Saturday, March 31, 2012

Mac 31

Sabtu - pagi ni ada LADAP... update masa LADAP lani... cuma pagi ni tak sedap lagi.. kul 10 nanti baru nak sedap... sampai kul brapa pun tak tau...12.30 kot.. come what may!!! Lalut sampai 1.30 baru selesai. Tak ada makan lagi tgh hari ni. Yang belen tadi dah kemas2 masuk keta... kuah dan nasi impit je yang tinggal. Balik lepas zohor tidur untuk rehatkan mata... terjaga 5 lebih.. teringat pulak nak kena ambil ongumah masih kat sekolah sejak tadi. Anak 2 dah gi ambil tapi nak kena keluar juga sbb nak gi kedai.. barang2 dipesan belum dibeli. Balik lepak depan tv sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik lepak lagi tengok tv sampai hampir 12 tgh malam... masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 30, 2012

Mac 30

Jumaat - semua kerja tertangguh dah beres.. bil2 dah bayar tapi yg baru2 teringat nak buat ada lagi tau..mana boleh habis punya... come what may!!! Tak banyak buat kerja luar bilik hari ni.. relif pun tak dapat. Tapi urusan tetap berjalan... layan aduan guru pasal toner, aduan guru pasal email... itu ini.. kat pantry pun ada makan kuihtiaw & bubur kanji. Tak sedar dah sampai waktu balik. Solat di masjid KKB.. habis solat singgah bank update buku bank JKKK, ke sekolah ambil ongumah. Sampai rumah baru 3 lebih... ingat2 nak lelap tapi duduk depan nb ni..tengok itu tengok ini...lepak jap depan tv. Lepas asar tinjau2 pulak tengok LAWAK KE DER... sampai maghrib...sampai Isyak. Mata mula rasa tak sihat... kesan tak tidur petang minggu ni. Tak tahan nak tengok tv pun..masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 29, 2012

Mac 29

Khamis - jap lagi nak ke PKG ada mesyuarat pulak. Masuk ke bilik sekejap settle 2-3 urusan sebelum 7.45 pagi... come what may!!! Mesy mula pukul 8.30.. singgah hantar borang hadiah PMR PPK kat rumah ketua unit. Sampai PKG makan mee dulu. Kata mesyuarat tapi slotnya lebih kepada taklimat. Yang ditugaskan sampaikan pun baru nak bertugas di PKG mulai 1.4.12 nanti... diserah untuk bentang satu isu - carta organisasi JK ICt sekolah.. kait pulak ke SSQS.. kait pulak ke LMC... habisnya pukul 1.. pekena sepinggan lagi mee goreng pagi tadi. Balik rumah terus lepas tu.. solat zohor.. ke sekolah semula. Ada urusan dengan James... balik hantar anak 5 ..singgah ambi tv yang tak boleh dibaiki, singgah tengok kerja jahit bendera 100 helai.. ada lagi bahagian kena jahit tinggalkan dulu kat kedai. Sampai rumah sekejap saja download citer cuti1 cinta... keluar lagi 4 ptg .ingat nak singgah agrobank tapi dah nampak kelibat guru2 PPU ..mesy dah habis la tu.. nak ambil ongumah.. dia pun mesy sama tadi. Pukul 4.30 lebih baru balik. Lepas asar masih kat depan NB... masih download citer tak siap2 lagi.. guna streamyx kat rumah.. dulu laju tapi sekarang dah tak laju.. sengaja dibuat macam tu kot.. dulu telekom offer nak upgrade ke 1M..RM128. Anak 2 pun dok minta upgrade. Lepas maghrib... terus isyak kat rumah..rasa tak larat lagi..masih tak cukup tidur. Tapi dah mula buat semakan daftar pemilih staf sekolah. lalut sampai 11 mlm baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 28, 2012

Mac 28

Rabu - dah masuk 3 hari tak kado hajat.. badan rasa panas semende...tak selesa. Hari balik mesti lewat petang sbb ada koku.. come what may!!!Hari ni dapat relif 3 waktu .. ramai tak ada. Dengar kabar esok lagi ramai tak ada.. ana pun tak ada sama.. padan muka deme. Jadi hari ni buat je le apa yang sempat dibuat.. masuk kelas keluar kelas sampai waktu balik. Petang ada koku.. unit uniform ana tak terlibat... pastu tu ada kelab boling..ana terlibat. Balik dulu solat... YDP PIBG nak jumpa lagi kat kedai makan di gamelan.. pasal score A ni la. Sampai 3 lebih kat situ... beli bekalan sikit untuk pejabat. Berada di pantry .. pekena keropok... sampai waktu nak balik... pukul 5 ptg dah habis koku. Sampai rumah lepas asar lepak depan tv.. nak lelap tak lelap. Sebelum maghrib makan nasi... lepas maghrib ke masjid ada kelas tajwid. Balik dah 10 minit ke 10 mlm. Tak daya nak buat apa dah... nb tak buka.. tengok tv sat cerita SUIT..masuk tidur 10.40 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 27, 2012

MAC 27

Selasa -bangun 3.30 pagi.. qiam 1/2 jam.. lepas tu tak brapa nak lelap mata tapi badan rasa ok. Sampai sekolah waktu biasa... ada insiden tak pernah berlaku di sekolah ni.. banjir di bilik pengurusan.. ada yang lupa nak tutup paip air..habis lantai digenangi air... ada yang nak mengaku ka? come what may!!!memang hari ni full... tak banyak yang sempat nak dibuat.. masuk kelas biasa ..ada relif pulak sampai 3 waktu. Duduk dlm bilik pun tak lama sgt... jadi tak banyak boleh dibuat. Balik dulu sbb ongumah ada mesy. Lepas zohor keluar semula... settle urusan di agrobank... cashout duit pascap bersama bendahari. Singgah minum kedai cekoi... 4.30 ke sekolah semula ambil ongumah..singgah asrama pulak dah. Pukul 5 lebih baru balik rumah. Lepas asar lepak depan tv.. nak lelapkan mata tak mau la pulak... kalau tak depan tv dah tentu lena habis. Lepas maghrib... isyak pun kat rumah..rasa tak larat tak cukup tidur kot..masuk tidur 10 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 26, 2012

mac 26

Isnin - rembes kat luar.. nak hujan ka tak hujan... perhimpunan dah dibatalkan. Pagi ni anak 3 bawa myvi sendirian ke putrajaya dari KKB - first time. Risau leka main gadget tak tumpu pada pemanduan....tu punya banyak kemalangan....come what may!!! Dapat mesej dah sampai Putrajaya.. ikut bos. Dapat relif 3 waktu.. masa dihabiskan di pejabat. Set PC arwah untuk kerani perjawatan guna... minum pagi mee goreng kat pantry. Selesai urusan hantar wang sumbangan hari guru, selesai urusan kutipan wang sumbangan arwah. Masuk kelas waktu akhir.. bawa bebudak ke astaka.. solat zohor kat surau. Balik dah 2.30... hujan turun lebat tetiba je. Singgah bank masukkan cek 2K, cashout 1K. Sampai rumah lepak depan tv...lelapkan mata sampai 5.30 ptg. Layan baca berita online...check email... sampai masuk maghrib... makan dulu seblum solat. Lepas tu siap ke masjid untuk isyak.. ada kuliah ustaz Yusry. Balik dah 9 lebih.. sempat siapkan permohonan 2K untuk program bulan 3 ni..esok nak serah kepada ketua kampung. Masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 25, 2012

Mac 25

Ahad - bangun 4 pagi... siap2 ke masjid ada qiamulail... kuliah subuh... makan nasi lemak..lambat sampai terpaksa tunggu. Selesai balik rumah 8.30 pagi. Duduk baca paper je... banyak program 1 kat btg kali, 1 kat Hulu Bernam, nak ziarah kematian di Selayang..pun tak pasti. Akhirnya pukul 10 ke pasar je... singgah sekolah jap..ni dah balik nak lelapkan mata sblum zohor. Lepas zohor ada jemputan kenduri jiran sejalan taman ni... come what may!!!Tak dapat juga nak betul2 lelap..dah duduk depan tv mana nak lelap. Ke masjid untuk zohor... lepas tu ke rumah kenduri cukur jambul.. tapi tak ada acara..tahlil n makan je - kambing kari, ikan kicap, bawal goreng, paceri nenas, terung pun ada, sambal udang - ratah lauk je. Balik lepak depan tv... antara lelap dengan idak sampai 5 lebih. Lepas asar... lepak lagi.. sampai maghrib. Isyak di masjid.. terus ke balairaya. Ada buat perjumpaan tergempar JKKK... 4 orang je dtg. Pengerusi pun dtg sekejap je..lepas tu ada customer panggil.. perkhidmatan teksi la katakan... lebih utamakan itu drp nak bincang isu. Ada minum kopi n goreng pisang... selesai bincang 10.30 mlm. Balik masuk tidur seblum 11 mlm... minum kopi makan kek.. baik punya kek.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 24, 2012

Mac 24

Sabtu - lepas subuh tadi terlelap atas kursandar rotan sampai jam ni dah 10.30. Tak ada plan hari ni.. come what may!!!Keluar ke pekan ambil tv baiki..lesap RM180... anak 2 singgah gunting rambut.. habis baca paper. Balik lepas zohor keluar semula hantar lagi satu TV... hantar jahit 100 helai bendera kat kedai Anne. Balik lepak2 download video clip isu FELDA, semak email... update blog.. ada pulak yang hantar borang minta sain... minta buat surat sokongan nak mohon kerusi roda drp zakat.. lepas maghrib ke masjid untuk isyak. Balik dah 9 lebih. Dapat berita kematian penyelia asrama yang dlm ICU sejak 2 minggu lepas. Sempat update blog dan face book sebelum masuk tidur 10.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 23, 2012

Mac 23

Jumaat - bangun seblum 5.30.. azan pertama di masjid negeri. Bersama PK1 dari sekolah bestari luarbandar Sik Kedah.. subuh di masjid negeri. Dah nampak perubahan.. ramai juga jemaahnya... tunggu lepas tu talaqi al-quran. Balik dah dekat 7 pagi..terus sarapan. Naik mandi, kado hajat,turun ke dewan lepas 8.30 pg. Slot pagi ni nak buat pelan tindakan sekolah.. nasib baik dah ada yang buat sebelum ni.. pakai tukar nama sekolah je la... dlm grup Selangor saja pulak tu. Selesai kerja sebelum majis tamat 11.30 pagi. Naik ke bilik kemas2.. bawa turun barang masuk kereta..naik semula untuk makan tengah hari pukul 12. Bergerak balik lepas 12.45.. singgah elmina lelapkan mata..mengantuk sgt. Sampai rumah dah 2 lebih.. tak ada sapa di rumah. Kado hajat lagi.. tadi pekena rojak buah, ikan 3 rasa, daging kambing kari, 1 bun sebiji cicah soup cendawan cair ya amat. Lepas zohor nak lelapkan mata.. mlm ada mesy PASKAW mesti habis lambat..come what may!!! Lepak kat depan rumah ...terjaga dua lagi. Sekali ongumah balik dlm pukul 4 lebih ..skali lagi ada orang bagi salam dlm pukul 6 ptg. Terus bangun solat asar..cari makan pekena biskut dgn kari kepala ikan. Siap solat maghrib... pukul 8 dah keluar ke Btg Kali bersama KK PASCAP untuk mesy PASKAW. Solat isyak dulu kat situ, ada hidangan nasi tomato lauk kari ayam & jelatah... tak makan minum kopi je. Mesy mula 9.30... habis 12.15 pagi. Sampai rumah dah 12.30 lebih... makan kek sarawak (betul punya kek)...masuk tidur kul 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 22, 2012

Mac 22

Khamis - dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Lepas Subuh sempat rehat sekejap je dah kena turun sarapan. Naik dah 8 lebih.. turun untuk slot pertama 8.30 pagi. Gina Lambert citer pasal status sekoah bestari. Sementara tunggu org2 YTL nak perkenalkan Virtual Learning Environment (VLE) yang dibekalkan oleh YTL ke sekolah... ada dibagi slot tanya masalah. Dari semalam dah tekad tak nak bangun bercakap tapi dah diprovok oleh yang lain2. Cakap la sikit sentuh pasal SPS, Bestarinet, jawatan GPB. Lepas minum pagi baru sesi kedua bermula sampai 12. Timbalan KP sampai.. sesi perasmian bengkel.. lepas tu sesi bergambar. Naik semula sambung lagi VLE sampai berhenti makan pukul 1. Lepas tu rehat.. solat zohor tak sempat nak lelapkan mata dah hampir .2.30 ptg. Sesi ke3 hands on VLE... timbul pula masalah YTL tak bagi cukup akaun untuk akses VLE. Kena bising sikit..adu itu ini baru dapat untuk 1 group 5 orang... puas hati. Ada yang minta urusakan kutipan kilat untuk arwah2 GPB yang dah meninggal dunia lebih dulu. Dpt la kolek 680 bagi 2. Nanti nak serahkan kepada pengganti mereka untuk diserahkan kepada keluarga masing2. Selesai sesi 4.30 ..minum2 dulu.. naik ke bilik. Nak asar.. nak makan malam..nak turun sesi malam pulak..come what may!!!Turun lepas solat isyak... slot pembetangan VLE. DApat selit masuk buat presentation..sbb ada yang terhegeh2... dpt tepukan lagi... cuma cakapkan apa yang dikuasai dengan tunjuk ajar 3 jam ptg tadi.. itu je. Naik bilik lepas minum2...hampir 11 mlm... tidur betul2 pukul 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 21, 2012

Mac 21

Rabu - Hari ni akses dari rumah je. Jap lagi nak bergerak ke Blue Wave Shah Alam. Sebelum tu nak selesaikan seperkara dua, nak singgah kat sekolah nak selesai seperkara dua lagi...keputusan spm keluar hari ni.. kena buat laporan blog sikit. Target nak check in seawal 2 ptg kat blue wave... insyaAllah... come what may!!! Selesai kerja kat rumah - angkat kain, sidai kain, masuk kain dlm mesin... update blog.. semak email. Pukul 11 baru ke sekolah.. pekena nasi goreng... serah duit kpd pen bendahari untuk serah kpd bendahari kestaf. Ambil gambar sikit keputusan spm di dewan. Lepas 12.30 baru bertolak ke Shah Alam. singgah elmina solat zohor. Sampai Blue wave 2.30 ..tak boleh masuk bilik lagi. Lepas 3.30 baru boleh masuk.. blik nombor 603... patutnya bersama guru dari Seri Bintang Selatan. Habiskan masa kat dlm bilik... update blog, solat asar... layan nb sampai 7 mlm. Turun makan malam... lepas maghrib tunggu isyak baru turun semula ke dewan slot pertama. Pengenalan tujuan bengkel oleh pegawai BTP... sampai 10.30 mlm. Ada GPB dari Sarawak baru sampai tak sempat makan malam.. bawa keluar ke restoran makan2. Balik semula dah 11.30 lebih... terus layan nb tak sedar sampai 2 pagi baru dapa tidur...sorang-sorang ..member sebilik tak masuk2 pun...dia nak dtg esok.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 20, 2012

Mac 20

Selasa, - Berita sedih diterima awal pagi sebelum Subuh... isteri pengetua meninggal jam 5 pagi. Sempat sms kepada yang berkenaan untuk tindakan2 segera. Di sekolah seperti biasa... pukul 8 bersama 2 guru ziarah ke rumah arwah dan hulur sumbangan kutipan kestaf.... mlm ni ada perjumpaan kena batal kot..come what may!!!Rupa2 nya ada yang merajuk sbb pergi tak maklum tak ajak sekali... dalam keadaan macam ni... kejar masa nak buat itu ini.. nak ambil hati juga. Separuh hari pusing cari guru buat kutipan.. masuk kelas pukul 10.30.. lepas kelas kejar ke kubur pulak. Ajak sama yang merajuk... tapi muka.... tingkahlaku...tak boleh nak sorok.. org lain pun boleh nampak. Sampai di kubur upacara dah selesai.. katanya pukul 11..tapi 10.30 dah sampai kubur rupanya. Balik masih buat kutipan.. masuk kelas akhir. Seblum balik ongumah ada kelas tambahan, sempat semak email. Dtg ke blk cakap nak balik masih tarik muka 44. Sampai rumah lepas zohor keluar semula... singgah kedai beli barang keperluan rumah sbb esok nak ke shah alam.. nanti yang tinggal kat rumah kebulur tak makan pulak kan. Balik lepas asar ada lagi benda yang tak cukup.. keluar lagi ke kedai. Balik baca paper.. masuk maghrib. Berbangkit satu lagi isu.. menambah rajuknya sbb tak bagi tau secara lisan nak ke Shah Alam esok, tak cukup dgn salinan surat panggilan ditampal di peti ais.... Sementara nak masuk isyak sempat print MM JATIKAP untuk serah esok pada KK dan Penghulu..dan terus kepada PLB. Ke masjid untuk isyak.. ada kuliah maghrib pulak... 9 lebih baru ke rumah arwah untuk yassin & tahlil. Ramai juga yang hadir... jadi tak tunggu makan dulu.. nak elak suasana hiruk pikuk gelak ketawa seperti selalu berlaku di rumah yang ada kematian. Sampai rumah dah 10 lebih.. siap2 terus masuk tidur 10.40 mlm. Tak ada kopi tak ada kek.. makan roti calit planta je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 19, 2012

Mac 19

Isnin - sekolah dah buka semula... minggu ke3 patutnya pakai uniform.. ada yang pakai ada yang tak pakai..ntah le.... come what may!!! Sepanjang hari kat dlm bilik lepas perhimpunan. Pelik juga tak dapat relif hari ni.. ada pulak guru yang mengamuk sebab ada 6 waktu dpt relif lagi. Sistem ok. Sempat buat tinjauan status printer di blok ppu. Seblum balik uruskan tolak blank toner... masuk tabung pejabat je. Dah solat kat surau.. balik sekejap keluar semula ke bank... masukkan cek.. bankin cash. Singgah minum dengan salesman perodua.. pekena cekoi. Singgah pejabat tunggu ongumah habis kelas tambahan. Sembang kat pantry..bersama cekoi... isu berbangkit pagi tadi. Penyelia asrama dah 1 minggu dalam ICU, sang suami sibuk nak dapatkan barang kemas isteri.. isteri dah pesan pada jaga untuk serahkan kepada emaknya.. berlaku perebutan dan tuntut hak..sedang empunya masih bernafas. Ntah la. Balik rumah lepas asar keluar lagi hantar anak 4 ke komuter. Singgah kedai beli gegat... rupa2nya ongumha pesan beli gamat... lantak le. Lepas maghrib ingat nak ke masjid... tak sempat sebab kado hajat. Lepas Isyak siapkan MM JATIKAP... nak serahkan esok pada penghulu & PLB. Tak tahan pulak mata ni..selesai je terus masuk tidur seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 18, 2012

Mac 18

Ahad - tak ada kenduri, tak ada program..cuma ptg ni patutnya ke seminar percuma business internet... pagi ni nak ke masjid lagi tengok final touch kerja-kerja tukar bumbung... come what may!!!! Menghadap nb sampai 10 pagi.. baru keluar ke pasar. Singgah kedai gunting rambut.. Singgah masjid sekejap je tanya kabar... ada bekalan kuih bagi 2 pekerja tu makan. Kepala dah mula rasa tak selesa lagi.. asyik rasa nak tidur je..lepak depan tv sambil lelapkan mata nak tunggu zohor.. lalut sampai 2 lebih. Lepas zohor lepak2 lagi lepas nak siap surat tuntutan bayaran kerja tukar bumbung masjid gambar tak cukup pulak ... sampai nak asar. Ke masjid asar ... nak ambil gambar 2-3 lagi yang dah siap kerja. Hujan tetiba turun lebat sekali. Balik ke rumah 5 lebih.. .terus menghadap nb selesaikan surat nak serah malam ni. Baring lagi 6 ptg sampai azan maghrib.. masih tak puas tidur. Lepas maghrib dah dekat nak masuk isyak.. di masjid isyaknya. Balik 9 lebih tak ada kerja spesifik nak dibuat... intai2 facebook hj anuar ark.. ada mcm2 gambar menarik - nampak mcm condong ke PR... ada klip2 video ucapan dlm PAU.. leka sampai 11 lebih baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 17, 2012

Mac 17

Sabtu - mlm semalam baru ddapat surat perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah 9 pagi ni... jap lagi nak pi la.. come what may!!! Pekena mee goreng sebelum keluar 10 minit seblum 9.. sampai ngam2 pukul 9. Dah ada 4 orang .. makanan pun nak dihidang. Dah 9 lebih... diajak minum dulu bersama pegawai tinggi tapi bukan KPD. Pekena mee lagi dan kuih cara manis. Perbincangan mula 9.30 pagi... banyak isu dibangkitkan... komplen2 yang dulu bangkit kat mesy jkkk bangkit semula. Selesai sesi 12 lebih .. sampai rumah dekat kul 1. Dengan anak 2 ke rumah kenduri kawin di jln 20 TAP. Balik siap ke masjid solat zohor. Lepas solat nak balik bersembang dengan kontraktor Ali.. dah mengadu mcm2 pulak dari segi tiada bantuan kerja-kerja tukar bumbung masjid. Memang silap besar sebab tak aturkan betul2 seblum kerja mula.. serah pada SU & Bendahari.. akhirnya ada yang terasa hati. Dah le modalkan dulu beli barang... guna kudrat sendiri untuk siapkan kerja...tak untung apa2 pun sekadar bagi kerjasama untuk masjid.. kena kata pulak oleh org2 yang tak faham. Memang orang tak faham sebab tak dimaklumkan lebih dulu. Semua beranggapan dia tangkap kerja tanpa tender .. kononnya. Kena buat sesuatu mlm ni juga. Balik salin pakaian ke masjid semula nak tengok apa-apa boleh bantu.. bawa teh o sejug dan cari pisang orang tak ada orang jual, yang ada apam balik je. Duduk je tengok dah tu sembang2 sampai masuk asar. Lepas solat asar tengok pulak ada yang dah beli zink lama angkut ke tempat dia.. kerja pun dah berhenti. Balik dah dekat 6 ptg...keluar lagi ke kedai sbb pagi tadi dah dipesan beli bebawang tak ingat langsung. Dah ke kedai nampak SINAR beli sekali.. balik habis masa baca paper pulak. Siap untuk maghrib di masjid.. lepas tu adakan majlis bincang2 dengan jemaah isu siang tadi... masuk sekali isu2 lain seperti nak tubuh JKP, nak upah orang rondah taman cegah pecah rumah, hadiah UPSR,PMR,SPM dan tusyen rakyat. Lepas Isyak balik ..lutus terpeliut lagi masa nak bangun tadi... menghadap tv je seblum masuk tidur 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 16, 2012

Mac 16

Jumaat - hari ni ada buat bakar2 ikan sambil kemas-kemas pejabat... perlu selesai sebelum ke masjid solat jumaat... come what may!!! Lepas update blog terus makan roti 2 keping cicah susu O. Ada lagi tuduhan melulu ... angkat kaki dari rumah terus ke sekolah. Singgah pasar beli bahan sikit untuk aktiviti bakar2 ikan jap lagi. Sampai di sekolah mcm2 makanan dah ada. Orang pejabat dah mula operasi bersihakan stor. Tunggu geng2 yang janji boleh dtg pagi ni semuanya hampeh.. janji Melayu. Tapi aktiviti diteruskan juga... siap juga ikan keli n talapia dibakar, ada juga kerang n jagung dibakar.. sukses la juga kiranya. Balik lepas 12.30.. pi solat kat Darul Quran. Lepas solat menghadap NB... layan citer hantu dlm botol kicap & Misteri Jalan Lama -dua2 citer tak logik. Masuk maghrib... isyak di masjid. Patut ada kuliah, ustaz pun cuti juga. Balik seblum 9 mlm.. baru selesai MM Khairat... ada pulak siaran langsung RL 6. Anak 2 n menanantu & anak 3 balik dari Bangi. Layan RL akhir sampai 12 lebih...sambung pun citer kat TV2 .. tak tahan masuk 12.35 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 15, 2012

Mac 15

khamis -pagi ni keta myvi sampai.. salesman tu nak hantar semalam... malam2 nak check camne.. pagi ni boleh test drive sekali untuk kepuasan. Selain drp tu tak ada planning apa2 untuk hari ni... tak sesibuk semalam...itupun kalau pembeli tanah tak dtg nak tengok tanah di 2 tempat berasingan.... come what may!!! Keluar dari rumah ke sekolah pukul 10... singgah pasar dulu ongumah beli barang anak 5 nak buat bubur makan tengah hari. Kat pantry ada laksa... rasa2 kuahnya 2 mangkuk kecil sebab nak balik hantar barang2. Jurujual nak hantar MyVi.. tadi tunggu dulu sampai 11 lebih... lepas terang2 semua.. hantar dia ke stesen bas.. terus balik. Ingat selesai kerja... rupa2nya nak kena singgah BSN masukkan duit untuk anak 4 di UPM... singgah sekali kedai aksesori beli stiker tampal roadtax... singgah lagi kat sekolah pekena semangkuk laksa lagi. Balik rumah dah 2 lebih rupanya... sekali minta James tengok printer rosak sejak semalam... tak boleh print. Rupa2nya ada kumbang mati ..tu yang sekat paper tak mau masuk. Selesai sudah.. lepas zohor kemas2 dokumen.. buat tuntutan .. betulkan penyata jkkk.. bendahari asyik buat silap je...sampai asar. ...sampai maghrib. Isyak di masjid .. ada kenduri tapi tak pi sebab tak jemput personally. Jumpa bukan tak jumpa tapi tak dijemput.... pakai wakil2 je.. tulis kat papan putih. Dah sampai ruma..tak buat apa-apa..lepak depan tv je. Tengok tengok citer CHAOS... ditukar channel ISA... angkat kaki masuk tidur 10.30 mlm.

Wednesday, March 14, 2012

Mac 14

Rabu - awal pagi tadi hujan lebat...sekarang dah terang. Dpt mesej mlm semalam pagi ni ada press conference di pekan kkb... ptg ni ada mesy jkkk.. come what may!!! Keluar dari rumah awal sikit seblum 10.30. Singgah ke sekolah.. saja je nak jengok ..ada pulak JKR dan kontaktor padang nak serah peralatan sukan.. ambil gambar nak masuk blog. Sebelum 11 hantar keta nak cuci radiator yang dah berkarat... rupa2nya ada kebocoran. Kena ganti la nampakje..melayang RM750 lagi. Sementara tu ke press conference PR buka sekatariat.. depan bengkel tu je. Selesai 11 .30... singgah pasar beli buah untuk ziarah us dlm ward. Tunggu SU & Bendahari masjid..ambil kat pasar untuk ke hospital pun 1/2 jam. Elokla juga ngam2 waktu melawat sampai baru lepas 12.30. Boleh terus masuk tak perlu tunggu2. Ada pulak 2-3 orang yang kenal kat dlm wad tu. Lepas ni kena buat rombongan melawat hospital program ziarah bulanan. Balik ke rumah hampir pukul 1 . Lepas makan, solat zohor dah 2.30. Berjalan ke balairaya untuk mesyuarat JKKK... mula pukul 3,30ptg. Pekena nasi impit kuah kacang & kuih (baru 2 jam lepas makan nasi)... naik ke gula dlm darah ni. Selesai mesy 5.30 ptg.... minta KK hantarkan ke pekan ambil trajet.. balik solat asar. Sementara masuk maghrib buat kerja fotostat dokumen...paper pulak asyik jem... terus tak mau roll.. baru lagi printer ni dah buat hal.Lepas maghrib...isyak di masjid. Lepas tu terus ke rumah naqib usrah mlm ni di Tmn Desa Rening. Tunggu dia selesai tahlil di Dg Setia..dah 10 lebih baru mula. Dah mula lewat habisnya lewat jugala.. hampir 12 tgh malam.. pekena nasi lemak 2 bungkus.. naik lagi gula dlm darah. Selesai semua 12.30 sampai rumah....terus masuk tidur.


Tuesday, March 13, 2012

Mac 13

Selasa -cuti hari kedua... rasanya hari ni pun tak ke mana2... come what may!!!Lepas Subuh terus tertonggok depan NB.. selesai beberapa perkara utama. Dlm pukul 9 dapat call kata penyelia asrama dah masuk ICU kat Hosp Selayang. Org pejabat ajak melawat.. nak tumpang sekali. Siap keluar dari rumah 11 lebih.. sempat pekena bihun kat pantry. Sampai kat Selayang dah 12 lebih ... org pompuan je masuk tengok. Singgah makan kat cafe hosp... cadang nak terus ke hosp KL pulak..tapi dah pukul 2 lebih .. nanti jem lagi...sampai sana dah lepas waktu melawat. Terus balik kkb.. sampai rumah seblum 4 ptg. Lepas zohor.. sambung asar... sambung kerja. Lepas maghrib .ke masjid untuk isyak ada pula kuliah bulanan Us Zali... ada disebut pasal makanan tak suci kat kedai mamak. Pekerja dapurnya tak islam... tak jaga kebersihan dan kesucian... ada kisah uli roti canai pakai kaki.. kat restoran di KKB ni. Nasib baik tak rajin makan roti canai kat mamak.. makan capati je.. ok kot. Balik rumah dah hampir 10.. lepak depan tv sbelum masuk tidur 11 mlm.


Monday, March 12, 2012

Mac 12

Isnin - cuti bermula untuk 1 minggu. Plan nak ke KL ... nak settle urusan dgn bank tapi rasanya kaki ni tak kan tahan nak berjalan sana sini... nak bawa rehat je...come what may!!! Lepas subuh menghadap nb.. lulut sakit sikit2. Pukul 10 ongumha ajak ke kedai keta check bunyi2 bila koner. Singgah sekolah dulu.. bagi makan ikan la.. ada pulak kerja2 tebang pokok besar merosakkan bangunan berhampiran. Ambil gambar2.. update kat blog www.smkkkb.blogspot.com. Pukul 12 lebih balik rumah ingat nak singgah hantar notis kpd MDHS.. minta Ameer je dtg ambil kat rumah... dia pun selalu ada isu baru nak bincangkan. Lepas lunch solat zohor.. sambung menghadap nb. Selesai apa yang patut.. confirm tak jadi ke KL. Bawa ke asar.... baring2 atas kusandar.. terlelap sekali sekala. Anak balik dari kerja.. lepas maghrib ...ke isyak tak dpt nak buat kerja dah.. tengok tv je kejap sebelum masuk tidur 10.30 mlm.


Sunday, March 11, 2012

Mac 11

Ahad - keluar dari rumah lepas Subuh.. nak ke Kuala Selangor.. ada majlis serah surat perlantikan ketua kampung. Bas pelncong jiran sebelah rumah tapi tak tau pulak jadi ke masjid tempat tunggu tumpang jiran taman sebelah.. ahli masjid juga. Singgah ambi SU masjid kat rumah dah 6.45.. bas sampai pukul 7. Dah agak dah .. ada yang sibuk pesan tunggu 6.30pagi. Singgah kat Rawang minum pekena capati & radix. Sampai destinasi..9.30 pagi ada makan lagi.. mee & kuih. Masuk ke stadium tertutup KS.. majlis dah mula.. ucapan exco Dr yaacob Sapari. Lepas tu Dr Siddiq Fadzil..sedap ucapan dia.. pasal jati diri melayu.. kain basahan hanya ada pada orang melayu untuk tutup malu..sifat semulajadi orang melayu. Lepas tu Dr Nor Monuty apa tah... lepas 12 tgh anwr Ibrahim,,,,lepas tu Khalid Ibrahim..lepas tu serah surat lantikan kepada 386 orang.. berjam juga. berdiri nak ambil gambar hampri 1/2 jam baru sampai giliran Hulu Selangor. Selesai ambil gambar tengok hadirin semua dah hilang... semua dah cabut pi makan. Dah 2 lebih pun. Lepas makan singgah masjid KS solat jamak zohor-asar. Sampai KKB 4.45 ptg. Balik kado hajat.. ..solat asar semula... baring2...sampai anak kejut solat maghrib dah 8 lebih. Makan nasi lauk kari kepala ikan.. solat isyak... hadap nb kejap seblum nak sambung tidur untuk mlm ni...come what may!!!

Saturday, March 10, 2012

Mac 10

Sabtu - hah rehat berpanjangan hari ni.. tak ada plan nak ke mana-mana.. nak habiskan kerja dokumen dn surat menyurat,,,, come what may!!! Memang dapat pun... naik kematu bontot duduk atas kerusi kayu ni.. ongumah keluar nak belanja bebudak stpm lulus kertas geografi. Selesai juga laporan kerosakan .. nak sign pengerusi JKKK. Selesai buat surat mohon bantuan tukar bumbung masjid.. satu kepada penyelaras DUN, satu untuk jabatan warisan negara.Lepas zohor..makan.. asar.. bawa ke maghrib.. buat pula semakan daftar kariah masjid ampang pecah..sampai. Isyak di masjid.. nak jumpa orang2 tertentu... sembang2 bawah lampu sampai 10 lebih. Balik sambung sikit lagi kerja sblum masuk tidur lepas 11 mlm.


Friday, March 9, 2012

Mac 9

Jumaat - sejuk pagi ni .. semalam hujan lagi.. kat KL & Hulu Langat siap banjir kilat... dlm rumah tak banjir2 dah lama dah. Setakat lani tak ada apa-apa nak dikejar selain kerja tak siap... mlm je ada mesy kat masjid...come what may!!! Sistem lain ok... YES tak ok lagi... apa la minggu ni dah kali ke2.. malas nak repot. Pagi ni dah ada taklimat.... lalut sampai 8 lebih. Singgah pantry makan mee goreng... masuk bilik siapkan RPH... tak siap juga laporan kerosakan longkang.. gambar tak disusun susah nak cari..habis masa kat situ pulak... sampai waktu balik. Off lagi hari ni...perut tak sihat, Lepas zohor ke TM.. sign agreement beli MYWi. Balik dekat 6 ptg singgah pasar malam.. cari barang bekalan rumah dan makan untuk mlm ni. Lepas maghrib...isyak terus ke masjid besar. Rupa2nya tak ada mesy spt dijangkakan... dah tukar tarikh.. lantak le. Balik ingat nak siapkan laporan.. dah melopong depan tv pulak tengok National Treasure... sampai 12 lebih baru masuk tidur.

Thursday, March 8, 2012

Mac 8

Khamis - Hujan lagi pagi ni. Rasa tak sedap perut.. nak memerut tapi masa tak mengizinkan. Ada kelas waktu pertama ni walaupun exam mula kul 8. Tak selesa nak berkejar2. Sistem semua masih ok... yang tak brapa ok masih tak brapa ok.Kul 11 ada mesy jk pengurusan, kul 2 ada mesy sivik..come what may!!! Lepas keluar kelas, pi pekena nescafe semug... cicah biskut walaupun ada nasi lemak sponsor tak makan pun..terasa kenyang makan nasi semalam. Buat surat utk ARK ..faks.. selesai. Mula nak buat laporan longkang,jalan rosak..tapi gambarnya berterabur. Masuk kelas kedua..edar paper..keluar..terus ke mesyuarat jk pengurusan. Lari keluar pukul 1 makan nasi papkrik panitia sivik sponsor..masuk balik mesy.. selesai 2 lebih.. ada makan lagi nasi goreng siap kutip sorang RM10 utk tabung jk pengurusan. Tak makan pun mana boleh 2 kali makan nasi.. yang sekali ni pun tah brapa glukosa dah naik. Terus ke mesy panitia sivik pulak sampai 3 ptg. Ongumah ada mesy jk disiplin.. balik dulu hantar anak..solat zohor.. kluar semula pukul 4... singgah beli goreng pisang.. boleh juga makan2 minum2 kat pantry. Beredar balik dekat pukul 5... lepas asar ada orang cari.. sorang hantar quotation kerja baiki kerosakan kantin,.. sorang lagi dtg mengadu urusan peribadi dengan parti.. katanya nak join buat program menjelang PRU13. Dah tak sempat nak bukan nb nak siapkan kerja.. lepas maghrib ke asrama. Tak baca Yassin tapi buat betulkan bacaan fatihah budak2.. lepas isyak solat hajat. Singgah minum2 dgn ustaz, pengetua dan guru cemerlang jusa C kat Seri Melayu pekena kuihtiaw goreng n air barli.. kat situ sampai 10 lebih. Balik terus siap2 masuk tidur je sbelum 11 mlm.

Wednesday, March 7, 2012

Mac 7

Rabu - cuaca tenang pagi ni.. tak hujan tak panas.. mana nak panas baru 7 pagi.. gelap lagi kat luar tu. Ni katanya nak buat solat hajat untuk isteri pengetua yang sakit di hospital.. jap lagi.. ptg ni ada mesy pibg.. come what may!!! Sistem masih mcm biasa. Tak lama dlm bilik ni..seblum 7.30 dah tunggu kat surau nak buat solat hajat. Adal la juga dalam 10 orang lelaki je. Dalam pada tu ada call minta masuk relif.. slip tak dapat pun. Selesai je masuk ke bilik .. singgah kat pantry kirim makan kat PAR... pekena capati 2 keping. Tak sampai 1 jam rupa2nya mesyuarat PIBG pukul 10 pagi. Mula dengan makan2.. tak pi la sbb dah kenyang.. lagipun makan bihun dan cokodok. Mesy mula lepas 10.30.. habis 1.50 ptg... butiran di www.pibgsm3kb.blogspot.com Tak balik terus sbb nak habiskan lauk kat pantry lagi. Bergerak balik 3.30 ptg.. anak ada latihan main gitar apatah. Sampai rumah lepas zohor baru nak mula kerja dah kena ke sekolah semula 4.30 ptg ambil anak balik. Lepas asar menghadap nb... buat laporan kerosakan longkang n jalan.. kena hantar esok ni. Nak makan malam nasi tak cukup .. lagipun masih rasa kenyang.. ratah sayur, makan roti cicah sambal sotong. Lepas maghrib siap ke masjid.. ada kelas tajwid tak masuk kali ni sbb rasa mengantuk..n letih sikit. Baring2 dlm kereta sampai habis kelas tajwid. lepas Isyak terus ke mesy PASCAP... mula 10 mlm juga. Pekena cucur udang kuah kacang... selesai mesy 11.05.. balik masuk tidur seblum 11.30 mlm.

Tuesday, March 6, 2012

Mac 6

Selasa - kaki yang ok drp semalam tapi tak boleh bergerak pantas... takut terpeleot lagi. Ingatkan nak duduk dlm bilik je kecuali masuk kelas tapi dah dpt relif pukul 8.50 kelas tingkat atas pulak tu. Seblum tu masuk pantry dulu .. ada sandwich.. pekena 3 keping je. Ni dari dlm kelas relif ..bebudak baru habis kertas BM.. minggu ni UP 1.. tak mengajar le kan. Dek kerana dah ada kat kelas tingkat atas ni.. pas ni kelas tingkat bawah.. duduk sini je le sampai 11 lebih... come what may!!! Keluar drp kelas relif..masuk kelas sendiri..exam start 10.45.. minta student ambilkan kertas soalan. Keluar kelas ...masuk bilik.. masuk pantry makan nasi lauk tempoyak..pukul 12.30..pukul 1 ada kelas satu lagi. Lepas sekolah terus balik tapi tak terus sampai rumah. Singgah kedai kat gamelan..pusing balik kedai di pekan... singgah beli minyak motor anak pesan. Balik dah 3 lebih. Lepas zohor.. lepak depan tv.. hujan boleh tahan juga masa balik tadi.. siaran astro pun tak clear. Lelap tak lelap...sampai asar puul 6 ptg. Nak mula kerja dah nak masuk maghrib.... nak pergi masjid dah azan isyak..pergerakan masih slow.. kat rumah je la. Lepas tu baru dpt tengok siapkan surat2 untuk dicetak esok sampai masuk tidur 11 mlm.

Monday, March 5, 2012

Mac 5

Isnin - seminggu sebelum cuti... minggu baru bulan Mac. Masa berlalu dengan pantas, kerja je yang tak pantas sangat... ataupun mungkin tanggung kerja banyak sangat... come what may!!! Ke perhimpuan dulu.. banyak gambar nak diambil. Dah habis ambil gambar 4 acara..baru nak melangkah naik anak tangga ke tempat duduk, lutut ni bunyi meletup.. sakit tak boleh pijak tumit kaki. Lepas perhimpunan masuk bilik ..ada relif 11.10 nanti.. kaki makin sakit. Tak boleh berjalan tanpa tongkat. Minta izin ke hospital .. tanya pakar untuk kepastian sbb banyak andaian dibuat. Keluar 10.30 pg.. ongumah hantarkan.. selesai 11 lebih. Diagnosisnya.. ligamen kat lutut ni koyak. Nanti pulih sendiri tapi makan masa - 1 tahun mungkin. Doc bagi ubat sapu, pain killer...suruh pakai knee guard. Kira tak lama la kat hospital kalau banding pi awai2... tunggu kad..tunggu doktor.. tunggu ubat.. ni settle dalam 30 min. Balik dari hosp.. telan pain killer sebiji ..1/2 jm lepas tu dah kurang sikit.. dah boleh pijak ..tak perlu tongkat sangat. Sampai balik duduk dlm bilik.. layan RL 6. Sampai rumah dekat 3 ptg.. lepas zohor lepak dpn tv... kepala masih ada pening2 2-3 hari.. suspek cermin mata puncanya. Terlelap sekejap... perut rasa lapar.. pekena nestum. Tetiba tv ditutup... malas nak buka semula.. masuk bilik baring atas katil bawah kipas. Terlena sampai hampir 6 ptg. Lepas asar, lepak2 lagi.. tak ada mood nak menghadap nb walaupun kerja banyak blum settle. Bawa ke malam..makan malam sebelum maghrib..tunggu hujung2 sbb nak elak ambil wuduk 2 kali.. sambung isyak...mandi manda.. telan ubat...masuk tidur 10.30 mlm.


Sunday, March 4, 2012

Mac 4

Ahad - lepas subuh menghadap nb habiskan mm pascap.mma pascap. Lepas 9 pagi keluar pusing2 sampai 11 lebih. Balik lepas 12 baru ke rumah kenduri. Dari situ terus ke KL.. mul2 ke kramat ziarah auntie dan sepupu ongumah yang sakit kanser. Lepas zohor terus ke bangi-kajang hantar anak3 nak mula kerja esok. Ni parking dari aparmen Hentian Kajang...rumah sewa anak 1. Lepas ni nak singgah Kpg Baru pulak..mlm ni ada mesy dgn bentang longkang rosak..come what may!!! Bergerak dari Kajang dah dekat 6 ptg.. sampai Kg Baru dah nak 7... tak lama pun ambil barang je..bergerak semula ke KKB. Singgah maghrib di Petronas Sg Choh.. singgah Batang Kali makan..dah 8 lebih tak jadi le kejar ke mesy.. biar le Pengerusi dgn Ameer je yang pergi. Sampai rumah 9.30 mlm.. baring2 jap kat kusandar sampai 10.30. Solat Isyak ...masuk tidur 11 lebih.


Saturday, March 3, 2012

Mac 3

Sabtu - hari ni ganti sekolah lagi... nasib baik jadual hari Jumaat.. tak ada kelas kecuali ada relif. Tak cukup tidur lagi ni... pusingan dah bermula... boleh habis ke kerja2 yang tertangguh dan makin mendatang.. come what may!!!Tak nape hari ni habis 1/2 masa kat kantin... seblum masuk kelas relif 2 waktu sebelum balik. Lepas waktu sekolah, janji nak pusing2 cari jln lubang dan longkang pecah..hujan pulak dah. Baring2 sementaraa tunggu Ameer tak dtg2...lelap atas kusandar. Lepas asar pun tak keluar2. Nak ke masjid kepala rasa pening. Ada usrah di bukit sentosa tai dah last minit..tak kuasa nak pergi. Hajat nak masuk tidur awal.... jumpa pula data ahli kariah masjid...edit sampai pukul 11 mlm... tak selesai...henti je dulu..masuk tidur je.

Friday, March 2, 2012

Mac 2

Jumaat - 2-3 hari ni hujan sebelah petang.. lebat pulak tu. Pagi ni harap cerah la. Jap lagi ada program HALUS - harapan lulus untuk SPM di blk mesy. Biasala urus lcd.. persembahan..ambil gambar. Tapi kaunselor pun dah boleh uruskan.. tak tau le pagi ni dia nak rajin ka tak. Selain tu nak siapkan surat permohonan bantuan.. petang ada mesy khairat...come what may!!! Awal pagi dah pasang apa yang patut... serah pada kaunselor je..ambil gambar 5-6 keping, masuk ke bilik...sambil2 masuk ke pantry minum..makan nasi lemak & bubur pulut hitam. Habiskan masa dlm bilik je tak keluar merayau2 walaupun dengar isu berbangkit melibatkan guru. Biar dulu nanti akan tau juga duduk citernya. Balik siap solat Jumaat di masjid Darul Quran. Ke sekolah ambik ongumah.. balik siap2 nak ke mesyuarat khairat. Nasib baik pukul 3.30 ptg..singgah sekolah jap ada pisang sedang digoreng. Ke rumah SU tempat mesy..mula 3.30 ptg sampai 5.30 ptg. Mesy pertama... semua dijemput.. pengerusi tetap & timbalan, juru odit pun sama... isu2 lama dibangkitkan untuk pengetahuan bersama. Balik lepas asar mula create akaun email khairat dan webpage.. www.khairatkkb.webs.com Lepas maghrib terus tunggu isyak. Lepas tu keluar ke masjid kKB ada mesy lagi.. isu perlantikan nazir masjid dan mesy PASKAW. Habisnya 1.30 pagi... sampai rumah tak ada nak buka pintu... ada yang tengok tv.. lampu menyala tapi tak respond pun bila gate besi ditutup, keta dicuit berkali... tidur dlm keta sampai 2 pagi...tetiba lampu luar rumah ditutup..tekan hon la jadinya baru pintu terbuka. Masuk tidur 2 lebih.

Thursday, March 1, 2012

Mac 1

Khamis - dah masuk bulan baru... mlm jumaat... adakah petanda baik? Baik tak baik keasakan masa masih teras, sampai jadi blank tak tau mana nak buat dulu. Setakat lani hari ni ada 2 kelas sendiri..7.30 & 10.30. Slip relif akan sampai ... lepas tu nak siapkan banyak dokumen...lepas sekolah ada taklimat program esok...pastu come what may!!! Selesai dua kelas, selesai surat mohon sumbangan, selesai solat zohor. Malas pulak nak attend taklimat.. benda yang sama je.. dah dah tugas apa.. yang lepas tu bagi kerja tapi nama tak masuk dalam buku program. Esok tengok la camne pulak. Balik terus singgah bengkel... urus bayaran tukar arm rod ke apa ke.. singgah lagi cuci air-cond.. tukar filter..tambah gas. Balik dah dekat 3 ptg. Lepak2 depan tv.. tengok Bella.. tetiba ditukar channel...lelap sekejap..tukar channel lagi... last2 ditutup tv. Layan NB je...sampai masuk asar. Sambung lagi buat surat2 permohonan. Anak bawa balik nasi dan pelbagai lauk banyak la pulak.. jadi syorkan hantar ke masjid. Lepas maghrib hantar makanan ke masjid.. terus ke asrama. Lepas Isyak kat asrama - ada yassin, hajat, tazkirah sikit oleh Us Razlan - singgah ambil peralatan kat masjid Ampang Pecah. Satu lagi yang kurang senang.. pinggan tak dikeluarkan... jadi jemaah semua bungkus2 je. Lepas tu depa pi kenduri pulak...tapi habis juga semua lauknya. Dah dekat 10 mlm.. ada citer Merlin kat DIVA.. Ameer pulak dtg ambil dokumen jual rumah. Dah tu layan tengok Merlin sampai 11 mlm..masuk tidur je walaupun ada dokumentary Gerak gempa di Kobe, Jepun.