Monday, February 6, 2012

Feb 6

Isnin - melapor dari Penang. Sampai. semalam 12 tgh hari.. sempat hadir majlis akad nikah.. sempat pergi IT Fair di PISA. Hari ni jap lagi nak keluar cari sarapan,, hotel tak sediakan ... cofffee house pun tak ada kat sini. Cari kedai mamak je la nampaknya. Pukul 10 lebih nak kena chechout... terus ke tempat walimatulrurus. Orang India pun tengah sibuk urus juga.. sambutan taipusam. Semalam dah riki jln ke dewan majlis nak diadakan, betul2 dengan laluan sambutan taipusam. Dah ada 2-3 khemah/gerai depan dewan. Walaupun jalan tak ditutup tapi pasti jem teruk punya... kalau murugan depa tgh lalu masa tu..kena la follow kut belakang. Tak ada jalan lain dah nak menghala ke sana... come what may la kan !!! keluar sarapan kat PELITA - pekena roti capati/canai -RM1.50 sekeping dah... air halia kosong pun RM1.20. Lepas tu jln2 tengok bangunan lama.. ada Masjid Pakistan- nak kait dengan citer Subky Latif dlm Anak Apak... ada Sun Yat Sen Center...tak tau apa fungsinya. Balik ke bilik sementara tunggu 10.30 pagi..sambung layan RL6. Check out pukul 11 pagi... sampai Dewan Penyayang Jln Utama Pulau Pinang- sebelah rumah gabenor PP. Tak ramai yang sampai - sedara2 je tengah siapkan tempat. Makanan pun belum sedia lagi. Sembang2 dulu... cerita2 lama- hubungan keluarga. Tapi susah nak absorb.. biarkaniaberlalu - lain kali jumpa citer lagi. By 12 dah mula makan.. boleh tahan masakannya - nasi briani, daging kicap pedas, ayam kari, dalca sayuran,timun salad kuah kacang. Rasa macam nak tambah makan tapi dpt kawal diri hingga ke akhir waktu. Bergerak balik lepas 1.30 ..pengantin pun dah lama sampai. Sedara2 lain tgh sibuk nak merinjis pengantin. Singgah kat Petronas solat zohor-asar... pastu terus bertolak balik. Semalam rancang nak singgah kat Sitiawan jumpa Cikgu Koya - depa ada buat makan2 ikan bakar mlm semalam - tu yang ingat nak singgah hari ni... tapi rasa letih sgt. Kalau sampai sana pun dah lewat petang. nak bermalam di rumah Cikgu Koya pulak...lain kali je la. So terus je pejalanan sampai rumah sebelum 6 ptg. Rehat2 seblum maghrib... terus ke Isyak...terus rehat2 depan tv. Masuk tidur 10.30 mlm. Minum kopi makan kek tapi tak kek dgn kopi tak ngam rasa....nak buat camne?!?

No comments:

Post a Comment