Wednesday, March 16, 2011

Mac 16

Rabu - pengerak bunyi mcm biasa 5.30 tapi otak tak fikir lagi mcm pagi-pagi biasa. Terus terlelap semula sampai azan Subuh (1/2 jam tu). Badan masih rasa sengal2... dek kerana buat kerja mekanik kot..tertunduk, putar itu ini..tekan itu ini..teruk jufa kerja mekanik ni rupanya... memerlukan tenaga juga. Lepas Subuh ni ..teringatkan nak mesyuarat JKKK 2 petang nanti. Dalam fikiran lani pasal kereta yg masih tak ok. Kereta merah masih terbatuk2 walaupun semalam dah ganti getah radiator, dah ganti minyak enjin. TRAJET walaupun dah berjalan tapi indicator CHECK masih menyala. Untuk hari ini dha tak boleh ke mana-mana (pagi ni nak check kipas je) untuk ke KL esok ada app dgn JD..pagi jumaat boleh kot ke KL untuk check Trajet....come what may!!! Pagi keluar ke pasar... kereta merah meragam lagi..tak boleh nak start. TRAJET nasib baik ok. Balik dari pasar menghadap kerja lagi.. sempat basih sidai baju...sampai tengahari. Lepas Zohor ke mesyurat di Balai Raya Tmn Desa Bukit Bujang...tu pun tumpang Ketua Kampung. Tak nak susahkan orang dalam rumah..susahkan orang luar tak pa. Mula mesy pun dah 2.30 lebih tunggu ahli tak ramai..4 je yg dtg. Kena hantar SMS ingatkan..dtg 2 lagi.. 4 yg lain proksi..tak ada dalam kawasan. Mesyuarat tetap djalankan. Diringkaskan agenda aduan ..dpt tamatkan 4.30 ptg.. paling awal dlm sejarah. On the way balik..kereta Ketua Kampung pun jem mcm kereta merah...tetiba mati enjin..tak boleh start. Tapi sbb dia dah biasa... tekan2 minyak..hidup balik. Sampai juga ke rumah, Lepas asar,.tgh wirid..baru mekanik nak sampai.. boleh pula start keta merah tu. Apa pun dia nak bawa ke bengkel esok pagi. Tak lama lepas tu hujan turun lagi,,,sampai Maghrib. Dalam renyai2 hujan, berbasikal ke masjid... takkan susahkan orang dalam rumah. Balik dah tak hujan. Sampai rumah start buat minit mesyuarat ptg tadi..siap sekali notis mesy bulan april. Masuk tidur menjelang 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment