebih. Masuk tidur 11.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 5, 2011

5 Julai

Selasa - Pagi ni macam biasa... sistem kehadiran ok, LAN juga ok, Akses pun ok. Speedtest DL 1.1m UL-832k..kira slow la hari ni. Patutnya ada mesy JK Pengurusan pukul 11.. minit dah terima,.,notis mesy blum sampai...relif pun belum sampai. App hari ni nak jumpa DO tunda esok pulak. Petang ni boleh buat persediaan program mlm ni.. pertemuan khas dengan peserta rumah PPRT.. nak betulkan tanggapan yang salah... rumah tu jadi hakmilik sendiri lepas sudah ada kemampuan. Ada orang lain yang susah perlukan rumah... apa akan jadi..come what may!!! Seperti dijangkan memang ada relif pukul 12.30 - masa tu ada mesyuarat.. lantak le.. dah blok jadual pun nak bagi relif tanggung sendiri la sapa yang buat tu. Sempat siap kerja itu ini sebelum masuk ke mesy.. berakhir 2 ptg. Anak tusyen, ongumah mesy. Sempat la keluar ke bank jumpa bendahari dapatkan duit nak bayar 2-3 perkara malam ni. Singgah minum, makan cekoi, sembang2 dgn ketua cawangan umno kerling isu2 setempat. Berkejar balik ke sekolah sebelum 4 ptg... singgah rumah jurunikah... belum selesai lagi urusan sign menyign ni. Tinggalkan je sbb imam tak ada di rumah. Balik sebelum 4.30 ptg. Lepas asar menghadapa kerja bagi nama fail sebelum maghrib. Lepas isyak ke balai raya.. pertemuan dengan peserta pprt. Penghulu yang ya ya sangat nak jumpa peserta pprt tak nampak muka. Call tak angkat, sms tak jawab. Banyak juga info dapat dan deme pun balik tak tangan kosong. Ada 4-5 beg pakaian recycle.. clear semua deme ambik. Pekena nasi goreng ayam...10.30 dah selesai. Singgah pula tengok orang jual ubat kat kawasan lapang taman..tengok dah 11 lebih. Balik.. masuk tidur sebelum 11.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 4, 2011

Jul 4

Isnin - nah hari ni tersusun agenda dari pagi bawah ke mlm. Dah set sebelum waktu balik ni ada mesy Tabung Kebajikan..nak lulus permohonan pinjaman ahli..lepas tu nak cari masa nak ke pejabat agama nak sign borang akuan bujang...anak yang nak kawin... lepas tu nak berkejar pulak ke Nilai 3 ambil barang dibeli semalam..pukul brapa nak sampai balik..come what may!!! lepas pagi duduk dalam bilik server buat kerja2 - update blog sekolah, update takwim Jun-Ogos kat SPS..dah dpt surat pun dari BTP minta gunapakai SPS. Tak ada masalah tapi masalahnya pihak pengurusan...seawal tahun ni urusan bestari masih tempel-tempel. Lepas tu time masuk kelas. Keluar kelas gi mesy tabung kebajikan... makan free nasi berlaukkan ikan rebus cicah sambal. Sempat solat zohor dulu sebelum time balik. Ni ada taklimat pula pasal bengkel sabtu ni tapi tak dpt tunggu. Hantar anak balik..singgah pejabat agama dulu urusan borang anak ni..tak selesai sbb kena jumpa jurunikah juga. Pukul 3 baru bergerak ke Nilai3. Ikut highway nak cepat .. tapi lepas keluar guthrie selalu silap masuk jalan ...akhirnya menghala ke utara..masuk MMR2. Pusing2 cari jalan keluar ..2 kali nak bergesel kereta orang..akhirnya dekat pukul 5 baru sampai kat kedai nilai3. Masukkan barang - 12 kotak mug ceramik...terus bergerak balik. Kali ni terus je perjalan ...singgah asar kat petronas dengkil..pun dah 6.30 lebih...sampai rumah pukul 8 lebih. Sempat maghrib...masuk isyak. Tengah nak kemas2 fail..ongumah nak makan kat luar..layan la kejap..balik dah pukul 10..baca berita online...masuk tidur 15 minit sebelum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 3, 2011

Jul 3

Ahad - Hari ni nak pi Nilai 3..cari barang utk majlis perkahwinan anak sept nanti..ala barang2 door gift ke apa tah..berapa lama...come what may!! Ni sebelum keluar sempat 'book' tarikh kat sini. Keluar 9 lebih... terus ke UKM anak tunggu kat situ. Singgah makan laksa tepi jalan menghala sana. Sampai sebelum 12...sampai sebelum 6 baru habis mencari dan membeli. Dah tu ada 15 kotak mug ..tak muat nak bawa balik.Dah kena dtg balik esok nampaknya. Singgah Petronas solat ...hantar bakal menantu balik rumah sewanya ..dekat2 situ juga..terus ke Kpg Baru untuk maghrib... singgah makan kat btg kali..sampai rumah 10.30..sempat tengok smallville sebelum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 2, 2011

Julai 2

Sabtu - kena pi sekolah hari ni..ada larian 1 murid 1 sukan ke larian 1 malaysia nak kejar rekod guiness. kata orang atas jadikan hari persekolahan ..apa kejadahnya..bukan ada hari nak digantikan lagi. Nampak macam nan bodohkan semua orang je arahan dari atas ni. Dah la buat pada hari sabtu pertama awal bulan bertentangan lagi dengan pekeliling kerajaan... depa tak sedarke semua ni...apa pun lantak le..come what may!!!Nak belah seawal yang boleh..ni dah dekat 12 tgh..kalau mai sorang pukul 9 tadi dah boleh belah balik..Larian sudah...aktiviti tambahn sudah...ni tgh cabutan bertuah...tapi untuk bebudak je..staf tak boleh ambil walaupun nombor naik..makanya buat apa tunggu lagi.. ada kenduri kahwin hari ni..sebelah petang rasa nak rehat2 je sampai ke malam. Mood nak buat kerja2 menaip dokumentasi pun dah susut sikit. Dari sekolah terus ke rumah kenduri kawin di Tmn Ampang Indah..dah tu pusing balik ke sekolah ambil anak..dia ada parti birthday kekawan dia. Sampai rumah dekat 3 ptg dah...dapat le juga baring2 .tapi terjaga2 dek ganguan telefon. Lepas asar keluar jap jumpa pembekal sambil minum2,makan2,sembang sampai dekat maghrib. Lepas maghrib..isyak di masjid. Ada jemputan kenduri tahlil..tapi sori la yang menjemput tak langsung tunjuk muka kat masjid...dan tak pernah dtg masjid pun kecuali bulan ramadan. Balik terus...check email sat sebelum layan tengok tv sampai 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 1, 2011

Julai1

Jumaat - Dah bulan 7...2 bulan lagi raya...bulan raya juga bulan nak kawinkan anak..24 September 2011..dijemput sapa yang baca ni. Hari ni MB turun padang ke Hulu Selangor - lokasi lawatan - pagi ni sesi dialog di Dewan Serbaguna kKB,,solat jumaat di Hulu Bernam...sesi dialog bersama rakyat di Btg Kali...maghrib dan kenduri rakyat di Sg Tengi...ceramah umum di Serendah....dapat follow ke..come what may!!!. Pagi ni sistem kehadiran ok...sistem rangkaian pun ok...akses net pun ok. Semalam nak buat speedtest tak mau lancar dia..pagi ok pulak..Download 3.2M..Upload 1M. Hari ni hari jumaat jadi kena sediakan Buku Rekod Mengajar minggu depan.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam