Sunday, February 28, 2010

Feb 28

Ahad - hari terakhir bulan 2.....10 bulan lagi untuk terlepas dari bebanan hutan piutang. Esok dah masuk bulan Mac....apa yang bakal mendatang pada bulan ni tak sapa tau. Sekejap je kat sini dah siap nak pergi mesyuarat pertama - Mesyuarat Agung Khairat Kematian Orang-orang Islam Kariah KKB - jawatan Juru Odit. Mesyuarat bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Sembang2 sikit dan singgah kedai, balik rumah dah pukul 12.30....baca paper, tengok melodi nak lelapkan mata dah pukul 2.00 ptg. Lepas solat pergi mesyuarat kedua - Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ampang Pecah. Seperti biasa tak ramai yang hadir...dari 25 ahli..13 je yang hadir. Bincang punya bincang ...lepas luahkan perasaan sebab dekat 3 tahun tak dihubungi.... last-last dicadangkan ana jagi SU JKKK Ampang Pecah. No problem...memang banyak perancangan nak dibuat bagi menaikkan nama taman ni...apatah lagi peranan JKKK yang suram dan muram 1-2 tahun yang lepas. So bertambah satu lagi beban nak difikirkan...tapi tak pa untuk jemaah. Malam ni tak boleh nak buat apa sangat...sebab Raja Lawak dah nak masuk pusingan akhir...so kena tengokkkkk !!!
10.30 mlm - keputusan yang mengecewakan...MAMU tersingkir..tak tau kenapa...undian 20% nampak tak bergerak sejak hari Jumaat walaupun ana dah hantar undian...tapi masih tak cukup atau ada sabotaj gamaknya. Ntah le! Kalau tanya ana, kebolehan MAMU dah diiktiraf oleh Adlin Shauki dan Bob Lokman.....rasanya masa depan depa berdua lebih cerah berbanding raja lawak yang bakal ditabal minggu depan. Rasanya Idlan tak boleh sejaya Nabil. Alex dan Kecik pun tak boleh berlawak sendirian....kecuali ada slot khas macam Sepah. Ini andaian ana...kita tengok la dalam tahun ni.

No comments:

Post a Comment