Monday, April 30, 2012

Apr 30

Isnin - hari akhir bulan 4..esok cuti lagi 1 Mei. Jap lagi nak ke PPk check stok...sampai kul brapa? come what may!!!Lepas selesai parking kat sini, lepas perhimpunan, parking kat pantry sekejap - minum2 je. Hampir 9 pagi bergerak ke LPP untuk check stok - sebelum tu pekena nasi lemak&kuih. Selesai kerja dpt 70hinggit... minum secawan radix sebelum balik ke sekolah - baru 11 pagi. Mula pulak kerja troubleshoot akses wifi kat blk seni... punca jarak -dlm bilik yang sama di bahagian lain dpt akses. ,Masih nak cuba link wfi ke YES melalui switch kat bilik server. Dah waktu balik - dgn ongumah je. Lepas zohor semak2 berita/cerita BERSIH, pihak RCOMM call nak jumpa hari ini..janjinya esok. Sebelum tu tengah buat cukai pendapatan... dah selesai tgh bayar terpaksa juga keluar... hampir 4.30 ptg. Tengah bincang terpaksa lari pula ambil anak 5 dari tusyen.. hantar dia balik rumah.. pergi balik ke balairaya TDBB sambung bincang2... tengok site untuk projek biodiversity... singgah gerai kat Tmn Damai -minum2..makan laksa. Balik dah 6.30 ptg.. ada pula india tunggu -minta di bersihakan kebun. Tak brapa puas hati. dia sambung lagi kerja sementara masuk solat asar. Pukul 7 lebih dia siap kerja..hulur 10 hinggit. Lepas maghrib ke masjid untuk isyak -tak ada kuliah mlm ni. Lepas tu balik je ke rumah... menghadap nb sampai masuk tidur 12.30 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 29, 2012

Apr 29

 Ahad - masih di Sg Dorani....check out pukul brapa?come what may!!!Lepas Subuh baru nak wirid2 dah diajak keluar cari  barang ikan/sayur fresh. Tak ramai lagi yang buka gerai.. masih awal baru 7 lebih. Psuing2 la juga... balik ke bilik.. pekena roti sadin.. baca paper.. anak3&5 p pancing ikan kat jeti. Pi la tengok sat dlm pukul 10 lebih.. ongumah baling pancing dapat sekor anak sembilang. Lepas tu tak dpt apa.. masuk bilik semula. Baring sekejap dah pukul 12 tgh. Pack terus check out. Bergerak balik... ikut jalan ke Kuala Selangor.. katanya nak makan2 tepi pantai. Mana tau ada pantai kat Kuala Selangor.. akhirnya masuk jalan bestari jaya... ke Rawang.
 Singgah NSK cari makan kucing.. balik sampai rumah lebih 3.30 ptg. Lepas zohor baring2 tengok tv sampai masuk asar. Baru login lagi, baru dpt tengok liputan bersih dgn lancar.. tunggu maghrib pulak. Lepas maghrib pekena roti cicah sam pedas dan ratah ketam masuk kari pekat. Lepas Isyak tengok tv.. ada MAX citer WOLF astro bagi free seminggu. Habis 10.45..masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 28, 2012

Apr 28

 Sabtu - cuaca cerah.... katanya nak ke Sabak Bernam.. bermalam di sana esok ada kenduri kawin kawan anak 3... pukul brapa nak keluar... come what may!!!Selesai login kat sini siap nak bergerak ke Sg Besar... kelaur 9 lebih. Singgah pekan lagi... nak ambil jam, nak ambil barang sekolah...kedai2 pun beum buka awal lagi. Pusing2 kat pekan sampai 10 lebih baru selesai urusan. Terus bertolak ke Sg Besar ikut jalan lama. Singgah makan tengah hari kat Selera Rimba - pekena daging landak masak rendang selain ikan baung masak asam pedas, udang galah masak kari..&ulam2.
 Sambung perjalanan terus ke Sg Nibung cari chalet.. fully booked.Hala ke D Muara Sg Hj Dorani.. ada aparment saja.. ok la RM180.. dua bilik, ada ruang rehat, ada dapur. Checkin dah 2 lebih..lepas solat zohor-asar keluar semula ke pekan Sg Besar. Cari rumah mak jiran di Taman Padu Permai. Tak lama saja singgah je.. terus round pekan Sg Besar sampai lepas maghrib...masuk ke isyak. Balik chalet hampir 10 mlm..makan malam kat restoran ikan bakar D Muara... cencaru, pari & sotong bakar.. sedap juga. Makan bihun sup tak brapa nak sedap - RM49.00-4 orang makan..
 Masuk ke bilik solat isyak-maghrib..cuba ikuti berita bersih online tapi line tak clear...YES langsung tak dpt...habisnya  tengok tv sampai masuk tiv 12 lebih.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 27, 2012

Apr 27

Jumaat - hari ni ambil CRK... ada majlis bersama MB di Selisek,,, tgh hari jumaat di kkb..ptg acara di dewan KKB.. malam kenduri rakyat di Btg Kali.. tapi ada mesyuarat pulak kat Btg Kali 10 mlm nanti.. come what may!!! Sempat parking kat sini...7.30pg dah bergerak ke lokasi majlis. Singgah pekena roti telur, kuih & radi. Sampai kat dewan, lagu2 sedang dinyanyikan. Lepas ucapan2,sesi jumpa MB bermula jam 10pg. Mula2 jumpa YB Iskandar - isu Tmn Damai tak ada CF. Lepas tu tunggu 1 jam ikut giliran no 17 jumpa MB- isu pasar kkb, isu email MB, isu MARRRIS, isu sambung projek TDBB - isu peruntukkan tambahan JKKK tercicir. Lepas jumpa dah hampir 12 tgh.. singgah minum kat medan selera Behrang. Sampai rumah dah 1 lebih. Tak sempat nak berkejar ke masjid sambut MB sbb dia sampai lebih awal. Terpaksala zohor kat rumah je. Lepas tu ke dewan KKB pulak - ada penyerahan saguhati pelajar SPM -29 orang dpt habuan. Lepas makan bihun, bubur kacang & kuih.. ke asrama sekejap tengok program Kem Rabbani Ting 3.. ambil gambar sikit. Balik dah hampir 6 ptg. Sebelum maghrib semak email.. download gambar2 siang tadi. Lepas isyak tak jadi nak ke mesy di batang kali.. keletihan. Lepak tengok tv sampai masuk tidur 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 26, 2012

Apr 26

Khamis - hari ni pasti sibuk memanjang. Cuaca elok lagi pagi ni. Sistem pun masih ok. Speedtest 6/1M. Kelas awal pagi ni 7.30 & 10.30. Relif tak ada kot sbb 11 pagi ada mesy jk asrama. Apapun habis tak habis kena keluar juga 2 ptg.. ada app dgn pemberita SINAR dan nak ke pejabat ARK di KL bersama jk JATIKAP.. ber3... come what may!!! Masuk kelas pertama..ok. Pekena nasi kerabu& nasi goreng&cucuq kodok. Masuk kelas relif 9.30 pg. Sempat uruskan itu ini sekejap berkaitan printer-toner-PC. Masuk kelas sendiri 10.30... keluar kelas masuk mesyuarat JK Asrama.. tapi tak lama 1/2 jam selesai.. bincang program makan malam 11/5 nanti. Buat semakan projek terbengkalai online sementara nak masuk kelas relif ke2 sampai 1.10. Terus ke surau solat zohor. Loceng balik hantar ongumah balik..terus nak bergerak ke KL. Singgah dulu hantar sijil SPM ke PKM, singgah pos office ambil parcel anak2... bergerak ke KL..perjumpaan bersama ARKD urusan projek rumah di TDBB. Sampai dah 4 lebih... mula perbincangan.Asar kat situ, sambung bincang lagi sampai 7.30. Maghrib pun kat situ sebelum bergerak ke Athyutha Rest Damansara.- pekena hidangan Siam. Sembang2 lagi sampai 9 lebih baru bergerak balik. Sampai rumah dah 11 lebih... siap2...solat isyak..masuk tidur hampir 12 mlm. 

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 25, 2012

Apr 25

Rabu - cuaca masih tenang, masih sejuk,Sistem pun masih ok.. speedtest dpt 7/1M pagi ni.Tak ada yang special hari ni.. mcm biasa2 je.. come what may!!!Dah tu ada kelas relif 11.10-12.30 kelas 1B. Sementara tu pekena sarapan kat pantry dulu ringan2 je... biskut cicah teh tarik. Selesaikan RPH untuk minggu ni. Dptkan tandatangan ketua panitia untuk kertas soalan 1/2 thn. Dalam pada tu ada yang mengajak ke Selayang bawa bebudak kelab bowling 1 bas. Adaka patut hari ni nak pergi hari ni bagitau. Nasib baik ada kelas waktu tu... lepas kelas bas dah pergi. Balik kul 2.30 ptg..sorang2. Selesai zohor, selesai print dokumen..keluar semula. Beli rojak dan pisang goreng buat makan petang dipantry.. ditambah pulak CC bawa lagi goreng pisang. Lepas 5 ptg baru bergerak balik..singgah lagi sana sini, beli itu ini..sampai rumah dah 6 lebih. Lepas asar, tengok2 lagi dokumen sokongan untuk bidah kenyataan YDP MDHS kata projek perumahan bukit bujang projek terbengkalai. Kenyataan lepas tangan... masalah sebenar tak pernah nak ambil tahu nak bantu selesaikan. Lepas maghrib ke masjid ada kelas tajwid... lepas isyak terus ke balairaya tdbb.. ada urusan pembeli tandatangan perjanjian. Tak jadi juga walaupun loyarnya ada.. perjanjian banyak silap... lagipun wakilnya sibuk layan isu2 lain pasal rumah tu juga. Balik dah 10 lebih... tok tek tok tek buat itu ni masuk tidur 11.30 mlm juga jadinya.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 24, 2012

Apr 24

Selasa - Awal pagi dapat satu berita sedih... suami kepada Cikgu Salina Mohd Yatim telah kembali ke rahmatullah. Rekod tahun ni..hampir setiap bulan ada yang meninggal. Cuaca pun cerah selepas hujan lebat lagi semalam. Sistem masih ok... speedtest 5.9/1.1. Ni nak ke hospital ziarah jap..kelas pukul 10.30 nanti...come what may!!!Ada relif 8.50-10.00. Bawa kelas 2D tu ke makmal... terkejut juga sbb dah lama tak masuk makmal bestari.. tengok speaker hancur... tu kat meja guru bukan meja bebudak. Lepas kelas tu masuk kelas sendiri... ada rezeki kat pantry.. roti canai, mee udang,..pekena sikit2 je..roti sekeping, mee sebungkus share 2. Dah makan duduk kat bilik sampai masuk kelas akhir. Lepas kelas balik dulu sbb ongumah mesy, anak 5 kelas tambahan. Lepas zohor lepak depan tv sampai kul 4 ...ke sekolah semula... ingat mai ambik je... kena tunggu lagi sampai 5 ptg. Singgah pulak sana sini..sampai rumah 5.30 ptg.. masuk kado hajat sampai 6.30 baru nak asar. Ada pulak yang call ..cakap2 dah 6.45 baru solat asar. Tunggu maghrib ... lepas tu pekena kuihtiaw. Nak ke masjid tak jadi sbb dah janji nak jumpa Ameer ... banyak perkara nak bincang. Kul 9 ke rumah dia, tak jadi nak ke kedai minum2 sbb hujan tengah renyai2. Nak balik singgah beli roti canai kat kedai mamak. Sambutan memuaskan ..tak mcm dulu2..beli tak habis simpan dlm peti ais.. kekadang buang terus. Sebab beli sikit je kot 5 keping je..tu yang berebut makan. Lepak sekejap tengok CSI..masuk tidur 11 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 23, 2012

Apr 23

Isnin - Semalaman hujan... tanah basah pagi ni. Cuaca masih cerah tapi sedikit sejuk... nyaman la gitu. Kalau tahun 1978 masa mula2 sampai KKB, awal pagi macam ni berkabus ..mcm atas bukit fraser. Tapi tu la kerakusan dan pembanguanan telah menggadaikan segalanya. Sistem masih ok.. speedtest 6/1M. Katanya lepas sekolah ada taklimat program rabbani...come what may!!!Balik dah dekat 3 ptg. Lepas asar baru nak lepak2..nak lelapkan mata, anak 5 minta ambil kat tempat tusyen. Sambil tunggu maghrib siapkan laporan utk program buat kek ikan.. dah siap nak dihantar ke PLB. Lepas maghrib, makan mlm sblum ke masjid.. ada kuliah uz yusry. Lepas isyak terus balik... lepak depan tv je sampai masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 22, 2012

Apr 22

Ahad - Pagi ni cuaca cerah, suasana tenang. Baru lepas Subuh... masuk sini kejap. Lepas ni nak jengok lagi kursus di Tmn Damai, tghari ada kenduri kawan anak 2 di btg Kali, ptg majlis penutup kursus..bawa ke malam- come what may!!! Ke pasar dah 8 lebih... balik hantar barang2, terus ke balairaya Tmn Damai.. jengok2 je tak kuasa nak tunggu lama2. Balik baca paper sampai 11 lebih. Siap nak ke kenduri di  Dewan Abd Hamid Btg Kali... kawan anak2 masa kat AJ. Singgah pula ECONSAVE, singgah kedai perabot... ntah apa nak dicari.. duduk dlm keta je habiskan baca paper. Sampai rumah 2.30.. lepas zohor siap2 ke tmn damai semula - ada majlis penutup kursus. Depa masih dok buat tauhu... taufufa tak jadi sejatkan air jadi tauhu. Tunggu sampai 4 lebih baru mula serah sijil. Bantu kemas2....hampir 6.30 ptg baru dpt balik. Lepas asar lepak je depan tv sampai maghrib....update baucer2 bayaran ... isyak pun kat rumah je..letih benar la pulak badan ni.... masuk tidur 10.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 21, 2012

Apr 21

Sabtu - dari awal pagi dah mula kerja kat luar. Lepas Subuh terus ke sekolah ambil peralatan PA. Dari sekolah ke asrama pasang PA System.. tertinggal 1 speaker...ke sekolah semula...ke asrama semula. Dah siap setting ke Tmn Damai pulak tengok urusan kursus buat kek ikan. Balik semula ke asrama.. masih tak ramai ..tak cukup korum lagi. Pekena lontong dulu. Ke sekolah pulak ambil 5-6 shot... majlis dah lama bemula.. ucapan2 dah selesai... tgh nak sampaikan sijil. Balik ke asrama... masih tak cukup korum..dah pukul 10 dah.Akhirnya  mesyuarat dijalankan dgn korum yang minima. Selesai mesy dah 12 lebih. Ongumah dah maklum ada kat Rawang balik dari Klang. Baru nak makan dah sampai ke Btg Kali. Pekena sepinggan nasi dulu... pack barang2... terus ke Btg Kali. Balik kunci rumah ada kat anak2.. depa pi Proton City, pi pebetiu lock pintu rumah kat sana. Nasib baik depa pun dah sampai kat KKB ...tak la panjang sgt muncung tu kan. Lepas zohor ke Tmn Damai semula.. sambung buat nugget ikan pulak. Saja je tengok2...rasa2...balik dlm pukul 4. Baring2 dulu...sampai 6.30 ptg. Lepas asar baru masuk sini tunggu Mghrib. Lepas maghrib...come what may!!!Tunggu Isyak.. lepas tu lepak depan tv.. ongumah tuam mata bengkak makin nampak. Tengok cerekarama pun citer balik balik tema sama... masuk tidur 11 mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 20, 2012

Apr 20

Jumaat - hari ni naik moto ke sekolah. Anak 2 bawa keta lepas antar ongumah ke Rasa... tumpang org lain pulak kursus di Klang. Sistem masih ok tapi pc yang guna schoolnet kat dlm bilik ni dah 4 hari tak boleh akses.. tak sempat nak check lagi. Speedtest hari ni slow sikit 3.9/1M. Lebab mata makin jelas nampak hitam keliling kelopak mata.  Ptg ni ada mesy asrama.. pastu nak tengok siapkan tempat nak mesyuarat alumni esok... come what may!!! Masa berlalu - ada banyak makan2 kat pantry - nasi lemak ada, pulut kuning ada - relif pun ada pukul 8.50. Makan2 juga.. kerja2 juga. Settle Pc kerani - pasang switch baru.. capaian pun ok. Balik.. jumaat di masjid.  Balik salin pakaian.Makan nasi segengam berlaukkan kicap dan acar terus  ke asrama untuk mesyuarat. Pekena pulak kuihtaiu goreng. Mesy selesai dlm 5 lebih. Balik.. lepas asar makan lauk untuk makan malam - ongumah ada di Klang. Nak buat sup kepala ikan, rempah sup tak jumpa... ikan dah direbus.. tumis bawang, herba dan rempah kari..masukkan ke dalam periuk ikan rebus jadi kari kepala ikan. Anak 5 sambung masak sayur air. Makan seblum maghrib... hujan pulak turun. Ingat nak ke masjid.. tapi isyak di rumah je. Anak 1&3 balik.. menantu tak ikut ada urusan di Kuala Selangor. Menghadap tengok tv sampai masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 19, 2012

Apr 19

Khamis - mata dah nampak lebam kat kelopak mata... bengkak masih ketara kat kening. Tergesa-gesa kluar dr rumah pagi ni.. kado hajat jam.6.45... mana nak puas kalau tak 1/3 jam.. ongumah dah gelabah sbb dah kul 7... nak siap tak lambat sgt... cuma stoking tak sedia awal. Capai je apa yang ada, boleh pakai atas keta nanti. Kat traffic light lampu merah, nak pakai stoking. Sistem separa ok... akses schoolnet masih out.. yes ok dpt speed 5/1M.. satu ok ..lagi satu bukan stoking tapi sarung lengan... sarung je le ..dlm kasut bukan sapa nampak. Ni nak masuk kelas pertama... relif akan sampai jap lagi...ramai guru tak ada..nape ntah. Seterusnya sepanjang hari ni..come what may!!!Lepas kelas pertam.. ada relif 8.50...masuk kelas sendiri 10.30. Pembekal karpet dah berada di masjid untuk kerja2 tukar karpet. SU panggil minta dtg tengok. Dah free minta izin keluar kejap..tak sedar dah 12.30. Balik jap lelapkan mata tunggu zohor..lajak sampai 1.30. Lepas zohor ke sekolah ambil anak balik, ongumah ada mesyurat. Hantar je.. terus ke sekolah semula. Tengok2 pulak bebudak Wajuna baiki PC, pekena rojak n pisang goreng kat pantry... tengok2 lagi PC kerani perjawatan masih masalah connection ke net... dah pukul 4..dah nak balik. Ongumah terus bawa anak 5 ke kedai cermin mata..masuk tunggu asar. Lepas tu lepak depan tv lelap tak lelap mata sampai maghrib. Makan dulu sebelum solat maghrib.. Isyak di masjid.. ada kenduri bihun - kalau dah rezeki tu ada dpt bawa balik 4 paket... banyak juga lebih2nya. Lepak lagi depan tv... tengok citer penanggal..ongumah tuamkan mata yang dah nampak lebab dan bengkaknya... sampai masuk tidur 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 18, 2012

Apr 18

Rabu - jap lagi nak pi hospital.. jumpa doktor...minggu lepas dah ambil darah. Keputusannya..tunggu la kan. Sistem LAN ok... schoolnet tak boleh akses sejak 11 pagi semalam... pagi ni pun failed ..YES -ok. Speedtest 5m/943k. Ptg ada koku... selain daripada ni .. come what may!!! Lepas uruskan borang2 nak ke hospital.. bergerak jam 9 pagi. Singgah pasar hantar buku akaun upk... buat tempahan barang nak guna sabtu ni. Sampai kt hospital dah 10 lebih. Tunggu nombor tak lama sgt sbb org dah tak ramai. Tunggu nak jumpa doktor sampai dekt 2 jam. Doktor lelaki melayu yang lemah lembut tapi banyak cakap sgt. Bercerita dgn pesakit sorang kat 15 minit. Akhir 12 lebih baru dpt masuk.. tapi tak lama pulak mungkin sbb dia dah lapar.. dah hampir 12.30. Sempat ambil ubat sblum bergerak balik. Ingat nak balik rumah dulu, dah pulak ada student sorang nak tumpang balik... dia kontek kaunselor tak dapat. Kat sekolah pantau itu ini..dah masuk zohor. Solat zohor kat surau. Hujan dah mula nak turun. Lepas solat nak cari amah india sorang ni dia minta bantuan... ntah camne kaki masuk longkang gamaknya.... tak dpt nak imbang badn jatuh tersunkur... dahi kena bucu parit... mujur cermin mata tak pecah.. kalau tak dah masuk mata. Bengkak dah mula naik kat kening.. mata dah sembam...tapi masih ok. Sampai waktu balik - Ada koku unit uniform. Tapi hantar anak balik - dpt lelapkan mata kejap sbb rasa pening2 tu ada lagi. Ke sekolah semula... dlm 4.30 ptg balik dgn ongumah. Lepas asar.. santai2....sampai maghrib... isyak di masjid - ada kelas tajwid. Lepas tu ke balairaya ada usrah. Selesai 11 lebih.. sampai rumah buat itu ini masuk tidur 12 mlm juga jadinya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 17, 2012

Apr 17

Selasa - pagi yang tenang... nampak macam nak hujan. Dah berada di sekolah pun.. sistem masih ok. Speed pun dpt 6/1M hari ni. Dah semak email - ada offer SMS percuma.. kata je percuma tapi nak bagi cuba2 dulu. Maknanya kalau bagus kena bayar le kot tak...lantak. Masuk kelas 10.30.. nak buat bahan PnP jap sblum buat benda lain..come what may!!!Pekerja Wajuna dtg nak tengok PC2 rosak.. kena tunjuk pulak makmal sains nak ganti skrin, blik guru PC2 nak servis. Masuk kelas relif 4B ada guru nak cover kelas..ok la tu. Masuk kelas akhir 1.10... Keluar lambat sikit denda bebudak malas siapkan kerja. Balik sampai rumah dekat 3 ptg sbb ongumah singgah asrama. Leas zohor dptla baring2..lelap mata sampai 5.30 ptg. Dikejutkan sms suruh masak nasi.... cairkan ikan beku. Lapar pulak ..pekena maggie mangkok. Lepas asar start buka buku akaun UPKKKB... maghrib sambung lagi. Hujan lebat kat luar lagi. Sambung lepas Isyak..settle sebelum masuk tidur 11.30 mlm. Minum kopi makan kek... tak sedia pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 16, 2012

Apr 16

Isnin - segar pulak pagi ni... tak rasa tak cukup tidur.Cuaca pun cantik. Sistem masih ok... speed je kurang sikit - 4.41/1.40M. Nak ke perhimpunan... nak tunggu slip relif.. nak makan perut rasa lapar... nak buat mcm2 kerja ...come what may!!!Jengok kat perhimpunan jap.. ada pulak bagi2 hadiah..kena ambil gambar le. Lepas ni nak update blog. Lepas perhimpunan singgah kantin pekena roti telur... terus masuk kelas relif 4D. Keluar dari kelas 9.30.. singgah pantry pekena jambu air sambil sembang2 dgn CC. Kul 10.30 masuk relif ke2 kelas campur 1C/D..mp Pen Kensihatan. Baru lepas loceng bunyi.. dlm bebudak nak tukar kelas .. budak india bedik budak cina.. lebab mata. Serahkan kes kpd guru disiplin... tu pun tunggu hampir 1/2 jam. Masuk semula ke blik dah dengar azan zohor... solat di surau je. Balik sorang ..anak tusyen, ongumah ada kerja. Singgah bank masukkan duit, singgah AgroBank semak akaun.. beli cekoi..balik makan sambil baca paper. Anak 2 gi ambil ongumah kat sekolah kul 4. Sementara tunggu asar lepak depan tv..terlelap kejap..layan TV sampai 6 ptg baru asar. Sempat selesai buat tuntutan Hari Keluarga. Hujan la pulak sejak maghrib... tak jadi ke masjid untuk Isyak. Lepas tu lepak depan tv sampai 11 lebih masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 15, 2012

Apr 15

Ahad - pagi nk ke Sg Selisek pulak ada mesy agung PASKAWHS... come what may!!! Bergerak keluar dari rumah ke Sungai Selisek tumpang keta ornag.. pukul 8... singgah pekan beli paper dan sorang lagi nak tumpang.. sampai destinasi 9 lebih. Lepas daftar, cari gerai makan. Pekena radix n nasi lemak. Mesyuarat bermula 10 pagi.... makan tgh hari nasi briani/daging kari kawah...mesy selesai 2.00 ptg. Terus balik.. sampai rumah dah 3 lebih. Lepas solat nak baring2... layan tengok tv.. layan nb sambil2. Lepas asar sambung melayan2... sampai maghrib. Isyak di masjid.. ada jemaah tabliq..ada kawan2 lama.. sembang2 sampai 10 mlm, Balik sambung layan tv n nb sampai masuk tidur 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 14, 2012

Apr 14

Sabtu - ada jemputan kahwin di Kerling tgh hari nantu, ada ceramah di Sg Tengi mlm nanti... antaranya... come what may!!!Lepas subuh menghadap NB..update apa yang sempat sampai 9 pagi keluar ke pasar. Balik baca paper...menunggu waktu 12 tgh nak pi makan kenduri di PLKN Air Panas, Kerling. Satu Pelangi Hill Resort milik x-sm3kbian.perkahwinan anaknya dan sambutan ulangtahun perkahwinan ke 27 pada mlmnya. Ramai x-sm3kbian di sana.. balik dah 3 lbih.. lepas zohor hampir 4 ptg lelapkan mata sampai 5 ptg. Ongumah ajak pi semula ke PLKN tu sbb acara reunion pun. Yang dirancang semua jadi lain.... ongumah nak jengok je, nak balik 6.30 dek kena pujuk kekawng..terus tinggal situ sertai acara. Ana pulak cadangnya nak Sg Tengi tumpang kawan ambil kat simpang Air Panas.. ketua cawangan nak tumpang samapergi sebab letih nak memandu. Tukaar planning...pi lepas maghrib pulak. Balik ke rumah dah nak masuk maghrib.. lepas tu baru nak bergerak, sorang lagi nak tumpang. Tak ada masalah !!!. Jadi ber6 la kami ke Sg Tengi.. singgah Isyak di Tol Bkt Tagar. Sampai je hidangan sup tulang kerbau dah tersedia..makan dengan bihun. Majlis perasmian bermula hampir 10 mlm... ucapan-ucapan sebelum Mazlan Aliman last sekali...tamat 12 lebih. Bergerak balik sampai rumah 1.30 pagi... terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 13, 2012

Apr 13

Jumaat - sejak lepas isyak semalam hujang lebat .. bawa sampai ke awal pagi...ke mana la gamaknya dah banjir. Masuk bilik blackout..sistem semua out... tendang kat power source. Tolak smula ok la. Speedtest masih 6/1M. Apa seterusnya.. come what may!!! Semua on mcm biasa... tak ada relif pun hari ni..dpt tumpukan kerja sepenuhnya dlm bilik. Uruskan PC rosak untuk untuk diservis...update blog..semak email... tak sedar dah waktu ballik.. balik le kan takkan nak tunggu pulak. Lepas solat Jumaat, baring2 sampai lena. Bangun 6 ptg. Lepas asar kemaskan MM jatikap dan PSACAP.... tinggal nak print je. Leps maghrib makan malam sebelum ke masjid untuk Isyak.. ada kuliah Us Hamzah. Isyak pukul 9 lebih. Ada tabliq kat masjid... dah dtg jumpa kat sekolah sebum balik tadi tapi masa kat masjid tak ada sorang pun yang jumpa. Tak mcm yang seblum ni..meraikan tuan rumah,, jak makan, ajak sembang. Yang ni..buat dono je. Balik je dan layan tengok yv sampai masuk tidur 12 tgh malam.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 12, 2012

Apr 12

Khamis- tak cukup tidur lagi ni....lena 4 jam je. Sistem ok... speedtest 6.2/1.3. Masuk kelas pertama.. keluar minum kat pantry.. ada ubi rebus je. Pastu dpt relif 8.50 kelas 4G.. sempat semak panduan nak buat selenggara peralatan ict.. dengarnya waran dah turun... ada satu lagi kelas 10.30.. pastu nak lelapkan mata sekejap... ptg ada mesy lagi.. come what may!!! Lepas kelas relif 9.30 pagi...dalam masa sejam buat itu ini tak sempat pun nak lelapkan mata. Sampai buku catatan dan modul pun tak tau mana letak. Masuk kelas sendiri .. habis 11.10, ada mesy jk pengurusan. Masuk lambat sikit... kalau tak tanya SU tak tau pun ada mesy. Komunikasi masih tak berubah... lemah selemah2nya. Selesai mesy sampai 2 .30 ptg. Tak sempat pun nak merasa pengat yang dimasak di pantry.. bawa bekal balik je. Lepas zohor dah 4 ptg... baring kejap dikejutkan call dari PPD minta segera hantar maklumat bestarinet. Selesai sebelum 6 ptg. Lepas asar keluar sat hantar bekas pecal kepada tuannya.. ambil minyak keta... cari nak snow wash..semua dah tutup. Makan seblum maghrib.. isyak di masjid. Lepas tu ada mesy jk masjid... paling cepat selesai ..9.40 dah selesai.Pekena mee kari sblum balik pukul 10 lebih. Hujang masih turun... nak tengok ASTRO memang tak boleh punya. Teringat pula faktor2 yang menyebabkan kelahiran meningkat - dulu sbab rumah tak ada tv, lani sebab hujan ASTRO tak berfungsi. Lantak le... masuk tidur 10.30 mlm. Hujan lebat sgt.... banjir di luar tak banjir di dalam pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 11, 2012

Apr 11

Rabu - cuti hari ni,.. pertabalan agung ke 5. Ada anjurkan aktiviti hari keluarga libtkan kestaf, jkkk, mahap dan pascap. Ni nak gi urusukan seblum acara mula 10 pagi,, come what may!!! Keluar dari rumah pukul 8... yang janji nak potong rumput tak dpt dtg... call yang lain nasib baik dia nak buat. Tunggu sampai selesai rumput dipotong... pasang kerusi meja. Ahli kestaf dah mula sampai 9.30 lebih.. hujang renyai nampak makin lebat. Mesti teruskan juga.. makin ramai dah sampai. Kul 10 lebih gerak gi ambil pecal...singgah kedai dan pasar beli ikan. Sampai ke tapak semula dah 11 .30 lebih... semua dah sampai.. makan pun dah mula. Jadi MC ... ada ucapan, tazkirah, doa dan taklimat kesihatan TASLY. Tak sedar dah 12.30 lebih. Makanan masih banyak.. apa lagi main bungkus2 je la. Pecal lebih diselamatkan untuk bawa mesy ptg nanti. Balik dah hampir 2 ptg.. sempat mandi..solat zohor.. terus ke balai raya mesy JIBG PASTI. Ada lagi bihun ..dah ada pecal. Tapi ramai yang minat nak bawa balik pecal.. kuahnya sedap. Sampai rumah 6.30 ptg.. lepas asar teringat sampai kat tapak tadi tak bawa balik..tinggal situ alamat tak berangkat sampai kucing bertanduk. Angkut 2 kali longgok depan rumah.. harap esok lori dtg. Dah nak masuk maghrib...sempat siapkan akaun MAHAP..esok nak mesy. Isyak pun kat rumah sbb lepas tu terus ke btg kali.. bincang2 pasal mesy agung ahad ni. Selesai lewat juga..1.30 baru sampai rumah.. terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 10, 2012

Apr 10

Selasa - keadaan masih sama .. tak ada apa2 yang pelik. Sistem masih ok.. speedtest dpt 6/1m. Akses ke ERA lancar.... blum dpt relif.. ada kelas sendiri 2 waktu. Setakat ni tak ada apa2 yang mendesak... cume ptg ni kalau sempat nak uruskan pengeluaran wang... nak sediakan prop untuk hari keluarga esok... come what may!!! Seharian di sekolah tak terasa masa berlalu. Ada relif 2 waktu ..agak awal 8.10-9.30. Sempat makanminum kat pantry...sebelum masuk kelas sendiri. Keluar dari kelas ke asrama ada program perjumpaan pegawai yayasan selangor.. kerja ambil gambar je. Balik ke sekolah dah 12 lebih.. ada nasi kat pantry..lapar sgt tak sentuh makanan kat asrama tadi.. tak dijemput makan pun. Lepas makan masuk kelas akhir. Lepas tu ada taklimat YaPEIM..sampai 2.30. Balik lepas zohor, keluar semula dalam keadaan mengantuk dan letih amat. Jumpa bendahari... gi bank... balik tunggu uruskan khemah tepi sungai. Selesai urusan 6.30 ptg. lepas asar lepak sekejap..otak memikir apa nak buat esok. Sebelum maghrib makan malam..mmg lapar selalu hari ni.. isyak di masjid dlm keadaan hujan lebat. Balik dah tak larat nak buar apa pun.. baring2 depan tv tapi tak tengok tv pun...masuk tidur 10.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 9, 2012

Apr 9

Isnin - hantar ongumah ke sekolah.. terus ke hospital bagi darah & air kencing. Balik ke sekolah semula 8.10 pagi. Sempat bagi taklimat sikit kepada guru program hari keluarga rabu nanti. Masuk relif 8.50 sampai 10.10. Terus ke pantry pekena mee rebus, bihun goreng, ubi kayu pengat, pisang goreng - baru makan ubat. Ni baru masuk sini pukul 10 lebih. Banyak urusan online nak settel pagi ni sbelum kul 12 tgh. Dalam pada tu ada pulak permintaan itu ini... come what may!!! Yang dirancang dah selesai... sampai waktu balik. Balik solat zohor.. keluar semula ke mesy UPKKKB di pasar peladang. Selesai 5.00 ptg.. pekena pasembur, mihun sup... siap bawa balik bekal lagi. Balik lepas asar hujan turun lebat sekali. Nak lepak depan tv..tak ada siaran gangguan dek hujan..makanya lelap mata sampai masuk maghrib. Isyak pun di rumah je... lepas tu siapkan minit mesy jatikap sampai masuk tidur 11 mlm,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 8, 2012

Apr 8

Ahad - melapor dari chalet Kpg Tengah, Kuala Sungai Kecil, Masjid Tanah, Melaka. Baru lepas Subuh, bersantai depan rumah ni mengadap laut. Angin sepoi2 bahasa, cuaca cerah, suasana damai dan tenang. Orang kampung sekeliling pun tak bangun lagi gamaknya.. hari minggu la katakan. Sampai kul brapa nak duduk sini, bila nak berangkat pulang.. come what may!!! Lepas sarapan roti sardin & remis masak kari, terus santai2 browsing sementara tunggu nak kado hajat. Lepas tu jalan2 tepi pantai... ongumah berkenalan dengan nenek pulak yang tinggal dekat sini... siap tolong siangkan ikan duri. Dapat pengajaran baru... buang lendir ikan duri sebelum masak. Ada sekali ikan sebelah (ada kata sisa nabi... nabi mana yang makan ikan tak tau la pulak!). Balik ke chalet... sementara yang masak tu masak dpt browse lagi... ingat nak email dokumen.. dokumen tak siap pulak.. sempat la siapkan sebelum hidang tersedia. Lepas makan air laut dah mula surut... tebing pasir dah nampak. Redah sampai tengah 1km... kot2 ada ikan sesat ka..tak ada pulak. Balik singgah pulak rumah yang baru naikkan ketam. Beli ketam dlm 30-40 ekar RM25 je. Separuh direbus ratah mcm tu je. Lebih dibawa balik. Bergerak dari chalet tu 2.30 lebih. Tak singgah mana-mana.. sampai Bangi hantar anak dah 4 lebih. Naik sekejap tengok ruang rumah sewa baru kat Impiana Bangi tu..terus bergerak balik kkb. Sampai sebelum 7 mlm. Sempat baca paper sekejap seblum maghrib... dah masuk isyak pulak. Ratah ketam masak kari pulak sebelum menghapap tengok ABPBH sampai 12 mlm.. masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 7, 2012

Apr 7

Sabtu - pagi ni nak ke Melaka... santai2 kat homestay Kpg Tengah...come what may!!! Bertolak dari rumah seblum 9 pagi. Singgah kat bangi rumah anak 1 hantar MyVi ambil trajet dan bawa sekali anak menantu ke Kpg Tengah Kuala Sg Kecil Majid Tanah, Melaka. Sampai di depan chalet pukul 1.30 tgh.. hujan tgh lebat. Kena tunggu hujan reda baru tuan chalet hantar kunci. Ambil 2 bilik sebelah sebelah Rm100 sepintu (sebuah rumah menghadap Selat Melaka. Ongumah & anak2 dah mula korek remis.. air laut tgh surut. Angkat barang, bancuh kopi nenas, makan apa yang boleh - buah ada, ommapudi ada... ingat nak lelapkan mata tapi tak bleh. Test line.. celcom ok.. tu yang boleh update ni. Lepas zohor-asar, ratah remis yang dipungut.. rebus saja. Sementra tunggu malam, santai2 kat luar chalet ni. Lepas maghrib-isyak, keluar cari makan. Orang tempatan rekomen makan di Resotran Ikan Bakar Terapung, Kota Supai. Tak ada pun ikan bakar.. ada otak2 je. Ikan fresh memang ada untuk pilihan tapi masak 3 rasa lepas deep fry. Masakan pun biasa2 je. Ada sejenis siput - pahat - mcm mentarang kat kuala selangor. Balik ke chalet dah 10 lebih. Semua dah keletihan dek kekenyangan. Santai kat luar lagi sebelum masuk tidur 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 6, 2012

Apr 6

Jumaat - cuaca baik pagi ni. Naik motor lagi anak 2 nak ke UM ..nak urus pasal nak sambung belajar. Sistem pun masih ok...speed 6m/1m. Ada relif waktu 1 ni..ada bincang ScoreA jam 11 nanti.. ada mesy ptg nanti. ..come what may!!!Lepas keluar kelas pekena nasi lemak kat pantry.. CC belanja fresh dari rumah. Lepas tu sediakan dokumen nak bincang jap lagi. YDP pun sampai jam 11... sempat bincang pasal program Score A... kaunselor kena buat kerja lebih sikit... pilih pelajar, hantar surat kpd ibubapa... langkah ke 2 menyusul tak lama lepas ni. Time balik.. balik. Solat jumaat kat masjid kkb... balik keluar semula ke kedai beli ikan & telur. Tak perasan SMs ongumah hantar masa tgh solat..ada betul ke? Lantak le. Balik terus ke balai raya tmn damai mesy jkkk. Yang hadir 6 yang regular. Kali ni awal2 cakap tak perlu perkara2 berbangkit dlm minit mesyuarat kecuali ada kesilapan... selesai awal seblum 4.30 ptg. Pekena mee kari 2 mangkuk.. balik rumah lepas asar lepak depan tv... maghrib.. isyak... lepak lagi depan tv sampai habis citer mega movie tv3...masuk tidur 12 mlm. Ada pula minum kopi makan kek walaupun kek hancur sebelum cicah kopi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 5, 2012

Apr 5

Khamis - Tak sihat badan...tak puas tidur... hidup mesti diteruskan. Sistem masih ok pagi ni. Speed test masih 5m/1m. Ada kelas awal pagi ni... ada mesy kul 11 nanti... come what may!!!Masuk kelas 7.30 pagi..beres. Keluar kelas pekena nasi kerabu n laksam. Settle kerja dlm bilik.. masuk kelas lagi 10.30 pagi. Sambil tu check printer kat bilik guru.. buat order toner ganti. Kemas surat2 bagi meja lapang sikit. Mesyuarat jam 11 tak jadi..tapi tak ada yang bagi tau pun. Patutnya ada mesy jam 2 tapi tak ada notis... balik je. Lepas zohor lepak baca paper.. terlelap juga. Lepas asar lepas depan tv.. sampai maghrib. Isyak di masjid..tak ada apa sgt lepas baca yassin. Balik masih awal... sempat print surat tuntutan 2k... buat minit pascap..masuk tidur 11 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 4, 2012

Apr 4

Rabu - cuaca pagi ni tenang dan gelap.. mana tak nya.. keluar dari rumah sbelum 6.30 pagi, Anak 5 nak ke mana tah..katanya bas akan tunggu 6.30 pagi... sampai terlupa handphone. Sampai sekolah jangan kata bas, bau minyak bas pun tak ada. Balik ambil telpon singgah hantar surat kpd Ameer untuk edarkan. Sampai semula ke sekolah 7 lebih sikit je..keta pun tak banyak lagi Sistem masih ok.. speedtest pagi ni dpt 7.48DL/141 UL. Sedang tunggu relif..come what may!!!Ada juga 2 kelas pukul 11.10-12.30..ok la tu. Pagi2 tadi dah pekena cucur kodok n pisang goreng kat kantin.. bawa bekal ke pantry.. ada nasi goreng diikuti nasi lemak. Pekena nasi goreng sepiring.. ada cucuk kodok lagi buatan pantry. Dalam pada tu buat apa yang sempat... habis kelas 12.30 dijemput lagi ke pantry kul 1.30.. pehabis nasi lauk taucu... ada cucuk kodok lagi baru goreng. Zohor kat surau hampir 2.30 ptg.. sambung pula aktiviti koku-briged- minta bebudak uruskan trolley yang bersepak kat kawasan sekolah. Jumpa 1 speaker box tersadai di blok makmal komputer terbengkalai.. masih boleh guna. Aktiviti selesai 4 ptg.. balik je lepas tu. Lepas asar, tengah lepak depan tv,, anak 5 call minta ambil kat sekolah - baru balik dari aktiviti luar. Lepak lagi tunggu maghrib... pastu isyak..pastu ke balai raya untuk mesyuarat pascap. Selesai tak la lewat sangat 11.30 je.. balik rumah dah gelap. Pintu berkunci... tak nak ganggu yang dah tidur, lepak dalam keta je. Dah buat bising pun - bunyi gate, bunyi grill, dah ketuk.. hon pun dah bunyi tapi tak sedar2 juga... nak buat camne - sampai ke subuh le jadinya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 3, 2012

Apr 3

Selasa - semalam dapat call drp YTL pasal kurang guna internet... dah bagi sepatah dua kata. Fikir2 balik lagi banyak pakai lagi banyak kena bayar... sbb tu sampai call. Kalau TM dulu bayar setiap bulan - pakai tak pakai tak sapa kisah- ini la perniagaan. Lantak le. Mulai hari ni nak buat speedtest, senang buat aduan nanti - ku 8 pagi ni DL 4.46M, UL 1.48. Tengah dengar ERA online.. tersangkut dah 5-6 kali. Minggu ni sibuk dengan mesy2, notis2 dah hantar dan nak kena hantar... bahan untuk mesy paskaw pun tak siap lagi.. mesy alumni pun dah dekat...sekali dengan hari anugerah cemerlang... mampuih!!!.. come what may!!!Seblum masuk kelas ada relif 2 waktu 8.50-10.10. Rehat sekejap masuk kelas sendiri pukul 10.30 pagi. Duduk dlm bilik je ...check email... delete email. Sebelum balik ada kelas, lepas tu ada taklimat hari anugerah, balik dekat 3 ptg juga jadinya. Masuk bilik air..keluar dah dekat 4 ptg..lepas zohor tunggu asar. Lepas tu baring atas katil..terlelap sampai 6.30 ptg. Cari makan... suap apa yang ..kopi nenas + oat.. sampai maghrib. Isyak kat masjid... sembang lepas tu balik dah 10.00 mlm, Lepak lagi depan tv sampai lalut tengok citer FIRM sampai masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 2, 2012

Apr 2

Isnin - hujan awal pagi tadi sebelum nak keluar dari rumah ke sekolah. Anak 2 terpaksa bawa kereta ke tempat kerja.. ana terpaksa naik moto ke sekolah. Tunggu hujan reda...sempat kado hajat dulu... baru lega. Sampai sekolah hampir 8 pagi. Balik nanti apa citer.. come what may!!! Tak ada relif pun hari ni.. sbb punch lambat kot..depa ingat tak hadir hari ni. Ada makan baik punya kat pantry - bihun/mee sup tulang.. pekena 2 mangkuk supnya. Duduk dlm bilik je hari ni..selesai tengok LAWAK KE DER. Dalam pada tu BTPN arah semua pengetua semak email setiap hari isnin hantar laporan. Dok kena tunjuk lagi nak buka email kat pengetua. Keluar sekejap hantar borang kat pejabat PPK, singgah beli rojak, balik ke sekolah - ada pulak cupcake CC belanja. Layan dulu makan rojak & cupcake. Balik lepas zohor keluar semula edar notis mesy,singgah kedai tukar minyak moto dan ambil anak 5 balik dari tusyen. Lepas asar lepak depan tv...perlu lelapkan mata ni. Lepas maghrib ke masjid, patut ada kuliah ustaz tak datang pulak. Balik 9 lebih... selesaikan kerja print notis mesy jumaat ni pulak sampai masuk tidur 10.45 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 1, 2012

Apr 1

Ahad - dah masuk bulan april 2012. Hari ni ongumah plan nak buat makan2 ikan bakar... hari ni ada mesyuarat muslimat di btg kali.. ada dijemput juga. Ada kenduri lepas zohor di btg kali juga..ada dijemput juga.. tapi pagi ni jam 9 nanti ada gotong royong kat masjid ampang pecah... nak kena ikut pi pasar ke??? come what may!!! Ongumah dgn anak2 ke pasar. Keluar dari rumah 9 lebih nak hantar notis mesy. Singgah masjid.. ramai pulak yang hadir gotong royong..kamera pula lupa nak bawa. Kat situ sampai 12 lebih. Balik semua berada di tepi sungai.. bakar ikan. Pekena 2 ikan talapia, 3 ketul ayam. Balik solat zohor.... baca surat kabar sementara menunggu beras sampai. Dekat 4 ptg baru depa sampai.. ke tepi sungai lagi..layan depa makan pulak. Lepas asar dah 5 lebih...beras balik ..lepas tengok tv. Lepas maghrib.. isyak di masjid..balik nak online..wifi dalam rumah dah diset anak2 dgn password. Malas nak layan... masuk tidur 10.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam