Friday, March 11, 2011

Mac 11

Jumaat - pagi ni nak kejar kerja ... nak minta guru ini borang kajian, nak edar surat guru tak hadi mesy JK bestari lalu, nak ambil gamabr majlid akujanji SPM & STPM di asrama pulak tu... come what may!!! Memang pun macam tu berlakunya. Tapi tu la sebelum ke majlis tu kena settle 1 perkara dulu. Smlm pengetua bagi borang soal selidik daru USM untu k20 orang guru. Sambil lalu je..serah dan kumpul balik. Kebetulan ramai kat kantin.. 4-5 orang berterabur juga. Tapi jumpa masa kat majlis. Settle satu bab. Pukul 8 ke dewan asrama untuk majlis tu. Tengok tak ramai lagi ibubapa yang sampai. Gi makan pagi - mihun, rendah daging kambing, 2 3 biji..minum tak minum. Duduk dalam majlis tu sampai 10 lebih. Mcm biasa ambil gambar, sembang2 sikit dengan yang kenal... risik2 sikit pasal kes yang masuk paper. Kena tanya dari banyak sumber baru dapat gambaran sebenar isu. Suratkhabar jangan percaya sgt.. lebih nak sensasi saja. Dah tu pas kamera pada budak briged.. masuk bilik buat kerja lain.. tapi tak lama pun dah nak balik. Kelas diganti sbb terlibat dengan program. Lepas Jumaat terus ke sekolah nak ambil ongumah.. bertembung dengan x-sm3kbian tahun 74.. cerita2 sikit kisah silam.. depa la yang cerita sbb sekolah depa kan. Balik pukul 3 lebih. Menghadap Raja Lawak dari 4 ptg sampai 7 mlm... hujan turun kat luar sana..bawa ke Maghrib..pastu isyak..pastu layan Raja Lawak semi final. Saingan memang hebat antara depa 4 orang tapi sayang Nazmi terkeluar sebab tak cukup undi. Sokongan undi kepada BALAS mmg tinggi.. strategi menjadi. Tapi rasanya macam Johan & Zizan lebih berjaya drp YUS Raja Lawak Pertama, Nazmi boleh maju mcm Nabil juga walaupun tak sampai ke final BALAS ni nanti jadi macam KECIK.. kecik terus tak nampak. MAN ada personaliti tersendiri- pun boleh survive lepas ni. R2 memang selamba, ada harapan jadi pelakon komedi. Lepas layan RL tengok pulak BLACK KNIGHT sampai 12.30 mlm baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment