Wednesday, April 4, 2012

Apr 4

Rabu - cuaca pagi ni tenang dan gelap.. mana tak nya.. keluar dari rumah sbelum 6.30 pagi, Anak 5 nak ke mana tah..katanya bas akan tunggu 6.30 pagi... sampai terlupa handphone. Sampai sekolah jangan kata bas, bau minyak bas pun tak ada. Balik ambil telpon singgah hantar surat kpd Ameer untuk edarkan. Sampai semula ke sekolah 7 lebih sikit je..keta pun tak banyak lagi Sistem masih ok.. speedtest pagi ni dpt 7.48DL/141 UL. Sedang tunggu relif..come what may!!!Ada juga 2 kelas pukul 11.10-12.30..ok la tu. Pagi2 tadi dah pekena cucur kodok n pisang goreng kat kantin.. bawa bekal ke pantry.. ada nasi goreng diikuti nasi lemak. Pekena nasi goreng sepiring.. ada cucuk kodok lagi buatan pantry. Dalam pada tu buat apa yang sempat... habis kelas 12.30 dijemput lagi ke pantry kul 1.30.. pehabis nasi lauk taucu... ada cucuk kodok lagi baru goreng. Zohor kat surau hampir 2.30 ptg.. sambung pula aktiviti koku-briged- minta bebudak uruskan trolley yang bersepak kat kawasan sekolah. Jumpa 1 speaker box tersadai di blok makmal komputer terbengkalai.. masih boleh guna. Aktiviti selesai 4 ptg.. balik je lepas tu. Lepas asar, tengah lepak depan tv,, anak 5 call minta ambil kat sekolah - baru balik dari aktiviti luar. Lepak lagi tunggu maghrib... pastu isyak..pastu ke balai raya untuk mesyuarat pascap. Selesai tak la lewat sangat 11.30 je.. balik rumah dah gelap. Pintu berkunci... tak nak ganggu yang dah tidur, lepak dalam keta je. Dah buat bising pun - bunyi gate, bunyi grill, dah ketuk.. hon pun dah bunyi tapi tak sedar2 juga... nak buat camne - sampai ke subuh le jadinya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment