Thursday, April 12, 2012

Apr 12

Khamis- tak cukup tidur lagi ni....lena 4 jam je. Sistem ok... speedtest 6.2/1.3. Masuk kelas pertama.. keluar minum kat pantry.. ada ubi rebus je. Pastu dpt relif 8.50 kelas 4G.. sempat semak panduan nak buat selenggara peralatan ict.. dengarnya waran dah turun... ada satu lagi kelas 10.30.. pastu nak lelapkan mata sekejap... ptg ada mesy lagi.. come what may!!! Lepas kelas relif 9.30 pagi...dalam masa sejam buat itu ini tak sempat pun nak lelapkan mata. Sampai buku catatan dan modul pun tak tau mana letak. Masuk kelas sendiri .. habis 11.10, ada mesy jk pengurusan. Masuk lambat sikit... kalau tak tanya SU tak tau pun ada mesy. Komunikasi masih tak berubah... lemah selemah2nya. Selesai mesy sampai 2 .30 ptg. Tak sempat pun nak merasa pengat yang dimasak di pantry.. bawa bekal balik je. Lepas zohor dah 4 ptg... baring kejap dikejutkan call dari PPD minta segera hantar maklumat bestarinet. Selesai sebelum 6 ptg. Lepas asar keluar sat hantar bekas pecal kepada tuannya.. ambil minyak keta... cari nak snow wash..semua dah tutup. Makan seblum maghrib.. isyak di masjid. Lepas tu ada mesy jk masjid... paling cepat selesai ..9.40 dah selesai.Pekena mee kari sblum balik pukul 10 lebih. Hujang masih turun... nak tengok ASTRO memang tak boleh punya. Teringat pula faktor2 yang menyebabkan kelahiran meningkat - dulu sbab rumah tak ada tv, lani sebab hujan ASTRO tak berfungsi. Lantak le... masuk tidur 10.30 mlm. Hujan lebat sgt.... banjir di luar tak banjir di dalam pun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment