Monday, February 20, 2012

Feb 20

Isnin - seminggu lagi masuk bulan 3... ada cuti lagi bulan 3. Hari ini lalui dulu dengan apa yang ada. LAN masih ok..schoolnet ok... tapi YES ada problem kot.. lain mcm je klip2 nya. Tak perlu report kot...org kat sana kan senatiasa memantau.. tau le dia zoom rosak.. come what may!!! Ke perhimpunan awal sikit dari mula la kiranya. Mendung sedang berarak laju... ada majlis penyerahan watikah kepada quarter master, kepada pengawas PSS, kepada ketua tingkatan n penolong... hujan pun mula turun tak sempat bagi kepada MPKA (Pengawas sekolah). Katanya samsbung esok pagi pulak. Kelas relif ada hujung hari 12.30 sampai 1.50. Kelas 1 Siber. Lepas perhimpunan buat kerja kat dlm bilik. Dekat2 nak masuk kelas BTPNSel dtg kononnya nak buat penggambaran .. surat terpandang atas meja kat pejabat, tapi sampai lani tak dpt2. Nak shooting buat pernyataan camne sekolah dpt 5 bintang.. nak suruh berbohong la tu..bukan realiti. Lepas hantar depa ke makmal.. ada guru dlm makmal.. dah nak masuk kelas relif. Pusing balik nak jumpa depa nak tanya lebih kurang, dah tak dlm kawasan sekolah. Apatah? Bawa budak surau solat zohor. Loceng balik ... kemas2 nak balik.. cari nak tumpang sapa2.. sampai 2.30 lebih tumpang kaunselor. Sampai rumah buka tengok meja kosong sekosongnya.. nasi tak dimasak.. lauk pun tak ada Pekena roti je calit mentega. .. tak tau pula yang ada kat rumah puasa semuanya. Dah lelapkan mata depan tv... ada pulak yang kejutkan minta sain borang.. tapi tak layak pun nak sain.. suruh jumpa ketua kampung je. Lepas tu dah tak mau lelap mata.. layan tengok tv je. Lepas asar.. pukul 6 lebih.. makan malam. Seblum maghrib semak2 dokumen yang siapkan,..masuk blik air... solat maghrib ngam2 masuk isyak. Selesaikan kat rumah je..lepas tu sambung lagi siapkan dokumen.. ada nak beli rumah kat TDBB, dokumen mesy PASCAP. Seblum masuk tidur strika baju... sebelum 11 dah masuk tidur. Minum kopi makan kek, kek dicicah putus sebelah......!!!

No comments:

Post a Comment