Friday, May 29, 2009

SALAM JUMAAT

Sehari selepas balik dari Pulau Pangkor, keletihan dan mabuk lauk (sebab bekalan goji terhenti seketika gamaknya), hari ini ke sekolah seperti biasa. Dari jam 7.30 duduk dalam bilik server yang dah mula nak sejuk semula sampai 12.30 waktu balik, dapat juga selesaikan beberapa kerja. Surat jemputan kepada peserta Maxis Cyberkids dan perjumpaan mereka dengan Pengetua juga selamat diadakan. Hari Rabu 3hb pagi sampai petang dijadualkan sesi latihan untuk mereka. Entah le teman dapat ada sama atau tidak....ye le malam tu (Isnin) baru landing dari Sarawak pukul 12mlm...balik KKB mau pukul 2 pagi...esoknya nak bangun awal pulak. Bangun awal bukan masalah sebab kena solat subuh...yang tak bestnya lepas tu tak dapat le nak lelapkan mata buat seketika sementara menanti matahari terbit. Tak pa...itu soal kecil.
Perkara kedua yang dapat diselesaikan .. resolusi dan minit mesyuarat Persidangan Pangkor - dapat juga diedit, dibaiki dan ditokoktambah. Sudah berada dalam gpbnsde.googlegroups.com (jangan guna yang .txt tu tau).Sekarang tengah edit Pelan Strategik pulak. Sudah nak siap. Harap-harap GPB lain pun tengah sibuk buat perkara yang sama sebab semuanya kena kumpulkan dan dibind. Kalau terdesak boleh pos ke JPN, kalau tidak masa kat Heritage boleh buat penyerahan rasmi (he..he..he..) Lepas tu sebelah petang pergi lagi ke sekolah. Bantu pula penyelia asrama dan peserta nyanyian untuk 20 Jun nanti. Lagu dah dapat tinggal nak jadikan minus-1. Macamana ye? Tak pa...itu soal kecil juga. Malam ni kena relax....kepala ada pusing, mata ada pinar! Apa tandanya itu? Siapa boleh jawab?

Thursday, May 28, 2009

DAH BALIK !!!

Pukul 5 ptg sampai semula kat rumah dari Pangkor. Semua selesai dalam pukul 11.00 pagi. Pembentangan telah dibuat. Keputusan telah dicapai. Hasilnya telah disampaikan melalui email dan googlegroup. Nak maklumat boleh juga tengok kat www.gpbnsde.blogspot.com
Lepas hi-tea terus naik feri pukul 12.15 tgh. Dalam perjalanan banyak juga dapat bincang dengan S/U JK GPB Selangor. Lepas ni mesti buat tindakan susulan agar Daerah Hulu Selangor terunggul dalam Negeri Selangor dalam bidang ICT - sebab Pengerusi dan S/U orang Hulu Selangor. Dalam pada itu pun harap 10 GPB yang ada kat Selangor dapat ikut dan buat apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat 2 hari ni. ITULAH HARAPAN...sebab ikut pengalaman lepas banyak perkara habis di tempat mesyuarat. Balik ke sekolah tak semua terlaksana. Tak boleh salahkan gpb juga sebab bila sampai kat sekolah dah ternanti 'tugasan-tugasan mendatang', yang dipersetujui tidak mendapat sokongan dan pelbagai kekangan lain, dah tu tak ada sapa nak pantau - dah buat ke belum, berjaya ke idak, jadi ke gagal..tak ada sapa nak tanya.
Tapi kali ini harap lain sikit le sebab semuanya boleh dibuat online - nak check blog sekolah -tengok je online, hasil-hasil rujukan ada di googlegroup...malah nak berhubung pun dah ada oovoo. TO BE OR NOT TO BE ! ITU JE !!!

Wednesday, May 27, 2009

LAPORAN DARI PANGKOR

Semalam lepas makan-makan, meraikan KUTV Hulu Selangor dan Kelang yang telah dinaikkan pangkat, satu rundingan meja bulat telah diadakan di kalangan GPB Negeri Selangor dipimpin oleh En Zahri JPN. Tak ada apa sangat, cuma sikit maklumat apa yang akan diadakan esoknya (hari ini le) dan perlantikan macam JK GPB Selangor (gitu le kot).Seperti biasa-biasa, teman juga yang dicadangkan jadi Pengerusi sebab teman orang lama (kata deme). Tak kira lah ....bukan tak biasa..peringkat kebangsaan pun teman jadi naib pengerusi(dah masuk 9 tahun) tapi hampeh tak ada apa boleh dibuat. Suara pun tak ada sapa nak dengar, nak jumpa pun bukannya senang. Tak kisah le tu peringkat kebangsaan. Tapi dengan semangat baru, 1 Malaysia, GPB Selangor pun boleh! Satu Selangor la gitu! Yang veteran cuma ada kome bertige...teman, Badri dan Halim. Jadi badri jadi Naib, Halim jadi bendahari (duit tak ada pun lagi!). lepas ni pakat-pakat le kita hulur pada Bandahari ye! Yang lain-lain jadi ahli JK -semuanya 9 orang.Ahli biasa tak ada ke? Luar biasa ni!
Jadi pagi ni akan bermula persidangan pertama JK GPB Negeri Selangor.....apa kesudahannya ..tunggu malam ni ye!
Sambung la pulak....lepas pembentangan tindakan strategik semua sekolah terlibat (10 yang hadir) dari awal pagi sampai tengahri (sebelum berhenti makan) terluah sudah apa yang selama ini terbuku di hati. Bagus mesyuarat kali ini...dapat maklumbalas yang sebenar dari semua yang terlibat....tapi lepas tu kena sediakan laporan yang akan disampaikan ke pihak yang lebih atas. Harap-harap tidak tersekat kat mana-mana. Ye le kita perjuangkan untuk naikkan nama Negeri Selangor.
Sebelah petang dari 2.30 hingga 6.00 terus pula menyediakan instrumen pemantauan yang dijadualkan akan dijalankan dalam bulan Julai. Dah tu modul yang dijanjikan tergendala le sekejap. Kena siapkan bila ada kelapangan. Tak kisah la tu sebab mulai sekarang dengan pendedahan dan persetujuan yang dicapai semua hubungan adalah melalui email (gpbnsde@gmail.com), perkongsian bahan melalui group email (gpbnsde@googlegroups.com) dan makluma-maklumat terkini boleh dilihat di www.gpbnsde.blogspot.com. So kalau nak apa saja yang terhasil dari mesyuarat kali ini, dapatkan di sana.
Malam ni ingatkan boleh relax sikit tapi dah nak kena semak semula instrumen yang telah dibuat oleh rakan-rakan yang lain. Esok kena bentang untuk permurnian.

Tuesday, May 26, 2009

SELESAI SATU BAB !

Sambutan Hari Guru peringkat Daerah telah selesai. Walaupun tak dapat tengok seluruh majlis yang berlangsung sebab pukul 11.00 dah bertolak ke Pangkor untuk mesyuarat. Sampai ke hotel Coral Bay Resort pukul 3.30 ptg dalam hujan renyai-renyai. Nasib baik kat hotel ada akses internet....dapat juga sambung kerja-kerja online.
Ni tengah update sementara tunggu makan malam.....

Monday, May 25, 2009

23,24 - 25 sekali harung

23/05/09 -Dari hari Sabtu pagi dah mula bekerja (walaupun gur lain bercuti kecuali yang datang mesyuarat la). Menghadiri mesyuarat JK kurikulum...sepatutnya tak terlibat tapi diminta Ketua Panitia Sivik ganti dia....dah sampai ke sekolah (lepas tumpang sarapan sekali) baru cikgu tu kata dia hadir. Dah ada kat situ, terus aje le duduk sampai habis. Lagipun ada kerja yag nak disiapkan (montaj untuk hari guru belum selesai). Tapi lain pula yang timbul. JK Jadual Waktu dah buat perubahan tapi sepatah haram pun tak bagi tau .. bukan apa dah berkali-kali bagi tau dalam mesyuarat perubahan jadual perlu dimaklumkan kepada beberapa pihak - GPB (untuk urusan jadual makmal, S/U Peperiksaan - (untuk urusan buat soalan /tanda kertas), Ketua Bidang - (melibatkan pertukaran guru bawah pengawasa mereka). Dek sebabdah ternampak jadual induk depan mata, maka teman ambil peluang salin perubahan yang dibuat - ambil masa dekat 2 jam. Lepas tu sempat ubah sikit montaj hari guru peringkat daerah sebelum balik jam 2.30 ptg.
24/05/09 - Ingatkan hari Ahad nak rehat la pulak ..tapi apa boleh buat taik kambing bulat-bulat. Seawal lepas Subuh dah mengadap NB untuk mula pula kerja-kerja esiting bahan tayangan untuk lawatan Nazir - sampai malam kerja - siap bahagian Pengetua, PK, PK KOKU dan PKHEM. Sampai bahagian infra - fizikal sekolah kekurangan baahan dalam simpanan - terpaksa tangguh esok untuk cari bahan dalam CD. Dapat juga hit the sack jam 10.30 mlm - lagipun mata dah tak tahan sangat.
25/05/09 - Apalagi masuk je bilik lepas daftar kehadiran 7.15 pagi - selesaikan kerja-kerja rutin dulu. Sambil tu mana boleh jalan kerja jalan seiring. Sambil rendering bermula untuk movie infra yang tak siap semalam - dapat juga settlekan dua tiga perkara clericak - kemaskini labeling fail, sediakan bahan-bahan papan kenyataan - dapat pula panggilan dari tokoh guru yang tak dapat surat jemputan - kena tolong settle juga - tolong je bukan kerja teman pun - akhirnya selesai juga. Tengah buat print out brosur sekolah ... Dapat permintaan lagi untuk tengok hasil bahan lain untuk hari guru -terpaksa tangguh kursus kompetensi sesi 2 yang sepatutnya diadakan hari ini. Pukul 5 masih kat PPD selesaikan hal tadi. Balik rumah pukul 5.45 ptg...dah mengadap nb lagi print brosur dan burn CD untuk esok. Selesai semua baru dapat update blog.
Esok - 260509 - awal pagi kena tengok rehearsal Hari Guru - dalam pada itu kalau jadi Nazir datang - tak tahu macam mana nak attend sebab pukul 11.00 pagi dah nak bertolak ke Pangkor - Mesyuarat Sek Bestari Negeri Selangor. Jika tak ada line di sana, hari Khamis baru boleh update.

Friday, May 22, 2009

Miss sehari

Semalam Khamis tak sempat nak buat posting. Kenapa? Seharian menguruskan penyediaan bahan untuk sambutan Hari Guru Peringkat Daerah. Mula-mula buat rakaman doku Pengetua,Pk,Pkkoku untuk dokumentari lawatan Nazir minggu depan. Lepas tu terus keluar dari kawsan sekolah cari tokoh guru daerah untuk sambungan rakaman profilnya untuk hari guru. Balik pukul 12 tengahari...pindah video ke NB. Selesai sebelum zohor...lepas zohor sempat makan kuih 3 biji..hantar anak balik rumah..terus ke makmal untuk kursus kompetensi sesi kedua - membina blog.Yang sepatutnya datang tak datang sebab ada mesyuarat, yangdatang pun boleh tahan lah dekat 15 orang...berbaloi-baloi juga mengajarnya. Nampaknya minat guru untuk bina blog sangat tinggi dan penerimaan mereka pun baik juga. Sebelum balik dapat tahu pulak kena buat montaj hari guru ...siap ada bunga ...balik rumah mengadap PC lagi cari bahan...buat video...nak tayang esok masa raptai.Selesai jam 12.30 malam. naK tengok ..kena tunggu lepas 26hb...!
Hari ini Jumaat ...dari awal pagi dah dah mengadap NB untuk profil tokoh guru pulak. Nak tayang petang ni. Sebelum balik sekolah siap juga tapi perlu editing semula lepas preview. Itu small matter. Dah ada komen nanti boleh baiki segera.Pukul 3 hari ini ada 3 occasion - raptai di Kompleks Sukan, mesyuarat Unit Peladang KKB< mesyuarat Jk Asrama (tapi tak ada jemputan pulak!) Lepas tayangan terus ke mesyuarat)tapi dah selesai jam 4.30ptg)- dapat makan mee kari. Pukul 5.00 dah balik ke rumah. Mula nak buat bahan untuk pemantauan nazir pula.

Wednesday, May 20, 2009

akses down

Dua hari tak dapat berblogging....akses ke internet down sejak hari Jumaat...masalah oulium..rosak terus selepas berbulan-bulan memberi simptom. Malangnya hari Isnin pula talian GITN di cyberjaya pula ada masalah teknikal. Hari Selasa baru la pihak GITN datang tengok masalah kat sekolah..tukar olium...system masih slow sehingga petang. Hari ini baru lancar betul. Seperti biasa hari rabu (black wednesday!) masuk kelas keluar kelas....in between handle perkara mendatang..apa mendatang hari ini...jam 7.00 pagi sistem kehadiran ok..tetiba 7.15 satu line balckout...menggangu urusan daftar kehadiran staf...bergegas cari talian bantuan...bukan apa extension cable untuk onkan PC buat sementara. Dah selesai hal tu kena pun reenter kehadiran guru yang dah datang awal pakai tulis nama atas kertas...jadi terlambat la deme. Kontek JKR (dengan bantuan JTK), masalah selesai jam 11.00 pagi. Hari ni pulak janji dengan En Zahri JPN nak email cadangan modul pengurusan sek bestari negeri selangor yang nak dimesyuaratkan minggu depan...pun selesai. Sebelah petang kursus untuk kumpulan akhir dapat juga diadakan. Kumpulan ini tak banyak kerenah....terima aje ntah faham ntah idak, teman pun tak tahu tapi ok le semuanya beres sebelum 4.30 ptg. ESOK cerita lain .....

Monday, May 18, 2009

Monday again

Special Monday...hari ini sambutan Hari Guru di sekolah. GPB pun kena sambut sama. Adala juga hadiah bebudak bagi tanda penghargaan. Bagi pandangan teman, macamana guru melayan pelajar akan menentukan pelajar hormati/hargai kita atau tidak. Tu la sebab guru-guru yang kamceng dengan pelajar dapat banyak hadiah pada Hari Guru. Cuba yang garang semacam ...dapat yang satu tu je la..yang Kelab Sayangi Guru bagi pada semua guru. Kalau tak ada yang itu memang tengok je le kawan-kawan lain bawa hadiah sampai nak kena pinjam troli kat GIANT. So betul la kata-kata ini : ...
Children Learn What They Live
By Dorothy Law Noite, PH.D.

If children live with Criticism, they learn to Condemn.
If children live with Hostility, they learn to Fight
If children live with Fear they learn to be Apprehensive
If children live with Pity they learn to feel Sorry for Themselves
If children live with Ridicule they learn to feel Shy
If children live with Jealousy they learn to feel Envy
If children live with Shame they learn to feel Guilty
If children live with Encouragement they learn Confidence
If children live with Tolerance they learn Patience
If children live with Praise they learn Appreciation
If children live with Acceptance they learn to Love
If children live with Approval they learn to like themselves
If children live with Recognition they learn it is good to have a Goal.
If children live with Sharing they learn Generosity
If children live with Honesty they learn Truthfulness
If children live with Fairness they learn Justice
If children live with Kindness and consideration they learn Respect.
If children live with Security they learn to have Faith in Themselves and In Those about
Them.
If children live with Friendliness they learn The World is a Nice Place in Which to Live

Saturday, May 16, 2009

15 MEI 2009

From a teacher to all teachers .....

SELAMAT HARI GURU !!!

Friday, May 15, 2009

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

...sepatutunya kit berehat dan pergi solat Jumaat awal waktu. Tetapi selagi tak pencen waktu terikat dengan kerja harian. Hari ni pelik semacam bukan dek kerja tapi dek makan. Pagi ni kena bangun extra awal...5.30pagi,selesai solat,zikir harian - dah keluar sebelum jam 7 untuk hantar anak ke tempat kerjanya (kerja sambilan sambil cuti semestar ni). Dari sana trus ke sekolah tapi..nasib baik tiada gangguan sangat dapat le sediakan bahan untuk slot taklimat bestari kepada pelajar baru tingkatan 6B.Walaupun terlewat 45 minit dari jadual asal, dapat juga sampaikan seperti dirancang. Lepas tu datang isu pelik....apa kata oramgrezeki harimau. Mula-mula geng pejabat buat makan-makan sambut harijadi kawan-kawan yang dilahirkan bulan ini.Macam-macam ada...nasi kerabu, lontong, kek, nasi impit, aagar-agar,ir sprite (yang menakutkan sebab teman ni diabetik!!!) tapi dek rezeki rimau- menguam jele. Lepas tu sempat selesaikan satu dau tugasan sebelum balik. Tak habis kat sini. Lepas solat Jumaat, pergi semula ke sekolah untuk masyuarat dengan pengurusan pejabat(tapi lebih kepada untuk preview bahan montage sekolah)...ada makan lagi.Tersedia untuk dijamah ...nasi berlauk, sup tulang, airpunch(buah-buahan je)..dah tak mampu nak makan. hirup sup je semangkuk & punch 2 gelas (banyak gula tu!). Ingatkan dah habis rezeki tapi oh tidak! Selepas tamat mesyuarat sambil preview ada makan lagi..cucur udang dan sagu gula(badak berendam?).Yang ni tak boleh buat tak tau...pekena semangkuk...manis lagi!Tapi tak apa kan? Hari Ini Saja!!! Lepas ni makan ubat!!!

Thursday, May 14, 2009

Ahhhhh.....

Sehari lagi telah berlalu. Pada awal pagi tak berapa terasa tekanan kerja. Lepas satu kerja rutin - menyediakan laporan kehadiran semalam, terus kepada menyediakan soalan untuk peperiksaan 1/2 tahun. In between settlekan beberapa perkara mendatang -finalise pemilihan Cyberkids - walaupun ada hati-hati yang terluka atas keputusan awal terpaksa dipinda-,kerja-kerja servis air-com (bukan teman buat tapi nak juga tengok-tengok),buat beberapa panggilan berhubung masalah PC -pembekal BEST MULTIMEDIA- ganti 36 buah - 2 drpnya OS corrupt; sampai skarang tidak ada recovery CD- percubaan JTK instal XP biasa berjaya bertahan 1 bulan. Genap sebulan crash semula. Masa ni la pula tak ada pihak yang betul-betul dapat bantu. Helpdesk BTP kat1-300-88-2005 macam hidup hidup mati (kata orang yang menjaganya la- bukan tuduhan teman tau!) Biorla dulu...deme kata nak tolong settlekan kelak. Baru nak lega jap dah kena masuk relif - bawa je bebudak masuk makmal untuk buat akaun emai (ada le dalam 8 orang berjaya !) dan register 15 pelajar 1G kat thinkquest.org. Tinggal kurang lebih 11/2 jam sempatle tunaikan solat Zohor....lepas tu ada pula rezeki makan nasi ayam - tumpang guru-guru sains mesyuarat kat sini - jumpa dengan Cikgu Dian (Gedangs) bersembang sambil makan. Elok selesai loceng balik berbunyi - bergegas hantar anak balik rumah - kalau tak 2 jam lebih dia kena tunggu kat sekolah. Sebelum 2.30 balik semula untuk Kursus Kompetensi kumpulan 2. Ramai pulak hari ni yang datang...keadaan pula panas (air-cond tengah diservis la katakan) - lebih ramai yang ganti hari berbanding dengan yang sepatutnya hadir. Semua tu teman tak kisah. Janji dah selesai nanti teman buat laporan sapa-sapa yang tak hadir langsung. Jawab le meke dengan pengetua. Balik ke rumah kepala tak pusing-pusing nak fikir apa-apa. Tunggu esok la pula!

Wednesday, May 13, 2009

BLACK WEDNESDAY

Bagi setengah orang BLACK MONDAY hari Isnin sebab lepas cuti 2 hari lengoh nak pergi kerja hari Isnin. Tapi bagi teman hari Rabu jadi BLACK sebab bukan malas nak pergi sekolah tapi jenoh mengejar masa nak masuk kelas - 3 kelas sekali dalam sehari. Lepas 80 minit pertama sempat selesaikan kerja rutin dan yang mendatang (Cikgu Azura minta buat semula CD untuk drama - mendatang la tu) belum sempat habis kerja dah masuk kelas pertama. Waktu rehat + 40 minit lagi sambung kerja dan kerja tambahan( bahan untuk kursus petang). Dalam pada itu ada urusan mendatang lagi (GITN nak check router)(pekerja nak servis air-cond)(Powerpoint presentation tak jalan di Dewan - orientasi Ting6) - semua nak kena 'attend to' - masuk kelas semula lagi 80 minit - rehat 40 minit lepas tu sambung kerja lagi - tak sempat bernafas - dah pukul 1.10 masuk kelas semula -last punya untuk hari ini. Tak pergi kantin? Mana sempat? Minum milo je..mujur orang-orang pejabat masak aiir..dapat juga minum buat basah tekak. Mulai hari ini hingga 28 Mei dari 2.30 ptg hingga 4.30 ptg dah kena uruskan dan bagi kursus dalam untuk staf...tak dak kerja cari kerja? tak juga ni le sebahagian kerja kena buat. Kalau tak buat nanti dipersalahkan orang.
4.30 ptg- selesai sesi 1. Daripada 20 orang yang datang PK,PKKoku,KBK,KBB,Ust.Aminah&Juariah,Cikgu Anida, Cikgu Halim & JTK Sopian.(Berapa orang drp 20?) - cuma 7 orang dah maklum dan ganti hari lain. Yang lain kira absent je kot.

Tuesday, May 12, 2009

Relaks sikit

Hari ini 12 Mei Selasa....selepas meninggalkan beberapa perkara kat sekolah, terus ke SMKAP untuk perasmian (kononnya) Pembestarian Sekolah Bestari Luar Bandar yang sebenarnya lebih kepada Pengarah Selangor hendak mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik SB Negeri Selangor. Tapi persiapan yang begitu hebat olehj sekola perlu dipuji sesuai dengan taraf yang telah diberikan. SYABAS SMKAP!!!
Dalam pada itu ada juga perisiwa yang pelik berlaku. Ketepatan waktu Pengarah menepati janji amat dipuji. Beliau sampai tepat jam 8.30 pagi sepert dijasualkan tapi ada pulak pihak-pihak yang lambat sampai. Majlis berjalan seperti dirancang..sambutan bunga manggar,paluan kompang, tandantangan buku pelawat dan perlancaran gimik dan montage sekolah. Ok la tu!...tapi ada sikit gangguan taknikal (biasala tu berurusan dengan mesin)...MC jemput hadirin makan. Elok sangat la kan. Dalam masa makan tu baru la pihak-pihak yang lambat sampai pun sampai. Selasai makan..semua dijemput mengulang semula proses perasmian dari mula ....Pengarah pun turut aje..sporting betul !!! Kan kan kan! - noktah.

Monday, May 11, 2009

Hari Isnin

Bermula hari baru minggu ketiga bulan Mei. Sesampai di sekolah kelihatan 5 muka baru (wanita belaka) berada dalam bilik pengurusan. 20 minit kelam kabut - guru-guru masuk bilik mesyuarat, para pelajar berhimpun di padang. Jadi teman ambil kesempatan uruskan 5 muka baru (pelatih UPSI) sebelum sesi pengenalan dengan PK bermula. Selesai sudah memberi taklimat serba ringkas dan mendaftar dalam sistem kehadiran staf, berlari pula untuk screen test (macam orang wayang pulak!) mencari team Cyberkids Camp. Selesai juga. Dalam pada itu sekali lagi baiki CD lagu terian Cikgu Nurul dan set kompilasi lagu untuk drama Cikgu Azura. Dalam pada itu "lari" sekejap ke SMKAP, tengok apa yang perlu untuk lawatan pengarah esok. Dah janji boleh sediakan team F1 untuk pameran, balik ke sekolah guru penasihat sibuk uruskan pendaftaran pelajar 6 Bawah. Dah nak dekat tengahari baru dapat maklumkan tapi kemudianya terpaksa hampakan harapan mereka sebab pelajar tak bersedia mengabaikan persediaan menghadapi peperiksaan mulai 13 Mei nanti. Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat!!!
Sempat juga tinjau projek thinkwquest. online sebelum balik ke rumah. Dalam pada itu NB tak dapat lancar IE....peliknya nak shut down pun tak mau ...habis..force shutdown je..esok ok kot.

Friday, May 8, 2009

ONE HECTIC DAY

Lagi seminggu telah berlalu. Sejak semalam KHAMIS tak dapat nak keluar dari bilik server - dah beberapa minggu tak gi kantin - dan hari ni pun begitu juga. Kerja-kerja yang tergendala semalam nak kena settle hari ni juga. Kerja apa? 1. Buat kompilasi lagu tarian untuk Cikgu Nurul - persembaan minggu depan - bahan nak cepat. Dah pulak cari software tak jumpa - SOUNDFORGE. Ingat ada kat rumah, cari punya cari tak jumpa. KAT RUMAH PUN MENGHADAP PC JUGA TAU ! Last-last buat kerja lain dulu - edit gambar-gambar lawatan ke TAKS dan Karnival Sivik. Dah settle upload ke blog berkenaan. Movie je belum dapat buat lagi. Hari ini download je yang trial punya ( pakai line streamyx je....schoolnet mana boleh download --masih blok blok lagi.). Akhirnya selesai juga - siap burn 3CD - one succesful job done.
2. Edit semula movie yang ada la satu syarikat tu buat masa majlis motivasi pelajar kat bukit senyum. Entah format apa digunakan tengok kat PC tak boleh , kat TV lagi tak boleh. Yang boleh edit semula pakai VEGAS...success. Hari ini sempat burn ke CD - selesai satu lagi tugasan.
3. Satu lagi belum settle, Cikgu Azura nak background musik untuk drama dia - minggu depan juga - ni kena tunggu le gamaknya sebab hari ni 7.30 -9.30 dah terlibat uruskan pemilihan calon KEM CYBERKID MAXIS - kuiz online - dengan bantuan Cikgu Sujatha - selesai satu bahagian. Minggu depan phase 2 pula. Dalam pada itu dapat panggilan dari guru SMKAP minta kerjasama untuk berada di sana pada 11 & 12 nanti. Fuh? Tak perlu fikir dulu...ISNIN BARU FIKIR!!!
Apa pun sebelum berangkat balik BUKU REKOD MENGAJAR nak kena tulis juga. Yang ini pun settle juga...sambil tunggu CD diburn...rekod siap ditulis. Begitulah sehari dalam seminggu kerja GPB.

Thursday, May 7, 2009

D SMKAP

Minggu depan 12hb Mei 2009 Pengarah Pelajaran Negeri Selangor akan berada di SMKAP KKB untuk mesyuarat pengurusan Sekolah Bestari. Kenapa d situ? Sebab sekolah tu sudah terpilih menjadi 1 daripada 2 sekolah showcase projek perluasan Sek Bestari 2009 kelolaan MDeC. Baguslah kan gitu! Tentu guru-guru kat sekolah tu teruja nak dapat title Sek Bestari. Kami di SM3KB dah masuk 10 tahun dah jadi SB....tahun lepas diletak pula ke SB Penanda Aras(? tak sebut pun Bestari Perdana? masa seminar sedekad lalu). Dalam tempoh tu seingat den tak pernah pengarah (yang silih berganti) nak datang tinjau-tinjau perjalanan SB di KKB. Tapi tak kisah la tu...kalau nak datang pun susah pula dibuatnya pulak kan? nak sedia itu ini, nak siap itu ini...mcm yang tengah dilalui mereka kat sana. Tapi kira bangga juga kami tahun tahun 2003, Dr Norizan (CEO MDeC), Tan Sri Amrin Buang (KSU KPM masa tu), Dr Salbiah (dr BTP ketika itu - sekarang dah gi kat kementerian lain)...datang melawat sekolah secara mengejut. Setakat tu je le..Dr Maznah pun dah 2-3 kali mengacah nak lawat KKB tapi sampai sekarang belum berkesempatan. Ada rezeki datanglah beliau ke sini nanti, kan kan kan.

Wednesday, May 6, 2009

DAH MASUK SEDEKAD
















Tahun 2009 .... dah masuk sedekad Sekolah Bestari diwujudkan. Ada sekolah daripada 88 buah yang dinobatkan (? - sijil pun baru dapat) sebagai sekolah bestari sejak akhir tahun 1999. Dalam bulan November satu mesyuarat telah diadakan di Pulau Langkawi (kira first time dalam sejarah hidup ini dapat tinggal di hotel - sebelum ini 20 tahun dalam dunia pendidikan mesyuarat ka, kursus ka, semuanya kat sekolah je. Kalau menginap pun kat asrama juga!) Lepas tu tahun demi tahun kursus semua kat hotel belaka. Untung badan dapat jadi sekolah bestari. Sambutan Sedekad telah berlalu..tapi minta maaf kalau rumah siap pahat berbunyi. Ada komen momen dari peserta seminar yang agak terkilan di hati. APA DIA? Ni DIA...
i. Perasmi utama tak jadi datang...Menteri Pelajaran yang baru dilantik masuk kabinet ada hal lain lebih utama. kekecewaan jelas ternampak pada wajah Pengarah BTP yang terpaksa merasmikan majlis anjuran sendiri. SEBABnya? Timbalan Menteri pun tak dapat datang (?), KSU yang patut ganti pun tak dapat datang(?) ...dan entah siapa lagi yang diwakilkan pun tak dapat datang.
ii. Montage perasmian sungguh mengelikan hati. Gimik menekan rsotrum berlampu kalimantang pun kira dah tak menakjubkan. Nasib baik Menteri tidak datang! Kalau tidak??? Dah la pulak tu lagu iringan perasmian -tiupan seksapon tak sampai 2 minit tu lagi menggeletek jantung. Baik panggil pelajar SSAS tiup satu lagu ... lagi nampak real.
iii. Majlis makan berhidang di D Tasik malam 29hb nampaknya tidak mencapai apa-apa tujuan. Kalau setakat pengarah duduk dengan pengarah (dan stafnya) sementara GPB duduk le dengan geng GPB...baik makan kat cafe je..lagi dapat makan macam-macam..ada cokelat lagi! Alangkah baiknya masa dan ketika itu Pengarah-pengarah tu duduk semeja GPB untuk mendapatkan maklumat sebenar perjalanan sekolah bestari (spt kata Cik Chan - from the horse's mouth). Baru pihak atas-atas tu faham apa yang sebenarnya sedang berlaku di sekolah-sekolah bestari masa kini. Tapi apa nak dikata 'gagak takkan sama dengan enggang, kan kan kan". Nanti nanti kalau nak sambut 15 tahun ke,20 tahun ke,,jubli perak ke , buat la elok-elok sikit...tanyala kat GPB-GPB yang dah lama bestari ni bantu mana yang patut. Kalau panjang lagi umur untuk raikan jubli perak SEKOLAH BESTARI, sudi-sudi lah jemput nana sama...kalau masih bernyawa la!
Apapun resolusi telah dicapai (?) dan harap ada tindakan susulan yang membanggakan.