Saturday, December 31, 2011

Dis 31

Sabtu - esok tahun 2012.... tinggal nak habiskan saat2 akhir 2011. Kesibukan memuncak di hujung2 tahun dan masuk awal tahun. Hari ni ada gotong royong kat PASTI Bkt Bujang.. ongumah dah ajak ke Tanjung Malim... lepas2 tu boleh la kan. Apa yang mendatang menjelang 2012..come what may!!! Lepas subuh dan wirrid harian, bersiap2 nak ke gotong royong. Ongumah nak ke pasar pulak.. nak cari ketam. Terpaksa la ke pasar dulu sorang2....hantar balik dan terus ke pasti bukit bujang. Sempat makan2, sembang2 je... baru nak mula kerja dah pukul 10. Dah janji pulak nak ke Tanjung Malim. Terpaksa la minta diri dulu. Siap mandi manda hampir 11 pagi baru bergerak ke TM. Pi dengan ongumah, anak 3 & anak4. Kat sana lama juga la... gunting rambut, dpt beli seluar 2 helia @RM30 je..harga asal 99..potongan 70%..kata dia la.Dambil tunggu kat restoran Daun Hijau pekena nasi+sayur2+ikan bakar+air limau kosong=RM9.00.Mahal ke? Selesai mak anak makan..on the way balik singgah pulak kat kedai jahit di Kalumpang.. ambil seragam sekolah anak 5 Sampai rumah dlm 3 ptg. Lepas zohor buat lagi kerja2 menaip....lepas asar hujan mula turun... masih menghadap nb.. layan MLm final pulak. Lepas maghrib.. isyak di masjid ..ada kelas tajwid. Ada jemputan kenduri tapi tak dijemput terus selaku pengerusi masjid.. sori la nak pergi. Balik. layan lagi MLM.... ingat nak masuk tidur awal sikit.. lalut juga sampai dekat 12 mlm..tapi tak le nak tunggu sampai bersenkang mata sambut tahun baru. Tak ada peluang nak makan kek pun... kek masam sejak ptg tadi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 30, 2011

Dis 30

Jumaat - countdown 2012 -2 hari termasuk hari ni... sepanjang hari ni dan hari2 berikutnya penuh dengan program. Nasib baik badan semakin ok selepas amalkan pagi dan malam pill TASLY... lenguh2 tangan dan berat kaki kiri pun semakin kurang sakitnya. Sekejap lagi nak kejar ke balairaya tunggu pembekal hantar kerusi, nak hantar bekalan durian dan pulasan sekali. By 9 kena kejar ke PPK untuk kira stok penutup tahun... makan free n dpt 50 hinggit. Lepas tu nak ke balai raya semula nak susun meja kerusi untuk majls hi-tea sebelum siap2 nak masjid solat jumaat. Lepas jumaat baru program kemuncak - ramai ke nak datang?, cukup ka bekalan buah2an?... come what may la!!! Pukul 8.45 dah keluar tunggu pembekal kerusi. Sebelum 9.30pg dah berada di PPKHS... utk check stok. Selesai hampir 12 tgh.. pekena nasi dulu sebelum beredar..50hinggit dah masuk poket. Terus ke balaiaraya tengok keadaan.. meja blum sampai. Lepas 12.30 hamapir 1 baru sampai tapi tak sempat susun. Berkejar balik dulu nak gi solat jumaat. Lepas jumaat berkejar pula ke balairaya seblum 2.30. Tak ada sapa pun lagi. Mula je susun2 meja.. lepas tu baru sorang2 sampai. Yang dtg nak makan pun dah ada. Bekalan makanan dah lama sampai cuma tak terhidang. Berdikit2 tetamu datang... majlis bermula begitu2 saja. Makan2..... ada la ucapan sikit bakal calon PRU13... sampai hampir 5 ptg. Selesai majliis dengan jayanya..boleh tengok di www.jatikap.blogspot.com yang lebih2 tu dibawa balik le... rambutan sampai berlebih2 drp lebih. Tu pu ntak jadi masalah..esok boleh sambung lagi kat tempat nak gotong royong. Balik lepas asar...tuggu maghrib. Isyaj jat masjid.. balik je tumpu lagi kat kerja siapkan dokumen... notis mesy jkkk. Mata tak mengantuk sgt... sambung kerja sampai hampir 1.30 pagi baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 29, 2011

Dis 29

Khamis - mesyuarat lagi pagi ni. Nasib baik dikumpulkan 2 skali - HEM & Koku. Kalau tidak esok ada lagi.. lagi payah. Lepas mesy nak singgah bank keluarkan duit majlis esok... ptg ni nak kait rambutan kat kebun orang la.... come what may!!! Ada makan pagi tadi.. nasi lemak n roti jala. Kira bertahan juga la...perut dah meragam semacam ni. Agak tadi boleh selesai 12.30... tup tup ada mesy KeStaf pulak. Dah kena lantik jadi pengerusi pulak dah. Satu lagi beban nak ditanggung. Habisnya 1.30 lebih.. sampai rumah lepas zohor keluar smula ke bank, nak cari air mineral.. susah juga nak dapat jenis Cactus rupanya.. yang berlambak air RO.. murah punya. Singgah rumah pembekal makanan esok... balik dah nak masuk asar.Lepak baca paper.. nak tengok tv pun tak ada citer menarik. Lepas asar ada yang hantar pulasan (diorder utk esok). Lepas tu menghadap NB buat dokumen KESTAF sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik sambung lagi kerja tak selesai.... tengok jam dah 11 lebih. Siap2 nak masuk tidur..tengok jam dah 12 lebih..tak sedar masa berlalu dek sibuk dengan kerja.Yang peliknya tak rasa mengantuk pun mcm biasa2 kalau tidak tidur petang. Tapi kena tidur juga la. Tak ada makan keknya pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 28, 2011

Dis 28

Rabu - hari ni baru ada mesy sebenarnya. Selesai urusan lepas subuh... sampai sekolah 8 lebih. Mesy mula 8.30 pagi. Biasa2 saja... bla bla bla bla sampai 11lebih baru bagi slot pengurusan bestari... tak sempat nak tutup sesi dah diedar borang sistem gaji baru. Habis semua pukul 1. Singgah makan di medan makan depan stadium. Try nasi ambeng....memang mengenyangkan R5 sepinggan campuran nasi ulam bihun,mee..lauk2. Balik rumah dah hampir 2..lepas zohor lepak depan tv teringat belum update blog ini....ptg ni relaks..mlm ni ada mesy.. come what may!!! Dalam pada terlelap juga sekali sekala depan tv sementara cajup NB. Lepas asar mula buat dokumen nak tubuh koperasi... sampai maghrib.....sampai isyak. Lepas tu terus ke PASTI Bukit Bujang..singgah rumah bendahari ambil buku bank..esok kena keluarkan duit. Masih tak ada orang walau dah 9 mlm. Mesy mula 9.30 mlm...selesai 10.30 mlm. Lepas bincang2 sikit majlis jumaat ni...balik dah hampir 11 mlm..terus masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 27, 2011

Dis 27

Selasa - Lepas subuh bersiap segera nak ke sekolah. Ada mesyuarat unuk persediaan tahun 2012. Patutnya mesy pengurusan..tapi pengetua tak hadir jadi on dulu mesy kurikulum. Selesai sebelum 11.30 pagi. Ni nak siapkan dokumen majlis makan durian... come what may!!!Selesai sebelum asar.. dah serahkan kepada Ameer untuk edaran. Sementara tunggu maghrib, kemasini kerja yang boleh... Isyak di masjid..ada kuliah Us Omar rupanya..terlupa terus. Balik singgah sembang kat gerai burger... beli 5 bagi RM10. Balik toktek toktek dah 11 mlm...masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 26, 2011

Dis 26

Isnin - cuti ganti krismas semalam untuk kakitangan awam tapi sekolah masih cuti2 lagi. Countdown ke tahun baru tinggal 5 hari lagi... nak buka sekolah 8 hari lagi. Esok dah nak mula mesy2 tiap2 hari sampai 30hb...hari ni apa nak jadi...come what may!!! Lepas update... lepas baca berita... keluar ke kebun. Rasa segar juga badan ni... ada kat kebun sampai hampr 12 tgh.. cantas dahan pokok rambutan... sementara tunggu zohor terlena atas kerusi rotan. Makan tgh dulu... lepas zohor.. siapkan dokumen untuk mesy malam ni.. sampai asar...sampai maghrib. Lepas solat terus ke balai raya ..janji 7.45... lepas 8 lebih baru nak mula. Selesai juga la akhirnya sampai 11 lebih. Balik solat isyak...masuk tidur dah 12 lebih sikit je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 25, 2011

Dis 25

Ahad - krismas hari ni buat yang menyambutnya... ni hari ni dari pagi sampai lewat petang akan berada di Greenwwod,Gombak. Pukul 10 nanti majlis cukur jambul cucu dan 2 ptg rombongan meminang anak sedara - belah ongumah. Nak siap cepat ni.. nak keluar awal sebelum 8.30 pg... come what may!!! Kata nak keluar 8 pagi... 9 lebih dpt bergerak. Tu pun pecah 2 kereta - pergi dulu dengan anak 2 & 3. Yang tinggal masih nak goreng donut... nak pi rumah kenduri kawin kawan anak 1. Sampai ke destinasi sebelum 10.30 pagi... sesi baru nak bermula. Selesai acara 1 cukur rambut pukul 11.30 lebih. Makan dulu - pekena nasi kerabu + kambing golek. Sembang2 dulu sementara menunggu rombongan meminang. Pukul 12.30 baru sampai... mula acara 2 pertunangan. Selesai sebelum waktu zohor... lepas depa makan2.. sembang2...dah 2 lebih baru solat zohor kat tepi ruang rumah yang ada. Sebelum nak balik pekena laksam pulak... sebelum 4 ptg beredar dari rumah di Greenwood ke Kpg Baru. Melepak di rumah adik ipar...sambil tunggu asar. Sebelum beredar balik pekena pulak pisang goreng. Sampai rumah hampir 6 ptg... baca paper sampai masuk waktu maghrib. .. Isyak di masjid.. badan pun rasa ringan je sejak lepas makan pil herba Doshen. Balik dari masjid lepak depan tv sambil layari net. Kemaskini akaun pengguna Thinkquest... layan citer Merlin sampai 11.30 mlm... terus masuk tidur,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 24, 2011

Dis 24

Sabtu - baru selesai rutin harian awal pagi lepas Subuh. Hari ni ada 2 jemputan kenduri kahwin - 1 di Tmn Ampang Pecah, 1 di Balai Polis KKB...selain daripada tu sepanjang hari ni.. come what may!!! Masa tengah sarapan ongumah dah buat app dgn orang kat Gesir suruh kaitkan rambutan... dah nak kena pi ambik dengan anak 1. keluar dari rumah hampir 10 pagi... selesai urusan mengutip sbb buah dah dikait... balik rumah 12 lebih. Siap2 lepas zohor ke rumah pengantin 1 di Tmn Ampang Pecah - rumah ketua umno cawangan Ampang Pecah - bertiga dengan anak 2. Tak lama lepas makan terus balik rumah dulu. Bersama anak2 & menantu & ongumah ke Balai Polis KKB.. kenduri kawin anak tiri Isa Taman Tanjak (driver polis)- yg kawin 2-2 polis, buat pun di balai polis. Tapi bapa tirinya tak ada.. yang nampak masa nak balik bapa sedara pengantin lelaki - pelakon Abu Bakar Omar - simple dressing dan muka selekeh mcm dlm drama2nya - tgh hidupkan watak kot. Balik dah hampir 3 ptg.. sempat baring sekejap dah dikejutkan dgn kehadiran dist TASLY bersama bapanya - janji nak jumpa dengan anaknya. Citer punya citer punya citer - bapa dia jadi testimoni bergerak - pengidap cancer darah boleh pulih 100% dengan produk ni. Habis lagi RM440 utk 2 produk - pill dan teh. Tak pa le duit tengah ada. Sembang2 sampai lalut lepas asar. Orang sebelah ada jemput buat kenduri masuk rumah... jemaah masjid dah sampai...dari mula sampai doa baru tetamu nak beredar...jadi pi makan je le.. bawa buah tangan rambutan seplastik. Masuk rumah dah 6 lebih.. lepas asar... tunggu maghrib. Hajat nak ke masjid untuk isyak dan kelas tajwid tapi tak kesampaian... lepak depan tv layan maharajalawak mega online..sampai masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 23, 2011

Dis 23

Jumaat - dah berada dlm minggu 4 buah 12... dah 2 kali tak dpt jumaat sbb kembara johor-melaka-penang. Hari ni tak ada planning apa2 cuma keluar rumah utk ke masjid saja... ptg pun masih kosong..boleh tidur la kot kalau hujan... apa pun MM JKKK 2 dis blum siap lagi ni.. come what may!!! Hah..baru je ingat2 tak nak keluar pagi ni..dah kena pi pasar pulak. Selesai semua urusan pukul 9 lebih baru keluar. Beli barang di pasar, beli barang di kedai - habis hampir Rm200. Balik teruskan kerja MM JKKK dan download citer2 lagi... lunch pun 12.30- pekena sup tulang je. Siap2 ke masjid untuk solat jumaat. Balik baru nak lepak2 ..terima call ada yang nak ajak minum sambil citer pasal monavie. Pukul 3.30 keluar... ke cafe kek kkb... pindah ke fazlina maju pulak.. nak guna wifi (id fazlina maju psd:44000) buat transaksi beli produk... habis RM400 lagi. Nampaknya komplen selama ni tak jalan.. depa masih dok letak kerusi meja atas parking lot baru pukul 5... masih tak ada tindakan MDHS. Kena buat aduan lagi ni. Transaksi tak berjaya.. minta diri balik dah 6 lebih.. buat di rumah selesai transaksi. Lepas asar... tunggu maghrib...lepas tu tunggu isyak. Dah tu lepak depan tv sampai tak tahan mata.. masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 22, 2011

Dis 22

Khamis - hari ni katanya result PMR keluar... hari ni nak pi hantaq buah pala ke Damansara, hari ni cadang nak ke Low Yat... come what may!!!Selesai subuh, selesai update blog, selesai kado hajat...siap2 ke sekolah dlm 10 pagi. Kira timing ok la tak payah tunggu lam2... pengumumnan rasmi dibuat di dewan... ambil gambar2 sikit untuk update blog sekolah nanti. Anak 5 dpt 5A 3B (BI,Sej,Geog)... puas hati dia dengan keputusan tu. Balik sebelu m12 tgh.. lepas zohor bergerak ke KL. Anak 3 n 5 turun kat Rawang... berdua je dgn ongumah ke Law Yat. Pusing2 cari spare part untuk PDA E-ten tak ada stok... cari laminating film pun tak ada... dpt harga NB mini dlm RM800-900... kira ok la untuk buat kerja2 tanpa grafik. Akhirnya jumpa LCD projektor harga kurang RM1K. Beli satu... masa dah lewat dan tak larat..terus beredar untuk balik. Cadang asal nak singgah Damansara...orangnya tak ada di rumah. Pastu nak singgah Greenwood, orangnya ada kat KLIA...tak jadi le nak hantar rambutan dan ambil ikan. Singgah asar kat Pertronas Pandan Jaya dan maghrib kat Petronas Rawang. Sampai rumah 8.40 mlm.. lepas isyak menghadap tv sambil baca SINAR sampai hampir 12 mlm masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 21, 2011

Dis 21

Rabu - balik ke asal... lapor dari KKB. Hari ni dah ada app lagi nak jumpa orang ni orang tu dgn orang ni dan orang tu... pukul 10 nanti...come what may!!! Lepas selesai kerja2 depn NB ni.. dari lepas subuh tadi, lepas sarapan roti bengali penang cicah kari ikan.. bawa ke hampir 10 pagi. Kelar dengan Ameer ke pejabat daerah jumpa DO bersama ARKD... redah juga ke bilik dia walaupun dia tak mau jumpa. Tapi dia layan dengan baik.. baru nak faham situasi sebenar apa yang dibincangkan dah beberapa kali sebelum ni... akhir ada keputusan juga yang dibuat. Singgah kedai makan... dah hampir 12 tgh. Lepas makan ke tapak projek.... balik sekejap untuk solat zohor.. keluar semula 2 lebih. Destinasi kali ni ke Bukit Sentosa jumpa Khalid Jaafar. ..sembang pumya sembang... ada cadangan nak buat Hitea makan durian 30/12/11 nanti... dah nak kena buat perancangan pulak dah. Selesai di kedai mamak.. pekena durin n rojak..balik dah masuk asar....singgah tengok buat gelanggan takrawa kat TDBB... sampai rumah dah 5 lebih. kerja download citer masih berjalan sejak pagi tadi - Toyol dan Apa tengok2.Lepas maghrib lepak tengok tv.. makan kutiaw goreng... lepas isyak lepak lagi tengok citer di TV3... dalam sedar sgn tidak... sampai 11 mlm ada pulak soaljawab dengan Dr Hassan Ali isu semasa... pun dlm sedar dengan tidak. Masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 20, 2011

Dis 20

Selasa - melaporkan dari Bilik 05, Bellevue,the Penang Hill Hotel. Biliknya cukup luas... bilik air pun hampir sama luas. Berukuran 16x12k...muat 3 katil..ada meja kerja, ada almari, ada air panas, ada kipas, ada cerek letrik..tiada air-con- memang dah sejuk sokmo.Hairannya TV tak ada... bukan dalam bilik saja..di semua bahagian tak nampak tv.. kat kaunter recptionist tak ada, kat restaurant pun tak ada.. mungkin sebab kegiatan malam tak aktif kat sini. Ni jap lagi ada breakfast free utk 3 org.. ntah apa la hidangannya. Kat kaunter orang india control, kat restoran orang Cina... pekejra orang nepal.. sapa masak ntah le. Apa pun pagi ni kena turun semula untuk balik ke KKB.. nak kena singgah Simpang Ampat nak cari jeruk asam Pak Ali.. pesanan dari orang Damansara....come what may!!! Pukul 8 lebih keluar biik untuk sarapan di restoran hotel...makan free - telor 2 biji utk 3orang,roti bakar calit jem/mentega dan air kopi & teh. Sambil makan tu ongumah layan cakap pekerja dari Nepal - fasih cakap melayu, tinggal 8 thn kat Malaysia...bla..bla..bla. Pastu siap2 nak turun semula... budak Nepal tu bawa pusing sekali naik kereta buggy. Masa turun keretapi tak ramai orang...yang naik memang ramai. Tak kemaa-mana lagi terus menuju ke jembatan PP untuk ke Simpang 4. Jumpa la kedai Pak Ali - jeruk mangga, jeruk halia,jeruk zaitun,,,mcm jeruk termasuk kuah rojak 3 rasa -biasa, manis & pedas - 3 RM10. Harga jeruk2 smua mahal RM2.00 - sekilo RM12 kat Penang RM10.. beli la juga dah orang pesan...sekali makan tengah hari kat gerai depan kedai Pak Ali. Teruskan perjalanan singgah kat RnR Gunung Semanggol solat zohor-asar dan perjalanan terus ke KKB dibawa anak 3 - selesai baca paper, terlelap & buat kira2 perbelanjaan kembara siri 2 ni -RM1000++- hotel, makan, tiket,hulur,runcit. Sampai rumah hampir 6 ptg. Kemas2, siap2 - solat maghrib pastu Isyak. Layan NB download citer toyol...tak siap tinggalkan je.. masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 19, 2011

Dis 19

Isnin - melapor dari Rasa Hotel,Batu Feringgi, Penang, Lepas subuh biasa le update blog ni. Lps ni nak check out, cari makan dan pusing pulau....come what may!!! Tak tunggu lama2... 9 pagi dah checkout... terus menuju ke Teluk Bahang.. cari kedai makan. Singgah di pasar Teluk Bahang.. ada gerai2 makanan juga. Pekena nasi lamuni lauk daging cili... pekena juga kuih kocok.. ada ketupat palas. Dah tu jalan2 pusing pasar terjumpa makcik ikan kering- dia jual buah rokam jeruk. Sembang2 dapat tau ada pokok namnam kat rumah dia. Dari situ ke Taman Negara Pulau Pinang dulu. Tak pernah pergi sebab baru dibina dan dibuka – baru2 dah 5-6 tahun kot. Satu usaha yang baik untuk conserve nature. Dari situ saja je pusing2 cari rumah makcik ikan kering..... jumpa pulak homestay jiran makcik tu. Dapat la bergambar sekali dgn pokok namnam dan buahnya yang masih muda. Sembang2 suami isteri mengadu tidak mendapat bantuan zakat atau yang berkaitan .. nak baiki bumbung rumah pun tak dapat apatah lagi bantuan2 lain. Suaminya nelayan nak ke laut pun sampan sendiri enjin bot dah rosak.. tak boleh dpt pinjaman lagi sbb umur dah lanjut..tapi orangnya masih bertenaga. Jadi bekerja dengan tauke je le.Isteri jual ikan kering...rokam jeruk dan buah kelapa. Alahai..pemimpin tempatan buat apa no? Dah tu beredar ke Pantai Acheh... cari pantai terus masuk sampai hujung kampung cina...bela babi...pantai mmg tak ada. Dinamakan gitu sbb dulu orang Acheh mendarat kat situ..ntah kat mana mendaratnya. Pusing balik ..dalam perjalanannya ada balai cerap – Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir....singgah sekejap sembang2 dgn petugas di situ – Us Firdaus dan Sukri... dpt gift beg isi risalah. Tinggi juga memanjat tangga ke ruang pameran & ruang cerap.. tapi pengalaman yang menyeronokkan. On the way singgah pekena cendol tepi jalan di Sungai Pinang. Memang sedap lemak berkrim santannya. Sembang2 penjual suami isteri 5 anak.. mengadu hal tidak ada pembelaan oleh kerajaan dulu atau lani. Minta gerai utk niaga tak dapat, bantuan jpm dihentikan, zakat pun tak terima. Katanya penghulu tak boleh diharap... pemimpin pulak berpuak2 dulu dan sekarang. Rasa macam nak call Ketua Menteri PP nak mengadu hal. Jadi masalah mereka ditinggal dengan membeli 10 keping popia goreng.. ngam2 RM10 dgn cendol. Dari situ mulala perjalanan pusing2 pulau Penang.. singgah Petronas solat zohor-asar...sambung perjalanan dari balik pulau ke Teluk Kumbar...ke Bayan Lepas. Banyak perubahan pada jalan raya dilakukan sampai pokok pala dan cengkih dah tak nampak dari jalan raya. Kalau dulu boleh juga berhenti di tepi jalan untuk tengok, sentuh, petik daun dan buah pala tapi lani tak tau mana pergi semuanya. Perjalanan pun makin dekat . Dari Bayan Lepas terus ke Paya Terubung... keluar ke Air itam. Singgah maybank keluarkan duit.. masalah pulak. 3 mesin tak berfungsi... dah tu bila dah berbaris di mesin yang ok.. kad pulak problem. Habis pulak masa mengadap pegawai bank mengadu hal.. 2 kali keyin data tapi duit tak dpt2. Nasib baik blum ditolak dari akaun... penyelesaiannya dirubberkan je cip kad tu... dah ok. Terus pergi sekali lagi ke Bukit Bendera. Dpt kautim dengan apek jaga kereta... parking pun dpt cepat sikit. Dia nasihatkan letak ditempat yang disyorkan.. selamat katanya. Bayar parking fee RM4 utk hari ni..Esok bayar lain pulak... tak la mahal sgt...MPPP punya pekerja. Tawakal saja le tinggal kereta di bawah sbb cadang nak bermalam kat atas bukit bendera. Dah agak petang tak panjang sgt berbaris nak ambil tiket. Kos tiket sekepala RM30 untuk warga asing dan RM8 untuk orang Malaysia.... kanak2 dan warga emas lebih 55 thn..RM4 je... jumlah RM28 je utk 4 orang. Keretapi pun dah baru... laju. Tak ada tukar2 train dah..terus ke puncak bukit. Sampai je terus cari hotel. Nasib baik ada bilik kosong. Ambil family room RM240.00 .. kalau standard RM180 sebilik 2 orang. Dah tu masa dah pukul 5.. dah tak ada jualan makanan lagi. Terpaksa pula book makanan kat restaurant hotel ni.. sbelum 8 mlm...sbb lepas 8 mlm semua staf dah turun dengan last train pukul 8 mlm. Order dulu nasi goreng 3 pinggan, bihun goreng 1 pinggan, coklat 1 gelas, milo satu gelas dan teh o limau 2 cawan. Sementara tu jln2 dulu sebab baru 5.45 ptg. Tengok burung2 dalam sangkar kat taman halianya... tengok masjid yang tak besar2 mcm dulu juga Cuma tambahan kelilingnya saja berbanding kuil India sebelah nya.. semakin besar dan makan tempat yang luas... nasibla kan. Tengok pulak sesi bergambar dgn ular.. org2 lain la.... sampai hampr 7 mlm balik ke hotel untuk dinner sambil lihat permandangan scenery Penang waktu mlm. Selesai makan bayaran RM58 sensen + servis caj 10% dan govt tax 5%. Makan pun kena bayar cukai.. ada patut ka? Ni dah malam bukan boleh ke mana2 atas bukit ni. Memerap dalam bilik je le. TV pun tak ada... Anak bini pun dah tidur awal.. sblum 10 mlm ... sejuk walau tak ada air cond. Sambil tu tgh layan net pakai broadband je walaupun ada wifi kat sini tapi kena masuk bilik khas pulak tapi tu la merah je... dan asyik disconnect sendiri. Dari pukul 8 tadi layan MLM 8 sampai lani baru dpt tengok pi mai dan saehu pun tak habis.... dah 11 lebih ni.. nak lelapkan mata la pulak.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 18, 2011

Dis 18

Ahad - hari ketiga di Penang... masih di Hotel Chulia Heritage. Ni nak keluar sarapan... ada yang dah lama nak makan roti tisu... lepas tu jalan2 cari pala..seblum check out. Nak singgah muzuim pastu ke rumah kakak 4 di batu uban.. come what may!!!Keluar dari bilik untuk sarapan sebelu 8 pagi. Pusing pusing cari kedai mamak singgah masuk masjid kapitan keling..dah alam dia kat itu tapi tak pernah jejak kaki. Akhirnya jumpa betul2 kedai mamak. pekena canai telur..anak 5 nak roti tisu dpt sudah. Jalan2 lagi sampai ke Jommurah dekat Chowrasta market. Cari kedai jeruk nak cari sepupu tapi dia sibuk dengan pelanggan sampai tak perasan dah berdiri kat situ lebih 15 min. Beredar cari kedai yang tak ramai orang... barangnya sama je.. jeruk juga ..malh murah sehinggit. Beli pala je 5 bungkusx4=RM20... campur RM10...dan betik je Rm2. Bergegas balik ke hotel sebelum 12 untuk check out. Singgah pulak kat muzium Penang.. tak berubah bangunaannya.. pamerannya pun hambar je... tinggalkan komen juga. Masuk RM1.00 dewasa..budak sekolah 50 sen. Anak 3 dah umur 23thn pun bayar 50sen je sbb dia rendah drp adiknya .ting 3...percaya je penjual tiket kat situ. Di situ 1 jam lebih....pukul 1.30 terus ke rumah kakak 3 di Batu Uban..solat zohor-asar..makan tgh harila gitu. Ada laksa dan roti arab cicah dalca semalam. Beredar dah pukul 3 ptg... beli roti benggali sibuku sehinggit... dan roti tawar calit kaya & mentega. Dari batu uban menuju ke sebelah pantai pulak...ke Batu Feringghi. Singgah pulak ke Toy Museum kat Tanjung Bungah... masuk RM10 sekepala.. kali ni dua2 anak bayar harga dewasa sebab ikut ketinggian. Penuh dengan patuh2 karektor filem ... batman, terminator, star wars... mmg banyak le sampai penuh almari kaca dan ada dlm kotak tak dibuka utk pameran... sbb tak ada ruang. Dah tu cari hotel lagi untuk malam ni... terus tuju ke Batu Feringgi,,, ada sebuah RASA MOTEL depan Rasa Sayang Resort. Sebilik untuk keluarga 2 katil besar RM130.00, bilik standard 1 katil RM90... ambil 2 bilik = RM180.00. Biliknya agak kecil sbb ruang nak solat pun terhad...kena solat atas katil je. Air panas ada, tv ada channel biasa je, air cond.. cukup sekadar utk tidur lepaskan lelah... atau sesuai untuk pasangan dah kawin ke tak kawin..gitu2 la. Lepas maghrib-isyak, makan malam ada gerai depan motel ni... tapi jual nasi lemak ayam berempah dan sate je. Pekena nasi lemak dan anak2 makan ayam goreng. Lepas tu jalan2 ada pasar mlm sepanjang jalan Batu Feringghi ni.. sampai keguh kaki. Nak balik dah tak larat nak jalan.. tanya beca nak RM30...sorang lagi RM20..mmg cekik darah... tanya teksi RM8..jadije...patutnya tak lebih RM5. Hulur je RM10..dah rezeki dia gamaknya. Masuk bilik sebelum 10,30...layan Maharaja Lawak 8 kejap sebelum tidur... minum kopi makan kek lagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 17, 2011

Dis 17

Sabtu - melaporkan dari bilik hotel chokia semalam RM77 - Chulia Heritage Hotel. Lokasi strategi sebab dekat dengan kawasan belibelah. Bangunan antik banglo lama miik orang Cina. Bilik serba dicat serba putih berukuran 14x8 dengan almari satu, katil king size 1..tingkat 1 - berair cond tapi tu la bilik air kat luar kena share dengan penyewa2 lain - mostly Chinese. TV ada ASTRO tapi tak boleh tengok TV1,TV2 atau TV3... yang ada channel ditetapkan saja... bukan termasuk RIA,PRIMA dan yang berkaitan. Ni baru lepas Subuh...tgh lepak2 sementara tunggu anak2 bangun nak keluar sarapan sebelum ke rumah kakak 2 di Kelawai (Kampung Syed - semua rumah kat situ syed2 belaka. .. come what may!!Tgh leka update tengok dah dekat 10 pagi. bersiap segera nak rumah kakak 2 di Kelawai. Elok sampai je majlis tahlil bermula. Selesai makan nasi minyak, kambing bakar, dalca dan timun salad berkuah cili n udang besar masak cili. Lepas tu giliran org pompuan marhaban.. lama juga ambil masanya sampai masuk zohor. Tak habis makan2, minum2, sembang2 minta diri terus ke rumah kakak 4 pulak. Tengok cucu baru lahir 7 lahir.. lahir pada hari gerhana bulan hari tu tapi sbelum gerhana la pukul 7 masa maghrib la kiranya. Tak lama pun kat situ... beredar balik ke hotel. Lepas asar-zohor keluar semula jam 6 ptg menuju ke tapak PESTA Pulau Pinang. Pusing2, makan minum,belanja habis >RM150 - beli seluar,t-shirt harga RM7 sehelai - capai 10 helai semuanya, beli tuala 2 helai RM35...plus yg lain2. Keluar dari tapak pesta dekat 10 mlm. Ada jem sana sini..sampai ke bilik lepas 11mlm. Naik solat isyak-maghrib ..tinggalkan anak2... turun semula cari NASI KANDAR BERATUR. Naik beca berdua je... penarik beca apek tua.. mau pulak sembang2 walaupun tak brapa nak faham. Sampai ke tempat tu dah hampir 12 mlm... orang beratur hampir 50 meter. Apek beca nak minum teh saja..minta dia tunggu untuk balik nanti. Tak kuasa la pulak beratur lama2. Ongumah berkenalan dengan seseorang (berkeluarga - suami dia tgh beratur).. dia offer untuk potong Q depan suami dia. Tak sampai 20 minit dah dapat 1 pinggan nasi berlaukkan kari ikan bawal dan gobis masakan India. Rasanya biasa saja - sedap tapi tak la sampai nak dtg semula..RM4.70 je. Dah makan balik ke hotel naik beca tadi...sebelum tu ongumah teringin nak bawa beca. Masa dah lebih 12 mlm.... hulur kat apek tu RM15...dia tak letak harga...bagi brapa suka katanya. Naik bilik tepuk bantal dah 12.45 mlm. Makan kek pun tak jadi..separuh je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 16, 2011

Dis 16

Jumaat - baru lepas subuh... masih update gambar kembara siri 1 kat blog. Lepas ni nak bersiap untuk kembara siri 2 - ke penang pula... come what may!!!Cadang nak keluar dari rumah 8 pagi... tok tek tok tek....15 mi ke 9 baru bergerak. Singgah di Jelapang je rumah kakak untuk makan tgh hari. Sebelum tu panjat dan kait buah rambutan belakang rumah. Dpt la senakul lagi. Pukul 1 sambung perjalanan.. teru ke penang ikut feri sbb hotel ditempah dekat dgn jeti.
tapi dek aam tak balik.... hotel pun agak tersorok/..habis lebih 1 jam pusing2 dan sangkut dlm jem akhrnya 5 lebih baru check in. Tempah melalui internet...rupa2 blk air kat luar kongsi ulak dgn 18 penghuni lain. Tapi bilik airnya banyakla...7 buah. Setakat lani tak ada le masalah sgy. Lepasasar-zohor tunggu maghrib-isyak. Lepas tu kawan sekelas masa sek menegah dlu dtg ambil untuk makan malam di padang kota lama. Pekena pasembr sepinggan besaq RM7.00, nasi goreng RM5.00, sotong bakar&sotong rebus n kangkung RM16.00, kuihtiaw udang RM6.00, laicheekang RM4..minuman2 lain heritage88888 .. jadi sebelum 'hit the sack' - tidur la - update ni dulu.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 15, 2011

Dis 15

Khamis - hajat hati rancangan hari ni nak ke kebun di Gesir ambil rambutan... tapi kepala ni 2-3 hari rasa berat sgt... rasa malas sgt. Selain tu tak ada program lagi.. come what may!!! Selesai rutin harian.. sarapan..buang isi perut.. siap ke kebun. Dapat selesaikan 1-2 dahan pun dah banyak yg dapat. Terus balik rumah lepas tu ..dah hampir 12 tgh. Sementara tunggu nasi masak,, lepak2 bawah kipas angin..terlelap sekejap. Lepas lunch solat zohor..ke rumah seseorang ambil buah (beli sebenarnya bukan bagi free)... 5 biji durian, 5 kilo dukong, 5 kilo pulasan n 5 kilo manggis =RM120.00. Balik hujan dah turun.... pekena 5 ulas durian.. lepas asar terlelap lagi bawah kipas. Bangun dah 5 lebih.. sambung upload gambar ke blog. .. sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik terus lepas tu walaupun ada jemputan kenduri ypi bukan dlm kawasan ampang pecah. Lepak depan tv....masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 14, 2011

Dis 14

Rabu - keletihan smlm belum berakhir... kepenatan hari ni akan bertambah lagi. Lepas subuh tadi check kat sini...upload gambar kat http://www.kembarasyedkkb.blogspot.com , sambil sidai2 kain - dua baldi dah sidai, satu lagi dlm mesin, satu lagi blum usik. Jap lagi dlm 10 lebih nak ke mesy di TDBB, ptg ni ada jemputan Sepetang apa tah kat balai seni KKB ni...lepas tu come what may!!! Lepas Subuh...lepas wirid harian...lepas sarapan..lepas kemas diri..pukul 10.30 baru keluar dari rumah. Singgah tengok balairaya Ampang Pecah.. dah mula nak dicat tapi catnya lain.. pudar sikit. Terus ke balairaya bukit bujang untuk mesy dengan ARKD... pasal projek sambungan. Selesau 12 lebih.. kali ni pun tak ada makan tengah hari. Terus balik ke rumah.. nak baring2 dah diajak makan.. lepas makan baring2 semula. Tengah sedap terpaksa bangun solat zohor n siap nak ke majlis Puisi Sepetang anjuran DBP dan SENAMA. Dari 3 petang sampai 5ptg. Terus ke Kalumpang.. cari tailor buat baju sekolah anak 5. Balik hampir 6 ptg.. lepas asar lepak2 depan tv sementara tunggu maghrib. Lepas maghrib tunggu isyak... dah tu baru buka nb untuk update gambar2 kat blog. Masuk tidur 10.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 13, 2011

Dis 13

Selasa- melapor dari Pantai Puteri terus dari pantai bukan hotel ka, motel ka apa ka. Terjaga awal 3 pagi sbb angin sejuk sgt. Sahabat kita ni dah bangun lebih awal...kemas jsla2 yg berselerak. tak tau apa nak buat, masuk kemah sambung tidur. Azan Subuh dari masjid mengejutkan dari tidur tak brapa nak lena... terus berjemaah di masjid Tanjung Kling. Lepas ni come what may!!!Sambil nak tunggu sarapan, nak tunggu pi mandi manda, nak tunggu ntah apa lagi.. lepak2 atas buaian. Ongumah dan anak2 dah ke tandas awam untuk siap diri.. tunggu punya tunggu punya tunggu lama sangat dah ni. Ingatkan nak panaskan belen nasi lemak semalam tapi dah berlendir..bau tak ada pulak.. api dah hidup...kuali dah panas. Tak jadi buang ke laut jadi makanan ikan. Dah tu panaskan 3 ekor cencaru semalam... makang ikang je le pagi ni. Sambil sembang2 dengan sahabat baru ni .. rasa elok ke tandas untuk mandi manda. Rupa2nya ongmah dan anak2 dah lama siap dah berjalan2 cari makan. Dpt kopi jantan je sebungkus.. makan tak ada. Setelah semua dah siap... alamat sahabat pun dah ambil..salam2 pun sudah... hadiah 100 2 untuk ikan2nya, urutnya, hospitalitinya.. segala2nya la.. dalam 10 pagi dah bertolak balik ke KKB. Ikut jalan lama... hajat hati nak cari cendol Dawi kek Seremban nu. Last2 masuk kat tol Seremban...ikut highway. Singgah buang air kat RnR seremban.... singgah makan n solat kat RnR Nilai... terus menghala ke KL. Kena singgah servis center nak side mirror yang pecah hari tu. Kedai call hari Khamis dulu masa perjalanan ke Johor dah lepas KL... jadi tak lama la kat situ. Sampai dalam 2.30 ptg.. siap 1/2 jam... terus balik KKB. Singgah Serendah pekena rojak n mee rebus n ABC... sampai rumah 5 lebih. Lepak2 kejap sambil terlena sampai nak masuk maghrib. Tgh solat ada yang call minta buatkan surat sokongan Indon lagi. Siapkan surat sokongan dan notis mesy yang diminta semalam...tunggu Isyak jap...sambil tengok tv uruskan gambar2 dlm folder dulu sebelum upload ke blog. Pukul 11 dah masuk tidur... lepas sesi urut mengurut...minum kopi makan kek.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 12, 2011

Dis 12

Isnin - melaporkan dari Straitsview Lodge, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.Dari bilik lodge ni boradbank lancar... mula2 hijau tetiba merah.. kira ok la boleh akses. Lepas ni nak berkhemah pulak kat tepi pantai lokasi yang sama...come what may!!!Lepak dari pukul 10 pagi sampai petang. bakar ikan fresh dari laut... nelayan dikenali semalam dah jadi sahabat.. sekali lagi dibawa ke laut untuk angkat jaring tapi malang hanya dapat pedukang sekor dan apa tah sekor. Lepas tu dilepaskan semula jaring. Balik ke pantai (pondok persingahan nelayan).. pasang api nak bakar ikan. Dia supply lagi ikan cencaru dan jenahak yang dibawa naik oleh nelayan lain. Dalam pada tu 2 ekor siput besar belum diusik.. apa nak dibuat.. katanya kena rebus sampai isi siput tu keluar sendiri baru dipotong2 dan masak sambal. Untuk malan tengahari siap dibawa nasi lemak dari rumah. Jadi makan nasi lemak ikan bakar cicah kicap bawang/cili api. Lepas makan sekali lagi lepak2 lagi, sembang2 sambil baring atas hemock...terlelap la juga sekejap. Lewat petang ke rumah sahabat baru ni jumpa isteri dia dan pinjam kuali.. nak buat apa? Kali ni nak try pulak buat cucur udang jeragau. Hidupkan api semua dah lewat petang.... siap untuk dimakan dah masul maghrib. Solat kat pondok je.. ambil wuduk dgn air laut..saja je nak praktik apa yang dipelajaru.. ok juga tak ada lekit2 ka apa.Lepas makan ke masjid mandi dan baju... balik ke pondok. Relaks sampai 10 lebih.Dah tu sbb dah buat janji siang tadi minta diurut badan ni, sahabat kita pun mula mengurut sampai 11 mlm. Tidur pun atas hemock saja.....dan terlelaplah mata ntah pukul brapa.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 11, 2011

Dis 11

Ahad - melapor dari Union Hotel Skudai.....ada wifi free. Ni tgh lepak2 lepas solat Subuh... tengok tv ada channel S'pura. ASTRO pun ok banyak channel... sementara nak check out. Ongumah kata nak set rambut.. kat bawah tu banyak kedai buat rambut tapi tengok iklan RM100 lebih sekali buat... jadi ke tak jadi.. nak buat kat tempat lain ka... nak ke mana lepas ni.. come what may!!! Check out dlm 10 pagi.... terus menuju ke Melaka... potong rambut tak jadi, ziarah2 pun tak jadi. Singgah di RnR Pagoh.... tak pernah singgah sebelum ni. Paling menarik RnR terbesar siap ada escalator. Lepas lunch terus keluar tol Merlimau/Jasin singgah Zohor/Asar. Masuk Banda Hilir menuju ke Kledang. Ada pulak pesta di dataran baru pinggir Melaka ni... singgah le tengok2.. jual makanan dan layang2 mainan. Menjelang 3 ptg...sampai pantai Kledang tapi tak ada tempat sesuai menginap. Last2 terjumpa StraitsVies Lodge kat Pantai Puteri Tanjung Kling. Pernah menginap sini 7-8 tahun lalu. Caj pun dah nak RM100 sebilik. Letak barang.. keluar jalan2 pantai. Bertemu dengan seorang nelayan yang peramah.. Latif bin Yaacob. Sembang2 punya sembang punya sembang dia pelawa ikut dia ke laut untuk merawai ( pancing 500 mata ditabur tengah laut).Lepas dia pasang umpan kat mata kail... azan maghrib baru enjin sampah dihidupkan. Dibawa hampiri pelabuhan kapal tanki minyak milik PETRONAS... siap menebar rawai dan balik ke pantai 8 mlm. Dalam sembang2 baru dpt tau ada tempat untuk pasang khemah.. ada tandas awam.. ada masjid. Jadinya rancangan esok khemah pulak tepi pantai. Lepas set janji esok nak tengok ikkan dirawai jap tadi dlm 10-11 pagi.. booking ikan fresh nak buat ikan bakar. Lepas tu merayau kat pasar malam.. cari makan....kelah bawah lampu tepi pantai makan apa dibeli. Balik ke bilik.... mandi manda...lena tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 10, 2011

Dis 10

Sabtu - melaporkan dari tapak perkhemahan Air Terjun Kota Tinggi. Baru selesai solat subuh di kawasan lapang...dlm suasan hening deruan air terjun... memang dekat dgn alam. Hari ni nak bergerak ke tempat lain pulak.... mlm ni ada gerhana bulan penuh dari 8.30 mlm smpai 1 pagi... kalau dpt berkhemah lagi dpt rasakan suasana yang berlainan. Ni tgh caj NB,telpon sambil update blog.Apapun lepas ni nak sarapan kat mana...come what may!!! Dari pagi bersantai2 dulu sebelum kemas untuk bergerak ke Skudai pulak. Jadinya tak sarapan sbb tak ada orang jualan walaupun gerai ada 3-4. masih awal pagi lag katakan. Merayap naik ke kawasan atas air terjun.. ada lagi ada terjun.. kolam lebih besar dan dalam.. menyusuri tangga yang dibuat untuk tujuan tu. Pukul 10 lebih packing dan beredar dari tapak khemah Air Terjun Kota Tinggi. Singgah sarapan sebaik jumpa kedai makan tepi jalan. Tinggal lontong 2 mangkon, kuihtiaw sepinggan dan nasi lemak sepinggan - horlick, kopi jantan, nescafe - RM15.00. Ok ka? Lepas makan singgah pulak ke Muzium Kota Tinggi. Banyak catatan sejarah ... dan satu tingkat pasal kembara mahkota Johor... semua hadiah diterima semasa kembara sejak 2003.. satu pembaziran yang tersirat... fikirlah sendiri. Satu lagi ruang keisah menteri besar johor... ada buat sikit komplen... gambar2 tak ada caption untuk terangkan kisah disebalik gambar. Dah jumpa pegawai yang terlibat .. dah bagi pandangan pun. Dari situ ke makam Sultan Mahmd mangkat dijulang... dah mati pun masih nak julang. Dibina bangunan ditempat makam beberapa batu nisan zaman kurun 16-17. Boleh ka dibuat begitu atau sekadar dijadikan tontonan saja kot. Dah tu terus menuju ke Pasir Gudang... nak cari tempat penginapan tapi tak jumpa. Singgah rumah keluarga angkat anak 3 masa di belajar kat utm ni. Bergerak dari rumah lepas azan asar.... cari hotel di Taman Universiti .. ada beberapa tapi semua full. Pusing1..akhirnya ke Taman Tun Aminah.. banyak tempat tumpangan yang murah. Dah 6.30 ptg.. checkin kat Union Hotel.. sebilik standard RN52 je...ada wifi psd mbha2011. Sempat asar-zohor sblum maghrib. Sebelum keluar cari makan mlm.. minum kopi makan kek... baru keluar cari kedai makan. Ada satu je kedai makanan melayu.. lain semua cina. Pekena nasi sup ekor, sayur cendawan,puyuh goreng lada,, anak2 mkn tomyam je. Selesai makan sempat tengok gerhana bulan.. nampak jelas dari Skudai ni... dah 3/4 tutup.. baru 9 lebih. Naik ke bilik....tunggu sekejap sampai gerhana penuh.. dlm 10 lebih.. tak sanggup tunggu sampai 1 pagi. Minum kopi makan kek lagi.. mata terlelap sebelum 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 9, 2011

Dis 9

Jumaaat - melaporkan dari Air Papan Mersing. Lepas subuh... jalan2 menyusuri pantai... cari kulit siput. Teringat nak buat lawatan bebudak Sivik ka, KPA ka... boleh buat pertandingan cari kulit siput sambil bersihkan pantai kat sini. Nantila fikirkan mcm mana. Sarapan kat kedai makan depan chalet ni. Terkedu juga.. makan nasi lemak bertelur 3 pinggan, nasi goreng 2 pinggan, milo ais, nescafe & fresh oren = RM19.00... agak terkena juga la rasanya. Nasi lemak 3.50 sepinggan, nasi goreng 4.00 sepinggan (bukan baru goreng ka, ada udang sotong kat..Cuma ayam 2-3 kuib kecil). Rasa tak patut la pulak kan. Dah siap2 ni nak checkout ke Kota
Tinggi pulak. Bergerak pukul 11 pagi ....terus menuju Kota Tinggi. Singgah makan kat RnR Tengaroh.. kawasan luar felda . Pekana nasi lauk asam pedas ikan baung, sayur2, sambal belacan stail Johor kot – cili api ditumbuk bersama ikan bilis n bawang.. pedasnya boleh tahan. Anak makan nasi ikan cencaru bareback...ongumah makan nasi bersayur je..minum limau suam 2 gelas, air tin 1, air apa tah satu lagi...semua RM20.50.. lebih sikit drp pagi tadi tapi berbaloi la kan ikan sekor . baung sepotong. Sambung perjalanan hampir 1.30 tgh.. sampai ke Air Terjun Kota Tinggi sebelum 3 ptg. Kawasan rekrasi la juga..ada chalet RM180..ada hotel RM150, ada dorm RM40 sekpla... dan tempat khemah RM20 sekpla... khemah bawa sendiri punya. Lokasi memang cantik depan air terjun.. ada kolam mandi.. bilik air tumpang kat dewan seminar.. katanya juga cafe airterjun kota tinggi..tapi mcm tak terurus pun. Mungkin bila ada booking baru nak kemas kot... nampak gayanya dah lama tak digunapakai. Siap pasang khemah- ongumah ngan anak2 –solat zohor jamak... baring2 luar khemah ni.. cuuca redup.. angin tak brapa nak ada. Ni tinggal sorang2 ni cuba test broadband... ada tapi merah...boleh la juga login ke blog. Nak tunggu malam pulak.. nak makan kat mana..come what may!!! Orang ramai juga kat air terjun dan kolam berhampiran. Tunggu reda sikit baru nak turun rasai kesejukan air terjun Kota Tinggi. Mula2 remdam kaki je dlm air... banyak pulak ikan2 datang memagut sel2 mati kat kaki..mcm kat spa ikan tu. Dah nak hampir 6.30 baru selam sekali dua. Dah tu tunggu maghrib..hujan pulak turun. Berjemaah jamak dgn ongumahn anak . Dah reda hujan keluar cari makan. Yang ada hanya cafe kat rec office. Pekena kuihtiau, bihun,nasi goreng belaka..sepinggan RM6.00 rate hotel la katakan.. tapi makan puas la sepinggan boleh makan 2 orang. Teh segelas RM2.50. Selesai makan masuk khemah baru 9 mlm. Anak2 nak tengok libas (dr NB je)... dah tak ada apa nak buat.. bawa tidur je le. awal tu tidur dlm deruan air terjun Kota Tinggi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 8, 2011

Dis 8

Khamis - hari ni baru nak ke Johor... jap lagi pukul 9 -10 kot. Baru lps Subuh..semuanya sudah..tgh semak2 berita.SU masjid tgh sibuk nak minta tandatangan,minta buat surat...ada orang nak sponsor baiki masjid katanya RM50K...check darah pagi ni masih 7.7 je...tapi semalam tak pulak minum monavie... ni packing belum lagi ni..come what may!!! Bergerak dari rumah 9 lebih. Ikut highway sampai exit Air Itam.. ambl minyak kat pertronas langsung solat jamak. Dari situ merentas barat ke timur ke Mersing – 120km. Sampai Pekan Mersing... singgah kat pantai sekejap. Scene yang luar agak luar biasa ... kiri jalan pantai, kanan jalan sekolah, hospital dan bangunan2 kedai.. dekat dengan pekan la katakan. Pekan rojak dan ub goreng..murah juga 5 keping RM1.00. Dari pekan Mersing nak cari tempat khemah la kononnya... lalut sampai ke Pantai Air Papan... nape nama Air Papan..tak ada yang tahu..tanya bebudak sekolah kat sini la.. orang tua belum tanya lagi. Pusing2 cari chalet... chalet banyak juga kat pantai ni.. projek industry pelancungan mcm honestay... ada juga yang mcm hotel. Ada sewa RM100 tanpa aircond, RM140 berair cond, ada yang RM150- RM170 – rata2 boleh muat 4-5 orang. Akhirnya ternampak satu yang Cuma RM50-RM80(aircond) ada laman boleh pasang khemah. Sesuai sangat. Jadi settle kat sini. Ianya rumah yang dibahagikan 3 – ada bilik n blk air 1 – katil utk 4 orang – ok la sorang RM20 je. Lepas mghrib keluar cari makan... ni yang payah sikit. Baru 8 mlm dah tak ada jualan... nasib baik ada satu gerai baru nak buka katanya...bolehla tahan makan nasi / mee yang dimasak panas... 2 pinggan nasi goreng, 1 mee hailam,1 mee bandung – air susu halia, limau, baru RM17.00. Lepas makan balik ke bilik...nak tengo tv channel 1 2 je..tak clear pulak tu... check broadband dpt tapi tak boleh akses net... tak dapat la nak update blog terus... habisnya tidur je 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, December 7, 2011

Dis 7

Rabu - hari ni bertugas di sekolah... bebudak exam paper BC & BT... selesai subuh, selesai tahlil, selesai tadarus, selesai wirid,selesai sarapan roti canai segera. Check gula dlm darah bacaan 8.7.. smalam makan boleh tahan juga - daripada petang tu - bubur pisang, pisang goreng,ubi kayu goreng, sukun goreng, susu kambing... bawa ke malam makan nasi & rambutan & bacang... penutupnya monavie. Sebelum2 ni 2-3 hari awal pagi bacaan 9-10 lebih... tak minum monavie sebelum masuk tidur.. kebetulan ka? Ni update kat sekolah je sbb keluar sebelum 8 pagi tadi.. sampai kat sekolah exam dah mula...tak ramai pun 15BT 27 BC. Ni hari ni pun nak ke Johor katanya... come what may!!!Lepas 10 pagi...tugas selesai.Balik on the way singgah PPK ambil dividen dan minta contoh kertas kerja ternak kambing. Sampai rumah dah 11 lebih. Lunch pun awal sblum masuk zohor.. lps solat rehat2 depan tv ingatkan nak lelapkan mata tapi dah layan pulak citer kat tv3 tu....masuk asar..selesai je tgh nak wirid ada Hj Karim hantar 5 biji durian.. kebun tepi rumah dia kat taman ni juga. Dah layan buka makan durian.. sementelah anak 3&5 dah sampai dari KL...check darah masih ok 7.8... lepak lagi depan tv tengok Merlin sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik layan lagi tengok tv sekejap ... tak makan malam dah ..pekena buah rambutan sebelum masuk tidur .. check darah 9.9... telan 2 biji ubat.. masuk tidur 10.45 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, December 6, 2011

Dis 6

Selasa - hari ni kot boleh tunaikan janji semalam. Tapi ongumah dah nak keluarl lagi pagi ni... n petang ni pun. Pagi ni tak ada app tapi diappkan oleh orang lain.. kalau sempat ikut. Cuma ptg ni dah set app nak jumpa ADO... ongumah nak bawa keta pi gesir cari buah lagi... apa2 pun come waht may!!! So pagi lepas subuh menghadap nb... sambil2 buat kerja call Anuar ARKD janji nak ke pejabat DO pagi ni.. dia kata dia lambat sikit .. lepas kul 8pagi. Tak kisah la. boleh habiskan kerja sikit lagi. Dekat 9 pagi dia sampai .. singgah sarapan dulu kat pekan..pekena roti teur air halia.. pastu terus ke pejabat daerah.. do tgh mesy. Singgah ke Majlis Daerah.. urusan dia la.. ambil pelan projek TDBB. Dah tu nak ke TM pulak nak fotosatat plan siaz besar tak ada kat sebarang kedai. Ikut dia je lagipun bukan ada kerja lain nak buat. Balik sampai ke rumah 12 lebih. Lepas zohor keluar lagi ..minta ongumah hantar ke pejabat daerah lagi sekali. Kali ni urusan sendiri-- jkkk. Janji 2.30ptg... masih awal nih.. singgah dulu kat pej tanah tanya pasa juruukur.. nak ukur semula tanah kebun di Gesir. Tak ada disediakan oleh Pej Daerah, kena urus dengan yg swasta. Dah tu ke pejabat ADO..dah buat janji.. time tu dia tak ada kat pejabat, dia ada undangan makan durian kat Hulu Bernam. Nasib baik sms dijawab.. dia dah nak balik. Seblum 3 ptg dah mula perbincangan.... selesai hampir 4 ptg. Singgah minum2,makan2 kat kantin... balik rumah sebelum azan asar. Selesai solat dpt panggilan dari Penang ada jemputan kenduri aqiqah cucu kat sana 17hb nanti. lepas tu dpt baring kejap sambil tengok tv..dah 6 lebih dekat nak masuk maghrib.... online cari hotel kat penang...lepas tu Isyak..cari lagi dapat satu offer 1 mlm RM77.00 je..di Chulia Heritage Hotel.. terus buat booking untuk 2 mlm. Selesai urusan tu terus masuk tidur awal sikit.. sbelum 11 mlm...minum kopi makan kek!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, December 5, 2011

Dis 5

Isnin - pagi ni plan nak jumpa pelbagai orang...boleh selesai ka idak..come what may!!! Sejak dari lepas Subuh menghadap NB... janji nak keluar pukul 8-8.30-9.00 semua tak jadi. Ongumah dah bawa keta ke sekolah... patah kaki. Dapat le juga bereskan beberapa kerja selain update blog, semak email - dpt kmaskan sistem fail bawa sampai ke tgh hari. Dah agak nak petang sikit baru ongumah balik... baru sms tanya ADO ada tak..kalau ada nak jumpa tapi dia tak ada kat pejabat. Set app esok 2.30 ptg pulak. Lepas zohor layan lagi video klip isu2 semasa... rehat skeejap sebelu masuk asar.. layan citer fantasi kat tv3 sambil terlelap sekejap ...5.30 solat asar...layan lagi online berita..bawa ke maghrib. Isyak di masjid ..ada kuliah Us Yusry. Balik dah 9 lebih...sambil buat surat2 yang draftnya baru diterima... berurusan pulak dengan instal program daftar pemilih PRU13 ... bawa sampai 10.30 .. mata mula edih2..tak sanggup lagi nak bertahan..masuk tidur 11 lebih sikit.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, December 4, 2011

Dis 4

Ahad - hari cuti tapi busy... pagi ni nanti nak pi damansara hantar durian rumah kakak ipar... hajat hati nak singgah Selangor Agro Fest - penutup hari ni mungkin dapat harga runtuh... hajat hati juga nak ke PC Fair... hari akhir juga..kot2 dpt harga runtuh juga.. mlm ni ada mesy PASCAP...come what may!!! Janji nak keluar pukul 9 pagi.. tapi dah dok menghadap NB ni.. update blog2...lalut sampai 10 lebih baru nak bergerak. Terus ke Damansara - hantar durian.. sbelum tu singgah kebun orang ambil rambutan lagi. Sampai di sana laksa belum masak... tunggu untuk makan tengahari.. lepas zohor..beredar ke Shah Alam. Tak lama pun kat situ... nak terus ke PC Fair tapi kesuntukan masa. Singgah asar kat Petronas Bangsar dah pukul 5 ptg... tak jadi ke sana terus menghala balik ke kkb. Sampai rumah seblum 6 ptg. Dapat rehat sekejap je.. lepas maghrib ke masjid untuk isyak. Dari masjid terus ke balai raya TDBB.. tunggu punya tunggu.. panggilan mesy pukul 9.. sorang2 sms tak dpt dtg. Ketua punya tak nampak bayang.. sms pun tak layang. Akhirnya ada ber4 je... sambil citer2 makan rambutan..balik 10 lebih. Mata sejak tadi dah rasa berat... masuk tidur je sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, December 3, 2011

Dis 3

Sabtu - fuhlamak...hari ni paling banyak senarai aktiviti yang ada... akhirnya semua tak pergi. Yang pasti kenduri kawin di Gedangsa....1/2 pasti.. kenduri sunat di Antara Gapi..mungkin pameran iks di Soeharto.... come what may!!! Tengah update kat sini lepas subuh tadi, tetiba ongumah dah siap sedia nak keluar... ingatkan tak jadi ikut cadngan semlm keluar 8 pagi ke Kg Soeharto dulu. Hbaisnya pukul 9 baru dpt bergerak... terus ke pameran IKS Dun Hulu Bernam di kawasan lapng Kg Soeharto. Sampai YDP tgh bagi ucapan..kira baru nak mula la. Dapat la ambil gambar2 sikit untuk update web PASKAW. Sebelum 11 pagi dah bergerak pula ke rumah kenduri x-sm3kbian di gedangsa. Agak awal tapi orang dah ramai.. cumanya tak dapatlah ongumah nak bergambar dengan pengantin sbb tgh bersiap. Sebelum 12 dah bergerak singgah pula kat kebun di Gesir ambil durian - dah dipungut awal2 - dpt la dlm 15 biji. Dari situ singgah la kat dataran kkb solat zohor sbb lepas ni nak terus ke Antara Gapi. Ada kenduri anak staf nak sunat. Sampai dlm 2 ptg, jemaah tgh tahlil. Tak lama pun tunggu makan lagi... sampai hampir 3 petg.. baru angkat kaki. Sampai rumah mula menghadap nb siapkan dokumen nak mesy PASCAP esok malam. Sampai ke maghrib...sampai ke isyak... sambung pulak semak2 email, berita, update blog mana yang patut.... akhirmya masuk tidur 12 lebih juga jadinya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, December 2, 2011

Dis 2

Jumaat - hari kedua bulan akhir 2011.. penghulu segala hari... smlm mlm jumaat berlalu pergi tanpa aksi. Nak ambil rambutan jap lagi... boleh bawa ke mesy petang nanti...mkn malam di ulu yam lepas tu ceramah di btg kali... come what may!!! Rutin harian.. lepas subuh menghadap nb ni 1 -2 jam.. update blog, baca berita... berhenti tunggu lori ikan..beli ikan. Sebab Jumaat malas nak keluar lagi..tunggu keluar pi masjid ja nanti. Tapi dah janji pulak nak ambil rambutan kat kebun seseorang di Tmn Damai. Bersama anak 2 dpt lah bawa balik sebuntil - hantar ke pejabat sikit, asingkan untuk mesy sikit..lebih2 makan sendiri. Selesai memetik sebelum 10 pagi... sempat ke kebun sebelah rumah..kemas2 sikit..nak bakar2 tapi lembap hujan hari2. Sambil2 buat dokumen lagi untuk mesy petang ni, sempat juga gantikan lanpu bilik air dlm bilik..dan lampu utama blk yang dah terbakar lebih 1 tahun dah...ntah2 nak masuk 2 tahun dah kot. Selesai juga akhirnya. Lepas Jumaat.. gi kat masjid Darul Quran je hari ni... siap nak ke balai raya.. singgah ke sekolah hantar pengat durian.. hujan lebat mula turun dah. Mesyuarat mua 3 lebih... habis 6 lebih. Balik lepas asar tunggu maghrib.. pastu siap nak ke majlis makan malam di Ulu Yam... pergi berempat sponsored la.. kalau bayar sendiri takkan pergi punya. Hidangan nasi minyak, ayam goreng, daging kambing kari, sayur campur kering dan udang cili.. air sirap,buah oren.. satu kerusi RM35..berbaloi ka makan? anjuran PKR..Anwar datang bagi ucapan. Dalam hujan lebat tu sejak keluar dari rumah tapi perjalanan semua ok. Dapat tempat letak kereta... jln pinta ke tempat jamuan...sampai terus makan.. selesai makan ucapan Anwar...sebelum 10 dah selesai. Majlis masih in..ada ucapan2 orang lain...tinggalkan majlis untuk ke Dewan Abdul Hamis pulak.. ceramah umum lagi..Anwar pun ke sana juga. Sampai di Dewan letak kereta dpt depan pintu masuk..dlm hujang renyai... ucapan Anwar dah bermula.. ada yang diulang cakap..ada sikit2 perkara baru..sebelum 11 dah selesai. Ceramah masih ada ... kami dah angkat kaki... sampai rumah 11 lebih... masuk tidur sblum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, December 1, 2011

Dis 1

Khamis - Dah masuk bulan 12... hari pertama. Ongumah ajak jalan lagi .. pi tengok F1 sekolah punya. Rasanya app lain belum ada lagi... mlm ni katanya nak kenduri bubur durian cicah roti kat masjid... come what may!!! Dah selesai update kat sini.. bergerak dari rumah ke Peransang Golf Kelab... ada pertandingan School F1 peringkat kebangsaan. Sebelum tu singgah bank update akaun JKKK... singgah hantar buku akaun kepada bendahari. Sampai di sana 10 lebih... Habis masa hampir 4 jam.. beredar 1.30 singgah makan di Rawang.. kedai makan sebelah SAKAN.. pun dah tutup nampaknya. Lepas makan terus balik... jem pulak kat Rawang makin teruk... ikut jln lama jem.. ikut flyover jem.. dulu kata Rawang akan jadi pekan mati bila NKVE dibuka.. tak mati pun... makin membangun dan sibuk, Sistem lalulintas masih tak dpt diselesaikan... sengaja atau tak sengaja tak tau le... biar orang2 kat atas tu yang fikirkan. Sebelum sampai rumah singgah kat TDBB, jengok kontraktor nak buat gelanggang takraw pulak. Sampai rumah dekat 4 ptg... lepas zohor tunggu asar... lepas asar menghadap nb..habiskan citer KERIS LAMA..sampai maghrib siap2 dokumen untuk mesy esok. Isyak di masjid.. bawa bekalan pengat durian cicah roti.. sampai jemaah dah dijamu roti cicah sambal/rendang... lepas isyak ada lagi yang nak makan... habis juga la yang dibawa. Dpt juga 2 orang bungkus sorang sikt bawa balik rumah. Sebelum masuk tidur semak2 apa yang patut... sekali terjumpa video klip ucapan2 ketua wanita umno, saifudin nasution, anwar ibrahim... layan sampai lebh 1 pagi baru tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam