Wednesday, November 30, 2011

Nov 30

Rabu - pagi ni ada app sarapan pagi bersama penyelaras dun btg kali - bakal calon pru13 katanya. Ada sikit urusan nak bincang... lepas tu planningnya nak ke bank... lepas tu nak settle isu berbangkit dengan kerja2 tambahbaik balai raya ampang pecah... malam ada meeting di Sg Tengi.. come what may la!!! Keluar dari rumah 8.15 pagi. ...singaah kat balai raya nak settel isu berbangkit
.. dok nak kena tunggu teknician Pej Daerah.. masa makin berlalu.. app kat Bukit Sentosa pukul 9... bergerak juga ke sana akhirnya .. sampai dah 9 lebih. Sembang2 dgn bakal calon PRU13.. pekena radik n roti telur. Dari situ beredar ke Kg Kuantan. Ada JKKK sana nak buat projek perumahan atas lot tanah 3 ekar. Bawa berunding dengan ARK. Dah tu balik singgah di TDBB, Pak Khalid (calon PRU tu), nak tengok site projek TDBB yang minta dia bantu settlekan. Habis di situ dengan Pak Khalid... singgah makan tengah hari .. nak update akaun bank ada gangguan talian pulak. Selesai makan balik rumah dah 2 lebih.. tak ada letrik pulak kat rumah sejak 12 tgh. Ingatkan nak keluar semula nak urusan dgn ADO.. ongumah minta urut pinggang sambil tu terlelap sekali dalam kepanasan petang tu. Lepas asar, letrik belum ada... nasib baik NB dah fully caj.. boleh layan citer KERIS LAMA - arahan opie... keluaran opy global - pelakon pun adik beradik dia.. adala 2-3 orang. Tak habis tengok lagi sbb dah masuk maghrib. Lepas maghrib siap untuk ke Sg Tenggi Selatan.. .singgah solat di Tol Bukit Tagar. Sampai di rumah Pak Chin (Kassim namanya) di Sg Tengi Selatan... org sana tak hadir. Tok 4 Sg Tenggi - Wak Selamat - dtg kemudian. Habisnya lebih 1 jam citer2 je la. Dekat nak balik baru keluar mee goreng dan bubur curian - pekena mee 3 kali tambah.. bubur 2 mangkuk kecil. Esok tengok gula dlm darah brapa naiknya. Beredar dari situ hampir 11 mlm.. sampai rumah masuk tidur 12 tgh malam.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 29, 2011

Nov 29

Selasa -orang lain dah mula kerja hari ni... kita masih bercuti. Tapi cuti2 pun ada kerja juga nak dibuat... jap lagi ad mesy dgn kontraktor projek rumah TDBB... ptg ke malam .. come what may!!! Lepas subuh ni tok tek tok tek dah pukul 10 lebih. Ongumah dg anak 2 dah ke kebun di gesir,, cari durian luruh. Pukul 10.30 dah bergerak ke balairaya TDBB.. mesy kul 11 pagi. Hidangan sarapan kuih je kali ni.. tak ada nasi. Selesai perbincangan dah 3 lebih.... layan pula pembeli baru .. akhirnya terpaksa singgah surau solat zohor ...20 minit sebelum masuk asar. Singgah pulak kat balai raya ampang pecah. Ikut kata ADO kerja belum nak mula.. baru tau sapa dapat kerja. Tup-tup Tok4 kata kerja dah mula... pagar dah roboh.. besi dah pacak. Ada juga benda yang tak kena ... kena tegur juga la. Kuli kontrak pun dah nak balik... kena settle esok. Dah janji pulak nak minum2 kat pekan... ada pulak pasar malam. Pekena bihun sup.. sejak tadi tak makan apa.. makan apam dan epok2 je pagi tadi. Terpaksa pulak beredar sebelum 5.30 ptg.. nasib baik juga kalau tidak sembang lagi sampai 6 lebih. Balik lepas asar... relaks tunggu maghrib.. Isyak di masjid.. bincang pulak pasal nak tukar karpet masjid.. balik rumah 9 lebih. Sambil tengok tv semak email, FB, berita terkini. Dah pulak layan citer LEVERAGE AXN sampai masuk tidur kul 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 28, 2011

Nov 28

Isnin - cuti dalam cuti. Hari memang pun dalam minggu kedua cuti panjang.. untuk staf pejabat pula cuti ganti 1 muharam semalam. Hari ada perancangan - nak ke agrofest di Shah Alam - nak hantar anak 4 balik Serdang... nak ... come what may!!! Janji nak keluar 9 pagi tapi biasala .. tok tek tok tek...dekat 10 pagi baru bergerak. Terus ke Stadium Shah Alam... Selangor Agro Fest (SAF)... kurang lebih sikit mcm kat Jln Kebun dulu. Ada pulak masa tu sesi penerangan untuk kaum India kat khemah utama. Rezeki la katakan.. ngam2 sampai kat situ majlis selesai... time makan. Menyelit sekali masuk barisan.. dpt beg isinya bekas makanan, mug, muffin dan air mineral. Hidangan nasi minyak - ayam masak merah, daging kambing masak kurma, jelatah dan buah lai.. lumayan. Tengah makan hujan turun lebat juga la. Lepas makan dlm hujan dah reda .. angkat kaki... terus ke Serdang. Singgah zohor di Petronas ..sampai UPM sebelum 3 ptg. Tak tunggu lama pun hantar anak 4 je...hulur 1 ketul. Dalam perjalanan nak masuk highway ternampak satu keta ni ... kereta impot pastinya sebab tertulis ELVIS.. Ni keta Elvis depan rumah agamnya... sebelahnya keta kat Shah Alam tu...



yang hairannya pemandu bawa belah kiri tapi tak ada tanda mcm keta dipandu OKU. masih pakai nombor plet asal ELVIS tak ada plet malaysia... apa kehenya? JPJ dah tukar polisi ka? atau sebab pemandu tu beruang (orang berwang) boleh tutup sebelah mata? Keluar kat tol Rawang singgah NSK... beli barang2 rumah - habis 2 ketul, Sing gah pulak makan rojak kat Serendah (depan masjid tu).. tengah makan hujan turun lagi. Balik sampai rumah 6 lebih... sempat asar 10 minit sebelum maghrib.... terus isyak.. terus lepak depan tv. Rasanya macam nak tidur awal sbb mengantuk sangat tapi dah layan NB ...baca email... update FB..lanjut sampai 12 mlm baru masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 27, 2011

Nov 27 - 1 Muharam 1433

Ahad - hari ni tahun baru hijriah -1433 - 1 Muharam la kan. 1 bulan lagi masuk tahun baru masehi pulak 2012. Hari ni ada jemputan kenduri kahwin di Batu 16 Rawang... selain daripada tu come what may!!! Lepas Subuh ni tadi duduk depan NB je sampai pukul 11 pagi. Siap nak ke rumah kenduri kahwin x-sm3kbian... kelas mate anak 2. Dalam perjalanan hujan mula turun. Ntah kenapa jalan ke Rawang jem.. habis dekat 1 jam kat situ je. Sampai ke rumah pengantin hujan lebat sungguh. Hidangan nasi putih berlauk daging, ayam & nenas lemak ikan kering. Pilihan kedua nasi ayam. Tak lama rasanya nak duduk kat situ sbb nak singgah TESCO lepas ni. Beredar 1.30 tgh.. orang baru nak mula dtg.. tempat duduk pun terhad. Di TESCO singgah solat zohor dulu.. lepas tu baru nak pusing2.. tgh tengok2 lampu, ongumah dah selesai membeli dah nak belah. Sampai rumah 3 lebih.. lepak depan tv jap,layan net cari isu FFM24 - ogy & johan... sambil tu download untuk koleksi MLM - adlin & boboi dulu. Lepas maghrib...tunggu isyak... layan tengok bola Mal-Bahrain.. sambil tu layan juga Festival Filem 24 - yg ada isu Ogy-Johan.. nak sama menyaman kerana dimalukan semasa mengacara majlis tu. Tak sedar pulak masa dah lanjut sampai 1 pagi lebih... terpaksa stop dulu untuk masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 26, 2011

Nov 26

Sabtu - dah masuk seminggu cuti .. dalam benak fikiran ni banyak kerja nak dibuat tapi tak berbuat lagi. Bila dah buka nb ni benda lain yang dibuat dulu... come what may!!! Selesai update blog.. sambil dwnload citer lagi... keluar ke kebun kejap lepas sarapan. Tak lama dapat call drp x-student megnatakan ada rombongan x-sm3kbian dr Sarawak berada di KKB.. tengah santai di asrama. Mereka ni tahun 77-79. Bersip untuk ke sekolah dgn ongumah - dia pun x juga .. nak jumpa kekawan dia...di sekolah terserempak pula dengan group tahun 87 ..pun buat perjumpaan di kantin pulak. Ini yang tak kena sikit ni.. buat reunon tak maklumkan kepada pihak sekolah. Sekurang2nya boleh juga diadakan majlis yang meriah sikit dan tersusun... boleh juga ALUMNI join sekali... tapi tu la lain orang lain fikirnya... tak mau susahkan orang la, tak mau kecoh2 la.. nak buat kejutan la. Maknanya apa? maknanya semangat nak join ALUMNI tak ada .. semangat nak bantu sekolah tak ada kot. Kepada kedua2 group dah dibahasakan sikit. harap2 yang akan dtang group mana sekali pun kalau nak masuk kaasan sekolah untuk reunion sekurang2 maklumkan kepada Pengetua sekolah.. boleh direkodkan legiatan x-sm3kbian. Lepas ni nak luahkan kat FB pulak. Masa depa ajak pi makan tengah hari, kami lencong baik rumah. Lepas zohor, ingat nak layan nb lagi..mata lain macam.. baring2 dulu sampai 5 lebih.. hujan pulak kat luar tu. Musum hujan kan dah bermula... banjir dah mula kat sana sini. Lepas asar..layan citer SPY next dorr- jackiw Chan.. dah mua tengok sejak ewat pagi masuk ke petang sampai ke malam....tengok sambil2 la katakan. Terlupa pulak ni petang 1 Muharam.. ada doa tutup tahun dan awal tahun. Dek anak n menantu - anak 4 pun ada di rumah.. jemaah sekali maghrib. Lepas makan malam ke masjid untuk Isyak. Lepas tu ada pulak kenduri nak bersunat.. singgah le pekena bubur gandum saja.. perut dah kenyang la katakan. Tu pun pekena 2 mangukuk kecik je. Balik layan citer SND sampai habis pukul 11 lebih.. terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 25, 2011

Nov 25

Jumaat - masih dapat dinikmati penghulu segala hari.. alhamdulillah. Apa yang akan diterima hari ini.. come what may!!! Hari ni Jumaat jadi tak ke mana-mana sampai waktu ke masjid je. Dari lepas Subuh menghadap NB.. rutin saja.. sambil tengok 2-3 citer -daripada SHE DEVIL - TEEN WITCH -VIRGIN (citer Indon). SD citer surirumah balas dendam suami hina dia, skandal dgn 2-3 pompuan lain setelah berjaya dlm career.. boleh tengok tapi ada uncersored scene. TW - citer khayalan muda mudi... tak masuk akal.. Keluar ke masjid utk solat Jumaat..balik singgah pos office. singgah farmasi, singgah kedai.. singgah balai raya.. selesai kerja2 luar hari ni. Layan lagi sambung citer TW... lepas asar.. layan pulak citer V- citer remaja juga - ada yg jual perawan.. ada yang pertahan perawan... lebih educational walaupun ada sikit2 aksi beraksi... sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik layan sampai habis citer V..sampai masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 24, 2011

Nov 24

Khamis - Hari ke 4... dah la ru sapa dok nak kira selalu... biarlah hari2 berlalu... sedar tak sedar nanti dah buka sekolah. Ni hari ni ongmah dok ajak pi kebun kat gesir pulak. Kata orang sana durian dah nak gugur... rambutan tak sebut pulak. Lepas settle seperkara dua yang tersangkut semalam, baru boleh ke sana .. tapi mesti pagi ni juga la... come what may!!! Lepas Subuh update blog.. semak email,,, baca berita online. Lepas sarapan.. lepas melepas... bergerak ke kebun .. ada la durian gugur dekat 10 biji tapi yang boleh dimakan 1 je.. yg lain ditebuk tupai dan muda2 dipetik beruk. Rambutan baru nak barbuah... ongumah tanam pokok limau 6-7 pokok. Singgah rumah sedara angkat onhumah.. pekena nasi sambal bacang sayur cekur/daun salang. kerang rebus cicah asam cili, ikan masak kicap... bertambah la skali makan.. dlm tak nak makan nasi. Sebelum tu uruskan sikit pasal nak buat tandas kat kebun tu bersama kontraktor .. kemudian tengok pulak tanah untuk dijual.. katanya RM60k seekar.. ada >3 ekar. Bukan nak beli untuk sendiri tapi org KL nak cari tanah kampung. Bergerka balik lepas 1.30.. sampai rumah sebelum dekat 3 ptg. Baru nak siap soalt zohor, ketua kampung pulak minta taipkan 2 lagi surat sokongan untuk org indin nak balik negeri bawa anak lahir kat sini. Lepas zohor surat selesai.. sambil tu layan sambung citer PRETTY WOMAN. Lepas asar masih melayan... kali ni citer SLEEPING DICTIONARY.. penggambaran di Sarawak.. citer masa kolonial tapi tema cinta berlainan kaum.. ongputih dgn ongiban. Tak pernah ditayang di tv pun sbb banyak obscene scene. Lepas maghrib ,, isyak di masjid,, ada bincang2 sikit leas tu. Balik rumah dah 9 lebih... layan sampai habis citer SD ..masuk tidur pun 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 23, 2011

Nov 23

Rabu - hari ke3 masih belum ada apa2 yang menarik dlm masa cuti ni. Baru nak plan buat itu, dah diplan ongumah nak ke KL. Tergendalakah kerja2 yang diplan???come what may!!! Lepas subuh terus menghadap nb ni... siapkan dokumen2 penting.. nak fakskan pagi ni kononya. nak pos hari ni & nak edar hari ni... selang seli dengan sarapan... dengan jumpa Ameer... dan siapla semuanya. Keluar dari rumah utk ke KL dah dekat 11 pagi.. tak jadi buat semua yang tadi. Dah sampai Kg Baru pi pulak Servis Center Hyundai kat Jln Ipoh. Anak 1 bawa TARJET 1 minggu - 2 side mirror pecah.. nak hantar ganti sbb tak boleh cari spare part kat kedai biasa. Tinggl TRAJET balik Kg Baru. Lepas zohor.. lepak2 jap.. keluar semula ke Showroom PERODUA dekat2 situ je. Saja je nak survey harga utk VIVA ka... MYVy ke. Dari situ terus ke Jln Ipoh semula.. katanya tadi akan call kalau kerja dah selesai. Sampai tengok barang diorder tak sampai. Minta 2 dapat 1 je.. apa punya kerja pun tak tahu le. Spare part Sime Darby yang kawal. Yang buka report janji nak call pun buat senyap je. Minta check servis biasa je air con.. tak nak dibuat.. nak suruh buat full servis.. makan RM2K tu. Bayar cermin sebelah RM109. Lagi satu minggu depan pulak mai sekali lagi.. kalau barang dah sampai le. Balik ke Kpg Baru.. lepas asar siap nak balik.. tu pun dah dekat 6 ptg. Singgah maghrib kat Petronas Btg Kali.. singgah makan kat SEPAKAT.... sampai rumah sebelum 9 mlm. Lepas Isyak lepak tengok MAL-SYRIA.. kalah pulak kali ni... masuk tidur sebelum 11 mlm. Makan kek sebelum lelap!!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 22, 2011

Nov 22

Selasa - hari ke 2 .. masih tak ke mana2 setakat ni. Banyak juga kerja nak dibuat -- projek2 yang masih tersangkut... tapi kekadang rasa malas je.. musim hujan la katakan. Jadi apa nak jadi hari ni.. come what may!!! Lepas subuh ni tengah layan nb.. check email.. update blog... pejabat call.. ada kes kecurian lagi di sekolah. Hari Isnin bilik guru cemerlang.. hilang PC... hari ni PSS pulak. - LCD TV utk ASTRO hilang dan sikit cash. Depa minta ambilkan gambar sbb tak ada kamera katanya. Sampai di sekolah adapun yang dah ambil gambar. Biarlah diselesaikan sendiri. Balik sebelum 11 pagi...singgah kedai beli paper, ternampak pulak durian dan rambutan. Beli durian 3 biji RM24 dan rambutan seikat RM5. Elok buahnya. Makan 4 ulas.. check darah pagi tadi 12... lepas makan durian 11 je.. tu yang hairan tu. Tengah baca paper ..lepak depan tv... ongumah bawa anak kucing ke vet sbb demam.. anak kucing pun demam dan pening kepala kot.. jalannya terhoyong hayang. Dah set nak masak nasi pukul 12 nanti.. ada pulak yang call nak ambil dokumen.. ajak keluar pulak nak bincang pasal projek perumahan. Balik dekat pukul 1.... lepas zohor layan citer2 online... sambil siapkan dokumen.. tak tahan mata pukul 3 lebih baring2 sat. Dikejutkan oleh panggilan dari SPRM pasal CF TDBB... dia minta dokumen difakskan ke pejabat dia esok. Lepas asar ongumah ajak ke rumah jiran buat parti birthday. Ramai le bebudak dan mak budak.. orang dewasa lelaki sorang je.. dah diminta bacakan doa pulak. Makan pun sekadar tauhu sumbat 2 ketul, pukul salut serunding dan pulut inti (dlm cup cake punya cup)... menu beratnya bihun sup ayam / bakso kata tuan rumah. Tak ada la nak makan semua tu esp yang ada ayam kan. Balik sebelum 6 ptg.. sambung sikit kerja semak dan taip semula PRA PERJANJIAN rumah TDBB... managernya minta email ptg ni.. nak print esok.. nak bawa ke kkb untuk tindakan susulan. Anak 1 & menantu balik seblum maghrib... sambung kerja sampai Isyak selesai. Lepas tu layan lagi tengok citer PRETTY WOMAN pulak.. sampai 11 mlm tak habis lagi.. masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 21, 2011

Nov 21

Isnin - hari tak ke sekolah .. cuti dah mula. Ada juga planning nak urusan dgn pej daerah tapi blum fix time lagi... relak2 le.... come what may!!! Selesai update kat sini.. pukul 10 baru keluar ke pasar... beli ikan sayur... balik buat kerja kat dapur.. potong daging je. Lepas zohor lepak depan tv sambil terlentok sekali-sekala sampai masuk asar. Lepas tu depan tv lagi sampai maghrib. Ke masjid ada kuliah maghrib.. isyak.. balik layan bolasepak final SEA GAMES 11.. Mal-Indo.. menang la 2-1.. penalit kick. Masuk tidur 11 lebih,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 20, 2011

Nov 20

Ahad - bersusun jemputan kawin hari ini - di tanjak ada, di tmn arif ada, di PJ pun ada. Smuanya nak pergi belaka... come what may!!! Sementara nak tunggu pukul 11 - baru nak keluar dari rumah kononnya la - update apa yang patut.. kemas apa yang boleh.. layan MLM minggu 4 . Bergerak keluar ke kenduri kawin pukul 11.30 pagi. Mula2 rumah di Tmn Tanjak - anak bilal masjid ampang pecah.. kena pergi. Lepas tu ke taman arif .. kira kenal juga orangnya tapi ongumah ni yg nak sgt jumpa kawan lama x-xm3kbian la kiranya. Tapi dah lepas makan tak nampak bayang dia pun lagi.. bukannya jauh pun rumah dia kat ulu yam je. Tak jumpa kat sini boleh pi rumah dia je. Hampir pukul 1 bergerak pula ke satu lagi kenduri kawin di Dewan Faisal Pusat Asasi UIA... abang kepada kawan anak 2 ..kira kenal sgt jugal la. Dalam perjalanan singgah zohor kat Petronas Serendah... hujan mula turun sebelum sampai KL...dan bila sampai destinasi. Tinggalkan majlis dalam 3.30 ptg terus ke Damansara rumah kakak ipar. Dah lama juga tak ke sana... sementelah dah ada dlm kawasan ni singgah la.. lagi pun ada barang nak dihantar. Lepas asar.... makan2, minum2, sembang2.. bergerak balik dekat 6 ptg. Tak singgah mana2 dah.. terus balik sampai rumah 7.30 mlm. Lepas maghrib.. sambung layan MLM... terus isyak...layan tengok tv sekejap sebelum masuk tidur 10.45 mlm. Makan kek lagi....!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 19, 2011

Nov 19

Sabtu - Dah bermula cuti panjang... tapi bukan time untuk relaks. Ada banyak kerja kemasyarakatan pula nak kena tumpukan. Mesyuarat2 kena terus adakan. Ni hari ni ongumah dah ajak pi tengok agro fest ke apa benda kat Kuala Selangor.. come what may!!! Rupa2nya bukan KS tapi Klang - JLn Kebun - pejabat MARDI. Keluar dari rumah 10 pagi sampai MARDI 4 ptg. Singgah kerling hantar brg & duit pelajar SMK yang dibantu dek kesusahan ibubapa dia. Melalui tol lembah beringin masuk bukit tagar... nak keluar KS termasuk jln Tanjung Karang. Dah sampai Klang pusing sana pusing sini nak cari Jln Kebun terlajak sampai ke Morib dah.. pusing balik akhirnya sampai juga.. tu la dah pukul 4 ptg. Kat situ 1jam lebih.. singgah pula rumah xsm3kbian tinggal di Pandamaran. Bergerak balik sebelum 7 mlm... ikut jln biasa keluar kat Rawang.. sampai rumah 9 mlm. Penat sgt terasanya... baru nak lelap mata ada pula orang dtg nak jumpa... pastu 10.30 mlm dah masuk tidur .. ada pula selingan minum kopi makan kek lepas 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 18, 2011

Nov 18

Jumaat - akhirnya.... hari akhir persekolahan untuk tahun 2011. Lepas ni bercuti 25 Disember 2011 sebab dari 27.12.11 dah mula balik kerja2 persiapan untuk 2012. Hari ni sistem ok.. speed pun dapat 1.8/971k. Hari pun ada penyerahan duit RM100 untuk semua murid sekolah .. budget 2012 , blum diluluskan di parlimen dah diagih2kan. Semalam masa serah beg kat SKAP ada guru yang berkata (walaupun guruan) rm100 untuk penyokong barisan je. Itulah mentaliti mereka.. ingat harta kat Malaysia ni parti politik mereka yang punya. Tu yang banyak skandal kewangan asyik terus berlaku mcm laporan audit negara. Mentaliti low kelas!!! Luncai nak terjun dengan labu2nya.. biarkan!!! Come what may!!! Orang sibuk kat luar, kita sibuk kat dalam la... kemaskan vilik - tutup buku rancangan pelajaran - itu ini -tapi masih tak brapa nak kemas juga. Pukul 11 ada jamuan lagi kat asrama - duit pemberian bukan sumbangan Wong Kon mun ADUN KKB... hari ni dengarnya dia bagi lagi RM2K. Ada pulak Mugilan Ketua Pemuda MIC pun bagi RM1K.. hai semua nak hulur je... tanda pilihanraya dah dekat kot. Klau minta kat pihak lagi satu pun pasti dapat tapi ada orang yang tak mau nampak mcm memihak sgt.. rugi la sekolah cmatu. Sekolah Cina & Tamil ulun dua2 belah pihak. Orang memberi kita merasa, undi nanti pandai2lah nak hidup. Selesai makan2 dah 12.30. Terus balik .. solat jumaat.. balik tidur je.. hujan turun lagi ptg ni. Banguna dah 5 ptg.. lepas asar semak email, sediakan dokumen projek rumah tdbb sampai maghrib... bawa ke isyak. lepas tu ke Btg Kali mesy PASKAW. Dari 9.30 smpai 12.30... smpai rumah masuk tidur 1 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 17, 2011

Nov 17

Khamis - sistem ok hari ni .. speed dpt 1/978.. kira laju la tu. Tinggal 1 hari lagi iaitu esok sebelum cuti bermula. N hari ni ada mesy jk stok pula 2 ptg nanti... lain drp tu come what may!!! Kelas mula awal pagi... kali kedua jam 10.30..ada relif pulak lepas tu sampai 1.10. Dpt layan citer Dua Alam (separuh jalan je sbb slow sikit plotnya)..dan Raya Tak Jadi - dgn bebudak yang ada dalam kelas waktu tu. Dalam pada tu selesaikan juga kerja2 cetakan yang perlu diselesaikan. Zohor kat surau.. lepas tu masuk mesy JK Stok. Balik dekat 4 ptg.. Lepas asar sambung citer Dua Alam. Lepas maghrib ke masjid utk Isyak.. balik tengok perlawanan bolasepak Mal-Indo - ASEAN GAMES sampai 11 mlm ..masuk tidur,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 16, 2011

Nov 16

Rabu - 2 hari lagi cuti panjang tak termasuk hari ni la kan. Sistem masih ok pagi ni.. speed laju sikit dpt 1.4/712k. Tak plan hari ni cuma ada ura-ura nak mesy di Sg Tengi mlm ni.. come what may!!! Kelas pun bebudak dah tak ramai dtg.. kumpul dlm 1-2 kelas sekali. Ada yang buat jamuan pagi ni.. habiskan masa kat dlm blik sejuk ni je. Keluar kejap ke jamuan 1KAA.. pekena kentang & coleslaw resepi ori bukan KFC punya tau... nasi ayam tak sior. Zohor kat surau sekolah.. balik berkejar antara 2.30 - 3.00 - hantar beg sumbangan YB ke SRA dan SKAP. Balik lepak depan tv sambil tu telelap terus sampai dekat 6 ptg. Lepas asar masuk maghrib... sempat mulakan laporan prestasi Ketua Kampung. Isyak di masjid.. terus ke balai raya ada perbincangan jentera p'raya. Tak lama pun sebelum 10 mlm dah selesai. Tengok tv sat History channel sebelum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 15, 2011

Nov 15

Selasa - 3 hari lagi cuti bermula. Sistem hari ni masih ok... speed internet masih lembap kat sekolah ini hah... 1.4/938 je. Tapi akses kat dalam bilik server ni ok je... kat tempat lain tak tau le pulak. Tak ada dapat komplen pun kira ok le kot. Apa yang akan berlaku pada hari ini... come what may!!!.Tengah sedap nikmati kopi secawan dpt tahu ada mesy pengurusan pulak pukul 11 nanti. Dah set nak pi hospital pukul... keluar juga pada waktunya kan. Ambil ubat pun tunggu dekat 15 minit.. singgah kat TDBB ada mesy dgn ARKD.. dpt bersama sampai 11.45.. balik ke sekolah untuk mesy JK Pengurusan pulak. Selesai 1.30 ... ngam2 dekat waktu balik. Singgah ke pejabat khidmat masyarakat kkb ambil sumbangan beg sekolah untuk diagih kepada budak2 sekolah, singgah makan kat cafe n rest sebelah pasaraya everlasting.. pekena char kuihtiaw.. ok le juga sampai meleleh air hidung dek cili apinya. Sampai rumah dah 3 lebih. Lepas zohor lepak depan tv tunggu asar.. layan NB.. habiskan tengok citer Al-hijab arahan P.Andre. Nak komen la sikit kan.. citernya tak ada lebihnya pun.. sama plot mcm citer hantu yg lain2. Yang peliknya hijab dibuka tapi yang nampak hantunya orang2 lain. Kalau dibuat la kan .. lepas hijab dibuka (kalau la boleh dibuka.. bab ni dimaafkan kerana namanya cerita).. pelakon utamanya boleh nampak mcm2 jenis hantu, syaitan, iblis dan ntah apa2 lagi... dia boleh buat sesuatu dengan kelebihan tu.. ni tak dia pulak yang dok kena ganggu hantu. Itulah kelemahan citer ni adanya. Lepas maghrib ke masjid untuk isyak... balik terus tak kemana2 lagi.. layan pulak citer sini ada hantu arahan James Lee - baik sikit plot & temanya walaupun ada sikit2 yang tak logik (nak masukkan unsur lucu la katakan. Masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 14, 2011

Nov 14

Isnin - Minggu akhir persekolahan tinggal 4 hari tak masuk hari ni. Sistem hari ini ok tapi speed agak lembap 780/874k je... sekali test je. Setakat lani ni tak ada apa planning hari ni... pasni come what may!!! Bebudak pun dah tak ramai dtg sekolah. Kelas2 pun dicantum2 je. Dpt relif pulak pukul 11.10 nanti.. sementara tu habiskan masa kat dlm bilik ni buat apa yang patut. Sampai masa nak masuk kelas relif ada guru dah masuk dulu. What a relief!!! Duduk dlm bilik sampai waktu balik...zohor kat surau sekolah.. pukul 2.30 dah kat rumah.. lama sikit masa untuk lelapkan mata... dpt la sampai dekat 6 ptg. Lepas asar lepak2 depan tv... sambil nikmati sup ekor lembu korban. Lepas maghrib ke masjid.. ada kuliah tauhid Us Yusri. Awal tadi ada yang minta tolong bukakan khemah kat PASTI kalau tak hujan... ni hujan turun lebat sekali dari 8 mlm tadi. Dah sampai rumah baru terbaca SMS nak buka juga.. alahai dah masuk rumah, dah kunci semuanya... takkan nak keluar balik... hujan masih renyai2... tidurkan lebih enak. Layan tv jap sebelum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 13, 2011

Nov 13

Ahad - penuh program hari ni.. dari pagi bawa ke tengah hari bawa ke petang dan ke malam. Ni jap lagi nak ke majlis ihtifal (konvo la tu) PASTI AS-Sakinah TDBB kira-kira mula 9 pagi bawa ke 11 pagi. Lepas tu ada jamuan akhir tahun di asrama SM3KB... kira2nya sampai 2 ptg... pastu ke rumah kenduri kahwin di Tmn Ampang Indah... lagi satu di Bukit Beruntung Golf Club (tak mampi ke pi kot).. kena rehat ptg ni sbb mlm ni ada makan malam di Shah Alam utk bangunan PAS Negeri Selangor.. akan pergi ber5... baliknya pukul brapa.. come what may!!! Hah dari pukul 8.30 pagi keluar dari rumah... selesai majlis Ihtifal PASTI As-Sakinah TDBB dalam 11.30 pg. Tolong kemas2 sikit...balik dah 12 tgh. Tak siap lagi nak pergi ke asrama ongumah ni.. tunggu pulak sampai 12.30. Sampai di asrama acara awal dah selesai... tinggal bab bagi hadiah dan makan. Selesai makan dah 1.30 .. singgah rumah kenduri kawin di Dewan Serbaguna.. pekena bubur pulut hitam je. Pastu singgah lagi rumah kenduri kat Tmn Ampang Indah.. minum air masak je. Balik ke rumah dah dekat 3 ptg. Tak sempat lagi ke Bukit Beruntung. Baring2 sekejap sampai masuk asar. Pukul 5 ke TDBB lagi sekali.. katanya nak buka khemah tapi hujan mula turun dah. Tlg kemaskan peralatan hidangan untuk pulangkan kepada pembekal. Balik siap nak ke Shah Alam... pukul 6 lebih bergerak dari KKB.. singgah Elmina solat maghrib.. sampai ngam2 azan Isyak. Hidangan nasi briani ayam, ayam goreng lada, kurma daging, nenas paceri - ratah paceri nenas & kurma daging je. Lepas tu desert bubur kacang semangkuk kecik cenonet dan 4 keping karipap kulit keras bukan main dipotong 2. Selesai makan, ucapan, bagi hadiah - lari solat isyak kat surau kompleks sukan dan kebudayaan Sek 7 Shah Alam, majlis tamat 11.30 mlm. Bergerak balik sampai kkb 12.30 lebih...masuk tidur hampir 1 pagi lagi,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 12, 2011

Nov 12

Sabtu - dah lepas 11.11.11 - masih tercari2 insiden bersejarah untuk tarikh ni selain bas aksiden bawa budak sekolah dari Kedah... blum jumpa lagi. Ni pagi ni 8.30 ada gotong royong nak siapkan tempat untuk konvo pasti esok di TDBB... tetiba je hujan lebat turun... ada sejam lagi sebelum 9 pagi,, kalau tak henti juga...postpone petang ni la gamaknya. Selain drp itu ptg ni nak jengok rumah kenduri di Tmn Ampang Indah (majlisnya esok)... mlm ada kelas tajwid.. come what may!!!
Tak boleh jadi.. beli sayur ikan kat lori depan rumah... pukul 11 gagah juga keluar pi tengok.. tak ada orang pun kat sana tu. Balik on the way ongumah call nak pi urut badan... tak jauh pun rumah tukang urutnya.. tapi dah kebetulan nak balik... hantar je kat sebelah taman perumahan ni. Balik semetara nak tunggu 1 jam untuk ambil smula layan kerja2 online... download 2-3 cerita. Ambil ongumah pukul 1 lebih... hujan dah mula reda sikit. Zohor kat masjid .. terus ke pekan beli barang2 rumah. Dalam pukul 3 pergi lagi ke TDBB , tak ada orang juga. Pembekal pun dtg tukar meja banquet yang tak ikut size diminta dulu. Settle satu hal. Balik lepas asar keluar semula, kali ni baru ada orang nak buat kerja.. khemah dah dipasang, depa buat kerja dalam hujan pagi tadi rupanya. Buat itu ini.. sampai 6.30 ptg. Ptg tadi ketua cawangan ajak ikut ke mesy UPU di hulu bernam mlm ni. Maghrib ....isyak di rumah.. keluar pukul 8.30 mlm....balik pukul 12.30 pagi. Masuk tidur hampir 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 11, 2011

Nov 11

Jumaat -hari yang penuh keberkatan tapi tarikh yang mencemaskan. Sistem ok lagi... speedtest 1.3/ 917k. Countdown ke cuti panjang - 7 hari. Hari ni dah 11/11 .. Ada yang membuat andaian sesuatu yang luarbiasa akan berlaku spt 11/3 & 11/4 lalu - trajedi yang mencemaskan penduduk dunia... come what may!!! Hari pun berlalu pergi... aktiviti seperti biasa sampai waktu balik. Sempat habis tengok citer HANTU BONCENG. Lepas solat jumaat balik lepak2 je depan tv sampai ptg... layan habis citer LIBAS pulak. Lepas maghrib.. isyak di rumah.. lepas tu ke PASTI ada bincang2 aktiviti esok dan ahad. Balik 10.30 ... masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 10, 2011

Nov 10

Khamis - masuk hari ni sistem masih ok... tapi speed lembap sgt. Tak sempat nak buat speedtest, dah masuk kelas waktu 1-2. Lepas ni ada lagi 1 kelas (2 waktu juga)... lepas tu ptg ada mesy jkkk.. pastu come what may!!!Habis masa masuk keluar kelas.. tapi urusan markah dah selesai.. tinggal nak cetak dan bagi guru tingkatan. Zohor di surau sekolah. Dapat balik lepas 1.50... masih ada sikit masa untuk cetak dokumen ke mesy. Sebelum 3 ptg dah keluar... singgah balairaya tdbb ambil kerusi exe. bawa ke balai raya tmn damai... utk pengerusi & SU. Sampai 3.30 ada 4 orang je yg hadir... pengerusi pun sampai lambat. Ntah le apa nak jadi.. dah berkali2 pesan kalau tak dpt datang maklumkan. Sahlah masih tak baca surat jemputan. Mesy tetap on walaupun ada 7 orang. Selesai sebelum 5 ptg. Sebelum balik catat inventori kerusi meja yang baru dibekalkan. Balik sampai rumah dah 6 ptg. Baru lepas bagi salam solat asar dah ada yang nak jumpa... sampai masuk maghrib. Lepas isyak layan citer 'ngangkung' sambil buat surat2 yang minta petang tadi.. .. nak serahkan esok kepada pejabat daerah. Ingatkan nak tidur awal.. akhirnya 11 mlm juga tidurnya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 9, 2011

Nov 9

Rabu - hari tasriq ke 4 - last day untuk sembelihan. Pagi ni ada 2 ekor untuk dikorbankan di asrama... lps zohor dah tak boleh takbir lagi. Sekolah semula hari ni lepas 2 hari cuti raya. Sistem masih ok...Speedtest lambat nak launch. Countdown ke cuti panjang lagi 9 hari termasuk sabtu ahad le. Apa nak buat siang sampai malam hari ni.. come what may!!! Dalam perjalanan ke perhimpunan terus ke asrama nak tengok2 urusan korban. Terpaksa la campur tangan nampaknya sebab tak ada jk nak kerjakan. Semua pakai serah2 kat orang itu ini. Jadinya tersangkut kat padang dari mula sembelihan sampai siap bungkus daging. Sekor lagi untuk aqiqah serah pada asrama ... buat masak kari kawah katanya. Selesai pukul 10 lebih... masuk kelas ... hujung sekali ada relif pula. Solat zohor kat surau je.. balik kena tumpang guru lain ongumah pi Serendah lagi. Kat rumah sempat lelapkan mata depan tv... pukul 3 keluar semula ke sekolah ambil daing korban bahagian seseorang untuk dihantar ke rumah. Tidak ada orang pulak, Terpaksa keluar semula lepas asar... sementara tu setting semua nb ongumah yang banyak gangguan. Keluar pukul 6 hantar daging terus ke pasar malam. Beli makanan sikit2 je.. celur2, apan balik, jagung, kacang rebus. Lepas maghrib ke masjid untuk isyak. Balik layan cerita Karipap Cinta arahah Hafsham. Masih ada juga scene exploit wanita di bahagian awal cerita... mmg dah stail mcm tu sejak filem mekanik. Habis nya dekat 11 mlm..terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 8, 2011

Nov 8

Selasa -hari ke3 tashriq.... masih ada tempat2 buat sembelih korban tapi itu urusan mereka. Ni jap lagi nak ke balai raya Tmn Damai. Pembekal nak hantar kerusi meja.... lepas tu come what may!!! Janji pukul 9.. dah tercegat depan simpang masuk taman, pembekal sampai 9.30 pagi. Selesai urusan 10 lebih. Terus balik ke rumah.. dpt call pembeli rumah, janji jumpa kat pekan lepas dia fotostat IC. Sementara tu siap print notis mesy jkkk. Ngam2 siap print dia call semula.. dah dapat dokumen terus hantar notis mesy ke MDHS, Pej Daerah & penghulu. Balik dah dekat 12 tgh.. mula pulak buat kertas kerja program HiTea 20hb nanti. Lepas zohor lepas depan tv.. terlelap sampai 5 lebih. Lepas asar sambung lagi kerja. Baru nak solat maghrib ada yang ajak ke Sg Tengi dengar ceramah Bob Lokman. Singgah isyak di masjid Rasa.. sampai destinasi 9 lebih mlm.. program baru nak mula. Dpt le dengar 3 ceramah dari 3 orang berlainan.. last sekali dekat lepas 1.30 baru Bob Lokman. Ceramah dia pasal akidah je... ok le tu. Ceramah berhenti 12 mlm.. bergerak balik sampai rumah lepas 1 pagi..masuk tidur hampir 1.30 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, November 7, 2011

Nov 7

Isnin - hari ke2 tashriq... hari ni jap lagi nak pi uruskan lembu korban masjid ampang pecah. Ada 5 ekor... kononnya ada 1 lagi yang belum sampai = 5 ekor dan 1 kambing. Mulanya 8.30 pagi...habisnya come what may!!! Kerja bermula lepas hanpir 9 pagi. Hujan turun renyai2...kerja jalan juga Pengerusi jadi coordinator saja la... tak larat pun nak pegang2 tali lembu ka.. nak duduk atas lembu ka... nak lari kena kejar lembu pun tak larat tau. Ada sekor hampir terlepas nasib baik tali panjang dan ramai org muda mengejar.Apa pun semua berjalan lancar walaupun perancangan awal JK yang dilantik saja buat kerja tak kesampaian kot. Ramai juga yang tak berT-shirt bantu sama... tapi tu nampak tak kemas kerja... dan pastinya lepas ni pahat akan berbunyi. Hantar balik kepala lembu satu dan ekor satu.. nak cuba2 siangkan. Selesai semua sebelum 12 tgh... sup pun dah masak.. perkena semangkuk dulu - kambing & lembu. Balik terus hantar daging untuk majlis ahad nanti di TDBB.. dihidang ketupat rendang sambil sembang isu2 taman. Kat rumah ramai dah berkumpul.. balik tahlil dah dibuat adik ipar... kira ok la tu. Lepas mandi manda, yang hadir pun makan2... solat zohor berjemaah... sambung lagi sembang2. Besan dari Chemoimoi pun sampai. Sambil tu buat sekali lagi tahlil ... sambil tu juga anak2 Chemoimoi yang uruskan kepala lembu. Ramai yang nak tengok sangat otak lembu... duduknya d mana, saiznya camne.. sampai kepada masaknya camne. Lepas tahlil operasi kepala lembu 1/2 siap, ekor siap disiang. Dah dekat nak balik baru nampak otak lembu...semua balik dengan puas hati la kot. Semua siap beredar lepas 5.3ptg.. tak jadi la penuhi jemputan di Tmn Ampag Indah. Lepas asar ... masuk maghrib - buat jemaah dgn anak menantu. Isyak di masjid... balik ke balai raya RDBB pula - ada perjumpaan dengan belia2 - nak tubuh pergerakan belia bukit bujang. Selesai bincang2 dekat 10 mlm... balik sebelun 10.30 dah masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, November 6, 2011

Nov 6 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Ahad - Hari Tashriq pertama - Solat Sunat Aidil Adha mula 8.30 pagi. Lepas Subuh sempat bersiap2 dan keluar 8 pagi ke masjid- kayuh basikal je - senang nak balik lewat sikit. Ongumah & anak2 naik keta ke masjid. Sempat bertakbir satu round sebelum bagi ucapan selaku Pengerusi masjid... tepat pada waktunya. Selesai solat - khutbah sebelum 10 pagi. Ada jamuan special - nasi berlaukkan daging kari kawah, acar rampai & ayam goreng. Semuanya ok... kari mendapat pujian, makan mencukupi - cukup untuk pau2 bawa balik sekali. Balik dah 11 lebih... sembelih lembu esok.. kat tempat2 lain ada la.. tapi malas nak ikut serta. Baca paper2 sampai 12 lebih.. rasa berat pulak mata ni... baring2 atas katil terlelap sampai 2.30. Lepas zohor teringat ada surat2 jemputan belum print lagi.. nak edar Selasa nanti tapi sebelum tu mesti lah masuk ke sini dulu... lepas ni come what may!!!Selesai update blog dah masuk asar.. ke masjid. Lepas asar sembang2 tak sedar dah 6.30 ptg baru balik. Habis masa mcm tu je.... tak lama masuk maghrib pula. Siap nak ke masjid untuk Isyak, anak 1 7 menantu balik...Lepas isyak tak ada program apa-apa.. terus balik awal skit. Ingatkan boleh buat kerja yang tak kesampaian petang tadi.. layan Maharaja Lawak Mega pula. online...kena tengok cepat sebab koleksi minggu lepas dah dipadamkan. Astro dok buat tuntutan copyright siaran online ni..selesai juga semua 14 peserta. Masuk tidur 1.45 pagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, November 5, 2011

Nov 5

Sabtu - esok raya!!! Countdown kpd raya lebih panjang 13 hari lagi. Hari ni ada gotong royong di masjid.. pagi bersih kawasan.. mlm masak masak juadah untuk makan esok lepas solat sunat aiddiladha. Kat rumah pun kena gotong royong juga ... nak pi pasar, nak kemas itu ini... family nak kumpul di KKB thn ni.. raya kedua (Isnin) nanti. Masjid sembelih lembu korban 5 ekor hari isnin juga... jemputan rumah terbuka KC PASCAP Isnin juga!..come what may!!! Sarapan pun di pasar - pekena roti telur.. beli itu ini.. singgah pulak kat TDBB ambil karipap & ayam.. terus bayar duit 3 ekor lembu korban.. RM7500 - orang punya bukan sendiri punya. Balik baca paper sampai .. hujan turun agak lebat kat luar. Lepas zohor layan cerita bollywood - kisah budak dysleksia... bawa sampai 5 ptg. Lepas asar .. keluar jap ke pekan.. singgah kedai gambar ambil gambar masa raya dulu-- habis RM180.. beli kamera datu RM280... balik rumah dah 6 ptg. Kemas2 sikit tempat buat kerja... lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. ada pulak jemputan takbir kat rumah mantan pengrusi masjid. Pekena roti capati dgn kari kambing je.. sikit salad.. tapi penuh juga yang perut ni. Sebelum keluar tadi dah pekena susu+oat+nestum. Tak tau pulak ada makan2 lagi. Dari rumah kenduri balik ke masjid. Ada kerja2 memasak kari daging untuk esok. Dalam pada tu pembekal lembu bagitau nak hantar lembu malam ni juga. Tak kisah la.. kebetulan dah berada di situ. Sebelum balik susun kerusi bawah khemah.. balik layan pulak tengok cerekarama tv3. Masuk tidur lepas 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, November 4, 2011

Nov 4

Jumaat - countdown 14 hari sbelum cuti panjang. Sistem pagi ni masih ok... speedtest 1.1/904k. Ni pagi ni kononnya ada majlis restu ilmu.. tapi tak ada maklumat awal pun.. nama dah naik kat papan putih untuk relif. Dah tu dah sanggup nak handle program T3.. tahsin solat... dah ada sijil la katakan kan... dah pasti habis 1/2 hari. Ptg ni ada app dgn Khalid Jaafar di Sentosa... hari raya haji 2 hari lagi.. persiapan? come what may!!!Selesai kerja dlm bilik.. gi jengok kat surau pukul 8.30 pagi... dah siap bebudak menanti untuk slot tahsin solat. Cari LCD. usung LCD, pasang LCD habis 15-20 minit. Mula sesi pukul 9 sampai 10.30 pagi. Jamuan kat pejabat tak mula lagi sbb makanan tak sampai. Nak sambung tahsin pukul 11.. tak ada dah.. yg tinggal 4-5 orang. Tayang je cerita Nasi Lemak 2.0... sementara tunggu 12 tgh. Dapat 2 siri je.. itu pun je yang ada. Packing, hantar peralatan.. makanan dah tersedia. Tunggu kepala2 tak muncul.. terpaksa la mulakan majlis dengan buka tudung hidangan.. nak kejar solat Jumaat ni. Yang lain pun ikut.. elok lepas makan hampir 12.30 .. makan selesai,ucapan selesai, bagi hadiah selesai... boleh la balik. Lepas solat Jumaat... pukul 2.30 bergerak ke Bkt Sentosa dgn Ameer.. sampai sesi perbincangan bersama ARKD & PKM Btg Kali dah mula... ending yang agak positif. Tambahan pada itu ARKD diminta bagi idea camne nak bangunkan kawasan perindustrian di Bkt Beruntung. Singgah minum2 sekejap kat gerai... bergerak balik.. sampai dekat 6 ptg. Lepas asar lepak depan tv.... keltihan ngantuk terlampau. Terlelap sekejap2 je... dah masuk maghrib...nak ke masjid pun tak terdaya... lepas isyak lepak depan tv. Rupa2nya ada Anugerah Skrin 2011.. sambil netting sampai 11 lebih. Layan pula siri 7-9 Nasi Lemak 2 sebelum masuk tidur menjelang 12.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, November 3, 2011

Nov 3

Khamis - countdown cuti 15 hari... sistem ok.. speedtest 1.2/913. Ongumah ke Serendah lagi... balik nanti camne... come what may!!! Masuk kelas keluar kelas... relif tak ada... makan di pantry ada..nasi lemak. Majlis Graduasi kat dewan ada rupanya... tapi nama tak masuk dlm program dah.. elok la tu. Tapi tetap kena pi ambil gambar dan update blog... takat tu je la. Lebih masanya habis kat dlm bilik je sampai waktu balik. Tu pun dekat pukul 3 baru anak mai ambik. Ada benda nak buat tapi baring dan lelapkan mata lepas zohor lebih hebat. Bangun dah 5.30 ptg. Lepas asar baru tengok kerja2 yang dibuat tadi...tapi tak lama dah masuk maghrib. Isyak di masjid... ada rezeki pulak... mihun goreng. Balik sebelum 10 mlm.. sambung sikit lagi kerja sebelum masuk tidur lepas 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, November 2, 2011

Nov 2

Rabu - Hari ke 2 bulan 11.. countdown cuti panjang 16 hari . Sistem kehadiran ok, LAN pun ok.. akses ok 3 hari ni.. tak putus2 pun lagi. Belum ada planning hari ni... mcm biasa gamaknya..come what may!!! Tengah syok makan roti canai jantan, dpt relif pukul 10.30 nanti... waktu tu ada kelas.. camne buat relif ni. Selesai makan roti canai jantan, ada yang offer makan tosai pulak.. pekena hampir 2 keping. Mengah la pulak pagi ni. Masuk bilik semula buat apa yang patut sampai masuk waktu masuk kelas. Lepas kelas layan bebudak UiTM buat kajian pasal sekolah bestari. Dah bagi tau apa yang patut... sampai dekat waktu balik. Bergerak balik 2.30 ptg... lepas zohor baring2 tak sampai 15 minit ada panggilan orang nak jumpa di TDBB.. urusan jualan rumah. Kat situ sampai 5.30 lebih.. balik dah dekat 6 ptg. Lepas asar semak fail/dokumen untuk mesy mlm ni. Lepas Maghrib - Isyak... ke balai raya.. dah bagi tau mesy mula 9 mlm (8.30 dah selesai isyak)...tapi tak nampak juga yang nak datang awal... hampir 9.30 baru muncul sorang2.. ada yang dah 10 mlm baru nak muncul.. tak boleh juga nak ubah budaya lengah masa ni. Tak banyak cerita dlm mesy ni.. selesai seblum 10.30 mlm. Balik masuk tidur pun lepas 11 mlm juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, November 1, 2011

Nov 1

Selasa- masuk bulan 11 dah.... apa yang akan berlaku Jumaat 11.11.11 nanti? Pagi ni masuk blik sistem semua ok. .. speed dpt 1.2/919. Ada 2 kali relif... straight 3 waktu mulai 9.50 - 11.50. Dpt selesaikan tanda kertas budak.. habis tinggal 1 kelas yang tercicir tak diserta pada SU Pep. .. ada kat mej Ketua Panitia ... kira tak guna la juga buat tak tau je bukan kertas tapi tak nak serah pada yang hak. Sementara tunggu nak ke Holiday Villa ada jamuan akhir tahun staf 2011. .. pi naik bas... dapat la nak lelapkan mata kot ..come what may!!! Zohor kat surau ...Bertolak dari sekolah pukul 2 lebih sampai destinasi 3 lebih.. tersasar waktu. Program mula makan2 dulu.. lepas tu ucapan (ada pulak dijemput ADUN pembangkang - Wong Koon Mun - tak sempat dengar ucapan sbb pi solat asar... dptlah RM2K kononnya.. bila nak dapat pandai2 le uruskan kemudian... silap2 tak dpt langsung. Lepas tu cabutan bertuah.. lepas tu sleesai dalam sebelum 6 ptg. bertolak balik... sampai rumah sebelum 8 mlm.. .sempat maghrib sebelum isyak.. lepak depan tv... masuk tidur sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam