Monday, October 15, 2012

13 - 14 OKTOBER 2012

Konvo UPM pada hari Sabtu 13.10.12 sebelah petang. Semua berjalan lancar.. sampai pada waktunya.. ngam2 masuk majlis bermula. Jadi tak lama sangat tunggunya. Agak lain sikit sebab masa penyampai scroll lagu yang dimainkan bukan lagi gamelan tapi lagu2 pop retro... perubahan agaknya atau memang tradisi UPM main lagu tu. Sesi selesai 5.30 ptg tapi dapat keluar sebelum VC keluar dewan. Legar2 ambil gambar sampai lewat petang.. maghrib kat tapak ekspo pertanian (UPM) juga. Makan malam kat situ - pekena char kuihtiaw kerang goreng- manis sikit - dgn sup daging -masin sikit. Jumpa produk baru - ganti gula JLE Premium. Bahan asas tebu yang diektrak tinggal tenaga je - kabohidrat  protin, lemak dah dibuang.. hasil produk org Melayu dari Johor. Bali sekotak -6 botol@30- selesai RM180/=. Balik sampai anak 1 kat Bangi dah 11 lebih.... agah2 cucu lelap mata 12 lebih. 
Ahad 14.10.12 habis masa dari pagi sampai petang kat Wetlang Putrajaya.. memancing -orangumah & anak2.Sebelum tu jumpa Arbain kirim kopi senyum (jumpa kat Cameron dulu) - dah bankin RM150 seblum ni. Khasiat yang dirasai - sakit urat2 lega utk sehari - minum sepeket. Sambil deme memancing, jln2 dari jamban - jumpa kafeteria- pekena kuihtiaw kerang goreng- sedap sikit dr semalam. Bergerak dari kolam dah 3 lebih.. singgah pulak kedai binatang kat Seksyen 9 - jln2 cari jamban... ada restoran - pekena capati sekeping + kopi senyum. Balik siap2 keluar semula nak balik KKB tapi singgah kedai gambar - ambil gambar anak pakai jubah konvo - singgah Petronas maghrib. Sampai KKB 9 lebih singgah kedai makan baru buka kat Pelasari - Bakau D'muara. Order kerang bakar tapi banyak yang busuk tak bleh dimakan - tak caj sbb komplen - tapi pokoknya kalau dah tau kerang rosak nape hidangkan juga- inaya pelanggan namanya. Sampai rumah masuk tidur hampir 11 mlm. 

Friday, October 5, 2012

5 Oktober

Jumaat - dah balik ke sekolah.. smpai petang semalam. Penggulungan seluruh bengkel tak ada apa sangat... info2 baru tu boleh la sikit2.. spt
i. SSQS tahun depan tak ada.. ada pemantau dtg sekolah nak jumpa responden ..nak siasat betul ke pengisian selari dgn kerja di tapak(?),
ii. STS dah tak ada ..tak yah susah2 nak lapor.. nak upgrade version katanya,
iii. penggantian PC tidak ada lagi dah... diganti dengan thin client (?) atau chrome book - semua dlm cloud.. tak ada hd, tak ada office.
iv. tugasan - fail meja gpb/gict (tak tau apa hasilnya- kira siap ke belum?), buat jadual gpb/gict (ada la contoh kat grup email juict@btnsel.edu.my), ssqs tak sentuh langsung, SPS - installation off line (ada yang berjaya ada yg tidak).
v. janji2 ketua unit ict btpnsel - grup task force tetap - kursus lanjutan jemputan atas nama, utamakan sekolah2 terlibat dengan penggantian kelak, sijil perlantikan ahli task force akan ditandatangani Pengarah JPNSDE.
vi. kekurangan yang masih berlaku semasa kursur/bengkel  - tak kenal sapa tu sapa - pengalaman dan environment sekolah- kekangan dan masalah dihadapi - konsensus yang dicapai untuk dibuat di sekolah dan pergerakan task force - apa halatuju TASK FORCE?
Sikit flash back -
Hari ke2 2.10.12 - kelas dari pagi sampai malam. Sempat kluar petang ke Tanah Rata - cari overcoat - beli dari RM69..bayar 57.50 (4 helai bersama kawan2 baru dikenali) dan tengok2 cincin raja kayu sambil makan roti telur dan kopi senyum.
Hari ke 3 3.10.12 - 2 ptg lawatan - Rajuu Strawberry Park - Bee Farm - naik ke ladang BOH - singgah lagi Tanah Rata - beli cincin raja kayu - setelah ditest keasliannya - bakar keluar minyak, disuluh lutsinar - RM35.Mlmnya makan steamboat sebelum sambung sesi bengkel.
Hari ke 4 4.10.12 - sesi selesai 10.30 pagi.. singgah kedai cenderamata depan hotel seblum makan tgh jam 11.30.. bertolak 12 tgh.. singgah KEA FARM - jumpa payung beli 2 yg dipesan kakak di Ipoh. Teruskan perjalanan sampai ke rumah lepas 5 ptg. Alhamdulillah..SELAMAT segalanya.

Monday, October 1, 2012

Oktober 1

Berkursus di Cameron Highland, Bengkel Kerja Task Force Pembestarian Sekolah Negeri Selangor mulai 01.10.12 hingga 04.10.12. Penginapan di Star Regency, Brinchang. Bertolak dari rumah 9 pagi... terlepas komunter... terus naik teksi sapu ke TM. Tunggu bas dari Shah Alam di hentian Tanjung Malim. Pukul 11 lebih baru bergerak ke CH. Singgah di Tapah makan tgh hari. Sampai hotel 3.30 ptg.