Tuesday, July 31, 2012

Julai 31

Selasa - Hari ni ulangtahun perkahwinan ke 29.. dah bagi kain sebagai hadiah... tak pernah miss lagi dah 29 kali. Cuaca sejuk ..semalam hujan sejak petang jadi tak panas sangat. Baru sebut2 panas 3-4 hari tetiba hujan pulak semalam. Sistem ok.. speedtest 869/940k.. YES 16/4M. Apa nak buat hari ni.. come what may!!! hari ni kelas 2 .. relif tak ada. Siap beberapa kerja..update blog.. portal asrama tapi akses slow guna YES juga. Balik ikut time biasa.. singgah bank update buku akaun JATIKAP. Lepas zohor browse itu ni.. hantar email.. buat draft atrucara iftor 9hb..sampai asar di masjid. bincang2 sikit lepas tu.. sampai rumah dah 6 ptg. Upload gambar cucu kat facebook.. dpt respond segera... dah nak siap ke masjid untuk berbuka. Balik kemas diri.. nak isyak & tarawih dgn anak2.. 2 2 tidur.. ke masjid je senang. Seronok juga tarawih imam baca surah2 panjang mcm hafiz tapi dia tengok quran besar. hari ni buat pulut kuning utk moreh.. sempena ulangtahun perkahwinan. Tarawih habis 10.30mlm.. ahlu tadarus keletihan.. jadi tadarus pun tangguh. Balik sebelum 11 mlm.. pekena kopi amal sambil browse sekejap.. masuk tidur seblum 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 30, 2012

Julai 30

Isnin - 2 hari je lagi dah nak masuk Ogos. Cuaca makin panas dari hari ke hari. Gangguan letrik sejak minggu lepas..berpunca tangki air overflow... air menitik atas meter letrik.. ada bau wire bakar. Minggu lepas TNB dah tengok.. apa tindakan ntah le... bukan tugas ana nak uruskan. Sistem ok.. speedtest 1.2/1M & YES 17.3/3.9M. Otak clear.. tak fikir apa2 nak buat harini.. come what may!!! Tak ada relif hari ni... habiskan masa kat dlm bilik ni.. update blog2 je habis 1/2 hari... portal asrama pun kena update. Tak tunggu lama waktu balik.. lepas zohor keluar cari bengkel nak betulkan ekzos. Kat KKB ni tak ada lagi kedai ekzos.. terpaksa ke Btg Kali.. depan SK Btg Kali. Teruk juga tapi tak teruk sangat... joint terkopak sikit... peti minyak hitam kemik sikit.. kira nasib baik tak sampai rosak & tak kena gearbox. Semuanya kena RM280 - masih guna ekzos lama ganti satu barang dan kerja welding. Citer punya citer... bapa mekanik tu nak cari tanah kebun... kalau ada sale boleh cover balik 280 ni. Balik dah 5 lebih.. lepas asar baca paper.. dah time nak siap ke masjid. Lepas berbuka.. maghrib balik ke rumah.. layan diri kat dalam tandas sampai masuk waktu isyak. Tengah tarawih badan rasa tak selesa betul.. letih teramat sgt. Selesai tarawih baring2 depan tv... (ongumah tengok Malaysia lwn Manchester City0 terus terlena sampai hampir 12 mlm.. masuk bilik,


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 29, 2012

Julai 29

Ahad - lepas sahor terus subuh... dah selesai mengaji  wirid.. masuk kat sini. Jap lagi 8 pagi letrik akan tutup sampai 2 ptg.. 8.30 pagi ada majlis penyerahan sumbangan raya di kedai 10 pintu TAP,, pukul 10 ada mesy sukan pasti as-sakinah... ptg nak pi berbuka di masjid kerling.. terima sumbangan moreh kerajaan negeri.. come what may!!! Pukul 8.30 org baru nak kumpul.. hampir 9 pagi YDP dtg teapi penerima cuma 2/7 yg hadir. Lepas tu buat hantaran ke rumah la yg tak hadir tu selesai 11 lebih. Tengah baca paper, ongumah & anak2 balik dari pasar. Dah ajak pulak pi memancing di Btg Kali. Dari 12 tgh ...lontar pertama kali dah dpt ikan haruan.. boleh tahan juga besarnya. Tak dpt tunggu sampai 3 jam (bayar RM25 sejoran).. sbb ada mesy jam 2. Terpaksa balik juga. sampai tempat mesy 3 lebih. Selesai mesy 4 ptg. Sempat lelapkan mata dulu sampai 5.30. Lepas asar .. siap2 ke masjid Kerling. Patut boleh selesai seblum azan maghrib.. tapi ada pihak yang lambat dtg bawa bahan sumbangan. Perut pula buat hal ... 8 hari tak ada apa..hari ni penyakit lama dtg balik. Kado hajat dulu.. maghrib pun sorang2. Lepas tu sambung majlis sambil makan2 lagi. Dah terima cek sumbangan terus balik kkb. Ngam2 azan isyak.. tarawih kat rumah juga. Jam 10 ke masjid untuk tadarus.. sampai 11 lebih. masuk tidur 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 28, 2012

Julai 28

Sabtu - baru rasa normal.... lepas subuh, lepas mengaji, lepas..tgh wirid terlelap sekali dua... terus lelap btul2 dlm bilik sampai 10 lebih... apa pengisian hari ni..come what may!!!Baru nak online, beras dtg nak ajak ke SLim River.. cari sedara & kawan lama kat sana. Bergerak 11 lebih.. sampai Kpg Slim... berkenalan dgn sedara sebelah ongumah di sana-Pak Tam... rupa2nya broker tanah (kira ngam la nak cerita).. jumpa bekas cikgu kawan lama beras (kaki buat rombongan keluar negara). Sembang2.. lepas tu pi tengok tanah kebun 2 ekar nak jual RM100K.. pokok2 buahan tua.. ori kampung punya. Redah masuk ke kebun tu jalan batu besar2.. tersagak eksos trajet.. dah bunyi mcm motobot. Singgah di pekan kpg Slim beli petai -RM2.50 5 tangkai. Balik ke rumah Pak Tam dah 2 lebih.. solat zohor dulu baru bergerak balik. Singgah beli cempedak jualan tepi jalan - sebiji RM15 besar punya.. longgok 6 biji RM10.00. Sampai rumah dah 4 ptg. Lepas asar terus ke pekan nak edarkan kurma... kurmanya sikit je -tak sampai 100 bekas... sekali diedar jus buah2an dlm botol. Tak kuasa nak tunggu lama2.. terus balik. Cari kedai walding semua dah tutup. Sampai rumah siap bekalan berbuka di masjid. Lepas maghrib balik.. tarawih di rumah dgn anak2. Gi semula jam 10.. tadarus selesai 11 lebih juga jadinya. Balik masuk tidur sebelum 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 27, 2012

Julai 27

Jumaat - Salam Jumaat pertama bulan Ramadhan. Alhamdulillah cuaca masih cerah, nyawa masih ada. Sistem pun ok tapi punch card tak ada letrik sebelah sana... kat sini semua ok. Speedtest 859/906k.. YES 21.7/4.1. Ada benda kan kena selesai hari ni... come what may!!! Relif ada 2 kali 10.30 & 11.50.. diantaranya waktu tu selesai RPH.. sikit2 TK.. sikit2 dokumen untuk mesy ahad ni sampai waktu balik. Sempat ke masjid seblum khatib naik mimbar... balik singgah ambil bunting, ambil oradtax keta merah, singgah beli hose 30meter, shower dan sabit kelapa&batang. Sampai rumah habis masa pasang hose - sekali siram pokok kul 4 ptg.. ganti shower sampai terlepas nak ke masjid untuk asar. Lepas solat asar James hantar printer- ada guru order - dgn dia kait kelapa guna pengait baru... siap kupas kelapa sampai 7 mlm. Bersiap untuk berbuka di masjid...anak 3&4 balik dri Bangi. Isyak& Tarawih di rumah... lepas tu ke masjid untuk tadarus sampai 11 lebih terus masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 26, 2012

Julai 26

Khamis - cuaca dah mula nak panas... dah beberapa hari tak hujan lagi. Sistem masih ok. Speedtest 1.0/933k & 16.5/4.2 (YES). Nak sambung lagi kerja semalam tak selesai, ptg ni ada mesy jk asrama pulak.. come what may!!!Masuk kelas pertama .. edar kertas ujian jam 8... sambung kerja TK kat bilik.. ada pulak yang ajak ziarah jenazah di masjid. 9.30 keluar menuju ke masjid... org dah bawa ke kubur. Sampai di kubur org dah siap kebumi... tgh berdoa. Balik ke sekolah sebelum 10... 10.30 ada kelas.  Edar kertas untuk ujian 11 pagi pulak. Lepas tu terperap dlm bilik sambung lagi kemas fail TK sampai waktu balik. Sampai rumah zohor dulu.. keluar semula ke mesyuarat Jk asrama di asrama. Selesai 4 ptg.. terus balik. Baca paper sebelum solat asar. Lepas mengaji/wirid.. kena siram pokok dah 2-3 hari tak hujan. Getang pula buat hal..tak sempurna siramannya...habis masa nak betulkan getah paip tapi bahan ganti tak ada. Dah 6.30.. siap bekalan untuk berbuka di masjid. Lepas maghrib balik siap2 untuk tarawih di asrama... Us Wan Nor ada slot mlm ni di asrama. Selesai 10 lebih.. balik singgah masjid untuk tadarus... start lewat depa ni...dah hampir 11 mlm baru 5 orang baca... akhirnya habis lepas 11 mlm.. sampai rumah kemas diri masuk tidur lepas 11.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 25, 2012

Julai 25

Rabu - katanya hari ni gaji..kalau ada alhamdulillah..kalau tak ada.. ada gua kisah!!! Hajat semalam tak kesampaian.. terjada 2 pagi..tidur balik sampai terjaga semual 5pagi... yang pukul 3 punya bunyi tak dengar langsung. Cuaca pagi ni tetap cerah, nyaman dan tenang di awal pagi ni. Sistem ok.. speed YES dpr 16M/3.3M. Sdg tunggu relif.. mesti ada punya.. tapi tak kisah pun sbb bebudak tgh periksa. Untuk seterusnya hari ni..come what may!!! Tak ada relif pulak hari ni. Habis separuh hari mengemaskini fail Tabung Kebajikan - dek kematian Bendahari. Lepas sekolah ada LADAP.. tapi hantar anak 5 balik.. zohor sekali. Dtg semula ke sekolah 2.30 lebih.. masuk sekejap LADAP ambil gambar... pastu sampai 4.30 sambung kerja Tabung Kebajikan. Balik lepas asar pun dah 5.30 ptg..dpt khabar sorang kenalan -Fauzi ayam -meninggal dunia. Semalam baru nak hantar bubur lambuk kepadanya..tapi dengarnya dah masuk wad... harini dah tak ada. Keluar semula ke kedai beli beras.. singgah ambil bubur lambuk.. balik dah 6.40 ptg. Siap bekalan... keluar ke masjid berbuka.. ramai pulak harini.. tambah 3 orang.. makanan pun banyak. Balik lepas maghrib... tarawih di rumah je dengan ongumah, anak 2 tidur lepas berbuka. Selesai dlm 30 minit je. Kul 10 ke masjid ..tarawih pun dah selesai... lepas tu zairah jenazah dah ada kat rumah. Balik rumah sebelum 11 mlm.. terus masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 24, 2012

Julai 24

Selasa- gaji belum masuk ..katanya esok.. tapi tak kisah tu. Cuaca tenang dan nyaman pagi ni. Sistem ok.. speedtest 900/957k - YES 15.3/4.1M. TRAJET tak siap semalam... boleh siap petang ni kot.. come what may!!! Relif masuk... 4 waktu + 2 waktu sendiri= 6 harini. Tidak kisah pun.. masuk kutip kertas..bebudak peksa. Dpt call dari KAH Bintang trajet dah siap. Lepas sekolah 2 lebih.. singgah rumah solat zohor.. keluar semula ke KL. Perjalanan lancar... spt dirancang sampai jam 4 ptg. Ambil je tak tunggu lama2-- tak citer banyak2.. bayar = 0. Kali ni sensor & wiring dicheck. Bergerak balik sampai rumah hampir 6 - singgah TDBB jumpa ustaz urusan jualan tanah, singgah masjid ambil bubr lambuk.. hantar kat rumah jiran lama di Tanjak. Lepas asar lepak sekejap je... dah kena siap bekalan berbuka di masjid. Bawa pergi mee goreng,, bawa balik kuih2 & mee bungkus + pisang. Balik untuk siap2.. keluar semula 8.30 mlm ke masjid untuk Isyak +Tarawih+Tadarus. Moreh=bubur caca. Selesai urusan 11 lebih.. sampai rumah tumpang kawan.. isi rumah tak tidur lagi.. tengok boleh MsiavsArsenal. Tak kuasa nak tunggu masuk tidur 11.30 lebih. Pasang niat nak tahajud.. set time 3 pagi.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 23, 2012

Julai 23

Isnin - cuaca tenang pagi ni... Ramadhan bulan ni bulan sejuk... hujan turun tak tentu masa - alhamdulillah. Sistem ok.. speed dpt 553/966 YES 16/4M. Hari ni dpt je call kena pi KAH Bintang.. ambil TRAJET hantar accent pinjam... come what may!!!Awai pagi dah ada relif.. nasib baik juga. Lepas perhimpunan ada yang nak jumpa pelajar ting 3.. habis hampir 1 waktu.. pastu pel lelaki tak ada dlm kelas... duduk baca buku je KESALAHAN2 DLM IBADAH SOLAT. Perbezaan pendapat mulai dikesan - i. ada ustaz kata bacaan bangun dr ruku' kena baca penuh.. buku ni kata sambut bacaan imam.. rabbawalakahamdu. ii. lepas bacaan fatihan jgn ada bacaan selain Amin.. nak kena tanya ustaz semula ni. Hari pun berlalu pergi...tiada panggilan drp KAH Bintang.. trajet tak siap lagi la tu. Sebelum balik ada taklimat pasal PBS.. selesai hampi 3 ptg. Lepas zohor keluar semula ambil anak 5 kat tempat tusyen. Sementara tunggu asar tersenguk sekejap atas kursandar. Asar di masjid.. ingat nak hantar bubur lambuk kepada sahabat yang kena stroke .. tak ada pulak hari ini buburnya. Balik browse sekejap berita online... dah nak masuk maghrib. Siap2 bekalan.. ke masjid 10 minit sebelum azan. Balik lepas tu.. siap2 untuk ke masjid semula ..isyak, tarawih & tadarus.  Selesai agak awal berbanding semalam - sbb imam dinasihat baca surat pendek masa tarawih. Moreh nasi goreng - sama dihidangkan masa berbuka tadi. Boleh mula tadarus cepat sikit sbb tak buang masa makan & sembang. Selesai tadarus sebelum 11 mlm. Sampai rumah 11 lebih sikit.. masuk tidur sblum 11.30. - minum kopi makan kek la pulak.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 22, 2012

Julai 22

Ahad - baru lepas khatam quran untuk tahun ini. Bangun 4 pagi.. buat apa yang patut.. 5.15 sahur.. subuh di rumah dengan ongumah & anak 2... tahlil sudah... mengaji pun sudah. Parking kat sini jap... lepas ni nak ke pasar... mata mengantuk... come what may!!! Lepas dhuha pi pasar.. dari pasar singgah 3-4 tempat hantar dokumen. Balik dah 11 lebih. Baca paper sampai nak masuk waktu zohor.. pi masjid. Balik lelapkan mata sampai nak masuk asar.. pi masjid lagi. Balik dah 6 lebih.. sambil tunggu berbuka buat apa yang sempat.. siap bekalan ke masjid.. kurma&buah potong. Bawa balik laksa 7 kuih. Siap pula ke masjid semula untuk isyak & tarawih. Lepas tadarus - mlm ni 11 lebih sbb tarawih habis lambat - masuk tidur lepas 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 21, 2012

Julai 21

Sabtu - SELAMAT BERPUASA - hari 1 Ramadhan... melaporkan dari KAH BINTANG lagi. Semalam terjaga 3 kali... sekali bunyi dentuman atas bumbung pukul 2.20 pagi.. dpt tahajud sekali. Kali kedua jam 4.47.. dengar bunyi motor scrambler... rupa2nya dengkuran ongumah,,, kali ke3 bangun sahur jam 5 pagi... subuh bersama ongumah & anak 2 di rumah.. mengaji sudah..wirid pun sudah sbelum siap  untuk ke sini. Ni sampai bila nak duduk di sini.. come what may!!! Bawa NB tapi tak bawa charger.. semalam anak 5 guna sampai habis power bateri.. tengok tv je ssambil terlelap sekali sekala. Seperti dijangkakan bila hampir time nak tutup kedai dibagitau keta tak boleh siap.. masih ada yang perlu ditengok.. kena tinggal. Boleh je kalau ada keta ganti... dibaginya accent hitam. Bergerak balik sebelum jam 1 dan sampai rumah 2 lebih. Lepas zohor lepak atas kursandar.. terjaga sebelum masuk waktu asar... sambung lelap sampai 6 ptg. Lepas asar...lepas mengaji.. lepas wirid.. siap bekalan nak berbuka di masjid. Sampai 10 minit sebelum berbuka atas meja mcm2 juadah ada - kuih muih, mee goreng & bubur lambuk. Lepas maghrib balik ke rumah dulu untuk mandi manda.. ke masjid semula 8.40 mlm. Lepas tarawih... moreh kononnya mertabak tapi tak nampak sbb habis ditala bebudak.. biarle rezeki mereka... mkn sebiji kuih sagu.. pastu mula tadarus sampai 11 mlm. Sampai rumah ingat nak masuk browsing tapi connection tak ada.. masuk tidur je sebelum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 20, 2012

Julai 20

Jumaat - bangun pagi badan rasa tak sihat - dalaman - sbb tak kado hajat semalam gamaknya. Selepas melepas rasa ok pulak. Sampai sekolah lepas 7 pagi tapi masih awal. Sistem ok .. speedtest dpt schoolnet 1.8/908 dan YES 15.3/4/2. Baru dengar ERA pagi ni sembang pagi tajuk fanatik bola. Ada pemanggil pompuan seorang ni kata dia tak pernah miss tengok bola walaupun SUBUH... LANTAK PI..katanya. Maknanya dia tengok bola pukul 4 pagi sampai SUBUH pun LANTAK PI..sampai mcm tu sekali.. jawabla kat dalam sana nanti ye wahai pompuan. Tersusun kerja nak segera dibuat... come what may!!! Tengah buat kerja pun kena jalan sana sini..jumpa guru tu guru ni.. masuk pantry makan kuih2 je. Baru nak mula kerja balik ada jemputan makan2 di bilik guru. Baru lepas telan ubat.. tak dpt makan pulut kuning.. mkn buah..dan rojak buah je. Balik ke bilik nak siapkan RPH.. dah 2 minggu miss sbb minggu lepas 3 hari tak ada kat sekolah. Sebelum balik makan rojak lagi.. nak lawaskan perut. Hari ni sampai awal ke masjid... masa tgh azan... baru dpt ayam kot.. tapi ok la sebelum khatib mula khutbah. Masa nak balik tu keta buat hal... masuk gear enjin mati.. dah tu semput2. Tapi sampai juga kat ruma.. lepas ambil ongumah kat sekolah. Rehat sekejap keluar semula gi tengok keta merah pulak kat bengkel,,, dah 1 tahun 4 bulan kat sana. Enjin dah ok... mekanik tu kata tak kena caj..& nak cat free lagi... cuma minta ganti 2-3 barang dlm RM370/-. Dia minta hutang dia RM300... langsaikan dulu. Lepas ni nak kena ambil roadtax dah 4 bulan mati. Balik ke rumah sebelum azan asar... sempat ke masjid.. lepas tu tengok2 sikit itu ini. Balik dah  6 ptg. Baca paper... edit bahan tazkirah... dah masuk maghrib. Lepas tu ke masjid untuk isyak dan tarawih. Pukul 10 lebih dah balik ke rumah... tengok Harry Potter kat TV2 jap..ntah  apa2 citernya.. masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 19, 2012

Julai 19

Khamis - awal pagi tadi dpt berita menantu dah masuk labour room... pagi nanti bersalinla kot... jadi atok la ni. Baru lepas masuk kelas keluar kelas..ada lagi 1 kelas, pastu nak ke hospital Serdang.. come what may!!! Selesai urusan kerja... 11.30 balik singgah kat rumah dulu sebelum bergerak ke Serdang. Sampai dlm kul 2.. solat zohor dulu. Bersalin sudah jam 10 pagi tapi masih di dewan bersalin sbb wad tak ada kosong. Sementara tunggu gi makan dulu kat cafeteria hospital.. makan ok juga pelbagai pilihan. Harganya - tak ada nasi, keli goreng sekor, nenas peceri sekeping,rebung sikit, tauhu goreng 2 (besar punya) & kentang goreng =RM8.50 -mahal kat tak? Akhirnya lepas azan asar baru dpt pindah ke wad tingkat 5. Tok tek tok tek kat wad sampai 6 ptg. Lepas solat asar bergerak balik. Trafik jem boleh tahan juga -tapi tak la sampai sangkut... cuma bergerak perlahan. Sempat singgah maghrib kat Petronas Rawang. Keta nak buat hal lagi. Baru melayang RM1K... kerosakan yang sama masih berlaku. Singgah pulak kat Ulu Yam Baru..tepi jalan utama je. Pekena bihun sup sepinggan, tomyam semangkuk, roti 2 keping, sup ekor semangkuk, barli halia segelas, air halia segelas & limau ais + bungkus nasi kosong & 2 bungkus paprik - satu sbb ada udang (anak 2 tak makan udang)..buat satu lagi (tak sedar pulak ada sotong)= RM33.00 - mahal tak? Sampai rumah dah 10 mlm. Lepas isyak terus masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 18, 2012

Julai 18

Rabu - suasana masih tenang. Sistem masih ok... pelik juga speedtest harini schoolnet 1.2/898 dan YES 22.5/4/08... menara kat SMKAP dah on ka kot? Banyak benda nak siapkan hari ni ..mesy TK, bahan tazkirah, pusing2 jumpa guru....come what may!!! Masuk kelas keluar kelas...termasu relif sekali. Kelas akhir 1.10.. lepas tu terus balik. Ongumah dtg balik sekolah utk koku... ingat dapat la nak tidur petang.. tapi lepas buat itu ini... browse cari bahan tazkirah jumpa banyak bahan motivasi.. save sampai 7 mlm. Bersiap nak ke masjid kerling.. lepas maghrib ada mesy sikit pasal nak buat majlis serah peruntukan moreh oleh DUN KKB. Lepas isyak balik terus singgah masjid ampang pecah.. ingat ada makan2 lepas kelas tajwid... tapi tangguh malam esok. Sampai rumah dah 10 lebih.. lepak2 tengok tv masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 17, 2012

Julai 17

Selasa - rasanya semalam hujan.. pagi ni tanah basah semacam. Cuaca pun tenang je. Sistem ok... speedtest dpt 1.1/279 schoolnet/ 3.7/2.7 YES... 4 hari tak ada kat sekolah banyak nak kena cover balik.. come what may!!! Semuanya ok kat sekolah sampai waktu balik.. cepat betul masa berlalu.. sempat pekena lempeng oat 7& bihun goreng... bacaan gula masih lebih 10 awal pagi tadi. Balik mcm biasa...lepas zohor browse cari bahan tazkirah. Pengetua ajak ke hopsital selayang lawat Mr Bala mantan CC sekolah yang sakit terdampar atas katil.Bergerak dari rumah 4 ptg.. singgah masjid ulu yam solat asar. Sampai hospital 5.30 lebih... bergerak balik 6 ptg.. sampai rumah seblum azan maghrib. Lepas maghrib..tunggu isyak..lepas tu 9.lebih dah masuk tidur.. keletihan luar biasa dan mata belah kanan rasa tak selesa.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 16, 2012

Julai 16

Isnin - melaporkan dari KAH BINTANG. jln ipoh. Hantar TRAJET untuk checkup dek gangguan kelancaran perjalanan disyaki berpunca daripada fuel pump. Bertolak dari KKB selepas hantar ongumah dan anak 5 jam 7.15 pg. Dilindungi Allah selamat sampai kat sini jam 9 lebih... tanpa sangkut2 mcm semalam. Ni tgh tunggu keta dibaiki...sampai bila??..come what may!!! Punca masalah dah diketahui.. fuel pump problem. Ni tunggu order spare part.. katanya petang baru sampai. Tunggu juga la nak buat macam mana. Zohor kat surau tingkat 3.. pastu singgah cafeteria pekena kuihtiau sup sayur. Sambung la browse nb.. tengok 1/2 citer mael lambung.Kul 4.30 keta siap... terus balik. Jalan clear- alhamdulillah sampai rumah seblum 6 ptg. Lepas asar lepak2 je... siap untuk ke masjid. Ada kuliah Us Yusry - 2 perkara melekat di hati. Tau tak Nur'ain adalah nama bidadari syurga yang menanti orang yang rajin bersihkan masjid - tandas, taik cicak,sampah. Tau tak 4 orang yang tidak akan diterima doanya semasa Lailatulqadar - peminum arak, derhaka ibubapa, putuskan siratulrahim sesama saudara islam & tidak tegur sapa selama 3 hari sesama Islam. Aduh... ni yang nak kena jaga... selalu nak kena eratkan persahabatan, selalu nak kena minta maaf. Perkara1- rasanya selamat setakat ni.. memang tak minum. Perkara 2 dah berlalu - kalau ada pun masa dulu sedang cover balik dgn tahlil setiap hari lepas Subuh.. harap diterima amal kebajikan. Selesai solat isyak lepas 9 mlm.. duduk bincang2 sikit dgn SU, Bendahari & Siak Ramadhan. Balik rumah dah 10 mlm.. tengok tv jap seblum masuk tidur 11 mlm... minum kopi makan kek lagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 15, 2012

Julai 15

Ahad - lepas subuh sarapan roti canai. Lepas tu diminta sidai kain.. tapi kain semalam belum kering betul. Bega keta... cuci enjin luaran pakai minyak petrol.. bersih dah bahagian atas. Lap & polish bahagian depan, pintu kanan. Tompok2 hitam kesan kena langar keta lain pun hilang lepas hampir 1 tahun berbekas kat situ. Ni nak bawa trajet jumpa mekanik kat Btg Kali..pastu tu nak ke rawang..ke NAGOYA..nak cari sample kain batik untuk KESTAF...come what may!!! Sampai kat btg kali, bos mekanik belum sampai..tunggu tak lama dia sampai. Tengok2 dlm nb je...dia syaki masalah fuel pump..tapi dia mengaku tak tahu kat mana bendaallahnya sbb tak biasa dengan trajet. Minta di scan masalah sebenar tapi sibuk nak selesaikan keta kekawannya dulu. Janji petang ni... bergerak ke Rawang.. mula-mula ke NAGOYA.. beli kain2. Lama juga kat situ tapi bile start keta mula semput2. Singgah pula kat kedai perabot JATI dekat2 situ juga. Lepas buat deal ..ongumah beli set perabot, nak bergerak balik keta tak boleh start. Gi solat zohor dulu kat Petronas Rawang..jalan kaki tak jauh pun 200 meter adala. Lepas tu boleh start.....semput2 juga dlm perjalanan nak ke btg kali semula. Sampai jam 3 lebih... Amir mekanik tak ada kat bengkel..dia attend panggilan kecemasan kat AWANA. Tunggu sampai 4.30 tak balik2 juga. Balik je la... walaupun semput2 dalam perjalanan tapi tak pula kena berhenti lama... sampai juga ke rumah dlm 5 ptg. Sementara tunggu maghrib santai2 depan tv. Lepas tu ingat nak ke masjid tapi siap2 dah masuk waktu. Isyak kat rumah je. Lepas tu prepare barang nak bawa esok pagi nak ke Jln Ipoh semula sebelum masuk tidur sebelum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 14, 2012

Julai 14

Sabtu - saja je tak masuk awal pagi kat sini. Lepas Subuh tadi dlm 9 pagi ke pasar cari ikan tapi sebelum tu dpt la minum kopi makan kek. Balik dari pasar  baca paper sementara ongumah masak kari kepala ikan tenggiri nak bawa makan di UPM. Trajet dalam keuzuran... singgah servis center kat Rawang .. tak boleh buat scan untuk cari problem.. problemnya keta berhenti sendiri tgh jalan... masih berlaku walaupun dah tukar themostat..dah isi air penuh. Teruskan perjalanan servis center di Jln Ipoh. Dah hampir waktu tutup tapi sempat check pakai komputer.. themostat sumbat katanya. Aik baru yang tukar habis sampai RM200 tu apa? Terkena lagi dgn cina ni. Diminta mekanik sorang ni handle kes.. keluarkan themostat sebenar..sambung pipe getah untuk aliran air. Katanya mesti ok. Dia minta RM30 off rekod.. hulur RM50 tanda penghargaan. Teruskan perjalanan dengan konfiden..tetiba sampai kat istana lama terus mati enjin.. tak mau start langsung. Call jln ipoh dah tutup... call orang tu orang ni... lepas 20 minit..start ok..jalan sampai UPM... berhenti sekejap untuk angkut barang anak 4.. dah habis belajar kat UPM tu... terus ke Bangi rumah anak 1. Dapatle rehat lama sikit.. dari 4 lebih ..sempat zohor..pastu asar,, pastu lelap sekejap.. tengok2 dah 6.30 ptg. Bergerak balik... jem pulak kat tol sungai besi..habis masa 30 minit kat situ...alhamdulillah enjin ok sampai singgah di RnR Sungai Buloh utk maghrib dan isyak. Lepas tu terus perjalanan sampai rumah ..sekali dua je semput sikit.. sampai rumah 10 lebih malam. Lepas masuk sini nak masuk tidur la pulak.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 13, 2012

Julai 13

Jumaat - masih di De Palma -sesi akhir sebelum balik. Petang ni ada mesy alumni lagi..mlm ni ada mesy psakaw...come what may!!! Lepas sesi akhir pukul 11 hampir 12. Lepas makan tengah hari singgah masjid negeri untuk solat jumaat. Nasib perut dah kosongkan pagi tadi dan tgh hari tak makan nasi pun. Sambung perjalanan sampai sekolah 3 lebih. Masuk mesy alumni pulak sampai 5 lebih. Pekena laksa dulu... bawa bekal lagi yang lebihnya. Lepas maghrib dah tak terdaya nak ke masjid.. mesy PASKAW pun tak pergi. Nak masuk tidur awal... tapi print out draft banner.. tengok citer tv3 ja.. masuk tidur 11.30 lebih juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 12, 2012

Julai 12

Khamis - melapor dari De Palma Hotel Shah Alam....lepas subuh berjemaah.. terus sarapan- pekena mertabak, mee mamak, roti 2 keping,kuih 3 ketul - terus naik ke bilik kado hajat. Sambung kursus slot seterusnya 8.30 pagi.. come what may!!! Ok la pengisian dari pagi sampai malam. Petang tu ada slot public speaking... orang pertama keluar analah. Kena komen pasal tangan masuk poket, mata tak pandang kiri kanan - eye kontek... pengucapan kena slow..ulang2.. penegasan. Ok la tu. Slot malam DO dan YB Yaacob datang... nak sambung public speaking pun tak jadi. Lepas minum terus masuk bilik.dah 11 lebih. Tengok citer mean girls sampai 12 lebih baru lena.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 11, 2012

Julai 11

Rabu - sistem ok.. speedtest pun dah ok..schoolnet 1.3/915k & YES 10.0/1.5. Lepas siap kerja sikit nak ke hospital 10 pagi nanti.. pastu nak packing untuk ke DePalma Shah Alam ada bengkel... come what may!!!Sempat buat 2-3 perkara sambil pekena nasi lemak bungkus kat pantry. Lepas telan ubat ada pulak pengetua bawa nangka sebiji besar... pekena 5-6 ulas. Ngam2 pukul 10 baru ke hospital. Nak dapat nombor sekejap saja tapi tunggu nak jumpa doktor sampai 12 lebih. Ambil ubat pun sekejap je. Terus balik ke rumah sblum 1.. perut meragam semacam... lepas hajat sambil prepare laporan gotong royong tok 4 KKB minta. Lepas tu siap print.. siap solat zohor.. bergegas keluar semula ke sekolah. Cari nak singgah rumah staf yang dikatakan baru keluar drp hospital..tak jumpa rumah dia.. terus hantar dokumen lagi kpd Ameer untuk serahan malam nanti. Sampai ngam2 2ptg..ongumah tak balik ada koku.. kena hantar anak5 balik pulak. Balik ke sekolah tunggu Penghulu KKB untuk tumpang keta dia ke Kursus Transformasi Memperkasa Pentadbiran JKKK Daerah Hulu Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Sampai hotel ngam2 azan asar. Dapat bilik NO.319... time minum petang. Rupa2nya sesi dah bermula 2.30 ptg tadi. Tu la jadahnya... program tak dibagi awal2... tok penghulu pun relaks je. Lepas sesi tu 5 lebih... pekena cup cake 1 biji. Naik ke bilik .. nasib baik sorang sebilik ..setakat ni la. Bilik agak kecil utk 2 orang..katil 1 untuk 2 orang... kalau tidur berdengkur pasti terganggu. Lepas makan 6.30 ptg..naik maghrib..patutnya turun berjemaah kat surau tapi terlelap dari waktu azan sampai 8..berita dah mula kat TV3. Lepas maghrib turun ke surau untuk isyak berjemaah. Lepas tu masuk sesi ke2 sampai 10.30 mlm. Sebelum tu pekena kek coklat 1 keping, karipap pusing 2 biji. Sebelum tidur layan citer American Pai... lelapkan mata 12 lebih jadinya.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 10, 2012

Julai 10

Selasa -cuaca baik pagi ni.. sistem pun baik tapi tak dpt nak test speed YES sbb NB masih ada problem dgn flash... main video clip pun tak ada gambar pulak. Ni pagi ni kononnya ada senamrobik -semua terlibat - acara besar sekolah tapi tak dimaklumkan secara rasmi untuk liputan dlm blog... come what may!!! Baru nak masuk ke pantry, dpt berita sedih untuk sekian kalinya.. seorang lagi staf sekolah meninggal dek kemalangan kereta di Kuala Kubu Road - pembantu makmal Syed Adhar Syed Zin... juga bendahari Tabung Kebajikan sekolah. Segera buat kutipan kilat... habis 1/2 hari kat situ... ziarah kat rumah arwah. Katanya nak simpan awal tapi tunggu anak2 balik tangguh sampai zohor. Tak dpt tunggu lama.. serahkan kutipan & balik ke sekolah. Lepas kelas 1.10 - balik terus untuk zohor. Keluar semula ke Pasar Peladang- ada taklimat peniaga Pasar Ramadhan - ongumah pulak nak balik lepas mesy disiplin... hantar balik rumah.. singgah bengkel keta.. air cond senyap lagi. Tinggal keta kat situ jalan ke taklimat semula. Selesai sebelum 4 ptg... ambil keta.. puncanya air tak cukup. Ya le kot. Ke sekolah ambil barang2 semula.. ada pulak yang goreng cucuk bilis.. pekena 5-6 ketul. Balik dah 5 lebih.. buat backup dari pagi tadi..dah guna 2 DVD 4G... sampai ke rumah backup tak complete. Kansel je. Lepak2 lepas asar siapkan dokumen nak serah mlm ni sampai masuk maghrib. Pekena kuihtiau goreng sebelum ke masjid untuk isyak. Lepas tu terus ke brap untuk mesy pascap... pekena bihun goreng pulak. Selesai sebelum 11 mlm.. sampai rumah masuk tidur 11.20 juga jadinya.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 9, 2012

Julai 9

Isnin - lepas hantar ongumah & anak 5 ke sekolah.. balik rumah jap tertinggal borang check darah pagi ni kat hospital. Sampai kat hospital nombor blum keluar.. sempat baca SINAR. Selesai ambil darah dan balik ke sekolah sebelum 8.10. Bebudak baru habis perhimpuna. Pekena makanan sikit kat pantry....dah dapt relif 11.10 nanti.. come what may!!!Habis masa 1/2 hari troubleshoot nb ni..tak ada sound langsung sejak main dvd pakai clearfi ahad lalu. Gambarnya clear pulak tapi tak ada suara. Balik sampai rumah dah hampir 3 ptg. Lepas zohor keluar semula.. hujan mula turun. Mula-mula ke pejabat daerah ambil surat... pastu ke bengkel air-cond - tak dpt buat apa selagi air-cond tak rosak. Cari bekalan sikit sebelum ke sekolah.. angkut kayu2 buangan ongumah nak guna di kebun... sebelum 5 ptg tunggu anak 5 kat pusat tusyen. Sampai rumah dah 5 lebih..lepak sekejap sebelum solat asar.. tengok2 lagi nb ni punya masalah. Lepas asar troubleshoot lagi. Melalui forum online ada satu cadangan - reinstall program conexant high defination  audio & restart. Cuba try buat.. sambil sys restart keluar ke pasar malam naik moto dgn ongumah. Sampai kat pasar malam sempat beli air soya 7 jagung.. hujan mula turun. Bergegas balik... sampai ampang pecah tak hujan pun. Lepas maghrib ... tengok sound dah ok. Betulla tips yang dibagi online tu. Siap2 nak ke mesjid tapi lepas strika gamis.. masuk bilik air lawaskan diri...keluar dah masuk isyak. Kat rumah je la nampaknya. Lepas tu lepak depan tv sebelum masuk tidur 10.30 mlm. Tak makan kek sbb ABC.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 8, 2012

Julai 8

Ahad - selesai Subuh...wirid & zikir.. 8.15bersama Hj Shahril ke Dewan Dato Abd Hamid di Btg kali.. program himpunan paca. Katanya sampai petang... come what may!!! Selesai program sebelum 1tgh - makan tgh nasi sayur campur ayam kari sambal belacan- sb je yang sedap. Balik sampai 2 lebih... lepas zohor ongumah suruh pansakan lauk.. deme 3 beranak pi memancing kat kolam mana tah. Kata nak balik 3 ptg... lelapkan mata sat sbelum asar. Bendahari nak jumpa lepas asar nanti - urusan upgrade masjid. Balik dari masjid lepak2 browse sambil tunggu maghrib. Isyak di masjid.. hujan renyai2 pi naik basikal. Lepas isyak terus balik.. tak tunggu2 nak sembang ka apa.. sampai rumah baru 9 lebih. Malas nak buka nb.. lepak depan tv sampai 11 mlm..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, July 7, 2012

Julai 7

Sabtu - banyak juga program hari ni.. tapi terpaksa akur ikut ke Putrajaya... come what may!!!Sempat login kat sini sekejap..dahtu siap nak keluar dari rumah. Destinasi pertama FLORIA = pesta bunga di PUTRAJAYA. Di situ sampai 2 lebih. Destinasi ke 2 singgah di Bangi rumah anak.. solat dan lelap mata sekejap. Bergerak ke destinasi 3 - rumah kakak ipar di Damansara - sampai lepas 4.30 ptg. Ada mesy keluarga ongumah... makan2 petang dan beredar ke destinari 4 - Pesta Buku Shah Alam - hampir 7 mlm. Tinggalkan ongumah & anak2 di situ untuk ke stesen petronas solat maghrib. Hampir masuk isyak dah mula beredar balik... singgah kat r&r hampir Rawang.. solat isyak....sampai perjalanan.. singgah makan di NUSANTARA - btg kali Lokasi baru yang agak menarik- hiasan salam suasana kampung tapi makannnay bagak... mangkok /pinggan besar semuanya.. bayaran bagak juga..semangkok kuihtiau sup RM5.50... nasi goreng sepinggan RM6.50 - 4 orang makan RM35.00. Sampai rumah hampir 11 mlm.. anak 2 ke Pangkor dengan boss jepunnya belum balik. Masuk tidur 11 lebih ..terus pengsan.....

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, July 6, 2012

Julai 6

Jumaat - hujan lagi awal pagi tadi... tapi lani dah seriat. Cuaca tenang dan nyaman mcm KKB 30 tahun dulu... jap lagi matahari naik panas balik jadinya. Duduk dlm bilik server ni masih terasa mcm atas kat Fraser's Hill juga. Sistem ok.. tgh buat speedtest schoolnet .. tak stabil betul.. mula dpt 3M..pastu 500k...lepas kali ke 5 dpt 2.3M balik ..apatah..upload biasa le tak lebih 1M...akhirnya ambil 2.3M/992K.YES masih tak boleh nak test.. app masih tak fungsi. Ptg ni ada mesy ALUMNI.. makan2 kat pantry - pulut durian, roti jala. tok tek tok tek habis masa kerja.. balik sebelum 1. Tak sempat nak ke masjid... zohor je kat rumah, Keluar 3 ptg.. singgah pos office. Patutnya ada nak jumpa DO tapi dia Mc... pegawai lain pun tak ada kat opis Memang pun ada mesy alumni.. jadi ke sana saja. Pekena lontong dulu sebelum masuk mesy. Tamat 5 lebih.. bawa balik lontong 3/4 tabung. Lepas asar browse lagi tunggu maghrib, Lepas maghrib ke asrama jengok program rabbani... sambil download bahan wayang pacak. Isyak kat asrama... bergerak balik 11 mlm,..terus masuk tidur.. mata tak tahan sgt.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, July 5, 2012

Julai 5

Khamis - Cuaca sejuk pagi ni sbb hujan lewat ptg smlm... mungkin juga pagi tadi hujan. Sistem masih ok..spt biasa .speed schoolnet dpt 1.2/ 754.. YES tak dpt test ..app tak function. Ptg ni ada mesy JATIKAP... come what may!!!masuk kelas keluar kelas sampai balik. Rehat sekejap sampai 3 ptg. Ke mesyuarat di TDBB sampai 5.30 ptg. Balik lepas asar tunggu maghrib. Lepas tu ke masjid untuk Isyak.. lepas isyak ke rumah kenduri tahlil. Balik dah 10 lebih... tak buat apa lagi terus masuk tidur je.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, July 4, 2012

Julai 4

Rabu - pagi ni nak ke bengkel verifikasi peralatan ict di PKG KKB.. seblum tu nak hantar keta kat kedai.. termostat air con belum diganti. Cina tu pun satu hal.. dah cakap hari Isnin suruh order.. patut semalam petang hantar tinggal pasang je.. ni tak baru nak order.. tak percaya la tu!!! Ptg ni ada koku-- datang ke tidak..mlm ni kat masjid ampang pecah ada mlm nisfu syaaban.. kali pertama nak buat baca Yassin 3 kali  seperti yang sepatutnya....come what may!!! Lepas selesai kerja kat sini..keluar dari sekolah 15 minit seblum 8 pagi. Singgah hantar keta ... jalan kaki ke PKG. Sesi bermula 8.30 pagi dengan bla bla bla ...berhenti minum kejap..pekena mee goreng mamak & 2 gelas teh tarik. Dtg nak jadi pesert tapi Cikgu Saemah (speaker jemputan pagi ni) jemput duduk depan.. bagi ruang bercakap sikit. Lepas tu slot nak dapat SSQS 5 bintang dan pengurusan fail dikendalikan oleh Cikgu Saemah (SMK Ampang Pecah). Minta diri hampir 12 tgh ..hadir mesy di TDBB. Selesai 2 lebih makan di Kedai Kek KKB. Balik rumah dah 3 lebih.. kado hajat perut meragam sbb makan kuihtiaw kari tadi. Lepas zohor lepak2 tunggu asar... lepas tu ke sekolah ambik ongumah & anak 5 balik dr koku. Singgah kedai..sampai rumah dah 6  lebih. Lepak depan nb sampai 7 mlm. Siap untuk maghrib di masjid.. ada program mlm nisfu syaaban. Alhamdulillah sambutan ok juga..tak le tinggal 9-10 orang yang biasa2.. ada juga muka2 baru yang hadir - adalah 6-70 orang. Selesai kemas2 sampai rumah 10.30 mlm. Bawa bekalan balik mcm2 ada..tapi semua dah tidur.Tengok tv sekejap sebelum masuk tidur hampir 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, July 3, 2012

Julai 3

Selasa - sejak semalam hujan.. pagi ni tanah basah. Sistem tak brapa ok... schoolnet ok..YES problem.. yang kat dlm bilik server. Troubleshoot dah dekat 20 30 minit..tetiba boleh akses.. dia detect yang kat mana pun tak tau.. janji masuk.. come what may!!! Dapat 2 kelas relif.. dua2 ada guru kat dalamnya. Masuk keluar kelas sendiri mcm biasa hari selasa.... selainnya kat dlm bilik ni. Akses YES tergendala. Try switch pakai schoolnet..ada yang boleh ada yang tak boleh. Buat report 10 lebih.. ok dlm 12 lebih. Lepas sekolah terus singgah rumah bendahari.. singgah pekena laksa kat stall tmn damai tu. Balik dah 3 lebih..lepas zohor keluar semula ke bengkel keta. Masalah air-cond.. katanya pasal termostat.. dah cakap nak hantar hari ni. Sementara tu ke bank keluarkan duit JATIKAP. Dtg balik tengok barang ganti belum ada... tak order la tu semalam..hampeh betul. Anak 5 dah nak minta ambil kat sekolah.. habisnya janji hantar esok pagi je le. Ke sekolah nak ambil anak 5.. dia dah sampai kat rumah. Singgah kedai ..sampai rumah dah hampir 6 ptg.. lepak sekejap sebelum asar. Lepas tu browse lagi selesaikan backup isu uncleseekers sampai maghrib. Isyak di masjid.. balik sambung lagi ..sambil tu ada yang minta surat jaminan pemastautin... browse lagi isu2 dlm blog seekers sampai masuk tidur 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, July 2, 2012

Julai 2

Isnin- hari pertama minggu pertama bulan 7. Cuaca tenang dan baik. Sistem pun masih baik... semalam blackout.. masuk air cond tak on... PC linux pun restart...speedtest tm 1.1/917..YES tak dpt run app.... apa nak buat hari ni.. come what may!!! Ada 1 kelas relif...8.50 pagi. Keluar pekena lontong kat kantin... pastu duduk dlm bilik server sampai waktu balik. Layan site baru uncleseekers sampai siri 60. Time balik..ada taklimat jam 2ptg..singgah bengkel check air-cond.. sampai rumah dah hampir lebih 3 ptg. Lepas zohor layan lagi site tu sampai anak 5 call minta ambil kat sekolah. Hujan dah mula turun..lebat juga la. Sempat hantar notis mesy kat quarter JKR... tak sempat nak hantar dokumen kpd bendahari kat tmn damai. Masuk rumah dah 5 lebih. Lepas asar layan lagi sampai maghrib...sambung lagi lepas isyak...hujan masih lebat kat luar.. tapak kaki pula rasa sakit. Layan sampai 11 lebih baru masuk tidur..siap sampai siri 40.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, July 1, 2012

Jul 1

Ahad - bulan baru dah masuk Julai. Bangun pagi mcm biasa... lepas subuh tak masuk ke sini sbb sibuk kemas almari baju.. sampai time nak bergerak ke Kepong.. anak buah bertunang. Katanya sebelum zohor rombongan nak sampai tapi baru dlm perjalanan sampai Rawang rombongan dah sampai. Bila sampai ke rumah majlis dah selesai.. dah mula makan. Jadi makan je la.. ratah ikan keli masak lemak. Lepas azan zohor semua dah mula angkat kaki. Singgah petronas Rawang-- isi minyak dan zohor sekali sbb lepas tu singgah kedai perabot. Anak 2 beli kerusi utk buat kerja/main komputer. Sampai rumah dah 4 lebih.. ingat nak baring2... lepas asar baca paper sampai ke petang. Ni lepas maghrib ada mesy... come what may!!!Mesy patutnyna 8 mlm.. tunggu korum sampai 8.30. Pekena bihun goreng dulu...dgn teh o..manis bukan main..org kelantan buat sure manis punya. Selesai mesy 10.30 mlm.. Lepas isyak semak2 email..terjumpa site baru uncleseekers.blogspot asal sultan johor.. lalut sampai 11.30 baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam