Friday, April 15, 2011

April 15

Jumaat - Lega pagi ni lanjutan isu semalam dah terjawab dalam SINAR hari ni. Ada la bahan nak dibentangkan dalam mesyuarat JKKK petang ni. Untuk pagi ni ... kononnya ada jamuan perpisahan Juruteknik ke sekolah Selayang..pukul 11 tu. Pukul 10.30 ada kelas sampai 11.50..lepas ni dapat JTK pompuan pulak..boleh ke buat kerja? Come what may!!! Sebelum masuk kelas,selesai kerja dulu - RPH, semak email, pindah fail. Lepas kelas pekena nasi briani & kek aiskrim. Apa lagi melawas betul perut... berkejar balik rumah.. lega. Solat Jumaat pun selesa betul tanpa gangguan angin dlm badan. Lepas ambil ongumah kat sekolah...terus ke mesyuarat JKKK. Selesai pukul 6.. lepas asar masuk maghrib. Ada kuliah di masjid..lepas isyak minum2, makan2, sembang2. Ustaz keluarkan produk tengah hot kat Pahang... minyak Munajat (bahan minyak zaitun dijampi)untuk segala macam masalah fisikal & spiritual. Beli sebotol nak cuba try test tengok. Iklan ada sebelah kanan sana. Balik rumah dekat pukul 10. Baru nak mula buat minit tengok dah dekat 11..masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment