Wednesday, February 29, 2012

Feb 29

Rabu - kata orang tarikh ni dtg 4 tahun sekali... btul ke? yang lahir pada tarikh ni muda belaka la ye.. 4 thn dia baru 1 thn...40 thn dia baru 10 thn..gitu ke? Lantak dia le. Hari ni kat sekolah semula... elok pulak YES pagi ni. Yang lain okok ye. Pack juga hari... tunggu kelas relif.. nak hantar keta.. nak pi bank..mesy alumni...come what may!!!

Tuesday, February 28, 2012

Feb 28

Selasa - tak sempat nak update awal pagi.. sbb dari 7.30 pagi dah bergerak ke Shah Alam... hadir taklimat sekolah pemangkin. Sampai 9.30 ..sesi dah bermula. Sebelum bertolak tadi dah pekena kuihtiuw... waktu rehat pkul 10 makan kuih n bihun. Sambung sesi sampai 12.30... terima sijil iktiraf 5 bintang. Lepas tu terus balik ke KKB.. pukul 2 ada mesy. jk kewangan pulak. Zohor di surau..mesy di bilik mesy asrama... ni tgh mesyuarat ni...come what may!!! Habis .mesy ngam2 lepas azan asar.. balik tumpang PK..singgah masjid ampang pecah untuk solat asar. Balik dpt lepak2 sampai maghrib.. ingat nak lelapkan mata.. hujan renyai2 kat luar tu... depan tv mana boleh kalau tak ngantuk sgt. Lepas maghrib...tunggu isyak.. lepas tu nak buat kertas kerja tuntutan..tapi tak ada mood ... terus masuk tidur pukul 10.30 mlm... nak fikir mana nak cari 1600 hinggit untuk yuran anak di UPM... cari jalan dlm mimpi!!!



Monday, February 27, 2012

Feb 27

Isnin - kepala dah kurang pening, mata dah kurang pedih... tidur dah cukup2...mula minggu akhir bulan februari nak masuk bulan mac...come what may!!! Pi sekolah naik motor...anak 2 kena pi Shah Alam lagi..sampai sekolah mcm biasa sbelum 7 pagi. Hadir perhimpunan dulu lepas tu masuk bilik nak siapkan apa kerja yang patut. Ada laksa di pantry.. pekena semangkuk. Ada relif pukul 11.50 sampai 1.10... Tunggu anak 5 lepas kelas 12.30..sampai rumah dekat 3 ptg. Lepas zohor menghadap nb ...dpt siapkan borang tuntutan JKKK sampai lepas asar...sampai maghrib. Isyak di masjid ada kuliah maghrib. Balik dah 9 lebih... layan tengok tv dulu sebelum masuk tidur seblum 11 mlm.

Sunday, February 26, 2012

Feb 26

Ahad- Lepas Subuh tadi... tak la awal dan tak pulak lewat..dlm 7.30 pagi.. tgh sarapan mee goreng.. dah nak kena pi pasar. Keluar srp rumah 8 lebih.... balik dari pasar hampir 9 .30. Hantar barang terus ke PASTI di TDBB ada mesyuarat JIBG - mcam PIBG tapi ni Jemaahibubapa guru. 9 lebih baru mula mesyuarat.. sampai 11.30 lebih juga. Lpeas tu terus balik.. siap2 nak ke rumah kenduri di Rasa Tambahan. Dari situ ke ECONSAVE di Btg Kali. Dengar2 kata nak beli makan kucing tengok macam2 ada... tak masuk ikut pun tunggu kat luar habiskan baca suratkabar. Balik rumah dah dekat 3 ptg. Lepas solat baring2 jap.. sampai 6.30 lebih. Lepas asar ni baru teringat belum parking kt sini lagi. Sdg tunggu maghrib... come what may!!! Lepas maghrib ..hujan turun dengan lebatnya kat luar.. isyak di rumah aje. Lepas tu tengok2 apa yang ada kat dapur.. ratah ikan cili dan sayur bayam je... pastu menghadap nb.. semak email... baca berita.. masuk tidur 11 mlm.


Saturday, February 25, 2012

Feb 25

Sabtu - lagi orang bercuti kita berbengkel kat sekolah... pagi ladap..tgh sedap..ptg fedup. Ni lepas ni kalau sempat ada kenduri kahwin di Sg Choh... pastu nak kejar 3 ptg ada mesy PASCAP...mlm come what may!!! Bengkel lebih kepada taklimat je mula 9 lebih. Lepas sarapan dulu.. ada takliamt ringkas pasal insuran CUEPACS. Sesi utama mula 9 lebih sampai hampir 12. Ada makan nasi lagi tapi makan buah duku je dan banyak minum air sirap. Akhirnya tak jadi ke kenduri di Sg Choh... sampai rumah lepas zohor dan 2.30 ptg.. terus angkat barang ke mesyuarat agung PASCAP di TDBB. Mula pun 3 lebih ... sampai seblum 5 dah berhenti. Ada yang rasa tak puas hari sbb stop tak sempat nak bagi pandangan lagi... seblum tu pun dah bagi pandangan yang tak membina pun. Balik lepas asar lepak atas kursandar tunggu maghrib. Lepas maghrib baring2 sat... kepala rasa berat.. gusi masih sakit2...mata pedih2.. lalut sampai 11 mlm, Bangung isyak ..terus sambung tidur dlm bilik.

Friday, February 24, 2012

Feb 24

Jumaaat- LAN ok... akses pun ok - schoolnet masih berfungsi.. YES pun ok. ok.ok..ok. Sehari lagi penuh dgn program.. lepas sekolah ini ada mesy agung upkkkb.. mlm tak pasti lagi ada apa.. yang pastinya ada kerja nak disiapkan sebelum mesy ptg esok... come what may!!! Baru dpt makluman nak kena ikuti taklimat KPK di blk mesyuarat tapi dah terima relif 7.30 -8.50 pg. tapi gurunya ada di sekolah..jadi free la. Dapat ke pantry ada banyak pilihan makanan - pulut kuning ada, lempeng ada, roti ada, nasi kanji ada. Tgh makan la ada yang cari nak suruh tengok2 connection. Lepas ambil gambar, masuk ke blik siapkan kerja.. update blog itu ini.. semak dokumen mesy... sambil2 tu tengok citer papa i luv u...tu pun tak sempat habis. Dalam waktu nak balik ada yang jemput makan lagi. Sampai rumah seblum 1 tgh..siap ke masjid. Balik dari solat jumaat, berkejar pulak ke Dewan Merdeka untuk Mesyuarat Agung UPKKKB. Mesy berjalan lancar...tamat seblum 5 ptg. Makan2 lagi -mee ada, lontong ada, karipap ada, koci pun ada... duit tunai 50 hinggit. Balik penat sgt lepas asar lepak kat kusandar sampai masuk maghrib... tunggu isyak..mula buat dokumen untuk mesy PASKAW.. buat 12 salinan saja sampai 2 pagi baru masuk tidur.


Thursday, February 23, 2012

Feb 23

Khamis - Dari awal pagi sesampai di sekolah,.. ambil peralatan ..terus ke asrama. Ada program penetapan targer SPM pulak. Tugas biasa le pasang LCD dan tayangan.. tapi kaunselor banyak uruskan.. tak lama lagi dah boleh tinggalkan majlis.. come what may!!! Sebelum majlis mula pekena nasi lemak dulu... duduk kat majlis sampai slot 11 pagi. Ambil gambar 3-4 snap balik ke sekolah. Nak siapkan RPH minggu ni. Sblum keluar Zohor kat surau singgah pantry ..perhabis apa2 yang ada. Kul 3 ptg ada janji nak jumpa seseorang pasal projek scoreA... balik sampai rumah pun dah dekat 3 ptg.. yang dinanti blum sampai. Dapat lepak sekejap ..lelapkan mata. Dekat 4 ptg baru dia sampai dari Sungai Buloh.. jumpa kat Gamelan je. Habis bincang... singgah beli jambu, rojak & pisang goreng.. singgah ke sekolah minum petang dgn org pejabat. Balik dah 5 ptg... lepak lagi depan tv sampai 6 ptg. Baru lepas bagi salam solat asar dah ada yang call... tak sempat nak wirid.. ada pulak yang dtg . Tinggal 30 minit seblum maghrib.. dah siap pulak nak ke asrama.. ada baca yassin & solat hajat. Selesai urusan di asrama pukul 9 lebih.. singgah kat masjid ampang pecah, SU nak jumpa. Sembang kejap..balik dah 10 mlm. Rasa nak masuk tidur... tengok tv CHAOS...sampai 11 lebih baru masuk tidur... makan kek minum kopi daaa!!!

Wednesday, February 22, 2012

Feb 22

Rabu - urusan semalam dah selesai, ada juga yang tertangguh tapi belum menjejaskan. Hari ni anak 2 naik motor ke tempat kerja.. jadi bawa trajet ke sekolah.. balik pun petang sbb ada koku. Sistem masih ok-ok.... tgh tunggu slip kelas relif... come what may!!! Tgh buat kerja dpt slip relif mulai 8.50 pagi sampai 10.10. Lepas tu layan diri kat pantry.. tgh makan ada guru terjah masuk mengamuk sbb tak dpt surat panggilan mesy sehari seblum tu. Dengar citer dia dah pun pergi mesy tu.. saja nak buat hal. Habis disembur kerani2 pejabat... tapi lepas dtg minta maaf. hati dah terguris.. tetap jadi kenangan. Lepas waktu sekolah ada mesy program esok. Selesai 2.30..Lepas tu tunggu koku pulak. Mula briged siber.... minta ahli bersihkan makmal. Lepas tu kelab bowling.. sembang2 je sbb yang lain dah bawa calon ke Selayang pertandingan bowling. Selesai 4.30 ptg.. siap untuk balik. Sampai rumah dah 5 lebih.. lepas solat nak baring2 depan tv.. . baru nak lelap ameer dtg nak jumpa.. dah lama tak jumpa pun. Bincang2 sampai hampir 7 mlm. Dah na masuk maghrib...makan dulu seblum solat.. lepas tu ke masjid untuk isyak. Balik tak ada mood nak buka nb... duduk depan tv je.. ingat nak masuk tidur lepas 10 mlm... terlajak la pulak sampai 11 mlm.

Tuesday, February 21, 2012

Feb 21

Selasa - awal pagi tidur tak puas... ada sikit2 pening kepala. Mimpi buang air smlm... ada ustaz kata petanda nak dpt malu... ntah le. Ni petang ni nak kena pi ambil moto kat KL.. nak singgah Low yat ambil beg LCD... kelas ada 2... relif blum tau lagi...come what may!!! Perhimpuan sambung penyerahan watikah tak selesai semalam punya. Sebelum masuk kelas ada kelas relif 2 waktu ..tapi bebudak tak ada dlm kelas. Habis masa juga cuma nak set wifi usb kat pc kerani pejabat...driver tak ada. Keluar kelas singgah pejabat ... ada yang minta tengok pc tak dpt akses internet... tak dpt settle.... ada je guru nak guna pc tu. Lepas kelas akhir tumpang sorang lagi cikgu balik. Lepas zohor... panggil teksi sapu kali ni yg lain pulak..nak ke KL ambil motor di Kpg Baru... ingat nak ke stesen komuter.. train pukul 3.10.. lagi 6 minit baru keluar dari rumah mmg tak sempat. Turun kat stesen bas je. Tunggu bas pun dah 1/2 jam. Pukul 3.33 bas bergerak sampai Rawang 4.30 - tambang R3. Turun bas naik bas lagi satu ke KL - tambang RM2. Tanya konductor- cina ntah lelaki ke pompuan tak tau- nak pergi Kpg Baru turun kat mana.. katanya Kota Raya.- tu dekat Pudu Sentral... bas tu lalu kat Jln Tuanku Abfd Rahman.. apa la punya konduktor..bayar RM2 turun 3/4 jln je. Turun le kat bwah stesen lrt jln TAR... lepas tu menapak ke rumah di Kg Baru. ..sampai 6 ptg ngam2. Lepas asar bergerak nak balik .. singgah Low Yat ambil beg LCD - dah 7.07 mlm - ambil, bayar, bergerak balik... singgah kat ESSO depan TESCO Selayang..mcm Sabtu lalu. Lepas maghrib tengok jam dah 8.08 mlm. Dari situ terus perjalanan balik ke KKB... tak boleh bawa laju2 sebab moto baru. Hujan renyai2 dari keluar low yat...kering di jln kucing... sesekali angin sejuk menerjah badan... sesekali terbabas tepi jln sbb tak brapa nak nampak - beza jalan dgn tepi jln... akhirnya 9.15 sampai rumah. Lepas makan -nasi berlaukkan telur goreng dan cili api kicap.. lepas isyak... terus masuk tidur seblum 10.30 mlm.

Monday, February 20, 2012

Feb 20

Isnin - seminggu lagi masuk bulan 3... ada cuti lagi bulan 3. Hari ini lalui dulu dengan apa yang ada. LAN masih ok..schoolnet ok... tapi YES ada problem kot.. lain mcm je klip2 nya. Tak perlu report kot...org kat sana kan senatiasa memantau.. tau le dia zoom rosak.. come what may!!! Ke perhimpunan awal sikit dari mula la kiranya. Mendung sedang berarak laju... ada majlis penyerahan watikah kepada quarter master, kepada pengawas PSS, kepada ketua tingkatan n penolong... hujan pun mula turun tak sempat bagi kepada MPKA (Pengawas sekolah). Katanya samsbung esok pagi pulak. Kelas relif ada hujung hari 12.30 sampai 1.50. Kelas 1 Siber. Lepas perhimpunan buat kerja kat dlm bilik. Dekat2 nak masuk kelas BTPNSel dtg kononnya nak buat penggambaran .. surat terpandang atas meja kat pejabat, tapi sampai lani tak dpt2. Nak shooting buat pernyataan camne sekolah dpt 5 bintang.. nak suruh berbohong la tu..bukan realiti. Lepas hantar depa ke makmal.. ada guru dlm makmal.. dah nak masuk kelas relif. Pusing balik nak jumpa depa nak tanya lebih kurang, dah tak dlm kawasan sekolah. Apatah? Bawa budak surau solat zohor. Loceng balik ... kemas2 nak balik.. cari nak tumpang sapa2.. sampai 2.30 lebih tumpang kaunselor. Sampai rumah buka tengok meja kosong sekosongnya.. nasi tak dimasak.. lauk pun tak ada Pekena roti je calit mentega. .. tak tau pula yang ada kat rumah puasa semuanya. Dah lelapkan mata depan tv... ada pulak yang kejutkan minta sain borang.. tapi tak layak pun nak sain.. suruh jumpa ketua kampung je. Lepas tu dah tak mau lelap mata.. layan tengok tv je. Lepas asar.. pukul 6 lebih.. makan malam. Seblum maghrib semak2 dokumen yang siapkan,..masuk blik air... solat maghrib ngam2 masuk isyak. Selesaikan kat rumah je..lepas tu sambung lagi siapkan dokumen.. ada nak beli rumah kat TDBB, dokumen mesy PASCAP. Seblum masuk tidur strika baju... sebelum 11 dah masuk tidur. Minum kopi makan kek, kek dicicah putus sebelah......!!!

Sunday, February 19, 2012

Feb 19

Ahad - hah akhirnya hari ni rasanya tak ke mana-mana.. boleh siapkan kerja2 menaip yang masih tertangguh...come what may!!! Dari lepas solat subuh.. duduk depan NB utk cuba selesaiakan update blog2. Keluar sekejap pukul 10 pagi ke sekolah hantar LCD, ke kedai, ke pasar dan singgah ke rumah ketua cawangan- minta sign notis mesy. Balik sambung duduk lagi depan nb..tapi baca paper je.. sampai zohor.. sampai asar, lepas tu baru selesaikan urusan notis mesy. Sambil2 browse pages berita...mula kerja dokumen mesyuarat.. baru terperasan banyak lagi nak kena siapkan. Lepas maghrib ke masjid untuk isyak. Tak ada program mlm ni jadi balik awal.. pun dah 9 lebih..singgah beli ice blended. Sambung siapkan menaip bahan mesy agung.. selesai tapi perlu diedit semula.. masuk tidur 11.08 mlm.

Saturday, February 18, 2012

Feb 18

Sabtu - hari untuk berehat.. tak juga. Pagi ni ada mesyuarat agung PIBG.... petang ni nak ke LYat beli LCD... 4 buah sekali.. ada guru order..mlm ni come what may!!! Sblum pukul 8 dah keluar dari rumah ke sekolah. Mesy mula 9 pagi... relaks2 je hari ni tak terkejar2 sangat.. cuma ambil gambar bia suka- AJK dokumentasi... apa susah bahan nak lapor semua ada pencatat mesyuarat.. nak laporan luaran tengok kat blog www.pibgsm3kb.blogspot.com gambar2 pun akan ada disitu. Pekena bihun goreng dulu.. update blog2 yang berkaitan.. sembang2 sambil tunggu mesy mula. Semuanya ok pada mulanya masa perasmian. Bila sampai bab mesyuarat.. nampak harubiru sikit - pada yang faham la.. pada yang tak kisah..tak kisah la. Pengerusi mesyuarat ditunjuk pada penasihat... lantikan ajk kekal yang lama atas cadangan seseorang- yang anak tak ada di sekolah pun lantik semula, yang tak datang mesy pun lantik semula, tiada surat proksi dan akuan terima perlantikan - bukan apa dikuatiri perjalanan pibg terjejas tahun 2012 ni... lantak le kan - ramai yang lebih cerdik pandai ada dlm majlis tu.. ibubapa pun ada yang pegang jawatan di sekolah2 lain pun buat tak faham. Akhirnya selesai juga menjelang 12 tgh.. tumpang makan semeja dengan ydp (dilantik semula) & timb baru. Bergerak balik hampir masuk waktu zohor. Lepas solat siap pulak nak ke KL. Mula2 singgah Kg Baru ambil adik ipar nak tunjukkan kedai motor di Setapak... kira jadila ambil sebiji motor untuk kegunaan anak2 pergi kerja.. YAHAMA Legenda 125ZR..RM5500K... kat KKB 6500K- tunai. Lepas hantar dia balik ke rumah, solat asar dulu.. pastu tu terus ke ow Yat. Jem juga sampai kawasan tu.. tersilap masuk jalan kena pusing lagi habis 1 jam... sampai dah 6.30 ptg. Tak lama ...ambil 4 biji LCD RM999.00 jenis InFOcus... bayar terus keluar... baru 7.05 ptg... blum maghrib lagi, Singgah kat ESSO depan TESCO Jln Kucing untuk maghrib. Dah tu terus balik ke KKB sampai dah 9 lebih. Lepas Isyak tak buat apa dah.. baru 10 leboh ...ingat nak baring2 dulu... terus lena sampai pagi.


Friday, February 17, 2012

Feb 17

Jumaat - sehari lagi sampai terawal.. selagi guru yang selalu sampai awal tak hadir masih boleh pegang rekod untuk minggu ni. Sistem semua masih ok.. cuma SPS masih tak ok. Akses schoolnet masih on... YES pun on.. sapa nak bayar belakang citer. Ptg ni nanti ada mesy jk asrama.. nak ke masjid untuk jumaat pun blum buat keputusan lagi.. naik basikal ka.. tak naik langsung ka..come what may!!! Waktu pun berlalu... untuk sarapan makan lempeng kelala cicah kari.. org pejabat bauat n bawa. Siapkan kerja-kerja utama - RPH minggu ni..masuk kelas relif - satu tingkat atas blok G, satu lagi turun bawah blok D. Time balik ... cari nak tumpang seseorang.. ada la juga rezeki.. sementara ni je sampai minggu depan. Balik dah hampir 1 tgh.. makan nasi beras poni.. duduk dlm blk termenung 1 jam. Nak ke masjid pun dah tak sempat.. nak naik basikal pulak tu. Sebelum 3 ptg panggil teksi sapu (sapa lagi kan ???!!!) untuk ke asrama mesy Jk Asrama. Pekena pulak nescafe, kuih dan roti jala. Nampak perubahan pembekal dulu dan sekarang.. kalau yang dulu berlebih2 baginya siap boleh pau sekali.. yang ni jgnkan lebih.. tak cukup lagi. Habis mesy 5 lebih.. tumpang lagi sorang untuk balik. Sampai je kat Ampang Pecah hujan lebat turun tetiba. Lepas asar lepak je depan tv tunggu maghrib. Lepas maghrib pukul 8 dah keluar di Btg Kali.. mesy. PASKAW ..tumpang juga tu. Ingat boleh habis cepat sebab mula pun cepat 9.30 mlm tapi.... makin banyak isu berbangkit sampai pukul 1 baru tamat. Sampai rumah dah 1.30 pagi.. masuk tidur je terus.

Thursday, February 16, 2012

Feb 16

Khamis - semua nampak ok... tak ada yang pelik2 berlaku..tak ada insiden 2 luar biasa berlaku setakat ni. Sampai awal lagi...first to punch card. LAN dan Akses pun ok.. schoolnet masih on.... ytl zoom pun ok. Ada mesyuarat JK Pengurusan jam 11 nanti... awal pagi ni ada kelas dan 10.30 pagi satu lagi. Keluar kelas tu masuk mesy... come what may!!! Tak ke perhimpunan sbb layan kerja kat dlm bilik ni .. prepare dokumen untuk beli kereta baru..seblum masuk ke kelas ke2 . Keluar kelas minum2 kat pantry ..ada belanja bihun... pusing2 survey LCD & skrin dlm kelas2..10.30 masuk kelas lagi.. keluar kelas terus ke mesyuarat JK Pengurusan. Dari 11.30 .. keluar solat zohor kat surau... habis mesy hampir 3 ptg. Sementara tunggu nak tumpang balik..pekena kopi n keropok dulu. Sampai rumah lambat lagi nak asar.... lepak depan tv... terlelap sekejap. Lepas asar 6.30 ptg.. ada india dtg minta fotostat..Lepas maghrib browse net cari maklumat sikit pasal kereta perodua.. ada guru nak jual VIVA...check2 harga di pasaran.. sementara tunggu jurujual MYVI dtg nak ambil dokumen. Elok masuk Isyak dia pun sampai.. lepas Isyak biar anak 2 layan dia.. keluar ke rumah kontraktor bersama SU & Bendahari bincang pasal tukar bumbung masjid. Ada rezeki pula.. hidang bihun goreng teh kaw punya. Selesai bincang, sembang politik ... lalut sampai 11 lebih. Balik masuk tidur dah 11.30 lebih.. tak boleh lelapkan mata sampai 1.30 lebih. Nak makan kek... kopi pulak tumpang...nyamuk pun kacau2.. akhirnya lena juga.


Wednesday, February 15, 2012

Feb 15

Rabu - pagi ni ongumah kena pi Shah Alam... anak 2 masih kerja di Sg Choh... dtg sekolah terawal lagi hari ni. Ptg ni ada koku.. balik lewat lagi... come what may!!! Kelas tak ada tapi pasti ada relif. Pagi ni tunggu kat tempat punch card sambil bagi kad ahli PSKPP sambil tu tegur guru2 yang masih mcm tak biasa dengan punch card. Tak salah mereka pun.. tak ada panduan tak ada tunjuk ajar.. Sistem mudah..mesin bijak.. tak perlu tekan2 kad, salah page dia reject.. lepas punch masuk bakul.. bila punch out letak tempat asal.. tak payah ada orang nak susun tiap hari.. simple punya arahan tapi tak dibagi.. bukan urusan ana pun sebab tu tak nak campur. Tapi mana boleh diam je kena juga sampaikan tapi bukan kewajipan tetap. Dpt relif pukul 8.50 - 10.10. Sebelum tu minum kat pantry.. nak tolong gorengkan nasi yang dah sejukbeku 2 hari lepas punya. Siap kisar bawang dah nak kena masuk kelas. Semangat nak bagi motivasi terus hilang bila masuk kelas tu... 6 budak pompuan tak ada dlm kelas. Tanya yang ada pun buat muka poyo je.. nak jawab pun malas. Dah le habis 30 minit cari kelas...masuk kelas berdepan dengan pelajar yang poyo2. Buat kerja sendiri je le. Keluar kelas terus goreng nasi... dpt la 5-6 org makan. Sambil tu siap juga kerja apa yang patut sampai waktu balik. Tak boleh nak balik sbb ada koku - ingat ada briged siber rupa2 unit uniform. Sementara tu solat di surau... kirim beli pisang goreng.. minum kat pantry.. minum petang la katakan. Pukul 4 ada perjumpaan kelab boling.. masuk kejap tengok tgh bincang pasal aktiviti tahunan. Janji nak jumpa jurujual MyVi... minta dia datang sekolah... boleh juga tumpang balik rumah sambil bincang pasal nak beli MYVI. Pukul 5 lebih baru dia sampai.. balik ke rumah dah hampir 6 ptg .. selesai bincang hujan pulak turun tgh lebat ...dah 6.30. Lepas asar nak print penyata gaji tak boleh masuk lamannya... url lain ok je. Sebelum azan maghrib makan dulu lauk2 yang anak 3 bawa balik... isyak di masjid ada kelas tajwid. Singgah rumah SU ambil gambar majlis maulid. Balik dah tak larat nak buat apa2... masuk tidur jam 10 mlm.

Tuesday, February 14, 2012

Feb 14

Selasa - pagi ni sampai lagi awal... 6.45 pagi. Anak 2 hantar sebelum dia ke tempat kerja. Punch card problem lagi.. bukan rosak rupa2nya ada yg tutup suis petang smlm... bateri pun habis. Nak caj balik ambil masa kot. Hari biasa2 je... kerja biasa2 je... come what may!!! Baru nak mula kerja dpt satu envelope kad ahli PSKPP. Dah nak kena edar secepat mungkin.. rupa2nya termasuk staf sokongan. Kena la pulak buat kutipan khas drp mereka. Jalan sana jalan sini hari ni.. masuk kelas ..masuk relif (bebudak tak ada dlm kelas pulak - tapi dah naik turun tangga)... sampai le waktu nak balik.. kelas akhir pun waktu akhir. Ptg tak ada event apa2.. cari nak tumpang balik je le. Sampai rumah sebelum 3 ptg. Lepas zohor buka nb nak buat surat2... mengantuk pulak baring sekejap sampai 5 ptg. Ada yang memanggil kat luar rumah. Lepas asar sambung lagi akses apa yang boleh update itu ini, cari peta ke Pusat Latihan Sek 5 Shah Alam, ongumah nak pergi esok.... sampai maghrib. Isyak di masjid.. ingatkan ada bincang2 pasal projek tukar bumbung masjid tapi satu lagi pihak tak sempat dihubungi. Terus balik. Tak lama depan NB.. masuk tidur menjelang 11 mlm.

Monday, February 13, 2012

Feb 13

Isnin - hari ni anak 2 pi interview kat PERODUA.. bawa trajet. Pi sekolah naik teksi sapu.. sapa lagi Ketua Kampung @pengerusi JKKK. Sampai sekolah awal sebelum 7 pagi. Lepas2 ni..come what may!!! Lepas perhimpunan ada perbarisan, ada penyampai watikah guru penasihat unit uniform, ada perasmian NILAM. Selesai kutipan khas dan borang ICT kecuali 3 orang guru. Masuk kelas relif pukul 11.50-1.10 tapi ada guru lain nak guna bebudak pompuan kelas tu.. lagipun mmg tinggal budak pompuan je sbb kelas ERT. Dapatlah habiskan kerja kat dlm bilik.. dan makan2 kat pantry. Sejak pagi pagi makan free... tempahan untuk odit yang tak jadi dtg ke sekolah. Lepas zohor kat surau.. masuk mesy kualiti tapi tak ada pulak kerja khusus... nak minta ambil gambar je tak payah la nak tunggu sampai habis. Tapi nak keluar / balik pun tak boleh, kenderaan tak ada.. dok kena tumpang rakan2 yg sehala. Tunggu la sampai 4 ptg.. ada makan lagi - kuih je & teh tarik. Dah minta nak tumpang, tapi cikgu tu nak solat zohor dulu..tunggu sampai 4.30 baru bergerak balik. Sampai rumah dah masuk asar. Anak 2 belum balik... lepas waktu kerja katanya nak ke Rawang cari kasut & jaket. Baru nak mula kerja dah suruh beli macam2... kerja pun bukan lama ..sampai akhir bulan 3 je. Tak pa... keluar sikit modal, biar hati dia senang. Baru buka nb nak update blog2 .. ada jiran dtg nak offer kerja untuk anak 3. Dia pun baru balik dari Putrajaya interview kerja... dah bertindih offer. Terserah la nak ambil mana yang sesuai. Sempat semak tiket flight ke medan... masuk maghrib. Lepas makan sayur sambil update blog sikit lagi..ke masjid untuk isyak. Lepas tu bincang2 dgn SU dan Bendahari pasal nak tukar bumbung. Balik sampai rumah dah 10 lebih...buat itu ini itu ini..masuk tidur seblum 11 mlm.

Sunday, February 12, 2012

Feb 12

Ahad - walaupun cuti .. walaupun nak rehat lepas kerja smlm.. byk pulak aktiviti harini. Pagi ni jap lagi ada mesyuarat agung khiarat kematian KKB, pastu ada bincang khas pasal lawatan upkkkb, pastu ada kenduri di btg kali... terus nak tunjuk jalan anak 2 nak ke sg choh esok pagi..pastu nak ke rawang cari seluar dia nak kerja esok.. come what may!!! Keluar dari rumah 8.30 pagi lepas sarapan ringan (jangkakan makan kat mesy nanti). Mesyuarat Khariat Kematian kKB mula 9 pagi. Jangkakan selesai 11 pagi tapi ada puak yang nak tunjuk pandai dilantik jadi pengerusi mesyuarat..lalut sampai 12 tgh.Dilantik jadi Pen Setiasuaha... spt dijangkakan. Makan lepas mesy pun tergesa2... terus ke pejabat tapak pasar peladang..bincang2 pasal lawatan ke Indonesia. Keputusannya.. ditangguhkan atas sebab2 perbelanjan melonjak sampai >1K, ada ahli yang diarah jgn keluar dr Malaysia (sbb PRU dijangka bulan 3 - kalau betul Parlimen kena bubar bulan Feb ni- kalau nak buat PRU dlm 20 hari???) Selesai bincang2 dah pukul 1 lebih. Balik lepas zohor terus bersama anak 2 ke Sg Choh ikut jalan belakang...Bkt berutung-Sentosa. Timing ambil masa 30 minit. Terus je ke Rawang, masuk GIANT cari baju n seluar n tali pinggang... cari sekali seluar sendiri - sekali beli brg rumah sikit... habis >rm300. Balik singgah makan kat rojak kat serendah. Sampai rumah dah 6 lebih ..ada pulak yang nak jumpa bincang2 jkkk... pasal gelanggang futsal... pasal mohon kambing...asar pukul 7 ... lepas tu maghrib. Isyak kat masjid.. balik siapkan dokumen minit mesy jkkk untuk serah kepada penghulu untuk tandatangan. Hai cepat betul masa berlalu... dah nak kena hantar notis mesy bulan 3 pulak.. tapi yang terdekat ni nak hantar notis mesy agung PASCAP. Tak boleh bagi lebih masa.. masuk tidur seblum 11 mlm.

Saturday, February 11, 2012

Feb 11

Sabtu - sekolah hari ni.. ganti cuti TBC lalu... ada program MaulidruRasul.. ada surat jemputan hadir kursus haji pulak... come what may!!! Ke aekolah ikut time biasa... sampai je mcm biasa juga pintu pejabat tak buka. Tak kiash la masuk ikut pintu bilik sendiri. Sempat parking kat sini sebelum ke perhimpunan untuk acara maulidurRasul. Sempat siapkan edaran kutipan khas bapa guru meninggal... sambil2 pusing buat kutipan. Selesai satu sesi, rehat lepas tu ada sesi ceramah pulak. Di dewan utk bukan Islam, di asrama 2 dewan poleh 2 ustaz berasingan. Semakin lewat masa semakin kurang guru yang tinggal..mcm biasa juga. Kena wakilkan pengetua bagi saguhati kepada 2 penceramah penutup majlis. Balik rumah hampir 1.30. Nak kena ke masjid pulak nak tengok persiapan memasak utk majlis mlm ni . Sebelum tu ke bengkel kereta nak tengok kereta merah.. bengkel pulak tutup. Singgah masjid... masakan hampir siap. Nasi briani, kambing kari,ayam merah madu,jelatah. Ada pulak nak makan cempedak goreng.. belikan tepung dan ambil buah cempedak kat rumah siak di Tanjak. Balik siapkan bahan utk mlm ni..slide presentation. Lepas asar ke masjid semula setting LCD pasang kain skrin. Balik dah dekat 7 mlm.. nak keluar awal ke DArul Quran ambil pelajar untuk slot mlm ni. Pergi 2 kereta bersama bendahari masjid. Elok azan sampai ke masjid. Dah nak mula acara mlm ni SAMBUTAN MAULIDURRASUL. Lepas maghrib ngam2 sbelum 8 mlm dah bermula. dengan bacaan ayat2 suci al-quran. Terpaksa jadi MC... terpaksa uruskan LCD... terlupa nak bawa kamera kalau tak tambah satu lagi kerja. Bagi ucapan aluan sikit..slit pengumuman sikit. Lepas berzanji persembahan selawat dan qasidah... sesuatu yang agak baru. Yang hadir nampakl terpegun... rupa2nya lebih daripada jangkaan. Lepas tu ceramah pun diubah style.. jadi sesi dialog agama.. lanjut sampai 10.30 baru solat Isyak. Lepas tu baru dpt kejutan.. nasi bungkus 70 kotak dah habis... yang dlm masjid masih ramai belum keluar.. tersasar jangkaan... tersilap perhitungan. Hidangan untuk 50 orang -DQ, murid Baitul Hasanah, pel MRSM dpt makan... jemaah tempatan tak ada rezeki. Kena ambil positif perkara ni... mmg tak ada rezeki. Ada yang tunggu dpt la merasa apa yang tinggal - pengerusi pun makan nasi dgn jelatah je. Iktibar buat jk pelaksana - perubahan sedang berlaku.. masyarakat sudah menerima aktiviti yang dibuat masjid ampang pecah.. sambutan semakin menggalakkan dari semasa ke semasa. Tapi lepas insiden mlm ni, mauke depa dtg lagi.. wallahualam. Hantar bebudak DQ dah 11 lebih..terus balik rumah.. dan masuk tidur seblum 12 mlm.

Friday, February 10, 2012

Feb 10

Jumaat - penghulu segala hari bertemu lagi.. alhamdulillah. Pagi ni ada program2 di sekolah tapi tak masuk ajk...cuma sibuk nak bagi pinjam LCD kpd ajk yang terlibat. Petang ni ada mesyu jk alumni.. come what may!!! Dapat 2 kelas relif - 9.30 3C...dpt kempen projek PASTI A.. dan 10.10 4D bagi tazkirah motivasi je. Minum kat pantry je... mula dgn biskut cicah kopi pegaga.. pastu ada yg bawa bihun dan mee..pekena sikit lagi. ubat lupa bawa lagi. Sampai waktu balik..urusan dengan pembekal WAJUNA.. pulangkan NB yang dihantar untuk baiki bukan yang dihantar.. org lain punya gamaknya. Lepas Jumaat...singgah kedai moto survey harga untuk anak 2 yang nak mula kerja Isnin ni. Balik.. keluar semula ke sekolah .. singgah ambil paspot.. ada mesyuarat ALumni. Selesai awal juga.. sebelum 4.30 ptg. Tok tek tok tek..pukul 5 lebih juga balik rumah. Lepas asar lepak2 depan tv.. masuk maghri ...masuk isyak. Mula nak buat dokumen mesyuarat agung PASCAP... sambil tengok tv3 movie.. masuk tidur 12 lebih.

Thursday, February 9, 2012

Feb 9

Khamis - Awal pagi tadi seblum bergerak ke sekolah SU dtg minta sain surat. Pagi ni nak jumpa bebudak nak maib boling wakil sekolah ke peringkat daerah... 12,30 ada mesy TK..kalau dpt relif waktu tu.. come what may!!! Waktu pertama masuk kelas... keluar kelas buat kerja dlm bilik.. siapkan bahan mesy Tabung Kebajikan... luar bilik ....masuk bilik. Kelas kedua 10.30 pagi... masuk bilik keluar bilik sampai 12 tgh... layan sat pembekal tasly sbelum mesy tk mula 12.30. Habis RM420 (dansehen & teh hijau). Mesy selesai 1.50... bergerak balik 2.30 ptg. Singgah pej imigresen paspot tak siap (yang janji siap 1 jam dulu tu). Sampai rumah dah 3 ptg.. lepas zohor keluar ke Baitul Hasanah hantar surat. Singgah kat sekolah pekena pisang goreng.. sembang2...balik dekat 5 ptg. Lepas asar lepak2 depan tv... nak buka nb pun akses susah sgt. Line streamyx anak 2 pakai (lagipun semenjak dua menjak ni nb ni tak mau connect ke streamyx dah)... nak guna YES tak ada connection kat Ampang Pecah ni, nak guna celcom braodband lembab tak tahan. Lepas maghrib... tunggu isyak...tak sempat nak siap ke masjid dah azan. Sementara tunggu nak masuk tidur, selesai minit mesy jatikap ke 2.. masuk tidur 10.30 mlm. Minum kopi makan kek tapi kek tak cicah dalam kopi.

Wednesday, February 8, 2012

Feb 8

Rabu - sekolah hari ni. Mula guna punch card untuk kehadiran. Kurang satu tugas harian.. nak semak dan print... yg lebih penting nak menjawab pertanyaan bila nak rekod kehadiran guru. Tak ada kelas.. menanti kelas relif.. come what may!!! Pi kantin minum sbb rasa lapar.. dpt relif pukul 12.30 -1.50 kelas 2D. Sepanjang hari buat itu ini... siapkan apa yang boleh.. edar mana yang sempat. Dpt pula contoh batik untuk staf pakai.. buat tinjauan dulu. Singgah minum kopi kat pantry sblum masuk kelas relif.. bebudak dah tunggu depan makmal. Keluar sat solat zohor sbb hari ni balik lambar..ada koku. Ke pej imegeren tambah tempoh.. kena isi borang lagi, ambil gambar lagi.. tunggu hampir 1 jam bukan siap dapat cuma siap proses. Ambilnya esok juga. Balik ke sekolah dah dekat 5 ptg. Sampai rumah hampir 6 ptg. Rehat sekejap lepas asar... lepas maghrib ke masjid isyak ada kelas tajwid. Balik siapkan laporan upkkkb. Tengok tv sat citer singapura 1942, pastu penjara changi. Masuk tidur pun dah 11.30 lebih.


Tuesday, February 7, 2012

7 Feb

Selasa - masih cuti -hari ni taipusam. Dah balik ke KKB.. nak singgah Sitiawan tak jadi. Nak settle beberapa perkara pagi ni... urusan sekolah dan urusan lawatan...come what may!!! Sebelum keluar dari rumah..keluar dulu cari makanan untuk anak2... dpt nasi lemak je. Dah tu keluar semula untuk ke sekolah.. singgah kedai makan dgn ongumah (nak sambung kerja semalam tak selesai kat bilik seni)....pekena lontong je. Ni dari bilik server sekolah - nak siapkan dokumen kehadiran esok, nak siapkan dokumen2 lain.. nak singgah ke pasar peladang nak naikkan iklan lawatan. Sampai kat sekolah sblum 9 pagi.. dah siap cetak kehadiran untuk minggu ni. Nak pi letak kat bilik guru tengok CC dah siap pasang punch card. Kononnya semua dah tahu perubahan ni... keputusan mesy JK Pengurusan khamis lalu. Lantak le... nak aku kisah. Tengok je la esok mcm mana penggunaannya.. .dan komen2nya. Selesai cetak mencetak dokumen, pergi ke pasar peladang selesaikan perkara dengan Sarit (penyelia pasar). Balik semula duduk pulak kat dlm bilik seni. Download selawat nabi dan keramat.... kena blog kat apa yes ni ..atau dah habis kredit. Tukar pakai boradband celcom. Tak habis kerja dah nak balik. Sampai rumah dah masuk waktu zohor.. tak makan pun..ratah sayur dgn ikan je. Lepas solat baring2 sampai hampir 6 ptg. Lepas asar buka nb nak buat laporan kebun upk... tak jadi sbb tak ada program photoscape.. nak kena cari kat CD. Dah masuk maghrib pulak.. ke masjid untuk isyak. Lepas tu ada bincang2 lagi pasal aktiviti hari Sabtu nanti. Balik dah 10 lebih... tengok tv sat sebelum masuk tidur 11.30 mlm.

Monday, February 6, 2012

Feb 6

Isnin - melapor dari Penang. Sampai. semalam 12 tgh hari.. sempat hadir majlis akad nikah.. sempat pergi IT Fair di PISA. Hari ni jap lagi nak keluar cari sarapan,, hotel tak sediakan ... cofffee house pun tak ada kat sini. Cari kedai mamak je la nampaknya. Pukul 10 lebih nak kena chechout... terus ke tempat walimatulrurus. Orang India pun tengah sibuk urus juga.. sambutan taipusam. Semalam dah riki jln ke dewan majlis nak diadakan, betul2 dengan laluan sambutan taipusam. Dah ada 2-3 khemah/gerai depan dewan. Walaupun jalan tak ditutup tapi pasti jem teruk punya... kalau murugan depa tgh lalu masa tu..kena la follow kut belakang. Tak ada jalan lain dah nak menghala ke sana... come what may la kan !!! keluar sarapan kat PELITA - pekena roti capati/canai -RM1.50 sekeping dah... air halia kosong pun RM1.20. Lepas tu jln2 tengok bangunan lama.. ada Masjid Pakistan- nak kait dengan citer Subky Latif dlm Anak Apak... ada Sun Yat Sen Center...tak tau apa fungsinya. Balik ke bilik sementara tunggu 10.30 pagi..sambung layan RL6. Check out pukul 11 pagi... sampai Dewan Penyayang Jln Utama Pulau Pinang- sebelah rumah gabenor PP. Tak ramai yang sampai - sedara2 je tengah siapkan tempat. Makanan pun belum sedia lagi. Sembang2 dulu... cerita2 lama- hubungan keluarga. Tapi susah nak absorb.. biarkaniaberlalu - lain kali jumpa citer lagi. By 12 dah mula makan.. boleh tahan masakannya - nasi briani, daging kicap pedas, ayam kari, dalca sayuran,timun salad kuah kacang. Rasa macam nak tambah makan tapi dpt kawal diri hingga ke akhir waktu. Bergerak balik lepas 1.30 ..pengantin pun dah lama sampai. Sedara2 lain tgh sibuk nak merinjis pengantin. Singgah kat Petronas solat zohor-asar... pastu terus bertolak balik. Semalam rancang nak singgah kat Sitiawan jumpa Cikgu Koya - depa ada buat makan2 ikan bakar mlm semalam - tu yang ingat nak singgah hari ni... tapi rasa letih sgt. Kalau sampai sana pun dah lewat petang. nak bermalam di rumah Cikgu Koya pulak...lain kali je la. So terus je pejalanan sampai rumah sebelum 6 ptg. Rehat2 seblum maghrib... terus ke Isyak...terus rehat2 depan tv. Masuk tidur 10.30 mlm. Minum kopi makan kek tapi tak kek dgn kopi tak ngam rasa....nak buat camne?!?

Sunday, February 5, 2012

Feb 5

Ahad - rancang pagi ni nak bergerak ke Penang puluk 7 pagi. Semalam ada yang tak nak ikut sama tapi tak maklum awai2.. jadi masa berlalu... baru nak mula buat kerja sambil tunggu ntah pukul brapa nak bergerak.. anak 2 dah siap. Terpaksa tangguh kerja dan siap keluar dari rumah 8.30 pagi ber2 saja. Anak 2 bawa kereta. Dari mula bergerak sampai ke Sungai Perak baca paper habis dari muka ke muka. Try akses net pakai YES mobile.. dapat laju je tak putus sampai jambatan PP. Terpaksa stop sebab nak tunjuk jalan bila dah masuk penang. Tapi rasa puas hari la guna YES ni. Dah masuk pulau ni nak cari tempat penginapan. Call kakak tanya kalau ada hotel /motel yang berdekatan. Dah singgah kat Heritage 1936.. full house. Kakak rekomenkan Hotel Grand Paradise kat Jln MacAlister. Kebetulan tengah runding booking bilik untuk program yang nak diadakan. Kakak call pengurus hotel booking.. jadi sampai terus checkin .baru pukul 1 blik nombor 705. Bilik 2 katil single bed, ada tv astro, aircond... 3 bintang la itu. Ada org lain dah booking awal2 disuruhnya checkin pukul 2 juga. Mungkin bilik belum kemas gamaknya. Lepas zohor-asar, keluar semula ke kampung syed (kelawai) untuk majlis akad nikah anak kepada kakak punya kakak ipar.. anak buah dia le tu. Sampai keat rumah tu sebelum pukul 3.. rombongan pun sampai tak lama lepas tu. Selesai sebelum 4 ptg.. makan2 sembang sampai 5 lebih.Pekena baikpunya nasi briani ayam - rotu 2potong cicah masakan arab bohemia - mcm jari tapi bukan kari cuma banyak bendi. Kira sudah silap la sikit makan nasi bukan dan lauk tu tapi da salad timun... dah biasa makan nasi taruk kuah.. jadi taruk kuah bohemia tu la. Mana nak tay lani dah masuk resepi dari Arab pulak kat Penang ni. Rupa mcm kari.. pekena dengan nasi la. Tapi tak lepas juga makan roti dan kuih2 melayu yang dah lama tak makan. Kuih lompang ada (mcm kuih kesui tapi dibuat bulat2 kecik, bengkang tepung+kacang ada, karipap inti baik punya pun ada. Lepas makan pukul 4 ..ulang2 makan kuih2 buat minum petang pulak. Teh tarik +sirap tak sentuh... dok cari air suam/mineral tak ada secawan pun. Tak minum la selama tu. Minta diri dah hampir 6 ptg.. terus ke PISA ada IT Fair. Beli 2 barang RM10 (vakum & ext 4 usb), beli kertas glossy, dah tu tunggu lelong tepat 7 mlm, Bid untuk beli speaker usb RM40..ada orang sampai 60 lebih. Semua barang dilelong dengan harga mula RM1 - 4Gthubmdrive, headphone, printer HP, speaker dan Ipad2. Ada India tu nak tunjuk lagak buka biding IPAD RM1K.. tukang lelong pun tegur sbb potong stim... dia nak drag sampai lama2 kot tapi dah start 1K..habis cepat orang bid sampai 13XX. Tak sampai 1/3 jam selesai lelong. Pusing lagi 1 round ..beli kertas.. terus keluar dan balik hotel. Lepas Isyak-maghrib teringat belum login kat sini... lepas update ni nak rehat dan tidur la.






Saturday, February 4, 2012

Feb 4

Sabtu - nak kena pi seminar di Kajang tajaan PIBG. Yang janji semua tak tepat.. kena la paksa anak2 ikut untuk ganti....come what may!!! Dah ajak guru lain ganti untuk pergi sorang pun tak nak. Ongumah sendiri pun tak nak.. nasib baik anak 2 tak reject. Last minit member semalam setuju pergi pun ada hal. Terpaksa pulak kejutkan anak4 minta ikut. Pukul 8 lebih baru keluar dari rumah... ketua unit pula call nak bincang pasal lawatan. Singgah rumah di dulu. Dekat 9 pagi baru tuju ke Kajang. Cari Jln Reko pun habis dekat 1 jam... masuk ke bilik seminar dah dekat 11 pagi. Berhenti makan tghbari pukul 1 lebih.. solat kat petronas berdekatan. Masuk semula sambung lagi .. seminar pasal ScoreA je. Habis 5 lebih.. minum petang sembang2.. singgah asar kat petronas juga.. sampai rumah hampir 8 mlm. Baru lepas maghrib.. sambung ke isyak. Nak habiskan baca Anak Apak seblum nak masuk tidur awal sikit mlm ni.




Friday, February 3, 2012

Feb 3

Jumaat - lapor terus dari Dewan Gemilang Asrama. Lepas hantar ongumah & anak 5, terus ke asrama ni. Ada program motivasi untuk pelajar PMR yang dijangka cemerlang. Akses cantik dari sini... pakai YES. Semalam dimaklumkan org sana boleh pantau penggunaan YES ni. .elok la biar depa tau kerja guru bukan saja kat sekolah... dan bukan ikut waktu kerja. Ni ada banyak kerja tak beres untuk hari. Baru teringat buku rekod mengajar tak isi lagi... lepas program ni sempat ke nak buat... come what may!!!selesai kerja kat asrama sempat ke seklah lepas 11 pagi. Selesaikan dulu buat RPH..sempat la hantar. Ada yang nak jumpa pun minta jumpa ptg nanti. Yang nak hantar bekalan ubat pun tak jadi dtg. Balik mcm biasa. Lepas solat jumaat, ambil ongumah.. salin baju, keluar semula ke mesy jatikap. Mula 3.30 ptg..mana boleh nak tepat... ada je yang sampai lewat. Habis mesy 5 ptg... kemas itu ini jam 6 baru sampai rumah. Sempat asar... lepas maghrib baring terus terlena sampai 10.30 mlm. Bangun untuk isyak... baca Anak Apak sampai 12.30 masuk tidur.

Thursday, February 2, 2012

Feb 2

Khamis - sedang menanti seseorang untuk ke PKG Kg Soeharto.. sedangkan hari ni ada mesyuarat jk pengurusan. Terlepas lagi peluang nak bentang mcm. Lepas tu ada pulak taklimat program pagi esok.. nak kena siapkan slide show....come what may!!! Lepas 7.30 baru nak bergerak pergi.. sampai 8.45 pagi kat PKG Kg Soeharto. Kandungan bengkel berulang mcm tahun-tahun lepas.. tapi nampaknya Penyelelaras PKG Kalumpang ni ada vision sikit.. ada hajat nak selaraskan pengurusan makmal & ict... tapi tu la dokumentasi rasanya mcm yang kita-kita buat je sejak 10 tahun lalu. Tak kisah la untuk kebaikan bersama. Cumanya bolehka yang lain2 tu ikut dan akur dengan prosidur berjela2 yang dibentangkan. Selesai sesi hampir 3 ptg.... sampai KKB 4 ptg. Sempat zohor lepas tu asar... keluar jumpa bendahari upkkkb serahkan buku akaun. Balik rumah dah 7 mlm..baca Anak Apak sebelum solat maghrib. Lepas tu ke masjid isyak.. bincang2 dengan Setiausaha majlis maulid sabtu depan. Balik 9 lebih... tv dah tak sempat nak tengok 2-3 minggu ni... siapkan dokumen untuk mesy JATIKAP esok...nak online pun tak ada mood .. masuk tidur je 11 mlm.


Wednesday, February 1, 2012

Feb 1

Rabu - Sejak semalam kerja nak diselesaikan makin tertambah... slide presentation untuk PIBG blum start lagi (mesy 11/2/12), skrip selawat nabi untuk program maulidurrasul blum cari lagi (11/2/12), semak akaun upk blum selesai... seliseh 20sen je... kalau seliseh besar2 senang cari.. ni kecik2. nak cari angle yang tepat... apa lagi ni hah dokumen untuk lawatan ke Padang-Bukit Tinggi.. draftnya dah ada kira ok la sikit... dpt pulak surat esok ada bengkel kat PKG Kg Soeharto.. nak pergi ke tidak.. come what may!!!Baru nak rasa lega dpt relif waktu 1-2. Pi nak masuk kelas gurunya ada dlm kelas.. tapi klas sebelah tak ada guru.. tak masuk la sbb relif bukan kelas tu. Masuk semula ke bilik.. settle dokumen lawatan... set pulak akses pakai YES kat makmal It..selesai, try pulak kat makmal bestari.. direct 1 YES 1 switch. Singgah minum pagi dan makan tengah hari kat pantry... ptg ada aktiviti. Perjumpaan Briged... pastu kelab boling. Sebelum tu ada jemputan untuk ambil gambar perasmian bilik Kelas Aliran Arah KAA. Atteng bebudak briged bawa ke makmal tunjuk itu ni sampai habis waktu. Boling ada cikgu lain handle...teman je kat dlm bilik tu. Selesai urusan dah 5 lebih. Balik lepas asar buka akaun upk.. cari 20 sen..jumpa pun. Selesai cetak mencetak... tunggu maghrib baca lagi Anak Apak. Lepas maghrib ke masjid ada kelas tajwin..lepas isyak balik je tak ke mana2 lagi. Try YES mobile ..tak ada konektion..nak update blog pun lambat pakai broadband..masuk tidur je 11 lebih sikit.