Friday, August 31, 2012

31 OGOS 2012

JUMAAT - TANGGAL 31 OGOS 2012 MALAYSIA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55.... 

PADA HARI INI DALAM CATATAN SEJARAH BLOG INI AKAN DIHENTIKAN ATAS SEBAB-SEBAB BIARLAH RAHSIA !!!!!! 

COME WHAT MAY!!!! 


MERDEKA!

                  MERDEKA!

                                   MERDEKA!!!

Thursday, August 30, 2012

Ogos 30

Khamis - pagi ni ada sambutan kemerdekaan. jamuan hari raya,khatam quran.. nak kena ambil gambar2 je. Sistem ok.. speed 15/3 & 8/4M... petang ni ada mesy alumni, nak pi tengok kambing seblum kena sembelih... come what may!!! Sehari penuh berada di luar bilik... di padang untuk sambutan merdeka... di kantin untuk urusan jamuan nasi briani ayam tandoori.. ke hulu ke hilir sampai waktu balik. Pun tak dapat balik awal.. tunggu sampai 2 lebih.. dekat pukul 3 sampai rumah. Lepas zohor keluar ke mesy alumni di rumah rehat kkb... selesai 5 lebih. Balik solat asar keluar semula tengok kambing di kebun... singgah rumah pembekal nasi briani.. sembang2 urusan bisnes sampai azan maghrib. Lepas solat ..tak terdaya nak ke masjid.. isyak di rumah je... nak mula buat kerja2 tertangguh.. pun rasa tak ada mood.. masuk tidur seblum 11 mlm.

  nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Wednesday, August 29, 2012

Ogos 29

Rabu - katanya hari ni ada nazir nak datang sekolah. Sistem ok... akses pun ok.. speedtest bestarinet dpt cable 15/3 & wifi 6/3M.. kira okla tu. Apa nak berlaku hari ni.. come what may!!! Tgh buat kerja pengetua kata tak nak pakai bahan presentation.. cukup buka blog sekolah. dah tu tak bawa Mb katanya... nak kena sediakan jam 11 nanti. Relif pula ada 3 .. nak masuk 11 pagi dok sibuk siapkan LCD projektor kat bilik mesy... org lain la masuk (exam form 5 pulak tu). Lepas tu nak masuk kelas relif gurunya ada... apa ke bendanya tak tau le... guru ada pun buat relif. Pemantau dtg dah dekat nak waktu balik... tunggu sekejap je dia nak jumpa atas tiket pengerusi kestaf... minta bukti sijilsijil.. tak dpt nak cari sbb guru2 dah balik .Tinggalkan je dgn pengurusan.. angkat kaki balik.. sampai rumah dah 3 lebih. Tgh zohor.. air bio disk sampai... khemah untuk majlis sabtu ni sampai 11 pagi tadi... meja kerusi sampai 4ptg. Lepas asar baring2 sampai terlelap.. sampai waktu maghrib. Ke masjid untuk isyak...ada jemputan kenduri tapi dah janji ongumah nak ke pasar malam naik moto. Pukul 9 lebih dah tak ramai orang... balik pekena celor2... masuk tidur sebelum 11 mlm.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Tuesday, August 28, 2012

Ogos 28

Selasa - cuaca mcm nak hujan... sistem masih ok.. speedtest dpt 15/4 (cable), 4/3M. Ada kerja nak segera siapkan ..kalau sempat..come what may!!! Dalam sibuk buat kerja.. teringat pulak nak sediakan nasi briani ayam tandoori untuk jamuan hari guru khamis ni. Sibuk pula hantar SMS.. sibuk pula buat kutipan RM10 setiap guru..sibuk pula order itu ni... sampai waktu balik. Kelas masuk mcm biasa.. tambah relif 2 waktu 10.10 & 11.10. Balik lepas zohor.. teringat pula ongumah kata nak cari barang kat NSK hari jumaat.. nape tunggu jumaat.. hari ni je la. Pukul 4 ptg bergerak dari rumah menuju ke TESCO Rawang dulu. Singgah solat asar... keluar dari situ 6 ptg. Ke NSK pulak.. kat situ sampai 7.30. Singgah kat Petronas solat maghrib. Sampai rumah ngam2 masuk waktu isyak (walaupun bawa 60km/hour - takut songdol kereta orang!!!). Lepas tu terus ke mesyuarat Jamuan Raya JATIKAP gabungan beberapa pihak. Tak jadi buat 2/9 tunda 17/9 -isnin cuti hari malaysia.. time pun 2.30 ptg. Tak banyak dibincang sebab pihak gabungan belum putuskan nak ikut serta atau tidak.. tempoh sampai 7/9. Selesai mesy 10 mlm.. balik dah 10.30..masuk tidur awal sbelum 11 mlm.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Monday, August 27, 2012

Ogos 27

Isnin - sekolah semula... baru lepas hadir perhimpunan. Sistem lan ok.. akses ada problem pakai  cable.. wifi ok pulak. Speedtest 9/4M. Nak troubleshoot sat lepas ni... 1.50 ada taklimat pasal nazir nak dtg 29/8 nanti.. mlm ada mesy PASTI.... come what may!!! Duduk dlm bilik ni je..baru nak mula buat movie utk pengetua... kena download VEGAS... dah siap tak mau pula render format avi... jadi format mxl... dah sangkut kat sini sampai waktu balik. Zohor kat surau. Ada taklimat pulak 2 ptg- sambutan merdeka, jamuan raya, anugerah koku, & khatam quran -semua pada 30/08 (Khamis) ni. lantak le!!!. Balik singgah beli strip test glukose... sampai rumah ingat nak baring2.. tapi dah mula sambung kerja buat movie sampai masuk maghrib.. berbuka puasa (hari ke2). Lepas maghrib.. tunggu isyak.. lepas tu ke mesyuarat PASTI - nak buat sukaneka & jamuan raya - 9/9/12 nanti. Selesai 11 lebih .. masuk tidur 11.30 mlm

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Sunday, August 26, 2012

Ogos 26

Ahad - lepas subuh ..tidur balik cover penat semalam... lepas ni come what may!!! Bangun 10 lebih.. dek call dari kakak di jelapang. Terus mandi.. sarapan.. santai2 tengok tv. Dah masuk zohor baru teringat ada jemputan kenduri kawin di jln 18 tap. Lepas zohor dengan anak 2 pi makan kenduri.. terus ke pekan cari surat khabar. Balik dari 3 ptg baca surat khabar sampai nak masuk asar ni. Teringat pulak nak update blog ni.... dah tu kena update juga blog TV4S. Lepas asar ke kebun sekejap sampai 7 ptg... dpt la bakar sisa sampah, cantas dahan pokok matakucing sekah (tu pun tak habis lagi). Lepas maghrib.... tunggu isyak.. lepas tu  siapkan pakaian esok.. browse sekejap sampai 10.30 mlm... masuk tidur sebelum 11 mlm.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Saturday, August 25, 2012

Ogos 25

Sabtu -dari Putera Puteri Lodge, Kangar Perlis. Baru lepas subuh... bersiap nak ke Padang Besar... sebelum bertolak balik nak ke kenduri kahwin anak buah... come what may!!! Bergerak dari rumah 8.30 pagi... ke rumah penanggah tak ada hidang disediakan lagi. Terus ke padang besar... sampai 10 pagi.. kedai pun tak buka lagi. Singgah sarapan di restoran... ada roti canai.. ada nasi kandar.. seramai lebih 20 sedara mara. anak cucu buah2... RM80 kena bayar.. anak buah belanja lagi. Mula bergerak ke gerai berhampiran saja sbb ada masa 1 jam.. sempat beli gajus, piscacio, bilis campur = RM50.00. Beli kain pelikat & batik untuk majlis sabtu ni = RM438.00 (ada dlm 30-40 helai). Bergerak balik ke homestay sampai 12 lebih.. siap2 keluar berkumpul rumah penganggah 1.30 (janjinya tapi tak bergerak pun lagi sampai 2 lebih). Cuaca ok ..majlis berjalan lancar. Pengantin masuk bersanding... rombongan tunggu kat luar je. Dipanggil untuk renjis2... tapi bacakan doa kpd pengantin je. Pengantin belum keluar.. rombongan pengiring pun tak nak makan2. Jemputan dah ada.. jadi kena mulakan gerakan... yang lain terus ikut. Selesai urusan dan mula bergerak balik lepas 3 ptg. Singgah petronas solat zohor-asar, singgah gerai tepi jalan sementara trafik jem (sbb trafik light).. pekena laksa kedah. Teruskan perjalanan ke Penang.. sampai di Jeti 6.30 ptg... estimate time sampai destinasi 7.30 mlm... tersasar sikit sbb rumah x-sm3kbian Hamdi di Bandar Sri Pinang... jalan menghala ke jambatan PP. Sampai kat rumah dia 8 mlm.. masih ada maghrib- isyak sekali. Diajak makan kat restoran cross jalan dari aparmen OceanView - pekena tosai je sekeping. Bergerak balik ke kkb dah 10 mlm... bagi anak 3 bawa  bila dah masuk lebuhraya... ... dia bawa all the way... jadi dapatla lelapkan mata sekali dua... sampai rumah hampir 2.30 pagi.. terus masuk tidur.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Friday, August 24, 2012

ogos 24

Jumaat - dari Sastria Hotel Sungai Petani Kedah. Nasib baik ada wifi .. psd hotelsastria je. Baru lepas pekena roti canai kat gerai depan hotel... bekal 5 bungkus nasi lemak. Bilik hotel pun ok... ada pintu tengah.. ambil 2 bilik =RM190.80. Lepas ni nak ke Perlis... come what may!!! Bergerak lepas 9 pagi terus ke Kangar Perlis. Sampai dlm 12 lebih. Lepas check in kat Putera Puteri lodge.. sebuah rumah 3 bilik.. ada astro, air panas.. selesa la juga. Dah settle down sekejap, keluar cari makan.. ada 1 je gerai yang buka. Sambil tu kakak & anak cucu on the way. Tak tahu jalan.. kena pandu via telefon... dan berkumpul di gerai makan.. habis la makanan kat situ jadinya.. = RM60 je @20 orang makan. Lepas tu balik ke homestay. Ada juga masalah tak cukup bilik... disediakan satu lagi rumah 2 bilik. Dalam pada tu dah hampir 4 ptg.. hujan pulak turun lebat sekali. Berkumpul di rumah penanggah...dalam hujan... bergerak lepas 4.30 ptg.. lepas azan asar... hujan masih lebat.. sampai rumah pengantin 5 lebih.. hujan masih lebat. Timbul kecoh sikit sbb laluan sempit, hujang, tak cukup ruang. Selesai urusan dah hampir 7 mlm. Maghrib-Isyak dengan anak cucu.. siap ke rumah penanggah sekali lagi untuk makan malam. Dari situ ke Kuala Perlis.. ratah ikan bakar, kerang bakar (jadi arang), sotong salut tepung goreng = RM? tak tahu anak buah belanja. Balik sampai tempat menginap dah dekat 12 mlm... masuk tidur terus..keletihan & kekenyangan.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Thursday, August 23, 2012

ogos 23

Khamis - lepas subuh... ngaji..wirid.. sambil fotostat doa2 untuk dikompile senang nak bawa kemana2. Jap lagi nak bawa trajet tukar masterpump brake seblum bergerak ke Perlis.. come what may!!! keluar dari rumah ke bengkel 9 pagi... tak ada barang ganti... tawakal je kena pi juga perlis... rosak pun tak la teruk sgt. Balik semua tak siap lagi.. dah tau nak berjalan jauh.. smlm tak nak prepare.. baru la nak strika baju.. baru nak packing. Dah tu 10 pagi baru keluar dari rumah. Hentian pertama.. Gesir tengah - rumah angkat ongumah  - pekena nasi impit - keluar pulak laksa. Hentian ke2 - Jelapang -rumah kakak (dah pukul 2) -pekena nasi dagang& kopicino. Kehentian ke3 rumah Da Amitah di Chemor (baru 4 ptg) - pekena nasi goreng/air oren (lama dah tak minum - raya2 ni minum juga segelas). Bergerak ke hentian ke 3- Sg Petani - rumah Jaiferi. Trafik jem - kemalangan kat  exit JAWI-BK TAMBUN tersangkut lebih 45 minit.. dah masuk maghrib.. keluar kat Bkt Tambung solat maghrib-isyak kat tol... dah 9 lebih. Keluar semula kat tol juru - sampai Sg Petani UTara sebelum 10 mlm... sampai kat rumah Jaiferi - pekena bihun goreng.. sembang2 sampai 11 lebih. Dah lewat sgt tak kuasa nak sambung perjalanan ke Kangar.. check in kat Hotel Sastria... hit the sack lepas 12 mlm.


  nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Wednesday, August 22, 2012

Ogos 22

Rabu - masih cuti.. raya ke 4... lepas subuh kemas sikit bilik tak siap2 lagi kemas ni.. ipar dr kramat dtg .. sarapan nasi lemak sbelum bergerak ziarah keluarga di Slim River. Singgah hantar trajet kat pekan masterpump brek pulak leaking. Tinggal kat situ 10 pagi.. terus ke Slim. Dpt kumpul maklumat penjual tanah sambil sembang2 keluarga. Lepas 12 bergerak balik sampai kkb hampir 1 tgh. Ni nak zohor ..pastu come what may!!! Dah tu hujan pulak kat luar.. tidur le depan tv...terganggu sekali dua.. ada ular daun melingkat atas grill pintu masuk.. settle dgn anak 2.. ketuk kepala.. mati.. tanam...sambung tidur lagi  sampai masuk waktu asar. Masih hujan.. ongumah masih kat sekolah. Asyik menghadap tv je sampai maghrib.... masuk ke isyak...sampai masuk tidur 11 mlm.


 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Tuesday, August 21, 2012

Ogos 21

Selasa - pengsan lagi jam 2 pagi tadi... hypo ka apa ka tak tau le. Hari ni nak ke KL.. family gathering belah ongumah... come what may!!! Selesai urusan kat rumah dulu ... keluar dah 11 lebih. Sampai di Grrenwood hampir 12... mula urusan makan2, sembang2, solat zohor, makan2 lagi, sembang2 lagi, ambil gambar, hulur2 duit raya (smuanya sebelah ongumah - menantu2, beras tengok2 je). Hujan pula turun lebat... sebelum balik tangkap ikan talapia dlm kolam belaan.. dpt 4 ekor. Balik sampai rumah ngam2 azan maghrib. Lepas maghrib tunggu isyak... pastu ratah ikan bakar. Tgh makan ada bebudak nak beraya... minta dtg esok je.. dah dekat 10 mlm.. perluka dilayan? Tengok tv citer jangan pandang2.. masuk tidur 11 lebih.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Monday, August 20, 2012

ogos 20

Isnin - raya ke 2.. cuti sekolah la kan. Hari ni duduk rumah je tunggu kalau2 ada yang nak datang beraya.. come what may!!! Sejak dari lepas sahur...subuh... tahlil, ngaji, wirid.. sorang2 walaupun dah tunggu 15 minit tak ada yang nak ikut (tak bangun pun dah 6 lebih).. terus menghadap NB.. update itu ini, check itu ni.. sampai nak masuk zohor. Mula puasa 6 hari ni. Lepas zohor lepak2 tengok tv.. sampai asar. Lepas asar lepak lagi tunggu maghrib utk berbuka. Lepas maghrib.. ingat nak ke masjid tapi saja je nak tengok kelaku anak2.. tunggu nak isyak berjemaah.. sorang pun tak bergerak dengan sendiri (kalau disuruh/dipanggil tak ikhlas jadinya).. jadi berjemaah dengan jin2 dlm rumah ni je. Lepas Isyak layan sekejap citer hikayat merong mahawangsa kat astoria..masuk tidur hampir 11 mlm.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Sunday, August 19, 2012

ogos 19

 
Ahad - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saja je tak masuk sini awai2 ..ingat nak cuti la sbb raya. Bangun Subuh berjemaah dgn onbumah & anak2.. terus 'beraya' - salam2 hulur duit - itu je yang org muda sekarang faham gamaknya... ucap pun tak ada lagi minta ampun minta maaf... selamat hari raya je... nak kena betulkan ni. Lepas makan sikit... siap ke masjid untuk solat sunat aidil fitri. Pengerusi kena bagi ucapan sikit la. Selesai 9 lebih... tolong bendahari kira duit kutipan .. dpt RM1500. Balik dah 10 lebih... siap2 nak keluar ke Chemomoi... 11 lebih bergerak keluar melalui Genting - singgah makan2 rumah pengusha kantin- kak yah - singgah btg kali ambil air biodisk-- sambung perjalanan sampai destinasi 2 ptg.  Lepas solat. makan2.. sembang2... keluar sebelum 4 ptg- menuju ke Temerloh pula..singgah rumah Farihan x-kisas. Jauh juga dari Chemomoi... sampai dah 6 lebih. Lepas makan2.. sembang2... sambung perjalanan.. cadang nak ke Raub rumah kawan anak 3... perjalanan yang mencemaskan... sbb dah malam. Melalui jalan lama malam gelap ..sunyi tak ada kenderaan lain... tetiba rumah yang nak dituju orangnya tak dpt dihubungi. Ambil jalan Bukit Fraser ke kkB.. lagi kecut perut.. jln bengkang bengkok..gelap..sunyi.. akhirnya sampai ke gap. Singgah solat isyak-maghrib....teruskan perjalanan sampai rumah 10 mlm. Kalau pergi Raub ...lagi seram kalau nak balik. Apa pun semuanya selamat ...alhamdulilah.. nak siap2 masuk tidur la pulak.
suka lagu ni....  http://youtu.be/SvkuqMVmj9k

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Saturday, August 18, 2012

Ogos 18

Sabtu - pagi ni qiam start 2 pagi sampai 4 pagi.. baring 1 jam sbelum sahur 5 pagi. Pekena roti canai segera 2 keping... check darah 2.30 pagi 7.9.... check lagi 5 pagi - 4.0.. sbb apa tak tahu le.. adakah sbb air biodisk? adakah sbb telan ubat tak makan banyak? Lani 9.30 pagi mencanak naik 14.3.. apahal??? Ni baru bangun dari lelapkan mata selepas subuh tadi. Tetiba dihulur je list perintah beli barang... ada kisah?... come what may!!! Pergi je la....pastu pi ambik pesanan hati & jantung kat caterer. Balik sambung kerja kemas blik sampai zohor.. lepas tu baring sekejap.. asar di masjid. Balik buat apa yang sempat.. ke masjid semula untuk berbuka. Last day puasa tak ada makan apa cuma kek mentega. Lepas maghrib balik... siap2 nak ke masjid semula. lepas isyak ada takbir..ada jamuan. Semua berjalan lancar.. makanan pun berlebih2.. sampai semua boleh dpt bawa balik. Settle urusan... pi bayar belen duit.. hantar peralatan ..singgah ziarah x-sm3kbiab (suami ajk jkk pun)... sampai rumah dah 11.30 lebih. Masuk tidur hampir 12 mlm.

 nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Friday, August 17, 2012

Ogos 17

Jumaat -  bangun tersedar 10 minit seblum 4 pagi - sempat habiskan 4 lagi tarawih.. sambung taubat & tahajud - witir ngam2 pukul 5 untuk bersahahur. Saja je tak makan nasi.. perut rasa kenyang lagi hak semalam.. sambung subuh - ngaji-wirid & baring jap sampai 9 lebih.  2 hari lagi raya... puasa 2 hari lagi tinggal...mlm ni mlm 29... esok last day puasa. Tu eok punya hal... fikir yang hari ni dulu apa nak buat. Sekolah cuti lagi sampai ahad depan nun.. maknanya 11 hari cuti. Ptg ni cadang nak ziarah  seseorang di hospital Selayang... come what may!!!Baru ni dpt sms kata pesakit akan diberi cuti balik rumah.. tak jadi le ziarah. Menanti waktu nak ke masjid solat jumaat, buat je apa yang patut. Lepas jumaat baring2 dulu sampai terjaga waktu asar. Ke masjid untuk asar.. dpt berita SU masjid kemalangan.. berada  di DEMC - Darul Ehsan Medical Center Shah Alam. Pakat2 dengan bendahari nak pi ziarah. Bergerak 5.30 ptg.. sampai sana 7 ptg. Isterinya adak teruk kena jalani operation lutut.. dianya pakai balut tengkuk je. Iftar bersamanya dan anak2nya di BOK SITI KOPITIAM... bawah DEMC tu. Lepas tu ke masjid negeri untuk isyak & tarawih. Ramai betul jemaah... penuh masjid negeri tu... atas bawah ada orang. Lepas 8.. beredar..ramai juga yang beredar sama. Round2 tengok jualan keliling masjid.. ramai juga yang round2 cari barang kot. Balik cadang nak singgah kedai nasi arab kat rawang... tutup pulak... singgah ALMADINAH je pekena capati. Minta 2 keping dibaginya 1 je... malas nak tunggu..lepas makan angkat kaki. Sampai ruma 10 minit 12 tghmalam.. terus masuk tidur... disambut dgn jelingan dan dituduh muka macam baru lepas makan kek dgn orang lain....ada aku kisah???


nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Thursday, August 16, 2012

Ogos 16

Khamis - cuti ganti hari ni.. lepas subuh.. ngaji...wirid.. lelap..buka nb. . akses failed.. malas nak troubleshoot...mandi jam 9 lebih keluar ke pasar.. singgah dulu jumpa bendahari ambil buku akaun. Singgah bank... keluarkan duit.. tukar2 duit... baru ke pasar beli ikan. Singgah kedai... tup tup dah 11 lebih. Balik hantar barang teringat pulak nak buat tempahan ayam golek & sate untuk mlm raya di masjid sabtu ni. keluar semula... settle sudah. Dah masuk tengahari baru dpt masuk pakai broadband. Satu hal lagi bateri pulak kong.. tak mau charge.. patut la asyik mati sendiri je. Lepas zohor ni nak rehat jap... lepas asar nak pi berbuka di Hotel Holiday Villa Subang.. come what may!!!Sebelum tu lelapkan mata, pasang penyangkut baju yang beli 18 biji untuk sangkut koleksi topi sampai lepas 3 ptg baru nak baring. Terjaga menjelang masuk asar... lepas asar siap nak bergerak ke Subang Jaya- bersama ongumah, anak 3,4,5, peneusi jkkk dan ameer. Perjalanan ok ikut highway tapi sebaik keluar tol subang jem dah mula. Singgah petronas beli airdan kudapan buat spare... sampai di persimpangan USJ-Shah Alam, ambil flyover ke USJ - ada signboar kata ke Subang Jaya juga... akhirnya tersangkut kat situ sampai masuk waktu berbuka - berbekalkan air, biskut & kacang je. Masuk ke highway semula... keluar tol Subang semula. singgah petronas yang sama juga untuk solat maghrib. Bergerak semula kali ni ambil simpang ke Shah Alam dan sampai ke hotel tak sampai 20 minit.. trafik pun dah ok. Cari parking pula problem.. penuh sepenuhnya. Dapat masuk ke dewan makan 8 lebih... tgh makan azan isyak. Mcm2 ada untuk dimakan - tapi rasa sikti2 je - nasi briani sikit, nasi kerabu sikit, daging masak rendang hitam sikit, kambing panggang sikit, ketam 2 ketul, sayur sikit, sate sikit, juih sikt2, abc semangkok - kira ok la tak kenyang sgt pun. Lagipun tgh pakai bengkung sbb sakit belakang mencucuk2 sejak 2-3 hari lepas. Bergerak balik 9 lebih ikut jalan lama - masuk KL - nak tengok keadaan trafik - masih jem menghala ke jln kucing - masuk LDP pun keta penuh tapi trafik lancar. Akhirnya sampai rumah 11 lebih. Dalam penat2 tu buat tarawih 4 rakaat dulu dan masuk tidur.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Wednesday, August 15, 2012

ogos 15

Rabu - hari ke 26 puasa... 3 hari ni Ramadan akan berlalu pergi... bolehlah kita bertemua lagi pada tahun hadapan... tiada yang pasti. Cuaca pagi ni tenang dan berkabus.. sikit2 mcm tahun 80an dulu. Yang pasti kini sistem masih ok... speedtest cable dpt 14/4 7 wifi 4/2M.  Ptg ni ada mesy JATIKAP.. come what may!!! Santai 2 je hari ni tak ada rushing2. Lepas hadir perhimpunan... masuk ke bilik settle banyak perkara.. ada relif jam 9.30 kelas 2 D.. kelas agama.. buka citer istibrok. Lepas tu masa berlalu pun tak sedar.. dah time balik. Balik siapkan dokumen mesy nanti sambil lelapkan mata sampao hampir 5 ptg. Lepas asar terus ke balai raya tmn damai mesy JATIKAP.. gate pun blum buka. Mesy mula 6 lebih dan tama ngam2 20 minit seblum berbuka. Makan kurma, karipap dan kuih perahu je untuk berbuka. Nasi briani bawa balik bagi ongumah makan. Lepas tu isyak & tarawih di rumah..ada bubur lambuk pakcik cute hantar.. jam 10 lebih ke masjid untuk tadarus. Balik dah 11.30 lebih.. masuk tidur pun hampir 12 mlm.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Tuesday, August 14, 2012

Ogos 14

Selasa - bangun 2.30 pagi.. qiam sendiri je sbb ustaz kat masjid dah tak ada uummmp... mula 2 pagi.. 2,40 selesai dgn doa... tak ada wirid2. tak ada nak titis air mata. Selesai qiam malam dah pukul 3.30 dpt idea nak settle isu cuti khamis.. hantar sms kepada su & naib pengerusi kestaf minta siapkan dokumen rayuan cuti khamis ni. Dari 4 pagi nak lelapkan mat pun tak berapa nak... sampai sahur jam 5 pagi. Subuh bersama oungumah & anak 2.. keluar ke sekolah seblum 7 pagi. Cuaca sejuk & suasana tenang.. awal pagi dah ke tapak perhimpunan. Sempat speedtest cable dpt 14/4.1M.. wifi page tak mau buka. Dari padang terus bersama pengetua buat penggambaran.. persediaan dokumentari untuk calon jusa C. Tu yang sempat selitkan cadang untuk lulus cuti khamis ni yang jadi isu petang semalam. Kena berhenti sbb bateri dah kong.. dah 9 pagi. Lepas ni.. come what may!!! Masuk kelas ... masuk bilik ... masuk kelas.. balik. Singgah bengkel tengok kereta merah dah siap ka belum... dah lepas 3 minggu janji nak cat baru lepas 1 tahun lebih tunggu baiki enjin. Cadang nak bawa keluar je.. tak payah nak tolong2 cat dah. Sekali tengok bahagian depan keta tu remuk.. cermin pecah bererai. Katanya kena langgar bas kat bengekl tu juga.. kecuaian pekerja dia. Terlupa pulak nak ambil gambar. Dia janji akan baiki semula semuanya... boleh ka percaya india punya cakap. Bukan sikit2 kalau nak baiki mcm asal. Dalam keadaan macam ni nak gaduh2 pun tak guna.. benda dah jadi.. tak tau la rezeki sapa.. nak dpt keta nampak baru atau melepas terus jadi besi buruk. Sampai rumah lepas zohor baru lelap mata sekejap anak 5 minta ambil kat asrama. Sambung relaks... ada orang hantar air biodisk (order lagi 25 botol). Baru lelap 30 minit ada org hantar bubur lambuk (dah pesan kat ahli masjid oku sorang ni... sekali pesan setiap hari dia hantar). Lepas asar.. mengaji.. wirid dah dekat nak masuk waktu berbuka. Siap2 ke masjid... anak 2 tak balik kerja ada ot.. pergi dgn trajet. lepas maghrib balik.. tarawih di rumah.. ke masjid smula seblum 10.30 mlm untuk tadarus (walaupun saguhati dah dpt - tak khatam pun) sampai 11 mlm. Sampai ke rumah dah 11.30 lebih.. siap2 masuk tidur je.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Monday, August 13, 2012

ogos 13

Isnin - awai2 dah ke perhimpunan... tak sempat lagi nak buat kerja2 awal dlm bilik.. apa nak dikejar hari ni.. come what may!!!Lepas tu masuk bilik .. ada relif tapi gurunya dah balik dari cuti bersalin.. sampai waktu balik. Ada perjumpaan guru sekejap lepas waktu sekolah.. pasal nak mohon tak idak cuti tambahan dan ganti hari khamis ni. Ada yang setuju, ada tak setuju... keputusan tak cuti.. ada yang pecah hati. Sebelum tu dah solat zohor kat surau.. balik dptlah lena2 sampai 4 ptg. Keluar ambik anak 5 dari tusyen.. singgah klinik.. sempat jumpa ameer serah notis mesy.. hantar notis mesy kat tmn damai..seblum tu ambil kon tepi jalan dah lama terbiar kat situ... Lepas asar browse sikit berita online.. pesanan nasi arab pun sampai.. 10 bungkus@RM15.. 3 untuk rumah ..6 untuk masjid.1 spare. Berbuka kat masjid.. ngam2 ada 6 orang... kemudian baru sampai pakcik daud.. terpandang kat sorang ni yang tak pandai nak sorok benda sikit pada yang tak dpt. Bila dah bertanya apa benda dah masuk hajat kat situ.. tambah lagi terpacul cakap .. saya pun tak pernah makan nasi arab. Jadi yang spare tu memang rezeki pakcik Daud. 3 set kat rumah pun cukup utk 3 orang makan.. sendiri tak merasa pun tak kisah... ada rezeki rabu ni makan lagi nasi arab. Lepas berbuka tak sempat maghrib.. perut meragam.. terus balik kado hajat dulu. Lepas maghrib terus berkejar ke masjid... lepas isyak sebelum tarawh ada majlis serah sumbangan saguhati  imam,bilal,siak & ahli marhaban. Ada ustaz ysury jadi imam mlm ni. Walaupun tarawih start lambat, imam baca bukan surah lazim..tapi tamatnya tepat mcm hari2 biasa seblum 10 mlm.. Yang lambat sikit tu tahlil. Lepas tu pekena bihun singapura kot.. putih lesi tak ada isi..(telu goreng je sikit) tapi sedap juga.. lagi sedap kalau ada kicap cili api. Tadarus pun mula 10.30 lebih... ada ahli yang uzurkan diri... tamat 11 lebih. Sembang sekejap sebelum balik sampai rumah 11.45 masuk tidur. Dpt la minum kopi makan kek.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

Sunday, August 12, 2012

Ogos 12

Ahad - lepas sahur...subuh.. ngaji..baring2 lelapkan mata ganti masa semalam. Terbangun deringan telefon...9 pagi  ada janji nak ke btg kali program paskaw tumpang seseorang... sampai ku brapa..come what may!!!Selesai seblum waktu zohor. Sampai rumah dah azan pun. Lepas zohor relak2 baca paper.. ongumah tak ada di rumah sejak bangun kul 9 tadi.. ke pasar kot... balik ni pun masih tak ada.. ke TM pulak. Mata masih ngantuk2 ni.. tapi kena update 2 blog dulu. Lepas kul 3 baru nak lelapkan mata... sampai 6.30 ptg tuuuu!!!1 Sempat asar sebelum berkejar2 siap ke masjid untuk berbuka. Spt biasa lepas maghrib balik... sempat lagi relak2 tengok tv sblum isyak & tarawih di rumah.. 10.30 ke masjid semula untuk tadarus dan tidur di masjid.. ada teman2 boleh la. Tu pun masa tengah tadarus ada terdengar suara org pompuan mengaji.. bukan dengar sorang2.. SU pun dengar sama. Tapi tak kisah la. Lelapkan mata lepas 11.30 mlm.. dibangun pukul 1lebih SU  bawa roti canai pagi2 buta ni. Lepas makan siap2.. jam 2 qiam bermula ustaz pun sampai. Tak lama pun ..seblum 3 pagi dah selesai. Balik.. tidur semula sblum 3 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 11, 2012

Ogos 11

Sabtu - free sefreenya hari ni...kecuali program iftor bersama YB di surau Tmn Damai... come what may!!!Lepas sahur sempat ngaji dulu..wirid2.. sambil mata terlelap. Antara waktu tu kemas almari buku.. masukkan majalah digest dlm luggage besar beli kat langkawi yang tak pakai2 pun.. sbb tak lagi travel heavy.. skarang travel light. Bawa sampai ke tgh hari. Lepas zohor baring / lelap terus sampai lepas azan asar... solat pun 5 lebih. Dalam pada siap nak berbuka di surau tmn damai jam 7.. dpt la sambung sikit lagi kerja mengemas ..tapi masih tak selesai. Naik moto je ke tmn damai.. YB tak hadir wakilkan saja.. tak kisah le. Berbuka pun simple je.. pekena kurma, karipap dan ratah pacal lele (keli goreng sambal). Balik sampat rehat2 kejap sebelum asuk waktu isyak.. tarawih di rumah juga. Ke masjid untuk tadarus.. hajat nak terus bermalam di masjid.. siap bawa tuala & selimut tapi 11 lebih tak ada sorang pun yang tunggu. Balik rumah la nampaknya.. tengok tv sampai lewat 1.00 pagi.. terpaksa masuk tidur dlm bilik juga dan set nak bangun 2 pagi. Lalut sampai 3 pagi.. ke masjid ustaz pimpin qiamulail dah balik. Buat sendiri je sekejap.. singgah kat grup rukun tetangga sampai 4 pagi. Masuk tidur dpt 1 jam sebelum bangun sahur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 10, 2012

Ogos 10

Jumaat -di tapak perhimpunan... smlm mesy pengusuran isu staf tak hadir perhimpunan berbangkit. Hari ni kena tunjuk muka kat sini walaupun kerja awal pagi kena tangguh... come what may!!! sistem ok... speedtest pun dpt >5/3M. Lepas perhimpunan terus check akses kat bangunan PPU.. ok je...smlm komplen tak ok. Chech sekali 2 PC... 2-2 out rasanya. Sepanjang hari dlm bilik... ke kelas relif tak ada pun sapa2 dlm kelas...dah pindah kot ntah ke mana. Sampai waktu balik... solat di masjid kkb... ambil ongumah dari sekolah. Lepas asar ke pekan cari envelop.. beli strip test darah.. singgah masjid tengok persediaan makanan..ok semuanya... dah 6 lebih. Balik sekejap siap notis mesy jatikap... masa nak ke masjid dah... berbuka bersama pelajar MRSM. Lepas maghrib tak tunggu makan nasi pun.. balik ..siap untuk isyak & tarawih.... pi tadarus sampai 11 lebih. Sembang dgn Hj Aziz & Ali mamak sampai 12.30.. balik masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 9, 2012

Ogos 9

Khamis - hari pasar malam..ada ka kalau dah ada pasar Ramadan. Apa pun hari ni 20 Ramadan..mlm 21 kena cari lailatulqadar. Ptg ni ada program di Asrama.. majlis berbuka bersama alumni.. sebelum tu alumni nak mesyuarat dulu... come what may!!! Masuk kelas keluar kelas.. masa berlalu.. relif tak ada... persiapan untuk program ptg ni selesai. Balik time biasa... rehat sekejap dlm 1-2jam.. lepas asar terus ke asrama utk mesy awal. Pukul 6 dah siap2 tetamu dtg.. majlis pun bermula 6.15 ptg dan tamat 7 mlm. 1/2 jam tunggu depan makanan... sbb bebudak kena baris ambil makanan. Lepas berbuka balik rumah untuk maghrib.. lepastu isyak..tarawih kat rumah. Sebelum 10 ke asrama semula tarawih dah selesai... jk alumni tak ada dah. Singgah masjid ... tadarus pun tak ada.. balik awal dan masuk tidur 10.30 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 8, 2012

Ogos 8

Rabu - dah 19 Ramadhan.. esok dah nak masuk 2/3 ramadhan...hari2 Allah beri keampunan dan dilepaskan drp neraka..semoga ibubapa, kaum keluarga, rakan tolan termasuk dlm golongan yang mendapat keampunan Allah jua. Dah habis 3 botol dlm sehari air bio disk. Semlm tidur nyenyak ..tak bangun2 sampai 5 pagi untuk sahur tapi pagi ni ngantuk sikit. Dah pekena air biodisk.. dah sapu kat muka pun.  Hari ni masih tak ada tekanan sgt cuma nak prepare untuk majlis iftor dgn alumni-asrama esok... come what may!!! Ada 2 relif pagi ni.. kelas sendiri tak ada. Selesai 2-3 perkara.. sampai waktu balik. Lepas zohor keluar semula hantar anak 5 ke perpustakaan awam.. singgah bank-Tabung Haji update akaun - maybank, agrobank, TH. Singgah masjid solat asar.. ambil semula anak 5 di PA. Mula kerja buat buku program esok.. siap 30 keping - sambil tu tukar lampu bilik anak 5.. sampai nak masuk waktu berbuka. Ke masjid... lepas maghrib balik. Isyak & Tarawih di rumah... jam 10 pi tadarus sampai 11 lebih. Sampai rumah & masuk tidur lepas 11.30mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 7, 2012

Ogos 7

Selasa - mcm nak hujan tapi tak tau le pulak sbb keluar agak awal..sebelum 7 dah sampai sekolah. hari pertam pekena air BIO DISK.. rasa lain juga. Tak rasa letih atau lapar2.. penuh energi setakat awal pagi ni. Sakit cucuk kat pinggang pun tak rasa kecuali kalau terlanggar. Suara pun mcm dah ok sikit... tak rasa penat kat tekak masa jadi imam tarawih semalam. Hari ni ada 2 app... 2 kelas... dan 2 relif tunggu je la..come what may!!! Belum sempat nak masuk kelas... org BTP sampai.. tapi tak libat ana sbb nak jumpa guru2 lain.. nak buat survey. Masa yang sama teknician YTL pun sampai... selesai setting ip semua pada 10.33.143.?? - pakai bestarinet. Schoolnet dah tutup mulai harini. SU Alumni pun sampai nak hantar 2 biji PC tapi ada guru lain attend... sampai waktu akhir kluar kelas terus balik rumah. Keluar semula masa nak ke masjid untuk berbuka. Isyak 7 tarawih kat masjid.. terus ke asrama jumpa bebudak maklum pasal program Khamis nanti. Balik singgah tadarus ...sampai rumah buat itu ini..masuk tidur hampir 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 6, 2012

ogos 6

Isnin - cuti hari ni. smlm nuzul quran..bangun 3 pagi .. sebelum tu minum kopi makan kek.. nak tahajud..mandi dulu. jam 4 tidur semula.. jam 5 bangun lagi sahur. Baru selesai tugasan harian ... 8 pagi nak pi memancing kat kolam TDBB... ada ikan ka tak tak tau le..come what may!!! Dari 8 pagi sampai 10.30 pagi sekor pun tak dapat..bukan tak dapat sbb apa umpan pun tak dimakan.. tak ada ikan sgt kot... kat tengoh kolam tu ada nampak riak2 air..tapi tak main kat tepi. Pindah tempat pun tak mengena. Balik hantar ongumah & anak 3.. ambil fail keluar semula bersama ustaz aidol ke btg kali nak jumpa broker tanah. Bincang2 selesai diperkenalkan AIR BIO DISK.. katanya banyak khasiat. Air biasa dari paip biasa tapi laluikan atas disk kaca yang dah dinanokan. Dioffer satu botol free.. dia buat jual 1.5L RM2.00 - 5 liter-RM5.00. Disk tu harganya 19++. Dia dpt permintaan hantar air biodisk ni sampai ampang pecah. Balik sebelum azan zohor. Lepas tu baring /tidur cover pagi tadi punya sampai masuk asar ..masih lena. Bangun asar sebelum 6... browse pasal bio disk.. banyak testimoni. Siap ke masjid berbuka.. hari ni 4 org je tapi makanan berlambak. Lepas maghrib balik.. isyak & tarawih di rumah - anak2 masih ada. Lepas Merlin jam 10..ke masjid untuk tadarus sampai 11 mlm. Balik masuk tidur sebelum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 5, 2012

ogos 5

Ahad - masih mcm hari2 biasa.. lepas sahur 5 pagi..subuh 6 pagi.. tahlil sendiri... mengaji sendiri.. wirid... terlelap atas kursandar sampai ongumah balik dari pasar.. dah siap nak gi memancing lagi di kg kuantan btg kali... kolam memancing yang haritu. Keluar 9.30 pagi... balik 2 ptg. Baru lepas zohor nak lepak2 sampai asar... pastu 6 ptg nak ke rumah Ketua unit UPK/SU Khairat= Hj Soin.. ada iftor kat rumah dia... come what may!!! Lepas asar 5.30 lebih.. terus siap.. sampai kat rumahnya 6.30.. terus mula baca yassin- tahlil- berbuka. Tak makan banyak pun takut tak sempat balik memerut... kurma 3 biji & dadih 1+pecal sikit. Lepas maghrib pekena pecal lagi dan kuih sekeping dua. Balik sedia pula untuk isyak dan tarawih di rumah.. lepas tu ke masjid untuk tadarus ..habis awal hari ni. Sebelum 11 dah ada kat rumah. Masuk tidur sebelum 11 .30mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 4, 2012

ogos 4

Sabtu - lepas sahur..lepas subuh..lepas tahlil..lepas mengaji..lepas wirid.. santai2 sekejap sebelum siap 7.30 pagi.. mula bergerak ke Felda Chemomoi,Triang.. jengok cucu dah 2 minggu tak tengok2 sejak last jumpa kat hospital 19hb.... come what may!!! Perjalanan 3 jam... sampai sana sebelum 11 pagi. Tak tunggu lama pun... hidangan tak ada ..puasa.. nak baring2 ngantuk pun malu2 lagi... nak citer banyak pun tak ada citer apa2... minta diri je dlm 12 lebih. Singgah beli durian kat simpang masuk ke felda .. singgah masjid pekan Karak.. beli kurma 2 kotak... 1 sedekah pada masjid untuk berbuka. Singgah strawberry park kat Genting... dpt lelapkan mata ntah brapa lama.. sampai ongumah & anak2 selesai beli apa yang dicari. Singgah pula Econsave sampai 5 lebih. Sampai rumah dekat 6 ptg. Anak 1 dah ada kat rumah. Hari ni 5 anak ada sekali kat rumah. Hujan mula turun sebelum waktu berbuka. Tak jadi ke masjid... berbuka di rumah.. semuanya puasa hari ni. Lepas maghrib... isyak.. tarawih... tadarus pun absent mlm ni. Tengok tv cerekarama Jidin.. masuk tidur hampir 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 3, 2012

Ogos 3

Jumaat- Penghulu segala hari datang lagi... alhadulillah masih bernafas dan puasa masuk hari ke 14. Cuaca kat luar baik... mungkin jerubu sikit sbb bulan pun tak brapa nak nampak walaupun bulat penuh. Sistem pun ok... speed dpt 1.2/908k - YES - 13.8/4.0M. Ada kerja nak segera tapi biorle.. come what may!!! Tak ada relif juga hari ni... RPH dah siap.. kerja nak segera tak siap2... nak rujuk dokumen tak jumpa.. lantak le. Time balik balik.. lepas solat jumaat ambil ongumah kat sekolah.. sampai rumah dah 3 lebih. Rehar2 je... asar kat masjid. Balik relaks sebelum siap nak berbuka di masjid. LEpas maghrib.. ke masjid semula... sebelum tarawih ada majlis penyerahan cek sumbangan moreh oleh Penyelaras DUN Btg kali... moreh siapkan mee sup tulang. Tadarus on mlm ni.. selesai 11 mlm.. balik rumah dah hampir 11 .30.. tak kuasa nak tengok tv lagi..terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 2, 2012

Ogos 2

Khamis - mcm biasa... masih bernafas lega. Sampai sekolah pun dengan selamatnya. Sistem masih ok. Speedtest 1.1/887k YES 17.8/3.8. Masuk kelas pertama 7.30pg... ada juga hal nak disegerakan berkaitan program iftor... come what may!!! Masuk kelas...keluar kelas ..sambung kerja.. jumpa guru tu guru ni untuk bincang - ada yang settle..ada yang masih belum settle. Sebelum balik tunggu katanya nak bagi taklimat kepada jk asrama program iftor tapi tak sesuai pulak sbb join dgn jk kualiti. Balik ...lepas zohor ada masa sikit untuk rehat..lelapkan mata.. diganggu panggilan talipon...sampai masuk asar. Ke masjid... balik nak menghadap nb anak 5 pulak buat kerja. Terpaksa buat kerja lain.. angkat kain.. steam baju (tak pakai strika pakai alat baru mcm kat kedai kain)... sambil siap bekalan. Berbuka di masjid... lepas maghrib balik. Siap2 nak isyak & tarawih tapi anak2 tidur lagi.. terus ke masjid. Lepas tarawih balik lepas 11 mlm...masuk tidur sebelum 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 1, 2012

Ogos 1

Rabu - hari baru bulan baru... puasa pun dah masuk hari ke 12. Alhamdulillah setakat ni masih ok. Sistem pun ok.. speedtest dpt 1.2/954k, yes=16/4M. Ni awal pagi... tengah hari sikit slow terus. Tidak perkara mendesak buat masa ni.. so come what may!!! Ada relif pukul 8.10... lepas tu terperap dlm bilik sejuk ni.. siapkan kerja-kerja yang tak pernah siap. Sampai waktu balik... lepas zohor keluar ke Rawang ambil kerusi kayu jati yang dibaiki. Sampai rumah hampir 6 ptg juga. Lepas asar...wirid2.. browse net.. siap ke masjid. Lepas maghrib balik.. siap2 Isyak & tarawih dgn anak2. Ke masjid semula untuk tadarus sampai 11 .30 mlm.. balik masuk tidur hampir 12mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam