Saturday, February 11, 2012

Feb 11

Sabtu - sekolah hari ni.. ganti cuti TBC lalu... ada program MaulidruRasul.. ada surat jemputan hadir kursus haji pulak... come what may!!! Ke aekolah ikut time biasa... sampai je mcm biasa juga pintu pejabat tak buka. Tak kiash la masuk ikut pintu bilik sendiri. Sempat parking kat sini sebelum ke perhimpunan untuk acara maulidurRasul. Sempat siapkan edaran kutipan khas bapa guru meninggal... sambil2 pusing buat kutipan. Selesai satu sesi, rehat lepas tu ada sesi ceramah pulak. Di dewan utk bukan Islam, di asrama 2 dewan poleh 2 ustaz berasingan. Semakin lewat masa semakin kurang guru yang tinggal..mcm biasa juga. Kena wakilkan pengetua bagi saguhati kepada 2 penceramah penutup majlis. Balik rumah hampir 1.30. Nak kena ke masjid pulak nak tengok persiapan memasak utk majlis mlm ni . Sebelum tu ke bengkel kereta nak tengok kereta merah.. bengkel pulak tutup. Singgah masjid... masakan hampir siap. Nasi briani, kambing kari,ayam merah madu,jelatah. Ada pulak nak makan cempedak goreng.. belikan tepung dan ambil buah cempedak kat rumah siak di Tanjak. Balik siapkan bahan utk mlm ni..slide presentation. Lepas asar ke masjid semula setting LCD pasang kain skrin. Balik dah dekat 7 mlm.. nak keluar awal ke DArul Quran ambil pelajar untuk slot mlm ni. Pergi 2 kereta bersama bendahari masjid. Elok azan sampai ke masjid. Dah nak mula acara mlm ni SAMBUTAN MAULIDURRASUL. Lepas maghrib ngam2 sbelum 8 mlm dah bermula. dengan bacaan ayat2 suci al-quran. Terpaksa jadi MC... terpaksa uruskan LCD... terlupa nak bawa kamera kalau tak tambah satu lagi kerja. Bagi ucapan aluan sikit..slit pengumuman sikit. Lepas berzanji persembahan selawat dan qasidah... sesuatu yang agak baru. Yang hadir nampakl terpegun... rupa2nya lebih daripada jangkaan. Lepas tu ceramah pun diubah style.. jadi sesi dialog agama.. lanjut sampai 10.30 baru solat Isyak. Lepas tu baru dpt kejutan.. nasi bungkus 70 kotak dah habis... yang dlm masjid masih ramai belum keluar.. tersasar jangkaan... tersilap perhitungan. Hidangan untuk 50 orang -DQ, murid Baitul Hasanah, pel MRSM dpt makan... jemaah tempatan tak ada rezeki. Kena ambil positif perkara ni... mmg tak ada rezeki. Ada yang tunggu dpt la merasa apa yang tinggal - pengerusi pun makan nasi dgn jelatah je. Iktibar buat jk pelaksana - perubahan sedang berlaku.. masyarakat sudah menerima aktiviti yang dibuat masjid ampang pecah.. sambutan semakin menggalakkan dari semasa ke semasa. Tapi lepas insiden mlm ni, mauke depa dtg lagi.. wallahualam. Hantar bebudak DQ dah 11 lebih..terus balik rumah.. dan masuk tidur seblum 12 mlm.

No comments:

Post a Comment