Tuesday, February 7, 2012

7 Feb

Selasa - masih cuti -hari ni taipusam. Dah balik ke KKB.. nak singgah Sitiawan tak jadi. Nak settle beberapa perkara pagi ni... urusan sekolah dan urusan lawatan...come what may!!! Sebelum keluar dari rumah..keluar dulu cari makanan untuk anak2... dpt nasi lemak je. Dah tu keluar semula untuk ke sekolah.. singgah kedai makan dgn ongumah (nak sambung kerja semalam tak selesai kat bilik seni)....pekena lontong je. Ni dari bilik server sekolah - nak siapkan dokumen kehadiran esok, nak siapkan dokumen2 lain.. nak singgah ke pasar peladang nak naikkan iklan lawatan. Sampai kat sekolah sblum 9 pagi.. dah siap cetak kehadiran untuk minggu ni. Nak pi letak kat bilik guru tengok CC dah siap pasang punch card. Kononnya semua dah tahu perubahan ni... keputusan mesy JK Pengurusan khamis lalu. Lantak le... nak aku kisah. Tengok je la esok mcm mana penggunaannya.. .dan komen2nya. Selesai cetak mencetak dokumen, pergi ke pasar peladang selesaikan perkara dengan Sarit (penyelia pasar). Balik semula duduk pulak kat dlm bilik seni. Download selawat nabi dan keramat.... kena blog kat apa yes ni ..atau dah habis kredit. Tukar pakai boradband celcom. Tak habis kerja dah nak balik. Sampai rumah dah masuk waktu zohor.. tak makan pun..ratah sayur dgn ikan je. Lepas solat baring2 sampai hampir 6 ptg. Lepas asar buka nb nak buat laporan kebun upk... tak jadi sbb tak ada program photoscape.. nak kena cari kat CD. Dah masuk maghrib pulak.. ke masjid untuk isyak. Lepas tu ada bincang2 lagi pasal aktiviti hari Sabtu nanti. Balik dah 10 lebih... tengok tv sat sebelum masuk tidur 11.30 mlm.

No comments:

Post a Comment