Wednesday, February 1, 2012

Feb 1

Rabu - Sejak semalam kerja nak diselesaikan makin tertambah... slide presentation untuk PIBG blum start lagi (mesy 11/2/12), skrip selawat nabi untuk program maulidurrasul blum cari lagi (11/2/12), semak akaun upk blum selesai... seliseh 20sen je... kalau seliseh besar2 senang cari.. ni kecik2. nak cari angle yang tepat... apa lagi ni hah dokumen untuk lawatan ke Padang-Bukit Tinggi.. draftnya dah ada kira ok la sikit... dpt pulak surat esok ada bengkel kat PKG Kg Soeharto.. nak pergi ke tidak.. come what may!!!Baru nak rasa lega dpt relif waktu 1-2. Pi nak masuk kelas gurunya ada dlm kelas.. tapi klas sebelah tak ada guru.. tak masuk la sbb relif bukan kelas tu. Masuk semula ke bilik.. settle dokumen lawatan... set pulak akses pakai YES kat makmal It..selesai, try pulak kat makmal bestari.. direct 1 YES 1 switch. Singgah minum pagi dan makan tengah hari kat pantry... ptg ada aktiviti. Perjumpaan Briged... pastu kelab boling. Sebelum tu ada jemputan untuk ambil gambar perasmian bilik Kelas Aliran Arah KAA. Atteng bebudak briged bawa ke makmal tunjuk itu ni sampai habis waktu. Boling ada cikgu lain handle...teman je kat dlm bilik tu. Selesai urusan dah 5 lebih. Balik lepas asar buka akaun upk.. cari 20 sen..jumpa pun. Selesai cetak mencetak... tunggu maghrib baca lagi Anak Apak. Lepas maghrib ke masjid ada kelas tajwin..lepas isyak balik je tak ke mana2 lagi. Try YES mobile ..tak ada konektion..nak update blog pun lambat pakai broadband..masuk tidur je 11 lebih sikit.

No comments:

Post a Comment