Wednesday, February 24, 2010

Feb 24

Selasa - Semalam tak sempat ..terlupa terus nak update sebab.... dari pagi ke sekolah ...dalam pukul 9 pagi keadaan badan rasa lain macam. Sebelum tu sempat register beberapa web page survey online. Menjelang jam 1030 pagi badan berpeluh seluruh badan, mengigil kelaparan. Mungkin sebab pagi tu makan 2 keping roti dan telan 2 biji ubat diabetik. Mungkin hypo kot. Lepas pekena 1/2 mangkok meehon sup (ongumha makan tak habis)..rasa lega sikit. Tapi menjelang 1tgh lapar balik..pekena nasi 1/2 pinggan. Ingat boleh le balik awal sikit nak rehat...ada pulak taklimat untuk staf.Ana tak pi pun....tunggu ongumah dah dekat kul 3.30 ptg. Dah sampai kat rumah tok tek tok tek lepas solat zohor nak tunggu asar, anak sorang lagi kat sekolah ...acara pra sukan. Gi ambik dia balik. Hujan pulak turun lebat kat kawasan pekan tapi tak kat kawasan taman ni.Lepas asar baru dapat lepak jap sementara tunggu Maghrib...dah tu melopong depan TV sampai 11 mlm baru masuk tidur.

Rabu - Pagi ni dah berada di BTP Bukit Kiara..mesyuarat tak dijangka. Surat pun tak sampai...pakai print dari email je. Pagi tadi ...4-5 pagi hujan turun lebat. Nasib baik menjelang 7 pagi hujan dah reda. Bukan apa ikut prancagan ada raptai sukan pagi ni...tapi ana tak ambil pot dah. Waktu tu ni ada kat dalam dewan sejuk ni. Lepas mesyuarat sampai 12.45 tgh ..rupa2nya tak langsung makan minum. Nak potong badjet la konon. Tapi pak pak menteri, pengarah2 pi mesyuarat duduk hotel, keluar negara ada pula budget. Ya kuli badak kaum marhein je yang jadi mangsa. Ana pun sebenarnya tak kisah pun tak ada makan ke minum ke...at least bagi tau awal-awal, kami mampu bayar sendiri setakat makan nasi lemak kopi O atau tak pun pelawa bawa sorang sikit kuih ke apa ke. Nape benda macam ni tak boleh pulak nak fikir luar kotak??? Kalau tidak pun jangan panggil mai mesyuarat jauh-jauh...pakai teknologi yang ada masa kini. Apa pun ana dah bagi a piece of my mind kepada yang hadir mesyuarat - Timb Pengarah ada, bahagian-bahagian kementerian ada, wakil syarikat ada...gpb pun ada tapi tak semua yang hadir. Dalam pada tu ana sempat buat broadcast ... saja nak tunjuk tanpa belanja besar, tanpa alat canggih pun kita boleh buat perkongsian pintar. Tapi sejauhmana akan diterima pakai...ntah le!!! Selesai mesyuarat sempat ana singgah kedai Celcom kat Selayang....cancel sub broadband yg abang ipar pakai selama ni. Selesai sekejap je...tapi nak cari parking lebih lama masa diambil. Apa pun kerja yang tertangguh 2-3 bulan dah settle. Sampai rumah 3.00 ptg. Sampai lani tak ke mana-mana lagi...nak siapkan laporan mesyuarat dan rutin harian untuk minggu ni.

No comments:

Post a Comment