Thursday, March 31, 2011

Mac 31

Khamis - hari akhir bulan 3..esok dah masuk bulan 4...8 bulan lagi tukar tahun lagi.Pengisian hari ni.. ada mesy..ada jamuan..come what may!!! Awal pagi dah masuk kelas. 9 pagi dah mula lapang sikit.. lapang tak masuk kelas ganti la bukan lapang tak ada kerja nak buat. Jadi kejar siapkan surat menyurat untuk DO..dateline hari ni. Dapat diselesaikan. Loceng balik kejar jumpa pengerusi JKKK minta sain surat2. Kejar balik semula ke sekolah ada mesyuarat Bolasepak.. seblum tu patutnya ada mesy program untuk pelajar T3 & MKP 2-3 APril ni. Kalau ikut surat pukul 2 ptg..lepas solat zohor baru tau dah diawalkan pukul 1..terlepas la bab tu. Lepas mesy bola terus ke majlis meraikan atlet sekolah.. ambil gambar la kerjanya apa lagi.Lepas tu makan mihun sup..pekena 21/2 pinggan...tahan sampai malam. Balik dah dekat 5 petang. Lepas asar... uruskan surat2 masuk envelope...notis mesyuarat PISCAP...bawa ke maghrib. Isyak di masjid.... terus balik. Ameer ajak nak ke Balai Raya sediakan tempat tusyen.. ingatkan nak minta dia mai ambil..kerera merah kurang minyak, TRAJET anak pi ambil anak tusyen. Dia dah pecut awal2.. minta di singgah masa balik nanti. Serahkan surat2 untuk DO, KADIm MDHS. Tengok TV sat sementara tunggu nak masuk tidur.. mata tak mengantuk pulak...masuk juga tidur seblum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 30, 2011

Mac 30

Rabu - program hari ni..ada jamuan persaraan staf lepas sekolah... ptg setakat ni tak ada plan apa-apa..boleh tidur kot..come what may!!! Baru nak syok buat kerja..dah kena masuk kelas ganti... pi la juga tengok duduk sat dah cukup time. Lepas tu sambung kerja lagi... masuk kelas ganti lagi. ..sampai bawa ke tengah hari. Sempat solat zohor dulu sebab pukul 2 ada jamuan raikan staf pencen. Habis makan2,minum2,,ambil gambar2... balik ke rumah. Sempat la baring2 sampai 5.00 ptg. Lepas asar basuh baju..sidai baju..minta anak ambil ongumah kat sekolah. Bawa sampai ke maghrib...Isyak kat masjid. Terus ke balai raya..bincang2 lagi dgn Ameer..balik dah 10 lebih. Tak ada mood nak buat apa-apa dah..masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 29, 2011

Mac 29

Selasa - mlm ni pasar malam dan hujan pasti turun.. biasanyala. Hari ni di sekolah semula...ntah ada ke idak mesyuarat pukul 11 nanti..yang pasti mlm ni ada mesyuarat di Btg Kali. Seblum tu ..come what may!!! Tengah seronok buat kerja,,dpt slip relif pukul 8.10 satu 10.30 satu. Lepas tu dapat call ada mesy pukul 11 pagi. Tak lama kemudian dapat lagi satu pukul 8.50. Tinggalkan kerja masuk juga sekejap dua kelas pertama. Sambung kerja tengok dah 10 lebih. Siap2 nak masuk ke bilik mesy.. skip relif yg ketiga. Seblum 11 dah masuk blk mesy... ingatkan biasanya habis sampai 2 ptg.. tapi kali ni ntah apa-apa sebelum 12 dah selesai. Lepas tu ada group bincang pasal nak baut Hari Anugerah Akademik. Masuk semula ke bilik habiskan kerja yang tertangguh sampai waktu balik. Sampai rumah sebelum nak solat zohor bincang2 sikit dengan Ameer pasal surat2 JKKK kepada DO. Lepas zohor ke sekolah ambik onumah & anak balik ke rumah.. terus ke Btg Kali hantar NB kepasa Wajuna, singgah paarraya beli barang rumah. Beli switch heater kat kedai letrik RM10.00 tengok kat PASAR RAYA BTG KALI RM9 je. Sampai rumah dah 6 lebih. Maghrib....ke Isyak..siapkan dokumen PISCAP .. terus ke tempat mesyuarat. Dah 9 lebih tempat mesy masih gelap. Orang2 pun tak nampak yang kenal. Jadi ke idak mesy ni? Dah mula nak buat andaian bukan2... mmg dah biasa pun gorup ni tak pangtual bab masa ni. Lepas 9.30 tak nampak bayang.. terus balik je. Tok tek tok tek pukul 11 baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 28, 2011

Mac 28

Isnin - masih di Skudai... cuti rehat hari ni. Masih kat hotel... lepas ni nak berangkat pulang ke KKB. Tapi seblum tu katanya nak ke Nilai 3, nak singgah Damansara ambil anak yg baru balik dr Jepun..pukul brapa nak sampai KKB..come what may!!!!Pukul 9 lebih check out... singgah makan di tapak Paar Peladang Johor Baru Timur. Luas kawasannya ...penuh dengan gerai makan.. termasuk pasar.Pekan lempeng kelapa 2 keping cicah rendah & sambal tumis. Lepas tu hantar anak balik kampus..tak nak balik juga lagi walaupun dah habis konvo. Dari Skudai singgah di Nilai 3 ..pukul 3 sampai 5.lebih. Terus ke Damansara... ngam2 dekat waktu maghrib.. makan malam sekali sebelum beredar pulang ke KKB. Sampai rumah dlm 10 lebih..tok tek tok tek..masuk tidur 11 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 27, 2011

Mac 27

Ahad - melapor dari RJ Hotel, Skudai. Baru lepas Subuh..tgh siap2 nak kluar.. ada konvo di utm.. lepas tu come what may!!!Keluar dr hotel pukul 9 lebih. Terus ke tapak konvo cari makan. Pekena nasi lemak biasa2 je. Lepas tu ronda2 kat situ..tengok pameran segala. Pukul 11.30 dah siap2 untuk acara konvo. Bermula kumpul kat depan dewan dari 12.30 sampai selesai acara 5.30. Lepas tu tok tek tok tek sampai dekat 7 mlm cari makan lagi kat tapak konvo. Pekena kuiuhtiaw sup je, apam balik, sup gearbox. Menjelang 8.30 nak bergerak keluar ada pulak kereta tak boleh start.. dah agak dah sebab sejak 6 ptg tadi lampu kereta dia tak tutup. Buka mulut tanya khabar, dah ada pun orang lain membantu ..tapi tak sedapnya kereta rosak tu ditolak dari kawasan parking trus blok kereta kita yang nak keluar. Terpaksa la bagi bantuan mana boleh.. pakai jumper bagi pakai bateri TRAJET pun tak menjadi. Habisnya bukan masalah bateri la kot... terperasan tuan punya kereta tu..tolak lagi kereta dia ke tepi sikit supaya boleh berlalu pergi. Sampai hotel dah dekat 10 mlm....sempat tengok Merlin sbelum tidur 11.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 26, 2011

MAC 26

SAbtu - pagi ni tengah berlangsung kem motivasi di asrama- tak dapat ikut sama.. nak update blog asrama pun tak dapat juga sbb tak ada butiran langsung. Pukul 10 pagi ada mesy alumni - mmg terliabt sbb JK... boleh update blog jap lagi kot..lepas tu nak bergerak ke Skudai.. konvo anak esok. Lepas tu... come what may!!!Pukul 8 lepas dah berada kat sekolah. Siap2 apa yang patut. Pukul 9 katanya mula..pukul 10 baru nak start.Semua berjalan lancar..cuma tak ramai spt yang dijangkakan.. cukup2 korum je. Balik lepas zohor..siap2 pulak nak bertolak ke Johor. Perjalanan 5-6 jam.. pukul 10 baru check in kat hotel. Tak boleh buat apa dah..terus tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 25, 2011

Mac 25

Jumaat - tetap datang tak boleh dihalang sehingga satu saat yang tidak diduga bila nadi berhenti berdenyut. Syukur masih boleh bangun pagi ni untuk teruskan kehidupan. DAri pagi duduk dlm bilik server.. pertama sekali siapkan RPH ..tgh buat ada relif pulak ..masuk sekejap ke kelas tu tapi tak ada budaknya. Sambung semula kerja-kerja kat dlm bilik..sampai waktu masuk kelas..keluar kelas.. singgah makan nasi tak pantry (stor bilik cetak). Ngam2 sampai waktu balik. Jumaat kat masjid KKB..balik salin pakaian.. ada app dgn DO pukul 3. Singgah ambil ongumah kat sekoah..drop kat Pejabat Daerah. Settle 1-2 urusan sampai 4.30 lebih, Singgah kantin minum2,makan2,semabng2 sampai 5 ptg baru balik ke rumah. Sebelum asar basuh kain baju..sidai kain baju...buat itu ini sementara tunggu maghrib. Tengah solat maghrib baru teringat.. terlupa nak asar tadi..betul2 punya terlupa. Bleh kado la kan ..dah terlupa sgt. Lepas maghrib ke masjid.. ada kuliah. Lepas Isyak ada kenduri tahlil. Dekat 11 mlm baru balik..hujan turun lagi. Mata memang mengantuk sgt..masa kuliah pun tersenguk2..terlepap seketika. Ingat balik terus nak masuk tidur, tengok cerita Narina kat TV 3.. sampai 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 24, 2011

Mac 24

Khamis - Hari ni ada rombongan 8 orang pegawai BTPN, PKG termasuk Juruteknik akan berlabuh di sekolah dari pagi sampai petang (ikut surat la). Persembahan yang pengetua minta dah siap semalam...pagi ni juga kereta merah tak mau start.. semalam balik dari masjid dah semput2 semula. Panggil teksi sapu... Ketua kampung pulak tu.. pengerusi JKKK la pulak. Sampai ke sekolah spt biasa... lepas ni apa jadi..come what may!!! Janji ikut surat pukul 8 pagi.. tungu punya tunggu punya tunggu..tak tahan lapar makan dulu..tunggu lagi..pukul 10 baru nak mula. Tak ada apa sangat lepas taklimat pengetua..pusing2 tengok makmal. Tak banyak yang boleh dibantu semua Pc ok..kalau rosak pun hardwarenya. Kena tunggu Kaypi juga yang gantikan. Janji biarkan JT yang uruskan. Tiba waktu tengahhari seblum yang lain makan... kami makan dulu (4 orang yg dalam senarai) sbb pukul 2 nanti ada meeting. Lepas zohor masuk bilik mesy. Teringat pula Trajet... dpt tau anak dah ambilkan. Mlm ni banyak pergerakan dan esok pun..tapi dia nak balik petang esok. Terpaksala turun ke KL.. naik bas je. Dari pukul 3.30 ptg sampai Kg Baru 5.30ptg. Tambang bas ke Rawang RM3.00 dan dari Rawang ke Chow Kit RM1.50je (maknanya jauh lagi KKB-Rawang). Turun kat Jln Tuanku Abd Rahman ..menapak ke Kg Baru. Lepas solat asar..terus bergerak balik KKB. Nak kejar hantar anak ke tusyen ,majlis kat masjid & jumpa guru2 tusyen rakyat. Cuba elakkan jem... balik ikut Kramat... ke MRR2.. kira ok la juga cuma gangguan kat Selayang (banyak trafik light) dan kat Sungai Tua.. membontoti lori naik bukit. Akhirnya sampai 7.45. Ongumah hantar anak le tusyen. Lepas maghrib ke masjid..majlis baru mula..tazkirah oleh Pegawai Tadbir Agama Hulu Selangor. Bila diselit isu pokok kehadirannya ke masjid AL-Hidayah Ampang Pecah ialah isu permintaan mendidikan solat Jumaat. Berdebatla juga sikit2 oleh ahli jemaah (1 je pun yang bersuara) tapi keputusan tetap muktamad - tidak diluluskan atas sbb2 yang telah dimaklumkan. Rasa tidak puas hati jemaah masih terasa. Lepas Isyak (9.15 mlm)..minum2,makan2,sembang2 - ada sumbangan nasi lemak & bubur kacang ahli kariah - kena kejar ambil anak kat tempat tusyen. On the way balik singgah kat kedai makan Gamelan, jumpa guru-guru kelas tusyen rakyat. Tak lama pun ..10.40 dah balik rumah. Masuk tidur sebelum 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 23, 2011

Mac 23

Rabu - hari ni SPM result akan keluar.. nak siap2 ambil gambar.. tapi kalau ada relif waktu puncak ..come what may!!! Sambil buat kerja itu ini..termasuk bincang dengan pengetua bahan tayangan untuk esok.. pemantauan btpn... tolong pulak penyelia asraman hantar data via email. Semuanya selesai..masuk kelas ganti. Guna masa untuk semak mou projek tdbb. Result SPM dah mula nak umum kat dewan. Ada pulak Briged nak ambil gambar. ok la tu. Mula plan bahan presentation..sampai waktu balik. Lepas solat..keluar semula ..ambil slip keluar wang bank..singgah bank ..pi renew insuran (mati hari ni roadtax pun)..singgah pos office ambil roadtax.. ke sekolah semula..ambik anak bini balik. Dah hantar depa pi pulak ke balai raya... ada minta seseorang cat dinding balai. Balik 6.30 terus siap ..lepas asar.. Maghrib di masjid. Lepas tu bincang pasal program esok dan Sabtu. Lepas Isyak..minum2, makan2,sembang2 (SU silap order makanan.. ingatkan ada kelas tajwid lagi). Singgak beli banjo untuk anakbini...kereta dah mula semput balik. Elok sampai ke rumah je.. semput masih ada. Dari 10 mlm.. siapkan bahan persembahan untuk esok..masuk tidur menjelang 11.30 mlm,

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 22, 2011

Mac 22

Selasa - masuk je bilik pagi ni, try2 install printer Xerox cara backdoor... CD tak mau baca.. berjaya juga akhirnya. Baru lega kerja boleh disambung semula. Baru seronok jap..dah terima slip kelas ganti... ala come what may!!! Nak masuk kelas 8.50 - lepas 1 waktu ada guru lain masuk kelas tu..selamat. Balik ke bilik buat kerja apa yang patut...sampai ke tgh hari. Singgah kantin makan nasi sayur lele goreng cili. Lepas solat.. ke mesyuarat JK Stok sampai 4 lebih. Sampai rumah pun 5 lebih. Lepas asar try lagi instal driver printer canon ...menjelang maghrib berjaya juga akhirnya. Lega sehari lagi. Ada janji pulak dengan SU masjid nak bincang persediaan ceramah sabtu nanti..tengok ada kuliah Us Omar.. baru nak mula. Jadi dapatla ikut sama sampai akhir. Selesai solat 9.lebih... minum2,makan2 roti canai, sembang..berkejar pulak ke pekan. Nak jumpa YB Adun Angkat.. ada urusan nak selesaikan. Sementara tunggu sebelah kedai makan..minum air halia pulak. YB tengah mesyuarat... lepas 10 mlm baru selesai..dapat juga jumpa sekejap untuk kenalkan diri dan minta penetapan nak jumpa kemudian. Lepas tu bincang2 lagi dengan ahli majlis, ameer dan pengerusi PeBT zon KKB. Sikit sebanyak dapat tau kisah dalam pihak satu lagi yang turut tidak berapa nak tenteram... maknanya ada yang tidak berpuas hati. Tak sadar dah pukul 12.45... terus minta diri sampai rumah masuk tidur tepat 1 pagi. ADuh!!!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 21, 2011

Mac 21

Isnin - Dah bersekolah semula hari ni...hari ni nak kata tension tak juga tapi tekanan juga sbb NB masih rosak. Tapi file2 dah selamat dlm ext HDD. Nak cari NB ganti sementara yang ada dalam simpanan.. 4 comfirm rosak. 1 buka pakai tapi tak network card rosak..tak kisah pakai broadband pun ok. Masalah... nak install printer Xerox. Pakai CD tak mau baca. Copy file pun tak mau..salah jalan la tu kot. Try kat PC server 2003 pun masalah. Habis masa kat sini sebelum masuk kelas. Boleh buat ka? come what may!!! Cuba download driver pun tak berapa nak jadi. Pukul 11.10 dah masuk kelas sampai waktu balik. 2.30 baru ada kat rumah..nak keluar pulak 4 ptg ni ada app dgn pegawai MDHS..pasal CF lagi. Seleai urusan peribadi kat rumah..sebelum 4 dah tunggu depan lokasi dijanjikan. 1/2 jam lepas tu baru tau app cancel..org yang nak dijumpai ke Shah Alam. Terus ke sekolah ambik ongumah dan anak..ada tusyen. Dalam pada tu pun 5.30 baru sampai kat rumah. Lepas asar cuba2 pulak tackle masalah connection pakai NB yang tak berapa sihat ni. Try wifi pun gagal. Broadband slow ya amat. Try instal printer Canon M190 pulak, Driver juga tak ada..nak online line tak ada... cuba juga instal connect direct ke internet. Dari seblum masuk maghrib..sampai lepas anak pi tusyen..sorang lagi ke stesen komuter (balik tgh hari tadi dari Skudai - ke KL pulak mlm ni- esok interview kerja kat Cyberjaya)- download masih tak ok. Lepas tu siap ke masjid utk Isyak..baru teringat ada kelas tajwid mula mlm ni. Sampai je dah selesai. Lepas Isyak..lepas makan roti jala cicah bubur durian - ke tempat janji nak jumpa lagi org yang tak dijumpai ptg tadi. Tempat dijanji pula tutup...org dijanji tak dpt dihubungi. Terus ke tempat anak tusyen ..tunggu sampai 10 mlm. Dah apa pun tak boleh nak buat...masuk tidur je 10.30 mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 20, 2011

Mac 20

Ahad - pagi ni berlabuh di masjid KKB..ada bengkel IT - urusan parti - ada kaitan Pilihanraya la ni kot. Pukul 8 keluar pi pasar dulu..lepas tu ke masjid untuk bengkel IT tu sampai pukul 1. Balik lepas zohor baring2 sebab mengantuk sgt..tak kisah lagi hal-hal lain, Bangun 5 lebih..tengah asar teringat ada benda tertinggal kat masjid masa makan tadi. Beg plastik yg mengadungi buku akuan bank JKKKK, surat ahli PASCAP dgn duit sekali dan dokumen2 lain. Call Ameer tanya kot2 nampak masa kemas2 tadi..dia kata tak ada. Elok nak masuk waktu Maghrib..ke masjid cari dulu...tak ada juga. Kebetulan ada kuliah maghrib Mufti Selangor...lepas Iysak ada mesy. Jk dakwah pulak. Ameer call rupanya dia dah pi tengok lepas call tadi dan ada pada dia beg tu. Lepas mesy cari dia kat rumah..bincang2 sikit..balik 11.40 mlm.masul tidur dekat 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 19, 2011

Mac 19

Sabtu - Hari ni penuh dengan kenduri.. bermula 12 tgh kenduri biasa, lepas tu kenduri kahwin di Pdg GOlf.. lepas asar kenduri doa selamat,,lepas isyak lagi kenduri doa selamat. Kenyang le hari ni... kereta masih tak stable (Subuh tadi bawa ke masjid semput seblum sampai masjid...enjin tak mati cuma tak ada power nak jalan..tapi sempat juga sampai masjid).. TRAJET tak tau status lagi..NB nak diusahapulihkan..semua hari ni..come what may!!! Pagi duduk rumah je..nak buat kerja surat menyurat pun tak boleh sbb draft dl mnb yang rosak. Sedang usahakan untuk pindahkan semua folder ke ext HDD. Sempat juga bawa kereta merah ke bengkel walaupun semput2. Kata mekanik cable short..nak order la pulak sampai 12 tgh. Bawa balik dgn selamat. Dekat 11.30 cuba bawa kereta ke bengkel semula...jem terus tak sampai keluar kawasan taman pun...hujan mula turun. Gagah juga bawa balik dlm gear 1. Tak dapat la nak ke rumah kenduri kahwin ke, kenduri tunang ke. Makan tengah hari kat rumah je.Lapi pula bakal menantu dtg ..depa nak pi tengok baju pengantin. Bawa sampai ke petang hujan. Asar di masjid..lepas ke rumah kenduri doa selamat nak ke umrah. Balik dah dekat ptg..dekat 7 mlm baru mekanik dtg tengok kereta. Kali ni tukar condenser pulak..kena RM35.00 (=RM105+beli barangRM72=RM177). Lepas Maghrib test drive ke Ulu Yam rumah ROsli ambil HDD adapter..kena pindah fail malam ni juga. Sampai dia tak ada kat rumah..nasib baik benda dicari ada. Terperasan pulak temperature naik hampit H point. Bawa slow..sampai juga kat rumah. Lepas Isyak ke rumah kenduri lagi..nak pi umrah juga yang ni. Balik dah 10 lebih. Buat pindaha file (nasib baik ok)..print minit mesyuarat PASCAP..ingat nak serahkan esok masa bengkel IT... sampai dekat pukul 2 baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 18, 2011

MaC 18

Jumaat - Semalam khamis malam jumaat..ada orang kata tak elok keluarkan duit sebelum solat jumaat.. pagi ni tambah satu lagi dugaan. NB tak nak hidup..bunyi beep3. Nasib baik NB anak ni dah dibaiki..boleh juga masuk kat sini. Tapi yang penting sekarang ni nak settle pasal TRAJET..kereta merah katanya dah siap tapi tak dihantar lagi. Kosnya pun belum dinyatakan. Siapkan aje le duitnya. NI pagi ni nak update blog NB lenovo ni pulak buat hal.Dah check RAM, dah buka HD..rasanya motherboard. 3-4 hari lepas tak nak shut dowm..lepas auto restart force shut down je. Selama ni ok..hari ni tak ok. Apa pun nak kena safe hdd.. banyak sgt file penting dlm.tu. Lani nak call KAH BINTANG...nak call tow truck..nak selesai hal ni ..come what may!!!Org dia sampai pukul 10.45 pagi..sementara tu cuba nak selamatkan data dr NB..keluarkan HDD.. pindah ke tmpt lain jap. Baru dapatg keluarkan HDD dr NB..minta pinjam adpater dr Rosli ..dia kata nak ke KKB petang ni. Trajet tak dpt nak diselamatkan di sini..kena tow balik KL. Tanya Kurnia dia nak RM190.. sekali mekanik dah cariakan tow trruck nak caj RM220. Bila cakap kata kurnia bagi RM190, sanggup mekanik sorang ni nak subsidi RM20 kononnya. Nasib baik tak serahkan tunai kat dia..minta anak kat KL bayarkan nanti. Bila call supervisor kat Kah Bintang dia kata nanti syarikat settlekan.. nak menipu juga nampaknya manusia ni. Dah bagi minum masa buat kerja tadi..ingatkan sesama manusia dan Islam pulak tu.. tapi bila ada peluang nak juga dijerut leher kita.. duit la katakan. Urusan selesai 3 ptg dlm hujan separuh lebat. Minta anak urusakan di sana. Lepas tu ke masjid untuk asar..baru lepas bagi salam call dari mekanik hantar kereta merah..kena RM70 lagi. Dari waktu tu sampai ke malam..hujan masih renyai2... hati dah puas satu perkara dah settle. Layan Raja Lawak Final...pukul 11 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 17, 2011

Mac 17

Khamis - Melapor dari KAH BINTANG Jln Ipoh.. buat apa..servis TRAJET le..dah 3 hari indicator CHECK tak padam2. Kereta jalan ok 2 hari lepas. Sebelum keluar ingatkan nak keluarkan kereta merah dari dalam tempat parking, dah tak boleh start pulak. Dah nak bergerak ke KL... buka gate, tinggal kunci...mekanik nak bawa pi bengkel. Dalam pukul 8 dah bertolak ke KL> Sampai dalam pukul 9. Nasib baik tak banyak kereta sepanjang jalan. Kat center ni pun tak ramai orang. Sekejap je dah dibawa masuk bengkel. Katanya 1-2 jam. Ni tengah layan kat sini...dapat juga buat kerja.Lepas 3 jam mekanik kata nak kena tukar sensor crank shaft...ambil masa 3-4 jam. Ok la..berlabuh kat Kg baru. Elok azan kat surau, terima call dah siap untuk diambil. DAh traific jem tapi biasa punya sbb trafik light. Nak naik moto hujan renyai2. Nasib baik adik ipar sudi bagi pinjam kereta Volvo dia..anak hantar ke servis center. Bayar RM815.60.. kereta ok. Singgah kat Petronas ambil minyak, start ok.. singgah solat,,beli wafle..start ok. Sampai rumah dekat 7 mlm. Baru ongumah nak hantar anak pi tusyen...dah tak boleh nak start pulak. Nak kata apa ...nak buat sendiri pun tak daya..tunggu esok je le. Buat kerja sikit seblum masuk tidur seblum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 16, 2011

Mac 16

Rabu - pengerak bunyi mcm biasa 5.30 tapi otak tak fikir lagi mcm pagi-pagi biasa. Terus terlelap semula sampai azan Subuh (1/2 jam tu). Badan masih rasa sengal2... dek kerana buat kerja mekanik kot..tertunduk, putar itu ini..tekan itu ini..teruk jufa kerja mekanik ni rupanya... memerlukan tenaga juga. Lepas Subuh ni ..teringatkan nak mesyuarat JKKK 2 petang nanti. Dalam fikiran lani pasal kereta yg masih tak ok. Kereta merah masih terbatuk2 walaupun semalam dah ganti getah radiator, dah ganti minyak enjin. TRAJET walaupun dah berjalan tapi indicator CHECK masih menyala. Untuk hari ini dha tak boleh ke mana-mana (pagi ni nak check kipas je) untuk ke KL esok ada app dgn JD..pagi jumaat boleh kot ke KL untuk check Trajet....come what may!!! Pagi keluar ke pasar... kereta merah meragam lagi..tak boleh nak start. TRAJET nasib baik ok. Balik dari pasar menghadap kerja lagi.. sempat basih sidai baju...sampai tengahari. Lepas Zohor ke mesyurat di Balai Raya Tmn Desa Bukit Bujang...tu pun tumpang Ketua Kampung. Tak nak susahkan orang dalam rumah..susahkan orang luar tak pa. Mula mesy pun dah 2.30 lebih tunggu ahli tak ramai..4 je yg dtg. Kena hantar SMS ingatkan..dtg 2 lagi.. 4 yg lain proksi..tak ada dalam kawasan. Mesyuarat tetap djalankan. Diringkaskan agenda aduan ..dpt tamatkan 4.30 ptg.. paling awal dlm sejarah. On the way balik..kereta Ketua Kampung pun jem mcm kereta merah...tetiba mati enjin..tak boleh start. Tapi sbb dia dah biasa... tekan2 minyak..hidup balik. Sampai juga ke rumah, Lepas asar,.tgh wirid..baru mekanik nak sampai.. boleh pula start keta merah tu. Apa pun dia nak bawa ke bengkel esok pagi. Tak lama lepas tu hujan turun lagi,,,sampai Maghrib. Dalam renyai2 hujan, berbasikal ke masjid... takkan susahkan orang dalam rumah. Balik dah tak hujan. Sampai rumah start buat minit mesyuarat ptg tadi..siap sekali notis mesy bulan april. Masuk tidur menjelang 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 15, 2011

Mac 15

Selasa - hari kedua cuti...ada yang dah bertanya tak ke mana2 ka cuti. Nak ke mana? Nak selesaikan kerja pun tak cukup masa ... tambah pulak kereta rosak. Yang merah pipe getah radiator pecah.. dah lebih minggu. Panggil mekanik melayu tengok2kan sampai lani tak nampak muka..alasan banyak kereta nak siapkan. Yele.. tolak rezeki la tu.. nak suruh tengok pastu beli barang pastu tukar barang..tak sampai 1 hari pun. Dah tu baru jap ni buka sendiri... pasni nak cari barang ganti di Batang Kali. Trajet pun buat hal semalam.. tetaiba berhenti... pastu hidup balik. Yang merisaukan lampu isyarat kuning gambar pipe bomba menyala tak padam2. Mesti ada yang tak kena. Pasni nak singgah jumpa mekanik Amir kat Batang Kali..kalau dia tak dapat settle, kena ke KL Jln Ipoh.. servis center HYUNDAI... banyak duit nak kena siapkan... come what may!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 14, 2011

Mac 14

Isnin - cuti dah bermula. Tapi ana tetap kena kerja. Lepas Subuh kat masjid tadi sembang2 sampai kul 8 baru balik. Sempat makan.. hantar anak ke stesen komuter. Lepas tu ke pejabat agama.. settle pasal tanah perkuburan, pasal solat jumaat, macam2 pasal lagi la.,termasuk pasal acara cabutan bertuah tapi kena beli nombor kat karnival yesz. Ada surat2 kena buat lepas ni. Baru nak bergerak ke Pej Daerah, Trajet tak boleh start. Tunggu mekanik dekat 30 minit. Problemnya contact point longgar. Dah boleh start terus balik..tengok kalau boleh settle bab tu pulak. Plan hari ni..belum ada apa2..come what may!!!Sampai rumah belum 11 pagi pun. Siapkan keyin pergerakan aktiviti JKKK tahun 2010..dari zohor ke asar..hujan turun..tak dapat ke masjid..sampai Maghrib ..sampai Isyak. Akhir selesai satu bab...itupun sampai 11 lebih la juga baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 13, 2011

Mac 13

Ahad - 1 kenduri hari ni di Kalumpang. Sebelum tu ada juga janji nak bincang pasal reunion asrama. Sambung kerja kemaskini file jkkk... pukul 9 ke asrama..singgah pasar/kedai. Sorang je yg datang.. bicang2 cerita2..sampai 11pagi. Balik baca paper..siap nak ke rumah kenduri. 1.30 dah balik semula... lepas zohor ni..nak baring2 sat..tapi kena update blog ni dulu.Kalau tak sampai malam nanti lupa. Lepas tu..come what may!!! Baring pun lepas jengok2 net dulu. Dah 3 lebih baru baring2.. sampai 5.30 ptg. Tak sempat dah nak buat apa. Lepas asar.. siap2 nak ke masjid .maghrib..ada kuliah ..isyak.. lepas isyak ada jemputan kenduru. Dapat call Ameer & ahi majlis nak jumpa kat Gamela.. kebetulan dok nak kena pi kedai beli bilis, kacang tanah & kelapa parut. Singgah sembang dari 10.00 sampai 11.30. Balik dah dekat 12 mlm baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 12, 2011

Mac 12

Sabtu - Hari ni ada 4 kenduri - 1 di KKB depan sekolah, 1 di Taman Teratai, 2 di Gesir. Rasanya boleh pergi semua sekali kot.. dalam 1 perjalanan je... KKB - teratai-Gesir...Seblum tu nak settle banyak kerja perkeranian libatkan JKKK....come what may!!!Sebelum keluar rumah ..buat kerja kemaskini file jkkk dlm sistem. Anak pula keluar bawa kereta... dekat 12 baru balik. Keluar dari rumah hampir 1 tgh..ke rumah pertama depan sekolah. Lepas tu tak singgah rumah kedua di Teratai sbb tak bagi tau ongumah lebih awal ( ye ke!! rasanya dah cakap.. lantak le). Terus ke Gesir. Ada 2 tapi sbb dah 2 lebih yang kat gelanggang keranjang tak singgah terus ke rumah keluarga angkat ongumah. 3.30 bergerak balik..sampai rumah 4 lebih. Sempat zohor..tunggu asar.. baring jap 2 jam. HP berdering..anak buah dari penang mai KKB ada show kat karnival YESZ ..dia peserta Raja Lawak 4 dulu... Lepas maghrib tunggu Isyak..lepas tu ke sana jumpa dia ..dari 9 sampai 10.30 kat situ.. masa show ANUM peserta AF..balik tak tunggu pun. Sampai rumah dah dekat 11.. smabung kerja sikit lagi..masuk tidur dekat 12 mlm juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 11, 2011

Mac 11

Jumaat - pagi ni nak kejar kerja ... nak minta guru ini borang kajian, nak edar surat guru tak hadi mesy JK bestari lalu, nak ambil gamabr majlid akujanji SPM & STPM di asrama pulak tu... come what may!!! Memang pun macam tu berlakunya. Tapi tu la sebelum ke majlis tu kena settle 1 perkara dulu. Smlm pengetua bagi borang soal selidik daru USM untu k20 orang guru. Sambil lalu je..serah dan kumpul balik. Kebetulan ramai kat kantin.. 4-5 orang berterabur juga. Tapi jumpa masa kat majlis. Settle satu bab. Pukul 8 ke dewan asrama untuk majlis tu. Tengok tak ramai lagi ibubapa yang sampai. Gi makan pagi - mihun, rendah daging kambing, 2 3 biji..minum tak minum. Duduk dalam majlis tu sampai 10 lebih. Mcm biasa ambil gambar, sembang2 sikit dengan yang kenal... risik2 sikit pasal kes yang masuk paper. Kena tanya dari banyak sumber baru dapat gambaran sebenar isu. Suratkhabar jangan percaya sgt.. lebih nak sensasi saja. Dah tu pas kamera pada budak briged.. masuk bilik buat kerja lain.. tapi tak lama pun dah nak balik. Kelas diganti sbb terlibat dengan program. Lepas Jumaat terus ke sekolah nak ambil ongumah.. bertembung dengan x-sm3kbian tahun 74.. cerita2 sikit kisah silam.. depa la yang cerita sbb sekolah depa kan. Balik pukul 3 lebih. Menghadap Raja Lawak dari 4 ptg sampai 7 mlm... hujan turun kat luar sana..bawa ke Maghrib..pastu isyak..pastu layan Raja Lawak semi final. Saingan memang hebat antara depa 4 orang tapi sayang Nazmi terkeluar sebab tak cukup undi. Sokongan undi kepada BALAS mmg tinggi.. strategi menjadi. Tapi rasanya macam Johan & Zizan lebih berjaya drp YUS Raja Lawak Pertama, Nazmi boleh maju mcm Nabil juga walaupun tak sampai ke final BALAS ni nanti jadi macam KECIK.. kecik terus tak nampak. MAN ada personaliti tersendiri- pun boleh survive lepas ni. R2 memang selamba, ada harapan jadi pelakon komedi. Lepas layan RL tengok pulak BLACK KNIGHT sampai 12.30 mlm baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 10, 2011

Mac 10

Khamis - Kelas 2 waktu awal... 2 ptg ada mesyuarat.. 3 ptg app dgn ahli majlis...come what may!!! Hari ni nazir masih ada ..last day. Polis pun masih keluar masuk siasat kes minggu lepas. Dah masuk paper..minggu lepas Tamil Nesan...hari ni METRO & Sinar. Esok kabarnya YB Parlimen nak dtg pulak settle isu yang berbangkit. Isu apa? baca paper!!! Mesyuarat patut pukul 2 postpone 2.30. Sori la nak tunggu dah ada app pukul 3 dengan ahli majlis. Settle... singgah bank masukkan cek keluarkan duit. .settle. Ke sekolah semula ambik anak bini. Lepas jam 5 sampai rumah...lepas asar smeentara tunggu maghrib prepare surat mohon bantuan ... dah dapat tips tadi drp ahli majlis. Hantar anak ke tusyen..terus ke masjid..lepas Isyak pekena nasi lemak ..ada orang sumbang. Ambil anak balik dair tusyen..masuk rumah dah 10 lebih. Siakan satu lagi surat mohon bantuan sebelum masuk tidur.. tu pun lepas 11 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 9, 2011

Mac 9

Rabu - Pasar malam la pulak mlm ni..tapi mungkin hujan lagi..tulah KKB la kata orang dulu. Hari ni pun agak lapang dada... kecuali ada kelas ganti. Boleh la kot siapkan kerja2 yg tertunggak. Petang pun tak ada planning. Semalan Eja kata nak dtg KKB .. nak bincang pasal rumah peninggalan atuk dia kat KKB ni - rumah sebelah PASTI Al-Amin tu. Nak datang pukul 10.30 pagi. Nak keluar hari ni Nazir ada kat sekolah. Dah tu masa untuk dia pun suntuk sgt.. akhirnya tangguh dulu. Hari ni nak edarkan notis mesyuarat JKKK... nak tengok kerja2 cat kotak kuning... come what may!!! Habisnya duduk kat sekolah je sepanjang hari.. tak dapat nak keluar. Walaupun tak ada kelas tapi ada relif.. 2 kali..jarak2 pulak tu. Lepas waktu sekolah balik dulu ke rumah..singah dulu 2 temapat urusan JKKK... lepas asar baru ke sekolah semula ambil anak bini. Singgah pasar malam. Beli nasi tomato 1 (utk ganti bekalan free dpt tghari tadi)..2 laksa, 1/4 apam balik pulut hitam, jagung 3 biji. Rezeki tak ada mlm ni... laksa smua habis dimakan anak bini... makan apam je le nampaknya, Lepas Isyak ke usrah sampai 11.00 mlm. Balik terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 8, 2011

Mac 8

Selasa - Awal pagi dah hujan..seawal 5 pagi tadi.. lebat pulak tu. Nasib baik menjelang 7 pagi dah reda. Harap pukul 8-9 pagi ni terang balik sbb ada projek nak cat jalan perlu diselesaikan... projek JKKK la ni. Sepanjang hari ni rasanya tak ada nak rushing sana sini... rasanya boleh tenang2 sikit kot. Keluar drp bilik kejap tengok2 printer kat bilik ongumah..masuk balik dah ada slip kelas ganti... 8.50 pagi. Jam dah 9 pagi... cari kelas pun habis 20 minit... naik bangunan turun bangunan... last2 ada kat blok hujung. Habis >1 jam. Hari ni Nazir pulak datang.. 3 hari katanya.. nak tengok pengurusan bestari. Terawal diminta isi borang pemantauan yang dia patut isikan tapi bagi sekolah isikan tu. Nak balik lepas loceng bunyi.. ongumah kata nak pi balai polis.. pastu nak ke asrama. Tunggu punya tunggu punya tunggu..solat Zohor dulu..tunggu lagi... sampai aktiviti koku anak selesai..tunggu lagi sampai 5 petang. Rupa2nya ke balai bersama guru lain.. disuruh kita pi asrama ada majlis kelab robotik. Mana ana tau? Penyampaian arahan salah !!! Lantak la. Hantar keduanya ke rumah... Pi jumpa Bendahari JKKK.. dpt kan penyata untuk bentang 16 nanti. Sampai rumah dah 5.30 ptg. Asar..settle notis mesy jkkk..maghrib...Isyak di masjid. Balik .. depan NB seblum masuk tidur pukul 10.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, March 7, 2011

Mac 7

Isnin - minggu 2 bulan 3 bermula hari ini. Minggu depan cuti la pulak. Semalam dpt call ada mesyuarat JK UPK petang ni pukul 3, surat tak ada. Ni nak sediakan notis mesy JKK pulak.. minggu depan mesy lagi..minggu ni kena keluarkan notis.. come what may!!! Dari satu kerja ke satu kerja smapai waktu masuk kelas - 4 sekali gus sampai balik. Pukul 2.30 balik..siap2. pergi mesyuarat UPK pulak. Pukul 5 ke sekolah ambik anak bini dari sekolah. Sampai rumah dah 6 ptg. Sempat selesaikan urusan surat menyurat sikit sbelum masuk maghrib. Lepas Isyak kelaur bersama Ameer .. ada rundingan kerja sikit. Projek nak cat jalan di simpang taman untuk dapat CF yang dah lama dituntut. Selesai bincang pukul 10 lebih balik NB digunapakai. Nak buat apa? tengok tv jap .. masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, March 6, 2011

Mac 6

Ahad - sepatutnya free hari ini... tapi ada pulak jemputan kitar semula di Hulu Bernam.. pastu nak ke KL urusan keluarga. Ada yang minta resit ori untuk tuntutan aktiviti bulaan 2 lalu..nak kena cari / buat ... minggu depan dah nak mesyuarat JKKK.. nak kena siapkan notis mesyuarat. Gambar event banyak nak diupload ke blog..dan..dan..dan... come what may!!! Habisnya tak dapat nak buat semua tu. Pukul 9 dah bergerak keluar. First tuju ke Tmn Melewar..hantar acar buah untuk kakak ipar di Medan Indo.. sblum balik dpt 3 ekor talapia. Lepas tu tuju ke Kramat pula, rumah kakak ipar juga... makan tengah hari ikan talapia goreng fresh.. pekena nasi 2 kali tambah.
Dari situ hantar anak balik ke Kg Baru.. ak turun pun dari kereta.. terus balik. Singgah kat TESCO Rawang ..beli sayur. Baru tau kat satu sudut ada clearance sale sayur & buah. Dpt beli mangga 4 biji 47sen je... masih boleh dimakan, cili apa cukup merah 50 sen.. ada kacang panjang 6-7 urat cuma 20 sen. Kalau takat nak beli & makan hari tu juga boleh la beli. kalau ke TESCO cari la sudut tu. Balik sampai rumah 6 ptg. Lepas solat baca paper.. sampai Maghrib. Isyak di masjid..tak ada kuliah tapi S/U sediakan makanan.. pekena roti jala pula. Nasib baik kat rumah tak makan berat..makan ikan talapia goreng je. Balik 9 lebih..sambil sterika baju untuk 1 minggu pakai, tengok Mentor. Lepas cerita Merlin baru masuk tidur.. pukul 11.30 tu!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, March 5, 2011

Mac5

Sabtu - hah pagi ni ada LADAP ekoran drp penuruan star rating SSQS..ambik kome. Yang nak mai bagi talk orang BTP, BTPN,PKG..ambik kome. Lepas 10 thn baru nak turun, baru nak ambil tau pasal sekolah... puncanya bukan apa ..saja je tak isi borang SSQS tu.. bukan tak nak isi..sistem depa yang lembab.. bayar berjuta2 kpd consultant... menyusahkan penyelaras IT di sekolah2 buat kerja. Lepas ni apa jadi.. come what may!!! Takut terlupa update kat sini..lepas Subuh dah masuk keyin tarikh dulu. Lepas tu ke sekolah sebelum 8 pagi. Siapkan peralatan tambahan PA System, setkan kamera video.. orang di tunggu dah sampai. Lepas minun2, makan2, sembang2..sesi bermula 9 pagi. Semua nya berjalan lancar... rehat minum pukul 10.30..sambung balik sampai 12.30. Beres bab pertama. Balik rumah dah dekat 2 ptg. Mata rasa mengantuk sangat... nak tengok NB pun tak ada mood.. lepas Zohor menghadap TV. Layan movie apa tah kat DIVA.. sambung rengok marathon Raja Lawak dari 4 ptg sampai 7 mlm - 2 siri yg telepas semenjak dua menjak ni. Lepas maghrib keluar makan dengan anak bini... balik mengantuk masih menguasai diri. Lepas solat Isyak ingat nak tengok tv lagi..tak tahan sgt masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, March 4, 2011

Mac 4

Jumaat - Penghulu segala hari... riang gumbira tak terkira..apa sebab? sebab masih bernafas dan sihat. Baru lepas siapkan kerja .. keperluan esok. Dah 8.30pg.. nak tunggu masuk kelas 10.30 .. nak siapkan dokumen lagi untuk ALUMNI pulak. Petang ni ada mesyuarat - sekali pulak tu..1(alumni) dirancang lebih awal,1 (asrama) baru dirancang hari rabu. Mana satu nak pergi? come what may!!!Yang kat sekolah urusan biasa. Tambahan cuam siapkan sijil untuk penceramah esok. Lepas Jumaat bergegas ke asrama dulu.. pekena roti jala cicak teh tarik. Mesyuarat jap sampai pukul 3.30 lari pulak ke mesyuarat Alumni kat sekolah. Ada makan lagi -mee kari kuah cair + kuih seri muka) sampai 4.30ptg. Jumpa pulak Kamsani (x-kapten asrama).. bawa dia ke asrama. Ingatkan sesi penyerahan mentor mentee blum selesai..tengok bebudak dah berkeliaran. Sembang2 ..sampai pukul 6.30.. bergerak pulak ke stesen komunter ambil anak dr KL balik.. kena la asar kat stesen sbb dah hampir 7 mlm. Bergegas balik dah ada yang menunggu sbb dah janji nak ke Darul Quran.. ada Forum MaulidurRasul. Mandi2 terus keluar sblum azan.. singgah ambil sorang lagi kat bengkel tepi sungai - ahli JKKK & masjid juga. Duduk kat DQ sampai selesia acara .. minum2., makan2 (mee kari kuah pekat + kuih gulung inti kelapa - masa ni lupa nama kuih tu!!!) dan sembang2 dengan ustaz2 jemputan.. balik dah dekat 11mlm. Terus masuk tidur dekat 11 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, March 3, 2011

Mac 3

Khamis - malam jumaat... malam sunat untuk segalanya.. boleh ka? come what may!!! Masuk kelas waktu 1-2, bebudak exam pencapaian 1. Lepas kelas siapkab banyak kerja - menaip kertas kerja sampai tgh hari..tak sedar dah pukul 1... sebab puasa tak sibuk nal cari makan..sibuk buat kerja je la. Ada mesy pun dah batal.. balik je. Lepas solat berkejar ke Agro Bank buka akaun PASCAP.. MBB tak nak layan sgt nampaknya..dah masuk 3 hari tunggu. Padan muka MBB..hilang satu client. Selesai 3.30 ptg..singgah sekolah ambil ongumha. Sampai rumah dah 5 lebih.. selesaikan kerja surat menyurat. Maghrib ..kereta pula rosak lagi..enjin tak mau hidup. Berbasikan kat masjid .. lepas Isyak ziarah ahli kesempitan hidup bersama PASCAP dan JATIKAP. Balik dah pukul 10 mlm. Buat kerja sikit lagi seblum masuk tidur 11.30 mlm. Malam sunat!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, March 2, 2011

Mac 2

Rabu - Rabu datang lagi...dan akan datang lagi. Hari ni dok teringat nak siapkan kertas kerja asrama, jkkk, masjid. Mana satu nak didulukan. Nak buat tak boleh kejar2...idea tak masuk nak kelentung. Rasanya petang ni tak ada apa plan...cuma mlm ada mesyuarat PASCAP. Jadi... come what may!!! Sepanjang hari duduk dalam bilik sever yang sejuk ni saja. Menjelang tengah hari perut rasa lapar.. pi cari makan kat pantry cum bilik cetak. Dengarnya nak dimasak lauk + sayur = makan nasi. Tak siap lagi waktu tu pekena biskut kering je dulu. Dah masuk 1.30 bari ada jemputan untuk makan. Pekena tambah 2 kali...ayam masak merah, kacang panjang goreng. Lepas 2 petang balik... keinginan untuk baring2 masih tinggi tapi dek kerana nak siapkan kerja menghadap NB.. sampai asar..sampai Maghrib. Isyak di masjid..terus ke mesyuarat dari 9.15 sampai 11.45mlm, Masuk tidur lepas 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, March 1, 2011

Mac 1

Selasa - dah masuk bulan 3.... 7 bulan lagi tahun 2012..19 bulan lagi 2013..pencen la kita, itupun kalau sempat bernafas sampai situ la.!!!. Hadapi hari ni kerana esok blum tentu lagi. Ada janji nak pi bank petang ni..sebelum tu ada mesyuarat jam 11 nanti... selain tu nak siapkan kerja surat menyurat..come what may!!! Naasib baik tak ada kelas ganti hari ni... dari pagi bawa ke hampir tengahari dpt juga siapkan kerja-kerja utama sebelum masuk ke mesyuarat. Jengok kat pantry ada rezeki...karipap & roti canai.Pukul 11 pagi masuk mesyuarat..Tok tek tok tek..dah pukul 1.50. balik 2 lebih..singgah jumpa seseorang untuk dptkan tandatangan. Lepas zohor..pi bank lagi urusan buka akaun PASCAP. Singgah kat sekolah nak ambik ongumah.. ada rezeki lagi makan maggi semangkuk. Sampai je kat rumah menghadap NB..print memerint surat/edaran/minit. Lepas asar tunggu maghrib... lepas maghrib ke masjid untuk Isyak. Balik ke rumah layan NB sekejap seblum masuk tidur jam 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam