Monday, February 13, 2012

Feb 13

Isnin - hari ni anak 2 pi interview kat PERODUA.. bawa trajet. Pi sekolah naik teksi sapu.. sapa lagi Ketua Kampung @pengerusi JKKK. Sampai sekolah awal sebelum 7 pagi. Lepas2 ni..come what may!!! Lepas perhimpunan ada perbarisan, ada penyampai watikah guru penasihat unit uniform, ada perasmian NILAM. Selesai kutipan khas dan borang ICT kecuali 3 orang guru. Masuk kelas relif pukul 11.50-1.10 tapi ada guru lain nak guna bebudak pompuan kelas tu.. lagipun mmg tinggal budak pompuan je sbb kelas ERT. Dapatlah habiskan kerja kat dlm bilik.. dan makan2 kat pantry. Sejak pagi pagi makan free... tempahan untuk odit yang tak jadi dtg ke sekolah. Lepas zohor kat surau.. masuk mesy kualiti tapi tak ada pulak kerja khusus... nak minta ambil gambar je tak payah la nak tunggu sampai habis. Tapi nak keluar / balik pun tak boleh, kenderaan tak ada.. dok kena tumpang rakan2 yg sehala. Tunggu la sampai 4 ptg.. ada makan lagi - kuih je & teh tarik. Dah minta nak tumpang, tapi cikgu tu nak solat zohor dulu..tunggu sampai 4.30 baru bergerak balik. Sampai rumah dah masuk asar. Anak 2 belum balik... lepas waktu kerja katanya nak ke Rawang cari kasut & jaket. Baru nak mula kerja dah suruh beli macam2... kerja pun bukan lama ..sampai akhir bulan 3 je. Tak pa... keluar sikit modal, biar hati dia senang. Baru buka nb nak update blog2 .. ada jiran dtg nak offer kerja untuk anak 3. Dia pun baru balik dari Putrajaya interview kerja... dah bertindih offer. Terserah la nak ambil mana yang sesuai. Sempat semak tiket flight ke medan... masuk maghrib. Lepas makan sayur sambil update blog sikit lagi..ke masjid untuk isyak. Lepas tu bincang2 dgn SU dan Bendahari pasal nak tukar bumbung. Balik sampai rumah dah 10 lebih...buat itu ini itu ini..masuk tidur seblum 11 mlm.

No comments:

Post a Comment