Sunday, February 12, 2012

Feb 12

Ahad - walaupun cuti .. walaupun nak rehat lepas kerja smlm.. byk pulak aktiviti harini. Pagi ni jap lagi ada mesyuarat agung khiarat kematian KKB, pastu ada bincang khas pasal lawatan upkkkb, pastu ada kenduri di btg kali... terus nak tunjuk jalan anak 2 nak ke sg choh esok pagi..pastu nak ke rawang cari seluar dia nak kerja esok.. come what may!!! Keluar dari rumah 8.30 pagi lepas sarapan ringan (jangkakan makan kat mesy nanti). Mesyuarat Khariat Kematian kKB mula 9 pagi. Jangkakan selesai 11 pagi tapi ada puak yang nak tunjuk pandai dilantik jadi pengerusi mesyuarat..lalut sampai 12 tgh.Dilantik jadi Pen Setiasuaha... spt dijangkakan. Makan lepas mesy pun tergesa2... terus ke pejabat tapak pasar peladang..bincang2 pasal lawatan ke Indonesia. Keputusannya.. ditangguhkan atas sebab2 perbelanjan melonjak sampai >1K, ada ahli yang diarah jgn keluar dr Malaysia (sbb PRU dijangka bulan 3 - kalau betul Parlimen kena bubar bulan Feb ni- kalau nak buat PRU dlm 20 hari???) Selesai bincang2 dah pukul 1 lebih. Balik lepas zohor terus bersama anak 2 ke Sg Choh ikut jalan belakang...Bkt berutung-Sentosa. Timing ambil masa 30 minit. Terus je ke Rawang, masuk GIANT cari baju n seluar n tali pinggang... cari sekali seluar sendiri - sekali beli brg rumah sikit... habis >rm300. Balik singgah makan kat rojak kat serendah. Sampai rumah dah 6 lebih ..ada pulak yang nak jumpa bincang2 jkkk... pasal gelanggang futsal... pasal mohon kambing...asar pukul 7 ... lepas tu maghrib. Isyak kat masjid.. balik siapkan dokumen minit mesy jkkk untuk serah kepada penghulu untuk tandatangan. Hai cepat betul masa berlalu... dah nak kena hantar notis mesy bulan 3 pulak.. tapi yang terdekat ni nak hantar notis mesy agung PASCAP. Tak boleh bagi lebih masa.. masuk tidur seblum 11 mlm.

No comments:

Post a Comment