Tuesday, June 30, 2009

YESTERDAY & TODAY

Hari Isnin -semalam- ke sekolah macam biasa. Sekadar dapat membetulkan satu dua masalah yang berkaitan dengan sistem rangkaian yang menjadi haru-biru sikit lepas pemasangan SPS. Anyway dapat juga settle masalah DHCP - yang tinggal untuk diatasi DNS. Tepat waktunya kena pula masuk ke kelas (1 waktu sahaja)...dan masa berlalu begitu pantas...kena pula gi makan-makan (meraikan pelatih UPSI yang tamat latihan). Tengah makan technician GITN datang nak check talian...tak menjadi gangguan apa-apa sambil dapat prepare untuk jumpa Cyberkids jam 2.00 ptg. Selesai urusan dengan mereka dah pukul 3.30 ptg...sampai ke rumah dah pukul 4.00 ptg. Sempat la juga baring lepas Asar - walaupun kata orang tidur lepas asar tak elok - boleh jadi gila - tapi dah penat sangat - sebenarnya mata yang penat. Tengah makan tadi Termizi memancutkan air buahnya (buah rambutan) ke mata. Nasib baik tak jadi apa-apa! Kiranya tak sampai buta la...
Hari Selasa - selepas selesai sikit kerja-kerja kat rumah, terus ke BTPN Shah Alam untuk Kursus Linux. Sepatutnya boleh sampai pukul 8.30 paling lewat....dah tersasar jalan, berpusing dua tiga kali kat seksyen 23 - 19- 23, baru nampak jalan. Sampai pun dah lewat pukup 9.30 pagi. Biasa le janji orang kita....deme pun baru nak mula, jadi tak banyak sangat tertinggalnya. Selesai sesi pertama pukul 5 ptg.
Dari awal tadi wifi tak dapat detect. Aduan dah dibuat tapi tiada penyelesaian segera. Dahtu kena ambil tindakan sendirila nampaknya. Check punya check, rupanya adapter ap rosak. So? ciluk yang tingkat bawah (pinjam sat je) pasang kat atas. Tu yang boleh update blog ni. Kalau tidak?
Tengok la esok macam mana pulak ya?

Sunday, June 28, 2009

SABTU-KE-AHAD

Semalam Sabtu sekolah ganti....tapi tak la rasa sibuk sangat sebab sempat juga ikuti satu sesi taklimat oleh Kadi HS dalam prgoram roadshow mereka menerangkan tentang Enakmen Syariah Negeri Selangor...tengok kat www.smkkkb.blogspot.com ada sikit maklumat dan gambar. Petangnya ke Damansara jengok rumah kakak ipar yang akan buat kenduri kahwin anak perempuan bongsunya minggu depan. Lepas Maghrib singgah pula kat GIANT Kota Damansara...beli barang keperluan anak sendiri nak masuk UPM esoknya. Sampai rumah dah pukul 12.30 mlm...flat!
Pagi tadi agak lewat keluar dari rumah sebab UPM tidak la sejauh UTM Skudai...jadi dapat juga lelapkan mata lepas Subuh...sampai 9 pagi. Dalam pukul 12.30 dah sampai ke UPM Serdang untuk pendaftaran pelajar baru....tanpa dimaklum lebih awal UPM buat saringan H1N1 sebelum urusan pendaftran boleh dibuat. Tapi tak lama...isi borang je...pastu dah boleh daftar. Makan pun disediakan. Orang pun tak berapa ramai..jadi urusan selesai dalam pukul 3 petang. On the way balik singgah pula kat TESCO Selayang...dulu MACRO...banyak perubahan dibuat..makin besar pun ada. Akhirnya sampai kat rumah jam 8 mlm. 2 hari yang ok....

Friday, June 26, 2009

DALAM SUSAH ADA HIKMAH

Semalam dah dibuat keputusan semua GPB Negeri Selangor kena buat laman sesawang / blog sendiri - lebih kepada bahan P&P. Tujuan untuk dijadikan kriteria pemilihan Guru Inovatif/ ICT cemerlang. Pagi tadi selesai sudah kerja-kerja tertangguh termasuk pemasangan SPS. Petangnya masa semak email terbaca yang dihantar Shima dan link ke sesawangnya. Memang menarik. Dalam tercari-cari idea apa nak dibuat untuk yang satu ini - dah manage hampir 10 blog - takkan nak buat blog lagi. So..dari jam 5.30 hingga 6.30 terhasillah satu weblog yang lain sikit ..tengokla kat www.syedkkb.webs.com - senang je nak buat dan memang menarik. CUBA LE !!!

Thursday, June 25, 2009

Putus lagi

Minggu ini berada di Impiana Casuarina Ipoh. Sekali lagi pihak penganjur tidak peka dengan kehendak semasa apabila melibatkan IT geeks semasa berkursus. Walaupun semasa kursus peserta tidak memerlukan kepada penggunaan NB tetapi perhubungan mereka dengan dunia IT tidak boleh dinafikan. Ada yang sangat perlu semak email. Ada yang sangat perlu update blog. Dan ada yang sangat perlu menguruskan urusan harian online. PERCAYALAH... www - wherever, whenever and whatever - online itu adalah keperluan bukan kemewahan.
SO KEPADA SEMUA PENGANJUR KURSUS ATAU MESYUARAT DI MANA-MANA LOKASI, SILA PASTIKAN ADA AKSES INTERNET DAN PERCUMA (MASUK DALAM PAKEJ). TERIMA KASIH.

Monday, June 22, 2009

Dari2-3-4-5-?6

Hari ini, waktu ini sepatutnya sudah berada di Impiana Casaurina Hotel Ipoh. Dek kerana nak menumpang rakan, teman kenala tunggu. Teman tak kisah...sebab tadi pagi pun yang ditunggu tak tiba-tiba. Siapa? Syarikat yang janji nak datang pasang SPS...dari pagi sampai tengah hari..tak kunjung tiba teman pun balik le.Ingat boleh le bergerak ke Ipoh dalam pukul 1-2. Teman teman kata gigi masih sakit tak boleh cabut. Teman pun tunggu le......deme kata nak keluar kul 3-4. Ni dah lepas asar....akhirnya baru dapat sms sedang nak keluar dari rumah. Ok le tu...pukul 7.30 sampai le kat ipoh gamaknya....terus makan malam.

Sunday, June 21, 2009

PERSEDIAAN ....

Semalam baru balik dari Kuala Selangor...perginya petang sampainya malam. Bermalam di Chalet Kuala Selangor....tidur dalam cabin (contena) tapi ada aircond...kira ok le tu...tidur nyenyak juga. Satu hari di SMK Agama Kuala Selangor (SMKAKS)...gambar menuyusul kemudian. Bergerak balik pukul 5.15 ptg...terlena jap dalam bas...sedar-sedar dah sampai Rawang...singgah makan nasi kenduri (tapi makan roti je cicah dalca) anak Hjh Siti Faridah kawin. Bergerak balik pukul 7.00 mlm dan sampai ke rumah jam 8 lebih.
Hari ni pulak dah habis sehari kat Shah Alam. Mesyuarat KGGS...tapi tak jadi ahli pun cuma jadi peneman je...tapi tunggu sampai habis. Jam 2.30 singgah lagi kat rumah kenduri - adik Rosli Jamil pula kawin- kira makan tengahari -pekena nasi la. Nak balik singgah PKNS - Plaza (?)...sampai rumah dah pukul 5 lebih.
Esok - dah bersedia untuk ke kursus pemantapan ICT di Ipoh - Hotel Impiana Casaurina. Tapi sebelum tu kena tunggu vendor nak pasang SPS kat sekolah. Lepas selesai tu baru boleh bergerak...tu pun tumpang Rosli Jamaluddin (hari ini tengah sakit gigi - nak cabut tak nak keluar?) Harap-harap semuanya ok !

Friday, June 19, 2009

JUMAAT YANG SIBUK

Semalam latihan berakhir pada jam 5 ptg. Lepas minum petang (bubur durian lagi..tapi best) dekat pukul 5.30 baru bertolak balik ke KKB. Sampai elok-elok masuk Maghrib.
Hari ini memang dipenuhi tugasan yang menunggu, mendatang dan ..... Dalam 5 jam dapat settle beberapa perkara untuk hari ini...
i) settle pasal surat panggilan Kursus (tak jadi mesyuarat) di Impiana Casuarina Hotel )tak jadi Heritage) Ipoh. Ada sekolah tak terima tolong menolong la pulak untuk panjang-panjangkan surat yang diterima agar sahabat-sahabat tak ketinggalan.
ii) kontek mengontek dengan GITN settle seperkara dua - update Kaspersky AV, report sesawang dihalang -www.oovoo.com dan www.justin.tv - sudah diambil perhatian oleh Nurashikin kat gitn.
iii) settle urusan Pelan Tindakan Sekolah Bestari negeri Selangor - yang belum ada Seri Puteri & Sg Pusu (SRJKT Vageesar dah lama hantar tapi terlepas pandang - soori la Cikgu Thurai). Lepas ni terserah kepada Cikgu Saemah (S/U) untuk kumpul, print & bind semua dokumen yang dihasilkan di Pangkor untuk diserahkan minggu depan.
iii) pasang banner jubli emas - 2 lagi - dan turunkan bendera keliling sekolah - mujur Justin ada untuk bantu.
iii) Buku rekod mengajar...isi tetap diisi ---dan dihantar.
Lepas balik ni macam biasa - solat jumaat, tidur, lepas asar bertolak ke Kuala Selangor- naik bas - rombongan asrama ke Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) ...berita pasal ni tengok kat www.asramasm3kb.blogspot.com
That's it for today

Thursday, June 18, 2009

HARI AKHIR DI BTPN PERAK

Memang ikut jadual yang dipersetujui bersama, latihan akan berakhir hari ini sebab ada GPB yang perlu menghadiri mesyuarat dengan pengurusan SBP di Federal. Jam berapa tamat, itu belum pasti sebab modul latihan masih banyak nak kena cover. Apa pun malam ni sudah berada di rumah,insyaAllah.

Monday, June 15, 2009

POST DATED ENTRY

AhHHH!!! Hari ini baru nak dapat buat posting selepas 'merana' hampir 1 minggu. Nak tahu kenapa? Cuba tengok last entry berapa haribulan. Hari Isnin minggu lepas teman kena pergi Sheraton Hotel kat Subang Jaya...hotel 5 bintang tu? tapi harapan berkecai bila akses internet dikenakan bayaran RM20 sejam atau RM60 sehari. Ada ke patut ...hotel kat Sarawak pun free je, kat Penang (dengar khabarnya...wifi lagi seluruh bandaraya?betul ke?), kat Pangkor pun tak semahal ni..tapi dek kerana password hotel tu tak pernah ditukar sejak tahun lepas, dapatle guna free juga). Itu kisah hotel. Ni kisah penganjur aktiviti yang teman hadiri. MAXIS ... syarikat telekomunikasi yang cukup gah.tapi nak akses internet pun tak dapat sediakan kemudahan yang canggih. Jadi selama 5 hari tu teman cuma dapat akses portal yang disediakan. Laluan ke tempat lain semua disekat. Email tak dapat baca. Blog tak dapat update.
Hari Jumaat pagi teman dah keluar meninggalkan hotel untuk ke Felda Cini, Pahang. Kawasan yang cukup kemudahan semi membangun tapi belum ada kemudahan internet. Teman balik hari Sabtu. Hari Ahad semalam teman tak sempat nak akses sebab cuba nak siapkan satu kerja tak tak siap-siap. Dari pagi sampai malam cuba nak convert MP3 jadi Minus One sampai tidur pun tak dapat-dapat.
Hari ini Isnin..pagi ke sekolah sekejap (4 jam sekejap?) untuk bereskan beberapa kerja sebelum bertolak pula ke BTPN Perak. Awal pagi tadi update ke blog terhalang sebab kerja-kerja maintenance sedang dijalankan. Ni baru dapat buka cerita dari BTPN Perak? Buat apa kat sini....apa lagi latihan untuk SPS yang akan dipasang ke sekolah minggu depan le. Esok baru mula latihan. Bertolak dari rumah pukul 12.10...singgah ke sekolah pulak tengok masalah network tergendala....JTK kena handle nampak gayanya...pukul 12.45 baru mula bergerak ke Perak..sampai tepat jam 4.00 petang. Nasib baik ada akses internet...ini la dia......
dari BTPN Perak teman melaporkan.

Thursday, June 4, 2009

no news.....

Sehari berlalu ...tiada cerita untuk dilakarkan. Awal pagi dah ke Hospital Sungai Buloh..urusan keluarga. Teman jumpa 2 orang bekas pelajar SM3KB - Norhana(1991) dan Norhaida(1985)- keterangan mereka ada di http://www.alumnism3kbblogspot.com/ . Balik dah tengahari..hantar TRAJET untuk diservis...siap nak keluar RM1800.00 ....sempat kutip buah binjai...ada yang suka makan campur sambal belacan...ada yang tak suka baunya. Tapi buah ni memang susah nak dapat. 10 tahun lalu ada satu pokok dekat mesjid lama ampang pecah..buahnya manis...kena tunggu dan cari masa yang sesuai untuk kutip buah yang jatuh...terlambat aje dah ada orang yang ambil. Tapi yang ni masam sikit tapi masih sedap dimakan. Dan buahnya lebat sekali. Kali ni dah masuk pusingan kedua pokok lama ni berbuah lebat. Ikut ceritanya pokok ni cuma 3-4 biji tetapi besar. Kali ni banyak tapi semakin kecil. Sekali lagi teman buat kebajikan untuk orang ramai. Dah bukan pokok teman...sayang tengok buah berselerak tak dikutip, jadi teman kutip dapat 4 bungkus paket beras 10 kilo..boleh disedekahkan kepada yang mahu sebelum buah rosak. NO CAJ...FREE OF CAJ...bila teman tanya nak tak buah binjai, ramai juga yang teragak-agak nak jawab, tapi bila teman kata ambi je free, baru la buka cerita sedap le, susah nak dapat le...dah FREE le katakan. TEMAN TAK KISAH. Jadi selain ada perjumpaan sekali lagi dengan bebudak Cyberkids, nak buat tuntutan perjalanan pergi Pangkor, ada discussion dengan Pengetua pasal Pelan Tindakan, kerja tambahan untuk esok...edar buah binjai !!!

Wednesday, June 3, 2009

KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG,RUPANYA HUJAN....

Hari ini malam baru dapat buka cerita. Lepas pusing-pusing bandaraya Kuching - asal usul cerita nama Kuching - yang logiknya saja - asal perkataan CoChin bererti pelabuhan. Oleh sebab sebutan jadi kucing. Cerita rakyatnya ...masa Brooke melalui sungai sarawak dia nampak seekor binatang(musang). Orang tempatan tak tahu perkataan inggerisnya lalu disebut aje CAT. Lepas tu dia nampak banyak CAT lalu dibagi nama KUCHING -( pelajar sekolah Sarawak yang ada buat kajian boleh betulkan kalau cerita ni tak tepat).
Lepas tu semua berjalan lancar...lawat sana sini...gambar sana sini....makan sana sini...terus ke airport jam 6.30 petang.
Ni nak cerita pengalam kat airport. Nak bagi tips pada yang pertama kali nak naik belon.
1. Scan beg yang nak dibawa ke cargo (maknanya yang nak naik perut pesawat- yang tak kita gendong bersama).
2. Ke kaunter boarding pas....timbang beg-beg tadi ..kalau lebih berat bayar cukai.
3. Dah dapat tiket..bolehlah masuk ke ruangan berlepas.
4. Scan pula barang-barang lain yang kita bawa bersama....buka semua peralatan kecil masuk bakul yang disediakan...beg kecil ke, beg tangan ke, beg plastik ke...letak kat roller masuk mesin scan. Tuannya masuk laluan scanner...kalau berbunyi siap la angkat tangan kena check polis. Teman lalu kat situ mesti bunyi punya...masa gi Sabah pergi balik bunyi, kali ni pun pergi balik bunyi...sebabnya kepala tali pinggang besi. Ada kawan-kawan teman yang tanam besi dalam tangan dan kaki sebab aksiden...pasti bunyi punya kalau discan. Siap le meke-meke semua kalau nak naik kapal terbang.
5. Lepas tu lalu pula kat imigresen....settle urusan kat situ dulu.
6. Lepas tu masuk dan tunggu kat pintu GATE untuk pergi ke pesawat....sampai dipanggil untuk masuk.
7. Lepas dicheck tiket dan MYKAD berjalan la anda ke pesawat untuk terbang.
Itulah dia prosedur naik kapal terbang.
Ini cerita panas dan hujan ditengahhari. Delay pada setiap penerbangan tu biasa. Jadi flight pukul 9.02 jadi 9.40. Okay lagi. Penerbangan pun lancar aje walaupun cemas sikit sebab awan hujan masa tu. Adale sekali dua goyang juga pesawat AIRBUS tu. Okay lagi.
Masa mendarat hujan dah mula turun. Elok pesawat masuk dock (betul ke?) semua penumpang dah bangun ambil barang, tangga tak sampai-sampai. Naik turun pakai tangga sebab naik AIR ASIA. Kalau nak MAS, laluan special - tak kena panas, tak kena hujan.
Pilot kata ada ground technical problem. Tapi teman tengok macam tak ada orang nak tolak tangga ke pesawat. Kalau ada yang tolak pun tak ada orang nak payungkan dia. Jadi kesejukan la penumpang tercegat dalam pesawat hampir 1 jam. Bila dah reda sikit hujan baru satu tangga dipasang kat pintu belakang. Ada la mat bangla ni hulurkan payung satu sorang - selesai satu penantian.
Masuk ke bangunan nak ambil beg tak keluar-keluar. Tunggu lagi 1 jam. Mungkin cargo dari pesawat tak dapat nak dikeluarkan takut kena hujan. Tulah cerita hujan ....tapi teman dah buat komplen kat AIR ASIA - THE WORLD'S BEST LOW COST AIRLINE.
Akibatnya teman sampai rumah pukul 3.30 pagi. Pengsan sekejap je sebab 2 jam lelap dah bangun solat subuh - itupun hampir subuh gajah. Baring sekejap lepas tu, dah tu ke sekolah pula sebab dah ada janji dengan bebudak cyberkids dari 9.30 sampai 3.00 petang. Lepas tu cerita macam biasa balik....cerita dalam rumah.

Tuesday, June 2, 2009

3rd Day

RELAXXXXXX...kat hotel berhawa dingin apa lagi nak dikatakan. Yang berseminar pergi le seminar, yang ikut serta, buat la apa ikut suka. Nasib baik ada akses internet, kalau tak mati kutu juga. Sempatla juga update apa-apa yang patut.
Semalam sempat juga Sdr Taib, terima kasih banyak-banyak, datang jemput makan malam dengan anak-anak isterinya kat satu tempat special - SEAFOOD MATA BUKIT. Walaupun kedai Cina tapi tukang masaknya Melayu-Islam (kata Taib) dan ramai juga orang-orang Islam makan kat situ. Tawakal aje le nak buat camna....percaya kepada sahabat (puh sahabat dah sekarang sejak dapat belanja ni!!!). Makanan pun okay sedapnya - udang goreng cicak sambal(sedap), sejenis siput mcm buluh jepun masak kari, keropok tiram - tiram dicampur tepung digoreng macam lempeng sebesar pinggan nasi tambah - cicah air garam, lepas 1/2 jam baru sampai sayur campur, dan 15 minit kemudian ikan jenahak (dipotong kuib )masak asam pedas - sedap juga tapi dek tak makan nasi malam, teman ratah ikan je..tapi sayang isinya banyak hancur dalam kuahnya. Itu semalam......
Yang pasti lepas check out pukul 12.00 pasti mati kutu ...kena ronda-ronda Kucing sebelum ke airport untuk terbang pulang. Flight pukul 9.30 mlm....nak berlabuh kat mana sementara tu? Lu fikirlah sendiri !!!

Monday, June 1, 2009

2nd day

Awal pagi dah bangun...biasale subuh kat sini 5 lebih.Lepas tu dijamu minum teh (nasib baik tak dihidang air ehem ehem)...dengan kuih2 kering, kek lapis, kek param..hari raya le katakan. Pastu ke rumah panjang untuk acara seterusnya .."The villagers bring new seeds, farming eqiupment to the 'Palan Gawai' the festival centre for ritual bleasings. The ladies dan women "Pingabang' will go 'ngilumboi - a ceremony to search and call all the lost paddy soul to return home. The male will go 'Ngabang" open house visiting with lots of laughter and tasting of 'beram' or injok' rice wine 'bankang' glutinous rice cooked in bamboo'...itu kata maklumat dalam handout yang diberi oleh tour guide dari Bornoe Exploration Tours and Tarvel Sdn Bhd.Penat juga la kalau nak ikut kumpulan palan gawai tu..dalam panas terik, berhenti kat tempat-tempat tertentu, menari sambil minum tuak beras Yang peliknya acara ini dijalankan oleh kaum wanita (tua dan muda belia- kecuali pemain alat muzik je lelaki) .. dan yang minum pun kaum wanita juga la. Tak tau le pulak apa rasanya tuak ni...tapi bagi mereka biasa je). Dek kerana ramai ahli rombongan dalam kumpulan tak tertahan dengan makanan kat rumah panjang ...kiranya sedap juga -semuanya dibakar dan direbus aje dengan nasi padi huma...(tapi kalau ada cili ke, sambal ke,,lagi sedap)-- maka berangkat awal balik ke Kuching ke hotel tempat penginapan.
Peringatan: Kalau yang nak gi Monkos - jangan lupa beli barang kat Koperasi di rumah panjang tu :
1. Kain batik Indonesia - murah je RM10-RM13
2. Beras huma RM3.50 sekilo (kat luar RM7.90 sekilo)
3. Lada hitam packet besar (tak ingat berapa harga...tapi beli aje)
4. Apa-apa lagi yang ada kat situ beli aje..jauh lebih murah.












Gambar kenangan bersama tuan rumah tumpangan (homestay) di Mongkos. Ada juga yang tumpang tidur di bilik-bilik kat rumah panjang.

Makanan di rumah panjang - nasi padi huma- dimasak dan dibungkus dalam daun pisang hutan(?) ikan keli bakar, pucuk-pucuk kayu hutan direbus air (tak ada garam/perasa) -ada juga manok(ayam) bakar - ada juga orang melayu kita kata sedap (siapa sembelih ntah le?), daging(? lembu kot) masak depa le - nak kata kari buka, nak kata lemak jauh sekali - apa pun teman tak usik pun - kebanyakannya bau asap sebab dimasak pakai buluh/kayu. Buah-buahan -tembikai & nenas - sah halal.

Sebab jadual dah berubah, check in kat hotel jadi awal...maka pukul 2.00 pun bilik-bilik tak sedia untuk dimasuki...maka singgahlah kami kat kedai pasu ... selain pasu ada juga juga makanan luarbiasa Sarawak..
1. Tebaloi - ada perasan pandan, cokelat, strawberi - snek tepung sagu, kelapa parut dan gula dibakar ...RM3.00 sekotak tapi di kedai cenderamata kat Kuching 4 RM10.00
2. Candy & Jut-jut lada hitam - RM2.00 (13 biji) atau RM4.90 (paket besar)
3. Kek lapis - saiz kek biasa RM5.00 - 1 RM10.00 - 4 - 1 free - pelbagai warna & corak (ingatan : pastikan tidak expire - lebih selamat beli dikilang)

Sekarang ni dah check in kat Harbour View Hotel, Kuching. Nasib baik ada wifi..sampai ke tingkat 9. Bagus le kat sini..free lagi aksesnya.
GPB patut buat mesyuarat / kursus kat sini satu hari nanti.



Gambar isteri dan anak sebab teman yang menynapnya kat kedai pasu tu.

BINGKISAN DARI MONKOS- delayed

31 Mei 2009
Perjalanan ke Sarawak bermula seawall 9.00 pagi. Dari rumah ke LCCT Sepang, penerbangan berjalan lancar. Takeoff jam 1 lebih dan touchdown di bumi kenyalang kira-kira 2.30 ptg. Bas pelancongan sedia menunggu dengan pemandu pelancongnya berana Roslan Aki …ntah apa lagi Rosli. Katanya beragama Islam. Dari Lapangan Terbang Kucing bertolak ke Rumah Panjang di Monkos (kampong asal kaum Bidayuh telah ditransformasi menjadi homestay…fantistik) Tapi yang peliknya (untuk peringatan sesiapa yang hendak ke sini) sepanjang perjalanan lebih 2 jam, tidak kelihatan sebuah pun mesjid walaupun ada menempuh satu kampung yang dikatakan penduduk Islam. Sebabnya…hampi r 90 % penduduk sepanjang perjalanan beragama Kristian. Gereja ada di setiap kampong. MENGAPA YE JADI BEGINI? ORANG SARAWAK BOLEH JAWAB KOT.
Jadi bemalam la kami di rumah-rumah penduduk kampong ni. Rumah panjang dihiasi dengan daun kelapa (macam perayaan orang India/Asli) sebab malam ni nak sambut gawai (Hari Raya le tu). Selepas masuk rumah keluar rumah, dapatla kat saturumah ni. Tapi harus diingat…semua rumah di sini orang kiristian belaka..tiada Muslim atau lain agama. Jadi dalam setiap rumah adale karpet hias dinding gambar Jesus (kalau rumah orang Islam kan gambar Kaabah gitu). Atas meja ada pelbagai jenis arak. Kat rumah rumah anjing berkeliaran. Risau juga hati ni. Makanan dihidangkan nasib baik ada pilihan. Sayuran rebus. Ikan keli bakar, lemak umbut, daging dan ayam pun ada. Katanya halal. Siapa sembelih kalau rupa orang Islam sorang pun tak Nampak. Tour guide pun tak tau le pegangan agamanya macammana. Terlepas asar dalam perjalanan pun selemba je. Bukan apa kalau dia dah tahu sepanjang perjalanan tak ada mesjid, apa salahnya bagitau , boleh juga dirikan solat kat airport Kuching.
Sampai bab malam…riuh rendah dentuman mercun dan meriam buluh. Kat rumah panjang pesta gawai sedang berlangsung…tarian, permainan dan minuman !!!! ni yang tak tahan. Kalau duiduk lama-lama lagi teruk masiat mata melihat macam-macam. Lebih baik belah …ni yang buat draft posting…pasni nak tidur dalam bilik yang panas tanpa kipas ni…apa nak buat sendiri mau ingat.