Wednesday, February 3, 2010

Feb 3

Rabu - Hari ini hari ulangtahun kelahiran anak kelima - umur dia masuk 14 tahun. Rasanya tak nak lagi buat majlis sebab dia dengan kawan-kawan dah pandai atur sendiri. Tapi setakat bagi makan kek kat kedai boleh la kot. Pagi tadi dah hulur 10 hinggit buat belanja kekawan makan minum. Hari ni pun agak relaxs sikit, Semua kerja dah hampir settle kecuali yang mendatang ikut hari. Citer pun tak banyak sangat....pagi bagi taklimat, ambil gambar sukan tara, masuk kelas, setting printer untuk kegunaan sendiri, offer bantu S/U sukan buat laporan kira mata rumah, masuk waktu zohor - nak balik ada pulak PPD nak guna makmal. Buka je ..tutup nanti ada cikgu uruskan. Ni dah nak balik...ongumah mesyuarat lagi. Tunggu le kejap...balik rumah nanti dah boleh baring-baring tunggu asar. Lain daripada tu tak buat apa la kot....

No comments:

Post a Comment