Friday, September 30, 2011

Sept 30

Jumaat - hari terakhir bulan September - bulan penuh sejarah tersendiri buat orang tertentu. Esok dah mula bulan 10 - Oktober... akan adakah sejarah lagi. Selagi ada harinya, masanya - peristiwa yang dialami tu lah yang jadi sejarah- kalau ianya meninggalkan kesan /memori berpanjangan. PAgi ni sistem masih oke... akses je masih lembap 1/855k je. Setakat ni tak ada program khusus kecuali lewat petang ada pek program - 6.30 ptg solat hajat di asrama, 9.30 nak lari ke masjid besar ada mesy agung.. kalau sempat la..come what may!!! Oh tidak.. rupa2nya ada satu lagi event yang kena attend lepas asar nanti. Sblum masuk kelas makan nasi tomato belen semalam kat pantry. Keluar kelas 9.30 pagi buat itu ini sampai waktu balik..ada relif pula waktu akhir tu. Lepas Jumaat ...baca paper sambil nak lelapkan mata sementara tunggu asar. Solat asar di masjid besar sbb lepas tu attend undangan majlis akad nikah x-sm3kbian anak Ketua Unit Pelandang(UPK) KKB. Selesai akad nikah dijemput minum2, makan2 di rumahnya pulak. Selesai dah dekat 6 ptg. Balik sempat mandi kejap..keluar semula ke asram ada solat hajat. Seblum magrib pekena nasi ayam dulu... selesai majlis lepas solat isyak ada makan2 lagi. Tak sanggup dah ...pau je ayam dan kuih2. Sebelum tu dah pau buah lai 10 biji..tambah limau pula 7-8 biji. Dari asrama terus ke Masjid Ar-Rahimah untuk mesyuarat agung. Selesai 10 lebih.. ada nasi goreng bawa balik je 2 paket. Sampai rumah hampir 11..lepak depan tv melanggut sambil terlelap...cerita apa tah kat TV3 sampai masuk tidur 12 mlm lebih sikit je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 29, 2011

Sept 29

Khamis - pukul2 nanti ada makan2 dgn bebudak mentee asrama.. join 3 group. Sistem hari ni .. ok.kehadiran ok, LAN ok, akses pun ok...tapi speed test masih lembab jap2 1m/867k; jap2 792/941k,1/955k .. tapi boleh la akses juga...come what may!!! Kelas waktu pertama & kedua... lepas keluar cari2 makan kat pantry tapi tak ada la nak makan sgt.. nanti ada jamuan. Selesai buat surat2 ...masuk kelas kedua pulak 11.10-12.30. Pastu selesai solat zohor.. lepas ni kalau makan lewat sikit pun tak terkejar2.. habisnya lepas makan terkejar2 juga nak balik sbb nak kado hajat. Sementara tunggu asar.. baca paper lama..layan tengok tv. Teringat pula nak kena segerakan fotostat bahan, nak kena buat laporan senarai pemohon beli rumah di TDBB. Bergegas ke masjid untuk maghrib.. lepas tu ada mesy agung. Pengerusi kena la hadir kan. Lepas Isyak ke rumah arwah untuk tahlil... balik seblum 10 mlm. Relaks sekejap sebelum masuk tidur seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 28, 2011

Sept 28

Rabu - sistem running ok... speedtest punnaik sikit 1.5/841k. Pagi ni jap lagi letrik akan terputus.. TNB nak buat penyenggaraan. Sepanjang hari tak leh akses sampai mlm nanti.... apa nak buat? come what may!!!Tungu punya tunggu punya tunggu tak shut down pun..cuma lampu malap kipas lembap. Jadi sepanjang hari masih boleh buat kerja... masu kelas 10.30 sambung relif 11.10 sampai 12.30. Lepas tu baru makan bihun goreng kat pantry. Tak lama lepas tu waktu balik..balik la kan. Dapat tau berita majlis ahad keluar kat SINAT. Singgah isi minyak kereta beli SINAR sekali.. kaluar kat page Sabak Bernam pulak. Lepas zohor ingat nak keluar semula..rasa malas pula.Relaks baca surat kabar ahad (tak habis lagi baca)..sampai asar... buat kerja kat kebun sekejap lepas siram pokok. Masuk dah maghrib...isyak di masjid sebab lepas terus ke rumah Hj Sahyar .. raya terakhir sambil mesyuarat PASTI. Ingat boleh selesai awal..tapi 11 lebih juga jadinya. Sampai rumah dan masuk tidur sebelum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 27, 2011

Sept 27

Selasa - Dah 29 Syawal...esok last day syawal..tapi pastinya lepas ni masih ramai yang buat open-house sampai raya korban gamaknya. Lantak le. Sistem ok je pagi ni... kehadiran ok... LAN ok.. akses pun ok.. tapi tak boleh launch speedtest. Hari ramai ketua pengawas PMR pergi taklimat.. maknanya relif pun banyak le...come what may!!! Dapat juga relif 3 waktu..1-2(2C) & 12(1C). Sementara tu siap sudah notis dan mm - jatikap & pascap. Dalam pada tu demo mona vie pada orang pejabat... makan di kantin pekena kuihtiaw je. Nak balik ada pecal pulak kat pantry pekena semangkuk. Sampai rumah lepas zohor... sempat print MM untuk disahkan penghulu. Sebelum 4 ptg cari dia kat pejabat, dia ada di rumah DO ..jamuan raya - untuk yg tinggal di kuarter kerajaan. Tak dijemput pun seblum..tetiba nak ajak join sekali..sori la. Dapat tandatangan terus belah ke pekan. Kalau ada rezeki tak kemana... AGRO Bank pun buat jamuan raya. Singgah kejap dengan Ameer... pekena sate, bihun, kuih2..tgh lapar la kiranya. Selesai sudah makan2.. serahkan dokumen kpd Ameer untuk hantaran . Singgah kedai beli hphone baru.. dpt model CLS RM210.00. Banyak juga featuresnya banding NOKIA harga RM198.00 Kira ok le untuk pakai biasa2... dual sim kad dah lama cari jenis ni. Balik dah 5 lebih. Godek2 set phone baru... asar lepas 6.30 ptg. Tungu maghrib...pekena nasi pulak sebelum makan ubat malam. Isyak pun kat rumah je....baca paper Ahad ..masuk tidur sebelum 10 mlm. Terjaga lagi pukul 3 seperti semalam... penangan mona vie???

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 26, 2011

Sept 26

Isnin - Bermula hari2 spt biasa tapi kesibukannya tetap ada .. minggu ni ada mesy masjid, nak prepare document mesy minggu depan...and.. and..and. Hari ni sistem ok walaupun ada blackout sabtu lalu..system semua reboot. Dikatakan 28 nanti no power 8 pagi-8malam, sementara tu come what may!!!!Hari ni 4 waktu masuk relif.. bawa nb nak buat kerja kuasa letrik kat kelas 2M tak hidup... layan bebudak tu cerita sejarah. Lepas waktu sekolah terus balik..singgah bank .. ongumah keluar masuk duit urusannya... bayar hamper majlis sabtu lalu.. masuk ke bank urusan keluar 3K. Balik dekat 3 ptg....lepas zohor keluar semula cari bendahari serahkan bayaran2 program semalam.... pastu jumpa Ameer ambil gambar majlis semalam..nak bagi pada SINAR... terus ke Pejabat Daerah tuntut semula deposit guna dewan sabtu lalu... singgah masjid untuk asar.. Alhamdulillah semuanya selesai. Sampai je selesaikan utusan pindah gambar dari kamera Ameer ke NB... hantar email kepada wartawan SINAR.. masuk maghrib..berbuka puasa (selesai 6 hari puasa syawal..alhamdulillah). Elok masuk isyak perut meragam... habis masa 45 minit dlm blk air... paper semalam pun tak sempat baca.. sempat la baca MM2 dulu. Lepas Isyak kemas2 fail yang bersepah...sort dan susun.. ada juga terasa mata ni mengantuk sgt... masuk tidur sebelum 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 25, 2011

Sept 25

Ahad - Selepas Subuh tadi..wirid2 sikit..terus siap ke majlis jamuan raya & serah CF TDBB. Sebelum 8 pagi dah sampai ke lokasi majlis. Tetamu pertama sampai En Wahab MDHS....lepas tu YB ada gamaknya). Lepas tu En Rashidi ARK... dan sorang demi sorang. Sebelum 9 pagi orang tak berapa nak ramai..YB Iskandar pun sampai..majlis terus bermula sbb Yb perlu tinggalkan majlis sbelum 10 pagi. Pertengahan program Pegawai Daerah pun sampai. Lepas tu Dato Salleh Pengerusi ARK sampai. Lengkaplah 1/2 jemputan ...kira okla. Semuanya berjalan lancar walaupun perlu terkejar sana sini untuk pastikan flowkan aturcara. Seblum 12 tgh selesai majlis.... serah Cf disambung oleh Dato Salleh dan En Wahab. Semua berpuas hati walaupun 5-6 langau berdesing komplen itu ni... serah kpd MDHS settlekan, hal libatkan majlis tak ambil pot langsung. Komlen2 pun hadir juga.. makan juga.. hamper nak juga. Lantak le. Sampai rumah sbelum pukul satu... kemas2...hantar orang itu orang ini...lepak seblum nak zohor. Lepas ni anak buah nak dtg ke rumah... nak pergi ke Antara Gapi jemputan rumah terbuka Cikgu Zariah. Sempat ke ..come what may!!!Anak buah sampai sebelum 3 ptg... sampai pulak xguru dgn suami(Cikgu Salmah). Dapat la keluar menuju Antara Gapi sebelum 4 ptg. Sampai makan rendang itik, laksa, kuih2..dah full. Balik singgah hantar bekas2 bawa lontong belen tadi kpd tuannya... singgah kedai di pekan kkb..ambil hamper satu lagi...sampai rumah dah 6 lebih. Sempat asar sebelum masuk maghrib...isyak di masjid sbb ada perbincnagan JK Tertinggi. Balik sebelum 10 mlm...masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 24, 2011

Sept 24

Sabtu - hari ni harinya sekali lagi. Minggu lepas di Triang, Pahang, Hari ni di KKB. Majlis walimatulurus anak 1 di kompleks sukan kkb. Apa nak jadi?,..come what may!!! Sebenarnya ada janji dengan lori untuk angkat barang ke dewan pukul 9... sampai pukul 10 pun tak dtg2. Ada orang dah call nak jumpa kat dewan. Bila call tanya lori dah ada di dewan...dah tunggu pulak dia sampai ke rumah. Dah tu naik lori je la ke dewan dengan baju ala pengantin in purple lagi. Tak lama lepas baru nak uruskan apa yang kurang menjelang 11 pagi rombongan perempuan dah sampai. Depa berehat kat bilik asrama yang disewakan. Tetamu mula dtg dari jam 11...dan mula ramai menjelang 12...menjelang 1 dah mula risau takut makanan tak cukup. Tapi caterer dah biasa katany handle bab ni. Ok la..percayakan dia je. Sibuk le sikit...sambut tetamu, jadi MC..cuma stop jadi kameraman jap. Akhirnya sampai 4 ptg masih ada yang dtg. Lari solat zohor singgah beli lauk yang ada - ikan kelu masak cili, telur itik masak lemak, tempe goreng. Kat dewan makan utama dan kira habis..tapi nasi briani lebih 2 tabung ada lagi. Ayam goreng pun ok lagi..dalca pun ada juga.. kurma habis.yang dah habis menu nasi putih...sambal sotong,kerabu, lemak datang. Sibuklah sikit nak layan tetamu masih datang.. nak komplen dengan servis caterer...tapi keseluruhannya ramai puji makan sedap. Selesai kemas semua menjelang 5 ptg. Sampai ke rumah dah 6 lebih... lepas asar rehat2 jap sebelum maghrib...bawa ke isyak. Lepas tu hantar bekalan sikit kepada guard IKBN..terus ke tapak program..sampai 12 lebih....elok sampai rumah blackout bermula..dijangkan sbb dpt maklumat akan ditutup 12 mlm sampai 6 pagi. Pintu rumah berkunci...nak tidur dlm kereta je..tapi ada yang buka pintu dlm gelap2 tu. Cuci itu cuci ini..masuk tidur seblum 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 23, 2011

Sept 23

Jumaat - Sistem ok pagi ni cuma speedtest masih tunjuk 1.1/341 je. Makin hari makin teruk line internet pakai school broadband ni. Bayar belum juga sejak Januari lalu.. lantak le. Lepas kelas 8.50 ada relif 11.50. Masih tak cukup tidur rasanya ni. Banyak perkara nak settle pagi ni, ptg ni dan malam ni. ...come what may!!!!Dalam pada kat pantry penuh dengan makanan... nasi berlauk, laksa johor, pecal, bubur gandum... tapi idak la makan semuanya. Ikut siapnya je. Sebelum masuk kelas tak makan apa2 sbb blum siap..yang ada nasi. Keluar kelas laksa baru tgh siap bahan haisan sayurmayur... pekena la dulu.. spagetinya ada, kuahnya ada..jalan dulu la. Dlm pada tu ada puding muding dsb. Dah tu siapkan kerja kat dlm bilik... singgah lagi sebelum waktu balik..bubur dah siap.. pekena segelas...ya dalam gelas je mangkuk tak cukup. Ramai yang menumpang makan ..tu pun tak habis2. Balik mcm biasa.. ke masjid untuk jumaat. Lepas jumaat terus ke bank..rupa2nya duit belum dimasukkan. Balik dulu..salin pakaian... kluar semula ke pejabat daerah settle pasal sewa bilik... pi tengok tempatnya ok juga ada 3 bilik ada 8 katil..tapi tak sesuai untuk bermalam..sunyi sgt. Ke bank semula tukar duit dan jumpa ajen monavie.. ambil lagi 4 botol merah..tambah rm150. Pastu ke IKBN nak ambil kunci banglo untuk keluarga dari KL bermalam malam ni. On the way baru dpt call duit dah masuk akuan...nak buat camne...takkan nak pusing balik..terus je ke IKBN. Rumahnya besar ada 4 bilik..hall yang luas. Dah dpt kunci balik rumah..asar. Pastu hantar keluarga KL ke banglo. Balik makan malam dulu nak tunggu semua ada lambat...solat maghrib...isyak... settle seperkara dua. Dah tu nak juga buat baca yassin & tahlil.. dengan 5 -6orang.. yg lain ke dewan uruskan caterer hantar perkakasan untuk acara esok. Selesai doa..lepak tengok tv...sementara tunggu anak2 balik ... masuk tidur 12 lebih.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, September 22, 2011

Sept 22

Khamis - Awal pagi dah masuk kelas.. sistem ok..speedtest1.8/800k.. pasni ada mesy pibg..ada orang nak jumpa..nak itu ada ini nak dibuat..come what may!!! Keluar kelas 8.50 ke pantry ada hidangan. Awalnya mmg dah nak puasa (last day la kiranya) tapi teringat pula ada mesy pibg.. diajak pula suruh rasa masakan daging-nasi lemak sementara tunggu nasi dagang. Berbuka awal la nampaknya. Dah tu ada orang nak jumpa... masuk keluar bilik mesy sampai waktu masuk kelas 11.10. Keluar kelas masuk mesy semula.. baru nak berakhir... ngam2 waktu makan. Pekena nasi+ayam percik+nenas lemak+ ais krim. Selesai - singgah pantry ada nasi dagang..layan sepinggan lagi sebelum balik. Ongumha nak pergi beraya di Pdg Golf. Lepas zohor keluar semula.. singgah ambil slip keluar duit tengok sekali offer bilik sewa, hantar duit pendahuluan pembekal makanan ahad ni... singgah masjid solat asar. Balik nak rehat sekejap..nak lelapkan mata.. layan The Kennedys... tak mau lelap pula mata sejak minum Acai.. sebotol dah habis sehari. Dah buka botol kedua. Dah tu settle urusan dengan Ameer, upkan lagi bekalan ACAI kpd 5 kotak (modal RM1990)..free satu... bawa ke maghrib. Lepas Isyak pi tengok satu lagi rumah homestay untuk rombongan Triang (kalau nak)..dpt call ada nak jumpa kat masjid Rasa..nak bagi banner. Ingatkan bagi je tapi nak pasang malam ni juga. Dah pukul 10 lebih.. malam jumaat dah set janji ni... tok tek tok tek singgah minum lagi ...pukul 1 lebih baru balik masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, September 21, 2011

Sept 21

Rabu - hantar onumah/anak ke sekolah..terus ke hospital kkb. Ada app ambil darah hari ni. App jumpa doktor 5/10 nanti. Kena ambil 2 set darah tapi satu set lagi untuk ujian darah 3 bulan punya takdiambil sebab ubat nak campur untuk hasilkan bacaan dah habis stok. Mmg hospital lani tak cukup duit gamaknya. Pelan2 dihentikan bekalan. Balik ke sekolah dah pukul 8 lebih. Makan dulu kat pantry... cucur bawang cicah kauh kacang. Masuk kelas..keluar kelas..nak mula kerja sat ni...lepas tu come what may!!! Edar acai pada yang order.. sorang lagi guru nak cuba..dpt balik RM130..modal jadi RM321. Baki4 botol...esok ada yang minta nak try test minum..kena la layan ..bakal customer la katakan. Kiranya ramai lagi yang boleh dioffer..tapi pelan2 la. Balik time biasa...lepas zohor keluar semula.. ... singgah kedai order hamper... .ambil ongumah..hantar balik dulu..keluar semual... singgah bank agro ..bendahari tak dtg..balik balik rumah..singgah hantar kad...dah masuk asar. Lepas asar buat apa yang patut settle sikit kerja sebelum maghrib...lepas isyak ongumah bagi lecture pada anak menantu sampai 10 lebih...lepak tengok tv sat sebelum masuk tidur seblum11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, September 20, 2011

Sept 20

Selasa - masuk bilik sistem ok... speedtest dpt 1/<1. PC reboot smlm blackout lagi gamaknya. 2 waktu pertama ada relif.....pas tu pi makan jamuan di makmal sains. Dalam pada tu Ameer dtg... sambung lagi makan. Pastu buat kerja faks jemputan program ahad ni. Pengetua pula minta print dokumen... bawa ke waktu balik. Balik singgah bank in cek... singgah rumah2 hantar kad kawin..dah sampai rumah malas nak keluar pulak. Santai tengok tv channel HISTORY.. t.erlupa pulak dah janji dengan seseorang nak demo acai berry... dah ada yang order tadi 2 botol... ada masalah tak dapat anak dah 7 tahun kawin..nak cuba acai berry ni. Mula 5.30 ptg sampai 6.30 baru selesai... dah bayar RM751 - 8 botol daftar free... atas nama anak 2. Dalam pada tu minum sorang 1/4 gelas - anak 3 orang. bini sorang, sendiri minum dah tinggal 1/4 botol.. brapa lama boleh tahan ntah le. Tapi in syaAllah esok dapat balik RM260... modal jadi RM451 je.Lepas maghrib.. nak makan..lepas isyak nak pi mesy tergempar kat balairaya.. habis kul brapa?come what may!!!Ingat tak banyak nak citer boleh habis dlm 1 jam..akhirnya sampai 11 mlm juga bawanya... masuk tidur dekat 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, September 19, 2011

Sept 19

Isnin - sejak smlm trtajet menampakkan masalah... signal abs menyala...speedometer haywire..tapi jejas perjalanan sampai juga ke rumah. Pagi ni tanda2 mcm bateri kong tapi masih boleh paksa start. Hantar ongumah & anak ke sekolah terus tunggu depan kedai nak tukar bateri. Dari 7 lebih sampai dekat 9 pagi. Masalahnya kepala bateri longgar. Tengok la lepas ni camne.. masih bermasalah atau betul itu je punca masalah. Masuk ke bilik dah 9 lebih. Sistem semua ok tapi ada tanda2 pc semua restart dek power failure ntah berapa kali dalam 3 hari ni. Speedtest tak dpt 1m pun - 600/400k je. Dah ada relif menanti..9.50 nanti. Kerja-kerja lepas ni...come what may!!! vElok tengah buat kerja..tetiba ada panggilan minta masuk kelas relif lagi..12.30-1.50. Lepas sekolah singgah mini stadium ada jamuan raya pejabat kerajaan.. dpt makan bihun yang orang tak suka makan (sbb ada 4 dulang lagi)... mee 4-5 pinggan ..kambing panggan tinggal tulang tu pun ada <10 orang berbaris nak ambil. Balik bawa 2 pinggan bekalan - mee & bihun. Lepas zohor...bawa ke asar... lelapkan mata sekejap..bawa ke maghrib..bawa ke isyak. Masuk tidur sbelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, September 18, 2011

Sept 18

Ahad - nah hari ni ingatkan boleh rehat lagi tapi dah nak kena hantar anak 4 balik UPM.. satu lagi hal yang tak disukai.. tak maklum awal2..senang nak buat perancangan. Ingatkan hari ni nak selesaikan edaran kad jemputan.... come what may!!! Jadi ke pasar lepas 9 pagi. Jumpa 4-5 orang bagi kad jemputan... singgah Tmn Teratai..tmn arif..serah/tinggal kad. Masih ada yang terciciri juga lagi. Balik baca paper sementara tunggu makan laksa sebelum kluar ke Serdang hantar anak 4. Tengah jalan hujan dah turun agak lebat.Bagi anak 2 bawa kereta. Sampai di UPM dah 3 lebih..singgah masjid solat zohor. Pastu terus ke Kg Baru hantar anak 3 sbb dia dah muka training untuk kerja di KL. Allah dah yapunya. Anak 1 kahwin dah sewa rumah sendiri di Bangi.. anak 3 masuk rumah di Kg Baru ganti dia yang selama ni tinggal di situ supaya senang pi kerja. Perfect timing. Bergerak balik lepas solat asar.... sampai KKB jam 6 lebih. Siapkan kerja sikit cetak surat... sementara tunggu maghrib. Lepas maghrib ke masjid ada pengajian tajwid.. isyak..dan terus balik. Semak berita online..sterika baju untuk pakai esok..sebelum masuk tidur sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, September 17, 2011

Sept 17

Sabtu - Selesai sudah urusan dapat menantu. Baru balik dari Felda CheMoimoi, Triang. Segalanya berjalan lancar alhamdullillah syukur. Sejak dari lepas Subuh bawa kepada majlis perarakan pengantin, snap2 gambar, makan2, sembang2 - semua diurus sendiri oleh rombongan pengantin lelaki. Pihak ponnu sibuk menyediakan makanan...layan tetamu pun idak.. katanya begitu la budaya di situ. Macam juga semalam hari ni pun lebih kurang je. Urusan layan pengantin pun rombongan lelaki yang handle. Atur sesi bergambar, susun duduk makan beradap.. ada la sorang maksik tu jemput2 makan lepas ditinggalkan.. pandai2 la sendiri..nasib baik ipar duai pandai2 sendiri... atur, ambil, makan,,siap bungkus2 sekali, Tuan rumah tak kisah, Senang betul. Selesai urusan dan bergerak balik sebelum 3 ptg... singgah kat genting sempah..pekena kopi radix... terserempak orang jual jali2 - 5 hinggit je.n powerx - RM25 hinggit 2 biji... untung beli kkat KKB. Sampai rumah 15 minit sbelum 7 mlm. Letih badan tentunya malam ni...come what may!!!Lepas maghrib - Isyak nak rehat serehat2nya sebelum masuk tidur 11 mlm. Sebelum tu update blog TV4S..buat blog baru www.160911.blogspot.com khas untuk gambar2 majlis perkahwinan tadi. Line pulak problem..semput semacam....jap ada jap tak ada.. hah masuk tidur je le...tu pun lepas 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, September 16, 2011

Sept 16

Jumaat - SELAMAT PENGANTIN BARU & selamat hari malaysia!!! Hari ni harinya..anak 1 nak nikah lepas asar nanti di Triang Pahang. Ni nak bertolak ke sana dalam pukul 9. Semoga semua berjalan lancar dan dengan selamatnya, Amin. Seterusnya...come what may!!!!10 minit lepas 9 dah keluar dari rumah.. terus ke transit yang dijanjikan. Pukul 10.30 pagi dah sampai di Petronas Bentong. Tunggu 3-4 kereta lain sampai 11 lebih sikit mula bergerak ke Felda CheMoiMoi Triang, Pahang. Sampai 10 minit lepas 12 tgh. Diajak pula rombongan makan tengahari di rumah pengantin. - ada lauk keladi masak tempoyak, kobis lemak, kembung goreng. Pastu ada yang nak solat jumaat.. yang nak pergi pergi..yang tak pergi masuk ke tempat penginapan -rumah tamu kuarters u. Ada 4 blok -4 tingkat tapi yang menghuninya tak sampai 20 orang. Tak ramai guru nak tinggal disitu sbb orang tempatan. Rugi la tak dapat elaun sewa rumah. Akhirnya projek ni jadi gajah putih. Yang hairannya pihak berkuasa tak terfikir nak maksikumkan penggunaan premis ini.. lantak le deme. Lepas 2.30 ke masjid jamak zohor-asar.. singgah pekena kopi radix.. balik ke rumah penginapan untuk bersiap. Sempatlah berehat sekejap...menjelang 4.30 ptg dah bergerak ke rumah pengantin untuk majlis akad nikah. Sebelum 5 semua dah bersedia.. pengantin ada, wali ada, jurunikah ada..tapi 2 saksi tak sampai2. .. lepas tu baru tau saksi iman masjid... ada orang ajak buat tahlil..tu yang lambat. Lepas 5 ptg majlis akad bermula - oleh wali sendiri. Sepatutnya settle 1-2 kali lafaz tapi saksi tak puas hari lafaz wali.. kena betulkan 4-5 kali..akhirnya disahkan juga. Selesai satu bab. Lepas 6 ptg pergi pula tengok rumah singgah untuk 3-4 keluarga lagi. Agak jauh sikit dari rumah tapi masih ok. Tinggal la keluarga dari Penang, keluarga KKB sbb guru sm3kb suami isteri tak jadi bermalam.. nak balik awal sikit. Tapi hampir isyak depa terpaksa pusing balik sbb jalan terputus sebelum sampai Karak. Jadi 3 keluarga duduk di kuarters guru yang ada 3 bilik dgn ruang rehat yang luas. Lepas isyak ke rumah pengantin lagi untuk makan malam sampai 10 lebih. Sejak dari petang tadi sampai ke malam ni semuanya layan diri. Tak ada wakil tuan rumah kecuali anak2 saja yang melayan rombongan KKB. Tengok pula esok mcm mana? Balik ke rumah nak masuk tidur lepas 12 mlm.. sbb sembang2 sikit lagi sementara tunggu anak2 balik ke sarang.


Thursday, September 15, 2011

Sept 15

Khamis - esok la harinya, selesaikan hari ni dulu. Sistem ok smunya tapi semalam blackout lagi gayanya.. sistem smua reboot. Awal pagi ni ada perhimpunan - penutup sambutan hari kemerdekaan. .. ngam2 2 waktu dihabiskan di padang. Time untuk ke PPK check stok.. dpt 50 hinggit..ngam2 sampai pukul11 pagi. Baru nak masuk kelas kena settle pula pasal laporan kehilangan LCD... 1/8/11 dulu kat dewan.. 12/9/11 di makmal matematik pula. CC buat aduan kat JPS... minta nombor2 rujukan alat. Bersama kerani gaji cari maklumat..JTK sibuk dgn anak dia. BukaLCD yang tak dicuri sebab rosak.. semak LCD rosak dlm almari.. tup2 senarai yang diserah kpd JTK ada semua maklumatnya. Selesai ngam2 habis 2 waktu... kena pula siapkan RPH untuk dihantar hari ni..esok kan cuti hari malaysia. Ni baru dpt masuk ke sini dah pukul dekat pukul 1 dah pun.. petang ni..come what may!!!Bawa sampai waktu balik...ongumah dah ada janji pulak nak beraya di Batang Kali. Balik untuk siap2 je. Keluar sebelum 3... singgah 3 rumah seblum singah beli batang kat pasaraya batang kali. Balik dah lepas azan asar. Tak tahan mata...baring sekejap sampai 10 minit je....bangun asar...SU masjid dtg minta tandantangan surat ...sembang kejap dah nak masuk maghrib... lepas maghrib terus isyak..pastu lepak depan tv sampai masuk tidur sebelum 11 mlm.

Wednesday, September 14, 2011

Sept 14

Rabu - Sistem masih ok... kehadiran, LAN, akses internet ok. Speedtest tak boleh nak buka . Hari ini katanya ada Jamuan Raya Perdana petang nanti... sementara tu pagi ni dah tersusun kerja nak dibuat..come what may!!! Jadi dari pagi masuk kelas keluar kelas 2 kali je.. lepas tu ada relif sampai balik. In between siap dokumen2 terkini... pukul 2 lebih kononya ada jamuan hari raya.. ikut kelompok unit uniform.. masa ni juga guru ting 5 ada mesy.. tak terurus jamuan. Guru2 yang ada dah lama tunggu nak makan... tapi tak ramai..hantam saja le labu. Lepas makan masih ada juadah baru sampai..ada guru baru nak masuk.. ada banyak makanan berlebihan sana sini. Apa dah jadi? Elok nak melangkah balik..terserempak dgn pegawai penyiasat dari balai polis.. nak siasat kehilangan LCD...bawa sampai 3 lebih. Bergegas balik blum zohor pun lagi... anak2 pulak tak kat rumah kunci rumah tak ada dalam simpanan..kena tunggu depa sampai azan masuk asar...aduh!!! menyesal tak sudah. Lepas zohor-asar nak baring2 ada kerja nak bereskan tapi penat terasa juga. Gagah juga siapkan apa yang perlu sampai masuk maghrib... isyak di masjid..pastu terus ke rumah ketua PASCAP.Patutnya ada usrah tapi yang datang pun 3 orang je..naqib pun tak dtg. Perangai lama masih tak berubah.... dah tahu ada program, kalau tak dpt dtg tu maklumkan awal2...kalau dah ramai tak boleh hadir batalkan aje. Nasib le buat kat rumah..ada la juga hidangannya.. nasi lemak+keropok+pau. Balik pun awal 10 minit lepas 10... masuk tidur sbelum 11 mlm.

Tuesday, September 13, 2011

Sept 13

Selasa - Sistem ok ..speedtest 2.6/884k. Tengah menanti kalau2 ada relif hari ni... ptg ni ada taklimat 1bestarinet di PPD. Nak balik awal atau tak perlu balik awal... come what may!!! Tetiba dapat relif.. nun 11.50 sampai 1.10. nak balik awal panye. Tengah buat kerja dalam pukul 11 lebih baru tau ada mesyuarat JK Pengurusan... nak pi camne? Masuk juga le kelas relif tu sbb bebudak peksa. Lepas zohor...sampai waktu balik..tumpang guru ke PPD. Taklimat je pasal bestarinet.. satu lagi proposal sistem untuk sekolah yang akan menguntungkan satu pihak saja. Si Luncai terjun dengan labu2nya..biarkan2. Habis taklimat 4 ptg. Balik tumpang guru lain... lepas asar buat persiapan final untuk mesy malam ni. Lepas maghrib..ke isyak.. ada pulak yang dtg raya - 2 family guru sm3kb.. tak pernah dtg seblum2 ni. Hujan pulak mula turun lebat sekali. Pi juga ke mesyuarat sbb dah dipanggil.. sapa yang ada kat rumah layan le tetamu tu. Mesyuarat selesai hampir- hujan masih turun.... sampai rumah masuk tidur seblum 12 mlm.

Monday, September 12, 2011

Sept 12

Isnin - dah hampir waktunya... jumaat ni anak 1 akad nikah. Sabtu depan majlis kahwin di dewan kkb... bayar belum lagi ni... masih nak minta diskaun dgn DO. Pagi ni lancar sist ni em lancar je. ..speed pun ok 3/<1 ..ni nak ke perhimpunan..sebelum 8 pagi nak ke pejabat daerah...come what may!!!Seblum pukul 8 dah ada depan bilik DO.. tapi dia masuk ofis 8.30pg. Bincang2 dulu dgn Ameer...10 minit lepas tu DO sampai. Selesai urusan sewa dewan.. tak dpt diskaun500 dpt 250 je.. jadinya sewa dewan 750. Jadi le. Lepas tu maklumkan agenda 25.9.11. Selesai. Balik ke sekolah ..buat itu ini...ada yg jemput makan kat belakang. Awalnya tgh puasa tapi terpaksa berbuka atassbb tertentu.. pekena nasi minyak.. tu dah 12 lebih. Dapat call LCD hilang lagi..kali ni dari makmal matematik di bangunan makmal KDP. Pi la tengok juga... tapi urusan pengetua nak buat laporan polis ke apa. Dah time balik. Lepas zohor keluar pusing taman ampang indah hantar kad jemputan. Sampai depan masjid..azan asar. Singgah la solat asar. Balik sementara maghrib siram pokok, cuci kereta... siap ke masjid. Mlm ini ada pengajian Tauhid Us Yusri.. lepas isyak balik..tak ada makan dah lagi lepas kelas mulai yang ini. SU & Bendahari risau duit masjid tak cukup untuk perbelanjaan tahun depan. Jadinya perut ada sikit lapar.. hirup kuah lemak & kari belen atas meja... dgn biskut gula. Jadila untuk alas perut. Nak buat kerja2 dokumen dah 10 lebih..kalau mula tak boleh henti..jadi masuk tidur je sblum 11 mlm.

Sunday, September 11, 2011

Sept 11

Ahad - Hari ni harinya lagi... tidak seperti hari2 lain gamaknya. Pagi ni jap lagi nak ke Majlis Jamuan Hari Raya Pusat Khidmat Masyarakat KKB. Bukan sebagai tetamu tetapi sebagai promoter.. kena pi awai la sikit..nak tengok itu ini,,, jadi MC lagi. Lepas tu dalam pukul 1 nak ke KL Dewan Felda..anak mantan guru kawin..kena pi nak jumpa dia lama tak jumpa.. petang lepas tu..come what may!!!Sebelum pukul 9 dah keluar dari rumah.. .terus ke dewan tengok persediaan. Dah ada penbekal juadah sampai tapi penganjur sorang pun tak nampak lagi. Lambat2 pun akhir berjalan juga program cuma lewat 1/2 jam...orang pun tak berpusu2 dtg. Pembekal yang lewat pun ada... ayam percik...dah 1/2 jln program baru nak pasang api panggan ayam. Tapi tak pa..majlis berjalan lancar.. hampir kuran sikit 500 orang dtg. KPD Norel pun dtg tapi majlis dah tamat.. makanan ada banyak lagi..yang layan dia pun orang kita je.. penganjur dah lama lesap. Balik dah 1.30.. lepas zohor terus ke Dewan Felda.. dpt la jumpa cikgu Zainuddin... tak sempat makan pun terus ke Nilai 3. Pulangkan cawan rosak.. tunggu dan check..sampai nak masuk maghrib. Singgah solat di Dengkil...sampai rumah sebelum 10..masuk tidur seblum 11.mlm


Saturday, September 10, 2011

Sept 10

Sabtu - hari ni awal pagi hujan renyai2 kat luar. .. lepas subuh ongumah ajak masuk baring2 kejap... kejap2 pun sampai 10 lebih baru terjaga. Nak masuk ke sini line internet masih out. Telekom punya kerja nombor pun boleh bertukar. Bangun dah 10 lebih. Banyak tempat nak pergi hari ini... semuanya makan makan makan..come what may!!!Kat rumah line talipon masih problem. Kali ni nombor bertukar..hak orang masuk sini...hak sini pi kat orang. Internet pun down. Buat aduan lagi. Dalam siap2 dah nak keluar kontraktor telekom dtg nak bega line. Masuk dalam rumah kata cable dlm rumah rosak. Acah2 konon nak baiki boleh dirunding. Dah suspek ada tak kena ni. Nampak kot muka serius semacam nak marah..minta dia betulkan line kat luar je. Lagipun salah depa juga sampai nombor beralih rumah. Buat report terus .. bagi pandangan seketul dua pada operator. Tak lama lepas tu org telekom call...minta laporan kerosakan dah ok belum. Dah sampai ke Sg Choh masa tu tengah sedap makan,minum2,sembang2. Tu dah pukul 2 lebih.. pukul 4.30 bergerak pula ke Batu 16 Rawang. Rumah cateter Khatijah... makan lagi pelbagai jenis nasi ada... singgah masjid solat asar dah 6.30 ptg. Singgah lagi rumah Zainab di ulu yam..kata nak tengok lampu apatah.. azan maghrib terus balik. Lepas maghrib..tunggu isyak.. line pun dah ok ..buat itu ini...tengok tv sampai 12 mlm..masuk tidur.

Friday, September 9, 2011

Sept 9

Jumaat - pasar malam day.... tapi waktu tu berada di Soeharto mesy... seblum tu pun mesy. Sistem pagi ni nampak ok cume speedtest je dpt <1 up n down. 3 waktu awal pagi dah masuk kelas... 2 relif sendiri. Lepas tu makan2 di belakang pejabat... buat itu ini ..sampai waktu balik. Lepas Jumaat siap nak pi mesy JKKK. Talipon rumah pula problem sejak semalam. Kali ni nombor pula bertukar. Dalam bersiap nak pi layan pula org telekom... sampai la juga seblum waktu mesy bermula. Dari 3.30 sampai 6 ptg. Selesai.. bergegas balik lepas asar pukul 6.45 keluar semula.. ke rumah YDP PASKAW..tumpang nak pi mesy di Soeharto. Singgah maghrib di Sentosa.. Isyak di Sg Tengi...sampai ke tempat mesy.. orang belum ramai..tapi makan dah terhidang. Ada pukut panggang panas lagi. Mesyuarat tamat 10 minit sblum 12. Sampai rumah 10 minit sebelum 1.20 pagi. Terus masuk tidur.


Thursday, September 8, 2011

Sept 8

Khamis - hari ni la harinya masuk umur 56 tahun... HAPPY BIRTHDAY TO ME ..la nampaknya. Perjalanan hari ni.... tak menentu..come what may!!! Sistem ok je pagi ni. Masuk kelas 7.30 pagi tapi budak lelaki ada guru lain ambil nak cover silibus. Tinggal budak pompuan.. legar kat wakaf belanja minum air mineral + kuih raya+ beli goreng pisang. Lepas tu habiskan kerja kat dlm bilik sementara tunggu hidangan nasi tomato + mee kuah+ cendol+ rojak+dessert... sampai masuk kelas pukul 11.10 kelas 1G - siap nyanyi lagu happy birthday. Terpaksa hulur duit raya kat budak2 ...seronok depa. Lepas kelas baru dapat nikmati hidangan,,tapi yang lain dah bedal dulu. Layan makan sampai waktu nak balik... pau untuk anak2 sikit. Singgah hantar kad jemputan kat Taman Pesara.. singgah bank slip pula silap cop... gi jumpa bendahari..hantar ongumah..gi balik bank. Selesai urusan x-ypd pigb Hj Zanhuri ajak minum... rupa2nya nak promote produk. Dah dekat 4 ptg.. zohor blum lagi... berkejar balik ingatkan masuk asar 4.30 rupa2nya 4.17. Ngam2 je sempat selesaikan zohor..masuk waktu asar. Takboleh jadi mcm ni lain kali.. lain dirancang lain yang timbul... silap2 lain jadinya. Lepas asar.. line talipon problem... layan pakai broadban sampai terlelap mata sekejap sampai 5.30 dikejutkan panggilan telefon. Lepas tu settle juga hantar email draf surat kpd ARK Dev.... lepas maghrib ke masjid ada bincang2 sikit dgn JK tertinggi - SU,Bendahari & Siak2... sampai 10 lebih. Layan tengok TV3 sekejap.. lalut sampai hampir 11.30.. tak tahan mata ..masuk tidur je. Ingatkan dptlah habuan harilahir.. melepas gitu je malam jumaat. Apa nak buat, taik kambing bulat2.

Wednesday, September 7, 2011

Sept 7

Rabu - teruk hari ni.sejak 6 pagi tadi total blackout seluruh KKB. Semua sistem tergendala sampai 2 ptg. Tak boleh buat kerja biasa kena buat kerja luar biasa. Balik pukul 2.30 ptg..kat rumah masih blackout. Boleh la buat kerja biasa - tidur .. sampai 5.30 baru ada letrik. Ipar dari Gombak dtg .. sampai 7 mlm. Sekejap lepas tu dah waktu berbuka. Lepas maghrib baru dpt masuk sini... lepas isyak ni nak pi mesy pascap ..sampai pukul brapa.. come what may!!!Keluar gi mesy 10 minit sebelum 9. Tak ada orang lagi ... tunggu sampai 9.20 baru nampak muka ketua cawangan dan sorang ahli bawa bekalan makanan. Lepas tu baru muncul sorang2.. dpt la 7 orang. Seblum mesy makan dulu... jadinya mesy mula dekat kul 10. Habis bincang2, makan2 lagi..selesai 11 lebih juga. Siap2 nak balik sampai rumah masuk tidur 10 minit seblum 12.00mlm

Tuesday, September 6, 2011

Sept 6

Selasa - Sistem ok je hari ni. Bertimbun trak benda nak settle hari ni - tindakan hasil mesy semalam nak kena uruskan sebelum malam ni punya perjumpaan... pun ada bahan nak sediakan. Tak tidur petang lagi la hari ni... come what may!!! Lepas sekolah pukul 3 kluar lagi jumpa bendahari... tgh pening nak tutup akaun.. tak sampai 15 minit semak ..settle dah kemaskini. Pukul 4 balik ..lepas asar tumpukan pada siapkan dokumen mlm ni. Siap - edaran koperasi, edaran tong sampah..... Lepas berbuka... tunggu Isyak.. tengah isyak ada tetamu dah sampai.. Hamidon dan isteri..x-sm3kbian. Lepas tu baru jiran2 sampai. Yang diharapkan tak dtg pun.. yang dtg jiran 3 rumah saja yang biasa dah jumpa. Buat juga perbincangan sampai hampir 10 mlm.. ada potluck yang dibawa.... dah tu masuk tidur seblum 11 mlm.

Monday, September 5, 2011

Sept 5

Isnin - bermula sekolah hari ni... masuk ke bilik sistem semua down. UPS problem.. server tak mau up.,, terpaksa guna direct line...7.45 baru ok. Kehadiran pun ok,, LAN pun ok..akses pun ok. Lepas perhimpunan pagi ni nak cuba settle kerja tak sudah... ada relif la pulak 11.10 &1.10 nanti...tak semena2 tambah satu lagi 8.50 pagi.... come what may!!! Jengak sat kat perhimpunan... lepas tu mula kerja buat itu ini.. masuk keluar kelas relif 3 kali.. sampai time balik. Zohor dah selesai awal... sampai rumah pukul 2 lebih, dah keluar semula ke Pejabat Daerah. singgah hantar notis nak jumpa penduduk jln 15 esok malam.. cuma satu tak dpt serahkan... rumah kosong tapi ada tuan. Dah tu terus ke Pej Daerah .. DO pulak tak ada..cuti seminggu...aduhhhh..gawat gitu. Minggu depan tinggal 14 hari je sebelum bayaran nak kena buat tempah dewan. Dah tu jumpa ADO Azura pulak... mcm citer sampai dekat 4 ptg. Terus ke rumah bendahari, dia tak ada pulak..ke klinik. Dah tu balik je le... lepas asar fokus kat urusan nak mesy mlm ni pulak... rasanya smua dah ada.. so buat surat mohon sumbangan drp pihak2 berkenaan..settle. Lepas berbuka.. maghrib..isyak jemaah kat rumah. Sebelum 9 tumpang Cikgu Sukor ke pejabat khidmat masyarakat kkb... mesyuarat nak buat jamuan hari raya PKM KKB. Habisnya JKKK kena uruskan makanan, kebersihan, PA Sistem & khemah,kerusi meja. Selesai bincang2 10 lebih.. sampai rumah masuk tidur 11 mlm.

Sunday, September 4, 2011

Sept 4

Ahad - mcm semalam juga..pagi ni pun sama. Lepas subuh ni - tahlil sendiri, wirid apa patut, update blog ni... dlm kepala ni mcm nak buat- jumpa orang nak jemput kenduri, sediakan dokumen nak jumpa selasa nanti, isnin mesyuarat, rabu mesyuarat, jumaat mesyuarat...ada notis belum dihantar...ada baucer belum serah bendahari..jumaat ni nak bentang akaun...aduh..esok dah mula sekolah..come what may!!! Dah kena pi pasar pulak.. beli ikan sayur.. balik baca paper sampai 12 lebih. Lepas zohor ziarah raya rumah Kak Yah pembekal kantin sekolah. Ada la bincang sikit pasal bekalan juadah jamuan raya. Terserempak pulak dengan cucu Syed Mashur - Sharifah Rafeah Syed Ahmad al-Idrus. Rupa2nya Syed Adhar(pembantu makmal), Syed Sulaiman (pembekal kantin) dan Syed Abd Ghani (KRT TDBB) anak Syed Zahari (mantan CC Pej Daerah) adalah sepupu sepapat - cucu kepada Syed Mashur. baru la tau cerita. Jadinya lama juga la duduk kat situ. Lepas tu singgah rumah Cikgu Zuraidah.. lama juga citer2.. ambil buah mungai, mangga. Ada pulak yang dtg cari kat situ kononya nak ke rumah di TAP boleh hala ke rumah di Taman Damai.. miss comunication kat mana ntah. Balik dah azan asar. Lepak depan tv lepas solat asar.. terlelap2 sikit sampai maghrib. Nak buat kerja2 yang dirangcang pun naik malas. Lepas Isyak strika baju..tengok lagi citer ZOO.. masuk tidur 11 mlm.



Saturday, September 3, 2011

Sept 3

Sabtu - Tetiba rasa malas pun meresap jiwa. Nak bangun bersahur pun rasa malas.. puncanya tidur lewat la ni semalam. Mata dah tak tahan mengantuk dilayan juga tengok pahanah syaitan(tv). Sepanjang hari ni tak ada planning... come what may!!! Dapat call pengetua kata LCD dewan kena curi. Keluar sekejap tengok trajet dah siap ke blum..singgah di sekolah.. mmg ya ..LCD yang rosak tak diambil, yang elok je hilang dengan cable yang elok juga. DAh tu speaker pun hilang..3 sekali tak ada kat tempatnya. Last jumpa 2 atas stage konon disorok kat situ buat sementara kot.. lagi satu tak dibuka sebab ketat kot. Dah tu serah pada pengetua la nak buat apa lepas ni... singgah kedai... balik baca paper. Lepas zohor lepak depan tv..sambil terlelap sampai 5 ptg. Dapat idea nak kumpul penghuni jalan 15 selesa nanti.. bincang2 sikit. Lepas asar keluar ambil trajet dah siap. Balik sementara tunggu maghrib depan tv lagi.. sampai lupa nak masuk ke sini. Lepas maghrib pun teringat. Lepas Isyak nak sediakan surat menyurat idea tadi. Dalam pada tu ada citer baik punya kat RIA ..masuk tidur 12 mlm lagi la mlm ni. Nasib baik citer habis awal... masuk tidur 11 mlm...rezeki deh!!!


Friday, September 2, 2011

Sept 2

Jumaat - hari ke2 puasa sunat... berkat hari Jumaat. Subuh di masjid.. balik terserempak dgn seekor kongkang jatuh dari tiang letrik..minta nyawa. Bawa balik bagi anak2 begakan mcm mana.. sbelum serah kepada perhilitan. Hari ni tak ada plan.. rasa mcm nak baring2 je..come what may!!! Pukul 9 lebih hantar trajet untuk tukar gasket. Balik lepak2 baca paper... abang ipar dtg beraya. Elak sgt sebab boleh ke masjid untuk jumaat dgn dia.. keta pun tak ada. Anak 1 ke putrajaya lepas hantar trajet tadi. Lepas jumaat sembang2 keluarga... lepak depan tv lagi. X-sm3kbian (Sarah Tiaga) dtg anak beranak. Tinggal sikit masa lagi seblum maghrib untuk berbuka ...Lepas isyak lepak depan tv lagi....mata mengantuk sgt sebab ptg tak sempat lelapkan mata... tapi paksa juga nak tengok sampai habis citer pontianak balik kampung kat RIA.2-3 hari semua citer pontianak arahan pengarah cina... syarikat cube film. Akhirnya bawa sampai 11 lebih masuk tidur.

Thursday, September 1, 2011

Sept 1

Khamis - Raya ke 3 - puasa mula hari ni... harap boleh terus 6 hari. Masih cuti sekolah. Lepas Subuh tadi di masjid..balik lelapkan mata sampai 9 pagi. Bawa trajet ke bengkel tapi tak mau dibuat juga.. katanya anak dia dah melancong ke Penang. Sorang tak boleh buat. Esok pula suruh hantarkan. Start buat dokumen untuk jamuan raya... tuntutan, borang pembekal, surat memyurat. Dalam pada tu ada x-sm3kb 5 keluarga sekali. Pastu sambung lagi kerja.. nak baring2 sekejap sampai asar... come what may!!! Dah start kerja sediakan kertas kerja, surat itu ini terus terlepas waktu baring2... bawa sampai ke maghrib..berbuka..sampai ke isyak. Lepas tu ziarah jiran sebelah..balik sebelum 10 tak lama sembang2nya.. lepak depan tv smpai 12 mlm.. masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam