Sunday, February 28, 2010

Feb 28

Ahad - hari terakhir bulan 2.....10 bulan lagi untuk terlepas dari bebanan hutan piutang. Esok dah masuk bulan Mac....apa yang bakal mendatang pada bulan ni tak sapa tau. Sekejap je kat sini dah siap nak pergi mesyuarat pertama - Mesyuarat Agung Khairat Kematian Orang-orang Islam Kariah KKB - jawatan Juru Odit. Mesyuarat bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Sembang2 sikit dan singgah kedai, balik rumah dah pukul 12.30....baca paper, tengok melodi nak lelapkan mata dah pukul 2.00 ptg. Lepas solat pergi mesyuarat kedua - Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ampang Pecah. Seperti biasa tak ramai yang hadir...dari 25 ahli..13 je yang hadir. Bincang punya bincang ...lepas luahkan perasaan sebab dekat 3 tahun tak dihubungi.... last-last dicadangkan ana jagi SU JKKK Ampang Pecah. No problem...memang banyak perancangan nak dibuat bagi menaikkan nama taman ni...apatah lagi peranan JKKK yang suram dan muram 1-2 tahun yang lepas. So bertambah satu lagi beban nak difikirkan...tapi tak pa untuk jemaah. Malam ni tak boleh nak buat apa sangat...sebab Raja Lawak dah nak masuk pusingan akhir...so kena tengokkkkk !!!
10.30 mlm - keputusan yang mengecewakan...MAMU tersingkir..tak tau kenapa...undian 20% nampak tak bergerak sejak hari Jumaat walaupun ana dah hantar undian...tapi masih tak cukup atau ada sabotaj gamaknya. Ntah le! Kalau tanya ana, kebolehan MAMU dah diiktiraf oleh Adlin Shauki dan Bob Lokman.....rasanya masa depan depa berdua lebih cerah berbanding raja lawak yang bakal ditabal minggu depan. Rasanya Idlan tak boleh sejaya Nabil. Alex dan Kecik pun tak boleh berlawak sendirian....kecuali ada slot khas macam Sepah. Ini andaian ana...kita tengok la dalam tahun ni.

Saturday, February 27, 2010

Feb 27

Sabtu- Hari ini ada plan dengan ahli Briged Bestari - latihan bina blog. Tak tahu le depa ingat ke tak nak datang. Lepas tu ada kenduri qiqah...rumah bersebelahan sekolah je..Liza bt Mohamaed....sm3kian juga...kononnya dah 7 tahun kahwin baru dapat anak...syukurlah kan. Adik dia yang kahwin kemudiannya pun baru dapat anak ..baru 5 bulan umur dia. Ongumah pi belajar mengaji kat mesjid...ingat 1-2 jam je tapi katanya stop 1 tgh...sambung balik 2 ptg. jadi masa keluar asing-asing. Keluar dari rumah jam 8.30 pg...sampai ada sorang je budak tunggu. Sampai jam 10.30 2 orang je pelajar yang hadir..budak ting 1 (India) yg memang bersemangat nak belajar. Jadi mulai 11.00 pagi sampai 12.30 ajar sikit je depa dah dapat siapkan blog sendiri. Lepas tu ke rumah kenduri. Balik kul 1.00 ongumah tak balik lagi. Buat update blog...lasni solat..pastu tidor.

Friday, February 26, 2010

Feb 26

Jumaat - Cuti lagi...hari ni Cuti MaulidurRasul. Apa plan hari ni? Pagi ni tak buat apa sangat sementara tunggu nak pi solat Jumaat. Hari pun macam nak hujan....hajat awal nak pi kebun. Nanti petang sikit baru nak keluar ...pi ziarah sanak saudara...sorang tu baru lepas operation, lps tu mak sedara..lps tu ke Kg Baru. Sampai pukul berapa tak tau le lagi....Alhamdullillah semua berjalan lancar. Bertolak jam 3.00 ptg...terus ke Kepong....terus ke Kg Baru (tukar plan sbb anak tunggu nak minta hantar ke stesen komuter - dia presentation kat Serdang mlm ni)....terus pulak ke Kramat..ramai pun kat rumah tu,,anak cucu berkumpul...ye le kan cuti. Dari situ trus pula ke rumah ipar (kat kramat tu juga) utk solat Maghrib ..sembang2 lalut sampai Isyak. Bergerak balik lepas jam 9 dan sampai dah 11 mlm. Mandi manda terus tidur !!!

Thursday, February 25, 2010

Feb 25


Khamis - Hari Sukan hari ni..so dari awal pagi sudah berada di padang. Sebaik keluar dari bilik kerja, perasmi pun sampai...bukan sapa pun YDP PIBG....DSP KKB...jadi siap dengan iringan siren polis trafik...buat gah sikit. So dari awal sampai habis acara sukan dapat buat live broadcast..sebab tu tak boleh buat kerja lain. Meriah sikit sukan tahun ni sebab ada letupan asap warna selepas ucapan perasmian dan persembahan HAKA. yang lain macam biasa...walaupun tak banyak event dibawa ke hari akhir ni,tapi sampai pukul 11.00 pun tak habis lagi. Dengan panas terik, bebudak berlari 400m...nasib baik esok cuti.... kalau tidak pasti ramai MC. Apa pun lepas acara..lepas makan...balik macam biasa juga...2,30 ptg. Tu pun sebab ongumah nak stay back...layan bebudak ambil keputusan STPM dan nak tanda buku rekod mengajar. Dapat juga lelapkan mata 2 jam sebelum jam 4. Lepas tu tak buat apa dah....langgut tengok TV...sampai malam la tu...kan ada CHUCK mlm ni !!!

Wednesday, February 24, 2010

Feb 24

Selasa - Semalam tak sempat ..terlupa terus nak update sebab.... dari pagi ke sekolah ...dalam pukul 9 pagi keadaan badan rasa lain macam. Sebelum tu sempat register beberapa web page survey online. Menjelang jam 1030 pagi badan berpeluh seluruh badan, mengigil kelaparan. Mungkin sebab pagi tu makan 2 keping roti dan telan 2 biji ubat diabetik. Mungkin hypo kot. Lepas pekena 1/2 mangkok meehon sup (ongumha makan tak habis)..rasa lega sikit. Tapi menjelang 1tgh lapar balik..pekena nasi 1/2 pinggan. Ingat boleh le balik awal sikit nak rehat...ada pulak taklimat untuk staf.Ana tak pi pun....tunggu ongumah dah dekat kul 3.30 ptg. Dah sampai kat rumah tok tek tok tek lepas solat zohor nak tunggu asar, anak sorang lagi kat sekolah ...acara pra sukan. Gi ambik dia balik. Hujan pulak turun lebat kat kawasan pekan tapi tak kat kawasan taman ni.Lepas asar baru dapat lepak jap sementara tunggu Maghrib...dah tu melopong depan TV sampai 11 mlm baru masuk tidur.

Rabu - Pagi ni dah berada di BTP Bukit Kiara..mesyuarat tak dijangka. Surat pun tak sampai...pakai print dari email je. Pagi tadi ...4-5 pagi hujan turun lebat. Nasib baik menjelang 7 pagi hujan dah reda. Bukan apa ikut prancagan ada raptai sukan pagi ni...tapi ana tak ambil pot dah. Waktu tu ni ada kat dalam dewan sejuk ni. Lepas mesyuarat sampai 12.45 tgh ..rupa2nya tak langsung makan minum. Nak potong badjet la konon. Tapi pak pak menteri, pengarah2 pi mesyuarat duduk hotel, keluar negara ada pula budget. Ya kuli badak kaum marhein je yang jadi mangsa. Ana pun sebenarnya tak kisah pun tak ada makan ke minum ke...at least bagi tau awal-awal, kami mampu bayar sendiri setakat makan nasi lemak kopi O atau tak pun pelawa bawa sorang sikit kuih ke apa ke. Nape benda macam ni tak boleh pulak nak fikir luar kotak??? Kalau tidak pun jangan panggil mai mesyuarat jauh-jauh...pakai teknologi yang ada masa kini. Apa pun ana dah bagi a piece of my mind kepada yang hadir mesyuarat - Timb Pengarah ada, bahagian-bahagian kementerian ada, wakil syarikat ada...gpb pun ada tapi tak semua yang hadir. Dalam pada tu ana sempat buat broadcast ... saja nak tunjuk tanpa belanja besar, tanpa alat canggih pun kita boleh buat perkongsian pintar. Tapi sejauhmana akan diterima pakai...ntah le!!! Selesai mesyuarat sempat ana singgah kedai Celcom kat Selayang....cancel sub broadband yg abang ipar pakai selama ni. Selesai sekejap je...tapi nak cari parking lebih lama masa diambil. Apa pun kerja yang tertangguh 2-3 bulan dah settle. Sampai rumah 3.00 ptg. Sampai lani tak ke mana-mana lagi...nak siapkan laporan mesyuarat dan rutin harian untuk minggu ni.

Monday, February 22, 2010

Feb 22

Isnin - Awal pagi on the way to school, Pengetua dah call bagi tau pagi ni ada majlis nak kena buat live. Ana tak kisah...elok juga bagi tau awal-awal supaya ana sedia maklum apa nak buat. Bukannya apa pun,,,,perhimpunan pagi ni kira perhimpunan unit uniform kali pertama. Seiring dengan itu ialah Hari Peringatan Anti Dadah Kebangsaan.... yang sepatutnya pada 19 Februari. So...semua berjalan lancar...gambar dapat, live telecast pun buat....blog pun dah update. Ni dah tengah hari....pagi tadi makan roti 2 keping je...sampai lani baru pekena 2 biji limau. Badan masih rasa tak berapa sihat tapi tak le teruk sangat. Awal pagi tadi lepas mandi pagi badan rasa seram sejuk. Lani rasa macam nak menggigil pula. Tengah fikir ni nak pi makan ke tak. Kat rumah lauk semalam ongumah masak tak sapa makan lagi. Rasanya balik nanti baru nak makan nasi. Kalau makan berat lani tentu kenyang pula. Ahh...minum kopi je le.

Sunday, February 21, 2010

Feb 21

Ahad - Semalam baru terima kad jemputan kahwin di kawasan taman ni.... majlisnya hari ini. Ingatkan dah tak ada yang nak kahwin. Semalam juga tetiba anak yang kat Sedang tu balik. Hari Khamis balik ke kampus...dengar kata tak ada orang jualan..jadi tak makan dia ...nak keluar tempat makan jauh..tetiba hari Sabtu balik. Dah tu hearsay lagi...ada hantu kat situ. Ntah le! Pagi ni dia pi belajar buat pastry pulak. Ana tak cadang nak buat apa lagi hari ni. Perit tekak masih terasa...makan makanan keras pun tak boleh telan cepat2. Tunggu makan kenduri je le jap lagi,

Saturday, February 20, 2010

Feb 20

Sabtu - hari ni ana nak cuba settle masalah video cam yang tak rosak tapi tak boleh nak digunakan. Vidoe Cam ni dibeli anak ana di Jepun. Tulisan semuanya Jepun belaka. Selama ni ok je. Cuma beberapa bulan lepas guna..touch screen dia problem. Guna remote lepas tu. Lani ni takat nak rekod tak ada masalah. Yang jadi masalah nak pindahkan ke NB. Pilihan arahan perlu dibuat di kamera....guna remote. Hari tu ingatkan sebab bateri...dah tukar bateri baru..masih tak detect. Ada lagi 4-5 CD dari kamera tu yang belum dipindahkan. Kamera jenis SONY HandyCam DVD505 menggunakan remote RMT835. Kalau sebelum ni dengan remote je godek-godek sebab tak faham tulisan Jepun...dapat juga pindahkan rakaman yang dibuat. Ingatkan setting yang silap kot..jadi tunggu lah anak tu balik minta tengok. Lepas tu tengok terus gondem...tak boleh buat apa dah. Remote pun dah tak hidup. Jadi hari ni....nak cuba try juga bagi boleh guna....

Friday, February 19, 2010

Feb 19

Jumaat - Penghulu Segala Hari....malam jumaat sepatutnya ada aktiviti tapi....apa nak buat taik kambing bulat-bulat! Badan tak sihat, nak aktiviti pun tak larat. Pagi ni tengah minum lepas solat Subuh baru dapat tau anak nak balik Skudai ..komuter pukul 8. Waktu tu dah 7.45...baru nak sound. Bergegas je terus hantar. Balik singgah pasar batu nak ambil gambar peladanganita jualan...tengok tak ada orang pun. Balik rumah je ...lepak tengok TV..Nasi Lemak Kopi O - Aziz Desa pengacara. Dalam pukul 10.30 baru nak login kat sini, dapat panggilan dari pengerusi peladangnita...depa tengah tunggu kat pasar batu. Berkejar ke sama ...ambil gambar je bukan apa pun. Ni dah duduk depan NB online sementara tunggu bersiap ke mesjid. Kepala masih berpinar2..sebab ubat yang dimakan, gusi pun terasa sakit semacam....So come what may !!!

Thursday, February 18, 2010

Feb 18

Khamis - baru balik dari Hospital. Bukan apanya dah lewat 3 bulan tak tunai temu janji. Sementelah hari ni free...masih cuti gitu...jadi elok la pergi. Lagipun boleh ambil ubat untuk sakit tekak/guri, batuk dan selsema. Dapat la ubat banyak nak kena telan. Check gula dalam darah - 11 lebih...walaupun semalaman tak makan nasi..cuma nasi lemak je pagi tu. Tengah hari sup sayur, mlm makan 2 potong kek buah...limau 2 biji. Sepatutnya awal pagi puasa sebelum check darah..tapi awal pagi tadi minum air RO je. Memang sblum ni pun dah pernah buat experimen...minum air pun glukos dalam darah naik.....hari puasa pun glukos dalam darah naik. Mengikut kata pakar, kalau perut kosong dan tak ada bahan nak didigest oleh asid yang keluar ikut masa dalam usus, organ, otot atau sebagainya akan menjadi sasaran untuk dihadamkan. Sebab tu kadar glukosa dalam darah tetap akan tinggi kalau insulan dalam badan dah lemah...itulah gunanya ubat. Semalam ana ada baca pengakuan Omar Din....guru silat. Dia cukup jada makanan dan kesihatan...guru silat la katakan. Tetapi kena serangan jantung juga. Raupa-rupanya kegemarannya sejak muda....10 gelas teh tarik sehari sampai le ke saat dia masuk IJN. Tu dia...ana kira masih ok sebab tak amalkan minuman tu... kalau minum pun teh 0 kosong lagi...kopi pun kopi 0 kosong...semuanua kosong. Tetapi balik kata pakar tadi, bahagian yang terakhir akan dihadamkan kalau perut kosong ialah bahagian perut. Sebab tu perut gendut, buncit, boroi...susah nak kempiskan. Jalan keluar... exercise untuk bakar lemak. Dah le ye...lepas telan ubat tadi ada ubat yang jadikan ana mengantuk...jadi kena letak kepala sat.

Wednesday, February 17, 2010

Feb 17

Rabu - Masih cuti..ada sekolah tak ambil cuti....ada sekolah ambil cuti. Jadi cuti lah. Hari ni bawa anak pi hospital gigi kat Rawang....2 jam kat sana..terus ke pasar raya NSK...habis >RM300. Beli barang rumah dan keperluan anak sekali untuk bawa balik kampus. Sampai rumah dah jam 1.45 ptg....on the way tadi dapat sms ...ada yang minta ambil gambar tgh mesyuarat..PeladangNita lagi. Jadi lepas zohor dekat jam 4 ke sekolah jap ambil GL esok nak ke hospital KKB (dah tertangguh 3 bulan drp appointment asal). Terus ke rumah yang dikatakan ada mesyuarat...rupa-rupa false alarm. Yang menyampaikan SMS tu tersilap tekan ke apa. Mesej yang dihantar pun sama je dengan yang dihantar bulan lepas. Tapi dapat juga buat temujanji untuk ambil gambar peladangnita beraksi di pasar batu jumaat nanti. Jadi balik je le....sempat tengok SIONG pulak dah sampai le petang ni dan bawa ke malam. Gusi masih bengkak, tekak masih merah....hingus masih leleh, kahak masih pekat...flu la tu. Nasib baik tak demam. Boleh bertahan sampai esok...ambil ubat sekali.

Tuesday, February 16, 2010

Feb 16

Selasa - masih cuti..hari kedua cuti umum....semua yang berkenaan bercuti ...yang berniaga kerja le kot..kalau tak berniaga tak masyuk. Hari ni pun bersantai-santai je kat rumah...itu hajat hatinya tapi belum tau lagi sebab ada yang dah mula buat perancangan lain. Tengok je nanti.

Monday, February 15, 2010

Feb 15

Isnin - cuti ....rasa hati macam nak tidur balik lepas subuh...semalam sampai ke rumah pukul 1.30 pagi. Pengalaman pertama berada di Astro tapi kesilapan besar sbb kamera tak ada bateri. Lepas show tunggu nak jumpa anak buah....sempat la pandang Din beramboi (in person) tapi tak tegur pun dia, sempat bergambar dengan Johan tapi kamera orang lain...bergambar dengan peserta raja lawak yang tinggil - alex, kecik, idlan dan MAMU. Sempat jumpa Abu bagi tips sikit macam mana nak mantapkan persembahan MAMU. So pagi ni keletihan la pulak..tapi kena update dulu sebab petang & malam line dibolot oleh anak-anak.

Sunday, February 14, 2010

Feb 14

Ahad - Cuti TBC hari ini dan lagi esok pun cuti. Hari ni kena masuk awal kat sini...malam ni pasti tak dapat dapat balik dari astro mau sampai 12 mlm. Jadi pagi ni sempat pi pasar, pi kebun dan lepas ni nak pi kenduri lagi. Bukan kenduri kawin tapi kenduri pelbagai....masuk rumah, ipar dapat kerja, bla bla....Dari sana nanti rehat kejap....lepas asar nak bertolak ke rumah anak buah di Jelatek sebelum bergerak konvoi ke Bukit Jalil....sokong MAMU Raja Lawak !!! Bertolak dari rumah jam 5.45 ptg....terus ke Kondo Seri Maya Jln Jelatek...rumah anak kakak nombor dua. Kakak nombor 1 dan nombor 4 pun ada sama. Dia mai lagi ...minggu lepas pun dah mai..seronok la tu gamaknya. Elok sampai...makan-makan sikit dah masuk waktu maghrib..sempat le solat dulu sebelum keluar. Sampai kat Astro dah 8>...tapi belum masuk studio lagi. Bila dah waktu nak masuk studio, ada la taklimat yang depa bagi. Biasale handphone mesti off...kamera tak boleh bawa (gunapakai le tu ) sbb katanya semua pemandangan dalam bangunan ASTRO hak milik persendirian......tak boleh pakai slipar. Bab ni ana tak faham sangat sbb masa juri masuk...Din Beramboi pakai slipar je. Lepas tu kattanya lagi budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk. Tapi bila dah masuk ada sekumpulan penonton diasingkan kedudukan mereka siap ada budak-budak lagi...pastinya staff Astro kot. Inikah dinamakan double standard??? Apa pun show berjalan lancar dan tamat 10.30 mlm. Bila keputusan diumumkan Idlan dan Mamu naik sebagai calon bottom 3 - rupa-rupa bab ni pun depa nak buat gimik sedangkan MAMU berada di tangga 1 dan Idlan di tangga 2. Patutka macam tu. Ini semua strategi nak masukkan lebih banyak duit kocek depa...inikah dinamakan kapitalisme???? Bior je le !!! Ni ada beberapa shot dari kamera handphone....bersama Johan....anak buah ana...kump MAMU... anak ana bersama Idlankumpulan KECIK dan...anak ana sorang lagi bersama Alex. Semuanya gumbira sekali kerana dapat bersama bakal star di masa depan.

Saturday, February 13, 2010

Feb 13



Sabtu - hari ni ada mood nak ke kebun...sbb tak ada apa lain dalam fikiran. Dari 8.00 pagi sampai 10.30 pagi. Lepas tu siap-siap ke majlis kenduri kahwin - 2 sekali pulak tu.--2 2 bekas pelajar. Mula-mula pergi yang dekat taman ni....pengantin lelaki pun belum sampai dapat le bergambar dengan pengantin perempuan (bekas pelajar tu)... Lepas tu dalam 1.245 ke Dewan Serbaguna...satu lagi majlis. Kedua pengantin bekas pelajar...esok buat kat rumah lelaki pula. Rasanya tak dapat nak pergi dah..ada urusan lain...nak ke Astro ..sokong peserta Raja Lawak..MAMU. Yang pelik kat majlis ni..lepas makan nasi briani (biasala tu)..ada makanan ringan...kek. kuih muih, roti john, bubur,cendol dan yang tak pernah orang ..durian. Makan le berapa yang nak..tapi perut dah kenyang tentu tak lalu nak makan banyak. Ana ambil dua biji je..satu buka makan kat meja, satu lagi angkut bawa balik, roti john sebiji. Dah tu ada pula cabutan bertuah...ana tak la nak tunggu sampai habis cabutan baru nak cabut. Lepas ambil gambar pengantin atas pelamin, ana pun cabut. Balik anak-anak sibuk buat poster untuk esok ..sokongan untuk MAMU. Ana lepas solat rasa nak demam la pula...makan nasi 2 kali(tapi tak la banyak pun), durian 4-5 ulas, sebelum tidur minum GOJI...makin panas badan. Lepas bangun terus rasa nak dapat flu...bersin, sakit tekak, panas badan. Ni masuk nak update blog ni je...lepas ni nak masuk tidur..tak tau le dapat ka tidak layan ongumah yang dah mengadu 2 bulan tak merasa penangan. Ntah le...badan tak berapa nak sihat takkan nak dipaksa...atau mungkin sebab 2 bulan tu badan rasa tak sihat. Ntah le!!!

Friday, February 12, 2010

Feb 12

Jumaat - Seperti biasa ke sekolah....harini last day..minggu depan cuti 1 minggu. Tak ada yang exciting di sekolah.....cuma hari ni try beli ayam organik- HPA- dah lama juga tak makan ayam. Harganya RM15.00 sekor - yakin & halal. Tak sangka pula HPA pun jual berger - ikan, ayam, nugget, sosej....baru la boleh nak makan semua tu. Selama ni bukan tak makan,..tapi lepas baca email pasal makanan ayam kat ladang yang diusahakan bangsa lain tu dibagi enzim babi. Tadi pun dapatciter, taukeh ayam pun tak maklan ayam yang mereka pelihara/ jual. Depa makan ayam kampung atau dibela berasingan. Akhirnya mangsanya orang kita juga la nampaknya.Malam ni pun tak ada buat apa sangat. Anak-anak semua dah ada kat rumah. Satu lagi yang boleh diciter - belanja pasti bertambah minggu. Kipas berputar kat 4 bilik..dari siang sampai malam sampai pagi esok. PC -2 on je...NB dengan hak ana sendiri - 3 on je, TV 2 on je, petia ais 2 je on memanjang.....dsb. Klaau tak cuti antara 7.30 pagi - 2.30 ptg ada juga restnya..1 minggu 5 hari - sebulan 20 hari..tapi itupun bil letrik cecah >RM100 sebulan. Caj letrik dah naik kot...ana tak perasa pulak. Mampu bayar tak mampu potong je. Letrik tak ada tak pa, jangan air tak ada. So..what the heck...just face the fact. Selamat Malam.

Thursday, February 11, 2010

Feb 11

Khamis - Hari pun tenang walaupun banyak bergerak. JKR datang sekali lagi check gangguan letrik kat makmal. Selesai dah pun..tinggal bab nak ganti switch dan servis air cond. Dapat juga buat 2-3 kerja yang tertangguh sementara masuk kelas jam 1.10 nanti.

Wednesday, February 10, 2010

Feb 10

Rabu - hari ni memang meletihkan. Kelas ada 3 waktu....dalam pada tu naik turun tangga...memang exercise betul. Berpeluh sepanjang hari....lebih-lebih lagi kat kepala. Ada yang berkata itu tanda tekanan darah naik. Kemungkinan tu memang ada sebab malam semalam makan daging kambing..masak kari darat - kata mereka. Tapi tak pulak sampai pening kepala. Jadi lepas loceng balik berbunyi terus balik ke rumah. Satu lagi perkara yang mengganggu emosi ialah menahan buang air besar. Kekadang sebab tu pun berpeluh juga badan. Kat rumah sempat panaskan laksa pasar malam yang tak dimakan ....baru khado hajat. Lege seketike. Panasnya tetap ada. Pukul 4 dah mai sekolah balik sebab ada guru yang kehilangan kunci makmal, satu set lagi tinggal dalam makmal. Habis 1 jam kat situ cari jalan nak buka pintu makmal tu. Elok latihan unit uniform selesai...pintu dapat dibuka...kena tukar satu set knob sebab habis loose terus. Nasib baik ada spare...ana bagi je dia. Sampai rumah dah 6 ptg...tak buat apa sangat pun..NB pun tak buka hari ni..tengok tv..Halimah Jonggang..TIDUR 10.30 mlm

Tuesday, February 9, 2010

Feb 9

Selasa - Hari ini pasar malam...semalam gaji bulan 2 dah masuk...alamat la kalau tak pandai berjimat...bulan depan melopong le. Hari ni kerja macam biasa. Tiada tekanan...tiada gesaan. Dalam pada tu pun ada juga kerja yang tergendala sebab kerja ni melibatkan orang lain. Tak yah nak citer la kot...bukan membebankan pun. Ni tengah tunggu anak selesai aktiviti...penyerahan watikah perlantikan ketua & pen ketua kelas. Ni pun satu hal juga....buat aktiviti kat dalam sekolah tapi tak nak bagi tau ana...bukan sebab ana bos tapi dah bagi tau awal tahun dulu...segala aktiviti kat dalam sekolah ni biarlah dapat disiarkan / diuarkan dalam blog sekolah. Baru ada bahan nak diupdate hari-hari. Semalam dan hari ni tengok je kadet polis pergi latihan menembak...kan berita tu? bukan semua sekolah ada peluang buat macam tu. Hari Sabtu dulu dengar khabar ada rombongan ke UPSI...BITARAAN koir...takat pinjam kamera nak ambil gambar nak jadi apa...beritanya tak ada...ceritanya tak ada..nak dokumentasi macam mana? Lantak kome le hai!!! Ana dah tak kuasa nak cakap, tegur apa tah lagi komplen. Lagi senang kerja ana...relaks je. Ni lepas ni nak balik ..terus boleh lepak tengok tv...Petang kelaur jap ke pasar malam. Lepas Maghrib ada pula staf jemput ke majlis solat hajat kat taman dia...esok dia nak buat pemeriksaan penyakit SLE ..selagi buat qiqah anak baru dia. jJadi ke sana la...makan kambing ...pukul 10.30 baru balik...dek makan kambing..rasa pinau-pinau pun kepala ni...sebab dah mengantu ke atau sebab kambing....ntah le..ubatnya TIDUR je.

Monday, February 8, 2010

Feb 8

Isnin - Pelik sikit hariini...apa peliknya? nanti dulu. Mula-mula cite rutin harian...tak ada kelainan. Sampai sekolah mamcam biasa...ada perhimpuan...dapat relif..8.00-9.30. Tak kisah pun...dapat juga bagio tips pada bebudak nak jawab kertas BI SPM...seklai gus test peralatan it yang ada kat dalam bilik kelas tu..semua ok....akses intenet pun ok. Hairan juga kenapa guru-guru tak guna pakai? Biar le deme yang jawab sendiri. Lepas tu nak tanya khabar online..tapi sorang pun tak masuk..tu yang pelik sikit. Lepas tu habiskan masa buat kerja-kerja kemas fail briged....dah waktu balik. Kat rumah pun biasa je...sibuk sikit pasal nak booking masuk ke gelanggan raja lawak ahad nanti. Selain daripada tu tengok HISTORY channel...cerita Sugihara - rupa2nya Jepun dah lama ada hubungan dengan orang yahudi. Malam....lepas So You Say You Can Dance....TIDUR!!!

Sunday, February 7, 2010

Feb 7

Ahad - tetap sunyi macam biasa. Belum ada apa-apa yang menarik awal pagi ni. Kalau duduk berjiran dengan orang India yang kelas sederhana, pasti pagi-pagi macam ni dah dengar hiruk pikuk - kalau tak bergaduh, bersembang. Tapi itu dulu. Tahun 60an - 70an. Terkenang masa kehidupan di Penang. Dalam kawasan kampung Melayu tu, ada satu bekas madrasah dijadikan rumah sewa. Lebih ramai orang India sebab murah kot. Kalau hari Sabtu ke, ahad ke...pagi-pagi dah bunyi bising. Tambahan lagi arwah walid ana penghulu kampung.....jadi tempat mengadula. Tapi sekarang banyak dah berubah. Kat tempat tinggal ana sekarang ni..KKB...jiran India ada, Cina pun ada. Tapi rasanya mereka semua dah educated....cuma buat hal masing-masing. Bab gaduh-gaduh dalam keluarga tak kedengaran lagi. Jiran orang Cina tu lagi la....masa raya dulu cuba nak berbaik (tak bergaduh pun)..ana hulurkan kuih muih tapi ditolaknya. Lepas tu tak sudi ana nak bagi lagi. Jiran India pula menerima dengan baik....makan ke idak tak pula ana tau. Tapi masa Deepavali, tak pula depa hulur kat ana. Tak tahu budaya agaknya. Sejak dari itu kau kau aku aku...selisih dijalan, lemparkan senyuman je. Sekurang-kurangnya tidak bermusuhan.

Saturday, February 6, 2010

Feb 6

Sabtu - sekolah ganti....untuk sambung cuti TBC. Masa berlalu begitu sahaja...tak ada apa yang menarik. Masuk kelas pun bebudak tak penuh ...separuh tak ada.Ada kumpulan koir ke UPSI. Sesi persekolah habis 12.30....buat kerja-kerja biasa je dah sampai waktu balik. Petang tengok channel HISTORY ..dari 3 - 7 mlm. Dari kisah Mao sampai kisah China's First Emperor. memang menarik untuk dijadikan bahan pengajaran di sekolah. Tapi tu la..tengah cari jalan macam mana nak rakam dari TV masuk ke NB.Boleh ka?

Friday, February 5, 2010

Feb 5

Jumaat - Sepanjang hari berada di padang. Hari ini Temasya Merentas Desa. Bab ambil gambar dah diserahkan kepada pelajar Briged. Ana sendiri kendalikan (testing je sebenarnya) siaran langsung. Ntah mengapa broadband kat sekolah laju pulak hari ni...gambar pun cantik je. Walaupun peralatan yang digunakan nampak pelik...macam ni kira nasib baik ada lenovo baru ni..ringan sikit nak usung ke sana sini....kamera pun yang simple je....bukan apa saja je nak buktikan boleh dibuat siaran langsung dengan peralatan tidak canggih pun. Habis acara jam 12.00 .... makan-makan...balik. Petang ni tengah selesaikan update blog dan gambar kat http://gpbbea5061.fotopages.com

Thursday, February 4, 2010

Feb 4

Khamis - pemulaan hari yang memenatkan. Pagi ni sampai awal..sebelum jam 7. Siap untuk taklimat kali terakhir. Selesai ...cari pembeli pil susu kambing yang diorder..pastu check NB untuk serahan..ada masalah pula. Minta guru ICT ghost semula OS. Tengah tunggu ..ada relif pula kelas 5G...tingkat atas ..tu yang memenatkan.

Wednesday, February 3, 2010

Feb 3

Rabu - Hari ini hari ulangtahun kelahiran anak kelima - umur dia masuk 14 tahun. Rasanya tak nak lagi buat majlis sebab dia dengan kawan-kawan dah pandai atur sendiri. Tapi setakat bagi makan kek kat kedai boleh la kot. Pagi tadi dah hulur 10 hinggit buat belanja kekawan makan minum. Hari ni pun agak relaxs sikit, Semua kerja dah hampir settle kecuali yang mendatang ikut hari. Citer pun tak banyak sangat....pagi bagi taklimat, ambil gambar sukan tara, masuk kelas, setting printer untuk kegunaan sendiri, offer bantu S/U sukan buat laporan kira mata rumah, masuk waktu zohor - nak balik ada pulak PPD nak guna makmal. Buka je ..tutup nanti ada cikgu uruskan. Ni dah nak balik...ongumah mesyuarat lagi. Tunggu le kejap...balik rumah nanti dah boleh baring-baring tunggu asar. Lain daripada tu tak buat apa la kot....

Tuesday, February 2, 2010

Feb 2

Selasa - Hari ni pun berkejar juga tapi takla seberapa sangat. Makan roti 2 keping sebelum keluar dari rumah, habis burnt out kalorinya. Selepas sesi taklimat penggunaan LCD kepada guru-guru bidang kemanusiaan (lebih ramai hadir hari ini berbanding semalam), lari ke padang ambil gambar bebudak sukan tara..dah tu terus berada dalam bilik - settle banyak perkara - sampai waktu balik. Ntah ngapa mata rasa mengantuk sejak tadi. Nak baring le sat...sebelum asar menjelang tapi dek menghadap PC jadi tak sempat pula nak baring. Pasni nak gi ambik ongumah pulak...tengah mesyuarat kat sekolah.

Monday, February 1, 2010

Feb 1

Isnin - Pack tapi tak tension sangat. 7.20 pagi bagi taklimat pada guru sains matematik - cara nak handle LCD. Lepas tu tackle masalah kehadiran.....daripada cara punca masalah baik pakai yang baru- SPS. Banyak juga yang nak kena settlekan...nama guru belum masuk senarai, ada entry yang kena buat semula...pastu masukkan kehadiran guru dan staf untuk hari ini..dari 9.30 pagi sampai 4.30 petang , baru selesai. Esok tak tau apa hasilnya pula. Balik jam 5 ptg....jam 6.30 hantar anak ke stesen komuter...on the way balik singgah gunting rambut. Sampai ke rumah 8 malam ...pastu lepak je....menghadap NB... sebelum tidur.