Saturday, February 18, 2012

Feb 18

Sabtu - hari untuk berehat.. tak juga. Pagi ni ada mesyuarat agung PIBG.... petang ni nak ke LYat beli LCD... 4 buah sekali.. ada guru order..mlm ni come what may!!! Sblum pukul 8 dah keluar dari rumah ke sekolah. Mesy mula 9 pagi... relaks2 je hari ni tak terkejar2 sangat.. cuma ambil gambar bia suka- AJK dokumentasi... apa susah bahan nak lapor semua ada pencatat mesyuarat.. nak laporan luaran tengok kat blog www.pibgsm3kb.blogspot.com gambar2 pun akan ada disitu. Pekena bihun goreng dulu.. update blog2 yang berkaitan.. sembang2 sambil tunggu mesy mula. Semuanya ok pada mulanya masa perasmian. Bila sampai bab mesyuarat.. nampak harubiru sikit - pada yang faham la.. pada yang tak kisah..tak kisah la. Pengerusi mesyuarat ditunjuk pada penasihat... lantikan ajk kekal yang lama atas cadangan seseorang- yang anak tak ada di sekolah pun lantik semula, yang tak datang mesy pun lantik semula, tiada surat proksi dan akuan terima perlantikan - bukan apa dikuatiri perjalanan pibg terjejas tahun 2012 ni... lantak le kan - ramai yang lebih cerdik pandai ada dlm majlis tu.. ibubapa pun ada yang pegang jawatan di sekolah2 lain pun buat tak faham. Akhirnya selesai juga menjelang 12 tgh.. tumpang makan semeja dengan ydp (dilantik semula) & timb baru. Bergerak balik hampir masuk waktu zohor. Lepas solat siap pulak nak ke KL. Mula2 singgah Kg Baru ambil adik ipar nak tunjukkan kedai motor di Setapak... kira jadila ambil sebiji motor untuk kegunaan anak2 pergi kerja.. YAHAMA Legenda 125ZR..RM5500K... kat KKB 6500K- tunai. Lepas hantar dia balik ke rumah, solat asar dulu.. pastu tu terus ke ow Yat. Jem juga sampai kawasan tu.. tersilap masuk jalan kena pusing lagi habis 1 jam... sampai dah 6.30 ptg. Tak lama ...ambil 4 biji LCD RM999.00 jenis InFOcus... bayar terus keluar... baru 7.05 ptg... blum maghrib lagi, Singgah kat ESSO depan TESCO Jln Kucing untuk maghrib. Dah tu terus balik ke KKB sampai dah 9 lebih. Lepas Isyak tak buat apa dah.. baru 10 leboh ...ingat nak baring2 dulu... terus lena sampai pagi.


No comments:

Post a Comment