Friday, February 17, 2012

Feb 17

Jumaat - sehari lagi sampai terawal.. selagi guru yang selalu sampai awal tak hadir masih boleh pegang rekod untuk minggu ni. Sistem semua masih ok.. cuma SPS masih tak ok. Akses schoolnet masih on... YES pun on.. sapa nak bayar belakang citer. Ptg ni nanti ada mesy jk asrama.. nak ke masjid untuk jumaat pun blum buat keputusan lagi.. naik basikal ka.. tak naik langsung ka..come what may!!! Waktu pun berlalu... untuk sarapan makan lempeng kelala cicah kari.. org pejabat bauat n bawa. Siapkan kerja-kerja utama - RPH minggu ni..masuk kelas relif - satu tingkat atas blok G, satu lagi turun bawah blok D. Time balik ... cari nak tumpang seseorang.. ada la juga rezeki.. sementara ni je sampai minggu depan. Balik dah hampir 1 tgh.. makan nasi beras poni.. duduk dlm blk termenung 1 jam. Nak ke masjid pun dah tak sempat.. nak naik basikal pulak tu. Sebelum 3 ptg panggil teksi sapu (sapa lagi kan ???!!!) untuk ke asrama mesy Jk Asrama. Pekena pulak nescafe, kuih dan roti jala. Nampak perubahan pembekal dulu dan sekarang.. kalau yang dulu berlebih2 baginya siap boleh pau sekali.. yang ni jgnkan lebih.. tak cukup lagi. Habis mesy 5 lebih.. tumpang lagi sorang untuk balik. Sampai je kat Ampang Pecah hujan lebat turun tetiba. Lepas asar lepak je depan tv tunggu maghrib. Lepas maghrib pukul 8 dah keluar di Btg Kali.. mesy. PASKAW ..tumpang juga tu. Ingat boleh habis cepat sebab mula pun cepat 9.30 mlm tapi.... makin banyak isu berbangkit sampai pukul 1 baru tamat. Sampai rumah dah 1.30 pagi.. masuk tidur je terus.

No comments:

Post a Comment