Tuesday, January 31, 2012

Jan 31

Selasa - hujan lebat sejak awal pagi seblum subuh... dlm 5 pagi tadi. Masih renyai2 jadi tak ada perhimpunan pagi... yang ada kerja bertindih... ni awal pagi dah nak set lcd untuk ceramah kesihatan... kerja menaip dokumen ada 2-3 nak guna mlm ni... kelas ada 2...relif belum sampai.. perut rasa lapar.. nak terkuncit pun ada.. come what may!!! Dari pagi ke nak balik attend kat betulkan network. Ada PC kat pejabat tak boleh akses.. tiada koneksen.. port2 semua ok, switch ok last2 NIC faulty. Lega dah bab tu... bab YES ZOOM belum puas hati lagi. Masuk kelas 10.30... keluar kelas masuk relif 11.10. Cari makan kat patry ada bihun sebungkus...pekena sebelum masuk kelas akhir 1.10... tak ada apa lepas tu jadi boleh balik terus. Beredar dah 2.30.. .singgah kat pekan update buku bank.. singgah beli pisang tunggu <15 minit. Janji dengan Ketua unit nak lawat kebun kat Sg Jang... sampai rumah dah 3 lebih..sempat kemasdiri & solat zohor. Keluar semula ke rumah KU... beredar ke kebun 3.45 Dalam perjalanan dpt bincang pasal lawatan ke Indonesia.. siapkan draft dokumen2... sampai kebun pukul 4 lebih.. tak lama pun kat sana snap 4-5 keping gambar, balik sebelum azan asar. Sebelum 5 ptg dah ada di rumah... lepas asar menghadap buku akaun .. dah dapat kesan selisih RM5... masih miss 20sen. Penat mata rehat sekejap terlelap atas kursandar... anak 4 balik dari UPM. Seblum maghrib cari lagi 20 sen... lepas maghrib cari lagi.. belum jumpa sampai solat isyak. Lepas tu dah keluar lagi ke mesyuarat PASCAP.... biasa la panggil 9 mlm .. sempat buat kerja lain dulu..lepas 9.30 baru nak muncul. Ingat boleh selesai cepat seblum 10.30 mlm tapi lalut sampai hampir 12 tghmlm. Aduih... dah mula nak tidur lewat ni.....masuk tidur 12.40 pagi.


Monday, January 30, 2012

Jan 30

Isnin - sekolah semula... perhimpunan pagi... nak kena check internet akses dah lama org pejabat komplen... come what may!!! Tengah perhimpunan ongumah dpt surat kena pi mesy di PKG Kalumpang.. nak kena balik awal la tu. Kelas pagi ni tak ada tapi ada relif pukul 11.50. Habis separuh hari uruskan pemasangan dan testing YES Zoom ni... set NB guru, test jarak capaian. Lepas keluar kelas masih nak test .. gi solat zohor dulu.. dah diajak PK. Godek sat tangki air melimpah2.. nak kena beli baru stopper... kalau teringat la. Urusan ongumah anak 2 hantarkan kek Kalumpang.. pukul 2.30 dia mai ambik kat sekolah. Singgah kedai dulu beli beras...susu. Dah 3 lebih... tak masuk rumah keluar semula ambil minyak kereta terus ke kalumpang. Singgah gerai bawah pokok kat kalumpang pekena laksa & cendol... bungkus lagi 3-4 bungkus. Ngam2 sampai kat PKG mesy dah selesai.. jadi tak tunggu lama sgt la. Balik sampai 5 ptg... baca Anak Apak sementara nak keluar semula ke rumah bendahari pukul 5.30. Settle akaun JATIKAP... balik dah 6.30 ptg. Lepas asar baca lagi AA sampai masuk maghrib... sambung isyak. Lepas menghadap akaun UPK yang hampir selesai tapi last2 selisih RM5.12. Jam dah masuk 11 mlm... terpaksa tangguhkan dulu..dan masuk tidur.

Sunday, January 29, 2012

Jan 29

Ahad - hari ni pun ada jemputan kenduri - di Shah Alam. Smlm terima SMS dari YDP PIBG ajak ke seminar di UM.. dah planning dua minggu lepas tapi terlupa... last2 minit baru ingatkan.. dah ada planning lain. Tu pun ada ijtimak kat Selisek pun tak dpt nak pergi. Ada la lepas kenduri tu nak singgah cari kedai buku la apa la... lain2 benda nak fikirkan.. ambil gambar kebun UPK.. buat laporan sblum mesy agung, bincang program lawatan dgn Ketua Unit, mesy PASCAP selesa ni, edar notis mesy jkkk jumaat ni, nak settle akaun dgn bendahari, nak siapkan odit akaun upkkkb.... come what may!!! Sementara tunggu ongumah balik dari sekolah bagi makan ikan, dpt juga buat sikit akaun upk ni. Keluar dari rumah pukul 10.30 pagi. Terus je tuju ke Seksyen 17 Shah Alam.. tumah kenduri kawin. Lalu seksyen 16 ternampak Karnival Karangkraf.. nanti balik nak singgah. Sampai di rumah pengantin lepas 12.30... tinggalkan rumah pengantin 1.30 (kawan2 lama ongumah bertemu... panjang la citernya kot). On the way nak singgah seksyen 16... masuk simpang tu simpang ni terus sampai ke Klang. Pusing balik ikut highway dari Bukit Raja masuk semula ke Shah Alam. Nak singgah kompleks PKNS nak cari buku anak 5. Pusing lagi 3-4 kali nak cari lorong masuk parking kereta. Last2 dpt juga parking depan kedai buku Marwalis. Belanja RM244 - beli 2 buku baiki solat, 1 Quran dgn terjemahan & Memoir Subky LAtif- Anak APak. Buku anak biologi & math & stpm geog. Yang di cari buku teks tak ada. Beredar dari situ dah 3.30.. terus ke Damansara rumah kakak ipar. Lepas solat zohor sembang punya sembang dah masuk asar. Lepas solat asar baru keluar dari rumah.. sampai KKB dekat 6 ptg. Baca Anak Apak sampai masuk maghrib... lepas isyak... lepas tu update blog sambil baca lagi AA. Jeling2 je tengok AJL... masuk tidur 11.40 mlm

Saturday, January 28, 2012

Jan 28

Sabtu - hah hari ni makan tengah hari di Rembau - jemputan kenduri kahwin adik beras (disebut bear ras) ... mlm kenduri sambut menantu di Tmn Ampang Indah - anak mantan pengerusi MAHAP.. jangkanya pukul 9 pagi nak keluar.. come what may!!! Lepas urusan update kat sini... kado hajat apa patut.. maka keluarla dari rumah jam 9.15. Bagi anak 2 bawa ingatkan boleh mula kerja odit akaun upkkkb. Baru nak sampai simpang dia kata sakit perut.. singgah kat sekolah ongumah bagi ikan makan..balik pulak ke rumah.. kena la pandu sendiri nampaknya. Singgah isi minyak kat petronas RnR Seremban selatan.Keluar tol pedas-linggi beli buah dukong RM8sekilo(sk).. limau kupas 3 bungkus RM10... jambu air 2 biji RM1 sebiji... tula nilai buah tempatan sekarang. Sampai kat Rembau 12.30.. pengantin pun baru sampai.. kira makan bersama pengantin lakan. Beredar dari situ lepas 1.30 .. singgah RnR Seremban utara jamak zohor-asar... terus ke hospital binatang di Jln Ipoh. Dah masuk seminggu kucing kena gelek kereta masuk wad. Mula2 kata nak pi ziarah auntie di Kramat... dek kucing dah dicaj terus balik je. Sampai rumah 6.30 ptg... lelapkan mata rasa penat sgt sampai masuk maghrib. Dah tu ke masjid untuk isyak.. sempat baca sebaris ayat dlm kelas tajwid. Lepas isyak ke rumah kenduri di TAI.. ada kambing golek, ada satay, nasi, bubur, rojak - pekena kambing & roti& sup cendawan, rojak semangkuk dan bubur pulut itam semangkok. Dah kenyang angkat kaki la.. sampai rumah 10 mlm. Buat semakan awal akaun upk..selesai bab tu.. tengok tv sekejap sebelum masuk tidur lepas 12mlm.


Friday, January 27, 2012

Jan 27

Jumaat - sambil dan lepas subuh tadi dpt kemas2 kertas bersepah dlm bilik kerja kat rumah. Ni bergegas pula masuk kat sini sbelum 9 pagi,, nak ke sekolah ada makan2 ikan bakar... org pejabat nak raikan apa ntah. Paper work dah sedia utk odit check kot. Lepas Jumaat ada mesy UPK .. mlm ni ada mesy upu di hulu bernam.. pergi ka tak ..come what may!!! Selesai update lepas subuh tadi pukul 9 lebih baru keluar ke sekolah... bakar2 dan makan2 ikan... sekali bagi makan ikan. Balik 12.30.. siap2 ke masjid untuk solat jumaat. Lepas solat jumaat sempat baring lelapkan mata 15 minit.. keluar lagi ke mesyuarat UPK. JK buat keputusan nak lawat Padang-Bukit tinggi bulan Mac nanti.. dah dilantik jadi setiausaha pelancongan. Elok sgt la mmg tgh merancang nak buat lawatan untuk KeStaf masa cuti2 sekolah ni.. boleh la dapat kontek2 dr Ketua Unit - mmg banyak kontek kat Indonesia diani. Selesai mesy 4 lebih sbelum 5... balik lalu dpn masjid terserempak dgn SU dan Bendahari.. citer pasal projek nak tukar bumbung... dtg pula 2 pesara join sekali,..citer pulak pasal RM500 BN.. melalut sampai 6.30 baru sampai rumah. Lepas asar prepare dokumen lawatan .. estimate kos RM700 sorang=2 juta rupiah -tiket pergi balik RM330 (1 juta rupiah), urusan tranport KKB-LCCT-KKB, penginapan & transport di sana= RM330, basi RM40. Kira murah la kalau bagi agen caj RM1300 = Untung masuk poket 600x40=24 000 tolak free 2 seat masih masuk 20K... biar betul boleh buat business pelancongan lepas pencen ni. Lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. balik baca berita sana sini... tengok HULK kat TV3.. masuk tidur 12 lebih.

Thursday, January 26, 2012

Jan 26

Khamis - masih berccuti.. tapi cuti ni berganti.. 11 feb sabtu nanti sekolah la..masa tu orang lain bercuti. Ni ada app dgn doktor di hosp kkb.. rasanya lepas tu nak ke pasar nak bincang ..semalam tak dpt nak pi walau pun ada di pasar. Dah kena pi bagi makan ikan pulak kat sekolah.. kat blk seni... come what may!!!Pukul 8 lebih ke hospital. Lama juga kat situ - hampir 4 jam.. tunggu ambil nombor habis baca paper muka ke muka. Tunggu jumpa doktor habis baca artikal pulak. Kad kesihatan lambat masuk ke bilik pemeriksaan. Jururawat bertugas pun sorang je... masih mood cuti kot.. ada pulak yang bersalin katanya. Jumpa doktor sat je.. pukul 11.30 selesai. Ke sekolah terus.. makan2, sembang2 lalut sampai 2 ptg. Dalam tu tengok2 akses internet problem katanya 2-3 hari lepas. Balik lepas 2 ptg... solat zohor - ketua kampung minta balas surat diterima drp UPSI... terus siapkan notis mesy JKKK untuk edaran. Lepas Asar ke kebun sekejap.. sekejap pun sampai masuk waktu maghrib... bukan buat apa pun main api je bakar2 duan kayu.Lepas maghrib ke masjid isyak.. balik baca berita.. update blog...sampai masuk tidur 11 lebih. Minum kopi makan kek...tapi kek tak brapa nak kembang.

Wednesday, January 25, 2012

Jan 25

Rabu - pejabat kerajaan dah mula kerja hari... ada sekolah pun dah buka hari ni..tapi smkkkb masih cuti sampai ahad ni... ikut planning nak pi renew paspot... nak singgah pasar nak bincang pasal tubuh jk pemantau projek hulu selangor... nak kena pi kl ka..come what may!!! keluar dari rumah 9 lebih.. mula2 ke klinik haiwan.. kucing punya hal lagi.. ada sekor kurap lagi sekor kena injek kot. Singgah sekolah ongumah bagi makan ikan. Singgah pasar nak beli ikan ikan tak ada. Ada org melayu jual ikan tak elok. Nak singgah imigresen orang ramai sgt. Terus balik je. Menghadap nb tengok clip2 video belajar wing chun (kungfu dibawa Bruce Lee). Dah tu ada bekas pelajar buat kerja paip .. baiki paip bocor dan tangki ada lubang. Selesai kerja sebelum masuk zohor. Lepas zohor baring2 bawah kipas terlelap sampai 5 ptg. Kakak ipar dan anak buah dari KL nak singgah ..perjalanan balik dari Kelantan. Lepas asar keluar cari barang dapur... cari karipap frozen kat TDBB.. belanja dekat 70 hinggit..baiki paip beli barang 25+50 upah... total 150hing. Depa sampai seblum 6 ptg... makan sembang..terus perjalanan lepas maghrib. Sambung lagi tengok clip wing chun sampai lesson 40... masuk tidur pukul 11 mlm.

Tuesday, January 24, 2012

Jan 24

Selasa - masih cuti hari kedau TBC.. masih di rumah di KKB... ptg ni dah set nak buat perbincangan dgn kontraktor utk projek2 kerajaan negeri.. come what may!!! Dari pagi tak kemana-mana.. ongumah dgn anak menantu pi pasar. Menghadap NB depan tv.. layan citer Bruce Lee -kisah hidup dia sampai dia mati. .. sambil siapkan dokumen nak bincang petang nanti. Lepas zohor pi balai raya.. ada la 3-4 orang kontraktor dtg selain YDP dan Ketua cawangan KKB. Mula 3 ptg habisnya sebelum 4 ptg... sekejap je..sampaikan maklumat dan seterusnya tindakan depa la. Apa pun ada cadangan nak tubuhkan JK pengerak atau pemantau kontraktor yang dapat projek kat Hulu Selangor ni... esok nak bincang lanjut. Balik layan lagi depan tv sambil tunggu asar... lepas tu maghrib...lepas tu isyak... layan lagi online citer Bruce Lee sbb kat astro depa nak tengok tv3... sampai masuk tidur seblum 11 mlm.

Monday, January 23, 2012

Jan 23

Isnin - Cuti Kong Hee Fatt Choy.. tahun naga. Fengshui kata tahun boom ekonomi la.. AirAsia pun pasti boom juga kalau penumpang dah rugi RM380 smlm sbb masalah paspot tak valid.. tu pun 4 bulan lagi baru mati... ntah le brapa ramai lagi yang terkena mcm ni.. bagi duit free je kat AirAsia.. tu pun ntah2 dah dijual seat yang dikosongkan...2 kali ngap. Habiskan masa kat rumah je hari ni. Keluar pun sekejap pi pasar singgah kat sekolah ongumah dok kena bagi makan ikan2 dlm akuariun.. skali ambi mouse dari kat dlm bilik. Tengok2 sekali paip2 yang bocor tutup main dia. Balik lepas tu menghadap tv dan nb je... cari2 tiket murah nak ke medan bulan 3 ni.. guna airasia juga la nak buat camna kan. Lepas zohor bawa ke asar baca ke maghrib bawa ke isyak... teringat nak arrange pertemuan dengan kontraktor utk projek2 300k kerjaan negeri. Call YDP dia ok esok pukul 3 ... hantar sms kpd org2 tertentu.. dah set la tu..tak boleh nak kemana lagi esoknya. Melangut tengok tv citer Merlin dari 7 mlm sampai 10 mlm.. sambung pulak tengok citer XXX (bukan cite Xrated)...masuk tidur pun pukul 1 lebih.

Sunday, January 22, 2012

Jan 22

Ahad - alhandlillah selesai subuh dan wirid2 harian. Dapat masuk ke sini sekejap sebelum bersiap nak bertolak ke LCCT - PhomPhen Kemboja. Flight pukul 3 ptg tapi kena bergerak awal. Mula2 ke Kramat ambil beras (sebut bear) sbelum pukul 10. Anak isterinya nak ke Kelantan.. Dijangka sampai LCCT seblum 12... lepak kat situ sampai 2 lebih baru boleh checkin.Dari situ mula terbang, InsyaAllah dan sampai di Kemboja...come what may!!!!Semuanya berjalan lancar... dari rumah ke kramat on time... keluar dari kramat 11 pagi.. sampai LCCT on time..sebelum 12 tgh. Scamn beg clear... sampai tang check pasport...kantoi. Tarikh tamat sah paspot bulan Mai 2012.. tak cukup 6 bulan... rayu sana rayu sini pun tak boleh lepas... terpaksa lepaskan beras (disebut bear) pi sorang2. Terus angkat kaki balik KKB... kecewa tapi salah sendiri. SATU PENGAJARAN... pastikan tarikh mati pasport 1 tahun..tak boleh tunggu sampai mati terus.Lani berada di rumah... melayan perasaan... sampai waktu masuk tidur.


Saturday, January 21, 2012

Jan 21

Sabtu - sehari lagi sebelum berangkat ke Kemboja. Packing belum buat lagi... hari ni boleh dan mesti bleh buat punya. Katanya semalam ada 2 jemputan kenduri kawin. Come what may!!!Semua yang dirancang jadi sebaliknya. Tetiba ongumah nak dibawa kucing ke KL untuk x-ray.Ikut je la. Keluar pukul 9 lebih..singah hantar dividen ahli TK kat TAI, singgah nak hantar hamper kat Tmn Damai - tak ada pulak dia kat rumah.. terus ke KL.. sampai hospital binatang kat JLn Ipoh..sampai seblum 11.30 pg. Sekali jumpa pengedar TASLY ambil produk... duit kucing RM596... siap masuk wad. Tu pun dr kata ntah boleh hidup ntah mati dalam 3 hari ni. Dlm 12 lebih nak singgah kat Kpg Baru tapi tak ada sapa kat rumah..terus ke Kramat rumah beras... bincang fasal trip esok ke kemboja. Lepas zohor, makan ringkas2 je tapi sedap je... balik pukul 2 lebih... singgah pulak kat balairaya ambil kain baju terpakai yang nak dibawa ke kemboja. Mula packing kain baju ...lepas asar keluar jap.. ongumah ke sekolah bagi makan ikan pulak dah.. singgah bank nak keluarkan duit..kad problem mcm kat Penang dulu.. singgah kedai beli roti & biskut kering.. keluar MR94.00.. terus ke Tmn Damai serah hamper pada anak tuan rumah. Balik dah 6 lebih... pack roti n biskut untuk dibawa esok. Dalam tak nak bawa banyak beg.. dah jadi 4 .. satu masuk perut kapalterbang, satu sandang (ringan je -penuh dgn biskut kering je), 1 beg pakaian sendiri dan 1 beg doggie besar penuh biskut n roti. Tengok le esoknya boleh lepas naik kapal terbang ke idak. Lepas magrib... tunggu isyak... pastu masuk kat sini dan tutup update hari ni. Esok belum tentu sempat nak masuk sebab kena keluar awal pagi. Untuk 4 hari seterusnya blogging belated la... Nak masuk tidur awal sbb mata dah letih....pukul 10 atau 11 gamaknya.


Friday, January 20, 2012

Jan 20

Jumaat - 3 hari lagi seblum berangkat ke NomPen,Cambodia... misi menghantar bantuan /sumbangan untuk sekolah tahfiz yang amat memerlukan. Koleksi dpt >RM1K=US300.. tiket pergi balik RM380... ada sikit kain baju nak bawa sekali kalau tak lebih muatan. Silap tak minta free 30K utk baggage..ingatkan nak bawa beg galas je. Pagi ni ..come what may!!! Ingat ada perhimpunan.. baru nak renyai2 dibatalkan. Masih perlu pusing2 buat koleksi.. dah serah hadiah termizi birthday dia...tgh tunggu slip relif..ramai guru dah keluar dan akan keluar jadi pegawai merentas desa daerah. Nak siapkan buku ringkasan mengajar... dah sampai slip relif..7.30 dan 10.10. Kena masuk la ni. Toktek toktek dah habis waktu pertama. Dpt pun dah nak masuk waktu ke2... sampai kat kelas tinggal 20 minit.. tak dpt nak buat apa..bebudak pun ada kerja sendiri nak dibuat. Keluar kelas dah mula lengkapkan buku ringkasan mengajar.. ambil masa juga sebab dah masuk 3 minggu tak isi. Dalam pada tu sdg menanti seseorang dari TASLY.. nak hantar barang, nak kolek duit, nak jumpa pesakit.Sempat la siapkan RPH sebelum dia sampai... sampai agak lewat dah 11.30 lebih. Tinggalkan dia dengan pembeli.... loceng balik pun bunyi. Balik dulu untuk ke masjid solat Jumaat. Lepas Jumaat ke sekolah jumpa dia semula. Urusan dia dengan pengetua dah selesai... terus bawa ke rumah bekas CC yang sakit urat saraf.. terlantar atas katil. Dulu masa deepavali ada pi jengok dia, lani pun tak ada perubahan. Saja je kenalkan dia dengan pengedar TASLY ni.. kot kot boleh membantu. Tinggalkan dia bercerita sebab dah pukul 4 lebih.. kalau tunggu panjang cerita dia... ada urusan lain nak settlekan lagi. Singgah kedai tukar beg hamper yang dibeli masa balik dari masjid tadi..biru ke merah. Terus ke Tmn Damai ingatkan nak hantar hamper last ni... penunjuk rumah tak ada kat rumah dia pulak. Dah sampai rumah baru dpt tau ada yang lain pun tau rumahnya. Kena settlekan esok la pulak. Nak parking keta tergelek kucing tua... mmg tak nampak pun ..yg lain2 dah lari. Banyak kucing kat rumah ni? Tak ada la banyak sangat .dalam 7-8 ekor je. Dari yang kecik. remaja sampai yang tua. Ongumah dah nak mengamuk (nangis jangan cakap la... dah sokseksoksek dha)...tapi tak guna nak leterpun benda dah berlaku.. kemalangan namanya. Anak2 uruskan bawa ke mana tah... jumpa doktor haiwan kot. Lepas asar perhangat lauk2 yang anak3 bawa balik dari tempat kerja dia. Datang pulak orang ASTRO nak pasang HD.. buat tempahan Ahad lalu kat NSK tapi TV dari Jepun anak 2 bawa balik tak boleh guna ASTRO. Tak jadi la pasang.. dah janji pun mcm tu. Sebelum maghrib makan malam... lepas tu tunggu Isyak. Ni ada janji dgn pengedar Mona Vie kat bangunan UMNO tapi berat rasa nak pergi.. keletihan melampau. Lepas isyak dlm 9 mlm hantar sms tak dpt hadir..baring2 sat atas katil terus terlelap sampai pagi.

Thursday, January 19, 2012

Jan 19

Khamis - hari ni ada mesy pengurusan pukul 11... sebelum tu awal pagi ni dah ada kelas.. perubahan jadual pun tak dibagi tau. Nak prepare presentation sikit lepas kelas nanti...come what may!!!Masuk kelas waktu pertama, keluar kelas ,masuk relif waktu 3. Nak buat laporan untuk mesy pengurusan tak sempat..10.30 masuk kelas lagi. Keluar dah 11.10 siap nak ke mesy...rupa2nya tak ada la pulak.. tak ada bagitau pun. Terus pusing2 buat kutipan sumbangan. Lepas zohor kat surau masuk mesy JK PIBG pulak. Makan bihun je n cekodok.Habis mesy 5 ptg. Sembang pulak dengan YDP 5.30 lebih baru balik rumah. Lepas asar baca berita..check email yang sempat. Lepas maghrib...masuk bilik air...sampai lepas azan isyak. Sementara tunggu nak pi jumpa YB Lau, buat kerja sikit... 10.30 baru keluar ke pekan dengan Ameer.. dpt maklumat baru baik punya.. lepas ni kena prepare paper work dan buat tuntutan program. Serah hamper pd Boon Lai dan YB Lau.. balik dah 11 lebih.. masuk tidur pun dekat 11.30 mlm


Wednesday, January 18, 2012

Jan 18

Rabu - hari ni stress ke sbb balik lewat ptg... banyak perkara belum settle..nak cari kotak sbb bungkus hamper tak menjadi smalam. Nak prepare juga untuk mesy jam 2 nanti... come what may!!! Patutnya waktu ke2 ada kelas... sampai je dah ada guru rupanya jadual dah bertukar..tak dimaklum pun..jumpa sendiri jadual atas meja kat bilik pengurusan.. nampaknya tak berubah juga. Dah tu ada relif je pukul 11.10-12.30.. dpt tau pulak orang kementerian nak dtg pasal bestarinet. Lepas kelas sebelum 1 depa sampai..selesai sebelum 1.30.. terus pi solat zohor. Ngam2 lepas tu masuk bilik mesy untuk Mesyuarat Agung Tabung Kebajikan. Terkilan betul dengan hasil kerja bendahari..tak perform langsung 1-2 ni.. sampai hari ni dividen pun tak bawa katanya. Habis mesy seblum 3 ptg.. ada gotong royong. Diminta pantau kerja2 di bilik guru sampai hampir 5 ptg. Balik dah dekat 6 ptg... singgah2 kedai.. bungkus hamper. Lepas asar bungkus lagi ...makan sebelum maghrib. Ke masjid untuk isyak... pakat2 dgn Tok4 hantar hamper yang dah siap- TAP satu, kuarters JKR 1, Ahli majlis 2 - sorang kkb sorang kerling. Ada 2 lagi bagi esok. Balik sampai rumah dah 10 lebih... tengok berita jap..masuk tidur 11.08 mlm

Tuesday, January 17, 2012

Jan 17

Selasa - sehari lagi perlu dilalui.... ada mesyuarat ka hari ni? come what may!!! Tak sempat nak ke perhimpunan pagi.. menghadap kerja depan NB ni je. Dah dapat relif pulak 7.30 - 8.50.. 1 waktu dah berlalu budak2 baru bergerak dari padang. Kelas ganti waktu BI...buat la sikit2 bincang padal perkara PRIVATE.. tu je yang teringat masa tu. Lepas keluar kelas makan di pantry pekena bihun. Pukul 10.30 masuk kelas sendiri.... keluar kelas jalan sana sini, check itu ini sampai masa masuk kelas waktu akhir. Lepas tu dah tak tunggu balik terus tu pun singgah kedai beli kertas balut hamper.. ongumah pi bank... singgah kedai air botol tambahan utk hamper..... pukul 3 lebih baru sampai rumah. Lepas zohor tengok2 nb jap..lepas asar keluar ke TDBB. Ada pembekal hantar vending machine letak kat balai raya. Dari situ bawa depa ke asrama plan nak pasang sebuah 2 di asrama. Singgah kedai beli biskut dlm tin pulak...singgah lagi kedai beli riben.. dpt call SU Khairat tanyakan buku akaun... sementelah ada kat pekan, buku pun ada dlm kereta..terus ke rumah dia hantar..selesai 1 perkara. Sampai rumah dah dekat nak masuk maghrib....lepas solat ke masjid untuk isyak. Lagipun ada nak bincang2 sikit pasal program maulid bulan depan. Habis mesy dah 10 30.. balik menghadap nak balut hamper sampai 11.30 mlm..tak berjaya. Barang tak seberapa tapi berat sgt jadinya. Pengajaran kalau nak buat hamper jgn beli barang2 berat mcm air kotak. Masuk tidur je esok boleh uruskan lagi,


Monday, January 16, 2012

Jan 16

Isnin - dan hari pun bermula untuk minggu ketiga bulan januari 2012... apa yang akan mendatang come what may!!! Perhimpunan pagi.. perbarisan KRS... nampak tak sedia... pakaian tak seragam.. disiplin longgar. Baru pertama kali.. tak juga bebudaknya adalah dari tahun lepas.. dah lupa command kot. Kena bawa ke mesy pengurusan ni. Dalam pada dok ambi gambar, dpt slip relif waktu 2-3. Habis waktu pertama kat perhimpunan.. habis waktu kedua edar buah oren. Singgah makan roti telur kat kantin. Masuk kelas relif.. survey sekali masalah kantin.. surver sekali LCD gantung dlm kelas. Dari waktu keluar kelas tu ... mdhs call nak ambil perangkap anjing.. nak pakai tektik lain pulak kemudian...pakai jala katanya. Dalam dalam tu pengedar TASLY pun sampai.. temukan 2-3 guru yang memerlukan bantuan kesihatan. Bawa pula temui ongumah pengetua .. pekena pulasan/rambutan. Balik ke sekolah ada mesy 5S petang ni tapi tu la surat jemputan dpt masa perhimpunan..terlupa pulak letak kat mana.. balik terus tak pergi mesy. Dah 2 lebih sampai rumah... pasang nb nak buat laporan itu ini... lepak depan tv sambil kunyah kacang tengok SUTUN lagi. Lelap mata sekejap... lepas asar ingat nak keluar pekan cari balut hamper..letih la pulak rasanya. Tunggu maghrib ....lepas tu isyak..siapkan lagi laporan jkkk nak mohon projek. Ameer datang utk bincang itu ini....sambung kerja laporan kantin pulak sbelum masuk tidur sbelum 11 mlm.

Sunday, January 15, 2012

Jan 15

Ahad - baru lepas rutin harian... nak kena pi pasar... elok pi NSK kat Rawang,, ni nak keluar dah ni... tak payah pergi pasar beli ikan... come what may!!!. Keluar dari rumah 9 lebih... terus ke NSK singgah makan roti canari kat restoram di situ. Beli itu ini sampai 12 lebih baru bergerak balik. ingat nak singgah makan tengahhari.. tapi perut masih kenyang rasanya. Terus balik ke rumah.. ngam2 azan zohor. Lepak2 jap sambil makan kacang goreng....2 lebih baru solat zohor. Lepas tu ingat nak lena2 ..tapi baca paper..tengok tv..dah masuk asar. Lepas tu dah kena pi sana sini ... jumpa geng nak uruskan tempat perjumpaan BOM monavie jumaat minggu ni... jumpa pengusaha kantin..bincang2 sikit.. jumpa juruodit 2 khiarat.. ambil buku balik... isi minyak kereta.. balik ke rumah dah azan maghrib. Lepas maghrib... isyak di masjid... terus ke mesyuarat PASCAP. Macam biasa janji 9 mlm....mula 10 mlm...masih tak boleh nak ubah sikap.. ketua pun lambar tu yang payah sikit. Habisnya 11 lebih... balik dpt masuk tidur seblum 11 .30 mlm.

Saturday, January 14, 2012

Jan 14

Sabtu - tak sempat nak login kat sini pagi tadi. Direct line pun tak leh akses net dari rumah. Bersiap nak ke mesyuarat PASTI di TDBB... tumpang Ameer. Mula lepas 9 pagi... selesai 10.30 pagi. Pekena lontong dan kuih muih,rambutan n pulasan. Nak balik pusing2 tengok rumah2... singgah pula sembang2 dengan staf ARK dan kontraktor nak pasang paip air. Lepas azan zohor baru beredar balik. Sampai rumah dah 2 ptg.. lepas zohor nak lelapkan mata depan tv tengok citer hindi...tak hadi lelap akhirnya sampai lani. Baru teringat belum parking kat sini... lepas asar ni ingat nak ke rumah seseorang tapi come what may!!! Akhirnya sampai habis citer tak lena... lepas asar online baca berita..tengok video klip..sam[ai maghrib. Ke masjid untuk isyak..ada kelas tajwid. Habis 9 lebih. Balik tengok tv3 cerekarama..masuk tidur lepas 12mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 13, 2012

Jan 13

Jumaat - pagi ni merentas desa... ptg ke malam come what may!!! Tak sempat nak buat apa-apa kat dlm bilik ni..dah pukul 8 pagi... ke padang tinjau2 apa yang sedang berlaku. Bebudak baru nak ambil pasang nombor kat baju... majlis baru nak bermula lepas 9 pagi. Ucapan... n berlepas. Dah tu bersama ahli kelab boling sediakan sengkuang calit... jualan untuk isi tabung. Modal RM32...hasil jualan akhir nya RM30...rugi RM2...tapi stok masih ada sikit lagi kalau nak jualan masa latihan sukan minggu depan. Kalau ditolak2 kira2nya untung RM10 la. Sengkuang ada lagi 1 biji, kacang 1/2 balang, sambal pun ada lagi..lidi lagi la banyak baki. Ok la tu hari pertama niaga. Dalam pada tu sempat juga jengok kat pantry makan kuihtiau goreng dan buah2- pulasan ada, rambutan ada, dukong ada. Lepas tu ke padang lagi untu keputusan pulak. Tak jaga check point tapi tugas ambil gambar tapi silapnya kamera tak bawa... jadi ambil catatan je la. Selesai semuanya 12.30 dah mula nak balik. Lepas Jumaat baring2 kat bilik, ongumah masih di sekolah..anak 2 ambik pukul 5. Lepas asar tgh tengok tv, ketua cawangan call nak gi batang kali mesy paskaw... tak ada pulak sms sebelum ni. Tapi tak pa la tumpang dia je, Lepas maghrib tunggu isyak. Lepas 9 mlm baru bertolak ..sampai 9.30 lebih. Tak ramai juga yang ada... pukul 10 baru mula mesy... habisnya 12.30 ..dan sampai rumah 1 lebih baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, January 12, 2012

Jan 12

Khamis - hantar ongumah n anak ke sekolah. ... terus ke hospital bagi darah utk check je bukan derma darah. Seblum keluar tadi dah check kat rumah bacaan 8.8...telan sebiji ubat nak tengok ada beza ka tak. Habis 1 jam kat situ.. sampai sekolah semula hampir 9 pagi. Pekena roti canai sekeping. Sementara tunggu mlm ada mesy masjid, sepanjang hari ni nanti come what may!!!! Baru nak mula buat kerja ada yang mengadu anjing dah masuk jerat....tak masuk sebenar tapi tersangkut kat perangkat besi ..dah mati. Cuba call pihak yang berkenaan minta bawa keluar tapi tak berjawab... kena salurkan kat org lain kat MDHS tu jugak. Kelas pukul 10.30 relif pukul 11,10 - masuk keluar masuk semula. Dah tu pi betulkan setting nb n printer ongumah kat bilik seni. Keluar dah 1 lebih bebudak dok tunggu nak mesyuarat Briged Bestari.Dah pulak tak ada pulak nak hebah2 mcm masa mesy sukan hari tu. Selesi dalam 15 minit je. Loceng balik berbunyi lepaskan je bebudak tu balik. Cakap banyak pun bukan depa nak dengar sgt pun. Bergerak balik dah dekat 3 ptg.. singgah lagi kedai n pasar cari sengkuang, kacang tanah, lidi - esok kelab boling nak jual sengkuang calit. Sampai rumah lepas zohor goreng kacang dulu. Dah tu lepak atas kerusi sandar, terlelap sampai ada orang dtg ak minta sign borang zakat. Baru nak ambil wuduk nak asar, dtg pulak ameer mengadu itu ini. Asar lepas 6.30 ptg. Sebelum maghrib kisar kacang goreng masuk balang untuk guna esok. Lepas maghrib ke masjid... lepas isyak ada mesyuarat jk masjid sampai 10 lebih... pastu sembang2 sampai 11 mlm. Balik terus siap masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 11, 2012

Jan 11

Rabu - hari ni pasti balik lewat petang.. tapi tak pa pukul 2 ada kenduri di kantin.. hajat pembekal kantin anak selamat dioperate...rezeki la tu.. lepas tu ada latihan merentas desa...come what may!!!Lepas perhimpunan.pagi (kata sat je utk 10 minit tapi habis lebih 20 minit) masuk kelas 8.10. Lepas kelas legar sana sini orang MDHS bawa perangkap anjing. Kena tunjuk arah tempat nak pasang pulak dah. Dah tu belanja 6 orang makan minum..RM20...kira belanja je le tak nak claim kat skolah. Jalan san sini cari orang tu orang ni... masuk kelas relif pulak 12.30. Bawa budak ke surau untuk zohor berjemaah (ting 2).. dah tu ke kantin siap untuk kenduri tuan kantin. Selesai sbelum 2.30, budak2 berkumpul nak merentas desa... duduk dlm blk siapkan apa yang patut. Bergerak balik hampir 5 ptg... keletihan masih terasa, urat kaki kanan pulak terasa sakit. Lepas asar, lepak2 tunggu maghrib. Isyak di masjid...lepas tu ada kenduri doa selamat rumah En Ali TAI. Balik hampir 10 mlm... tengok cite Siti Nurhaliza sat sebelum masuk tidur 11 mlm... makan kek sebelum lena terus sampai pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 10, 2012

Jan 10

Selasa - hari ni try running YES - bukan AP tapi gateway..router la kot. Cuma tak faham camne nak konnek ke LAN..takat pakai kat 1 nb mmg ok.. apa planning hari ni..come what may!!! Lepas dari perhimpunan pagi baru nak santai2 kat kantin..blum pun decide nak makan apa dah ada relif.. 2 waktu pertama kelas ting 3...mp agama. Buat tahsin solat dan test bacaan fatihah bebudak dlm kelas. Nampak mcm berminat untuk ikuti. Lepas tu ada 2 waktu nak masuk kelas.. 10.30 dan 1.10 tapi waktu akhir ada mesyuarat kelab permainan.. handle kelab bowling. Selesai masuk kelas keluar kelas.. selesai jumpa org tu org ni..bincang tu bincang ni...selesai mesy kelab ... balik pukul 2 lebih. Tak kemana dah...mengantuk sgt tapi dek lepak depan tv ada pulak cite tak pernah tengok The Donar.... sampai nak masuk waktu asar. Lepas asar keluar jap ke pekan kkb.. cari jam besar untuk PASTI, beli tapi merah putih, hantar dokumen kpd bendahari, balik dah 6 lebih. Tak larat nak buka NB... lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. balik lepak lagi baca paper..masuk tidur 10.30 mlm. Janji nak makan kek.... tapi terminum kopi dulu.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 9, 2012

Jan 9

Isnin -Awal2 masuk bilik test wifi baru ytl punya... tak dpt akses. Nak dok kena setting DNS pulak. Biarla dulu. Terus ke tempat perhimpunan.... habis dah 1 jam lebih kat situ.. ada mesyuarat rumah sukan, ada taklimat merentas desa... nak pi mesy khairat.. come what may!!! Jalan sana sini... rasanya lebih 10000 langkah... ada mesy rumah sukan... relif terlepas waktu tu 12.30.. terus solat zohor kat surau. Ada taklimat merentas desa 2 ptg..hantar ongumah n anak balik.. pusing balik ke rumah SU Khairat..dekat dengan sekolah. Mesy mula 3 ptg... habis sblum 5.. makan2 sembang2...5 lebih baru balik. Lepas asar try test YES kat rumah.. slow juga mcm pakai broadband. Lepas maghrib ke masjid ada kuliah Us Yusry...lepas isyak dah 9 lebih terus balik. Siapkan penyata masjid utk bendahari... try lagi akses masih slow..masuk tidur sbelum 11 lebih sikit je... makan kek tapi habis cepat... kena try lagi esok2 nya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 8, 2012

Jan 8

Ahad - pagi ni patut pi Sg Buaya .. ada program Riadah.. tapi dah pukul 7 lebih.. kalau kluar pun sampai sana orang dah nak balik. Lagipun ada banyak perkara nak settle pagi ni.. akuan khairat, senarai untuk kehadiran esok, lagu bestari untuk perhimpunan esok... esok..esok..esok..come what may!!! Dari lepas subuh sampai tgh hari siap cetak mencetak apa yang boleh. Baca paper.. makan laksa untuk lunch.Lepas zohor pi sekolah hantar daftar kehadiran untuk minggu ni.. sistem masih kong. Sekali check wifi YTL pasang jumaat lalu. Tak boleh nak akses pun lagi.Balik hampir 4 ptg. Lepak jap sementara tunggu asar. Lepas asar ke kebun sekejap ..bakar2 daun kering. Masuk sbelum azan maghrib... Isyak di masjid. Ada jemputan kenduri..solat hajat sekali..tapi orangnya tak dtg masjid..main pesan2 je.. sori le nak pergi. Balik terus ke rumah... sementara nak masuk tidur kemaskini surat menyurat lagi... pukuk 11 lebih masuk tidur,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 7, 2012

Jan 7

Sabtu - hari ni tak ada apa peracangan kegiatan luar. Jadi nak tumpukan kerja2 dalaman saja... nak siapkan akaun khairat kematian, nak siapkan MM JATIKAP dan come what may!!!! Dari awal lepas Subuh menghadap NB... nak settle akaun khairat ni.. tetiba ditanya pukul brapa nak ke rumah kenduri di berek polis KKB. Tak pernah tau pun ada jemputan.. kad pun tak ditunjuk. Tapi ana tak kisah.. nak ajak pi makan.. pukul 12 dah siap nak pergi. Makan pun sikit je .. menu mcm caca marba.. nasi minyak + kurma daging tu ok... tapi ada kerabu apa tak tak ngam betul dgn nasinya. Balik sebelum azan zohor... menghadap lagi..sebenarnya dah siap tapi seliseh RM8 je... tengah cari dari balik kenduri bawa ke asar.. baring sekejap mengantuk sgt.. bangun seblum 6 ptg. Lepas asar cari lagi... masuk maghrib.. isyak di masjid KKB ..ada kuliah sekejap. Lepas Isya ada usrah kawasan.... sampai 11 lebih. Balik rumah dah 12 mlm. Mata tak berapa nak lelap... cari lagi RM8.. last2 jumpa juga. Baru lega nak masuk tidur.. lepas 12 mlm hampir 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 6, 2012

Jan 6

Jumaat - pagi ni yang dijangkakan telah berlaku. Tahun lepas pun mcm ni.. data dalam SPS tak boleh dipindahkan. 2 hari lepas masih ok..tapi hari ni dah efek kehadiran. Kena hantar ke STS dah. Nak jalan lagi sana sini settle kerja dulu sebelum dpt tumpu kerja dlm bilik ni.Petang ni ada mesy JATIKAP... come what may!!! Lepas jengok kejap kat perhimpunan.. cari guru2 yg berkenaan urusan kestaf... singgah sana singgah sini... singgah kantin ada makan free. Habis hari mcm ni... dah waktu balik. Sistem masih KO... biarkan je. Lepas Jumaat siap ke mesy JKKK di balai raya Ampang Pecah. Dari 3 lebih sampai 5 lebih. Balik lepas asar.. badan rasa penat semula, mengantuk pun ada... lepak jap depan tv atas kerusi sandar..terlelap la juga sementara tunggu maghrib... ke isyak. Dah tu tunggu anak3 selesai guna nb.. sambung kerja semak akaun khariat.. tak tahan mata..masuk tidur pun 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, January 5, 2012

Jan 5

Khamis - masih dpt sampai awal spt semalam.. tapi lepas 7 pagi le. Nak selesaikan seperkara dua.. yg tertangguh semalam. Mula terima aduan dr guru - akses down kat blok PPU( sbb GPB), pintu surau tak boleh tutup (sbb penyelaras surau sekolah), anjing liar dlm kawasasn sekolah( sbb pengerusi Kestaf). Dpt relif waktu pertama... tak sempat nak masuk loceng waktu ke 2 berbunyi (masa habis kat perhimpunan pagi). Ingat nak masuk kelas pertama 1 KPK - rupa2nya puku 10.30 nanti kelas 1D...bebudak ada kat dewan. program PMD... perjalanan hari seterusnya.. come what may!!! Dan hari terus berlalu.. yang dirancang berjalan lancar.Balik kul 2..singgah isi minyak.. dah tau minyak nak habis 2 hari lepas tak tau nak isi. Terus ke TDBB & T Damai.. pembekal hantar meja pingpong. Sampai rumah sbelum 3 ptg... buat itu ini yang sempat.. lepas asar keluar lagi ke rumah bendahari dan ke pekan.. beli strip check darah... singgah kedai ...sambung kerja sampai Maghrib. Isyak di masjid.. ada jemputan kenduri di Taman Selesa... tak jemput direct tak yah pergi le.. lagipun jauh.. nak basikal bila nak sampai. Sampai rumah sambung sikit lagi kerja fotostat dokumen kematian... sambung kerja semak akaun khairat kematian.. masuk tidur 11 lebih. Malam jumaat berlalu - tak makan kek!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 4, 2012

Jan 4

Rabu - hari pertama persekolahan. Perhimpunan hari pertama. Terpaksa ada bersama ari 7.30 ke 9 pagi. Sebelum tu pantau guru letak kereta... nak elak main letak tindih2. Lepas ni nak buat apa yang boleh... pukul 2 ada mesy kestaf sat.. lepas tu come what may!!! Lepas perhimpunan dah bergerak atas bawah kiri kanan. Masuk bilik buat apa yang sempat dulu... tak sedar dah masuk waktu zohor. Selesai di surau ... terus ke mesyuarat KEstaf... ada pulak taklimat kat bilik mesy.. serah jadual katanya. Sori le nak pergi dah ada program sendiri. Selesai mesy 2.40 ptg. Dpt call nak kena pi Pej Daerah.. org KL nak turun. Kereta tak ada .. anak 3 bawa.. dia pi interview kerja lagi. Tapi tak la jauh mana kat asrama je. Hampir 3 ptg dah berada di Pej Daerah.. bincang dgn ADO je.. yang nak buat kerja arahan DO. Selesai takat ni... pihak ARK pula kena sediakan dokumen untuk teruskan permohonan. Minum sekejap di kanti Pej Daerah... solat asar bersama Rashidi (ARK) dan Ameer (JATIKAP). Lepas tu ke site tengok status kerja. Balik dah 5 lebih. Selesaikan kerja2 menaip dokumen sampai maghrib. Lepas isyak mula semak buku akuan Khairat kematian... 10.30 baring2 sebelum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 3, 2012

Jan 3

Selasa - hari ni ada pendaftaran ting 1 .. baru bagi tau nak siapkan LCD... katanya mlm ni nak gi gombak .. urusan lajnah it.. come what may!!! Berada di sekolah dari jam 8 pagi... siap peralatan.. bantu tayang sampai 10 lebih. Nasib ada makan ...blum sarapan pun. Dah tu duduk dalam bilik siapkan dokumen nak mesy jap lagi... update data SPS. Lari ke tempat mesy di restoran belakang mbb... pekena nasi & lauk biasa je. Selesai mesy 12 lebih.. balik ke sekolah. Sistem masih running... tinggalkan je. Dah dekat 3 ptg.. balik dulu solat zohor. Menghadap NB lagi... lepas asar baru selesai kerja dah 6.30. Dah janji nak ke Tmn Melewar dgn YDP PASKAW. Bergerak dari rumah dia dah 7 lebih. Singgah Tmn Kelisa Ulu Yam solat maghrib. Sambung perjalanan sampai destinasi singgah masjid solat isyak. Sesi bermula 9.30 .. pergi makan dulu kat gerai2 hampir Pusat Khidmat Masyarakat Gombak Setia. Dalam pada tu pun ada yang lewat sampai.. lewat mula. Selesai sesi dah lebih 12 mlm... sampai rumah 1.30 pagi.. mula la hari2 akan tidur lewat.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 2, 2012

Jan 2

Isnin - cuti ganti semalam.... tapi kena ke asrama ada urusan pendaftaran. Tu kerja orang lain, kojo den ambil gambar dan lapor... pastu? come what may!!! Keluar dari rumah sbelum 8 pagi. Dah ada yang datang tapi blum ramai betul. Baru dibagitau suruh ssediakan LCD.. memang bawa pun sbb dah agak dha aka jad mcm ni. Set peralatan ikut apa yang ada... buat tayangan selingan dan mainkan alunan lagu instrumental. Selesai kerja seblum 10 pagi tapi tak boleh balik ongumah masih membuat pendaftaran ting 5. Nasib baik ada makan tgh hari... sebelum 1 makan dulu. Balik lepas zohor ingat nak siapkan kerja2.. tak boleh jalan otak ni .. baring sekejap. Dikejutkan oleh sms ada yang dtg nak tuntut 50 hinggit bekalan makanan majlis jumaat lalu. Esok pun boleh jumpa kat sekolah tapi ya la mana tau kan mmg tak berduit gamaknya. Tunggu hampir 20 minit baru sampai.. azan asar pun kedengaran. Lepas asar menghadap nb je le tapi ada masalah netwrok kat dlm rumah ni sejak 2 hari lepas.. maslaah dgn wifi. Direct cable dpt pula share akses. Updat blog sekolah, baca email... sampai maghrib. Isyak di masjid.. ada kuliah Us Yusry. Balik terus lepas tu.. sambung lagi kerja sikit2....smpai 12 lebih baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 1, 2012

Jan 1 2012

Ahad - Selamat Tahun Baru 2012... azam baru? semangat baru? gaji pun baru? ada apa nak ganti baru...hari ni nak ke Melaka iringi perkahwinan anak rakan sekerja yang tak dpt hadir pada 25hb lalu... nak singgah senawang lawat orang beranak, nak singgah nilai 3 cari barang... come what may!!! Lepas buat apa yang patut... tepat 8.45 keluar dari rumah. Bersama anak 3 & 4 (4 nak balik UPM). Yang lain tak nak ikut.. ada yang merajuk lagi sejak semalam. Sempat hantar senduk orang punya... terus ke UPM. Dari situ terus ke Melaka - Kpg Tengah Sg Baru. Rumah tepi laut betul. Selesai urusan kat situ dlm 1.30. Singgah zohor-asar kat masjid simpang masuk ke kampung. Dah tu terus ke Senawang... sampai pun dah dekat waktu asar. Dlm 5 lebih terus ke Nilai 3... memang dekat betul dari tol Nilai ambil kiri terus ke Nilai 3 dlm 10 minit je. Beli mug lagi utk present staf. Urusan selesai 6 lebih. Terpaksa singgah kat Petronas Rawang untuk maghrib... sambung perjalanan sampai rumah ngam2 azan Isyak. Lepas mandi manda, isyak, menghadap NB lagi sampai 12 lebih baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam