Saturday, April 30, 2011

April 30

Sabtu - lepas Subuh di masjid..makan roti 11/2 keping cicah telur goreng manis bergula masakan jemaah tabliq Trengganu.. balik dah 7 lebih. Beli 4 bungkus nasi lemak gerai depan rumah jiran lorong hadapan.makan dgn anak bini..2 org bujang yg tinggal..sorang dah ke kem remaja. Lepas tu menghadap NB buat surat2...print surat2...dptkan tandatangan pengerudi JKKK. Sampai waktu makan tgh hari...lepas solat ni tunggu nak pi mesy penyelaras DUN..3 ptg ni. Lepas tu katanya nak tengok balai raya..lepas tu nak jumpa seserang. Program di Damansara tak dpt ikut le..ongumah ngan anak2 je pi...malam ada mesy tubuh JKP taman..takut lambat balik.. come what may!!!Nampaknya tak dapat ikur ke majlis harijadi cucu di damansara.Ongumah je pi. Keluar dari rumah pukul 3 dalam hujan renyai..tumpang Cikgu Sukor. Selesai bincang2 dengan YB..beredar lawat balai raya... kpg kelapa, ampang pecah, tmn damai dan tmn bukit bujang. Sempat juga offer YB minum dan makan bikut (air dipesan dikedai tak sempat nak minum..bungkus je) ada juga rezeki minum dengan YB air bungkus n biskut. Balik dah agak petang..pukul 6..layan tengok maharaja lawak minggu 5 sampai maghrib...terus isyak..hujan masih renyai kat luar sana. Tak dpt ke masjid..naik basikat basah la kan. Tunggu Tajul (Ketau Kampung) dtg ambil..tumpang di ke mesyuarat penubuhan JKP. Balik dah 11 lebih...ongumah n anak2 dah balik..sepupu depa dari KL ikut balik. Masuk tidur dekat 12 juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 29, 2011

April 29

Jumaat - dari awal pagi hujan turun dengan lebatnya tapi tak la sejuk sangat. Bangun pun masih hujan. Keluar nak ke sekolah dah renyai2.... adakah hujan akan turun sampai ke malam?... adakah hujan turun sebab ada pasar malam? pagi ni ada jamuan pelatih upsi tamat tempoh kat sekolah ni, lepas jumaat anak ke kem rabbani di kem bina semangat...come what may!!!Elok je masuk blik terus buat RPH... pukul 8 lebih ada jamuan. Gi le kejap..makan binun goreng,bihun sup,kuih2..kek sikit..dah full. Lepas tu dah masuk kelas..keluar kelas siap nak balik. Lepas Jumaat..anak Jepun hantar adik dia ke kem..ambil ibu dia..nak singgah Tabung Haji katanya. Lepak depan PC tengok filem 4 Madu. Lepas asar...ke maghrib..isyak di masjid..ada kuliah tapi tak ada minum, Balik lepak2 sat depan tv..tak tahan mata..masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 28, 2011

April 28

Khamis - malam jumaat lagi....syukur masih bernafas. Jap lagi nak masuk kelas dulu sampai 9 pagi. Kalau ada relif..rasanya mesti ada sebab semalam tak ada kat sekolah..lepas tu nak prepare bahan program...petang ada app dgn YDP Majlis... come what may!!! Lepas keluar kelas pukul 9 pagi dah ada guru minta tinjau2 CCTV sebab 2 NB hilang hari selasa lalu. Habis 1 jam dengan dia... kamera sudut yang dicari dah lama rosak..gelap je gambarnya. Lepas tu buat itu ini - baca email, padam email, baca berita...dapat berita ada kematian di Gesir... bapa angkat ongumah. Pukul 1 singgah pantry ada nasi.. pekena dulu. Lepas tu solat zohor sbb dah dapat rasa tak kan sempat kalau balik dulu. Lebih 2 ptg hantar ongumah balik siap2, terus ke pejabat YDP MDHS. Selesai urusan dengan dia pukul 3.45. Dekat 4 ptg baru bergerak ke Gesir. Dsh 3-4 hari ni hujan lebat belah petang di kawasan situ - dari Behrang sampai ke Gedangsa. Sampai ke rumah di tuju hujan masih lebat, tapi jenazah dah dibawa ke kuburan. Tak tunggu lama kat situ, nak ke kubur pun hujan lagi.. minta diri untuk ke Hospital SLim River pulak.. ziarah Penyelia Asrama masuk wad. Selesai satu lagi urusan.. dekat 6 petang bergerak balik KKB... singgah Asar kat Petronas Behrang 2020...sampai rumah elok2 masuk Maghrib. Buat kerja kupas durian 8-9 biji tengok tinggal 20 minit sbelum masuk Isyak. Selesai maghrib kado hajat sampai masuk waktu Isyak..tak jadi le ke masjid. Lepas tu ingatkan nak ke rumah seseorang yang dijanjikan semalam...dia nak minta duit zakat...minta tandatangan pengerusi masjid tapi nak kena pastikan dulu...tapi tak datang pun. Dari 9.30 buka tengok online Hantu Kak Limat Balik Rumah...sampai 11.30 mlm baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 27, 2011

April 27

Rabu - bangun terlewat pagi ni. alarm tak bunyi. Tengah mandi azan berkumandan. Tak sempat lagi ke masjid pagi ni.... lepas subuh siap2 sampai terlupa cukur. Anak jepun hantar ke sekolah sbb lepas ni nak hantar anak Serdang balik kampus.. lepas tu dia ada urusan dengan bank. Baru nak start kerja, NB jem pulak. Dtg pulak PK HEM minta bawa kerani pi Simpang 5 ada mesyurat urusan asrama. Tertangguh semua kerja baut 1/2 hari ni.. come what may!!!Bergerak lepas 8 pagi..singgah minum kat Gesir, Sampai SMKASL pukul dekat pukul 11.00 Tak sempat la minum yang disediakan. Ingatkan dah lambat..rupanya baru nak mula. Tok tek tok tek habis pukul 2.30.. baru lunch. Bergerak balik lepas 3.30 ptg. Singgah beli kerepek tepi jalan je..singgah solat kat masjid...hujan mula turun lebat dari selisek... sampai kat sekolah 5.45...sampai kat rumah 6 ptg. Tunggu maghrib...isyak kat masjid..lepas tu ke mesy khas bincang program JASAMU DIKENANG.Selesai balik masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 26, 2011

April 26

Selasa - hari ni ada gangguan line celcom. Sejak sabtu gangguan line maxis. Nak buat topup tergendala, nak akses internet pakai broadband pun tergendala. Puncanya belum diketahui... katanya sebelum ni pun pernah berlaku..piring kat pemancar hilang. Orang Bangla punya kerja la ni..curi buat jual kot. Kerja tetap diteruskan..come what may!!! Tok tek tok tek ...singgah kantin makan laksa...ada relif 3 kelas...1 ada gurunya, 1 waktu rehat bagi rtelif, 1 masuk je draft kertas kerja. Lepas tu selesai kertas kerta JasaMu diKenang. Tengok dah time nak balik. Singgah pantry ada laksa lagi. Balik dah 3 lebih... zohor..tunggu asar...lepak jap tengok tv..hujan lebat lagi kat luar. Lepas maghrib ke masjid ada kuliah Us Omar..lepas Isyak pekena karipap & kuih koci..kat rumah pekena roti cicah rendah ayam. Pukul 10 dah masuk tidur..awainya kan.Letak kepala terus pengsan. Tak payah ubat tidur tak payah penyedap tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 25, 2011

April 25

Isnin - Pagi ni ada preasmian karnival pengguna anjuran sekolah je...lepas tu nak selesaikan banyak kerja... nak sediakan bahan untuk jumpa YB pukul 4 nanti.. come what may!!! Awal pagi dah di padang.. ada perasmian Hari Pengguna.. masuk blik dpt siap sikit kerja, pengetua panggil mesy jk hari guru daerah pukul 10. .. bawa sampai 11.10 kena masuk kelas sampai waktu balik. Baru nak kejar balik sbb perut tak berapa selasa, wakil YB dalam keadaan tak jelas2 sbb gangguan line.. time diubah pukul 2.30ptg. Terus ke pejabat YB..tunggu pula sampai 3 ptg. Selesai bincang isu2 dan cari penyelesaian.. lulus peruntukan RM1K untuk program yg dah lama berlalu, nak lulus peruntukan beli peralatan balai raya. Dia nak tengok dulu pada 30.4.11 nanti. ALhamdulillah dapat le juga apa yang diminta.Tak banyak sikit dapat juga. Lepas tu berkejar balik pukul 3.30 sampai rumah. Makan, solat...tunggu asar..lepas tu baring2 sekejap dari 5.30 sampai 7 mlm. Lepas maghrib..isyak di masjid.. cari penduduk minta sain mohon pusat zakat. Nak kena tengok rumah dan keadaan dia.. nak kena kenal juga bukan boleh sain sebarangan. Esok2 bankit isu yang sain kena jawab. Dia tak ada di rumah. Balik siap cetak surat MAHAP kepada kadi, surat JKK kepada DO... masuk tidur seblum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 24, 2011

April 24

Ahad - pagi ni ada sambungan lagi kursus SPIES... nak kena pi pasar sure punya... lori bawa barang anak dari Jepun pun sampai hari ni.. anak nak balik pi Serdang pun hari ni... come what may!!!Dek kerana kereta ada 1 je.. terpaksa tinggalkan unntuk urusan rumah.. minta anak hantar ke Kem. Seblum tu beli sarapan.. makan sekeping roti canai tanpa kuah... sampai kat kem makan mee goreng pulak. Sesi selesai pukul 12.30 makan tengah hari nasi ayam. Tumpang kereta Ketua Kampung cum teksi sapu. On the way nak ke stadium mini .. ada sukan PASTI.. ada pulak passenger call minta hantar ke stesen komuter,, ke Rasa pulak dah. Ikut je la dah pun namanya tumpang. Singgah kat stadium dah 1.30 ... tinjau2 sikit pukul 2.30 balik. Lepas zohor baring jap. Di kejutkan oleh jiran hantar kad jemputan kawin..1 Mei. Lepas asar... hujan turun lagi. Tunggu maghrib..isyak kat masjid. Ada kuliah mlm ni...tak ingat. Lepas kuliah..makan pisang goreng. Balik dah dekat 10..sterika baju..masuk tidur 11. mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 23, 2011

April 23

Sabtu - hari ni sekolah ganti tapi ada majlis anugerah kecemerlangan akademik..dari pagi sampai tengah hari,, lepas tu nak buat mesyuarat Briged.. lepas tu ada program kat Bukit Bujang,,. ada program kat Kem Bina Semangat sampai esok... ada apa lagi.. come what may!!! Jadinya dari pagi sampai awal petang pukul 1.30 kat sekolah la. Majlis habis agak awal seblum 11 pagi. Buat meeting ngan budak briged bestari. Semua orang dah balik 12.30.. tunggu ongumha sampai 1 lebih. Solat dulu kat surau... lepas ni boleh terus ke Kem Bina Semangat. Ada janji dengan teknician alken..nak tengok kerosakan mesin air. Elok nak keluar dia call.. suruh je pi ke rumah. Handset hari ni asyik no coverage.. terus terputus line sampai ke malam. Di kem bina semangat dapat ikuti slot bersama YB Yaacob.. dapat lontar saranan bila ada pluang dialog. Lepas minum ptg balik dulu. Hujan dah mula turun dengan lebatnya. Ingatkan nak makan malam & maghrib di kem, tapi dah nak siapkan minit mesy PASCAP,,, buat kat umah je. Lepas isyak baru pi semula untuk slot mlm. Bagus juga pengisiannya. Elok kalau dibuat sesi bersama jk jkkk, masjid & pascap. Selesai sesi 10.30.. tak minum makan kek sekeping.. balik 11 lebih masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 22, 2011

April 22

Jumaat - pagi tadi masuk sms dari syarikat nak buat shooting drama kat masjid ampang pecah..shooting pukul 9 pagi.. nak guna 10 orang pelakon tambahan pulak. Dapatla bantu bab tu..tadi lepas subuh dah minta 7-8 orang datang nanti. Ni nak cari masa nak keluar pi hospital ambil baki ubat...petang ni dah buat app nak jumpa YDP MDHS... semalam dpt notis mesyuarat JK Asrama pukul 2.30 pula...come what may la !!! Masuk je bilik attend problem pindah video ke CD. Nak serahkan hari ni juga Settle juga akhirnya. Ngam2 masa 9 pagi..minta izin keluar ke hospital. Singgah masjid jao.. crew belum sampai. Pi hospital dulu. Pi masjid balik .. production manager dah sampai. Kema bagi tau dia suruh dtg supaya artis tambahan tak merajuk dan balik. Ntah pukul brapa start shooting.. pukul 10.30 ada kelas jadi balik ke sekolah. Waktu balik singgah lagi kat masjid tak siap lagi shooting.. part akhir katanya. On the way ke masjid untuk solat jumaat, lalu tengok dah clear, Lepas solat balik rumah siap ke mesyuarat asrama. Dari 3 sampai 6 ptg, 3 jam habis kat situ. Lepas asar ke maghrib. Isyak di masjid ada kuliah maghrib.. ada makan2 lepas tu. Balik rumah siap2 masuk tidur 10.30 mlm. Esok sekolah la pulak.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 21, 2011

April 21

Rabu,20.4.11 - Dalam jaga2 tak nak miss entry setiap hari, boleh terlepas juga hari Rabu semalam. Bukan sebab apa..masuk ke blik buat itu ini,,fikiran tengah tunggu jadi ke idak nak ke Shah Alam. Lepas tu terus ke kantin makan pagi. Lepas tu jadi ke Shah Alam. Sampai pejabat Kementerian Pengguna pukul 9 lebih. Selesai perbincangan..balik dah 11 lebih. Singgah2 pula...ambil buku bank JKKK, terima whiteboard tusyen rakyat... singgah bank keluarkan duit. Balik ke sekolah .. lepas zohor sambung kerja dlm bilik. Nak pindah clip pun tak sempat..sampai pukul 5 lebih baru bergerak balik rumah. Dari jam 6 kado hajat sampai 7 mlm..solat asar gajah lagi..maghrib...isyak di masjid. Patutnya ada kuliah..tapi ustaz tak datang..nasi lemak datang juga..pekena 2 bungkus. On the way jumpa Ameer..singgah kedai bincang2 je tak makan tak minum..kedai dah nak ditutup. Balik rumah hampir 10mlm. Isi borang cukai pendapatan..ongumah buatkan.. masuk tidur 10.30 mlm.
Khamis - sejak masuk ke blik ni tak henti2 dengan kerja. Kerja memindahkan clip video Kelab F1 yang tertangguh sejak Isnin, masuk kelas, keluar kelas,sambung kerja. Petang ni ada planning nak jumpa YDP MDHS, nak buat panggilan siasat panggilan lucah ongumah terima pukul 4.30 pagi tadi, nak call SPRM... sempat ke nak buat semuanya..come what may!!!Lepas kelas semua nampaknya berjalan lancar,, yang nak dikontek dah dpt kontek kecuali panggilan lucah je. Tak masuk line dia. Dapat juga call SK Pantai Labuan minta nombor tel JTK ganti. Call pula dia ..kata dia cuti tanpa gaji. Ok la tu urusan dia... dah mohon ke?, dah lulus ka? lantak la. Sempat juga makan kat kantin.. bihun dan semangkuk bubur kacang durian... akibatnya dua kali masuk jamban. Kena pula masa tu org Kaypi dtg nak check aduan tahun lepas. Settle sebelum balik..sampai rumah dah 3 lebih. Dalam pada tu anak dr Serdang balik..minta anak Jepun pi ambik..sekali ambik ongumah kat sekolah. Lepas tu layan tengok tv.. sampai maghrib... Isyak di masjid.Ingat ada kenduri..silap haribulan. Masa anak pi ambil anak balik tusyen kirim beli roti canai. Pekena 2 keping sblum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 19, 2011

April 19

Selasa - Dah kat sekolah semula harini. Patutnya kena pi lagi JPN tapi kerani2 minta off. Minta buat kat sekolah. Hari Khamis pi lagi. Tapi smlm ada call minta bawa guru pelatih ke Shah Alam... boleh singgah JPN sekali. Hari ni buat kerja dlm bilik ni je.. ptg nak ziarah..mlm spt biasa. Kalau ada apa2 in between..Dah pun dapat relif 2 kelas... tak tau le pulak ada tak mesy JK Pengurusan hari ni...come what may!!!Semua kelas relif yang dibagi ada guru dlm kelas. Buat kerja kat dlm bilik ni pun tak habis. Solat zohor pun kat sekolah je ...duduk sambung kerja sampai 4 lebih... sambil2 kerani siapkan mengisi HRMIS. Ada pula yang hulur buah pulasan. Balik rumah dah dekat 5 ptg. Ada call ingatkan nak ziarah seseorang. Lepas asar terus ke rumah orang berkenaan. Balik bincang lagi dengan Ameer pasal isu dlm SINAR. Sementara tunggu maghrib..tengok tv sat.. Isyak ... masuk tidur pun awal 10 lebih sikit je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 18, 2011

April 18

Isnin - pagi ni nak pi JPNSel ... bantu kerani2 masukkan data buku perkhidmatan.Sampai petang kot..come what may!!!Seblum bergerak ke Shah Alam, sempat la juga ambil gambar perhimpunan..perbarisan Pengakap. Ada Pesuruhjaya pengakap dtg. Tak sempat nak tunggu sampai habis. Bergerak sblum 8 pagi..sampai 9 lebih. Tok tek tok tek...makan ..solat... kerja tak buat pun...kerani la buat...balik dah 5 ptg. Singgah hantar sorang kat Tamu Hill...sampai pintu rumah 6.45 ptg. Sempat asar gajah...masuk maghrib...isyak kat masjid. Sembang2 jap lepas tu..balik 10 mlm..masuk tidur 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 17, 2011

April 17

Ahad - Ni pagi ni nak ke mesyuarat kawasan di Batang Kali. Sampai petang ke idak tak tau le...come what may!!!. Baru nak minum pagi, transport dah sampai nak ke Btg Kali, Tumpang orang le bukan apa. Sampai di tempat mesy pukul 8.30. Pekena binun sepiring..tadi dah pekena mee goreng cuma tak sempat minum. Mesy mula 9 lebih....... lanjut sampai 6 petang. Tu pun keputusan pemilihan masih tak terima sepenuhnya. APa pun pucuk pimpinan atas dah dapat diubah. Tengokla pengurusan 3 tahun ni macam mana. Sampai rumah baru asar..maghrib..isyak di masjid. Balik dari masjid ..baru beli paper hari..baca sampai 10 mlm..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 16, 2011

APril 16

Sabtu - tidak terikat dengan temu janji atau program tetap tapi ada planning untuk hari ni. Nak kena ke KL hantar anak yang akan berlepas ke Australia esok. Sebelum tu nak singgah kat Bukit Bujang tengok2 sat agenda urusan daftar penduduk yang nakkan CF tetap, nak singgah Hospital Selayang ziarah ahli kariah yang jatuh pokok rambutan - patah tulang lengan & punggung - konon cerita dia potong dahan yang dia duduk atasnya.. bleh bayangkan la sendiri... konon cerita. Nanti dah jumpa boleh tahu kisah sebenar, Lepas tu baru pi Kramat...dan come what may!!! Apa pun pagi ni nak kena pi pasar... lepas beli belah ..beli SINAR ada lagi muka keluar kat SINAR pasal CF.. terus ke balai raya Bukit Bujang. Pantau sikit operasi mengumpul dokumen untuk urusan CF individu oleh JKKK. Nampak ok je.. balik dulu. Ingat boleh keluar awal ke KL, ada pula urusan tak selesai -ongumah dengan kontraktor buat kerja touchup dinding rumah. Lepas zohor dah 2 lebih baru bergerak keluar. Singgah dulu kat Pasar Pudu cari apa tah..gadget solar- ongumah punya urusan juga. Habisnya sampai Kramat dah 6.30 ptg. Kena singgah Pertronas solat asar sbb katanya tak ada orang lagi kat rumah. Selamat la takkan tu. Maghrib ...Isyak..makan2..sembang2 bertolak balik 9 mlm. Sampai rumah dekat 11 mlm..terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 15, 2011

April 15

Jumaat - Lega pagi ni lanjutan isu semalam dah terjawab dalam SINAR hari ni. Ada la bahan nak dibentangkan dalam mesyuarat JKKK petang ni. Untuk pagi ni ... kononnya ada jamuan perpisahan Juruteknik ke sekolah Selayang..pukul 11 tu. Pukul 10.30 ada kelas sampai 11.50..lepas ni dapat JTK pompuan pulak..boleh ke buat kerja? Come what may!!! Sebelum masuk kelas,selesai kerja dulu - RPH, semak email, pindah fail. Lepas kelas pekena nasi briani & kek aiskrim. Apa lagi melawas betul perut... berkejar balik rumah.. lega. Solat Jumaat pun selesa betul tanpa gangguan angin dlm badan. Lepas ambil ongumah kat sekolah...terus ke mesyuarat JKKK. Selesai pukul 6.. lepas asar masuk maghrib. Ada kuliah di masjid..lepas isyak minum2, makan2, sembang2. Ustaz keluarkan produk tengah hot kat Pahang... minyak Munajat (bahan minyak zaitun dijampi)untuk segala macam masalah fisikal & spiritual. Beli sebotol nak cuba try test tengok. Iklan ada sebelah kanan sana. Balik rumah dekat pukul 10. Baru nak mula buat minit tengok dah dekat 11..masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 14, 2011

April 14

Khamis - satu mesy dah selesai semalam... malam ni satu lagi. Malam jumaat pun akan berlalu sepi. Awal2 pagi ni nak masuk kelas dulu. Lepas tu apa nak buat hari ini... come what may!!! Lepas kelas 8.50 sambung kerja2 kat dlm bilik server ni. Buat apa je yang mendatang... pengetua minta print dokumen SKPM, pindah file dari NB ke ext Hdd sebelum dibuat report kerosakan ke STS. Tak selesai lagi sebab besar juga saiznya. Awal pagi tadi dapat tau ada isu berbangkit dalam SINAR pasal projek rumah dlm mukim Ampang Pecah - di Bukit Bujang la apa lagi. Dah lama - masuk 9 tahun - jadi isu. Insyaallah tahun ni akan selesai isu ini. Jadi kontek orang tu orang ni initiate perjumpaan petang ni nak jawab - penjelasan - isu ni. Balik pada waktunya tu pun lepas 2.30 baru sampai rumah. Lepas zohor nak terus pergi ke tempat dijanjikan, kereta pula anak bawa ambil adik kat sekolah -kelas tusyen batal. Tunggu punya tunggu,punya tunggu lepas 3 baru balik. Dah tak dapat tepati masa...lewat 15 minit. Sampai ke tempat pertemuan, wartawan dah sampai, wakil kontraktor dah sampai, pengadu isu dah sampai. Tak payah banyak cerita..terus je isu utama. Nampaknya positif sbb kontraktor bagi jaminan projek akan diteruskan. Pengadu pun puashati. Selesai isu ni buat masa ni ..dah pukul 4.30. Singgah minum jap..pergi pula jumpa sorang lagi pembeli yang menimbulkan isu. Ni antara dia dengan kontraktor melibatkan kewangan... kita tunggu rumah dan orangnya je. Hujan dah mula turun lagi. Balik dah dekat pukul 6 ptg. Lepas asar....tunggu maghrib..lepas isyak ada makan pulut kuning & pulut durian. Pekena dulu sebelum mesyuarat masjid bermula. Dapat selesaikan awal- pukul 10.15 dah selesai. Balik .. urus diri..masuk diri sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 13, 2011

April 13

Rabu - Mulai hari ni -mlm ni setepatnya - bersusun jadual nak mesyuarat. Malam ni PISCAP, esok MAHAP, Jumaat JATIKAP, Ahad PISKAW.Sebelum tu come what may!!!Dpt 3 kelas relif... tapi semuanya ada guru dlm kelas. Habiskan masa dalam bilik buat tu ini.. talian pun tak brapa nak elok. Semua sekolah alami masalah sama. Waktu balik..balik. Dah balik tak dapat nak bergerak ke mana2 sbb kereta tak ada. Lepas solat tengah susun2 fail, SU masjid bagi akaun untuk diprint & sain. Dapat la asar kat masjid sekali.. akaun dah siap, cuaca cerah. Nak balik petik jambu tengah memasak. Balik makan2... jambu cicah kicap, keropok ubi kayu... sambil tengok oprah. Lepas maghrib ke masjid patutnya ada kelas tajwid tapi ustaz tak mai pulak. Sambil sembang2 depan masjid.. bekalan juadah pun sampai.. minum2..makan2..sembang2 ..sampai masuk Isyak. Lepas isyak pi mesyuarat cawangan pulak.Selesai ..balik ..masuk tidur 10 minit ke 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 12, 2011

April 12

Selasa - Hari ni dikatakan ada mesy pukul 11 pagi.. kalau pagi tu mesy jk pengurusan sekolah la tu. Dalam minda lani nak settle edaran notis mesy hari jumaat ni.. kena selesaikan petang ni juga. Nak jumpa bendahari prepare penyata untuk pembentangan jumaat ni.nak .. nak ...come what may la!!!So tok tek tok tek... ada relif pula pukul 10.30-11.50. Dapat pula notis mesy JK Pengurusan pukul 11 pagi.. camne? Jadual dah diblok 11 pagi Selasa utk mesy tapi ada juga relif. Lantak la. Habis mesyuarat 2 ptg. Terus balik.. singgah hantar notis mesy JKKK kepada Ameer, dpt ikan masin Sarawak.. dia pi sana PRU. Dah sampai rumah tak boleh nak keluar lagi..kereta ongumah bawa pi Kerling.. ziarah budak sekolah bermasalah. Nak buat apa.. basuh baju.. hujan lebat turun lagi petang ni. Nak baring2 lepas asar tak rasa ngnatuk pulak. Layan tengok tv...terganggu pulak. Buat2 la apa yang patut ..lepas maghrib..Isyak di masjid.. balik siapkan draft kulit buku program hari guru. Masuk tidur 10.30 mlm.Ingat dapat habuan..melepas!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 11, 2011

April 11

Isnin - bermula lagi rutin harian dengan bebanan kerja yang tak sudah-sudah.. makin datang ada... apa pun come what may!!!Jadi hari pun berlalu spt biasa tidak menanti sesiapa tapi meninggalkan ramai di belakang. Duduk dalam blik ni sampai waktu nak masuk kelas dari 11.10 sampai 1.50. On the way lalu depan pantry diajak makan nasi lauk ayam kicap..singgah la kejap..sambil makan cerita2... ongumah pun nak balik skali.Selesai urusan diri sampai 4 ptg keluar semula ambil anak kat sekolah.. tusyen. Hajat nak jumpa bendahari tak capai sebab tak angkat call... dah sampai rumah baru dia call balik..esok je la jumpa. Lepas asar tangkap lintok sebab hujan pun agak lebat kat luar... nak gi kebun hujan, nak tengok tv astro gangguan, nak tatap nb mata pedih sikit..ubatnya tidur le.. sampai 7 mlm, Siap maghrib.. nak Isyak di masjid hujan masih turun. Sebelum masuk tidur layan net sampai 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 10, 2011

April 10

Ahad - hari last kat Ayer Keroh ni. Lepas aktiviti pagi, lepas makan tengah hari bertolak balik ke KKB. Lepas tu come what may!!!Subuh pagi ni motivator Hj Hushim dah ada bersama. Lepas tazkirah minum pagi dulu. Biasa la lepas pekena teh kaw punya, lawas le perut ni. Bebudak senamrobik, ana layan tengok ML kat youtube. Agak-agak dah nak mula sesi pagi ni baru masuk ke dewan. Buat rakaman sikit sampai tengah hari. Lepas sesi ambil gambar, makan tgh, solat & siap nak bertolak balik. DAh 2.30 ptg tu... singgah di Dengkil lagi solat maghrib-isyak, sampai kkb 10 lebih. Tak mampu nak buat apa dah,,terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 9, 2011

April 9

Sabtu - melaporkan dari Ayer Keroh,Melaka. Hari ni ada sekolah ganti cuti deepavali tapi 2 bas rombongan pelajar asrama kelas peperiksaan dah ada di INB REsort,Melaka sejak semalam sampai esok. Program hari ni padat sampai malam... baru lepas subuh.tengah tunggu nak senamrobik (bebudak la)..sarapan..ada explorace. Boleh follow ke?come what may!!!Setakat lani memang ikut schdule.
Senamrobik - poco2 mula 7ak.30., sarapan 8.30, aktiviti mula 9.30.. . terus aktiviti dlm dewan. Menjelang 12..dah siap2 nak keluar dr kawasan resort..explorace. Sepatutnya fasi dibayar uruskan tapi tak cukup nampaknya kakitangan terpaksala bantu jaga tepi jalan bebudak nak kena melintas lebuhraya. Satu aktiviti yang tak dijangkana akan dijalankan oleh syarikat. Lepas last group ana balik blik... browse2 sambil baring2 sampai terlena sekejap. Hujan pun tak sedar. Bangun 4.30ptg cari makan ... kuihtiau dan kasui.bebudak dah mula sampai balik. 6.30ptg dah mula makan malam ..BBQ ..seblm keluar tengok Maharaja Lawak kat Youtube..slot malam sepatutnya Hj Hushim pemilik syarikat tapi dia blum smpai...tangguh esok pagi. Slot malam diteruskan juga recall aktiviti petang. Makan malam lagi,sembang2 tak sedar dah 11 lebih. Balik ke bilik..sambung sikit lagi ML menjelang 12 mlm tidur.ongumah dah pengsan sejak 9 mlm tadi..penatlah tu merayau petang tadi!!!
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 8, 2011

April 8

Jumaat - Selesai kerja pagi ni, ptg ni bertolak ke Melaka - 3 hari..sampai Ahad malam. Ada program motivasi pelajar asrama. Ikut yang ni minggu depan lawatan asrama juga ke Penang tak dpt ikut.. ada siri mesyuarat dari jumaat sampai ahad.come what may!!! Hari pun berlalu dengan pantas....tetiba dah waktu nak balik. Lepas solat Jumaat..singgah sekolah ambil ongumah..pukul 3 keluar semula ke asrama untuk bergerak ke Melaka. Rombongan bebudak asrama ada kem di Ayer Keroh. Perjalanan bermula 3.45 petang, singgah Dengkil solat asar..dan sampai tempat penginapan di INB Resort pukul 8 lebih. Makan malam..masuk bilik...attend acara pertama ice breaking dah pukul 10.30mlm... lanjut sampai 11 lebih..lepas minum masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, April 7, 2011

April 7

Khamis - malam jummat malam sunat. Kata Kadhi HS orang sibuk pasal mlm sunat..malam2 lain malam wajib tak heboh pulak... come what may!!! Tengah buat kerja berlalu 1 jam baru nak dapat... 3 waktu dah pulak. Mula2 1... lepas tu 2,, lani dah naik 3..tak lama lagi mesti bagi 4... lantak je. Masuk kelas ganti kerja jadi juga..cuma kerja GPB tergangu la sikit..tertangguh la jadinya...lantak le. Keinginan untuk pencen tahun makin kuat..tapi tu la sibuk itu ini sampai lupa nak isi borang cepat2. Balik dari sekolah mcm biasa lepas waktu sekolah..ada mesy tapi tak terlibat. Lepas zohor buat kerja2 mencetak surat menyurat. Lepas asar nak keluar ..nak naik kereta merah. Tetiba tengok minyak enjin dah jadi putih berbuih. Kontek menkanik katanya air dah masuk enjin. Nasib baik Trajet dah balik.. anak ambil ongumah kat sekolah. Terus pergi cari mekanik yang bertanggungjawab membuat kerja overhaul bulan 12 dulu. Singgah dulu bayar hutang tukar coil pada mekanik lain. Banyak mekanik terlibat sebab tak ada satu pun yang boleh dipercayai. Semua nak cekik leher kekadang.. melayu ka, cina ke, india ka...sama je. Habisnya dia bawa balik bengkel.. siap le 7-8 ratus lagi lepas ni. Lepas tu keluar lagi.. gi kedai bayar hutang barang2 PISCAP... singgah rumah KC PISCAP ambil dokumen yang sepatutnya diserahkan semalam kepada urusetia. Dah dekat pukul 7... lepas maghrib...isyak di masjid. Lepas tu berada di rumah sampai masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, April 6, 2011

April 6

Rabu - Nak mula mcm mana lagi... hari2 rutin yang sama. Masuk blik, log in kehadiran, buka ERA, update blog ni. Setakat sekarang rutin ni je kecuali kerja luar. Untuk hari ni ..come what may!!! Tengah buat kerja dpt relif... satu 8.50 2 lagi 12.30 sampai 1.10. Sambil tu ikut perkembangan penamaan calon PRU Sarawak. Masuk kelas keluar kelas..sampai waktu balik. Lepas zohor keluar semula urusan di Agro Bank... singgah kat makan2,minum2,sembang2. 5.30 ambil ongumah & anak kat sekolah. Balik asar..maghrib..isyak.. badan rasa tak sihat..lemah semacam. Lepas mandi masuk tidur 9.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, April 5, 2011

April 5

Selasa - belum ada apa nak dibuat segera.. yang menanti memang banyak cuma tak ada keutamaan. ..come what may!!! Lepas masuk kelas keluar kelas - 2 kali relif.. antaranya siap kemaskini takwim dlm SPS bulan April & Mei. Tiba time balik..balik. Singgah dulu bank keluar duit masuk duit. Sampai rumah lepas zohor..masuk asar. Buat kerja sikit nak hantar dokumen ke kawasan. Maghrib di rumah... isyak di masjid. Balik tengok tv jap.. masuk tidur 10.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, April 4, 2011

April 4

Isnin - datang lagi.. minggu 1 bulan April bermula. Kelas 4 waktu akhir nanti..seblum tu kena siapkan 2-3 perkara penting. Nak jumpa orang, nak buat surat, nak..... come what may!!!Nasib baik awal-awal tak ada kelas ganti bawa sampai masuk kelas 11.10. Sambil2 tu buatla apa yang patut. Waktu balik terus balik tu pun dah pukul 3 sbb singgah jumpa orang dulu settle akaun JKKK. Lepas zohor basuh baju...masuk asar. Lepas tu basuh baju, sidai baju. Layan tengok tv seblum maghrib..anak kat Serdang balik dgn kawan2. Lepas isyak susun2 kerja surat menyurat JKKK.. sblum masuk tidur tengok tv jap sampai 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, April 3, 2011

April 3

Ahad - hari ni buat kenduri doa selamat - anak2 dah selamt - sorang dah konvo dari UTM sorang dah balik dari Jepun, sorang lagi dah nak kawin Sept ni. Kendurinya start 12 tgh..seblum zohor.. lepas tu ada benda2 yang nak diselesaikan... kereta merah masih breakdown.. suspect bateri kong.. sebab isi air ro ka? mekanik kata altenator rosak ...come what may!!! Lepas solat Subuh duk kat rumah je.. kemas2 mana yang boleh sebelum tetamu datang, Sempat habiskan baca paper dulu. Dari 11 pagi sedara masa dah mula datang. Jemaah masjid datang seblum 12.. terus mula majlis. Makan2, minum2, sembang2...sampai 4 ptg. Sebelum asar sempat baring sekejap je depan tv. Asar ke maghrib...Iysak kat masjid. Tak ada apa-apa program/jemputan malam ni. Terus balik layan TV3 Anugerah Bintang Popular sampai dekat 12 tgh malam..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, April 2, 2011

April 2

Sabtu - baru balik dari selesai urusan awal pagi. Lepas subuh ada kuliah..lepas kuliah ada makan, lepas makan baca yaasin & tahlil.. smalam ada kematian di jln 20 TAP. Baru balik ...dah menanti aktiviti hari ini..ada program di asrama, ada jemputan tahlil 12 tgh.. ada jemputan kawin sebelum 3 ptg..ada mesy UPK..petang lega sikit kot. Boleh attend smua?come what may!!! Dari waktu balik tahlil sampak e tengah hari tak dpt nak bergerak sangat. TRAJET keluar masuk keluar masuk. Sementara 12 tgh ..dpt baring sekejap 1 jam. Kat tempat kenduri makan ok juga.. nasi & desert bubur kacang. Balik sebelum zohor tengok kereta merah..yg ditinggal di masjid.. cuba caj pakai jumper..tak boleh juga. Solat dulu... lepas tu try sekali lagi.. ok pulak. Bawa balik dulu. 2.30 cuba lagi sekali ..tak boleh start pulak. Ongumah nak ke Kalumpang.. drop kat Dewan ..ada mesy UPK. Habis mesy dekat 5 ptg..minta anak dtg ambil... bawa bekalan sekali. Lepas asar bawa ke maghrib...bawa ke isyak.. layan AF sampai 11.30 mlm. .. masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, April 1, 2011

April 1

Jumaat - April Fool!!! Berhati-hati sepanjang hari ni..tapi kebelakanan ni tak ramai yang nak foolkan orang... bebeudak sekarng tak brapa tau kot.Elok la tu. Ni jao lagi nak pi bengkel elaim & app google apps kat PKG KKB. Petang ni ada pertandingan kiraok antara guru2 SM3KB... masuk juga la walaupun ganguan suara sekali sakala.. come what may!!! Dari pukul 8 di PKG ..sampai 12 tgh. Singgah kat sekolah ambil anak..pekena spageti lagi. Balik lepas Jumaat hnatar anak ke stesen komuter,,terus ke sekolah berkiraok sampai 5 ptg. KAt rumah tak boleh nak buat apa sgt.. sebelum maghrib baring jap. Bangun terus solat ..dan ke masjid ada kuliah. Dapat berita ada kematian di JLn 20 TAP. Lepas kuliah makan2,minum2,sembang2. Nak balik dekat 10.30 kereta tak mau start lagi. Tolak pun tak mau start. Tumpang balik ..tinggal kereta kat masjid. Tengok tv jap sementara tunggu 11 mlm..tengok pulak kat prima ada MAHARAJA LAWAK.. layan sampai 12 mlm baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam