Wednesday, February 15, 2012

Feb 15

Rabu - pagi ni ongumah kena pi Shah Alam... anak 2 masih kerja di Sg Choh... dtg sekolah terawal lagi hari ni. Ptg ni ada koku.. balik lewat lagi... come what may!!! Kelas tak ada tapi pasti ada relif. Pagi ni tunggu kat tempat punch card sambil bagi kad ahli PSKPP sambil tu tegur guru2 yang masih mcm tak biasa dengan punch card. Tak salah mereka pun.. tak ada panduan tak ada tunjuk ajar.. Sistem mudah..mesin bijak.. tak perlu tekan2 kad, salah page dia reject.. lepas punch masuk bakul.. bila punch out letak tempat asal.. tak payah ada orang nak susun tiap hari.. simple punya arahan tapi tak dibagi.. bukan urusan ana pun sebab tu tak nak campur. Tapi mana boleh diam je kena juga sampaikan tapi bukan kewajipan tetap. Dpt relif pukul 8.50 - 10.10. Sebelum tu minum kat pantry.. nak tolong gorengkan nasi yang dah sejukbeku 2 hari lepas punya. Siap kisar bawang dah nak kena masuk kelas. Semangat nak bagi motivasi terus hilang bila masuk kelas tu... 6 budak pompuan tak ada dlm kelas. Tanya yang ada pun buat muka poyo je.. nak jawab pun malas. Dah le habis 30 minit cari kelas...masuk kelas berdepan dengan pelajar yang poyo2. Buat kerja sendiri je le. Keluar kelas terus goreng nasi... dpt la 5-6 org makan. Sambil tu siap juga kerja apa yang patut sampai waktu balik. Tak boleh nak balik sbb ada koku - ingat ada briged siber rupa2 unit uniform. Sementara tu solat di surau... kirim beli pisang goreng.. minum kat pantry.. minum petang la katakan. Pukul 4 ada perjumpaan kelab boling.. masuk kejap tengok tgh bincang pasal aktiviti tahunan. Janji nak jumpa jurujual MyVi... minta dia datang sekolah... boleh juga tumpang balik rumah sambil bincang pasal nak beli MYVI. Pukul 5 lebih baru dia sampai.. balik ke rumah dah hampir 6 ptg .. selesai bincang hujan pulak turun tgh lebat ...dah 6.30. Lepas asar nak print penyata gaji tak boleh masuk lamannya... url lain ok je. Sebelum azan maghrib makan dulu lauk2 yang anak 3 bawa balik... isyak di masjid ada kelas tajwid. Singgah rumah SU ambil gambar majlis maulid. Balik dah tak larat nak buat apa2... masuk tidur jam 10 mlm.

No comments:

Post a Comment